• Tidak ada hasil yang ditemukan

B4 -Lari Berganti-ganti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "B4 -Lari Berganti-ganti"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

LARI BERGANTI-GANTI

SEJARAH

- Berasal dari Amerika Syarikat - Punca-punca lahirnya acara ini :

 Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain

 Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat).

 Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.

(2)

TEKNIK HANTARAN BATON

Gaya popular menghantar baton ialah gaya selang-seli, iaitu baton ditukar di antara tangan kanan dan tangan kiri oleh keempat-empat pelari dalam satu pasukan. Dua cara menghantar baton ialah :

Hantaran atas

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke bawah untuk memukul tapak tangan penerima yang terbuka.

2. Penerima memegang hujung baton semasa menerimanya.

Hantaran bawah

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke atas tangan penerima yang terbuka dalam bentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima.

2. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.

(3)

TEKNIK MENERIMA BATON

Menerima dari atas

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran .

2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan “keluar” apabila hampir dengan penerima baton.

3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke atas dalam bentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya.

4. Penghantar baton akan menghayun baton ke atas tangan penerima.

5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta.

(4)

Menerima dari bawah

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran .

2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan “keluar” apabila hampir dengan penerima baton.

3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke bawah dalam bentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya.

4. Penghantar baton akan menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima. 5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta. 6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.

TEKNIK MENENTUKAN PELARI

Biasanya pemilihan pelari untuk acara ini dijalankan menerusi satu ujian khas yang dibuat oleh sesuatu badan atau pihak yang bertanggungjawab ke atas pasukan itu. Mungkin bilangan pelari yang menghadiri ujian itu ramai. Jika hal itu terjadi, acara saringan perlu diadakan bagi mendapatkan peserta terbaik ke peringkat akhir.

(5)

Pelari pertama

Pelari pertama haruslah mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton, dan berkeupayaan berlari di selekoh. Selalunya pelari pertama adalah pelari kedua terbaik dalam satu pasukan. Ketiga-tiga aspek ini penting kerana dibandingkan dengan pelari lain, pelari pertama akan berlari lebih jauh bersama baton. Ia juga akan menjadi pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik.

Pelari kedua

Pelari ini hendaklah berkeupayaan berlari dengan pantas pada garisan lurus. Dia juga mestlah bijak daripada segi menerima dan menghantar baton. Selalunya, jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tanagan kiri. Namun ini bukanlah satu syarat.

Pelari ketiga

Kriteria utama bagi pelari ketiga ialah kebolehan dabn berkemampuan berlari di selekoh dan menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya

(6)

Pelari akhir

Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas dalam satu-satu pasukan kerana pada bahunyalah terletak keputusan yang bakal dicapai oleh seseubah keputusan yang bakal dicapai oleh sesebuah pasukan lari berganti- ganti 4x100 meter. Pelari ini haruslah berkebolehan berlari di garisan lurus. Walaupun daripada segi jarak larian sebenar, pelari terakhir ini adalah terpendek, namun daripada segi kepantasan dan kelajuan, ia amat penting.

KEDUDUKAN PELARI UNTUK MENERIMA BATON

1. Pemilihan pelari dan penentuan kedudukan hendaklah dibuat terlebih dahulu, dan tumpuan latihan hendaklah mengikut kedudukan ini.

2. Menentukan tangan yang akan memegang baton, sama ada tangan kiri atau tangan kanan. 3. Menyediakan blok permulaan untuk pelari pertama dan menentukan zon pertukaran baton

bagi pelari kedua, ketiga dan keempat.

4. Menentukan lorong larian setelah undian dibuat.

SEMASA LARIAN

1. Aturan umum

a) Berlari mengikut lorong yang ditetapkan.

b) Membuat pertukaran baton dalam kawasan atau zon yang ditetapkan. c) Membuat pertukaran yang bersih.

d) Mengekalkan baton dalam tangan pelari awal hingga akhir larian.

2. Pelari pertama

a) Gunakan blok permulaan.

b) Berlari mengikut isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas. c) Berlari pada selekoh pertama.

d) Membawa baton pada tangan kanan.

3. Pelari kedua

a) Bersedia dan mula berlari dalam keadaan berdiri. b) Berlari dalam lorong yang lurus.

c) Membawa baton pada tangan kiri atau boleh menukarkannya semasa berlari ke tangan kanan.

(7)

e) Menerima baton dalam zon pertukaran.

4. Pelari ketiga

a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri. b) Berlari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua. c) Membawa baton pada tangan kanan.

d) Berlari di sebelah dalam lorong sendiri.

5. Pelari keempat

a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri. b) Berlari dalam lorong yang lurus dan lorong sendiri.

c) Membawa baton pada tangan kiri atau ditukarkan pada tangan kanan semasa berlari.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil pengujian nilai korelasi pearson untuk komunikasi ke atas terhadap kinerja tenaga perpustakaan menunjukkan bahwa komunikasi ke atas berpengaruh positif

Hasil sidik ragam terhadap berbagai peubah yang diamati menunjukan bahwa perlakuan pengaruh reduksi NPK dengan aplikasi pupuk organik dan hayati terhadap pertumbuhan

Pengembangan sektor agribisnis di masa depan, khususnya selama PJP II akan menghadapi sejumlah tantangan besar yang bersumber dari: (1) Tuntutan keberhasilan pembangunan

Tujuan Penelitian ini adalah 1) untuk Menganalisis proporsi sumber-sumber penerimaan pajak daerah terhadap total penerimaan pajak daerah dan Pendapatan Asli Daerah di

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan di atas, maka dapat disimpulkan bahwa terdapat hubungan yang positif antara Kecerdasan Emosional dengan Komitmen Guru

1) Langkah awal mengidentifikasi kebutuhan. Biasanya diartikan sbg ilustrasi.. atau gambaran dan pernyataan masalah yang samar-samar yang dikembangkan dari sebuah informasi. 2)

Hasil dari produk susu bubuk tipe A dan B dapat menunjukkan bahwa penyimpanan selama 3 bulan pada suhu 30°C memiliki nilai rasa yang cenderung sama dengan nilai rasa

Penyusunan Visi ini dimaksudkan untuk menentukan arah pembangunan SKPD yang menunjang pencapaian kinerja Kepala Daerah terpilih serta program prioritas pembangunan