• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahasa Inggeris akan bantu Melayu Klik unt uk wakt u solat kawasan lain

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Bahasa Inggeris akan bantu Melayu Klik unt uk wakt u solat kawasan lain"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

VERSI : Mobile | Akhbar Digital

1 Mac 201 4 / 29 Rabiul Akhir 1 435

RENCANA

ARKIB : 1 8/08/2002

Bahasa Inggeris akan bantu Melayu

Waktu Solat Kuala Lumpur Subuh 6:09

Zohor 1:28 Asar 4:43 Maghrib 7:29 Isyak 8:38

Klik untuk waktu solat kawasan lain Nasional

Terkini Berita Utama Dalam Negeri

Politik Perhimpunan UMNO

Parlimen Jenay ah Mahkamah Laporan Khas Artikel

Rencana Forum Kolumnis

Cuit Selak

Blog Kami Prihatin Wilay ah

Kota Selatan

Johor Utara Timur Pahang Sabah & Sarawak

Suara Raky at Luar Negara

Hiburan

Tempatan Rancangan TV Sukan

Dalam Negeri Luar Negara Rencana Sukan

Golf ePlayer Bisnes

Ekonomi Korporat Produk/Serv is

Agro Saham Matawang Pendidikan

Sekolah Kampus Sastera Agama Sains

Sains & Teknologi Megabait Kesihatan Impak Alam Rekreasi

Rekreasi Pemotoran

Pancing Impak Alam Pelancongan Catatan Kembara Gay a Hidup

Feminin Keluarga Kesihatan Polis & Tentera Xtiv e

Video Blog Editor Suara Raky at

Live!

Utusan Melayu

Arkib Berita

Jom Iklan

English

One person likes this. Be the first of your friends.

(2)

Menarik hari ini

Waktu Solat Laporan Cuaca

Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Laporan Khas Parlimen Politik Luar Negara Sukan Rancangan TV Feminin Pendidikan Sains & Teknologi Agro

Kesihatan S3

Polis & Tentera Sastera

Rencana Cuit Selak

cemerlang di universiti

Penulis Tamu

Oleh DR. NORAN FAUZIAH YAAKUB

SEJAK kebelakangan ini berbagai-bagai pihak sama ada daripada kalangan profesional atau orang awam memperkatakan isu penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, terutama sekali pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

Salah satu pencetus utama polemik itu ialah andaian bahawa lepasan universiti tempatan kurang berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat belajar kerana mereka kurang menguasai bahasa Inggeris.

Pada awal tahun ini, penulis bersama tiga lagi penyelidik telah membuat kajian berhubung penguasaan bahasa Inggeris dan implikasinya ke atas para pelajar universiti.

Kajian itu melibatkan 1,408 orang pelajar sebuah universiti tempatan. Pemilihan sampel untuk kajian adalah berbentuk persampelan rawak berstrata mengikut semester, Peratus Markah Kumpulan (PMK), jantina dan kumpulan etnik.

Dari segi kaum, sebanyak 868 pelajar Melayu terlibat dalam kajian itu di samping 513 orang kaum Cina dan 27 orang pelajar kaum-kaum lain.

Jika kita lihat kepada keputusan bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun, kita dapati bahawa pencapaian calon atau pelajar dalam mata pelajaran itu adalah yang terendah berbanding mata pelajaran lain.

Prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris memang kurang membanggakan pada peringkat sekolah lagi.

Keputusan bahasa Inggeris kebangsaan pada peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), misalnya, tidak pernah mencapai 60 peratus kadar kelulusan.

Keputusan bahasa Inggeris dalam peperiksaan PMR pada peringkat kebangsaan pada tahun 1997 hanyalah 63.1 peratus berbanding dengan 92.6 peratus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Setelah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan peperiksaan MUET sebagai satu lagi syarat kemasukan ke universiti, prestasi pelajar dalam peperiksaan tersebut juga tidak begitu membanggakan.

Kajian yang kami jalankan ke atas para pelajar universiti itu mendapati beberapa perkara seperti berikut:

A. Penguasaan bahasa Inggeris dan tempat asal pelajar. Lebih banyak pelajar berasal dari bandar mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik daripada mereka yang berasal dari kawasan luar bandar.

Data kami menyokong andaian ini. Dapatan kami menunjukkan banyak pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam bahasa Inggeris semasa peperiksaan SPM adalah mereka yang berasal dari kawasan bandar.

B. Penguasaan bahasa Inggeris dan kumpulan etnik. Persoalan seterusnya ialah siapakah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam bahasa Inggeris mengikut kumpulan etnik?

Keputusan kajian menunjukkan lebih banyak pelajar Cina (62.6 peratus) mendapat prestasi cemerlang dalam bahasa Inggeris, manakala sebanyak 75.5 peratus pelajar Melayu memperoleh keputusan rendah dalam mata pelajaran itu.

C. Penguasaan bahasa Inggeris dan jantina. Kajian kami mendapati tiada perkaitan yang signifikan bagi keputusan bahasa Inggeris mengikut jantina.

D. Penguasaan bahasa Inggeris dan jenis sekolah pelajar. Keputusan kajian mendapati kebanyakan (kira-kira 32.2 peratus) pelajar dari sekolah berasrama penuh mendapat kredit 5-6 dalam bahasa Inggeris di peringkat SPM, manakala majoriti daripada mereka yang berasal dari sekolah biasa tidak mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.

Sebaliknya, majoriti (38.4 peratus) pelajar dari sekolah Cina mendapat kredit 3-4 bagi bahasa Inggeris.

Apakah implikasi data-data yang diperoleh itu ke atas 1,408 orang pelajar IPT yang dikaji?

Satu soalan yang boleh dikemukakan di sini ialah, sejauh manakah penguasaan bahasa Inggeris berkait dengan prestasi pelajar secara keseluruhan di IPT?

Satu pengukuran yang lazim dibuat oleh penyelidik untuk menentukan prestasi pelajar ialah dengan mengambil Peratus Markah Kumpulan (PMK) mereka.

Dalam kajian yang sama, kami mendapati wujud perkaitan yang relevan antara prestasi bahasa Inggeris di peringkat SPM dengan pencapaian PMK pelajar semasa di universiti.

Kami mendapati lebih banyak pelajar yang mendapat PMK lebih daripada 3.00 (61.8 peratus) terdiri daripada kalangan pelajar yang mempunyai prestasi cemerlang dalam bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Implikasi lain ialah kurangnya penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar menyebabkan mereka berasa susah untuk memahami bahan bacaan dalam bahasa

IKLAN@UTUSAN

BA NC I A N ONL I NE

-Rakyat tempatan tidak berminat menjadi pengawal keselamatan kerana:

Luahan hati suami Nurul Izzah 27 people recommend this.

Erra Fazira setuju anak tunggal dijaga bekas suami

8 people recommend this.

2,365 people recommend this.

Senarai kawasan catuan air peringkat kedua di Lembah Klang

645 people recommend this.

(3)

Awang Selamat Kolumnis Forum

Catatan Kembara

Classifieds Portal Pendidikan Kosmo! Online Mangga Online Saji Online MyBooks Kareer Utusan Karya Laman Xtive

tersebut.

Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya terdapat kursus-kursus yang menggunakan buku-buku teks dalam bahasa Inggeris.

Data-data menunjukkan hanya sebilangan kecil (iaitu kira-kira 10 peratus) daripada pelajar dalam kajian kami yang mengatakan mereka tidak mempunyai masalah memahami teks dalam bahasa Inggeris.

Penguasaan bahasa Inggeris didapati bukan sahaja mempunyai perhubungan yang signifikan dengan pencapaian dalam peperiksaan di universiti tetapi juga keputusan dalam peperiksaan SPM secara keseluruhan.

Dapatan ini mencadangkan betapa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar bukan sahaja meningkatkan prestasi peperiksaan SPM mereka secara umum tetapi juga menyumbang kepada pencapaian para pelajar yang dikaji itu semasa di universiti.

Seterusnya masalah memahami buku teks dalam bahasa Inggeris yang diandaikan mempunyai perkaitan dengan prestasi pelajar. Hipotesis ini disokong oleh dapatan kajian yang menunjukkan perkaitan yang signifikan antara PMK dan keupayaan memahami buku teks dalam bahasa Inggeris.

Secara logik kita boleh mengandaikan bahawa faktor utama pelajar gagal memperoleh PMK yang tinggi di universiti adalah kerana mereka berasa susah untuk memahami buku teks dan bahan-bahan rujukan lain dalam bahasa Inggeris.

Isu penguasaan dalam bahasa Inggeris itu begitu mendalam hingga memberi beberapa kesan termasuk anggapan di kalangan pelajar bahawa kerja-kerja akademik di universiti itu susah.

Kebanyakan daripada mereka (50 peratus) mengakui mempunyai masalah besar menulis esei kerana kaitannya dengan memahami teks dalam bahasa Inggeris.

Dapatan ini juga mencadangkan pelajar mengalami kesukaran untuk mencari bahan di perpustakaan yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Kesukaran ini mungkin berkaitan dengan kurang kemampuan untuk mencari kata-kata utama semasa membuat pencarian maklumat di perpustakaan.

Kesukaran menulis esei juga mungkin disebabkan pelajar kurang faham dalam pembacaan bahan-bahan rujukan dalam bahasa Inggeris.

Masalah ini kemudian memberi kesan kepada kemampuan pelajar itu untuk menggunakan perpustakaan kerana kebanyakan buku rujukan diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

Dapatan kajian memperlihatkan bahawa kemahiran bahasa Inggeris yang telah pun dipelajari dan dikuasai semasa di sekolah banyak memberi kesan positif kepada pelajar apabila mereka berada di universiti.

Keadaan ini mencadangkan bahawa guru-guru bahasa Inggeris sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah hendaklah mencari jalan untuk memastikan pelajar mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Dalam tempoh 30 tahun lepas, kita dapati kefasihan pelajar Malaysia dalam bahasa Inggeris semakin menurun, dan kini telah sampai pada tahap yang boleh dikatakan sebagai membimbangkan.

Oleh itu sudah sampai masanya bagi kita semua yang terlibat dalam bidang pendidikan negara membuat sesuatu untuk memperbaiki dan mengatasi masalah ini.

Satu model yang boleh dikemukakan di sini ialah dengan mengajar semua mata pelajaran sekolah dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris.

Model seperti ini dinamakan oleh sesetengah pakar sebagai partial immersion. Program immersion yang dilaksanakan di Kanada, misalnya, bermula dari darjah tiga di mana pengajaran bagi semua mata pelajaran sekolah adalah sama rata dalam bahasa pertama (Perancis) dan bahasa kedua (Inggeris).

Pada peringkat sekolah menengah, pengajaran dalam bahasa pertama ditingkatkan kepada 60 peratus dan 40 peratus dalam bahasa kedua. Walaupun hasil program ini dikatakan agak kompleks, penguasaan bahasa pertama dan bahasa kedua para pelajar di Kanada dianggap memuaskan.

Selain itu, dapatan beberapa kajian juga memperlihatkan bahawa kanak-kanak yang tidak bercakap bahasa Inggeris di rumah, memerlukan masa lima hingga sepuluh tahun di sekolah sebelum mereka boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa kedua yang diajar.

Kebanyakan ahli bahasa percaya bahawa mereka akan fasih dalam bahasa kedua sekiranya mereka belajar bahasa tersebut mulai peringkat kanak-kanak lagi.

Hasil kajian yang kami jalankan ke atas kumpulan lain penuntut sebuah universiti tempatan sebelum ini menunjukkan kebanyakan pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa Inggeris sebelum memasuki universiti berjaya memperoleh keputusan peperiksaan yang lebih baik semasa di universiti.

Selain daripada mempunyai beberapa implikasi negatif dari segi perspektif akademik pelajar, penulis juga beranggapan pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris akan berasa rendah diri dan kurang yakin dengan keupayaan diri mereka sendiri.

MENARIK

Ruang iklan percuma hartanah, produk Promosikan perniagaan anda kepada dunia.

Jom langgan akhbar Utusan Malaysia Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah. Aduan sukar dapat naskhah akhbar Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

Gambar kahwin Album Raja Sehari Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar. Mari baca Utusan Melayu Mingguan Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jaw i. SMS News Alert Utusan Malaysia Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda. Referred Academic

(4)

Terkini

Nasional Dalam Negeri Politik Parlimen Jenayah Mahkamah

Artikel Rencana Forum Kolumnis Cuit Selak

Wilayah Kota Selatan Johor Utara Timur

Hiburan Tempatan Rancangan TV

Gaya Hidup Feminin

Sukan Dalam Negeri Luar Negara Rencana Sukan Golf

EURO 2012

Bisnes Ekonomi Korporat Produk/Servis Agro Saham

Pendidikan Sekolah Kampus Sastera Agama

Rekreasi Rekreasi Pemotoran Pancing Pelancongan Impak Alam

Xtive Video Blog Editor Suara Rakyat Salam Aidilfitri Untuk memastikan lebih banyak pelajar, khususnya pelajar Melayu, mendapat

prestasi tinggi dan berdikari semasa berada di IPT, maka para pendidik pada peringkat sekolah, terutama sekali mereka yang mengajar di sekolah menengah harian biasa, perlu sama-sama memainkan peranan untuk memberi kemahiran bahasa Inggeris kepada para pelajar mereka.

Pihak yang terlibat dengan pendidikan guru, misalnya, hendaklah menggunakan pelbagai kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang berkesan yang selama ini mungkin merupakan faktor yang tidak menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris.

Akhir sekali, kita juga perlu memikirkan sejauh manakah pihak IPT di negara ini sanggup merombak kurikulum akademik mereka untuk memastikan bahawa hanya pelajar yang telah berjaya menguasai bahasa Inggeris boleh meneruskan pengajian dalam bidang pengkhususan masing-masing?

Atau pun, mungkinkah IPT akan menawarkan kursus-kursus mereka dalam bahasa Inggeris sahaja atau dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris, untuk memastikan lepasan IPT kita mahir dalam dwibahasa?

- Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub kini bertugas di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebelum ini beliau ialah Dekan Sekolah Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau boleh dihubungi di alamat e-mel drnoran@upsi.edu.my.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Cerminan ketumbukan matang

• Sudahlah tiada air, bahang haba dan jerebu pula

• BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

• Menunggu 'sukarelawan Dataran Merdeka'

• Nilai tinggi sebuah persahabatan

• Bapa penggal kepala anak cacat

• Bencana kemarau gara-gara manusia

• Sistem kaukus dalam memilih Ketua Menteri Sarawak

• Hujah Kassim yang wajib ditolak

• BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

• BRTV mengorak langkah untuk muncul saluran berita terbaik rantau

• Mercu tanda baharu negara

• Di mana air...Oh! Selangorku

• Malaysia sebagai negara kuasa perantara

• Universiti perlu lebih bersikap terbuka

• BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

• Padah berbicara di luar ilmu

• Rahsia zaman sekolah Pak Ungku, Robert Kuok

• ISU-ISU AKHBAR CINA

• Jangan takjub ekonomi kapitalis

Utusan Online on Facebook Find us on Facebook

Utusan Online

You like this.

You and 912,289 others like Utusan Online.

(5)

Berita Utama Arkib Berita

English Edition

Laporan Khas

Luar Negara Blog

Kami Prihatin PahangSabah & Sarawak Suara Rakyat

Keluarga Kesihatan Polis & Tentera

ePlayer Matawang Sains

Sains & Teknologi Megabait Kesihatan

Catatan Kembara

Hubungi Kami |Jom Iklan | Facebook | Twitter | rencana RSS Feed |

Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | ADaP | e-Lab | Mangga Online | Saji Online | disini.my | MyBooks | Job House | Utusan Karya

Mengenai Kami | Terma & Syarat

Referensi

Dokumen terkait