Ruj. Kami : KP (PP) 0022/4/9 (18) Tarikh : 24 Zulhijjah 1431 H 30 November 2010 SEMUA WARGA KPM
Y. Bhg. Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 DI BAHAGIAN-BAHAGIAN DAN JABATAN-JABATAN PELAJARAN NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan mengenai perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini akan mengadakan urusan pengambilan Pembantu Am Pejabat Gred N1 bagi mengisi kekosongan di semua agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Untuk makluman Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, semua permohonan perlu dibuat secara atas talian (on line). Iklan dan borang permohonan boleh didapati melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL http://www.moe.gov.my yang akan dibuka mulai 03 Disember 2010 sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2010. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon kerjasama pihak Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan agar dapat membuat hebahan iklan kekosongan jawatan tersebut di Bahagian/Jabatan masing-masing.
4. Untuk makluman Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, bersama-sama surat ini dilampirkan sesalinan iklan kekosongan Jawatan Pembantu Am Pejabat Gred N1 sebagai rujukan.
5. Di atas segala kerjasama Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(FARIDATUL AKMAR BINTI MAT TAIB)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
**This is a computer generated letter, no signature is required**
1 MALAY“IA , RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
(Ministry of Education Malaysia)
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (Human Resource Management Division)
ARAS 1-5 Dan 14, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
Telefon : +603-8884 6000 (Talian Umum) Faks : +603-8888 6292
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa terdiri daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang tersebut di bawah:-
5. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
1. a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat Gred N1
b) Agensi : Kementerian Pelajaran Malaysia
c) Kumpulan : Sokongan
d) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
e) Kekosongan : Di Bahagian/Jabatan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh Malaysia
2. Jadual Gaji : Gred N1: P1T1 RM649.15 – P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 – P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 – P3T22 RM1661.82
3. a) Elaun : i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam – RM 95.00;
ii) Imbuhan Tetap Perumahan – RM180.00;
iii) Bayaran Tetap Insentif Wilayah (jika berkenaan);
iv) Elaun Bertugas Rasmi; dan
v) Bantuan Sara Hidup (COLA)
4. b) Kemudahan : i) Cuti Rehat (20 hari setahun);
ii) Faedah Rawatan Perubatan ;
(diri, isteri/suami, anak-anak dan ibubapa);
iii) Pinjaman Perumahan;
iv) Pinjaman Komputer; dan
Lantikan Terus :
i) Terdiri daripada warganegara Malaysia.
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
iii) a) Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah
b) Berpelajaran di peringkat Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan ATAU kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan,
c) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik
( Gaji permulaan ialah pada Gred : P1T2 )
6. Penetapan Gaji Permulaan
:
Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N1 boleh ditetapkan oleh pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
7. Taraf Jawatan : Tetap
Tempoh Percubaan : Pembantu Am Pejabat Gred N1 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
8. Kursus Induksi/ Peperiksaan
Pembantu Am Pejabat Gred N1 dalam tempoh percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang
berkenaan.
9. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
10. CARA MEMOHON
10.1 Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan atas talian yang boleh di layari di http://www.moe.gov.my
11. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
11.1 Tarikh tutup permohonan adalah 31 Disember 2010 .
12. MAKLUMAT TAMBAHAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga;
b) Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang terlibat bagi calon-calon yang akan menghadiri temuduga ini;