• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMIKIRAN RADIKAL POLITIK KEPARTIAN MELAYU ISLAM DI MALAYSIA: ANALISA PERISTIWA TAKFĪR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEMIKIRAN RADIKAL POLITIK KEPARTIAN MELAYU ISLAM DI MALAYSIA: ANALISA PERISTIWA TAKFĪR"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Jurnal Pengajian Islam, 2020, Bilangan 13, Isu I, Halaman 78-85 78 Jurnal Pengajian Islam

ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2020, Bilangan 13, Isu I, Halaman 78-85

PEMIKIRAN RADIKAL POLITIK KEPARTIAN MELAYU ISLAM DI

MALAYSIA: ANALISA PERISTIWA

TAKFĪR

RADICAL THOUGT OF POLITICAL ISLAMIC MALAY PARTY IN

MALAYSIA:

TAKFĪR EVENTS ANALYSIS

Muhammad Faiz Mukmin Bin Abdul Mutalib

1

, Hamzah Bin Omar

2

, Mohd

Hasbie Al-Shiddieque Bin Ahmad

3

1 Pensyarah Jabatan Dakwah & Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 43000 Kajang, Selangor, faizmukmin@kuis.edu.my.

2 Pensyarah Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 43000 Kajang, Selangor, hamzah@kuis.edu.my.

3 Pensyarah Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 43000 Kajang, Selangor, hasbie@kuis.edu.my.

* Muhammad Faiz Mukmin bin Abdul Mutalib

Artikel diterima: 28 Mei 2020 Selepas Pembetulan: 26 Jun 2020 Diterima untuk terbit: 02 Julai 2020

Abstrak

Isu takfīr merupakan isu yang menjadi fenomena di dalam gerakan Islam hampir di seluruh dunia. Malaysia di antara negara yang tidak terkecuali berhadapan dengan isu takfīr ini khususnya di dalam isu politik. Permasalahan utama dalam penulisan ini ialah penelitian terhadap peristiwa-peristiwa takfīr yang berlaku di Malaysia seputar Parti Islam Se-Malaysia PAS yang mana perlu diteliti dengan baik kerana peristiwa seumpama itu boleh berulang dan menganggu kestabilan dan keamanan negara. PAS merupakan satu-satunya Parti Politik yang berasaskan gerakan Islam di Malaysia. Objektif penulisan ini ialah menganalisa peristiwa-peristiwa besar berkaitan takfīr yang pernah berlaku di Malaysia dari beberapa sudut seperti pengistinbatan hukum, radikalisme, Negara Islam dan Negara Kafir dan demokrasi. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode analisis dokumen. Analisis dilakukan dengan menilai berasaskan kesan kepada sosio masyarakat umumnya. Hasil kajian menunjukkan corak pemikiran radikalisme wujud dalam peristiwa yang diketengahkan namun corak tersebut tidak diaplikasi parti Islam dan Gerakan Islam dalam situasi politik Malaysia masakini khususnya pasca PRU 14.

Kata kunci

Radikal, Takfīr, Peristiwa, Analisa, Politik Abstract

The matter of alleged infidelity in religion is a phenomenal issue among Islamic movement nearly throughout the world. Malaysia is not excluded in facing this issue especially in politics. The main problem in this article is focusing on observation towards the incidents of alleged infidelity happened in Malaysia, which need for careful evaluation considering such incidents can reoccur and disrupt stability and peace of the country. PAS the only Islamic Party based of Islamic Movement. This article aimed to analyse major incidents related to alleged infidelity happened in Malaysia through few point of views, such as assignment of law, radicalism,

(2)

Jurnal Pengajian Islam, 2020, Bilangan 13, Isu I, Halaman 78-85 79 democracy, Islam Country and Infidel Country. This research is qualitative, using document analysis method. Analysis is done by evaluating effects on society generally. The outcome shows radicalism mindset exists in the incidents, although such outlook is not currently applied among Islamic party and Islamic Movement regarding political situation in Malaysia, especially during post PRU-14.

Keywords

Radicals, Takfīr, Events, Analyzes, Politic

1. Pendahuluan

Isu takfīr ialah isu yang sentiasa menjadi polemik hangat dalam kalangan umat Islam zaman berzaman. Ia merupakan suatu bentuk ideologi yang menyimpang dari garis kesederhanaan yang dianjurkan dalam Islam dan berpotensi melahirkan banyak kesan destruktif sama ada dalam kehidupan sosial, politik dan akhlak. (Adam, 2013).

Jika ditelusuri catatan sejarah, pemikiran takfīr sangat sinonim dengan soal perpecahan. Perpecahan umat akibat pemikiran takfīr dalam kalangan orang Islam bukanlah bermula dari pemikiran ideologi gerakan Islam kontemporari. Bahkan, isu ini telah bermula sejak ratusan tahun dahulu yang diawali dengan kemunculan golongan yang disebut sebagai Khawārij. (Khair, 2016) Tindakan ekstrem golongan Khawārij yang mengkafirkan para sahabat sehingga membunuh Khalifah Ali bin Abi Talib kerana (menurut dakwaan mereka) dianggap tidak berhukum dengan hukum Allah merupakan manifestasi jelas kesan pemikiran ini. Mereka juga mengkafirkan sesiapa yang tidak sependirian dengan mereka contohnya dalam isu tahkīm dalam peperangan Ṣiffīn.

Malaysia sebagai negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam dan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, sudah tentu tidak terlepas daripada arus pemikiran takfīr ini. Pengaruh kebangkitan Islam yang kuat sejak 1970-an di Malaysia menyaksikan percambahan kumpulan atau gerakan Islam. Kebangkitan Islam secara menyeluruh ini merupakan sebahagian daripada kesinambungan gerakan islah yang berlaku sebelumnya yang diasaskan oleh pemikir dakwah dan politik Islam serta pertubuhan yang diasaskan oleh tokoh-tokoh gerakan Islam seperti Hassan al-Bannā (1906-1949) dengan al-Ikhwān al-Muslimīn, Abu al-Ac

al-Maudūdī (1903-1978) dengan Jamācat Islāmī, Ayatollah Khomeinī (1902-1989) dan

Alī Sharīcatī (1933-1977) dengan revolusi Islam Iran (Muzaffar, 1985).

2. Permasalahan

Kajian dan penulisan mengenai takfīr banyak dibincangkan namun analisa isu-isu takfīr di Malaysia berasaskan peristiwa yang terjadi hampir belum ada. Penelitian

dari aspek peristiwa ini penting kerana kebanyakan peristiwa ini menzahirkan bentuk pemikiran yang wujud dikalangan ahli gerakan Islam yang juga mempunyai cita-cita mendirikan sebuah negara Islam. Apakah bentuk mekanisme yang akan ditentukan bagi mendirikan sebuah negara tersebut berkait rapat dengan corak pemikiran yang wujud di dalam pemikiran mereka.

(3)

Jurnal Pengajian Islam, 2020, Bilangan 13, Isu I, Halaman 78-85 80

3. Isu-Isu Takfīr Di Malaysia

Isu Imam, nikah tidak sah. Menurut Ibrahim Abu Bakar (1993) satu kes takfīr yang berlaku pada Ogos 1979 di Mahkamah Syariah Besut, Terengganu. Mengikut laporan akhbar, Haji Mustafa bin Abu Bakar dibicarakan kerana memberi syarahan agama yang mengandungi kenyataan-kenyataan berikut:

i. Orang-orang UMNO Islam dalam Barisan Nasional hukumnya murtad.

ii. Orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan imam sembahyang.

iii. Sembelihan orang-orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan.

iv. Tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional. Tambah Ibrahim Abu Bakar lagi, dalam Muktamar Masjid bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980, seorang wakil dari pejabat Agama Islam Terengganu memberitahu wujudnya masalah takfīr dalam kalangan orang Islam di daerah Besut. Sembahyang Jumaat yang didirikan dan diimamkan daripada BN tidak dimakmumi oleh orang-orang bukan BN. Pada pendapat wakil itu, hal ini adalah unsur-unsur yang merosakkan perpaduan sesama Islam atau sesama Melayu Islam.

Selain itu, seorang tokoh kanan Parti Islam Se-Malaysia PAS semasa berucap di Kampung Delima, Wakaf Baru, Tumpat Kelantan telah mengeluarkan kenyataan,

“ketika itu Nabi kita rebut peluang gi dakwah doh, dan Nabi cari oghe-oghe

Madinah, Nabi cari…royak memperkenalkan diri gini-gini yang

menyebabkan tiap-tiap tahun oghe Madinah sampai ke Mekah di Mina tu, tempat oghe melontar tu, ada sokmo oghe hok baru masuk, masuk Islam, masuk PASlah kita panggil-masuk Islam, haa gitu duduk”.

Tindakan menyamakan masuk Islam bererti masuk Parti Islam membawa anggapan bahawa sesiapa yang tidak bersama perjuangan mereka sebagai tidak Islam dan menentang mereka bermakna memusuhi Islam. (Hussain, 2001).

Pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Nerus, Terengganu Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang telah mengeluarkan satu ucapan yang mengundang kontroversi. Petikan ucapan itu berbunyi seperti berikut (Mahathir, 2017):

“Saudara-saudara sekelian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana namanya Barisan Nasional. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Kerana itulah kita berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, Mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Buddha, Tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku”.

(4)

Jurnal Pengajian Islam, 2020, Bilangan 13, Isu I, Halaman 78-85 81

Kata-kata tersebut merupakan petikan daripada ucapannya yang panjang iaitu mengambil masa kira-kira satu jam. Petikan itu diberikan nama “Amanat Haji Hadi” oleh pihak tertentu dan kemudiannya dikaitkan pula dengan fatwa. Beliau sendiri tidak pernah menamakan ucapannya itu sebagai ‘amanat’ atau ‘fatwa’. Sedutan ucapan itu kemudiannya dicetak secara besar-besaran dan dijual oleh pihak tertentu untuk meraih keuntungan. Pamimpin-pemimpin UMNO menjadikan ucapan itu sebagai politik sambil menuding jari kepada pemimpin PAS sebagai pemecah belah masyarakat di negara ini. Dengan ucapan ini, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dianggap sebagai pemimpin PAS yang radikal atau ekstrem. (Noor, 2004) Petikan ucapannya itu telah menghidupkan isu takfīr di Malaysia dan menjadi bahan polemik di antara pemimpin PAS dan pemimpin UMNO. Isu tersebut terus hidup dalam masyarakat Melayu dan kemuncaknya apabila media arus perdana membahaskan semula kenyataan kontroversi “Amanat Haji Hadi”. (Muhammad, 2013).

Selain itu, Abdul Hadi bin Awang menegaskan (J.P, 1992), orang-orang UMNO boleh dianggap kafir berpandukan kepada tiga faktor penting. Faktor-faktor tersebut menurut beliau ialah (Utusan, 1986):

i. Ahli-ahli UMNO telah menyokong perlembagaan negara yang bukan

merupakan perlembagaan Islam.

ii. Pemerintah yang terdiri dari orang-orang UMNO telah meletakkan

perlembagaan negara lebih dari Al-Quran.

iii. Kezaliman yang ditunjukkan oleh pemerintah terhadap orang-orang Islam, khususnya PAS, jelas menunjukkan mereka tidak Islam.

Beliau berucap di satu perhimpunan mengalu-alukan pembebasan Haji Latiff Mohamad dari tahanan ISA, di Kampung Pasir.

Beliau mengulas perkara ini sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli UMNO dalam perhimpunan itu supaya Haji Hadi menjelaskan berpandukan mana-mana nas atau hadis yang boleh membuktikan orang UMNO itu kafir.

Soalan itu dikemukakan melalui nota yang telah disampaikan kepada Naib Yang Dipertua Agung PAS itu di majlis tersebut. Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mustafa Ali dan seorang jawatankuasa agungnya, Haji Wan Mutalib Embong.

Paling tragis berkaitan peristiwa Berdarah Memali. Peristiwa Memali merupakan antara titik hitam dalam sejarah Malaysia. Ia berlaku di Kampung Memali yang terletak di Mukim Siong, Daerah Baling, Kedah. Peristiwa ini dikatakan menunjukkan

betapa tegang dan memuncak isu takfīr pada saat itu sehingga pada kemuncaknya

mengorbankan beberapa nyawa orang Islam sendiri.

Peristiwa ini melibatkan seorang figura PAS yang dikenali sebagai Ustaz Ibrahim bin Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya. Beliau merupakan anak kelahiran Kampung Charok Puteh, Mukim Siong, Daerah Baling, Kedah. Beliau mendapat Pendidikan awal sehingga darjah enam di Sekolah Melayu, Kampung Weng, Mukim Siong, Daerah Baling, Kedah, pelajaran agama di Pondok Kampung Charok Puteh dan Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Maktab Jamaliah, Madras, Tamil Nadu, India. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Darul Ulum,

(5)

Jurnal Pengajian Islam, 2020, Bilangan 13, Isu I, Halaman 78-85 82

Deoband, Saharanpur, Uttar Pradesh, India dan memperolehi ijazah dalam bidang pengajian Islam. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera Pengkhususan Undang-undang Islam (Syariah). Beliau juga pernah menuntut di Ma’ahad Dakwah, Tripoli, Libya dan memperolehi Diploma dalam bidang Dakwah Islamiah (Kadir, 2017).

Di dalam kertas putih yang dikeluarkan kerajaan pada masa itu mencatat bahawa Ibrahim seorang penceramah yang menyemai sikap pelampau di kalangan ahli PAS (Malaysiakini, 2017). Antara yang dicatat di dalam kertas putih tersebut:

"…Menentang sesiapa sahaja dengan pedang walaupun adik, abang, pak cik atau datuk nenek kita sendiri dan jangan kita campuri mereka kerana mereka itu adalah murtad.

"Jangan bercampur gaul dengan orang-orang Umno yang telah kafir. Sembelihan mereka, masakan mereka adalah haram. Jangan kita hadiri kenduri mereka" (Perdana, 1986).

Kemuncak bagi peristiwa ini ialah pertembungan dengan pihak Polis yang mana akhirnya meragut nyawa 4 orang anggota Polis dan 14 orang awam, termasuk Ustaz Ibrahim Libya yang bertindak sebagai ketua bagi pihak yang bertentangan dengan pihak Polis ketika itu (Malaysiakini, 2019).

4. Analisa Peristiwa

Dakwaan-dakwaan yang dinyatakan ini merupakan antara dakwaan yang besar mengenai takfīr dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Ia berlegar dalam masyarakat bertahun-tahun lamanya namun peristiwa-peristiwa ini menjelaskan corak pemikiran yang tidak bertepatan dengan syariat yang betul. Beberapa sisi boleh dianaslisa berdasarkan peristiwa yang dipaparkan seperti berikut:

i- Kaedah Pengisbatan Hukum

Isu-isu yang dibincangkan di atas menjelaskan beberapa aspek yang boleh dilihat seperti sisi kaedah pengistinbatan hukum menurut kaedah feqah. Sepertimana isu pertama berkaitan nikah tidak sah menunjukkan kesalahfahaman pemikiran ahli gerakan Islam apabila mengaitkan persoalan ibadah wajib yang mempunyai dalil pensyariatan yang khusus dengan muamalat yang bersifat harus sehingga wujud dalil atau nas yang melarangnya.

Seterusnya ketidakcekapan, kelemahan atau tidak tahu kaedah feqah menjuruskan natijah yang jauh menyimpang dari pelaksanaan syariat yang betul. Imam Syaukani dalam kitab beliau al-Fathu al-Rabbani menjelaskan bahawa hendaklah aspek

dalalah dan mengetahui madlul. Hal ini perlulah kepada pengetahuan yang luas

tentang bahasa arab (Syaukani, 2002). Sementelah penguasaan bahasa arab yang lemah boleh mendatangkan natijah hukum yang lemah dan tersasar dari maqasid sebenar.

Namun bukanlah menjadi tanggungjawab orang awam dalam memahami kaedah ini tetapi para asatizah dan pemuka agama memikul amanah mendalami ilmu agama dengan disiplin yang tepat seterusnya memimpin masyarakat dalam memahami agama dengan betul.

(6)

Jurnal Pengajian Islam, 2020, Bilangan 13, Isu I, Halaman 78-85 83

Sikap memanipulasi nas-nas agama atas tujuan politik lah yang mengakibatkan timbul pemikiran radikalisme demi mencapai kepentingan politik (al-Buti, 2020) sehingga timbul isu takfīr.

ii- Radikalisme

Peristiwa yang disebut di atas boleh dilihat dari fenomena radikalisme yang timbul dari kalangan gerakan Islam di hampir seluruh dunia. Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi (1984) tekanan ke atas dakwah dan para pendakwah serta menyempitkan ruang-gerak kerja Islam, terutama amal jama’i adalah sebab yang

paling nyata yang mendorong lahirnya sikap ekstrim. Tindak balas seperti itu lah yang mendorong sebahagian gerakan Islam bertindak radikal dari segi ucapan malah tindakan.

Malah dikaitkan pemahaman konsep Hakimmiyyah dalam tauhid Uluhiyyah sebagai asas tuntutan Shahadah Islam (Badlihisham, 2009) antara asas kepada pemahaman politik dalam gerakan Islam. Prinsip Hakimiyyah Allah memberi implikasi bahawa Allah sahajalah yang wajib disembah dan berhak mengadakan sistem hidup bagi manusia. Sebarang perlawanan terhadap konsep ini dianggap menderhaka atau Taghut.

Mengaitkan tuntutan aqidah dengan tujuan politik bakal melahirkan ahli atau penyokong yang sangguh melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita yang diwar-warkan seperti Negara Islam.

iii- Negara Islam dan Negara Kafir

Keinginan melaksanakan syariat Islam dengan bentuknya yang stabil atau menyeluruh seperti era khilafah antara faktor kepada pembahagian Negara Islam dan Negara Kafir. Peristiwa mengkafirkan perlembagaan negara mengarahkan kepada faktor ingin melaksanakan hukum syariat Islam yang difahami dalam konteks pandangan mereka.

Penamaan Negara Islam dan Negara Kafir memberi kesan negatif yang sangat besar memandangkan negara Malaysia mempunyai kelompok masyarakat yang pelbagai kaum dan budaya adat resam yang berbeza. Negara Malaysia yang bersifat multiracial membataskan pelaksanaan hukum syariat yang dilihat ingin diamalkan di negara ini berbanding negara yang sepenuhnya umat Islam. Sudah pasti pelaksanaan hukum di negara ini mengambilkira ciri-ciri yang sangat berhati-hati bagi memelihara keseimbangan kaum untuk mengelakkan kekacauan seperti perang saudara atau perang agama.

iv- Demokrasi

Secara praktisnya demokrasi diterima oleh gerakan Islam di Malaysia. Suasana dunia masakini tidak memberi pilihan yang banyak kepada penggerak Islam melainkan menerima demokrasi. Bagi golongan politik Islam yang berpandangan sederhana, sistem demokrasi Islam boleh diserasikan dan dimanfaatkan untuk perkembangan politik Islam namun segelintir ada yang menolaknya dan menganggap bertentangan dengan roh Islam.

Sepertimana yang dijelaskan, tekanan dan keterbatasan gerakan Islam membuatkan segelintir ahli gerakan Islam merasakan demokrasi juga tidak memberi

(7)

Jurnal Pengajian Islam, 2020, Bilangan 13, Isu I, Halaman 78-85 84

peluang yang baik untuk mereka bergerak sepertimana tekanan yang dikenakan kerajaan rejim Mesir keatas Ikhwanul Muslimin sekitar 1960-an sehingga 1980-an. Tekanan sedemikian menjurus kepada sikap putus asa kepada demokrasi. Sikap tidak memahami cabaran dan gagal menangani perubahan modenisasi boleh dianggap punca kegagalan politik Islam dalam dunia demokrasi sehingga mendorong mengambil tindakan radikal sebagai jalan penyelesaian.

5. Rumusan

Apabila membincangkan politik kepartian Melayu dan Islam khususnya yang berasaskan Gerakan Islam maka PAS secara langsung akan disentuh dalam perbincangan ini memadangkan hanya PAS satu-satunya parti Islam yang ada di Malaysia. Berdasarkan peristiwa yang dipaparkan boleh dirumuskan isu takfīr keseluruhannya melibatkan isu politik dan secara langsung Parti Islam Se-Malaysia PAS terlibat. Boleh dirumuskan juga seolah-olah mekanisme yang digunapakai oleh parti Islam di Malaysia khususnya PAS dalam cita-cita mendirikan negara adalah melalui jalan radikalisme atau melalui pemikiran radikalisme. Namun hal ini jauh dari realiti sebenar apabila gerakan Islam membuktikan perubahan masa dan suasana politik Malaysia juga mencorak pergerakan mereka kearah politik yang lebih matang.

Satu hal yang menarik penulis boleh rumuskan, politik Parti Islam di Malaysia tidak boleh diputuskan semata-mata peristiwa yang telah dilalui mereka namun perlu mengambil kira suasana dan tuntutan semasa yang senantiasa berubah. PAS secara khusus dilihat mengambil kira tuntutan masyarakat, survival politik dan kepentingan umat Islam di Malaysia dalam tindakan mereka.

Isu takfīr adalah isu panas yang tidak lagi timbul pada masakini memandangkan politik Malaysia yang banyak berubah khususnya selepas PRU 14, namun isu ini tidak dinafikan boleh kembali timbul melihat kepada praktik keanjalan politik yang dimainkan oleh satu-satunya parti Islam di Malaysia iaitu PAS. Sejauhmana isu

takfīr yang akan dimainkan selepas ini bergantung kepada suhu politik dan corak

politik yang akan dibawa para politikus. Pada masa itu kesiapsiagaan masyarakat menangani isu ini mungkin akan menjadi lebih terbuka mengambilkira dunia tanpa sempadan dari sudut capaian maklumat dan lambakan tulisan ilmiah seperti ini. Rujukan

Adam, M. (2013). Bahaya Takfīrī (Mengkafirkan Orang Lain). Indonesia: Pesantren Al Quran Babussalam.

Bakar, I.A. (1993). Takfīr: Interpretasi Semantik dan Teologi Islam. Bangi: UKM. Al-Būṭi, M.S.R. (2020). Ketika Islam Berubah Menjadi Alat Politik. Kuala Lumpur:

ABIM Press.

Dikoh, K. (2017). Merungkai misteri Memali. Retrived from:

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/08/318106/merungkai-misterimemali

Hussain, M.Y. (2001). Islam dan Politik: Kajian Penyalahgunaan Agama Sebagai

Alat Kepentingan Politik. Kuala Lumpur: Inmind.

(8)

Jurnal Pengajian Islam, 2020, Bilangan 13, Isu I, Halaman 78-85 85

Khair, S. Z. (2016). Kekusutan Sekitar Elemen Takfīrī Dalam Gerakan Islam - Kritik

Huḍaibī Terhadap Beberapa Pemikiran Maududi. Kuala Lumpur: Aman

Press

Malaysiakini. 2019. Tragedi Memali ‘cerita lama’ kata pemimpin PAS. Retrived from:

https://www.malaysiakini.com/news/492195

Mohamad, M. (2017). Amanat Hadi. Retrived from:

http://chedet.cc/?p=2713

Mohd. Nasir, B. (2009). Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa. Shah

Alam: Karisma Publication.

Muzaffar, C. (1985). Kebangkitan Islam: Suatu Pandangan Global. Di dalam

Perkembangan Modern dalam Islam. Disunting oleh Nasution, H. dan Azra,

A. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

Muhammad, H. (2013). PAS dan Isu-Isu Agama. Kuala Lumpur: Unit Buku Harakah. Perdana. 1986. Menjawab pertanyaan-pertanyaan kepada Jabatan Perdana Menteri

di bawah titah Yang di Pertuan Agong. Retrived from:

http://lib.perdana.org.my/PLF/Speech_dmm/DMM19860319-1.pdf 1986

Al-Qaraḍāwī, Y. (1984). Kebangunan Islam di Antara Tantangan dan Ekstremisme. Kuala Lumpur: ABIM.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam hal ini, para pendidik dituntut kemampuan dan profesionalnya sesuai dengan tingkat dan jenjangnya masing-masing (Sumaatmadja, 2002: 124). SDN Jawilan Kab.

Hasil penelitian menunjukkan bahwa: (1) Variabel pengeluaran konsumsi pemerintah secara parsial menunjukkan adanya pengaruh yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi di

Berdasarkan pendapat para ahli, maka dalam pelaksanaan pembelajaran dengan jumlah kelompok siswa yang ganjil akan di gabungkan dengan sebagian kecil siswa yang

Pada hakikatnya menurut Alma dalam Hurriyati (2008), promosi adalah suatu bentuk komunikasi pemasaran yang merupakan aktivitas pemasaran yang merupakan aktivitas

Metode analisis data yang digunakan dalam penelitian empiris adalah metode kualitatif, yaitu hal yang dinyatakan responden atau narasumber baik secara tertulis maupun

Hasil penelitian diperoleh bahwa rata-rata kemampuan berfikir kreatif siswa yang diajarkan dengan menggunakan pembelajaran dengan pendekatan Open Ended lebih

Ternyata rasa kehilangan baik secara sadar dan aktif kita menyerahkannya (seperti yang Abraham lakukan) ataupun secara pasif karena “yang dikasihi” diambil dari kita (seperti

Berbeda dengan proses penetapan batas daerah pada pembentukan DOB dengan persyaratan PP No.129 tahun 2000, proses penetapan batas daerah dalam pembentukan DOB dengan