• Tidak ada hasil yang ditemukan

CONTOH 1 003

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "CONTOH 1 003"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

CONTOH 1

PROSES-PROSES PEMBENTUKAN MALAYSI

Tunku Abdul Rahman

Pada 31 Ogos 1957, Perseketuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan

persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankanpercantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.

3.1 JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (JPPM)

Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PPK) Cawangan Tanah Melayu dan Borneo diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah

mengambil peluang untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat tersebut. Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama dalam kalangan pemimpin tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia.

Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Persekutuan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil daripada semua wilayah yang terlibat dalam pembentukan sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Namun perwakilan Brunei, menganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati kerana ketidaksediaan Brunei menyertai gabungan.

Secara amnya, jawatankuasa ini berfungsi menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai, khusunya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Oleh itu, jawatankuasa akan mengumpul dan

membandingkan idea-idea serta pendapat yang dikemukakan berhubung

(2)

di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari 1962.

Dalam mesyuarat antara jawantankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan, ramai tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman, Ismail Yusof, Dato Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang sangat penting. Perjumpaan-perjumpaan yang mereka adakan

3.2 SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya penyiasat Borneo Utara atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan selepas satu rundingan di buat antara kerajaan persekutuan tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan November 1961.

Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962.

Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya iaitu Lord Cobbold. Ahli ahli suruhanjaya ini terdiri daripada Lord Cobbold(bekas gabenor bank England),Anthony Bell dan David Waterson mewakili kerajaan British. Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd Ghazali Shafie mewakili kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju memasukkan Borneo Utara dan Sarawak bersama dengan lain lain negeri ke dalam

Persekutuan Malaysia.

Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold ialah untuk

• menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak berkenaan hal ini. • membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula 19 Februari 1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan ini,

Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah.

Suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka semasa

menjalankan tugasnya, Suruhanjaya ini telah menerima lebih darpada 2000 memorandum yang dikemukakan sama ada lembaga bandaran,ketua ketua kaum,Majlis Daerah,parti parti politik,persatuan persatuan,Dewan perdagangan dan pemimpin pemimpin agama

(3)

Lebih kurang 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong

pembentukan ini dan sebahagian besar daripada mereka ialah kaum bumiputera.

Secara Keseluruhannya,bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada 3 iaitu:

• 1/3 daripada dua negeri ini menyokong penih penggabungan tanda syarat • 1/3 lagi turut menyokong tetapi dengan syarat syarat dan jaminan

tertentu.

• 1/3 lagi sebahagiannya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung,manakala sebahagian lagi menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British

3.3 JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN(JAK)

Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan tugas untuk merangka syarat-syarat Persekutuan terperinci telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) yang diketuai oleh Lord Landowse yang bertindak sebagai pengerusi Tun Abdul Razak. Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas pada 9 Julai 1993.

Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah 1. Agama Islam dijadikan agama persekutuan Malaysia kecuali Sabah dan

Sarawak

2. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam perkara perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.

3. Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri masing masing walaupun dibawah kawalan kerajaan pusat.Tujuannya adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negeri tersebut.

4. Sistem pendidikan masij dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuatn pindaan

5. Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen,manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi

6.

3.4 REFERENDUM SINGAPURA

(4)

Malaysia. Pungutan suara bukan bertujuan membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia,tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka tertentu.

Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin akan Malaysia cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira .

Dalam pungutan suara ini,rakyat Singapura diberi tiga pilihan iaitu: 1. Pilihan A-rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syaray yang

ditetapkan oleh kerjaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui kertas putih pada bulan November 1961(mendapat 397626 undi)

2. Pilihan B-Rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain dalam

Persekutuan Tanah Melayu.(9442 undi)

3. Pilihan C-Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama yang diperoleh oleh wilayah wilayah Borneo (144077 undi)

Sosialis dan pihak komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong.Namuh referendum menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia .

Penganalisis sejarah mendakwa bahawa sokongan Singapura disebabkan kejayaan kerajaan PAP meyakinkan rakyat bahawa tiada kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan penggabungan ,perdagangan antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka tidak bergabung dan ancaman komunis tidak akan dapat dibendung.

Secara Keseluruhannya, keputusan menunjukkan rakyat Singapura bersetuju menyertai Malaysia dengan memilih syarat A. Iaitu pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.

http://wawafazirawaniarfahanusha.blogspot.my/2015/03/proses-proses-pembentukan-malaysia_2.html

CONTOH 2

Proses Pembentukan Malaysia.

Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini sebernarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu

(5)

pembentukan Malaysia ialah Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM ), Suruhanjaya Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ),

Referendum Singapura dan Pengisytiharan Malaysia.

Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )

JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald Stephen ( anggota Majlis Undangan Sabah ) . antara anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman ( Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( singapura ) , Dato’ Mustapha Dato’ Harun ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak Berieng ( Sarawak ) dan Dato’ Setia Pangeran Ali ( Brunei )

Tujuan JPPM ditubuhkan ialah :

 Memberitahu orang ramai mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai ( Sabah, dan Sarawak ).

 Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.

 Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia. JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak

mengemukakan pandagan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962).

Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia semakin mendapat sokogan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, JPPM akhirnya berjaya menyusun satu memorandum yang ditandatagani oleh wakil –wakil,dan kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Antara isi kandungan memorandum ini ialah:

 Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.  Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan

keselamatan.

 Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.

 Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.

 Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.

 Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.

 Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

 Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

Suruhanjaya Cobbold

(6)

ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada Oktober 1961. Rundigan ini berlansung dari 21 – 23 november 1961.

Antara tugas - tugas utama suruhanjaya ini ialah:

 Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawa mengenai Malaysia.  Membuat syor – syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan dan 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa 80% daripada rajyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Selain itu, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak :

 1/3 menyokong kuat Malaysia  1/3 menyokong dengan syarat

 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor – syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

 Nama persekutuan baru – Malaysia

 Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia  Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin

 Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri

 Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin

 Dasar pendidikan, agama, imigrasen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputra, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing – masing

 Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing – masing membuat keputusan

Hampir semua syor diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu dan British dan pada 1 Ogos 1962 Persekutuan Malaysia diumumkan dan Malaysia akan

ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.

Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )

JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah, dan Singapura.

Wakil-wakil Sabah dari Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan satu

(7)

mengemukakan sebarang tuntutan tetapi mereka bersetuju dengan perkara yang terkandung dalam perkara 20. Antara 20 perkara yang dikemukan ialah :

 Agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah.

 Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah tetapi menerima bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

 Imigresen ( kemasukan orang asing ) adalah di bawah kuasa kerajaan negeri Sabah.

 Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.

 Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri di samping bilangan penduduk.

JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Febuari 1963. Laporan ini dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Kedua – dua Majlis ini telah menerima dan meluluskan Laporan JAK. Seterusnya laporan JAK telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Laporan ini telah menjadi asas kepada Perlembagaan Sabah dan Sarawak. Laporan itu memperlihatkan sikap tolak ansur daan persefahaman di antara pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah dalam mencapai persetujuan. Laporan itu menjamin :

 Peningkatan taraf ekonomi, sosialdan politik rakyat Sabah dan Sarawak.  Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.

 Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang kekuasaan penjajah.

Berdasarkan kepada Laporan JAK itu, Perjanjian Malaysia ditandatangi di London pada 9 Julai 1963. Antara isi kandungan Laporan JAK ialah :

 Agama Islam adalah rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.

 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan tetapi bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak.

 Imigresan adalah hak kuasa Pusat tetapi kerajaan Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal imigresannya sendiri.

 Pendidikan adalah perkara Persekutuan tetapi sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan.

 Perwakilan Parlimen, JAK memperuntukan 16 kerusi kepada Sabah, 24 kerusi kepada Sarawak dan 15 kerusi kepada Singapura.

Referendum Singapura

(8)

 Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 ( secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi ).

 Pilihan B – rakyat bersejutu untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri – negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 9442 undi ).

 Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperolehi wilayah – wilayah Borneo dengan penyertaan ini ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 144 077 undi ).

Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju dengan pilihan A.

Pengisytiharan Malaysia.

Penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat daripada Filipina dan Indonesia. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua –dua negara dengan Tanah Melayu. Rundingan ini diadakan pada :

 Bulan Mei 1963 dengan Subandrio, Menteri Luar Negara Indonesia di Tokyo.

 Bulan Julai dan Ogos 1963 dengan Presiden Surkarno dan Presiden Macapagal di Manila.

Filipina menetang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874 dan pajakan itu telah dibatalkan oleh waris Sultan Sulu pada tahun 1958. Manakala, Indonesia menentang gagasan Malaysia kerana mendakwa Pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang mengacam Indonesia dibawah pimpinan D.N. Aidit.

Namun akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan . Pemimpin ketiga – tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa –bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandagan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence MicHaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963. Antara isi laporannya ialah :

 Kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuaan Malaysia.

 Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah benar.

(9)

http://koleksitugasan.blogspot.my/2012/04/pengajian-malaysia-proses-pembentukan.html

Referensi

Garis besar

Dokumen terkait

Jakcson, elite yang berkuasa di Indonesia membentuk semacam bureaucratic polity, yaitu: upaya menjadikan birokrasi sebagai akumulasi kekuasaan negara

Selain itu, hubungan afiliasi antara Perseroan dan UFS terjadi karena terdapat hubungan kepemilikan saham antara Perseroan dan UFS dalam Rencana Transaksi, yaitu

Penelitian ini dilakukan untuk mengetahui perbedaan kemampuan menulis puisi antara sebelum menerapkan teknik pembelajaran rangsang gambar dan sumbang kata dengan

Madhhab H}anafi berpendapat bahwa yang menjadi obyek wali mujbir adalah setiap anak perempuan yang masih kecil, batasan kecil menurut madhhab H}anafi> yaitu

2007-2008 Sekretaris Jenderal Komite PKT Shaanxi 2008-2012 Sekretaris Jenderal Komite PKT Shaanxi Ketua Komite Tetap Kongres Rakyat Nasional Shaanxi 2012-2017 anggota

Meskipun begitu, aktivitas bakteriosin pada isolat bakteri asam laktat yang diisolasi dari Kimchi kemasan dan homemade memiliki kemampuan zona hambat yang lebih besar

a) Komunikasi, yaitu anak yang memiliki kepercayaan diri lahir dapat melakukan komunikasi dengan setiap orang dari segala usia. b) Ketegasan, yaitu anak yang memiliki

Sebagai pusat pelayanan, P2TP2A diharapkan dapat memberikan 5 (lima) jenis pelayanan yaitu pelayanan pengaduan, pelayanan kesehatan, pelayanan rehabilitasi sosial, pelayanan