• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJAUHMANA HUBUNGKAIT PENGUASAAN BACAAN ASAS SOLAT DALAM MEMPENGARUHI PENGAMALAN SOLAT DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "SEJAUHMANA HUBUNGKAIT PENGUASAAN BACAAN ASAS SOLAT DALAM MEMPENGARUHI PENGAMALAN SOLAT DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU KOLEJ KOMUNITI KUANTAN"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

SEJAUHMANA FAKTOR PENGUASAAN BACAAN ASAS SOLAT DALAM MEMPENGARUHI PENGAMALAN SOLAT DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER 1

KOLEJ KOMUNITI KUANTAN.

Nor Fauzani binti Jumodi Nor Akmal binti Mohamad Noor Haslinda binti Zainoldin

Kolej Komuniti Kuantan

Kata Kunci : Penguasaan, Bacaan Asas Solat, Kolej Komuniti Kuantan

(2)

PENGENALAN

Solat lima waktu sehari semalam adalah nadi utama setiap orang Islam. Ibadah ini adalah yang paling teratas akan dinilai oleh Allah s.w.t. ini dapat menggambarkan bahawa solat ini sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Solat merupakan tiang agama, sekiranya kita tidak solat maka runtuhlah agama kita. Begitulah perumpamaan yang telah kita terima berabad lamanya. Di dalam al-Quran ada menyebut “ Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kamu dari perbuatan mungkar”. Ini dapat ditafsirkan oleh ulama-ulama terdahulu, bahawa sekiranya solat itu dilakukan dengan sepenuh penghayatan betul dan khusyuk pasti kita semua akan dijauhi dari perkara kemaksiatan dan kemungkaran.

Namun pada hari ini, remaja kita umumnya dan pelajar-pelajar kita khususnya menganggap solat itu sebagai satu bebanan. Mereka tidak dapat menjiwai betapa solat itu adalah satu hubungan komunikasi kita dengan Allah. Apabila ada masalah komunikasi dengan Allah maka akan tercetusnya masalah-masalah sosial yang saban hari bertambah kronik. Tidak mustahil sekiranya permasalahan ini tidak dibendung tidak dirawat ia akan merebak seperti kanser, apabila sudah sampai ke tahap kritikal sudah tidak mampu dilakukan lagi. Hanya mampu melihat dan menyalahkan antara satu sama lain.

Senario yang sama penulis lihat di Kolej Komuniti Kuantan. Pelajar kita tidak menunaikan solat tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Disebabkan kepincangan dalam pengamalan solat fardhu, maka tidak hairanlah pelajar-pelejar kita terlibat dengan maslah sosial yang kian meruncing yang tidak dapat dibendung lagi. Tidak kirala samada pelajar itu terdiri dari pelajar yang pandai atau sebaliknya. Jawapan yang sama setiap kali ditanya. Mereka dengan selambanya dan jujurnya mengaku yang mereka tidak solat. Sekiranya pelaajar-pelajar kita memahami tentang betapa pentingnya solat pasti masalah sosila boleh dikawal dari segi kroniknya maslah tersebut.

Maka dengan itu kita semua maklum, betapa pentingnya bimbingan dari pensyarah untuk membimbing pelajar yang lemah dari segi penguasaan bacaan asas solat. Sudah menjadi tanggungjawab sebagai pendidik untuk memastikan pelajar kita dapat menunaikan solat. Tanggungjawab itu adalah tanggungjawab sesama Muslim.

LATAR BELAKANG MASALAH

Sekiranya diamati bacaan asas solat adalah bacaan yang amat sedikit dan ringkas bagi Muslim yang tidak ada masalah dalam penguasaan asas bacaan solat. Namun bacaan asas solat ini menjadi satu permasalahan yang besar dan sangat membebankan kepada pelajar-pelajar kita yang lemah dalam penguasaaan bacaan asas solat. Mana mungkin mereka akan solat sekiranya mereka tidak dapat menguasai bacaan asas solat dengan sempurna. Sekalipun mereka solat, solat mereka itu terdapat banyak kesalahan pada bacaan asas solat yang hukumnya adalah wajib.

(3)

bacaan asas solat. Penulis yakin ada segelintir pelajar yang ingin solat, akan tetapi mereka tidak tahu

membaca dan menghafal bacaan asas solat. Maka disebabkan itulah tercetusnya idea untuk mengkaji atau melihat sejauh mana faktor

penguasaan bacaan asas solat dalam mempengaruhi pengamalan solat fardhu di kalangan pelajar-pelajar kita. Pengamatan juga dilakukan di dalam kelas ketika amali bacaan asas solat. Di situ penulis melihat hampir separuh pelajar kita tidak dapat menguasai bacaan asas dalam solat. Apabila soal jawab di ajukan kepada mereka, kebanyakan dari mereka hanya diajar dan belajar ketika di sekolah rendah. Ini menampakkan pelajar kita perlukan bimbingan yang berterusan. Maka disitulah tugas kita sebagai pendidik.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut kajian terdahulu, pentingnya penguasaan bacaan asas solat ini kerana dari penguasaan itu kita akan menghayati ibadah solat itu dengan lebih senang. Penguasaan bacaan asas solat merupakan perkara pokok yang perlu dipelajari, diajar sejak dari kecil lagi. Setiap pihak harus bergabung tenaga untuk memastikan bimbingan bacaan asas solat ini akan berterusan sehinggalah pelajar-pelajar kita dapat menguasai dengan lancar.

Berdasarkan pemerhatian penulis sebagai pensyarah Agama Islam, pelajar-pelajar ini sangat lemah dalam penguasaan bacaan asas solat. Penulis terpaksa mengajarkan satu persatu tentang bacaan asas solat. Oleh disebabkan itu penulis merasakan terpanggil untuk membuat kajian sejauh mana faktor penguasaan bacaan asas solat dalam pengamalan solat fardhu.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Membantu pelajar menguasai bacaan asas solat.

ii. Meningkatkan keupayaan pelajar menghafal bacaan asas solat.

iii. Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai ayat hafalan bagi memudahkan proses hafalan bacaan asas solat.

PERSOALAN KAJIAN

i. Adakah faktor penguasaan bacaan asas solat mempengaruhi pengamalan solat fardhu? ii. Adakah faktor penguasaan bacaan asas solat mempengaruhi pengahayatan solat? iii. Adakah faktor penguasaan bacaan asas solat mempengaruhi hafalan bacaan tersebut?

KEPENTINGAN KAJIAN

(4)

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah bertumpu hanya kepada faktor penguasaan bacaan asas solat dapat mempengaruhi pengamalan solat fardhu di kalangan pelajar semester satu Kolej Komuniti Kuantan.

KAJIAN LITERATUR

Penguasaan bacaan asas solat dilihat amat penting bagi memastikan kelangsungan pelajar-pelajar kita dalam mengamalkan solat fardhu sebagai rutin harian yang wajib ditunaikan. Seperti yang diketahui umum, “ solat itu adalah tiang agama”. Kesempurnaan akhlak seseorang juga bergantung kepada kesempurnaan ibadah solatnya. Dengan penguasaan yang baik, maka dengan ini dapat memantapkan lagi ibadat pelajar-pelajar kita dan seterusnya dapat mendidik akhlak pelajar.

Beberapa kajian sebelum ini telah menunjukkan mata pelajaran kerohanian akan membentuk keperibadian pelajar. Antaranya yang dinyatakan oleh Azhar Ahmad dan Dr. Ab. Halim Tamuri iaitu rendahnya penghayatan dalam beberapa aspek seperti kewajipan solat lima waktu, adab pergaulan dan pendedahan aurat akan memberikan gambaran kepada punca masalah sosial pada zaman ini. Asmawati bte Suhid dalam kajiannya menyentuh tentang pemantapan komponen akhlak dalam Pendidikan Islam bagi menangani era globalisasi. Penekanan perlu dititikberatkan oleh institusi supaya pelajar dapat menghayati nilai-nilai ada dalam subjek ini dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu kajian ini akan melihat sejauhmana faktor penguasaan bacaan asas solat dalam mempengaruhi pengamalan solat fardhu di kolej komuniti Kuantan.

Kajian ini akan melihat sejauhmana faktor penguasaan bacaan asas solat dalam mempengaruhi pengamalan solat fardhu di kolej Komuniti Kuantan. Hubungan ibadah solat dengan ibadah lain saling kait mengait. Udah (2008) menyenaraikan hubungan solat dengan beberapa perintah Allah yang melibatkan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Antara bentuk hubungan tersebut ialah hubungan solat dengan menutup aurat, menjauhi zina, bersifat adil, amanah dan tidak cepat marah terhadap orang lain. Melalui solat yang dihayati akan membentuk jatidiri yang mulia, yang cintakan kebaikan dan menghindar segala larangan.

Menurut kajian Ramli Awang dan Rosmaziah Abdul Kadir (2009), menyatakan tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap pengalaman solat sunat di kalangan pelajar Sarjanamuda Pendidikan Islam (SPI),jenis-jenis solat sunat yang diamalkan dan faktor-faktor yang mendorong pelajar SPI untuk melaksanakan solat sunat. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden mengetahui dan memahami tentang solat-solat sunat. Namun tahap pengalaman pelajar dalam melaksanakan solat sunat masih kurang memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan bagi meningkatkan tahap kefahaman dan mempertingkatkan lagi pengamalan solat sunat di kalangan pelajar SPI, khususnya di kampus.

(5)

Menurut Siti Rokiah binti Abdul Ghani (2007), kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat tahap amalan solat dan hubungannya dengan akhlak pelajar. Hasil utama kajian ini mendapati bahawa tahap amalan solat dan tahap akhlak pelajar adalah berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan jantina tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan pencapaian Pendidikan Islam untuk SPM. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam akhlak pelajar berdasarkan jantina dan pencapaian dalam Pendidikan islam untuk SPM. Dapatan kajian ini juga mendapati wujud hubungan di antara amalan solat dengan akhlak pelajar.

Menurut Norlyana binti Sulong (2006), kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat. Kajian ini mempunyai tiga skop kajian iaitu pengetahuan, tahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat dan pandangan pelajar terhadap kesan perlaksanaan solat terhadap diri seseorang. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap pencapaian min adalah tinggi iaitu 4.73 bagi pengetahuan, 4.22 bagi tahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat dan 4.63 pandangan pelajar terhadap kesan pengamalan solat terhadap perlaksanaan solat terhadap diri seseorang. Dari kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada semua pihak agar asas peneguhan agama dititikberatkan di kalangan masyarakat. Penulis bersetuju dengan pendapat beliau dan ingin menambah peneguhan agama bukan sahaja diterapkan dan ditekankan diperingkat sekolah sahaja, tetapi ibubapa perlu mengambil peranan dirumah dalam memberi penekanan agama terhadap ana-anak mereka.

Setelah meneliti dapatan kajian lepas, penulis dapat merumuskan bahawa pengamalan solat dalam kalangan pelajar khususnya dan umumnya dalam masyarakat Malaysia masih kurang memuaskan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Dato Dr. Mohd fadhilah Kamsah, sejumlah 80% umat islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu sehari

METODOLOGI

1. REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini dijalankan berbentuk deskriptif (tinjauan). Menurut Mohd Majid Konting (2005:96), penyelididkan deskriptif adalah merupakan penyelidikan yang bermatlamatkan untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku. Ary (1979) menyatakan (Nor Hayati, 2007)bahawa kaedah tinjauan merupakan suatu rekabentuk kajian yang digunakan secara meluas dalam kajian yang membabitkan bidang sosiologi, perniagaan, sains politik dan pendidikan. Kaedah deskriptif ini digunakan bagi mendapatkan data kuantitatif mengenai faktor penguasaan bacaan asas solat dalam mempengaruhi pengamalan solat fardhu di kolej komuniti Kuantan. Soal selidik digunakan bagi mendapatkan data kajian. Menurut Mohd Majid Konting (2005:21) soal selidik merupakan cara yang sering digunakan di dalam bidang penyelidikan.

2. SAMPEL KAJIAN

(6)

3. INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui borang soal selidik. Penulis memilih kaedah soal selidik adalah kerana jawapan yang diperolehi adalah lebih konsisten. Di samping itu juga, ia dapat menjimatkan masa responden untuk memberi respon. Wiersma (1997) menyatakan bahawa penggunaan soal selidik dapat membantu penulis mengumpul data yang diperlukan daripada responden dalam satu jangka masa yang singkat.

4. ANALISIS DATA

Penulis menggunakan perisian SPSS versi 16.0 untuk menganalisa maklumat yang diperolehi daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada sampel kajian. Merujuk jadual dibawah, min yang paling tinggi adalah 1.0 iaitu mempelajari bacaan asas dalam solat. Ini menunjukkan responden setuju telah mempelajari bacaan asas dalam solat. Min yang paling rendah adalah 0.04 iaitu tidak berminat untuk menghafal bacaan asas solat.

Jadual 1

Bil Perkara Mean

Std. Deviation

1 Mempelajari bacaan asas dalam solat 1.00 .000

2 Mempelajari bacaan asas dalam solat

melalui ahli keluarga .91 .284

3 Mempelajari bacaan asas dalam solat

semasa di peringkat sekolah. .99 .120

4 Menghadiri kelas fardu ain mengenai bacaan

asas dalam solat. .29 .457

5 Tidak memahami maksud ayat bacaan asas

solat. .68 .469

6 Mudah lupa hafalan bacaan asas solat. .26 .442

7 Tidak berminat untuk menghafal bacaan asas

solat. .04 .205

8 Tidak mendapat pengajaran yang berterusan

(7)

GRAF 1

Graf 1 menunjukkan skor min yang telah diperolehi.

1

0.91

0.99

0.29

0.68

0.26

0.04

0.33

Mempelajari bacaan asas dalam solat

Mempelajari bacaan asas dalam solat melalui ahli keluarga

Mempelajari bacaan asas dalam solat semasa di peringkat sekolah.

Menghadiri kelas fardu ain

mengenai bacaan asas dalam solat.

Tidak memahami maksud ayat

bacaan asas solat.

Mudah lupa hafalan bacaan

asas solat.

Tidak berminat untuk menghafal bacaan asas

solat.

Tidak mendapat pengajaran yang

berterusan mengenai bacaan dalam

(8)

KESIMPULAN

Sepertimana yang kita sedia maklum solat merupakan tiang agama, dan dengan solat itu dapat mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar. Bacaan asas solat merupakan perkara wajib yang perlu dikuasai oleh setiap muslim untuk lebih menghayati solat tersebut. Bagi mencapai tujuan dan matlamat tersebut, solat hendaklah dilakukan dengan sepenuh tumpuan dan ikhlas dihati serta dengan penuh kecintaan terhadap Allah s.w.t. solat adalah hubungan kita dengan Allah s.w.t, setiap

kali kita solat, Allah akan menjaga kita dan setiap apa yang dilakukan sepanjang hari tersebut. Manakala sebaliknya, sekiranya kita mengabaikan solat maka kita akan menerima azab di dunia dan akan mkenunggu di akhirat sana. Apa yang menjadi permasalahan kita hari ini ialah, di mana pelajar-pelajar kita khususnya sangat lemah dalam penguasaan dalam bacaann asas solat, dan ini menyebabkan mereka tidak menunaikan solat dengan sempurna. Impak daripada ketidaksempurnaan solat, maka akan timbullah masalah social yang semakin hari semakin meruncing. Justeru itu, semua

(9)

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail (2006) Model Guru Pendidikan Islam: Konsep 5m. Kertas Kerja Seminar Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 1 April 2006

Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh. (2010) Penglibatan Ibu bapa dalam Pendidikan Anak-anak Ketika di Sekolah Menengah dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Murid. Internatioanal Seminar Comparative Studies in Educational System Between Indonesia and Malaysia.

Abu Bakar Jabir Al-Jazairi. (1996). Pedoman Hidup Muslim: Akidah, Adab, Akhlak, Ibadah dan Muamalah. Diterjemahkan oleh Drs. Hasanuddin & Didin hafidhuddin. Kuala Lumpur: Victory

Agencie.

Baharom Mohamad , Ali Suradin dan Za’ba Helmi Khamisan (2008) Peranan Pendidikan Islam Dan Pendidikan Moral Dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti

Che Ku Rahayu binti Che Ku Long. (1999). Solat Fardhu di Kalangan Kakitangan Syarikat Percetakan The News Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Bangsar: Satu Kajian Kefahaman dan Amalannya. Kuala Lumpur: University Malaya.

Dayangku Intan binti Awang Lawi. (1991). Perlaksanaan Sembahyang Lima Waktu: Satu Tinjauan di Pekan Kecil Meludam, Sri Aman, Bahagian Kedua, Sarawak. Kuala Lumpur: Universiti

Malaya

Mohd Majid Konting (2000). ‘’Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait