• Tidak ada hasil yang ditemukan

ULASAN BUKU Teori Pengajaran dan Pembela

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "ULASAN BUKU Teori Pengajaran dan Pembela"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

ULASAN BUKU

Teori Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama di Malaysia oleh Ahmad Kilani Mohamed: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Skudai, 2001, 193 halaman, harga RM 40.00. Ulasan oleh Mohd Adi Amzar bin Muhammad Nawawi.

Buku ini dilihat oleh sangat menarik untuk dibaca dan diulas isi kandungannya kerana ia membincangkan mengenai pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.Antara karya lain bagi penulis ini ialah Pengurusan Pendidikan di Sekolah Huraian Menurut Perspektif Islam ( 2003 ), Falsafah Sains dan Tekonologi ( 2003 ) dan pelbagai lagi karya penulis seperti artikel-artikel di dalam jurnal dan karya terjemahan.Ini membuktikan bahawa penulis bukanlah calang-calang orang di dalam dunia penulisan dan ini dibuktikan dengan penghasilan karya-karya yang pelbagai bukan sahaja dalam bidang pendidikan bahkan karya di dalam bidang pengajian islam.Secara umumnya buku ini membincangkan mengenai sejarah perkembangan pengajaran Bahasa Arab khususnya di dunia Arab, teori atau kaedah pengajaran bahasa arab, pembelajaran terjemahan nahu dan esei Bahasa Arab serta kajian kes pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah menengah agama yang terpilih di Malaysia.Jika dilihat daripada intipati perbincangan keseluruhan daripada kajian ini dapat dinyatakan bahawa beberapa kaedah atau amalan pendidikan yang diterapkan oleh guru-guru Bahasa Arab di Malaysia berada di tahap yang memuaskan berdasarkan mengenai keputusan peperiksaan yang dilakukan oleh sekolah-sekolah terbabit sama ada peperiksaan dalaman ataupun peperiksaan awam.Cuma bezanya kajian ini lebih bersifat umum tapi menyeluruh dalam kajian pendidikan bahasa arab dan mampu memberikan gambaran yang jelas mengenai sistem atau kaedah yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran.

Kajian ini dimulakan dengan prakata oleh penulis mengenai tujuan beliau dalam menulis kajian ini berdasarkan amanah yang telah beliau pegang untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab untuk pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Pengajian Islam ) Universiti Teknologi Malaysia.Disamping itu dengan beberapa projek penyelidikan yang telah beliau lakukan sebelum ini telah mendorong beliau untuk mengumpulkan hasil kajian di dalam satu buku untuk dijadikan panduan dan kegunaan bagi semua pihak tidak kira guru ataupun pembuat dasar amalan pendidikan.Penulis juga menyatakan bahawa teori-teori asas mengenai pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di dalam kajian ini mampu memandu guru dan pelajar untuk mencapai tahap pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.

(2)

Bahasa Arab “ ( halaman 1- 27 ). Bab pertama ini menjurus kepada definisi bahasa, tujuan mempelajarinya, keistimewaannya dan juga pembahagian ilmu bahasa. Juga menarik untuk diulas di sini ialah mengenai definisi bahasa yang dirumuskan secara menyeluruh untuk

mendapatkan pengertian dan fungsi bahasa itu sendiri.Definisi utama bagi bahasa yang diambil oleh penulis ialah melalui pendapat Muhammad Al-Khulli iaitu bahasa ialah satu peraturan yang mengkaji rumus-rumus suara yang digunakan atau diungkapkan dengan tujuan bertukar-tukar fikiran, perasaan antara anggota masyarakat yang pelbagai bangsa dan bahasa.Selain itu juga, disebut mengenai pembahagian ilmu bahasa kepada dua iaitu ilmu bahasa secara teori dan ilmu bahasa secara praktis.Antara yang termasuk dalam ilmu bahasa secara teori ialah mengenai suara, sejarah bahasa, maa’ni, saraf dan nahu manakala bagi ilmu bahasa praktis pula antaranya ialah pengajaran bahasa asing, terjemahan, ilmu bahasa psikologi dan ilmu bahasa

kemasyarakatan.Kajian dalam bab pertama ini juga ada menyebutkan mengenai sejarah perkembangan pengajaran Bahasa Arab dalam tahun 1950-an dan 1960-an yang mana

kebanyakan pusat-pusat pengajaran Bahasa Arab banyak berpusat di negara-negara Eropah dan pihak penjajah Eropah menggalakkan orang luar untuk datang dan belajar Bahasa Arab di Eropah.Mereka melakukan semua agenda ini adalah kerana untuk memerangkap orang luar terutamanya orang Islam dan menjajah pemikiran mereka supaya hidup selari dengan acuan Barat dan meminggirkan Islam itu sendiri. Juga disebut dalam bab ini iaitu perubahan pusat pengajian secara beransur-ansur dari Eropah ke Kaherah, Mesir sejurus berlakunya Revolusi Mesir pada tahun 1952 dan aspek kemahiran-kemahiran yang penting untuk menguasai Bahasa Arab seperti kemahiran menyebut perkataan Bahasa Arab, kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran pengucapan dan kemahiran menguasai nahu Bahasa Arab. Bab pertama ini dilihat menarik dari segi pengenalannya namun kurang dari segi hubungan antara tajuk ke tajuk dan agak tersasar jauh dari perbincangan pada tajuk sebelum itu apabila beralih kepada tajuk baru.

Bab kedua pula diberi judul “ Pengajaran Bahasa Arab “ ( halaman 29 – 45 ).Kajian dalam bab ini memperkenalkan empat kaedah terpenting dalam pengajaran Bahasa Arab iaitu kaedah nahu dan terjemah ( al-Qawa’id ), kaedah langsung ( al-Mubasharah ), kaedah dengar dan tutur ( al-Sam’iyyah al-Shafawiyyah ) dan kaedah elektik ( al-Intiqa’iyyah ). Kaedah nahu dan terjemah adalah kaedah tradisional yang digunakan oleh kebanyakan pengajar Bahasa Arab yang mengajar kepada orang yang baru mengenali bahasa ini. Kaedah ini tidak menitikberatkan aspek komunikasi dan pertuturan dan lebih banyak menumpukan kepada aspek nahu yang agak susah untuk dipelajari pada peringkat permulaannya.Selepas itu wujud kaedah baru untuk

(3)

kaedah pembelajaran bahasa sebelumnya.Secara keseluruhannya dapat dilihat setiap kaedah yang diperkenalkan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dan seharusnya setiap kaedah ini diperhalusi dengan kekurangan dan kelebihannya agar manfaat itu dapat diaplikasikan oleh pengajar bahasa kepada masyarakat.Antara perkara yang disebut dalam kajian ini juga ialah mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kaedah pengajaran Bahasa Arab seperti motivasi guru, sikap guru, personaliti guru, minat pelajar, kepintaran pelajar, kemudahan peralatan, saiz bilik darjah dan lain-lain lagi.Juga disebut pada akhir bab dalam kajian ini mengenai amalan etika professional guru Bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk

melahirkan mutu pengajaran yang benar-benar berkesan dan berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.

Bab ketiga pula ialah “ Pembelajaran Nahu, Terjemahan, dan Penulisan Esei Bahasa Arab “ ( halaman 47-76 ).Kajian ini memperincikan mengenai pengenalan pembelajaran nahu, terjemahan dan penulisan esei serta permasalahan mengenai pembelajaran tersebut.Pada

pembelajaran nahu, penulis telah memberikan takrifan mengenai ilmu nahu dan saraf iaitu ilmu nahu memberikan tumpuan terhadap aspek kedudukan baris akhir kalimah manakala ilmu saraf pula ialah kaedah dalam Bahasa Arab yang dengannya dapat diketahui bentuk-bentuk binaa’ al-kalimah. Penulis juga ada menyatakan mengenai keperluan pembelajaran qawa’id ( nahu dan saraf ) bagi menyedarkan para pelajar bahawa peranannya sangat penting dalam membetulkan penggunaan bahasa sama ada melibatkan penulisan ataupun komunikasi.Juga disebutkan dalam kajian ini mengenai perkembangan kaedah pembelajaran nahu Bahasa Arab iaitu melalui kaedah

Qiyasiyyah, kaedah al-Istinbatiyyah, kaedah al-Istiqra’iyyah, dan kaedah

al-Istinja’iyyah.Kaedah Qiyasiyyah ialah dengan cara menulis kaedah Bahasa Arab di papan putih dan seterusnya memberikan beberapa contoh yang berkaitan dengan kaedah tersebut.Kaedah al-Istinbatiyyah pula memperbanyakkan contoh-contoh ayat dalam Bahasa Arab dan

membanyakkan perbincangan serta pemerhatian terhadap kaedah-kaedah yang

dipelajari.Manakala kaedah al-Istiqra’iyyah mengemukakan banyak contoh ayat dalam bahasa arab yang disusuli pula dengan membuat kaedah nahu Bahasa Arab sebagai kesimpulan daripada contoh yang diajar kepada pelajar. Dalam aspek terjemahan pula, penulis memperincikan

beberapa masalah yang dihadapi dalam penterjemahan buku bahasa arab antaranya seperti permasalahan untuk menyesuaikan atau mengimbangkan struktur dan gaya bahasa daripada bahasa arab kepada bahasa sasaran tanpa mengubah dan menghilangkan fakta asal. Permasalahan kedua pula ialah kekurangan kamus istilah termasuk juga ensiklopedia yang boleh membantu untuk menterjemahkan istilah Bahasa Arab dan agama ke Bahasa Melayu.Penulis juga

(4)

Bab yang terakhir atau bab yang keempat diberi judul “ Kajian Kes Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia “ ( halaman 77-179 ).Dalam kajian ini, penulis telah memilih enam buah sekolah menengah agama untuk dijadikan sebagai sampel kajian untuk mengetahui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang berlaku di sekolah-sekolah tersebut.Sekolah-sekolah-sekolah tersebut ialah Maahad Johor, Maahad Muar Johor, Maahad Al-Ehya’ El-Karim Melaka, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh Pahang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River Perak dan Maktab Mahmud Kedah.Secara umumnya terdapat empat buah sekolah menengah agama yang bernaung di bawah pentadbiran kerajaan negeri di bawah seliaan jabatan agama islam negeri.Selebihnya lagi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River dan Maahad Muar Johor bernaung di bawah kerajaan pusat di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perbezaan yang dapat dilihat dari kedua-dua jenis sekolah ini ialah sekolah agama yang bernaung di bawah kerajaan negeri mempunyai sukatan mata pelajaran tambahan yang di ambil dari kurikulum Al-Azhar, Mesir selain Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi seperti Fiqh, Tauhid, Tafsir, Hadith, Tajwid, Nahu, Sarf, Balaghah, Mutala’ah, Adab, Nusus dan lain-lain lagi.Manakala sekolah agama yang bernaung di bawah kerajaan pusat hanya mengambil Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi sahaja.Oleh yang demikian, bagi pelajar yang berada di sekolah agama di bawah kerajaan negeri, mereka diwajibkan untuk menduduki peperiksaan tambahan bagi kurikulum Al-Azhar yang diselia oleh jabatan agama islam negeri disamping menduduki peperiksaan awam bagi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi.Ini merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang belajar di sekolah agama kerajaan negeri jika dibandingkan dengan pelajar di sekolah agama kerajaan pusat kerana mereka telah didedahkan dengan mata pelajaran agama dan bahasa arab yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pengantar.Ini sekaligus dapat membina kemahiran dan penguasaan pelajar dalam Bahasa Arab dengan lebih cepat

lagi.Pengkaji juga ada menyertakan sekali statistik keputusan peperiksaan awam dan peperiksaan di peringkat negeri bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran di dalam kurikulum Al-Azhar.Kajian ini juga ada menyebutkan mengenai usaha-usaha yang dilakukan oleh pentadbiran sekolah dan para guru ke arah meningkatkan pencapaian dan memartabatkan kedudukan bahasa arab di sekolah masing-masing.Antara usaha-usaha yang dilakukan adalah seperti mengadakan

takwir lughah ( klinik bahasa ), minggu bahasa arab, kelas tambahan dan lain-lain lagi di samping setiap sekolah mempunyai kemudahan alat bantu mengajar untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran seperti makmal bahasa arab, perpustakaan dan bilik alat pandang dengar.Secara keseluruhannya dalam bab ini dilihat setiap sekolah mempunyai misi dan visi tersendiri untuk memartabatkan bahasa ini agar ia mampu dikuasai oleh semua pelajar.

Secara ringkasnya, saya berpendapat bahawa kajian ini adalah merupakan

(5)

Referensi

Dokumen terkait

hidr drog ogena enasi si ber berta taha hap p da dala lam m pe pemb mben entu tukan kan HM HMD. Pr Pros oses es kom komer ersi sial al de deng ngan an bah bahan an

Dengan demikian strategi jigsaw menjadi salah satu strategi yang dapat digunakan dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan hasil belajar khususnya pada

Untuk mengatasi sifat ketidakpastian dalam transaksi NUC, maka dua pihak atau lebih saling mencampurkan asset-nya (baik real asset maupun financial asset)

Kualitas transformasi pengetahuan ditunjukkan dengan nilai dari hubungan saling mempengaruhi (korelasi) antara lima disiplin belajar yaitu disiplin keahlian pribadi, disiplin berbagi

Seperti pada penelitian Karim dkk [5], antenna LPDA cetak yang dibuat memiliki rentang frekuensi yang luas yaitu pada rentang UHF (0,5 GHz – 3 GHz) dengan nilai

Zona publik diletakan pada bagian depan dari site karena zona ini diperuntukan bagi unit usaha pesantren yang berperan sebagai sarana pendidikan

Minuman mahkota dewa dengan perlakuan perendam- an dan jenis pemanis madu penghambatan pembentukan peroksida (83,15 %) dan penghambatan MDA (67,1%) lebih tinggi dibandingkan

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui jenis sampah, sumber sampah dan produksi sampah dan hubungan jumlah wisatawan yang berkunjung terhadap produksi sampah di