• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAS ALA PARLIMEN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAHAS ALA PARLIMEN"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAS ALA PARLIMEN: TEKS PENGACARA PERTANDINGAN AKHIR (MC FOR PARLIAMENTARY DEBATE)

Dari Dewan SMK St. Michael, Ipoh dengan bangganya kami bawakan pertandingan akhir bahas ala parlimen Zon 2 Kinta Utara. Majlis mengalu-alukan kehadiran pasukan yang bertanding, para penyokong, tuan puan, saudara saudari hadirin yang dimuliakan. Sebelum majlis diserahkan kepada Tuan Yang Dipertua Dewan Parlimen, terlebih dahulu marilah sama-sama kita mengikuti ucapan perasmian pembukaan pertandingan bahas ala parlimen Zon 2 Kinta Utara.

Dengan segala hormatnya, Encik Phoon Chong Chee, Pengetua SMK ST. Michael, Ipoh, merangkap pengerusi pertandingan bahas ala parlimen Zon 2 Kinta Utara menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan majlis.

(Cue: pengetua akan menyampaikan ucapan ringkas yang lebih kurang bunyinya: Selamat sejahtera, selamat pagi

Terima kasih pengacara majlis.

Tuan Haji Mohd Sidik bin Zakaria, Guru Kanan Bahasa SMK St. Michael, Ipoh, dan pasukan beliau

selaku urus setia pertandingan, guru-guru, peserta- peserta pertandingan yang memainkan peranan

sebagai ahli-ahli Yang Berhormat, para penyokong, hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Bagai pihak sekolah selaku tuan rumah, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan tuan puan dan

pelajar sekalian dalam majlis pertandingan pusingan akhir bahasa ala parlimen zon 2 Kinta Utara pada

pagi ini. Pertandingan koakademik seperti ini dapat mencapai objektif supaya bakat para pelajar dapat

diasah dan digilap sebagai sebahagian proses pengalaman pembelajaran yang ditawarkan dalam

sistem pendidikan negara. Kebolehan menampilkan diri di hadapan khalayak bagi menyampaikan

hujah-hujah bernas secara beradab dan tertib ialah suatu usaha memupuk daya kepimpinan generasi

muda dalam kalangan pelajar sekolah. Fasa persiapan yang dilalui oleh pasukan sekolah yang

mengambil bahagian merupakan prngalaman pembelajaran yang sangat berguna, serta tidak sama

(2)

Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat dalam pertandingan ini, sama ada secara langsung mahu pun tidak

langsung. Kepada pasukan yang bertanding pada pusingan akhir pagi ini, saya mengucapkan selamat

bertanding dengan penuh semangat kebahasaan. ”Bahasa jiwa bangsa, bahasa menunjukkan bangsa.

Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.”

Saya dengan sukacitanya merasmikan majlis. Terima kasih)

(Cue: Tunggu sehingga pengetua mengambil semula tempat)

Terima kasih tuan pengetua. Bagi memulakan pertandingan, majlis diserahkan kepada Tuan Yang Dipertua persidangan bahas ala parlimen Zon 2 Kinta Utara, Saudara/i ...

(Cue: Usai keputusan diumumkan oleh speaker, majlis diserahkan semula kepada pengacara)

Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan Sidang Bahas Ala Parlimen Zon 2, Kinta Utara.

Terukir indah lakaran meniti Pakaian bertatah bercekak mutiara Berakhir sudah debaran hati

Penyampaian hadiah kemuncak acara

Sebelum itu, mari kita ikuti terlebih dahulu ulasan oleh ketua hakim. Yang Arif Tuan / Puan ______________________________ dipersilakan. (Cue: Usai ucapan dan ketua hakim kermbali ke tempat duduk)

Terima kasih tuan ketua hakim.

(3)

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tuan Haji Mohd Sidik bin Zakaria mengiringi Encik Phoon Chong Chee ke atas pentas. Dipersilakan.

(Cue: setelah Haji Sidik dan Encik Phoon bersedia, mulakan pengumuman)

Sebagai menghargai jasa baik dan pertolongan yang dihulurkan oleh para hakim yang arif lagi bijaksana, majlis menyampaikan cenderamata kenang-kenangan. Diersilakan:

Ketua Hakim, Tuan / Puan _____________________________________________ Hakim, Tuan / Puan __________________________________________________ Hakim, Tuan / Puan __________________________________________________ (Cue: selesai penyampaian cenderamata hakim) Pembahas terbaik pusingan akhir bahasa ala parlimen zon 2 Kinta Utara (cue: berhenti sejenak):

Saudara / saudari ___________________________________ dari SMK _________________________

Naib Johan pertandingan puisi pertandingan bahasa ala parlimen Zon 2 Kinta Utara jatuh kepada SMK

__________________________________________. Dipersilakan guru pengiring dan anggota pasukan menerima hadiah dan sijil penyertaan.

(Cue: usai naib johan mengambil hadiah)

Johan pertandingan bahas ala parlimen Zon 2, Kinta Utara: SMK _____________________________________________

Dipersilakan Guru pengiring dan anggota pasukan. (Cue: Usai penyampaian hadiah)

Terima kasih Tuan Haji Sidik dan Encik Phoon. Tahniah kepada pasukan yang bertanding. Sebelum mengundur diri, saya bagi pihak majlis menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang majlis ini berlangsung.

(4)

Internet membawa banyak keburukan dari kebaikan

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tajuk kita pada hari ini ialah ‘Penggunaan Internet Membawa Banyak Keburukan daripada Kebaikan’. Sebelum mengemukakan hujah saya sebagai pencadang pertama, ingin saya jelaskan maksud ‘internet’ dan ‘keburukan’ terlebih dahulu.Menurut kamus dewan internet ialah rangkaian maklumat antarabangsa yang menghubungkan komputer.Manakala keburukan bermaksud kekurangan, kelemahan atau kepincangan sesuatu itu.

(5)

memotong ikan atau ayam dan sebagainya, maka terciptalah masakan-masakan yang enak oleh para isteri. Tetapi jika digunakan di jalan yang salah, maka ia boleh membunuh orang lain. Begitulah juga halnya dengan internet ini.

(6)

ditipu oleh seorang penjual di eBay Malaysia. Pembeli tersebut telah membayar untuk membeli sebuah telefon bimbit yang sedang dijual. Penjual tersebut mengatakan bahawa barang tersebut sudah dihantar kepada pembeli tetapi sehingga hari ini ianya tidak sampai seperti yang sepatutnya. Penjual tersebut sudah tidak dapat dihubungi lagi selepas itu. Setelah itu, pembeli tadi mendapati bahawa penjual yang sama telah menipu ramai ahli eBay Malaysia yang lain sehingga berjumlah beribu-ribu Ringgit.

(7)

‘Ketagihan’.Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan,membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Begitulah juga apabila ketagihan internet

Apabila ketagihan internet kadang kala tidur pun pasti tidak cukup, jika tidur tak sempurna, tubuh akan terasa lemah ketika bangun pagi. Mata juga terasa berat. Kepala terasa berat. Namun, apabila bangun, berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguh-lenguh hilang secara tiba-tiba.Sedar atau tidak, itu adalah sebenarnya gejala ketagihan internet.

Menurut Dr Jerald, pada tahun 2006, Korea Selatan menganggarkan kira-kira 210,000 kanak-kanak di Negara tersebut yang berumur di antara enam dan 19 tahun menghadapi masalah ketagihan internet dengan 80 peratus daripadanya memerlukan rawatan psikotropik dan 20 hingga 24 peratus lagi perlu dimasukkan ke hospital. Bagi menangani masalah ketagihan Internet ini, kerajaan korea selatan pada Jun 2007 telah melatih 1043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kira-kira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.

(8)

internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.Berdasarkan dari dapatan-dapatan kajian dan bukti yang saya utarakan dalam hujah saya, sudahlah jelas lagi bersuluh bahawa penggunaan internet banyak membawa keburukan dari kebaikan.

(9)

akan lewat bangun dan akhirnya akan terlewat datang ke sekolah. Perkhidmatan internet ini bukannya satu perkhidmatan yang percuma. Pengguna terpaksa membayar bil yang tinggi untuk penggunaan internet. Bagi yang tidak mempunyai rangkaian internet di rumah, mereka akan membelanjakan wang yang banyak untuk menggunakan perkhidmatan internet di kafe siber. Bayangkan satu jam penggunaan internet akan dicaj sebanyak $2. Cuba hadirin kira berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk tiga jam dan kekerapan penggunaannya sebanyak 3 kali seminggu. Hal ini akan menelan belanja yang tinggi. Ini menyebabkan pembaziran wang. Tidakkah kita sedar terlalu banyak keburukan yang dibawa oleh arus internet ini.

Hujah saya keempat berkisar dengan kata kunci ‘perselisihan keluarga’. Sebuah keluarga yang bahagia sememangnya diimpikan oleh setiap individu di dunia ini. Hidup tanpa keluarga, jiwa seseorang itu akan menjadi sunyi dan kosong. Oleh itu, apakah hubungannya dengan penggunaan internet?. Pernahkan anda pernah terfikir internet boleh menimbulkan perselisihan keluarga? Ya. Internet boleh merobohkan rumah tangga pasangan suami isteri yang telah dibina atas rasa kasih dan sayang dan perasaan cinta mencintai. Perasaan sayang dan cinta mencintai itu semakin pudar dan akhirnya berlakunya perceraian antara pasangan suami isteri kerana salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya menjalin hubungan sulit dengan orang lain melalui internet dan akibatnya keluarga menjadi porak-peranda. Sangat menyedihkan sekali, nauzubilahi minzalik dan minta dijauhkan perkara ini berlaku kepada ibu bapa kita.

Hadirin dan hadiran yang budiman,

(10)

dalam penulisan. Bagaimanakah kesilapan bahasa ini boleh terjadi? Hadirin yang dihormati. Tidakkah semua yang hadir di sini sedar bahawa internet juga meninggalkan pengaruh yang buruk dalam penulisan, ejaan dan penggunaan perkataan-perkataan para pelajar, aduhai!!! Ramai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu mengeluh tentang penggunaan ejaan para pelajarnya yang terikut-ikut dengan apa yang mereka baca SMS, contohnya perkataan ‘orang’ ditulis ‘ORG’, ‘sayang’ ditulis ‘SYG’, dalam perjalanan ditulis ‘OTW’dan sebagainya telah digunakan oleh pelajar semasa membuat dan menjawab latihan mereka.

(11)

berada, internet dipasang di rumah dan 24 jam boleh menggunakannya tanpa had, tapi bagi remaja dari golongan sederhana mereka lebih banyak mengunjungi kafe-kafe internet bersama kawan-kawan. Disebabkan internet yang tiada tapisan inilah yang menyebabkan berlakunya keruntuhan moral terutama di kalangan pelajar, golongan remaja dan belia kita. Mereka terikut-ikut fesyen dari rambut, cara berpakaian yang menjolok mata, pergaulan bebas dan sebagainya yang sangat tidak sesuai dengan budaya kita yang bersopan santun dan berawar galat. Para remaja, pelajar dan belia kita akan terpengaruh dan terikut-ikut dengan apa yang mereka tonton dalam filem-filem, atau movie di internet sehingga mereka berani dan tidak malu melakukan sumbang mahram, pergaulan bebas tanpa batasan dan sebagainya.

Selain daripada itu, internet juga dijadikan ruang kepada peniaga untuk menjual dan melariskan barangan atau produk mereka. Produk-produk yang dijual adalah seperti pakaian, aksesori, Produk-produk pelangsingan badan, produk kecantikan, produk kesihatan dan lain-lain lagi. Pelanggan yang mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang ditawarkan di internet setentunya akan membelinya tanpa memikirkan buruk baiknya produk yang dibeli itu. Misalnya produk kesihatan, ia perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan kerana ditakuti produk yang dijual itu adalah produk tiruan dan tiada dalam senarai produk kesihatan yang diluluskan. Jadi dari contoh-contoh yang diberikan dalam hujah saya ini menguatkan lagi kepercayaan serta keyakinan saya bahawa penggunaan internet banyak membawa keburukan dari kebaikan.

Laman facebook menjadi kegilaan, Tua muda tidak ketinggalan,

Jika internet disalahgunakan,

(12)

Contoh Perbahasan (Karangan Lengkap) Yang Baik Tentang Kebaikan Internet

Mendongak ke langit bukan bermakna lupa akan daratan, mendongak dengan harapan agar setiap butir impian menjadi kalungan kejayaan.

Yang Dihormati guru Bahasa Malaysia (Cikgu Adeline), barisan panel pencadang dan pembangkang dan seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Dari Sabah saya ke mari, untuk belajar bersama Cikgu Adeline; jika rakan-rakanku masih tertunggu-tunggu lagi, kebaikan Internet tajuk pidato saya pada hari ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seperti mana yang kita ketahui, Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia ini. Malahan, penggunaan Internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah dalam kehidupan kita, sehingga mereka yang tidak tahu menggunakan Internet dianggap sudah kuno ataupun ketinggalan zaman.

Namun begitu, persoalannya, adakah Internet ini

menyumbangkan lebih banyak manfaat dalam kehidupan kita? Oleh sebab itulah berdirinya saya pada hari ini adalah untuk mengupas dan mengulas antara kebaikan Internet ini kepada masyarakat sejagat.

Seperti mana yang kita ketahui, kehadiran Internet adalah satu anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas pendidikan

menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi Internet ini. Berbekalkan sebuah komputer riba, serta tanpa perlu ke kelas ataupun berhadapan dengan guru, sesesorang itu boleh mendalami ilmu pengetahuan yang pelbagai melalui penggunaan Internet. Selain itu, pelajar juga tidak perlu bersusah payah untuk ke perpustakaan serta meminjam buku yang tebal-tebal untuk dibuat rujukan. Hal ini disebabkan, dengan hanya satu klik, pelbagai jenis nota boleh dimuat turun dengan mudahnya melalui penggunaan Internet ini. Selain itu, melalui jaringan sosial yang disediakan di Internet seperti Facebook,

Twitter dan sebagainya, pelajar-pelajar boleh bertukar-tukar pendapat mengenai pelajaran mereka dengan pelajar-pelajar yang bukan

(13)

Hadirin yang budiman,

Di samping itu, kemajuan internet juga meningkatkan

produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan internet secara langsung atau tidak langsung telah membantu meningkatkan

produktiviti manusia. Mana tidaknya, melalui Internet, segala kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat dan berkesan. Tanpa Internet, sudah tentunya kita akan mengalami kesukaran untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dilabel sebagai produk yang tidak berkualiti serta ketinggalan zaman. Namun begitu, mujurlah awal-awal lagi kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memberi tumpuan kepada pembangunan Internet ini. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Beliau menambah, di luar

Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multimedia membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama kompetitif” dengan negara-negara maju yang lain.

Hadirin yang dihormati,

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan internet ini. Peniaga tidak perlu lagi pergi dari rumah ke rumah untuk menjual produk-produk mereka. Hanya satu klik, sesuatu produk itu dapat diiklankan bukan sekadar di dalam negara, malah di seluruh dunia. Hal ini telah membuktikan bahawa Internet ini membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian,

Jelaslah bahawa Internet membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.

Sekian, terima kasih.

Referensi

Garis besar

Dokumen terkait