• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Teks MC

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Contoh Teks MC"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Assalamualaikum wbt.

Mohon perhatian kepada semua peserta, majlis akan bermula kembali sebenar sahaja lagi. Sila berada di dewan untuk kita teruskan majlis kita pada hari ini.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.

Selamat datang saya ucapkan sekali lagi kepada semua hadirin, ke Program Seminar Warga Emas II 2014 anjuran pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Kaunseling Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM.

Program kita akan diteruskan lagi dengan dua pembentangan kertas kerja dan seterusnya sesi sidang selari.

Untuk makluman Tuan2, Puan2 serta hadirin sekalian,

Pembentangan kertas kerja I oleh Encik Baharin Roslan dan Pembentangan Kertas Kerja II oleh YBhg Prof Madya Datin Sapora Sipon akan diadakan di dewan ini sebentar lagi manakala Pembentangan Kertas Kerja bagi Sesi Sidang Selari I dan II akan diadakan di dua Ruang Concurrent iaitu disini, DKF 1.2 dan Ruang Concurrent seterusnya adalah di Bilik Siswazah 3.

(2)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>tgk pembentang ready>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Baiklah, tanpa membuang masa, saya ingin meneruskan majlis kita pada pagi ini dengan menjemput pembentang kertas kerja yang pertama pada hari ini iaitu Encik Baharin bin Roslan, Pembantu Pegawai Unit Warga Emas dari Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan untuk membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk __________________________________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

………..

Terima kasih saya ucapkan kepada En Baharin bin Roslan diatas pembentangan sebentar tadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

(3)

Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Ybhg Datin diatas pembentangan sebentar tadi. Semoga para hadirin dapat mengambil manfaat dari perkongsian oleh kedua-dua pembentang.

Baiklah, program akan diteruskan dengan sesi sidang selari selepas ini. Para pembentang yang akan berada di Ruang Concurrent 2 diminta mengambil tempat di Bilik Siswazah 3 dengan kadar segera. Untuk makluman, para peserta bebas untuk berada di mana-mana ruang concurrent.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

SESI SIDANG SELARI 1

Baiklah, saya teruskan sesi sidang selari 1 kita pada hari ini dengan menjemput pembentang pertama,….

Terima kasih diucapkan kepada semua pembentang untuk sesi sidang 1. Kita akan berehat ntuk solat dan makan tengahari sehingga jam 2.00. sesi sidang selari 2 akan bermula tepat jam 2 di sini. Mohon untuk semua pembentang dan peserta dapat berada disini pada waktunya.

Referensi

Dokumen terkait