• Tidak ada hasil yang ditemukan

AKIDAH DAN AKHLAK UIU 3012

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "AKIDAH DAN AKHLAK UIU 3012"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

AKIDAH DAN AKHLAK

(UIU 3012)

NAMA PENSYARAH : WAN KHAIRUL AIMAN BIN WAN

MOKHTAR

KURSUS : ISM PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH)

TAJUK : AJARAN QADIANI

NAMA AHLI KUMPULAN

NO. MATRIK

NUR INSYIRAH BT MOHD KITASTIAN

037597

NURULHIDAYAH BT MOHD JAAFAR

037601

NURSYAKIRAH BT HAZBAN

037752

SITI AISYAH BT MOHAMED

038244

WAN NUR IZZAH BT WAN MUHAMAD

FOKRI

(2)

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKASURAT

1 PENGENALAN 1

2 RIWAYAT HIDUP PENGASAS 2-3

3 SEJARAH PENUBUHAN JEMAAH AHMADIYAH 4

4 KANDUNGAN AJARAN QADIANI 5-8

5 KEDUDUKAN AJARAN QADIANI DI MALAYSIA 9

(3)

PENGENALAN

Ajaran Qadiani ialah suatu ajaran yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Di Malaysia, ajaran Qadiani lebih dikenali dengan nama Ahmadiah. Perkataan Ahmadiah adalah disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad sendiri iaitu pengasas ajaran ini. Qadiani pula diambil dari nama kampung atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daerah Gurdaspur, India. Dengan demikian, ajaran ini dikenali juga dengan nama ajaran Qadiani atau Kadiyani bersandarkan kepada nama kawasan tempat lahirnya Mirza.

Ajaran ini telah tersebar hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga sekarang oleh mubaligh-mubaligh atau pengikut-pengikut ajaran ini, atas nama agama Islam walaupun ianya tidak pernah diiktiraf oleh agama Islam sendiri. Di Malaysia ia dipercayai bertapak pada tahun 1930an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan antara pusat aktiviti terbesar mereka. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama’ di hadapan DYMM Sultan Selangor. Hasil perbincangan memutuskan pengikut ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam malah terkeluar dari Islam. Ekoran dialog tersebut, perkembangan mereka semakin lumpuh sehingga kini hanya satu pusat iaitu No 11A, Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda Batu Caves Selangor yang masih bergerak aktif mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat, Perhimpunan Antarabangsa dan penerbitan risalah.

Antara ciri-ciri ajaran Qadiani ialah :

a) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya :

(i) Sebagai Nabi menerima wahyu

(ii) Imam Mahdi

(iii) Isa al-Masih

(iv) Mempunyai mukjizat

(v) Malaikat sebagai pancaindera Tuhan

(4)

c) Menafikan Jihad

RIWAYAT HIDUP PENGASAS

Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad dilahirkan di sebuah kampung di Qadian kira-kira 36 km dari kota Amritsar, Punjab India pada tahun 1839. Beliau dilahirkan kembar dan kakak kembar Mirza kemudiannya meninggal dunia. Mirza merupakan anak kepada pasangan Mirza Ghulam Murtadha dan Chiragh Bibi.

Pendidikan awal Mirza Ghulam Ahmad dimulai dengan pengajian membaca Al-Quran dan beberapa buah buku Parsi. Beliau tidak mempelajari ilmu agama dengan sesiapapun cuma belajar sendiri sahaja. Ketika berusia 10 tahun, beliau mula mempelajari ilmu-ilmu saraf, nahu dan ilmu perubatan. Antara gurunya ialah Maulavi Fadil Ilahi, Maulavi Fadil Ahmad dan Maulavi Gul ‘Ali Shah. Walaupun demikian, Mirza sebenarnya tidak pernah menerima pendidikan formal di sekolah kerana ketika itu belum ada sekolah yang dibina di Qadian. Begitu juga halnya dalam mempelajari ilmu agama. Mirza tidak pernah menuntut ilmu agama daripada mana-mana institusi keagamaan yang diiktiraf.

Mirza mendirikan rumahtangga pada tahun 1852 dengan salah seorang daripada kaum keluarganya bernama Hurmat Bibi. Hasil daripada perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan dua orang anak iaitu Mirza Sultan Ahmad dan Mirza Fazal Ahmad. Walau bagaimanapun, perkahwinannya tidak kekal lama. Pada tahun 1884, beliau telah berkahwin untuk kali kedua dengan anak perempuan Nawab Nasir di Delhi. Pengikut Qadiani menggelar isteri keduanya sebagai Umm al-Mu’minin. Daripada perkongsian hidup ini, Mirza dikurniakan tiga orang putera iaitu Mirza Bashiruddin Mahmud, Mirza Bashir Ahmad dan Mirza Sharif Ahmad.

Antara tahun 1864 hingga 1868, Mirza bekerja sebagai kerani rendah di Mahkamah Daerah Sialkot, Punjab. Setelah gagal dalam peperiksaan jabatannya, Mirza pulang ke kampungnya di Qadiani untuk mengusahakan kebun orang tuanya. Akan tetapi, sebahagian besar masanya ditumpukan kepada pengajian agama iaitu mempelajari al-Quran, tafsir dan hadith. Mirza mula terkenal apabila beliau terlibat dengan perdebatan dengan pendakyah-pendakyah agama Kristian dan Hindu.

(5)

sebagai histeria dan tekanan perasaan (Melancholia). Beliau juga diserang penyakit kencing manis (diabetes) dan kencing besel (copious urination). Beliau sering mengamalkan latihan rohani (spiritual exercise) dan disiplin diri yang ketat. Beliau pernah berpuasa enam bulan tanpa henti.

Ketika kecilnya Mirza bukan tergolong dalam kalangan kanak-kanak yang cerdik kerana dia seorang yang pelupa. Mirza juga memiliki tingkah laku dan akhlak yang keras dan kasar terutamanya dalam percakapan dan perdebatan. Dia sering menggunakan kata-kata yang kesat ketika menjawab segala tuduhan lawannya.

Walaupun keadaan kesihatan dirinya agak teruk, namun Mirza tetap gigih menyebarkan segala dakwaannya. Pada tahun 1891, Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai

al-Masih yang dijanjikan dan kemudian mendakwa dirinya sebagai Nabi pada tahun 1901. Kehidupan awal Mirza adalah susah dan miskin seperti juga orang-orang biasa. Hanya setelah dakwaan-dakwaannya mendapat perhatian dan berjaya, beliau mula mendapat hidup senang. Dalam tahun 1907 beliau menulis: “dulu saya tidak dikenali, hidup di kampung terpencil, Qadian dan tidur di ceruk sudut. Kemudian Allah telah menukarkan dunia ini kepada saya dan menolong saya dengan kemenangan demi kemenangan. Dulu sebenarnya saya tidak pernah ada harapan untuk mendapat 10 rupee sebulan. Tetapi sekarang saya dapat menerima kira-kira 300 rupee atau lebih lagi. Mereka telah menghantarkan kepada saya wang dan emas dan saya tidak tahu nama mereka”.

Dengan pengakuannya ini, ulama Islam di India telah bangkit menentang Mirza. Pada tanggal 5 April 1907, Mirza telah menyahut cabaran Maulana Sanaullah Amritsi; seorang ahli hadith supaya diadakan mubahalah bagi menentukan siapa yang benar antara mereka. Pada 25 Mei 1908, iaitu setahun selepas berlakunya peristiwa mubahalah tersebut, Mirza telah jatuh sakit akibat diserang penyakit cirit-birit dan taun di Lahore. Dia meninggal dunia pada 26 Mei 1908 di kota Lahore ketika berusia 74 tahun dan dibawa pulang ke Qadian untuk dikebumikan pada 27 Mei 1908.

(6)

SEJARAH PENUBUHAN JEMAAH AHMADIYAH

Terdapat 2 faktor utama yang mempengaruhi kemunculan Qadiani. Pertama, faktor dalam diri Mirza sendiri. Sejak kecil, Mirza berminat dalam bidang tafsir al-Quran dan Hadith. Beliau bercita-cita tinggi dan sangat sensitif terhadap golongan yang memperkecilkan Islam. Oleh itu, tatkala mempertahankan Islam daripada kecaman Kristian, Mirza telah menghasilkan beberapa risalah serta buku bagi mempertahankan Islam. Antara buku karangannya yang mendapat pujian ialah Barahin Ahmadiyah. Akibatnya, Mirza merasakan dirinya sangat bijak dan telah berjasa untuk Islam. Akhirnya, dia merasakan adalah sesuai untuk mendakwa dirinya sebagai mujaddid.

Kedua, faktor persekitaran. Pada akhir abad ke-19, umat Islam di India menghadapi pelbagai rintangan. Ulama’ sering berselisih pendapat antara satu dengan yang lain akibat pegangan terhadap mazhab. Di samping itu, tempat lahir Mirza, Punjab menjadi pusat konflik pemikiran, pencambahan kepercayaan tahyul, khurafat dan kejahilan agama. Kekalahan India dalam pemberontakan menentang Inggeris pada tahun 1857 turut mendorong umat Islam menanti kehadiran seorang pemimpin yang berkarisma. Maka kesempatan ini diambil oleh Mirza untuk memanipulasi keadaan. Pada amnya, Mirza telah mengasaskan pelbagai bentuk doktrin ajaran bersumberkan ilham-ilham yang didakwa diterima sepanjang hayatnya. Pada tahun 1876, Mirza mendakwa menerima ilham pertama yang mengisyaratkan bahawa bapanya akan meninggal dunia ketika matahari tenggelam. Mirza turut mendakwa menerima beberapa ilham lain sebagai membuktikan kelangsungan hubungannya dengan Allah. Pada bulan Mac 1882, Mirza mendakwa menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Wahyu ini secara langsung memerintahkan beliau supaya orang ramai bersama-sama menegakkan Islam.

(7)

KANDUNGAN AJARAN QADIANI

Kandungan ajaran Qadiani yang bertentangan dengan Islam itu boleh dilihat dari dakwaan-dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dan perbuatan-perbuatannya.

Siri dakwaan Mirza :

Mula-mula pada tahun 1885, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai reformasi (mujaddid) kemudian pada tahun 1891, beliau mendakwa sebagai Imam Mahadi yang ditunggu-tnggu kemudian beliau dihasut oleh Nuruddin supaya mendakwa dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan dan ini juga dilakukannya pada tahun 1891. Kemudian pada tahun 1901, beliau mengakui dirinya sebagai nabi. Di samping itu, pada 1hb. November 1904, beliau mendakwa dirinya sebagai penjelmaan Krishna unutk orang-orang Hindu di samping sebagai Isa Al-Masih untuk orang-orang Islam dan Kristian.

1. Dakwaan Sebagai Imam Mahdi

Sebelum Mirza Ghulam Ahmad, golongan-golongan Syiah telah terlebih dahulu mendakwa kedatangan Imam Mahdi dari kalangan tokoh-tokoh mereka. Umpamanya Syiah Sabaiah menganggap Ali bin Abi Talib adalah Imam Mahdi yang akan datang lagi ke dunia pada akhir zaman, Syiah Imamiah Ithna-Asyariyyah menganggap Muhammad bin Hassan Al-Asykari, Imam mereka yang kedua belas sebagai Imam Mahdi. Dia sekarang dalam keadaan ghaib dan akan keluar lagi sebagai Imam Mahdi. Dan golongan-golongan lain lagi yang mendakwa mempunyai Imam Mahdi masing-masing. Dengan demikian, tidak hairanlah jika Mirza Ghulam Ahmad yang mendakwa dirinya berjasa kepada Islam, mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi.

2. Dakwaan Sebagai Al-Masih

(8)

juga, Isa ibn Mariam itu tidak akan turun lagi kerana beliau (Mirza Ghulam Ahmad) sendiri yang telah menggantikannya. Untuk menguatkan lagi hujah ini beliau terus mengatakan bahawa Isa ibn Mariam itu telah mati bukan diangkat ke langit oleh Allah. Orang yang mati tidak mungkin akan hidup dan turun ke dunia lagi.

3. Dakwaan Menerima Wahyu

Dalam khutbah Ilhamnya (Al-Khutbah Al-Ilhamiah) Mirza Ghulam Ahmad berkata:

“Ini adalah kitab yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadaku pada satu hari daripada hari-hari perayaan, malah ia adalah hakikat yang diwahyukan Tuhan kepadaku”.

Katanya lagi,

“Sesungguhnya telah sampai wahyu kepadaku daripada Tuhan sebelum diturunkan penyakit taun supaya aku membuat perahu (bahtera) dengan pertolongan dan wahyu Kami”.

Beliau mendakwa bahawa apa-apa dakwaan dirinya adalah wahyu atau ilham daripada Allah bukan daripadanya sendiri.

4. Dakwaan Sebagai Nabi

Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad yang paling merbahaya dan terakhir sekali ialah sebagai nabi iaitu pada tahun 1901. Dakwaan ini didahului dengan dakwaan menerima wahyu daripada Allah di mana bukan melalui malaikat Jibrail tetapi melalui ilham terus daripada Allah. Beliau mengakui bahawa wahyu melalui Jibrail hanya kepada rasul yang membawa agama baru. Wahyu seperti itu telahpun ditutup.

Pada tahun 1901, beliau telah membuat pernyataan yang mutlak tentang dirinya sebagai nabi yang sebenar:

(9)

Kemudian beliau menyamakan dirinya dengan nabi-nabi lain, malah akhirnya beliau menyatakan : “Sayalah Muhammad Rasul Allah”.

5. ‘Mukjizat’ Mirza

Selain daripada mengakui menerima ‘wahyu’ daripada Allah yang taraf sahnya sama dengan wahyu Al-Quran, beliau mengakui juga mempunyai mukjizat. Katanya : “Nabi Allah itu telah menunjukkan tiga ribu mukjizat. Tetapi mukjizat saya melebihi dari satu juta”.

Dalam risalah ‘Ikjaz Ahmadi’ katanya:

“Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat saya menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya”.

6. Menafikan Jihad Dan mewajibkan Taat Kepada Inggeris

Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang anti-jihad dan menjunjung tinggi penjajah Inggeris. Di bahagian lampiran dalam bukunya ‘Shahadatul-Quran’ edisi keenam, atas tajuk “Untuk Perhatian Segera Pemerintah”, beliau menulis : “Saya telah menerangkan beberapa kali bahawa Islam yang saya anuti ini mengandungi dua bahagian; iaitu Taat Kepada Allah dan kedua : Taat kepada pemerintah yang telah memberikan keamanan dan perlindungan kepada kita serta mengawal kita daripada kezaliman. Itulah dia kerajaan Inggeris”.

Beliau menambah: “Saya bukan saja menjadikan orang-orang India Muslim taat kepada kerajaan Inggeris, malah saya telah menulis beberapa buah buku dalam bahasa Arab dan Parsi juga Urdu menerangkan kepada penduduk-penduduk Islam bagaimana untuk hidup aman, nikmat bahagia dan bebas di bawah kepak sayap kerajaan Inggeris”. Dan Mirza menambah lagi: “Saya yakin bahawa dengan bertambahnya bilangan pengikut-pengikut saya, maka berkuranglah orang yang percaya kepada jihad kerana kepercayaan kepada saya sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi dengan sendirinya menafikan adanya jihad itu”.

Mirza mengeluarkan hukum dan pendapat yang bertentangan sekali dengan kehendak ayat-ayat Al-Quran. Ini dapat ditunjukkan melalui kata-katanya di bawah:

(10)

 Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah;

 Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan;

 Pada pendapat saya, tidak ada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad;

 Saya menghabiskan sebahagaian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad.

7. Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran

Satu lagi penyelewengan dan kesalahan besar yang dilakukan oleh ajaran Qadiani ialah mengubah ayat-ayat Al-Quran atau disebut ‘Tahrif Al-Quran’. Tahrif bererti mengubah atau meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran. Sebarang pengurangan yang sengaja, penghapusan dan penambahan terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah merupakan tahrif. Usaha yang sengaja dilakukan untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran di luar dari erti yang sebenar dan jelas adalah juga dipanggil tahrif.

9. Malaikat Sebagai Pancaindera Tuhan

Dalam buku ‘Hamamah Al-Busyra’ halaman 98, Mirza menegaskan:

“Lihatlah pada malikat-malaikat itu bagaimana Allah menjadikan mereka itu sebagai pancainderanya”.

8. Ibadat Haji Di Qadian.

Orang-orang Qadiani menganggap bahawa daerah Qadian adalah merupakan salah satu daripada tiga tempat suci disebutkan iaitu Makkah, Madinah dan Qadian. Harian ‘Al-Fadhl’ bilangan 1848, Jilid 10 Disember 1912 menyebut:

“Sesiapa yang menziarahi menara putih Al-Masih yang dijanjikan (Mirza) akan diberikan berkat yang hanya ditentukan kepada menara hijau Nabi di Madinah Al-Munawwarah. Alangkah menderitanya orang yang menghalang dirinya daripada menikmati Haji Akbar di Qadian”.

(11)

Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran agama Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh ulama’-ulama’ Islam serata dunia. Jabatan Agama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan DYMM Sultan Selangor serta beberapa oranmg alim ulama’ di Negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah mereka telah murtad (keluar dari agama islam) maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadat. Jika mereka enggan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, maka hendaklah dibunuh oleh imam yakni raja. Mayatnya tiada boleh dimandikan, tiada boleh disembahyangkan dan tiada boleh ditanam di perkuburan orang-orang Islam. Lihat Khasyiah Bajuri ala Ibni Qasim juzuk (2) muka 258.

Dengan demikian, ianya tidak dapat berkembang ke seluruh negara, cuma hidup di tempat yang ia telah lahir sebelum itu. Di Selangor, antara tempat-tempat yang terdapat penganut-penganut ajaran ini ialah:

1. Jeram : Ada kira-kira 40 orang pengikut (lelaki dan perempuan) di sini. Terdapat tanah perkuburan mereka sendiri yang diberi oleh Pegawai Daerah Inggeris pada tahun 1954. Luasnya kira-kira dua ekar.

2. Sungai Tua : Kira-kira 20 orang pengikut (lelaki dan peremmpuan) terdapat di sini. Pengikut Ahmadiah/Qadiani dari Melaka datang berkumpul di sini.

3. Sungai Buloh : Di sini terdapat sebuah surau Ahmadiah/Qadiani yang berharga kira-kira RM1600. Surau ini dibina daripada derma pengikut-pengikut ajaran itu.

4. Kampung Nakhoda : Pengikutnya di sini masih kuat berpegang ajaran ini. Mereka terdiri daripada kira-kira lima keluarga. Terdapat sebuah ‘masjid’ Qadiani yang digunakan untuk mereka sahaja.

Di negeri-negeri lain di Malaysia, selain dari Selangor, terdapat juga pengikut ajaran Ahmadiah/Qadiani ini. Tetapi mereka itu tidak diketahui orangnya. Mungkin kerana jumlahnya terlalu kecil.

(12)

Ajaran Ahmadiyah/Qadiani yang telah diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad di wilayah Qadian telah berkembang di negara-negara Islam bahkan masih wujud sehingga hari ini. Pengikut jemaah Ahmadiyah/Qadiani tetap mengatakan bahawa mereka adalah orang `yang beriman dengan rukun iman serta beramal dengan rukun Islam sebagaimana orang Islam yang lain. Walaubagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa segala yang telah diputuskan dalam fatwa dan dialog antara Ketua Ahmadiah/Qadiani dengan ulama-ulama tempatan yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor dalam tahun 1951 merupakan penolakan terhadap hujah yang telah menjadi pegangan dan doktrin jemaah Ahmadiyah atau Qadiani.

Namun, di sebalik fatwa yang dikeluarkan, pengikut-pengikut Qadiani terus menyebarkan ajaran mereka kepada umat Islam yang lain. Kesungguhan pengikut-pengikut Qadiani yang berpegang kepada pegangannya menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam tentang kedudukan sebenar ajaran tersebut.

Buat masa ini, penganut Ahmadiah/Qadiani adalah semakin berkurangan kerana di kalangan mereka ramai yang telah bertaubat dan anggota baru hampir tidak ada langsung. Gerakan mengembangkan ajaran ini telah lama berhenti dan orangramai umumnya mengetahui ajaran ini adalah bertentangan dengan Islam. Apa yang jelas kelihatan ialah pengikut ajaran ini terpisah dari masyarakat Islam biasa.

(13)

RUJUKAN

1. Farahwahida Mohd Yusof & Siti Ramlah Ibrahim (2008), Penyelewengan Ajaran Qadiani. Johor: Universiti Teknologi Malaysia, Cetakan Pertama.

2. Dr. Ihsan Ilahi Zhohir (2005), Al-Qodiyaniyyah: Dirosat wa Tahlil. Kairo: Darul Imam Al-Mujaddid, Terjemahan.

3. Abdullah Hasan Alhadar (1980), Ahmadiyah Telanjang Bulat di Panggung Sejarah. Bandung: PT Almaarif.

4. http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/05/29/qadiani-bukan-ajaran-islam-3/

5. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ajaran-ahmadiah-qadiani

Referensi

Dokumen terkait

Suatu modul pembelajaran dinyatakan efektif apabila 80% siswa yang mengikuti pembelajaran mampu mencapai nilai acuan yang telah ditetapkan sebelumnya (Hobri. Berdasarkan

Setiap dokter dituntut bertindak secara profesional dan senantiasa mengembangkan ilmunya. Sehingga pekerjaan kedokteran tidak pernah lepas dari riset dan pengembangan

Sumber cahaya pada grafika 3D merupakan sebuah objek yang penting, karena dengan cahaya ini sebuah world dapat terlihat dan dapat dilakukan proses rendering. Sumber

Dari hasil plotting prosentase kerusakan terhadap waktu menggambarkan bahwa pertumbuhan prosentase kerusakan setiap ruas jalan mendatang dapat dihitung sesuai dengan

Didalam metode harga pokok proses, biaya overhead pabrik terdiri dari biaya produksi selain bahan baku dan bahan penolong dan biaya tenaga kerja (baik yang langsung

selaku Kepala Program Studi Bimbingan dan Konseling Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Sebelas Maret Surakarta yang telah memberikan motivasi dalam menyusun

Risiko Partus Prematurus pada Kehamilan dengan Infeksi Saluran Kemih.. Cermin Dunia Kedokteran

Hipotesis kelima (5) menyatakan bahwa human capital berpengaruh terhadap reduced audit quality dengan budaya etika organisasi sebagai variabel moderating dimana dengan adanya