• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 6 PENILAIAN PROGRAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAB 6 PENILAIAN PROGRAM"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 6

PENILAIAN PROGRAM

6.1 Analisis Kejayaan Program

Program Jom Baca yang dijalankan menunjukkan beberapa aspek yang boleh dibanggakan. Aspek kejayaan yang boleh dinilai adalah;

6.1.1 Penglibatan Ibu Bapa

[image:1.612.137.462.397.639.2]

Kehadiran ibu bapa untuk bersama-sama menjayakan program amat dibanggakan. 95% daripada jumlah penjaga bagi peserta yang terlibat telah hadir untuk acara kemuncak. Penglibatan penjaga sewaktu di rumah juga menampakkan kesungguhan untuk bersama-sama pihak sekolah meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Berdasarkan sambutan yang diberikan, didapati bahawa objektif program untuk mengaktifkan penglibatan PIBG dalam program membaca berjaya dicapai.

(2)

6.1.2 Meningkatkan Keyakinan Murid

Tugasan yang diberi sepanjang program bacaan dijalankan adalah membuat persembahan berdasarkan cerita yang dibaca. Peserta diuji dengan bercerita dihadapan perhimpunan sebelum dinilai dengan membuat persembahan. Meskipun tempoh masa yang diberikan agak singkat, namun setiap murid yang dipanggil kehadapan perhimpunan telah memberikan persembahan yang menarik dan penuh yakin.

Gambar 2 & 3: Murid menunjukkan keyakinan ketika bercerita di hadapan perhimpunan

6.1.3 Penambahan Penguasaan Kosa kata

[image:2.612.118.510.235.488.2]
(3)

6.1.4 Kerjasama PIBG

[image:3.612.141.473.208.461.2]

Peranan PIBG di dalam kecemerlangan pendidikan diterjemahkan melalui penglibatan yang berterusan serta sokongan yang berpanjangan. Pihak PIBG terutamanya Yang Dipertua serta jawatankuasa telah memberikan sokongan terhadap program ‘Jom Baca’ ini. Sumbangan kewangan sebanyak RM100.00 untuk jamuan makan telah menaikkan semangat guru-guru serta para peserta untuk menjayakan program..

(4)

6.2 Analisis Markah Pengujian Soalan Lisan Peserta Program

Soalan pengujian telah dibina dan terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A merupakan soalan objektif, bahagian B merupakan ejaan dan bahagian C pula tatabahasa. Jumlah keseluruhan markah adalah 100%.

- Bahagian A

Mempunyai 6 soalan objektif yang merangkumi soalan-soalan daripada ketiga-tiga cerita di dalam bahan bacaan. Setiap soalan mewakili 10 markah.

- Bahagian B

Mengeja 5 perkataan yang disebutkan. Setiap perkataan akan diberikan 3 kali cubaan dan setiap perkataan mewakili 4 markah.

- Bahagian C

Menukarkan perkataan present tense kepada past tense. Bahagian ini mengandungi 5 soalan dan setiap soalan mewakili 4 markah.

Markah peserta yang tertinggi di dalam sesi pengujian adalah 100% dan yang terendah adalah 46%. Bagi markah yang melebihi 86 - 100% pula adalah seramai 85 orang manakala 40 peserta yang memperoleh kurang daripada 80%. Dan mencapai tahap Baik. 23 peserta lagi masih berada dalam tahap sedarhana dengan pencapaian 46 -65 %. Secara

keseluruhan, semua peserta menunjukkan prestasi yang membanggakan dan dapat menguasai dengan baik setiap bahagian soalan.

Jadual 18: Bilangan dan peratusan tahap penggunaan bahasa peserta program

Skor Keterangan Penggunaan Bahasa Bilangan

86 – 100 Sangat baik 85(58%)

66 – 85 Baik 40 (27%)

46 – 65 Sederhana 23 (15%)

21 – 45 Lemah 0

(5)

Berdasarkan kepada pencapaian peserta di dalam pengujian yang dijalankan, di dapati 58% daripada peserta berjaya memperoleh markah pada kategori penggunaan yang sangat baik. Peratusan ini dikira daripada keseluruhan jumlah peserta seramai 148 orang. 27% lagi berada pada kategori penggunaan bahasa yang baik. Manakala selebihnya 15% berada pada tahap sedarhana.

Jelas menunjukkan bahawa program Jom Baca ini memberi kesan yang sangat baik berdasarkan kepada pencapaian peserta. Kesemua peserta berada pada tahap penguasaan bahasa yang sangat baik , baik dan sedarhana. Tiada peserta yang berada pada kategori lemah atau sangat lemah. Kemahiran mendengar dan memahami cerita yang dibaca membantu kepada pencapaian peserta yang baik.

6.3 Analisa Markah Persembahan

Bagi mendapatkan pemenang bagi tugasan persembahan, ditetapkan kriteria tertentu melalui penghakiman oleh hakim yang terdiri daripada guru besar, guru penolong kanan, Yang Dipertua PIBG dan seorang wakil ibu bapa. Kriteria penghakiman adalah seperti berikut;

- Pesembahan Keseluruhan (40%) - Kelancaran Berbahasa (40%) - Kerjasama Kumpulan (20%)

(6)

Jadual 19: Pemarkahan bagi Persembahan Tahun 1

Bil Perkara Hakim

1 Hakim 2 Hakim 3 Hakim 4

1 Persembahan (40%) 30 40 30 39

2 Kelancaran (40%) 35 30 30 35

3 Kerjasama (20%) 20 20 20 18

Markah 85 90 80 92

Markah Purata 86.75

Jadual 20: Pemarkahan bagi Persembahan Tahun 2

Bil Perkara Hakim

1 Hakim2 Hakim 3 Hakim4

1 Persembahan (40%) 25 30 25 35

2 Kelancaran (40%) 25 25 25 30

3 Kerjasama (20%) 10 10 15 15

Markah 60 65 65 80

Markah Purata 67.5

Jadual 21: Pemarkahan bagi Persembahan Tahun 3

Bil Perkara Hakim

1

Hakim

2 Hakim 3

Hakim 4

1 Persembahan (40%) 30 25 30 30

2 Kelancaran (40%) 30 25 30 30

3 Kerjasama (20%) 15 10 18 15

Markah 75 60 78 75

(7)

Jadual 22: Pemarkahan bagi Persembahan Tahun 4

Bil Perkara Hakim1 Hakim2 Hakim 3 Hakim4

1 Persembahan (40%) 30 40 30 39

2 Kelancaran (40%) 35 30 35 35

3 Kerjasama (20%) 20 20 20 18

Markah 85 90 85 92

Markah Purata 88

Jadual 23: Pemarkahan bagi Persembahan Tahun 5

Bil Perkara Hakim

1

Hakim 2

Hakim 3 Hakim 4

1 Persembahan (40%) 25 30 25 35

2 Kelancaran (40%) 25 25 25 30

3 Kerjasama (20%) 10 15 15 15

Markah 60 70 65 70

Markah Purata 66.25

Gambar

Gambar 1: Ibu bapa mendengar taklimat program
Gambar 2 & 3: Murid menunjukkan keyakinan ketika bercerita di hadapan perhimpunan
Gambar 4: Gotong royong bersama PIBG dalam menyediakan jamuan

Referensi

Dokumen terkait

2 yaitu Mengelola diskusi dengan menarik sehingga seluruh peserta berpartisipasi aktif memperoleh skor 3,05 dengan kategori Baik dan Kinerja nomor 3 Memberi

Responden juga menyatakan bahawa projek KIM yang dilaksanakan ini telah berjaya meningkatkan pendapatan harian peserta dan penduduk iaitu 44 peratus kategori I dan 46

Dapatan ini menyokong dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh Sharifah nor Ashikin dan Rahman (2005) yang menyatakan minat terhadap mata pelajaran Sains adalah

(c) Selain daripada teknologi seperti di atas, apakah yang kamu boleh cadangkan untuk memodenkan sektor pertanian di negara kita..

Daripada kajian yang telah dijalankan dan berdasarkan analisis data yang diperolehi, didapati bahawa wujud perbezaan yang signifikan di antara min pencapaian ujian

Pensyarah yang mendapat lebih daripada 90% markah juga layak untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Saringan sekiranya telah menunjukkan pencapaian yang

39 PENCAPAIAN PELAJAR PRA SAINS DALAM MATEMATIK: HUBUNGAN DI ANTARA MARKAH PENILAIAN KERJA KURSUS DAN PENILAIAN AKHIR *Maisurah Shamsuddin1, Siti Balqis Mahlan2, Fadzilawani

jumlah pasukan minimum 60 orang Juri akan membuat potongan markah bagi pasukan yang kurang 60 orang sehingga ke akhir majlis; b.. peserta mestilah terdiri daripada kakitangan dan