• Tidak ada hasil yang ditemukan

Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam [Program 1AZAM Kerajaan Malaysia].

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam [Program 1AZAM Kerajaan Malaysia]."

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Model

Keusaha

wanan

N.A.M

. dan

Invent

ori Psik

ometri

k IKRA

-Azam

Nordin A

bdul M

alek (N

.A.M.)

Airil Hai

mi Mo

hd Adn

an

PhD

Riza Em

ifazura J

aafar

AZAM

UNTUK

KAYA

AZAM

UNTUK

(3)

Azam Untuk Kaya:

Model Keusahawanan N.A.M. dan

Inventori Psikometrik IKRA-Azam

©

Disember 2014. Hak Cipta Terpelihara.

Nordin Abdul Malek (N.A.M.)

Airil Haimi Mohd Adnan

PhD

Riza Emifazura Jaafar

Hak cipta penerbitan ini dan kandungannya ialah

kepunyaan penulis-penulis kecuali dinyatakan

sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian penerbitan

ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula,

disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan,

dipindah, dijual atau diuruskan dalam apa-apa

bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran

secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada

penulis-penulis di alamat:

Institut Agro Usahawan,

Jalan Tanjong Tualang,

36800 Kampung Gajah,

Perak, Malaysia.

Tel: 05-6318983 Faks: 05-6311980

Emel: info@igrow.com.my

ISBN: 978-967-13118-0-6

Diterbitkan oleh

Institut Agro Usahawan

(iGROW)

Layari http://www.azamkaya.com

(4)

KANDUNGAN

Pendahuluan 2

Model (Daya) Keusahawanan N.A.M. 4

(5)

2 ~ A Z A M UN T UK K AYA

Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

PENDAHULUAN

(demi memantapkan daya psikologi keusahawanan ANDA)

Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam ialah buku kedua dan yang terakhir dalam siri buku ‘Azam Untuk Kaya’ tulisan kami bertiga. Buku ini meneruskan perbincangan yang bermula dalam buku pertama iaitu Azam Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan.

Walau bagaimanapun, ANDA wajiblah membaca serta memahami Azam Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan terlebih dahulu kerana tiga sebab utama seperti di bawah.

Pertama, Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam memberi penjelasan mengenai isu-isu penting yang telah kami bangkitkan dan kupaskan secara kritis dalam buku Azam Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan.

Kedua, Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam menerangkan tentang Model Keusahawanan N.A.M. dengan lebih mendalam. Model pembinaan usahawan ini menjadi pengisian utama siri buku ini di samping inventori psikometrik keusahawanan yang dibangunkan.

Kesemua ‘model usahawan’ (atau kajian kes) yang ditampilkan dalam siri buku ini telah dilatih dan dipantau oleh pakar pembangunan usahawan Malaysia, Saudara Nordin Abdul Malek. Ribuan pelatih sudah menyertai program berterusan penjanaan usahawan Saudara Nordin. Mereka bukan sekadar dapat bertapak di alam perniagaan tetapi ramai pula yang sudah menjadi usahawan yang berjaya (serta dapat mengecapi kekayaan).

(6)

Oleh itu, ANDA akan lebih faham Model Keusahawanan N.A.M. hanya selepas anda membaca dan mencuba semua ‘latihan berfikir’ dalam Azam Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan.

Sebab ketiga dan terakhir, Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam menjelaskan tentang Inventori Psikometrik IKRA-Azam yang telah kami bina sebagai cara yang sahih dan saintifik agar ANDA juga dapat melihat, mengukur serta menilai daya psikologi keusahawanan ANDA... menuju kekayaan!

Atas dasar itu, siri buku ini bukanlah sekadar penceritaan kisah suka-duka kehidupan atau buku ‘motivasi kosong’ semata-mata. Berdasarkan kajian lapangan jangka panjang Puan Riza Emifazura dan Dr. Airil Haimi, dibangunkan pula Inventori Psikometrik Keusahawanan Riza-Airil atau IKRA-Azam dengan 270 item yang melihat, mengukur serta menilai kecenderungan serta potensi ANDA sebagai seorang usahawan.

Inventori Psikometrik IKRA-Azam berkonsepkan inventori lapor kendiri (self report inventory) telah dibangunkan dengan begitu cermat dan teliti berdasarkan prinsip-prinsip sains sosial kontemporari berkaitan ilmu psikometrik(s). Tiga komponen psikometri yang dilihat, diukur serta dinilai melalui 18 ciri psikologi dalam Inventori Psikometrik IKRA-Azam merangkumi kebolehan, kecenderungan serta personaliti ANDA.

ANDA wajib melengkapkan keseluruhan Inventori Psikometrik IKRA-Azam dengan 18 ciri psikologi model usahawan yang berjaya (dengan 270 item berbeza) sebelum membaca penerangan dalam buku ini.

Akhir kata, siapa yang tidak mahu kaya? Siri buku ‘Azam Untuk Kaya’ adalah cerita dan kisah insan-insan biasa, manusia seperti ANDA yang biasa lagi sederhana. Namun, kekuatan psikologi mereka serta usaha tanpa mengenal penat lelah telah menjadikan mereka luar biasa!

Kami ingin menjemput ANDA untuk melangkah ke masa hadapan yang cemerlang dan gemilang. Jika ANDA juga mahu kaya, baca dan fahami Azam Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan. Kemudian, dalami pula penerangan lengkap kami dalam buku kedua dan terakhir ini.

(7)

4 ~ A Z A M UN T UK K AYA

Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura hadapan? Kurang pasti? Teruskan membaca. Kemudian, sediakan diri untuk membina azam ANDA pula untuk menjadi kaya!

‘Sifu’ Nordin Abdul Malek

Borneo Green Resources & iGROW

Dr. Airil Haimi Mohd Adnan

(8)

MODEL (DAYA)

KEUSAHAWANAN N.A.M.

(berdasarkan formula latihan usahawan hampir dua

dekad Saudara Nordin Abdul Malek yang mencatat

kejayaan demi kejayaan)

Model Keusahawanan N.A.M. (atau Formula N.A.M.) adalah suatu sistem yang lengkap untuk membina personaliti serta memperkukuh ciri-ciri psikologi yang positif dalam diri bakal-bakal usahawan. Model atau formula ini juga memberi manfaat kepada mereka yang sudah berjinak-jinak dengan aktiviti perniagaan untuk menambah pendapatan.

Sehingga hari ini, berdasarkan model atau formula Saudara Nordin Abdul Malek, ramai pelatih sudah berjaya ‘membina’ diri mereka sebagai usahawan. Kesemua mereka sudah meraih faedah daripada penyertaan dalam program-program latihan usahawan oleh Saudara Nordin di kepulauan Borneo dan di Semenanjung Malaysia.

Malah, ada juga pelatih yang bukan sekadar dapat bertapak di alam niaga tetapi juga sudah menjadi usahawan yang berjaya serta dapat mengecapi kekayaan yang berkekalan. Semua rasa penat lelah mereka sudah jelas menampakkan hasil yang ditunggu-tunggu.

(9)

6 ~ A Z A M UN T UK K AYA

Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura Sebagai suatu sistem yang lengkap untuk membina personaliti serta memperkukuh ciri-ciri psikologi dalam diri bakal-bakal usahawan, Model Keusahawanan atau Formula N.A.M. wajib didalami.

Saudara Nordin membahagikan model atau formula ini kepada tiga komponen yang berlaku secara bertahap iaitu melatih sambil memberi pendedahan (training); memimpin tangan dan menunjuk jalan (hand holding); dan akhir sekali, memantau serta menyokong secara berterusan (follow through). Penjelasan lanjut menyusul dalam perenggan-perenggan yang seterusnya.

TAHAP PERMULAAN

Melatih sambil memberi pendedahan (

training

)

Dalam Model Keusahawanan atau Formula N.A.M., latihan memainkan peranan sebagai proses pemerolehan pengetahuan, kemahiran serta kecekapan hasil daripada pengajaran kemahiran dan pengetahuan vokasional atau praktikal yang berkaitan dengan keusahawanan.

Latihan keusahawanan ini mempunyai matlamat untuk meningkatkan keupayaan, kemampuan, produktiviti serta prestasi hidup seseorang melalui pendedahan-pendedahan bermakna dan pembinaan jati diri seorang usahawan yang berjaya lagi kaya.

TAHAP PERTENGAHAN

Memimpin tangan, menunjuk jalan (hand holding)

(10)

Hakikatnya, proses menjadi seorang usahawan penuh dengan cabaran dan juga dugaan. Oleh sebab itu, dengan memimpin tangan dan menunjuk jalan, usahawan-usahawan yang baru sahaja dibentuk akan berasa lebih pasti dan yakin dengan perjalanan hidup di hadapan mereka menuju ke arah kejayaan (dan kekayaan).

TAHAP PENGAKHIRAN

Memantau, menyokong secara berterusan

(

follow through

)

Memantau serta menyokong secara berterusan adalah langkah yang terakhir dalam Model Keusahawanan atau Formula N.A.M. Setiap percubaan untuk mendorong diri ke arah kejayaan hanya akan meningkatkan tekanan. Motivasi sahaja tidak cukup pada tahap ini kerana pemantauan dan sokongan wajib diberikan.

Ramai usahawan Malaysia gagal kerana mereka tidak dipantau dan disokong secara berterusan oleh pihak yang berwajib. Walaupun mereka memulakan usaha dengan penuh semangat, mereka akhirnya gagal di pertengahan jalan kerana hilang pedoman dan tidak dapat meneruskan usaha-usaha baik mereka.

(11)

8 ~ A Z A M UN T UK K AYA

Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

INVENTORI PSIKOMETRIK

IKRA-AZAM

(berdasarkan kajian lapangan jangka panjang

Dr. Airil Haimi dan Puan Riza Emifazura di negeri Sabah,

Malaysia dengan bantuan logistik serta teknikal oleh

Saudara Nordin Abdul Malek)

IKRA-Azam mengandungi 270 item yang telah melihat, mengukur serta menilai kecenderungan serta potensi ANDA sebagai seorang usahawan.

IKRA-Azam berkonsepkan inventori lapor kendiri (self report inventory) dan ia telah dibangunkan dengan cermat dan teliti berdasarkan prinsip-prinsip sains sosial kontemporari berkaitan ilmu psikometrik(s). Tiga komponen psikometri yang dilihat, diukur serta dinilai melalui 18 ciri psikologi dalam

IKRA-Azam merangkumi kebolehan, kecenderungan serta personaliti diri ANDA.

ANDA wajib melengkapkan keseluruhan IKRA-Azam dengan 18 ciri psikologi model usahawan yang berjaya (dengan 270 item berbeza) sebelum ANDA membaca penerangan penuh dalam baris-baris di bawah. Kami berdoa moga-moga ANDA akan dapat membangunkan diri sebagai seorang usahawan dan meraih kekayaan hidup demi kebahagiaan hakiki pada masa hadapan!

IKRA-Azam Inventori Psikometrik Keusahawanan Riza-Airil untuk ciri personaliti dan daya (kemampuan serta kemantapan) psikologi model-model usahawan yang telah terbukti berjaya

Penjelasan penuh mengenai kesemua 18 ciri psikologi usahawan dalam siri buku AZAM UNTUK KAYA diberikan di bawah. Perlu diingatkan anda WAJIB memiliki kebolehan, kecenderungan DAN ciri personaliti positif SEBELUM anda dapat menjadi seorang MODEL USAHAWAN yang berjaya (dan juga kaya).

(12)

sebagai panduan. Perkukuhkan kesemua kekuatan diri anda dan perbaiki segala-gala kelemahan yang ada.

(13)

10 ~ A Z A M UN T UK K AYA

Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

IKRA-Azam item #01 (kod item BP)

Adakah anda

BERCIRI PEMIMPIN

seperti Annie?

Skor keseluruhan anda untuk item ini

*0 – 15 Anda tidak ada ciri pemimpin

16 – 30 Anda ada sedikit ciri pemimpin

31 – 45 Anda ada ciri pemimpin pada tahap biasa

46 – 60 Anda ada ciri pemimpin yang agak tinggi

61 – 75 Anda ada ciri pemimpin yang amat tinggi

IKRA-Azam item #02 (kod item MJ)

Adakah anda boleh

MEMBINA JARINGAN

seperti Annie?

Skor keseluruhan anda untuk item ini

*0 – 15 Anda tidak tahu membina jaringan

16 – 30 Anda kurang cekap membina jaringan

31 – 45 Anda boleh membina jaringan pada tahap biasa

46 – 60 Anda boleh membina jaringan pada tahap yang agak tinggi

61 – 75 Anda boleh membina jaringan pada tahap yang amat tinggi

IKRA-Azam item #03 (kod item MI)

Adakah anda cenderung

MENAMBAH ILMU

seperti Annie?

Skor keseluruhan anda untuk item ini

*0 – 15 Anda tidak cenderung menambah ilmu

16 – 30 Anda kurang cenderung menambah ilmu

31 – 45 Anda cenderung menambah ilmu pada tahap biasa

46 – 60 Anda cenderung menambah ilmu pada tahap yang agak

tinggi

61 – 75 Anda cenderung menambah ilmu pada tahap yang amat

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Partisipasi masyarakat dapat dilihat dari bentuk keterlibatan masyarakat dalam mengatasi masalah anak jalanan. Keterlibatan masyarakat dalam mengatasi masalah anak

Karena itu pendidikan holistik berkontribusi pada pencarian berkelanjutan untuk pemulihan kesatuan ciptaan yang diberikan; Pendidikan holistik adalah pendidikan untuk

Hasil penelitian ini menunjukan bahwa bukti audit berpengaruh secara signifikan terhadap opini auditor, melalui tiga indikator yaitu cukup, kompeten, dan layak Hal ini

Hasil dan pembahasan dari penelitan adalah (1) perangkat pembelajaran RPP Matematika yang telah diterapkan masih menggunakan RPP Matematika sekolah pada umumnya, pada kegiatan

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan, maka tesis ini akan membahas per- masalahan yang dihadapi dalam menerapkan standar akuntansi untuk aset eksplorasi dan evaluasi

Soegiharto Hadi- moeljo yang dengan penuh kesabaran serta kesungguhan hati telah berkenan membimbing, meluangkan uaktunya yang sangat berharga untuk membantu,

Ada atau tidaknya interaksi antar genotipe atau genotipe-genotipe tanaman dengan kisaran variasi lingkungan spasial yang luas, ataupun dengan variasi lingkungan pada

Dan untuk pola kelekatan menghindar memiliki prosentase yang paling sedikit dimana siswa dengan pola kelekatan cemas menghindar akan cenderung mempunyai mental diri sebagai orang