BAB VI
RUMUSAN DAN PENUTUP
6.1 PENGENALAN
Bab ini membincang rumusan kajian secara keseluruhan mengikut beberapa bahagian bermula dengan bahagian satu iaitu rumusan bagi menjawab persoalan kajian berkaitan teori khususnya isu polisi maklumat, sektor utama polisi maklumat dan model polisi maklumat. Bahagian kedua membentangkan rumusan bagi menjawab persoalan kajian berkaitan amalan polisi maklumat iaitu tentang kewujudan, bentuk dan masalah yang dikaitkan dengan polisi maklumat di Malaysia. Rumusan bahagian ketiga adalah mengenai sunmbangan kajian, implikasi kajian, ulasan pencapaian objektif dan kesesuaian kaedah kajian, kelemahan kajian, cadangan pada masa depan dan diakhiri dengan kesimpulan.
6.2 RUMUSAN KAJIAN
Rumusan penemuan kajian dibentang dalam dua bahagian utama berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan dalam Bab 1 (Perenggan 1.5.). Sebagai imbasan, persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
A. Persoalan kajian berkaitan teori polisi maklumat
i. Apakah isu yang dikaitkan dengan bidang polisi maklumat? ii. Apakah sektor utama polisi maklumat?
B. Persoalan kajian berkaitan dengan amalan polisi maklumat Malaysia
i. Adakah polisi maklumat wujud di Malaysia? ii. Apakah bentuk polisi maklumat Malaysia?
iii. Apakah masalah yang dikaitkan dengan polisi maklumat di Malaysia?
Bahagian A adalah berkaitan dengan sumbangan teori dan implikasinya dirumus berdasarkan penemuan dalam Bab 2 dan Bab 3. Manakala bahagian B adalah berkaitan dengan analisis polisi maklumat di Malaysia yang dirumus dari penemuan dalam Bab 5.
6.2.1 Rumusan Berkaitan Teori
i. Isu Polisi Maklumat
Meskipun diakui polisi maklumat berkait rapat dengan sains maklumat (Hahn 2003; Orna 2008), namun kajian ini mendapati polisi maklumat adalah satu bidang kajian yang unik kerana menjadi minat sarjana dari berbagai bidang seperti pembangunan polisi, sains dan teknologi, ekonomi, pengurusan dan perundangan, sosiologi dan telekomunikasi. Perbezaan latar belakang didapati tidak membatas perbahasan dan penerimaan isu yang dikemukakan oleh sarjana dari disiplin yang berlainan. Sebagai contoh Arnold (2007) seorang ahli sains maklumat menerima dan mengguna senarai isu polisi maklumat yang dikemukakan oleh Porat (1977) seorang ahli ekonomi. Selain itu, isu polisi maklumat seperti kebersendirian, dikemukakan oleh sarjana dari berbagai disiplin seperti, sains maklumat seperti Muir & Oppenheim (2002a) dan Arnold (2002), bidang ekonomi seperti Saxby (2011) dan bidang sosial seperti Pajaro & Betancourt (2007).
hingga awal 1990-an. Namun kajian ini membuktikan sebaliknya. Isu maklumat teknikal dan saintifik masih terus berkaitan sehingga kini dibuktikan dengan kajian oleh Ruenwai pada tahun 2006. Sektor perpustakaan pula terus menjadi isu polisi maklumat yang penting sejak kajian Lamberton pada tahun 1974 hingga kini (Arnold 2007; Bustamante 2007; Kamar 2006; Pajaro & Betancourt 2007). Kajian ini turut mendapati isu berkaitan maklumat bertambah selari dengan perkembangan teknologi dan perubahan sistem sosial dunia. Antara isu terkini ialah polisi maklumat yang berfungsi menangani isu masyarakat maklumat dikesan mula dikemukakan oleh pengkaji lampau mulai tahun 1990-an selari dengan pengenalan teknologi maklumat kepada masyarat (Moore 2005).
Kajian ini berjaya mengesan 91 isu yang lazimnya menjadi asas kepada pembangunan polisi maklumat seperti yang dikemukakan dalam Jadual 2.1. Kajian ini dijangka memberi kesan kepada pihak yang terlibat dalam membangun polisi maklumat. Kajian menunjukkan polisi maklumat yang hanya memberi penekanan kepada isu tertentu seperti ICT, hak harta intelek dan Undang-Undang Siber. Polisi yang menjurus kepada isu tertentu dan tidak bersepadu dianggap sebagai pincang dan memberi kesan kepada hala tuju komunikasi dan maklumat negara. Justeru, adalah tidak wajar pembuat polisi hanya memberi tumpuan kepada isu tertentu seperti teknologi maklumat kerana polisi maklumat mencakupi aspek yang luas meliputi sosial, ekonomi, politik dan teknologi. Kajian ini dijangka dapat mewujudkan kesedaran kepada pembuat polisi serta mengiktiraf isu yang sebelum ini dikesampingkan seperti isu perkhidmatan maklumat dan perpustakaan. Justeru, kajian ini dijangka dapat dijadikan panduan kepada pembuat polisi bagi membuka minda bahawa polisi maklumat tidak boleh dipersempit dan dipermudah.
ii. Sektor Utama Polisi Maklumat
Isu polisi maklumat dalam kajian ini dapat dikelas kepada 6 sektor berdasarkan matlamat polisi maklumat dan sektor utama dalam negara. Sektor yang dicadangkan ialah sektor Maklumat Teknikal dan Saintifik, sektor Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat, sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), sektor Sosial, sektor Maklumat Kerajaan dan sektor ekonomi. Pengkelasan ini selari dengan definisi polisi maklumat sebagai satu garis panduan dalam menjamin capaian maklumat sejagat untuk menjalankan semua aktiviti (sosial, ekonomi dan politik), bagi membantu mencapai pembangunan negara seperti cadangan Pajaro & Betancourt (2007a). Kajian ini membuktikan bahawa kerja asas seperti penentuan isu polisi maklumat dan pengkelasannya kepada beberapa sektor khusus adalah penting sesuai dengan bidang polisi maklumat yang masih belum matang (Arnold 2007; Duff 2004). Pengkelasan isu polisi maklumat ini adalah berdasarkan kepada objektif dan matlamat polisi maklumat yang menyeluruh dengan mengambil kira bidang polisi maklumat yang bersifat silang disiplin. Pengkelasan seumpama ini belum dilakukan oleh penyelidik lampau walaupun pengkelasan isu polisi maklumat telah dilakukan sejak 1974 lagi. Seperti penjelasan dalam Bab 2 (perenggan 2.5. g)) kajian ini tidak menganggap pendidikan ICT sebagai satu sektor polisi maklumat yang tersendiri. Sebaliknya, kajian ini menganggap pendidikan ICT merupakan keperluan asas kepada semua sektor polisi maklumat iaitu menyediakan semua lapisan masyarakat dengan kemahiran asas ICT bagi tujuan mengguna dan memanipulasi maklumat dengan baik. Walaupun pengkelasan dalam kajian ini dianggap menyeluruh dan bersepadu, namun pengkelasan ini masih terbuka untuk perbahasan kerana pada masa ini tidak ada satu panduan mutlak yang boleh dijadikan panduan bagi pembangunan model polisi maklumat.
Pajaro & Betancourt (2007b). Manakala, isu yang dikemukakan oleh Cawkell pada tahun 1982 iaitu kebersendirin, keselamatan dan kebebasan masih kekal relevan. Peredaran masa membawa bersama pertambahan isu baharu yang perlu diambilkira dalam pembentukan polisi maklumat khususnya isu seperti capaian sejagat, perlindungan harta intelek dan kerahsiaan seperti yang dikemukakan oleh Pajaro & Betancourt (2007b). Kajian ini berjaya mengenal pasti beberapa sektor baharu yang berpotensi menjadi sebahagian daripada polisi maklumat seperti sektor pertanian, pelancongan, antarabangsa, kesihatan dan keselamatan negara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.12. Sektor ini wajar diambil perhatian apabila menggubal polisi maklumat pada masa hadapan.
Sektor yang dicadangkan dalam kajian ini seterusnya disepadukan dengan menghubung kait semua sektor yang dikenal pasti bagi membentuk suatu model yang dapat mengambarkan bidang polisi maklumat secara menyeluruh. Polisi maklumat yang bersepadu dan menyeluruh adalah penting dan dijangka dapat meningkatkan keberkesanan amalan polisi maklumat sesebuah negara.
iii. Model Polisi Maklumat
Model polisi maklumat kajian ini bersifat bersepadu kerana berjaya menunjukkan perkembangan dan interaksi antara sektor polisi maklumat. Model kajian ini juga menyenaraikan isu ke dalam beberapa sektor polisi maklumat bagi membuktikan polisi maklumat adalah bidang bersilang disiplin. Selain itu model kajian ini juga berbeza daripada model terdahulu kerana dapat menunjukkan bagaimana bidang polisi maklumat berkembang kepada sektor lain yang berpotensi menjadi sebahagian daripada bidang polisi maklumat seperti ditunjuk dalam Rajah 3.12.
Model kajian ini berbeza daripada model terdahulu kerana model ini dapat digunakan secara teori dan amalan. Pada peringkat teori, model kajian ini boleh diguna bagi memahami batas, isu dan skop polisi maklumat. Disamping itu, model kajian ini dijangka dapat diguna sebagai alat bagi menerangkan bidang polisi maklumat secara menyeluruh dan menunjukkan bagaimana sektor polisi maklumat berhubung antara satu dengan yang lain. Model hasil daripada kajian ini adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.11. Pada peringkat amalan, model kajian ini dijangka dapat diguna sebagai kerangka bagi menganalisis situasi semasa polisi maklumat bagi sesebuah negara. Selain itu, model ini juga dijangka dapat memandu pembangunan dan badan koordinasi polisi maklumat peringkat kebangsaan dari terlepas pandang sebarang sektor penting dalam polisi maklumat. Selain itu, sektor polisi maklumat dijangka membantu dalam menentu agensi kerajaan atau organisasi swasta yang bertanggungjawab menanganinya. Model kajian ini berjaya mengatasi kelemahan dalam model sedia ada seperti yang dibincang dalam Bab 3 (Perenggan 3.3).
6.2.2 Rumusan Kajian Terhadap Amalan Polisi Maklumat di Malaysia
a) Polisi maklumat di Malaysia
pembangunan polisi maklumat, namun sebilangan sarjana menyatakan polisi perlu melangkaui penyataan tentang masa depan yang diingini semata-mata, sebaliknya melangkaui preskripsi metod bagi masalah yang dikenal pasti sebelumnya (Arnold 2007). Justeru, kajian ini berpandangan Wawasan 2020 adalah dasar umum pembangunan negara yang pencapaiannya mesti disokong oleh dasar khusus terutamanya polisi maklumat kebangsaan. Penyata Rasmi Parlimen tidak menunjukkan sebarang penyata khusus berkaitan polisi maklumat Malaysia sekali gus gagal membuktikan wujudnya perbahasan polisi maklumat yang menyeluruh pernah berlaku dalam kedua-dua, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Analisis temu bual pula mendapati tidak wujud persefahaman tentang polisi utama berkaitan maklumat di Malaysia. Sebahagian daripada responden berpandangan MSC dan NITA adalah dua polisi penting berkaitan maklumat. Sebahagian responden juga mendakwa Malaysia tidak mempunyai dokumen rasmi yang boleh dirujuk sebagai polisi maklumat namun komponennya wujud tetapi secara berasingan. Penyata Rasmi Parlimen turut tidak merujuk MSC dan NITA sebagai polisi maklumat yang khusus. Namun apabila merujuk kepada susastera berdasarkan kepada skop dan matlamat polisi maklumat, Malaysia mempunyai polisi yang boleh dikaitkan secara langsung dengan maklumat.
Bagi menjawab persoalan kajian pada perenggan 6.2, kajian ini menyimpulkan tidak wujud sebarang dokumen rasmi yang boleh dirujuk sebagai polisi maklumat kebangsaan. Namun, polisi maklumat Malaysia wujud dalam bentuk program dengan MSC dan NITA boleh dianggap sebagai polisi maklumat utama manakala Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM1998) dianggap sebagai kerangka perundangan yang menyelia berkaitan maklumat.
b) Bentuk polisi maklumat Malaysia
Komunikasi dan Multimedia (1998) dibawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Selain daripada tiga polisi maklumat yang utama, Malaysia mempunyai polisi maklumat yang lain terutamanya berkaitan dengan perpustakaan, maklumat saintifik dan teknikal dan maklumat kerajaan tetapi wujud dalam bentuk yang terpisah-pisah. Polisi ini ditangani secara berasingan dibuktikan dengan bilangan jawatankuasa yang berbagai seperti Jawatankuasa Pelaksana MSC, Jawatankuasa Kabinet berkaitan Jalur Lebar dan Majlis IT Kebangsaan (NITC).
Dapat disimpulkan bahawa polisi maklumat di Malaysia adalah dalam bentuk yang terpisah-pisah. Walaupun mempunyai badan penyelaras IT pada peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, namun NITC perlu memain peranan yang berkesan. Justeru, NITC wajar mempunyai sekretariat tetap di bawah kementerian tertentu dan bidang kuasa yang jelas bagi menjamin koordinasi dapat dilaksana dengan cekap dan berkesan. Keahlian NITC juga hendaklah menyeluruh meliputi pihak berkepentingan dari kerajaan, awam dan swasta. Selain itu, NITC perlu mengembangkan skopnya kepada kandungan maklumat kebangsaan. Untuk itu, sektor perpustakaan di Malaysia perlu dilantik sebagai anggota NITC.
c) Masalah yang dikaitkan dengan polisi maklumat di Malaysia
Bagi membangun polisi maklumat yang dapat mencapai matlamat yang berbagai seperti yang dikemukakan dalam Bab 2 (perenggan 2.3.4), penggubal polisi perlu melihat masalah yang dihadapi khususnya dari sudut pandangan penggubal dan pelaksana polisi pada masa lampau. Masalah yang dikaitkan dengan polisi maklumat Malaysia berdasarkan penemuan dari dokumen sumber cetak dan data sumber temu bual adalah seperti berikut:
i. Masalah Hasil Temuan Sumber Cetak
perpustakaan. Polisi berkaitan maklumat teknikal dan saintifik juga tidak menunjukkan bahawa sektor ini berkembang kepada sektor lain seperti sains sosial.
Sektor perpustakaan pula didapati tidak berfungsi sebagai pembangun polisi maklumat malah tidak terlibat dalam badan penyelaras IT kebangsaan, NITC. Isu perpustakaan masih berlegar sekitar penyediaan keperluan infrastruktur maklumat sahaja. Perbahasan tentang kepentingan dan peranan perpustakaan sebagai sumber dan penyedia maklumat bagi pembangunan ekonomi dan sosial adalah tidak ketara di Malaysia.
Perbahasan ICT didapati berkisar tentang penyediaan infrastruktur menyeluruh kepada rakyat dan aspek teknikal yang lain seperti piawaian ICT dan sebagainya. Kajian ini mendapati perbahasan Parlimen gagal mengaitkan isu infrastruktur dengan infostruktur. Hal ini menjadikan isu kandungan ditangani secara berasingan dengan ICT seterusnya menyebabkan infostruktur menjadi isu yang terabai.
Kajian ini mendapati berlaku perbahasan berkenaan ‘masyarakat bermaklumat’ dan kaitannya dengan ICT dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Berkaitan dengan itu, kerajaan menyedari bahawa bagi membangun masyarakat bermaklumat, kerajaan perlu mengatasi beberapa halangan seperti kadar celik komputer yang rendah. Kerajaan juga berusaha dengan serius melalui program seperti Program Internet Desa, Infodesa dan program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) bagi menangani jurang digital.
Dalam pada itu, kerajaan Malaysia didapati mempunyai perancangan yang baik, terperinci dan menyeluruh terutamanya dalam agenda mengubah ekonomi sedia ada kepada sistem ekonomi yang berasaskan maklumat. Namun begitu beberapa isu seperti keperluan menyedia sumber manusia yang kreatif dan inovatif, masalah pengaliran keluar pekerja berpengetahuan tinggi, dan usaha menarik warga negara Malaysia yang berada di luar negara perlu dilaksana dengan serius melalui program dan agenda kerajaan yang berkesan. Selain itu rancangan dan inisiatif kerajaan berkaitan ekonomi berasaskan maklumat perlu dijelas dan difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Dalam sektor pendidikan ICT pula, isu berhubung dengan pendidikan ICT masih dikaitkan dengan infrastruktur asas seperti masalah bekalan tenaga elektrik terutama di Sabah dan Sarawak. Masalah lain adalah kekurangan infrastruktur komputer dan tenaga pakar bagi menyelia infrastruktur tersebut. Selain itu, kajian ini mendapati program celik komputer di sekolah tidak mempunyai kesinambungan di antara satu program dengan satu program yang lain terutamanya program yang sedia ada. Sebagai contoh, penubuhan kelab komputer dan komputer yang diderma ditinggal apabila satu program baharu diperkenal.
ii. Masalah Polisi Maklumat Hasil Dari Temu bual
kakitangan kerajaan. Perkara ini tidak sewajarnya terjadi kerana sebagai agen pelaksana dasar, kakitangan kerajaan hendaklah menjiwai NITA dan MSC dengan sepenuhnya. Masalah tidak menghayati dan memahami dasar kerajaan mencetus masalah lain iaitu mengakibatkan sistem maklumat kerajaan yang tidak cekap dan gagal memberi maklumat yang tepat dan berkesan kepada rakyat. Selain daripada itu sistem dan kurikulum pendidikan ICT yang tidak menyokong industri kandungan turut disentuh. Kurikulum pendidikan kebangsaan didakwa tidak memberi tumpuan kepada komponen kreativiti bagi melahir pelajar dan graduan yang mempunyai keupayaan inovasi. Perpustakaan pula yang tidak berada dalam aliran utama serta tidak berperanan dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi maklumat di Malaysia. Hal ini mengakibatkan kandungan tempatan tersisih dan hanya memfokus serta cenderung kepada aspek teknologi berkaitan maklumat sahaja. Bidang perpustakaan yang tidak berada dalam aliran utama didakwa menjadi punca kegagalan penyediaan perkhidmatan maklumat yang baik kepada masyarakat.
6.3 SUMBANGAN KAJIAN
Sumbangan kajian kualitatif boleh terdapat dalam bentuk yang berbagai seperti perkaitan atau sumbangan kepada badan pengetahuan serta sumbangan pada kesahan kajian. Sumbangan kajian penilaian juga bergantung kepada penggunaan terus hasil penemuan kajian tersebut. Sebagai contoh, kajian Arnold (2007) didapati menyumbang kepada teori dengan menentukan skop polisi maklumat dan menjelaskan perkembangan polisi maklumat antarabangsa.
Sumbangan kajian ini dibahagi kepada dua bahagian seperti berikut:
6.3.1 Sumbangan Dari Sudut Teori
ii. Kajian ini juga menyumbang kepada satu lagi teori berkaitan pengkelasan isu polisi maklumat iaitu berdasarkan matlamat dan sektor maklumat utama dalam negara.
iii. Kajian ini menyumbang satu lagi kaedah bagi analisis situasi polisi maklumat berdasarkan kepada model bersepadu polisi maklumat cadangan penyelidik.
iv. Model bersepadu polisi maklumat yang dicadangkan oleh kajian ini dapat menyumbang kepada kefahaman bagaimana isu polisi maklumat dan sistemnya berkembang dan berubah sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa.
6.3.2 Sumbangan Dari Sudut Amalan
i. Polisi maklumat didapati diamal secara terpisah-pisah. Berdasarkan pengkelasan yang dicadangkan, kajian ini mengemukakan model polisi maklumat sepadu bagi mengatasi amalan polisi maklumat yang terpisah-pisah dan mengatasi masalah seperti pertindanan skop tanggungjawab dan pembahagian tugas.
ii. Kajian ini mengemukakan status polisi maklumat terkini di Malaysia, termasuk masalah yang dihadapi. Kajian seumpama ini penting agar penggubalan polisi pada masa akan datang adalah berdasarkan realiti dan masalah polisi maklumat sedia ada.
iii. Kajian ini menyenarai isu dan masalah yang boleh dijalankan secara terperinci dalam kajian pada masa depan. Kajian terperinci setiap sektor polisi maklumat yang dikemuka kajian ini boleh membantu membangun bidang polisi maklumat yang matang khususnya di Malaysia.
menyediakan sumber maklumat yang menyeluruh, berkesan dan cekap di Malaysia.
v. Kajian ini juga membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan pembangun polisi maklumat bagi mengiktiraf profesional sains maklumat dan perpustakaan tentang kepentingan penyertaan mereka khususnya dalam bidang pembangunan kandungan.
6.4 IMPLIKASI KAJIAN
dengan ilmu teknikal tetapi turut mempunyai kesedaran tentang keperluan membangun kandungan maklumattempatan.
Dari aspek amalan, polisi maklumat dikaitkan dengan masalah pembuatan yang terpisah-pisah dan pelaksanan polisi secara berasingan. Model polisi maklumat bersepadu seperti yang dicadangkan oleh kajian ini menunjukkan perkaitan dan hubungan di antara satu sektor maklumat dengan satu sektor maklumat yang lain. Model bersepadu kajian ini membuktikan maklumat merupakan keperluan semua peringkat lapisan masyarakat diperkukuhkan lagi dengan hujah tentang kepelbagaian matlamat polisi maklumat seperti yang dibincangkan dalam Bab 2 (perenggan 2.3.4). Model bersepadu kajian ini menguatkan kewajaran bagi mewujudkan satu kementerian khusus yang bertanggungjawab terhadap maklumat negara khususnya polisi tentang perancangan, penciptaan, penyelenggaraan, penggunaan, capaian, penyebaran, perkongsian, perlindungan dan pelupusan maklumat menggunakan teknologi terkini. Badan penyelaras tanpa kuasa yang khusus seperti NITC jelas gagal memainkan peranannya seperti yang diakui oleh responden.
Kajian ini turut memberi implikasi dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi maklumat pada masa hadapan. Pembangunan polisi maklumat lampau khususnya MSC dan Akta Komunikasi dan Multimedia adalah diadaptasi dari perunding luar negara seperti yang dijelaskan dalam Bab 5 (perenggan 5.3.3 & 5.3.4). Pandangan dari rakyat tidak diambil kira dalam penggubalan polisi tersebut. Kerajaan disaran untuk menukar pendekatan polisi atas bawah yang hanya menitikberatkan pandangan perunding dari luar sahaja, sebaliknya hendaklah mengambil kira pandangan rakyat dalam menggubal polisi maklumat selaras dengan cadangan Saxby (2011).
selaras dengan tuntutan ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Keadaan ini dapat membantu pembentukan masyarakat bermaklumat dan perkembangan ekonomi negara yang baik.
6.5 ULASAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KAJIAN DAN KESESUAIAN KAEDAH KAJIAN
Penjelasan perenggan 6.2.1. di atas menunjukkan kajian ini berjaya mencapai objektif kajian yang ditetapkan dalam Bab 1 (perenggan 1.4) iaitu mengenalpasti isu yang mendasari polisi maklumat, mencadangkan sektor polisi maklumat yang bersesuaian, menentukan interaksi dan hubungkait antara sektor polisi maklumat bagi membentuk satu model polisi maklumat yang bersepadu, menganalisis polisi maklumat sedia ada di Malaysia mengguna model yang dicadangkan oleh kajian, mengenal pasti masalah yang wujud dalam bidang polisi maklumat. Model cadangan kajian ini seterusnya diguna bagi mencapai objektif menentukan status polisi maklumat di Malaysia seperti penjelasan dalam perenggan 6.2.2.
6.6 KELEMAHAN KAJIAN
Kajian ini hanya menyingkap beberapa aspek dari segi teori dan amalan polisi maklumat. Dari segi teori, kajian ini mengenal pasti senarai isu polisi maklumat berdasarkan bahan susastera, mengkelas semua isu tersebut kepada enam sektor dan menghubung kait semua sektor tersebut bagi membentuk model polisi maklumat yang bersepadu. Sementara itu, dari segi amalan, dua isu utama dikenal pasti iaitu polisi maklumat yang terpisah-pisah dan keperluan kepada model polisi maklumat yang bersepadu. Oleh itu, terdapat beberapa batasan tertentu dalam kajian ini yang boleh diperbaiki untuk kajian masa hadapan.
6.7 CADANGAN KAJIAN MASA AKAN DATANG
Cadangan kajian masa akan datang dibahagikan kepada dua iaitu yang berkaitan dengan teori dan berkaitan dengan amalan.
6.7.1 Teori Polisi Maklumat
Bidang polisi maklumat bersifat silang disiplin. Kajian ini mengkategori disiplin yang dikaitkan dengan polisi maklumat kepada 9 disiplin iaitu sains maklumat dan perpustakaan, ekonomi, sains politik, dasar awam, sosiologi, kajian komputer, komunikasi, pentadbiran awam dan undang-undang. Sejak kajian Braman pada tahun 1989, tidak ada kajian yang khusus bagi mengenal pasti bidang akademik yang boleh dikaitkan dengan polisi maklumat. Kajian silang disiplin polisi maklumat masih diakui antara aspek yang masih belum matang (Arnold 2007; Case 2010). Justeru, kajian pada masa hadapan boleh dibuat bagi menentu disiplin sebenar polisi maklumat mengguna metod yang berlainan.
Model cadangan kajian ini tidak melalui proses pengujian bagi mengukur tahap keberkesanannya kerana memerlukan masa yang panjang jika dilakukan. Justeru, kajian pada masa hadapan boleh melakukan ujian bagi menentukan tahap kesahan model polisi maklumat cadangan kajian ini.
6.7.2 Amalan Polisi Maklumat di Malaysia
Kajian ini mendapati keanggotaan dalam Majlis IT Kebangsaan (NITC) adalah tidak menyeluruh. Beberapa sektor penting seperti perpustakaan didapati tidak menjadi anggota NITC. Menentukan keanggotaan NITC yang menyeluruh adalah penting agar keputusan dan program yang dilaksana tidak mengabaikan sektor maklumat yang sepatutnya. Justeru, berdasarkan model yang dicadangankan, kajian pada masa depan boleh dilakukan bagi menentukan agensi kerajaan yang bersesuaian bagi menjadi anggota NITC.
Terdapat saranan dan garis panduan khusus bagi menangani isu berkaitan Hak Asasi Manusia dalam Islam (United Nation 1993) seperti yang dikemukakan oleh Littman (1999), World Assembly of Muslim Youth (t.th.) dan Deklarasi Cairo. Walaupun saranan dan garis panduan tersebut sudah lama dikemukakan, namun kajian pada masa depan disaran untuk mengkaji status kepatuhan Malaysia sebagai sebuah negara Islam melaksana hak asasi manusia seperti saranan dalam Agama Islam.
Program berkaitan maklumat peringkat kebangsaan iaitu NITA, MSC dan NITC telah dilaksana sejak tahun 1996. Setelah 15 tahun polisi ini dilaksana maka adalah wajar satu analisis pencapaian dijalankan bagi melihat sejauh mana NITA, MSC dan NITC mencapai matlamatnya. Selain analisis pencapaian, analisis terhadap mekanisme komunikasi polisi dari peringkat pembuat polisi kepada pelaksana polisi di Malaysia boleh dijalankan. Analisis di atas perlu bagi menjawab dakwaan bahawa Malaysia mempunyai polisi yang baik, namun mempunyai kelemahan dari sudut pelaksanaan. Justeru, kajian selanjutnya boleh dijalankan bagi mengenal pasti jurang dasar dan pelaksanaan. Tinjauan dalam kalangan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) agensi kerajaan juga boleh dijalankan bagi menentukan sejauh mana tahap kesedaran, kekangan dalam melaksanakan NITA, kefahaman mereka tentang MSC dan isu polisi maklumat yang lain.