• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2 KONSEP MEDIA ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAB 2 KONSEP MEDIA ISLAM"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 2

KONSEP MEDIA ISLAM

2.1 PENDAHULUAN

Komunikasi merupakan perkara yang tidak asing lagi bagi kebanyakan orang pada abad

ke-21 kini. Teknologi komunikasi yang menggunakan perhubungan telah wujud sejak

wujudnya manusia di muka bumi ini. Komunikasi mengalami revolusi daripada

penggunaan asap kepada telefon dan sebagainya. Pada era globalisasi ini, perkara ini

sekali lagi mengalami revolusi dengan kehadiran pelbagai aktiviti yang berteraskan

komunikasi. Salah satu aktiviti tersebut ialah wujudnya beberapa bentuk media yang

merupakan proses pembangunan negara. Di kesempatan ini, umat Islam perlu melihat

media sebagai perkara yang baik dan seharusnya memanfaatkan peluang untuk

(2)

2.2 LATAR BELAKANG MEDIA ISLAM

2.2.1 Definisi Media Islam

Komunikasi merupakan sebaran am yang merujuk kepada media. Pada asasnya,

menurut Musa Abu Hassan, komunikasi dan media adalah perkara yang sama kerana

kedua-duanya membawa mesej yang disampaikan oleh pihak sumber kepada penerima 1.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, komunikasi merupakan perhubungan, perantaraan,

penyebaran maklumat dan penyampaian maklumat2. Komunikasi berasal daripada

bahasa Latin; communiccatio yang bermaksud menyampaikan atau dari perkataan

communis yang bermaksud pemilikan bersama atau perkataan communis opinio yang

bermaksud pendapat umum3.

Harold D. Lasswell berpandangan komunikasi bermaksud “who says what in which

channel to whom with what effect”4

. Komunikasi menurut Burgoon pula ialah proses

dinamik yang menghasilkan makna yang dikongsi bersama yang lahir melalui proses

penyampaian dan penerimaan mesej yang difahami bersama5 manakala Bernard

Berelson dan Gary A. Steiner mendefinisikan komunikasi sebagai the transmission of

information, ideas, emotions, skills, etc. By the uses of symbol.6 Mohd Yusof pula

berpendapat komunikasi merupakan kegiatan bertujuan iaitu seseorang menyampaikan

1Aminuddin Basir, Mohamad Sabri Haron, Nik Yusri Musa, ‘ Kebebasan Media Komunikasi Menurut

Perspektif Islam ’ dalam Jurnal Hadhari, Jilid 2, h. 67. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009.

2

Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Rujukan Persuratan Melayu : http://prpm.dbp.gov.my/ ( 16 Januari 2016).

3

Alo Liliweri, Komunikasi Antarpribadi, Bandung : Citra Aditya Bakti, 1991.

4

Sheila Steinberg, An Introduction to Communication Studies, South Africa : Juta & Co.

5 Mohamad Md. Yusoff, ‘ Komunikasi Tanpa Lisan – Satu Tinjauan Ringkas ’ dalam Jurnal Komunikasi,

Jilid 1, h. 64. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985.

6

(3)

perutusan kepada individu lain dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu respon

daripadanya.7

Maksud media dalam Kamus Dewan ialah alat atau perantara dalam komunikasi

atau perhubungan yang mampu menyampaikan maklumat dengan pantas.8 Menurut

Ghazali Sulaiman, media ialah “ the channel through which a message travel from the sources to the receiver”. Media berasal daripada perkataan Latin “mediare” yang

bermaksud penghubung9 manakala Alan Hancock berpendapat media berasal dari

perkataan medium yang merujuk kepada komunikasi melalui satu cara yang berfungsi

sebagai saluran maklumat.

Islam turut memandang media sebagai wahana untuk menyampaikan mesej Islam.

Syed Muhammad Sadati Al-Syanqiti berpandangan bahawa media Islam ialah medium

yang menyampaikan mesej wahyu ilahi yang bersesuaian dengan realiti kehidupan

manusia yang disyariatkan Allah kepada manusia seluruhnya, dengan pelbagai cara

yang baik dan mengikut maqasid syariah dan hukum-hukum Islam10. Menurut Jum’ah

Sya’ban Wafi pula, media Islam ialah suatu pengislamisasian terhadap proses

pemindahan maklumat sama ada cara-cara, bahan-bahan, sumber-sumber serta tujuan

penyampaian maklumat tersebut11. Mahmud Karam pula memberikan definisi media

7

Mokhtar Muhammad Abdullah, Teknologi Komunikasi dan Proses Pembentukan Masyarakat Bermaklumat : Satu Analisis Semula Peranan Media Elektronik di Malaysia, Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Mara, 1998.

8

Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Rujukan Persuratan Melayu: http://prpm.dbp.gov.my/ ( 19 Januari 2016).

9 Ghazali Sulaiman, ‘ Media Komunikasi Islam ‘ dalam S.Salahudin Suyumo, Huzaimah Hj. Ismail, Aini

Faezah Ramlan (Ed.), Islam dan Komunikasi, Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti Teknologi Mara, 2007.

10

Muhammad Khair Yusuf, Al-I‟lam Al-Islami Biliyujrafiya Bi Kutub wa Rasail wa Buhuth

al-Jamii‟yyah, Riyadh : Dar Thawiq li al-Nasyar wa al-Tauzi’, 1993.

11 Ahmad Kamil Jamilin, Mohd Fauzi Mohd Amin & Mohd Shamsul Hakim ‘ Matlamat dan Prinsip

(4)

dalam konteks Islam yang lebih komprehensif. Beliau berpendapat bahawa media

Islam merupakan proses komunikasi yang merangkumi segala kegiatan informasi

masyarakat Islam. Media Islam melaksanakan segala fungsi sama ada yang berkaitan

dengan pemberitaan, bimbingan dan hiburan di peringkat nasional atau global. Proses

tersebut pula perlu bertepatan dengan matlamat dan cara Islam dalam menampilkan

mesej, bahan informasi, budaya dan hiburan serta didokong oleh pengamal media yang

multazim dengan Islam. Proses tersebut turut melibatkan segala prasarana dan

peralatan informasi12.

2.2.2 Jenis-jenis Media Islam

Sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga kini, didapati proses penyampaian Islam

menggunakan pelbagai jenis media sebagai saluran dalam media komunikasi Islam.

Antaranya ialah penggunaan media cetak dan media elektronik.

a) Media cetak

Media cetak ialah media paling awal diterokai. Walaupun ianya dianggap bentuk

konservatif , media ini masih lagi terkenal dan mempunyai maklumat yang

terperinci dan bermutu tinggi serta boleh menjadi rujukan dari semasa ke semasa.

Kesegeraman maklumat yang diterima oleh pembaca merupakan keindahan

12

(5)

media cetak13. Di antara media yang digunakan Islam dalam media cetak

ialah14 :

a) Al- Quran

Al-Quran dikategorikan sebagai jenis media cetak yang memiliki banyak

fungsi seperti informasi, mendidik, pengawasan sosial, memberi

petunjuk, nasihat dan sebagainya.

b) Tulisan

Dalam proses media komunikasi, tulisan merupakan media yang

digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti contoh surat khabar,

majalah, risalah, poster, buku dan lain-lain. Rasulullah turut

menggunakan medium ini untuk menyebarkan Islam kepada

pemerintah-pemerintah negara yang lain ketika itu melalui penulisan surat mengajak

mereka mentaati Allah s.w.t. Malah, Allah turut bersumpah dengan

huruf nun sebagai isyarat kepentingan penulisan dalam penyebaran Islam.

Firman Allah s.w.t :

“Nun. Demi pena dan apa yang mereka tulis”.15

c) Lukisan atau gambar

13 Saodah Wok ‘

Media Effects on Muslim Society ‘ dalam Mohd. Yusof Hussain (Ed.), Media and

Muslim Society, Kuala Lumpur : International Islamic University Malaysia Press, 2006.

14 Ghazali Sulaiman, ‘ Media Komunikasi Islam ‘ dalam S.Salahudin Suyumo, Huzaimah Hj. Ismail,

Aini Faezah Ramlan (Ed.), Islam dan Komunikasi, h.27.

15

(6)

Lukisan atau bentuk gambar merupakan media komunikasi yang paling

tertua dalam sejarah dan masih digunakan sehingga hari ini. Contohnya,

cerita bergambar, peta, ukiran gambar, diagram, statistik dan sebagainya.

b) Media Elektronik

Media elektronik merangkumi televisyen dan radio. Walaubagaimanapun,

televisyen dilihat sumber paling dipercayai di antara kedua-dua media elektronik

ini16. Selain itu, arus permodenan hari ini memperkenalkan media baharu yang

diklasifikasikan sebagai cabang media elektronik. Kepelbagaian media

elektronik di Malaysia juga merupakan medium yang digunapakai oleh Islam

yang terdiri daripada rajah berikut17 :

Rajah 1

16Saodah Wok ‘

Media Effects on Muslim Society ‘ dalam Mohd. Yusof Hussain (Ed.), Media and Muslim Society, h.27.

17

(7)

Di samping itu, Ghazali memasukkan penggunaan audio-visual sebagai

media komunikasi Islam melihat kepada media tersebut merangsang deria

pendengaran dan penglihatan secara serentak dan lebih menarik seperti contoh

filem, drama, sandiwara, teater dan sebagainya18. Khutbah, pidato dan ceramah

yang dikategorikan dalam bentuk lisan turut dipraktikkan melalui media

elektronik pada hari ini seperti di televisyen, radio dan internet. Media lisan ini

merupakan media asal dan sangat efektif dalam menyampaikan mesej Islam.

Contoh ayat al-Quran di bawah ini menyatakan bahawa Rasulullah

menggunakan media ini secara langsung. Firman Allah s.w.t :

ﮭ ﮪ ﮫ ﮪ ﮦ

19

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua, (diutus oleh Allah) Yang menguasai langit dan bumi; tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimah-kalimahNya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh petunjuk."

2.3 Matlamat Media Islam

Media Islam merupakan badan yang melakukan tugasan secara sistematik dan

berterusan untuk membina keperibadian manusia, menangkis tohmahan-tohmahan yang

dilemparkan terhadap Islam dan masyarakat dan menjana pengetahuan dengan

18

Ghazali Sulaiman, ‘ Media Komunikasi Islam ‘ dalam S.Salahudin Suyumo, Huzaimah Hj. Ismail, Aini Faezah Ramlan (Ed.), Islam dan Komunikasi, h.27.

19

(8)

membekalkan input-input yang bermanfaat20. Oleh itu, matlamat dan objektif media

Islam dapat diringkaskan kepada berikut:

a) Dakwah kepada Allah s.w.t

Seperti yang diketahui, Islam menuntut agar setiap manusia berperanan sebagai

seorang pendakwah. Menurut Naim Haji Ahmad, tuntutan ini turut menjadikan

penggiat media sebagai perantaraan dalam menyebarkan dakwah Islam iaitu

mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah21 sesuai dengan firman

Allah s.w.t :

22

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah

orang-orang yang berjaya”.

b) Berkhidmat membela kaum muslimin dan membantu urusan mereka

Umat Islam merupakan umat yang bersatu tanpa mengira bangsa, warna kulit

dan sebagainya sebagaimana Allah berfirman :

...

23

20

Ahmad Kamil Jamilin, Mohd Fauzi Mohd Amin & Mohd Shamsul Hakim ‘ Matlamat dan Prinsip Media ‘ dalam Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad & Noor Adzrah Ramle (Ed.), Representasi Islam Dalam Media, Nilai : Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia, 2011.

21

Nik Roskiman Abdul Samad, Peranan Media dalam Melestarikan Kasih Sayang, Kertas kerja yang disampaikan dalam Wacana Keputeraan Sultan Muhammad V Siri-4, Bangi : Institut Latihan Islam Malaysia 2014, November 17

22

. Surah al-Imran (3) : 104.

23

(9)

“Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu (agama yang satu asas

pokoknya)...”

Media Islam merupakan barisan hadapan umat Islam dalam membantu

dan membela umat di seluruh dunia. Media Islam perlu menyampaikan

maklumat tepat tentang saudaranya di seluruh negara untuk dikongsi bersama

saudara yang lain24. Selain itu, pelbagai bantuan dan mesej perlu disiarkan

melalui saluran yang pantas dan berkesan dalam mencapai matlamat sebagai

sebuah media Islam.

c) Mempertahankan Islam

Matlamat media Islam ialah menangkis doktrin-doktrin dan ideologi-ideologi

para orientalis dan musuh-musuh Islam yang bertujuan melemahkan pegangan

umat Islam terhadap agamanya25. Hal ini dapat dilihat melalui

program-program yang mengasimilasikan agama Islam dengan budaya barat . Contohnya,

filem-filem yang ditayangkan secara tidak langsung mempunyai suntikan halus

terhadap umat Islam supaya lama-kelamaan ingin keluar dari kongkongan

agama sekaligus mengaut keuntungan dari umat Islam.

d) Membina Akhlak Masyarakat

Pembinaan akhlak ini merangkumi semua lapisan masyarakat dari peringkat

kanak-kanak sehinggalah orang tua supaya tidak terdedah dengan

24

Ahmad Kamil Jamilin, Mohd Fauzi Mohd Amin & Mohd Shamsul Hakim ‘ Matlamat dan Prinsip Media ‘ dalam Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad & Noor Adzrah Ramle (Ed.), Representasi Islam Dalam Media, h.27.

25

(10)

program yang mempunyai unsur-unsur negatif seperti pornografi dan sebagainya.

Media Islam perlu berpegang pada paksi yang asas iaitu untuk menyumbang

program-program yang membina tamadun umat yang berkualiti dan berakhlak

tinggi26.

Tambahan lagi, menurut Zulkiple, tujuan tertinggi media Islam ialah membentuk

taqwa manusia, menjaga dan mengawasi hubungan dengan Allah melalui mesej yang

disebarkan serta melahirkan hubungan sosial yang berteraskan Islam27. Malah, menurut

Muhammad Khair Yusof, tujuan media Islam ialah memberi petunjuk kepada manusia,

memberi mereka kefahaman mengenai perkara-perkara agama dan dunia, menyuburkan

pemikiran Islam yang tulen, berpegang kepada sumber al-Quran dan al-Sunnah,

menyebarkan akhlak Islamiah, menangani serangan pemikiran dan menyebarkan

maklumat dan berita yang benar sahaja28.

2.4 Ciri-Ciri Media Islam

Dalam melaksanakan peranan sebagai sebuah media Islam, media perlu mempunyai

ciri-ciri yang telah digariskan oleh Islam. Antara model penyiaran yang hampir kepada

perspektif Islam mengikut Davies ialah sistem public service. Ciri-ciri dalam model ini

lebih hampir dengan kehendak Islam berbanding model-model lain yang dipraktikkan di

negara-negara umat Islam iaitu memberi khidmat secara efisyen tanpa terlalu terikat

26

Ahmad Kamil Jamilin, Mohd Fauzi Mohd Amin & Mohd Shamsul Hakim ‘ Matlamat dan Prinsip Media ‘ dalam Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad & Noor Adzrah Ramle (Ed.), Representasi Islam Dalam Media, h.16.

27

Zulkiple Abd Ghani, ‘ Komunikasi Islam sebagai Komunikasi Alternatif ’ dalam Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam, Jilid 22, h. 81. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2001.

28

Muhammad Khair Yusuf, Al-I‟lam Al-Islami Biliyujrafiya Bi Kutub wa Rasail wa Buhuth

(11)

kepada kecenderungan politik dan ekonomi. Selain itu, ciri-ciri yang wujud dalam

sistem ini ialah kebebasan bersuara yang dianggap oleh Islam sebagai keutamaan dalam

agenda penyiaran umat Islam29.

Menurut Ahmad Kamil et. Al, ciri-ciri media yang digariskan oleh Islam adalah

seperti berikut30 :

a) Berkata benar dalam apa jua keadaan kerana Islam melarang dari

menutup kebenaran dan mengharamkan semua bentuk penipuan. Firman

Allah s.w.t :

31

“(Katakanlah wahai Muhammad) Patutkah aku (terpedaya dengan

kata-kata dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain daripada Allah, padahal dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab al-Quran yang jelas nyata kandungan satu per satu (tentang yang benar dan yang salah) dan orang-orang yang kami berikan kitab, mengetahui bahawa al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-sebanrnya. Oleh itu, jangan sekali-sekali engkau

menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.”

b) Menentang sebarang laporan dan penyebaran yang berbentuk penghinaan

dan mengaibkan orang lain kecuali dalam beberapa keadaan yang

memberi maslahat lebih besar untuk agama Islam dan masyarakat. Allah

s.w.t memberi amaran keras kepada mereka yang gemar menjatuhkan

29

Zulkiple Abd Ghani, Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2001.

30

Ahmad Kamil Jamilin, Mohd Fauzi Mohd Amin & Mohd Shamsul Hakim ‘ Matlamat dan Prinsip Media ‘ dalam Muhammad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad & Noor Adzrah Ramle (Ed.), Representasi Islam Dalam Media, h. 27.

31

(12)

maruah seseorang dan membuka keaiban yang pasti menyakiti dan

mengganggu kehidupannya. Firman Allah s.w.t :

32

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin suka menyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah)Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

c) Memberi informasi yang berpaksikan fakta yang jelas dan benar serta

tidak tergesa-gesa bersaing dalam menyiarkan sebuah berita yang tidak

pati kesahihannya. Firman Allah s.w.t :

33

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang

fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya

sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

d) Media Islam bukan sahaja perlu menyebarkan maklumat yang benar dan

tidak memutarbelitkan kenyataan untuk kepentingan individu atau

mana-mana golongan34 malah pada masa yang sama memikirkan kesan

penyebaran maklumat tersebut. Media Islam perlu mendamaikan

persengketaan dan bukannya memecahbelahkan sama ada keluarga,

masyarakat atau politik. Hal ini dapat dilihat apabila berlaku perpecahan,

penggugatan kedamaian awan terjadi disebabkan media yang hanya

32

An- Nur (24) : 19

33

Al- Hujurat (49) : 6

34

(13)

mementingkan aspek persaingan dan keuntungan semata-mata

mengenepikan tanggungjawab media yang telah digariskan oleh Islam.

Firman Allah s.w.t :

ﮪ ﮫ ﮪ ﮦ

35

“Dan jika terdapat dua puak dari orang-orang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya. Jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga puak itu kembali mematuhi perintah Allah. Jika puak itu kembali patuh, maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara). Sesungguhnya Allah

mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya orang mu‟min

itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudaramu (yang bertelingkah itu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu

beroleh rahmat.”

e) Media Islam bercirikan bebas yang tertakluk kepada adab-adab dan

akhlak Islamiyyah yang unggul. Islam meraikan hak kebebasan individu

dan perhubungan sesama manusia sejak 14 kurun yang lepas. Firman

Allah s.w.t :

...

36

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam, kerana sesungguhnya telah

nyata kebenaran (Islam)dari kesesatan (kufur)...”

f) Media Islam perlu bercirikan kesyumulan Islam, tidak memilih

sebahagian aspek Islam dan meninggalkan sebahagian yang lain demi

kepentingan tertentu. Allah s.w.t mencela sikap Yahudi yang

meninggalkan sebahagian ajaran Taurat dan mengambil sebahagian lagi

mengikut kehendak mereka. Firman Allah s.w.t :

35

Al-Hujurat (49) : 9-10

36

(14)

...

37

“...patutkah kamu percaya sebahagian (dari isi) kitab Taurat dan

mengingkari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari Kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab siksa yang amat berat. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

g) Media Islam mementingkan kemaslahatan umum dan tidak menjadi batu

api dengan menyalakan bibit-bibit fitnah yang boleh memecah-belahkan

ummah. Firman Allah s.w.t :

38

“Allah tidak sukakepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang) kecuali oleh orang yang dianiaya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mendengar lagi amat mengetahui.

h) Media Islam mengutamakan uslub-uslub yang baik dalam penyampaian

mesej sama ada dalam bentuk paparan imej, video, ucapan dan tulisan

serta menegah dari menggunakan uslub-uslub ta’sub, ekstrim dan apa jua yang bertentangan dengan kaedah Islam. Segala isu-isu besar dan

kontrovesi dalam media Islam perlu dilaksanakan secara berhikmah.

Islam juga menyuruh untuk menyampaikan mesej kepada pemerintah

seperti yang terjadi di zaman Nabi Musa a.s dan Fir’aun. Firman Allah

s.w.t :

ﮭ ﮪ ﮫ ﮪ ﮦ

39

37

Al-Baqarah (2) :85

38

Al- Nisa’ (4) : 148

39

(15)

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas di dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut semoga dia beringat atau takut”.

i) Media Islam ditegah daripada mencela atau menyingkap aib pemimpin

Islam walaupun terdapat kemungkaran pada diri pemimpin tersebut yang

wajar diubah. Kemungkaran itu perlu ditegur secara tersembunyi supaya

memberi kesan terhadap personaliti pemimpin tersebut. Manhaj Ahli

Sunnah Wal Jamaah ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t :

40

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad) engkau telah bersikap lemah lembut terhadap mereka dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan mohonlah keampunan bagi mereka serta bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi

orang-orang yang bertawakkal kepadaNya”.

2.5 Prinsip-Prinsip Media Islam

Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda telah lama mengamalkan prinsip media

komunikasi Islam ketika menyampaikan sesuatu mesej. Prinsip-prinsip media Islam ini

didapati daripada sumber rujukan tertinggi umat Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Prinsip ini diliputi oleh kaedah komunikasi secara menegak, iaitu dengan Allah dan

komunikasi secara melintang iaitu dengan manusia. Justeru, sesebuah media Islam

40

(16)

perlu mengamalkan prinsip-prinsip berikut dalam menjaga hubungan dengan Allah dan

hubungan sesama manusia (hablum min Allah hablum min al-nas).

Antaranya, prinsip benar dalam pengamalan media. Media kini dilihat

seolah-olah mengorbankan nilai kebenaran semata-mata untuk menjaga kepentingan

pihak-pihak tertentu. Hal ini menyebabkan kebanyakan media kini menyebarkan pendustaan41.

Allah s.w.t melarang berdusta dalam apa jua perkara kecuali peperangan dan

mendamaikan suami isteri. Firman Allah s.w.t :

...

42

“...maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala dan jauhilah perkataan yang dusta.

Dalil ini amat jelas kepada umat Islam dan menunjukkan mengenai kewajipan

penggiat media untuk menyampaikan kebenaran dan mengelakkan pembohongan.

Prinsip ini juga didasari oleh kesesuaian dengan kriteria kebenaran tersebut. Seperti

contoh, pengamal media perlu melaksanakan hasil kerja mereka dengan merujuk kepada

al-Quran dan agamawan bagi memastikan kerja-kerja mereka sesuai dan tidak lari

daripada prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam. Prinsip berkata benar ini sangat

ditekankan dalam Islam apabila Allah merakamkan firmanNya dalam surah al-Ahzab43 :

ﮭ ﮪ ﮫ ﮪ ﮦ

44

41

Nik Roskiman Abdul Samad, Peranan Media dalam Melestarikan Kasih Sayang, Kertas kerja yang disampaikan dalam Wacana Keputeraan Sultan Muhammad V Siri-4, h.27.

42

Al-Hajj (22) : 30

43

S.Salahuddin Suyurno, Mohd Yadman Sarwan, Aini Faezah Ramlan, ‘ Prinsip dan Etika Islam dalam Komunikasi ‘ dalam S.Salahudin Suyumo, Huzaimah Hj. Ismail, Aini Faezah Ramlan (Ed.), Islam dan

Komunikasi, Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti Teknologi Mara, 2007.

44

(17)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat dan benar (dalam segala perkara).

Al-Quran menyatakan bahawa menyampaikan mesej yang benar merupakan

pra-syarat untuk kebaikan. Apabila ingin kejayaan dalam sesebuah karya atau ingin

memperbaiki sesebuah masyarakat mestilah menyebarkan pesanan yang benar. Dengan

kata lain, masyarakat menjadi rosak apabila mesej tidak benar seperti contoh apabila

wujud ramai individu yang cenderung menyimpan kebenaran kerana takut. Al-Quran

menjelaskan bahawa salah satu strategi memperbaiki masyarakat ialah dengan

memperbetulkan bahasa yang digunakan supaya dapat menjelaskan keadaan sebenar

dan bukan untuk menyembunyikan45.

Selain itu, prinsip lain ialah menganalisis sasaran pendengar atau penonton.

Pendengar mesti dianalisis agar dapat dikenali sedalam mungkin. Antara perkara yang

perlu diketahui ialah tahap pengetahuan, sikap, sensitiviti serta mentaliti mereka supaya

dapat membentuk kerangka kesedaran kepada golongan ini46. Seperti contoh, dalam

siaran animasi, media perlu menganalisis golongan kanak-kanak supaya unsur-unsur

penerapan nilai murni dapat diterima dan dihayati oleh mereka. Sifat keanjalan

(fleksibiliti) dalam media Islam membuka ruang kreativiti dalam menyampaikan mesej

yang sesuai dengan kadar keupayaan intelektual dan akal sasaran. Sabda Rasulullah

s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim :

45

S.Salahuddin Suyurno, Mohd Yadman Sarwan, Aini Faezah Ramlan, ‘ Prinsip dan Etika Islam dalam komunikasi ‘ dalam S.Salahudin Suyumo, Huzaimah Hj. Ismail, Aini Faezah Ramlan (Ed.), Islam dan Komunikasi, h.27.

46

(18)

يِنَثَدَح

ي

وُبَأ

ي

،ٍرِهاَط

ي

يُةَلَمْرَحَو

ي

يُنْب

ي

، ََََْ

ي

يَلاَق

ي:

اَنَرَ بْخَأ

ي

يُنْبا

ي

، ٍبْهَو

ي

يَلاَق

ي:

يِنَرَ بْخَأ

ي

،ُسُنوُي

ي

يِنَع

ي

يِنْبا

ي

، ٍباَهِش

ي

يْنَع

ي

يِدْيَ بُع

ي

يِهَللا

ي

يِنْب

ي

يِدْبَع

ي

يِهَللا

ي

يِنْب

ي

،َةَبْتُع

ي

يَنَأ

ي

يَدْبَع

ي

يِهَللا

ي

يَنْب

ي

،ٍدوُعْسَم

ي

يَلاَق

ي:

اَمي

يَتْنَأ

ي

يٍثِدَحُِِ

ي

اًمْوَ ق

ي

،اًثيِدَح

ي

يَل

ي

يُهُغُلْ بَ ت

ي

،ْمُُُوُقُع

ي

يَلِإ

ي

يَناَك

ي

يْمِهِضْعَ بِل

ي

يًةَنْ تِف

47

“Dan telah menceritakan kepadaku Abu Thaahir dan Harmalah bin Yahyaa, mereka

berdua berkata : Telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahb, ia berkata : Telah mengkhabarkan kepadaku Yuunus, dari Ibnu Syihaab, dari „Ubaidullah „Abdillah bin „Utbah, bahwasannya „Abdullah bin Mas‟uud pernah berkata : “Tidaklah engkau berbicara kepada suatu kaum dengan suatu dengan pembicaraan yang difahami akal,

melainkan akan terjadi fitnah pada sebagian mereka” [Sahih Muslim hal. 23].”

Di samping itu, gaya bahasa dan penyampaian hendaklah bersesuaian dan baik48.

Allah s.w.t mencipta bahasa dengan penuh keindahan. Maka, wajar untuk

menggunakan perkataan, nasihat dan perbahasan yang baik dalam penyampaian mesej

Islam. Berkaitan dengan prinsip ini, Allah s.w.t berfirman dalam al-Quran :

...

..

49

“...dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia...”

Islam amat menitikberatkan penggunaan bahasa yang baik ketika berkomunikasi.

Secara tidak langsung, media juga perlu melaksanakan prinsip ini dalam penyampaian

berita, iklan, bual bicara dan semua jenis siaran.

Malah, susunan maklumat perlu jelas dan berstruktur dan bersifat syumuliyyah

iatu menyeluruh50. Syumuliyyah yang dimaksudkan ialah kesempurnaan dalam semua

cabang kehidupan manusia sesuai dengan ajaran Islam dalam makna al-Din dan bukan

47

Sahih Muslim

48

Abdul Mu’ati, Santun Komunikasi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001.

49

Al-Baqarah (2) : 83

50

(19)

sahaja terhad kepada apa yang diistilahkan mesej ‘agama’ seperti kata-kata pemikir

Islam Muhammad Qutb yang menyatakan bahawa Kenapakah bila kita berfikir tentang

media komunikasi Islam, fikiran kita terhad kepada mesej nasihat dan hadith agama?

Kenapakah kita tidak berfikir lebih daripada itu? Sebabnya ialah Islam dalam

kehidupan kita tidak lebih daripada hanya malan ritual, kita tidak menghidupkan Islam

yang sebenar seperti diamalkan oleh generasi awal Islam dahulu.

Hal ini kerana mesej yang tersusun, jelas dan sempurna mampu memberi

kefahaman terhadap audien dengan mudah tanpa mengelirukan. Sebaliknya mesej yang

tidak tersusun dan tidak sempurna akan menjadikan penerima keliru dan salah faham.

Firman Allah s.w.t :

51

“Katakanlah lagi (kepada mereka) Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah. Kemudian, jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa Rasulullah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh petunjuk hidayah, dan (sebenarnya) Rasulullah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang dan nyata”.

Menurut Aminuddin Basir et. Al (2009) pula, media komunikasi mestilah

bertitik tolak daripada prinsip al-amru bi al-ma‟ruf wa al-nahi „an al-munkar (menyeru

kebaikan dan mencegah kemungkaran)52. Prinsip ini merupakan kayu ukur terhadap

media Islam bagi menjamin pemeliharaan terhadap lima perkara utama maqasid

51

An-Nur (24) : 54

52

(20)

syari‟ah (maksud-maksud syariat) iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan

harta benda.

2.6 Fungsi dan Peranan Media Islam

Media mempunyai beberapa fungsi penting bagi memudahkan kehidupan harian

manusia . Antaranya, menurut Zulkiple (2001) media Islam berfungsi sebagai alat

pemberitahuan (inform) khususnya pembangunan di negara-negara Muslim yang lain.

Contohnya, penyampaian maklumat kepada audien tentang isu-isu yang berlaku atau

suatu peristiwa seperti ramalan cuaca, ekonomi dunia, isu-isu sosial dan politik dalam

dan luar negara mestilah menggunakan prinsip-prinsip yang digariskan oleh islam.

Selain itu, media Islam turut berperanan sebagai pengawas kepada alam

sekeliling (surveillance)53. Saaodah Wok (2006) berpendapat bahawa pengawasan

media berlaku dengan menyuburkan kesedaran keadaan Muslim di seluruh negara dan

layanan yang diberi kepada mereka di negara-negara lain. Goonasekara (1992) pula

melihat media sebagai pengawas apabila aspek-aspek yang mempunyai kaitan dengan

kebudayaan, keutamaan, kegemaran, sikap dan sensitiviti masyarakat disiarkan kecuali

perkara-perkara mengenai keselamatan negara54.

53

Zulkiple Abd Ghani, Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2001.

54

(21)

Media Islam turut bertindak sebagai agen yang membantu pihak kerajaan untuk

bersama-sama membina masyarakat yang berakhlak dan berfikiran murni55. Media juga

berfungsi sebagai pemerhati dan muhtasab (watchdog) kepada kerajaan dengan

mengkritik dan mendedahkan segala dasar dan rancangan kerajaan yang bertentangan

dengan kepentingan masyarakat.

Fungsi media Islam yang lain adalah untuk mendidik atau memberi maklumat

baharu kepada penonton56. Pendidikan ini berlaku apabila media menyediakan saluran

berbentuk pengetahuan seperti forum, bual bicara dan sebagainya57. Fungsi lain

berdasarkan Lasswell (1948) yang digunapakai dalam media Islam ialah menyampaikan

warisan ilmu, norma dan nilai kepada generasi baru (ethicizing function)58.

Media juga berperanan untuk mewujudkan kesatuan ummah dengan berkongsi

pengalaman Muslim di negara-negara lain di dunia mengenai cara mereka meneruskan

hidup59. Media Islam turut berfungsi untuk membincangkan dan mencadangkan

perubahan-perubahan yang perlu dilakukan dalam masyarakat (correlation) seperti

mewujudkan kempen nilai-nilai murni dalam bentuk iklan atau program dokumentari

mengenai isu-isu akidah sesat.

55

Aminuddin Basir, Mohamad Sabri Haron, Nik Yusri Musa, ‘ Kebebasan Media Komunikasi Menurut Perspektif Islam ’ dalam Jurnal Hadhari, Jilid 2, h. 67.

56

Yunus Said, ‘ Peranan Televisyen Dalam Memupuk Nilai Kemanusiaan Universal ‘ dalam Nor Harini Saari (Ed.), Pemerkasaan Televisyen dalam Mendidik Masyarakat, Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2007.

57

Saodah Wok ‘ Media Effects on Muslim Society ‘ dalam Mohd. Yusof Hussain (Ed.), Media and Muslim Society, h.27.

58

Najidah Zakariya, Abu Dardaa Mohamad, ‘ Media Sebagai Wasilah Dakwah ’ dalam Jurnal Hikmah, Jilid 6, h. 53. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014.

59Saodah Wok ‘

(22)

Menurut Wright dan Schramm fungsi media juga merupakan alat penghibur.

Namun fungsi ini mengundang pelbagai kontrovesi di kalangan agamawan dan

masyarakat Islam. Oleh itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah

mengambil inisiatif dengan mewujudkan garis panduan hiburan dalam Islam

berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam persidangan kali kedua pada 12 dan 13 Mei 1981

seperti berikut 60:

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong

kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak

membawa kepada fitnah adalah harus;

b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat,

bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka

nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya

baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam

keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

60

(23)

Ghazali Sulaiman pula melihat peranan media Islam ditumpukan kepada lima aspek

terpenting61 iaitu menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang

ramai. Media Islam berfungsi untuk mempertahankan isu-isu yang berkaitan ummah

dan menggunakan pendekatan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses

penyampaian berkesan. Media Islam berperanan untuk melancarkan perang saraf

terhadap musuh Islam dengan melemahkan hujah dan posisi mereka sekaligus

mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam. Di samping itu, media Islam perlu

menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang

menyesatkan.

Abu Hassan pula mengutarakan lima peranan media Islam62 yang sedikit berbeza

dengan sarjana lain iaitu :

a) Muaddib

Media Islam berfungsi sebagai pendidik yang mendidik masyarakat supaya

melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

b) Musaddid

Agen informasi dalam menghalang dan menangkis maklumat yang sering

disalah tafsir oleh orientalis Barat dengan memutarbelitkan fakta Islam

kepada masyarakat.

61

Ghazali Sulaiman, ‘ Media Komunikasi Islam ‘ dalam S.Salahudin Suyumo, Huzaimah Hj. Ismail, Aini Faezah Ramlan (Ed.), Islam dan Komunikasi, Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti Teknologi Mara, 2007.

62

(24)

c) Mujaddid

Agen pembaharu dengan menyebar fahaman pembaharuan akan pemahaman

dan pengajaran amalan Islam.

d) Muwahhid

Media Islam sebagai penyatu yang mempu menjadi jambatan yang

menyatupadukan umat Islam.

e) Mujahid

Fungsi media Islam sebagai pejuang dalam membela Islam dan mendorong

supaya tertegaknya nilai-nilai Islam dalam diri individu.

Muhyiddin Abdul Halim berpendapat bahawa media Islam berperanan untuk

menggalas tanggungjawab seperti memperbaiki interaksi dan komunikasi antara sesama

manusia63. Media Islam juga berfungsi untuk memperkukuh kecenderungan dalam

melaksana ibadat. Malah, media Islam bertanggungjawab menggunakan konsep agama

untuk meyakinkan masyarakat mengenai idea-idea baru dan isu-isu semasa yang tidak

bercanggah dengan ajaran Islam.

Oleh itu, media sewajarnya melaksanakan fungsi mereka sebagai pembimbing,

pendakwah dan pendidik yang bertanggungjawab dalam kerangka mewujudkan

masyarakat yang maju dan beradab64. Antara perkara yang perlu ditekankan untuk

63

Munirah Abd Razak & Nik Mohd Zaim Ab Rahim ‘Aplikasi Media Elektronik Sebagai Medium Pembelajaran Al-Quran: Kajian Terhadap Televisyen Islam Di Malaysia ‘ dalam Sedek Ariffin, Khadher Ahmad, & Ishak Haji Suliaman (Ed.), Tajdid in Qur‟anic Studies, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2014.

64

(25)

memastikan matlamat media Islam tercapai ialah penekanan dalam konsep hikmah

degan menyesuaikan program-program yang disiarkan dengan sasaran penonton itu

sendiri. Dalam hal ini juga, progam yang disiarkan tidak harus meminggirkan unsur

hiburan yang cuba diketengahkan dalam kehidupan masyarakat dan perlu diterjemah

dan diolah mengikut syariat Islam.

2.7 Penutup

Islam merupakan agama yang diturunkan kepada manusia sebagai panduan dalam

kehidupan dan wajib ke atas individu, keluarga, masyarakat atau mana-mana organisasi

untuk melakukan dakwah kepada Allah s.w.t. Dengan kecanggihan teknologi hari ini,

media Islam turut berperanan dalam menyeru manusia kembali kepada Islam.

Penggunaan media Islam memudahkan penyampaian informasi Islam yang lebih efektif.

Walaubagaimanapun, organisasi media yang menjalankan tugasnya mesti berpegang

kepada prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam supaya matlamat media Islam

Referensi

Dokumen terkait

Gershom Scholem'in kuru ve bilgece hikayeleri ve Mar­ tin Buber'in eski Hasidik masallarının stilize tercümeleri dışında, bu konuda İngilizce olarak yazılmış olan, gerçek

Dalam penelitian ini, permasalahan yang akan diteliti terbatas pada daerah dengan risiko bencana tanah longsor tinggi yakni pada Kecamatan Karangkobar Kabupaten

Ikan Lele Dumbo (Clarias gariephinus), merupakan ikan jenis konsumsi yang memiliki prospek cukup baik untuk dikembangkan, karena mudah untuk dibudidayakan dan tidak

58 BCAP BHAKTI CAPITAL INDONESIA Tbk BSRE1 - BSR INDONESIA PT.. BSRE1 - BSR

Dari analisis yang telah dilakukan, untuk memecahkan masalah pada simpang bersinyal empat kaki Jalan Sumbersari - Jalan Veteran - Jalan Bendungan Sutami - Jalan Bendungan

Fyysisten tiloihin liittyvien mainintojen suuri esiintyvyys tarinoissa voi johtua osittain siitä, että informantit ovat takertuneet kehyskertomuksen ohjeistuksessa sanaan ”tiloissa”:

[r]