• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN B: ULASAN TIGA ARTIKEL BERKAITAN MODEL PENILAIAN STUFFLEBEAM, CIPP MODEL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAHAGIAN B: ULASAN TIGA ARTIKEL BERKAITAN MODEL PENILAIAN STUFFLEBEAM, CIPP MODEL"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN B: ULASAN TIGA ARTIKEL BERKAITAN MODEL PENILAIAN STUFFLEBEAM, CIPP MODEL

Worthern, Sanders dan Fitzpatrick (1997) mengelaskan pendekatan penilaian kepada enam kumpulan seperti pendekatan berorientasikan matlamat (objectives-oriented), berorientasikan pengurusan (management-oriented), berorientasikan pengguna (consumer-oriented), berorientasikan kepakaran (expertise-oriented), berorientasikan lawan (adversary-oriented) dan berorientasikan peserta (participant-oriented). Pendekatan penilaian yang berorientasikan pengurusan adalah salah satu pendekatan yang paling penting kepada Pengurus yang mana bertanggungjawab bagi merancang, melaksana dan menilai program.

Dalam bidang pendidikan, Pendekatan penilaian yang berorientasikan pengurusan menyediakan pengurus dengan maklumat mengenai program yang dilaksanakan. Oleh itu, maklumat yang diperoleh daripada penilaian mesti menjadi sebahagian penting daripada proses membuat keputusan dan penilai mesti menyumbang kepada pengurus yang berkhidmat dalam pendidikan, pentadbiran sekolah, guru-guru dan orang-orang yang memerlukan penilaian dalam pendidikan. Dalam pendidikan ini, objektif sesuatu program bukan fokus utama dalam penilaian. Stufflebeam adalah pelopor pendekatan berorientasikan pengurusan yang mana bertujuan untuk membantu pengurus membuat keputusan tentang sesuatu program (Worthern, Sanders & Fitzpatrick, 1997).

(2)

Penilaian Konteks menilai keperluan, masalah dan peluang sebagai asas untuk membentuk matlamat dan keutamaan dan juga menilai kepentingan hasil. Penilaian input pula menilai pendekatan alternatif yang mana mesti mesyuarat sebagai cara merancang program dan memperuntukkan sumber. Penilaian proses menilai pelaksanaan rancangan untuk membimbing aktiviti dan akhirnya membantu menerangkan hasil. Penilaian produk pula menentukan hasil yang dirancang dan tidak rancang bagi memastikan proses berada pada landasan bagi menentukan keberkesanan.

Tujuan Model KIPP (CIPP) adalah yang menghubungkan kepentingan dalam proses penilaian dengan mengambil kira semua strategi dan komponen penilaian serta cuba menjawab persoalan ini; melihat ke dalam semua strategi dan komponen penilaian dan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan ini. Adakah reka bentuk penilaian berfungsi dengan betul? Bahagian mana yang mempunyai kemungkinan mengalami masalah dan bagaimana ia boleh diselesaikan? Adakah terdapat cara lebih cekap dalam mengumpul data? (Gilchrist & Roberts,1974). Stufflebeam (1973) mencadangkan penilai untuk mengikuti langkah-langkah ini; sebagai struktur yang logik (as a logical structure), menjadi pengguna dalam mereka bentuk setiap jenis penilaian (to be used in designing each evaluation type), menumpukan penilaian (focusing of the evaluation), pengumpulan maklumat (collection of information), organisasi maklumat (organization of information), analisis maklumat (analysis of information), pelaporan maklumat dan pentadbiran penilaian (reporting of information and administration of evaluation) (Wiles & Bondi, 2002; Stufflebeam, 1973, dalam Worthern, Sanders & Fitzpatrick 1997).

(3)

Menurut Payne, D. A (1994) penilaian konteks adalah termasuk memeriksa dan menerangkan konteks program yang akan dinilai, mengendalikan keperluan dan penilaian matlamat. di samping itu juga penilaian konteks menurut beliau lagi, adalah menentukan objektif program dan menentukan sama ada objektif akan sepenuhnya bertindak balas untuk menentukan keperluan. Oleh itu, penilaian konteks dapat membantu dalam program merancang keputusan.

Manakala menurut Bernadette Robinson (2002) bagi menjadikan penilaian yang menggunakan pendekatan Model KIPP itu berguna, ia mesti berpandukan kepada soalan-soalan yang digunakan oleh pembuat keputusan sekali gus memudahkan mereka. Oleh itu bagi penilaian konteks soalan yang ditanya ialah apa yang perlu kita lakukan? Ia melibatkan pengumpulan dan analisis keperluan penilaian data untuk menentukan matlamat, keutamaan dan objektif. Beliau memberi contoh penilaian terhadap program literasi yang mana perlu membuat analisis objektif program, pencapaian literasi, kekuatiran pekerja, polisi literasi dan rancangan serta kebimbangan masyarakat, persepsi ataupun sikap dan keperluan. Dalam artikel ketiga iaitu hasil penulisan Shane Hall (2012) memberi pendapat bahawa elemen yang penting bagi memahami program konteks adalah temu duga ahli dalam pengurasan sesuatu program bagi membentuk kefahaman tentang masalah program dan direka untuk diselesaikan. Pada peringkat ini, perlu untuk mengutip segala dokumen berkaitan dan data bagi membuktikan kewujudan masalah dalam program. Beliau memberi contoh bahawa jika ingin menjalankan program tutor selepas waktu sekolah yang bertujuan bagi meningkatkan skor pelajar dalam ujian matematik, pemeriksaan data bagi tahun-tahun lepas bagi menentukan tahap pencapaian awal pelajar. Setelah menjelaskan masalah dan cabaran maka barulah menyatakan matlamat dan objektif program.

(4)

Penilaian kedua dalam CIPP Model ialah penilaian input. Menurut Payne, D. A (1994) penilaian input adalah termasuk aktiviti yang mana menggambarkan input dan sumber program, perbezaan bagaimana program mungkin dilaksanakan berbanding program lain, bakal faedah/penilaian kos, penilaian tentang reka bentuk penilaian program, memeriksa apakah strategi alternatif dan pertimbangan dan mengesyorkan tatacara program Bernadette Robinson (2002) menggunakan soalan bagaimana harus kita buat? Sebagai persoalan yang menggambarkan penilaian input. Pada peringkat ini, ia melibatkan langkah dan sumber yang diperlukan ke arah matlamat dan objektif. Ia juga mungkin termasuk penentuan kejayaan luaran program dan bahan dengan digabungkan maklumat.

Shane Hall (2012) pula menyatakan bahawa penilaian input memerlukan penyusunan senarai sumber yang ada bagi satu program bagi membantu mengatasi masalah yang timbul. Sesuatu program memerlukan input seperti pembiayaan dan juga kakitangan untuk mencapai matlamat. Sebagai contoh program tutor memerlukan tutor, ruang pengajaran dan pembiayaan buku, kalkulator dan sebagainya. Sumber juga termasuk bajet dan juga dokumen perancangan. Selain itu, Shane Hall (2012) juga menekankan kualiti lebih dari kuantiti. Oleh itu rumusan ketiga-tiga artikel ialah penilaian input adalah direka bagi menyediakan maklumat dan menentukan bagaimana sumber yang ada digunakan untuk mencapai objektif program. Selain itu, tujuan penilaian input juga adalah membantu dalam mengambil kira alternatif keperluan dan rintangan serta membantu membina rancangan yang boleh dilaksanakan. Kaedah yang digunakan dengan menganalisis keperluan manusia dan sumber, penyelesaian strategi, reka bentuk prosedur supaya fleksibel, sesuai dan ekonomi.

(5)

dalam membuat keputusan penilaian formatif seperti keputusan membaik pulih atau meningkatkan program. Penilaian proses dalam artikel penulisan Bernadette Robinson (2002) memberi maksud yang hampir sama dengan penulisan artikel oleh Payne, D. A (1994). Bernadette menggunakan soalan adakah kita melakukannya seperti yang dirancang? Beliau juga menyatakan pada peringkat ini ia menyediakan pembuat keputusan maklumat tentang bagaimana program dilaksanakan. Program dipantau secara berterusan dengan itu pembuat keputusan akan belajar banyak perkara seperti sejauh mana ia mengikut perancangan dan garis panduan, konflik yang timbul, sokongan moral pekerja, kekuatan dan kelemahan bahan, penyampaian dan masalah belanjawan.

Manakala menurut Shane Hall (2012) penilaian proses adalah memantau dan mendokumenkan aktiviti program. Maklumat mengenai proses program boleh diperoleh dengan pelbagai kaedah termasuklah kaji selidik, temu bual dan pemerhatian peserta. Bagi menilai aktiviti dan proses data yang berharga perlu direkod seperti kedatangan pelajar. Dengan itu, dapat disimpulkan pada peringkat penilaian proses adalah berfokuskan kepada pelaksanaan sesuatu program atau strategi. Tujuan utama penilaian proses adalah untuk mendapatkan maklum balas bagi penambahbaikan pelaksanaan yang ada kekurangan. Selain itu, penilaian proses juga dapat menyediakan perbandingan pelaksanaan sebenar dengan program akan datang, kos pelaksanaan dan pendapat peserta tentang kualiti usaha yang diberikan.

(6)

contoh program tutor sebagai contoh. Selain itu, program boleh dianalisis dengan menemu duga anggota program dan bertujuan mendapat persepsi mereka tentang hasil program. Oleh itu dari pendapat ketiga-tiga penulis itu, dapat disimpulkan bahawa fungsi utama penilaian produk adalah untuk mengukur, mempersembahkan dan hakim tentang pencapaian program. Selain itu, ia perlu menentukan tahap bagi menentukan keperluan dan menentukan kesan program. Penilaian juga perlu mendokumenkan kedua-dua kesan yang dijangkakan dan tidak dijangka dan positif mahupun hasil yang negatif. Pada peringkat ini juga, penilaian produk membantu penilai untuk membuat keputusan tentang program sama ada diteruskan, atau sebaliknya atau ditambah baik.

Walau bagaimanapun Model KIPP (CIPP Model) juga seperti model yang lain mempunyai kekuatan dan juga kelemahan. Menurut Payne, D. A (1994) bahawa penilaian CIPP Model agak komprehensif dan sering kali tidak menggunakan setiap bahagian CIPP Model dalam penilaian tunggal. Sebaliknya program akan berhasil dengan melalui empat langkah CIPP Model. Secara umumnya CIPP Model agak berguna dalam membantu untuk fokus kepada beberapa soalan penilaian dan isu-isu yang sangat penting serta berfikir tentang beberapa jenis atau peringkat penilaian. Walau bagaimanapun Payne tidak menyatakan kelemahan Model KIPP. Bernadette Robinson (2002) pula menyatakan kekuatan Model KIPP(CIPP Model) ialah model ini memastikan hasil dapatan akan digunakan oleh penilai dalam projek. CIPP juga menggunakan pendekatan holistik untuk menilai, bertujuan memberi pemahaman yang meluas dalam sesuatu program, konteks dan juga proses kerja. Ia berupaya bertindak dalam cara formatif dan juga sumatif, membantu untuk membentuk peningkatan sementara program masih dalam proses dan seterusnya mendapatkan penilaian akhir secara keseluruhan(sumatif). Data formatif digunakan untuk penilaian akhir. Rangka kerja yang sangat fleksibel untuk dilaksanakan dalam kes atau situasi yang berbeza dalam projek keseluruhannya.

(7)

mungkin ia tidak mengambil kira politik dalam membuat keputusan dan antara organisasi.

Kesimpulan secara menyeluruh dari ketiga-tiga artikel tentang empat komponen CIPP Model adalah ketiga-tiga artikel menerangkan bahawa CIPP Model mempunyai empat komponen yang saling berhubung kait iaitu Konteks, Input, Proses dan Produk. Penilaian konteks adalah proses membuat rancangan. Semua aspek perlu diambil kira dari aspek kakitangan, peserta, sumber dan juga persekitaran dalam proses membentuk objektif program. Manakala Penilaian Input pula berkaitan dengan keputusan menstruktur program. Pada peringkat ini program akan direka bentuk dengan mengambil kira semua aspek yang telah dianalisis dan diteliti supaya program yang dihasilkan sesuai, fleksibel dan ekonomi. Seterusnya penilaian proses pula memfokuskan membuat keputusan pelaksanaan. Di sini program akan dinilai adakah ia berjalan seperti yang dirancang atau tidak dan mencari kelemahan untuk ditambah baik. Akhir sekali, penilaian produk adalah penilaian akhir sesuatu program. Ia menilai sama ada program yang dilaksanakan itu berjalan seperti yang diharapkan. Semua data perlu didokumenkan dan penilai perlu membuat keputusan sama ada program itu perlu diteruskan, ditambah baik ataupun diberhentikan. Dengan melihat kelebihan yang ada pada CIPP Model yang memberi garis panduan yang jelas menilai program dan juga sangat fleksibel maka model ini boleh digunakan dalam pelbagai program dan projek.

(8)

menjadikan guru lebih profesional dengan melaksanakan program dengan lebih sistematik dengan menggunakan model CIPP.

RUJUKAN

Bernadette Robinson, (2002).The CIPP approach to evaluation. COLLIT Project.

Shane Hall (2012), How to Use the CIPP Model for Program Evaluation. eHow Contributor.

Gilchrist, R. S. and Bernice R. R. (1974). Curriculum development (A humanized Systems approach). California: Lear Siegler, Inc./Fearon Publishers.

Payne, D.A. (1994). Designing educational project and program evaluations: A practical overview based on research and experience. Boston: Kluwer Academic Publishers.

Stufflebeam, D. L. (1983). The CIPP model for program evaluation. Boston: Kluwer-Nijhoff

Stufflebeam, D. L., and Shinkfield, A. J. (1985). Systematic evaluation. Boston:Kluwe-Nijhoff.

Stufflebeam, D.L. (2000). The CIPP model for evaluation. In T.Kellaghan and D.L

(9)

Wiles, J., and Bondi, J(1985). Curriculum development: A guide to practice (7 edition Upper Saddle River, NJ:Practice Hall

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian yang berjudul Pemanfaatan Mikrokontroler ATMG168 Pada Prototipe Mesin Penetas Telur Ayam, Dalam penelitian ini mejelaskan alat yang menghasilkan

Dari kesimpulan yang telah dihasilkan, serta pengamatan terhadap jalannya kegiatan branding Hipmi Peduli Jawa tengah berikut beberapa saran yang dapat dijadikan sebagai

Pengaruh implementasi pembiayaan mudharabah terhadap pendapatan Bank Jabar Banten Syariah adalah kuat atau tinggi ini dilakukan dengan Prinsip kehati-hatian dalam

Dalam makalah ini, saya akan mengangkat masalah inferioritas istri dalam rumah tangga Jepang pada zaman Meiji yang tercermin dalam cerpen tersebut, sebagai kasus yang

Pembentukan putik Julai Semburan Kimia Bicomine - setiap minggu dan Racun serangga - seminggu sekali (secara rotasi) danRacun kulat - seminggu sekali (secara rotasi)

Teknik

Setelah siswa dan guru membaca teks tentang rumah yang bersih serta berdiskusi, siswa dapat menjodohkan kosakata sesuai dengan maknanya dengan benar.. Setelah

Pelayanan kesehatan adalah suatu proses atau kegiatan praktik keperawatan yang diberikan oleh perawat pada pasien di berbagai tatanan pelayanan kesehatan dengan