• Tidak ada hasil yang ditemukan

A Kembara Amira

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "A Kembara Amira"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

A Kembara Amira

Persoalan:

1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Hal ini digambarkan melalui sikap Prof Zaidah yang sanggup

meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah. 2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak.

Perkara ini terlihat melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.

3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar.

Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.

4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.

Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.

5. Persoalan konflik keluarga.

Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya, iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadi perpecahan keluarga.

6. Persoalan ilmu perubatan tradisional.

Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.

7. Persoalan integrasi kaum.

(2)

Sinopsis

Bab 19: Penemuan itu telah menggembirakan penghuni Desa Karpus. Amira memanggil Jc dan Itai ke khemah mereka. Amira menunjukan mobile disk yang dijumpainya. Malique selalu menggantung disk itu di lehernya. Amira harap disk itu oleh digunakan dan dapat membantu mereka mencari Malique. Disk itu dilindungi password. Itai tidak berhenti mencuba membuka disk itu. Mereka akhirnya mencuba

perkataan aurum, iaitu nama saintifik emas dan berjaya membuka disk itu. Terdapat beberapa laporan dalam disk itu.

Watak Utama

Amira

Amira ialah seorang pelajar dan berkawan baik dengan Jacinta. Ibunya ialah Profesor Zaidah, iaitu pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. Semasa cuti sekolah yang panjang, Amira dan Jacinta pergi ke kawasan emaknya yang sedang menjalankan kerja lapangan iaitu mencari gali artifak di Desa Karpus. Dia seorang anak tunggal yang berani dan tabah menghadapi rintangan dan dugaan. Sebagai contohnya, dia berani untuk pergi ke gua Gajah untuk menggerakkan usaha menyelamatkan Malique yang hilang. Amira tabah menghadapi dugaan walaupun mengalami peristiwa pahit iaitu dia hampir mati lemas akbiat tergelincir dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Amira juga suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, contohnya Amira menggerakkan usaha untuk menolong Malique dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mengesannya. Selain itu, dia bersahabat baik dengan Jacinta yang berketurunan Tionghua.

(3)

ditemui dalam keadaan pengsan. Selain itu, dia merupakan seorang pelajar yang pintar untuk membuat keputusan. Sebagai contohnya, Amira diminta oleh ibunya untuk membuat keputusan tentang Tau dengan Malique dan Ipah. Dia kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu yang terdapat di sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-batu itu licin. Amira seorang yang prihatin, contohnya dia prihatin akan Jacinta yang baru sedar daripada pengsan dengan menyuapkan kawannya sup.

Walau bagaimanapun, dia seorang yang nakal, contohnya kadang-kadang dia berbuat sesuatu tindakan yang tidak dijangka oleh ibu dan ayahnya. Namun begitu, dia seorang anak yang baik, contohnya dia tidak cerewet dan tidak pernah merungut dalam sebarang hal. Selain itu, Amira juga seorang yang penyayang, buktinya dia memicit bahu ibunya yang cedera perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Amira taat akan agama iaitu dia dengan segera mengqada solat Subuh yang tidak dapat ditunaikan semasa di dalam kereta api. Amira seorang yang bertanggungjawab, contohnya dia rasa bersalah dan tidak berhenti menangis kerana dia yang menyebabkan Jacinta hilang. Dia cuma berhenti menangis apabila Jacinta berjaya ditemui oleh Tau.

Watak Sampingan

Jacinta

(4)

Jacinta seorang yang tabah tetapi sentiasa tidak sabar, dan dia cepat merajuk apabila keluarganya menjadi topik perbualan. Dia suka menolong orang, contohnya dia bersama-sama dengan Amira, Itai, Pak Lias, Roslan, dan beberapa orang lagi dalam gerakan mencari Malique yang hilang. Dia sanggup membahayakan dirinya sendiri dalam usaha untuk menolong Amira yang dihanyutkan oleh air sungai yang deras.

Jacinta seorang yang bijak berkata-kata dan pandai berhujah, contohnya dia berhujah dengan O’Hara semasa mereka mencari Malique. Dia mengambil berat akan kebajikan rakannya, contohnya dia membawakan Amira makanan ke khemahnya pada suatu malam. Jacinta juga tidak pernah menyinggung perasaan sahabatnya, Amira walaupun mereka berlainan agama.

Itai

Itai ialah anak Tau tetapi menjadi anak angkat kepada Ludin yang berketurunan suku Orang Asli Semai yang tinggal di kampung di sebelah anak bukit. Sebenarnya Itai ialah adik Malique dan emak mereka ialah Ipah atau Jennifer. Dia seorang anak muda yang hebat, pintar, berani dan memiliki keistimewaan seperti boleh mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin. Itai berkemahiran untuk menangkap ikan dengan tangan iaitu tanpa menggunakan alat menangkap ikan. Itai akan dilantik sebagai ketua kampung yang memahami alam di hutan itu, iaitu menggantikan ayah angkatnya Ludin yang sedang memegang jawatan ketua kampung itu. Itai juga merupakan pelajar yang pintar dan menjadi harapan sekolahnya. Itai berkawan dengan Amira dan Jacinta selepas peristiwa dia menyelamatkan Amira daripada mati lemas.

(5)

Jacinta. Dia seperti hilang semangat selepas terlihat makhluk yang berbulu ketika bersama-sama dengan Amira di dalam hutan dan seterusnya dia disergah oleh Tau pada masa itu.

Profesor Zaidah

Beliau seorang profesor dan pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. Beliau kuat bekerja, contohnya Amira mengatakan memang tabiat ibunya suka memulakan kerja sejak awal pagi iaitu ketika orang lain masih tidur. Amira juga hairan dengan ibunya yang memiliki tenaga yang kuat untuk bekerja. Beliau merupakan ibu yang penyayang, contohnya walaupun sibuk dia masih ada masa untuk Amira, lebih-lebih lagi dia sedar akan kesalahannya yang mementingkan kerjanya selepas Amira . Beliau seorang yang penyabar, contohnya dia masih bersabar dan tidak memarahi Amira kerana kesilapannya yang menyebabkan Jacinta cedera.

Profesor Zaidah seorang ketua yang prihatin, contohnya dia mengambil berat kebajikan keluarga Pak Lias dan bertanyakan perbelanjaan keluarganya sebelum dia meninggalkan mereka untuk bekerja di Bukit Mat Raya. Beliau pakar dalam bidang arkeologi, contohnya dia mengatakan bahawa setiap lapisan tanah yang berlainan warna mewakili satu tempoh masa yang kita sendiri tidak pasti, mungkin ratusan atau ribuan tahun. Beliau berpengalaman selama lebih kurang dua puluh lima tahun dalam bidang itu.

Kembara Amira - Nilai dan Pengajaran

ANALISIS NOVEL TINGKATAN 5: KEMBARA AMIRA karya Amer Hamzah

Nilai dan Pengajaran. Nilai :

Nilai kasih sayang.

(6)

Nilai persahabatan yang mulia.

Contoh - Amira, Rusdi, Malique, Jacinta dan Itai sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan kawan.

Nilai belas kasihan.

Contoh - Amira membawa Jacinta ke Desa Karpus kerana tidak mahu Jacinta bersedih kerana bapa Jacinta sentiasa sibuk akan urusan

perniagaan di luar negara. Tambahan pula, Jacinta masih tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya lagi.

Nilai keberanian.

Contoh - Itai berani untuk berlawan dengan makhluk berbulu yang amat digeruni oleh semua masyarakat orang asli.

Nilai cinta akan alam sekitar.

Contoh - Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata-mata untuk menggagalkan projek mencari emas O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.

Nilai semangat bermasyarakat.

Contoh - Dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.

Pengajaran:

Kita hendaklah mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah. Contoh - Amira dan Jacinta mengisi masa cuti sekolah dengan

mengikut Profesor Zaidah melakukan kerja-kerja cari gali arkeologi di Bukit Mat Raya.

Kita mestilah menjaga alam sekitar.

(7)

daripada tercemar. Ludin dan Tau malah seluruh penduduk orang asli berusaha untuk menjaga alam sekitar dan cuba mengekang sebarang bentuk pencerobohan di kawasan mereka. Contohnya, Tau tidak suka apabila ada orang luar datang ke kawasan mereka kerana dianggap mahu menceroboh kawasan tersebut.

Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat.

Contoh - Pelajar tahun akhir telah bertungkus-lumus dan bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya.

Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita perlulah

menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum.

Contoh - Walaupun Amira dan Jacinta berlainan bangsa, iaitu seorang berbangsa Melayu dan seorang lagi berbangsa Cina namun mereka tetap menjadi dua orang rakan karib dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.

Kita seharusnya tolong-menolong sesama kita, terutamanya ketika dalam kesusahan.

Referensi

Dokumen terkait

baik dan berkesinambungan sepanjang tahun dapat dilakukan teknologi penggunaan lahan dengan pola tanam yang baik, yaitu pola tanam tumpangsari antara legum pakan dengan tanaman

Badan Urusan Logistik (BULOG) memiliki tugas Public Service Obligation (PSO) untuk menjaga ketersediaan beras di Indonesia. Tujuan penelitian ini adalah 1)

Sedangkan menurut jenis kelamin pria, prioritas utama adalah faktor Reliability dengan bobot 0.327245993, prioritas yang kedua adalah faktor Assurance dengan bobot

Prodi D III Kebidanan Politeknik Harapan Bersama tergerak untuk melakukan kegiatan pengabdian kepada masyarakat dengan memberikan pendidikan kesehatan dan pelatihan

Sehubungan dengan beberapa pendapat yang telah diuraikan, kemampuan spasial yang dibahas dalam penelitian ini adalah kemampuan siswa untuk membayangkan bentuk dan

• Suatu mesin atau alat pintar (biasanya computer) yang dapat melakukan suatu tugas yang bilamana tugas tersebut dilakukan oleh manusia akan dibutuhkan suatu kepintaran

Wanea Kota Manado, anggota tim Res narkoba Polda sulut melakukan penangkapan terhadap terdakwa dan saat dilakukan pemeriksaan terhadap terdakwa ditemukan 1

Untuk meningkatkan pertumbuhan bibit akasia, maka penggunaan inokulan Rhizobium dan Mikrob Pelarut Fosfat (MPF) yang efektif merupakan salah satu strategi untuk menghasilkan