• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN A: PENULISAN AKADEMIK TUGASAN INDIVIDU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAHAGIAN A: PENULISAN AKADEMIK TUGASAN INDIVIDU"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN A: PENULISAN AKADEMIK TUGASAN INDIVIDU (MOHD HAFIZ ALMUHAIMI BIN MOHD HALIM)

Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa. Maju mundurnya sesebuah negara berkait rapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan Negara (FPN), diikuti pula dengan wawasan 2020 yang akan mencitrakan masyarakat Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemudian tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada para guru, Sekolah Bestari dan Koridor Raya Multimedia.

Institusi sekolah merupakan salah sebuah organisasi yang mempunyai matlamat dan objektif yang perlu dicapai bagi merealisasikan visi dan misi pendidikan negara. Oleh itu, bagi memastikan institusi ini bergerak dengan berkesan, ia memerlukan individu berketerampilan bagi mengendalikannya. Ini bermaksud bahawa kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah adalah tanggungjawab pemimpin sekolah iaitu guru besar sebagai pentadbir. Ini bergantung kepada pentadbir bagaimana beliau boleh menggunakan hubungan pemimpin dan ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasanya untuk mewujudkan situasi sekolah berkesan yang memberi impak kepada kecemerlangan sekolah.

Hubungan pemimpin–ahli adalah sejauh manakah pemimpin diterima dan disokong oleh ahli. Jika ahli kumpulan yang menerima pemimpin, pemimpin akan berasa dirinya dihormati dan diinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap yang lebih berkesan. Hubungan pemimpin –ahli sangat penting dalam sesebuah pentadbiran sekolah kerana ia menjamin keharmonian dan kecemerlangan sekolah melalui kepimpinan guru besar yang direalisasikan oleh ahli-ahlinya yang bekerja dengan bersungguh-sungguh. Pemimpin yang baik, adil dan bertolak ansur akan diterima dalam komuniti sekolah kerana pentadbiran sekolah sentiasa berteraskan kepada seorang pemimpin berkesan.

Dalam banyak hal, Guru Besar sekolah ialah individu yang paling penting dan

(2)

pembelajaran, tahap professionalisme dam moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa depan pelajar. (Rosemblum dalam Hussein Mahmood, 1993). Menurut Ibrahim Mamat (1998), Guru Besar ialah orang yang mengetuai atau memimpin sesebuah sekolah. Pada diri seorang Guru Besar itu sebenarnya terdapat ciri-ciri ketua dan ciri-ciri orang tua. Sabri Salleh (1998) menyatakan Guru Besar merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif bagi menggerakkan perubahan di sekolahnya.

Penampilan seorang Guru Besar yang hebat dan disegani berkaitrapat dengan stail kepimpinan yang dipaparkan. Berdasarkan teori tingkah laku, kepimpinan yang berjaya merupakan tingkah laku yang boleh dilatih atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Oleh itu, guru besar perlu bertingkahlaku baik seperti menunjuk ajar para guru di sekolah dalam hal-hal kurikulum dan pedagogi. Beliau juga perlu memberikan semangat, mendorong dan memberi inspirasi kepada para guru dan pelajar di bawah jagaannya supaya bekerja dan belajar bersungguh-sungguh. Kata-kata rangsangan yang baik jika digunakan dengan sempurna sudah pasti dapat membuka minda orang bawahan untuk meningkatkan profesionalisme serta meningkatkan produktiviti. Elemen ganjaran atau pujian amat sesuai digunakan untuk meningkatkan motivasi mereka. Oleh itu, guru besar sendiri perlu menunjukkan contoh tauladan yang boleh diikuti dan disegani pleh para guru dan pelajar sekolahnya. Tugas ini merupakan tugas pemimpin.

Peranan Guru Besar mengikut Drake dan Roe (1980) adalah functionally-dualistic; melihat peranan Guru Besar dari dua dimensi iaitu pentadbiran-pengurusan dan pemimpin pendidikan–pengajaran. Sebagai pentadbir dan pengurus sekolah, Guru Besar

bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan sesebuah sekolah dan kemajuannya. Manakala sebagai pemimpin pendidikan-pengajaran ialah memberi kepimpinan, galakan, sokongan kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama Guru Besar perlu berusaha memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran sosial yang sihat dan memberansangkan pengajaran dan pembelajaran.

(3)

hendak disempurnakannya. Prestasi Guru Besar dalam kepimpinan pengajaran merupakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada beliau dan ditunjukkan menerusi tindakan atau tingkahlakunya.

Seterusnya, seorang guru besar haruslah dapat mengawal dan mendorong supaya wujudnya suasana kerjasama dan berpasukan dalam kalangan guru dan kakitangan. Andrew dan Soder (1987) menyatakan pemimpin pentadbiran mengambil tindakan mengarah staf, menggunakan sumber-sumber yang ada di sekolah masing-masing supaya visi dan matlamat sekolah dapat dicapai. Menurut Burns (1978), dalam Ainon dan Abdullah (2003), kepimpinan yang dikemukakan oleh beliau yang mana teorinya telah disokong oleh pakar seperti Bernard Bass (1990), mengatakan seorang pemimpin itu telah mengamalkan gaya kepimpinan transformasi apabila dia berjaya mengubah sikap individu-individu yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri kepada memementingkan kelompok. Perubahan ini terjadi apabila mereka dengan sukarela sanggup bekerja dan berjuang demi mencapai tujuan dan matlamat organisasinya. Sebagai pemimpin pentadbiran, guru besar perlu memberi pertolongan kepada staf kerana fungsi utama kepimpinan pentadbiran ialah untuk memudahkan pencapaian matlamat dan objektif sekolah (Sergiovanni 1977). Ini dapat dibuat dengan menyediakan sistem maklumat tentang dasar, peraturan dan undang-undang dan sebagainya untuk guru-guru.

Selain itu, guru besar juga perlu mengamalkan stail kepimpinan yang lebih mengutamakan nilai kemanusiaan seperti membina hubungan yang harmonis dengan guru, bersikap telus, mudah didekati, kerap memberi motivasi membimbing dan member tunjuk ajar kepada guru Bush 2003 ;Hussein Haji Ahmad 2001). Mengikut Chan Yuen Fok (2000) pula, aspirasi pendidikan Negara tidak akan mencapai matlamat jika kepimpinan sekolah terlalu tertumpu kepada tugas pentadbiran sahaja sedangkan bidang kepimpinan hari ini bersifat dinamik, kompleks malah menuntut sesuatu yang lebih tinggi ( Speck 1999; Herbert 2006) dalam menyediakan guru besar yang mampu menghasilkan guru yang komited terhadap sekolah.

(4)

tugasan, kedudukan kuasa dan tahap keprihatinan mereka terhadap perubahan yang berlaku di sekolah dan persekitaran.

Guru besar haruslah berpandangan jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan pelajar mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman, dan seterusnya membimbing dan berusaha untuk melonjakkan pencapaian sekolahnya ke peringkat yang paling gemilang. Hussein Mahmood (1993) dan Edmonds (1979) berpendapat bahawa, kejayaan sesebua sekolah terletak di tangan guru besar. Ini bermakna bahawa guru besar haruslah mempunyai pelbagai kebolehan , selain daripada memiliki kebolehan mengajar yang dapat menjadi teladan dan rujukan kepada para guru, beliau juga harus berkebolehan untuk memotivasikan guru, staf dan pelajar supaya lebih berminat dan berkomited dengan segala urusan dan aktiviti di sekolah.

Struktur tugasan merujuk kepada kejelasan tugas dan kejelasan peranan ahli dalam melaksanakan tugas tersebut. Apabila tugas adalah rutin dan didefinasikan dengan jelas, ahli mengetahui bidang tugasannya, maka situasi ini akan menyokong proses kepimpinan guru besar. Antara struktur tugasan yang terlibat ialah penyusunan serta pembahagian tugas, penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah, menghayati dan mengamalkan peraturan-peraturan atau arahan yang ditetapkan, penghasilan kerja yang berkualiti dan budaya kerja yang cemerlang.

Seorang guru besar yang cemerlang haruslah menetapkan orientasi tugas yng khusus. Kesan dari orientasi tugas guru ini akan membuahkan hasil apabila pekerja akan uba mendapatkan yang terbaik dalam dalam pekerjaan merekan dan semntara keadaan tertentu dapat diatasi oleh kaedah yang tertentu apabila wujud beberapa ketidakstabilan dalam pengurusan.

(5)

menyelesaikan masalah yang ringan, kerja-kerja berkaitan laporan, tugasan rutin dan teknikal serta tugasan yang boleh member latihan dan bimbingan mengikut kepakaran pengikut tersebut.

Seorang guru besar yang cemerlang juga haruslah cekap dalam menyebarkan maklumat-maklumat tertentu kepada guru-guru, kakitangan, ibubapa dan masyarakat setempat mengenai ordinan-ordinan pelajaran, buku panduan sekolah dan surat-surat pekeliling seperti pakaian dan persatuan. Pemimpin pentadbiran juga kadangkala berperanan sebagai ‘resource providers’ atau brokers. Kecekapan guru besar dalam menyebarkan maklumat kepada guru-guru, kakitangan dan pelajar sekolah amat penting bagi memastikan seluruh warga sekolah tidak ketinggalan dalam memperoleh maklumat-maklumat penting dan terkini.

Dalam konteks pentadbiran kewangan sekolah, Guru Besar tertakluk kepada peruntukan yang terdapat di bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit Rules 1962. Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan. Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan memastikan penggunaan wang secara optima. Guru Besar perlu mengagihkan peruntukan kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan kurikulum, pembelian alat dan kelengkapan sekolah. Oleh itu, guru besar haruslah mampu mentadbir kewangan sekolah dengan efisien agar segala sumber kewangan yang diperuntukkan mampu memberi impak yang maksimum kepada kecemerlangan sekolah.

(6)

Dari aspek kuasa, guru besar adalah pemimpin utama di sekolah. Seperti yang kita maklum, pemimpin mempunyai kuasa ke atas orang bawahannya sesuai dengan struktur tugas yang harus diselesaikan oleh kakitangannya. Salah satu syarat penting untuk paradigma tersebut ialah adanya serangkaian ketentuan yang harus ditaati oleh orang bawahan dalam menentukan bentuk dan tingkat peranan dala pengambilan keputusan. Maka hubungan yang wujud adalah hubungan yang baik. Justeru kepimpinan ini boleh menghasilkan kepimpinan yang efektif di sekolah.

Kuasa kedudukan menggambarkan sejauh mana pemimpin mempunyai keupayaan mempengaruhi kelakuan pengikutnya atau mempunyai wibawa melalui kuasa sah, kuasa ganjaran atau kuasa kepakaran. Selain itu, menurut Mohd Salleh Lebar (2001) kuasa ketua di sekolah mesti digambarkan melalui kebijaksanaan guru besar pada aspek berikut seperti menyelaras dan mengelola disiplin kakitangan mampu membuat keputusan, agen perubahan social sekolah, pengurus pelbagai program, ketua penilai segala aspek termasuk akademik dan bukan akademik, iklim sekolah yang sihat dan suasana persekitaran yang memberangsangkan proses pembelajaran murid dan merancang keperluan kakitangan. Ini menunjukkan bahawa tugas guru besar bukan setakat mengurus sekolah tetapi sebagai pembentuk budaya sekolah, budaya murid, budaya kakitangan dan budaya profesion keguruan.

(7)

Sekiranya semua orang melaksanakan tugasan dan tanggungjawab masing di sekolah, sudah pasti sekolah tersebut sedang memburu dan mengekalkan kecemerlangan dalam segenap aspek. Guru-guru yang mendapat sokongan oleh guru besar dalam kenaikan pangkat pula akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik. Hal ini kerana, ia adalah satu motivasi bagi guru-guru dan ganjaran yang positif setelah mereka melaksanakan tugas serta peranan dengan cemerlang dan gemilang.

Referensi

Dokumen terkait