• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Persepsi Komuniti terhadap Identiti, Imej dan Reputasi Korporat Dewan Bandaraya Kuching Utara

Norhayati Bidin

Sarjana Sains Sosial 2020

(2)

Persepsi Komuniti terhadap Identiti, Imej dan Reputasi Korporat Dewan Bandaraya Kuching Utara

Norhayati Bidin

Tesis ini dikemukakan

Bagi memenuhi keperluan untuk ijazah Sarjana Sains Sosial (Kajian Komunikasi)

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2020

(3)

i PERAKUAN

Saya dengan ini memperakui bahawa kerja-kerja menyiapkan tesis ini telah memenuhi syarat dan peraturan yang tetapkan oleh Universiti Malaysia Sarawak. Tesis ini tidak pernah diterima untuk sebarang ijazah dan tidak dikemukakan secara serentak bagi sebarang pencalonan ijazah lain.

………

Tandatangan

Nama: Norhayati binti Bidin

No. Matrik.: 15020230

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sarawak

Tarikh :

(4)

ii

PENGHARGAAN

Puji dan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya jua saya berjaya menyiapkan tesis ini. Alhamdulillah. Sesungguhnya banyak cabaran dan rintangan yang saya lalui dalam proses pembelajaran ini. Namun, pengalaman ini amat berharga buat saya.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan buat penyelia saya Profesor Madya Dr. Jeniri Amir yang tidak jemu membimbing dan mencurahkan ilmu untuk saya menyiapkan tesis ini. Begitu juga penyelia kedua saya iaitu Puan Hajah Siti Haslina binti Haji Hussin yang sangat memahami, mengerti dan sentiasa sedia membantu. Kedua mereka telah memberikan tunjuk ajar sebaik mungkin dan meniupkan kata-kata semangat tatkala saya hampir berputus asa. Segala tunjuk ajar, bimbingan, budi baik dan kepercayaan kalian berdua terhadap saya amatlah saya hargai. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Saya juga berterima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terutama Pengurusan Tertinggi DBKU kerana menyokong saya melanjutkan pelajaran ke peringkat ini.

Juga kepada staf Bahagian Perhubungan Awam (PRD) yang begitu memahami saya selama ini – Lan, Flem, Alina, Imelda, Nai, Nad, AJ, EE, Bang Fadil dan Padley. Kita merupakan satu pasukan yang kuat dan saling melengkapi #gengsikpandeijerak!. – “A good team needs three things; the right people, the right spirit, and a couple inside jokes!’.

Terima kasih tak terhingga buat Nad, EE dan Padley semasa proses soal selidik, Lan semasa proses pengumpulan data dan Nai semasa proses proof reading.

(5)

iii

Tidak dilupakan Atikawati Ahmad Razali, Rosemiyati Nawawi, Aisyah Kong Abdullah dan Pengiran Noorhisyam Pengiran Syamsudine atas sokongan moral dan persahabatan yang ikhlas.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat sahabat baik saya Siti Fatimah Jamail dan Dalillah Bujang yang sentiasa berada di samping saya saat susah, senang, pahit, manis, tawa dan air mata. Kalian berdualah sahabat dunia akhirat – “best friend brings out the best in each other”.

Buat abang-abang dan adik-adik saya; Azim Bidin, Mohd Hizam Bidin, Zainal Bidin dan Jerry Zannuddin Bidin, pengalaman hidup telah mendewasakan kita. Apa yang kita corakkan hari ini adalah legasi yang akan kita tinggalkan buat anak cucu kita nanti.

Semestinya aspirasi ini adalah untuk puteri dan putera kesayangan saya, Nur Irdina Laila dan Mohamad Iman Ibrahim Mirza. Kalian berdualah segalanya dalam hidup mama –

“my heart, my soul”. Dan, kalian berdualah sumber kekuatan mama untuk sentiasa menjadi insan terbaik agar dapat kalian contohi di masa hadapan. Tidak dilupakan suami, Mohamad Asri Ibrahim yang banyak bersabar sepanjang tempoh pengajian saya selama ini. Buat ibu, Laila Jeripin, dan ayah, Bidin Narudin, sedari kecil hingga kini, kalian berdualah paling banyak berkorban untuk saya. Kalian berdualah tunjang utama kejayaan saya selama ini.

Benar, kasih sayang ibu dan ayah tidak berbelah bagi – “kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sentiasa bersama”.

(6)

iv ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi komuniti terhadap identiti dan imej dalam membina reputasi korporat Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Tumpuan kawasan kajian adalah penempatan yang terletak dalam kawasan bidang kuasa DBKU dan responden terdiri daripada Ketua-Ketua Masyarakat dan penduduk setempat (wargakota Kuching Utara). Kajian ini mengupas elemen-elemen identiti dan imej yang kemudiannya mencerminkan apakah reputasi korporat Dewan Bandaraya Kuching Utara. Untuk itu,pengkaji mengadaptasi Tujuh Demensi Identiti Korporat Melewar (2006) yakni;

Komunikasi Korporat, Reka Bentuk Korporat, Budaya Korporat, Perlakuan, Struktur Korporat, Identiti Industri dan Strategi Korporat. Kemudian, pengkaji mengupas model- model berkaitan bagi tujuan perbandingan. Didapati, daripada tujuh model tersebut, tidak ada satu pun model menyentuh demensi Kepimpinan. Pengkaji telah merangka Model Cadangan, (2018) yang mengadaptasi Tujuh Demensi Melewar (2006) dengan penambahan satu lagi demensi baharu iaitu demensi Kepimpinan. Kepimpinan adalah tunjang terhadap segala tindakan, fokus dan strategi organisasi yang menentukan halatuju organisasi tersebut.

Kaedah penyelidikan yang diaplikasikan untuk tinjauan perseorangan menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada soalan tertutup (skala likert). Sasaran sampel kajian adalah 373 orang yang diperolehi daripada kawasan kediaman penduduk, pusat komersial dan pusat bandar dalam kawasan kajian. Seterusnya, Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0 digunakan untuk menghasilkan keseluruhan analisis statistik berdasarkan 289 borang soal selidik yang dikembali dan diproses. Analisis statistik seperti Korelasi Pearson diaplikasikan untuk menjawab objektif kajian ini, di samping meneliti tahap penerimaan hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan nilai

(7)

v

Cronbach’s Alpha adalah melebihi 0.7 yang membuktikan alatan kajian ini boleh diterima pakai. Identiti korporat DBKU dibentuk oleh identiti industri (Min=3.75, s.p. =0.925), reka bentuk korporat (Min=3.642, s.p. =0.851),, budaya korporat (Min=3.645, s.p. =0.822), dan struktur korporat (Min=3.660, s.p. =0.821). Manakala Imej korporat DBKU dibentuk oleh komunikasi korporat (Min=3.81, s.p. =0.62), strategi korporat (Min=3.59, s.p. =0.87), perlakuan korporat (Min=3.66, s.p. =0.80) dan kepemimpinan (Min=3.54, s.p. =0.92).

Daripada hasil analisis yang telah dijalankan didapati responden yang dikaji memberi maklum balas yang positif terhadap identiti korporat dan imej korporat untuk meningkatkan tahap reputasi korporat DBKU. Hasil kajian menunjukan identiti dan imej mempunyai perhubungan yang signifikan terhadap pembentuk reputasi korporat DBKU pada tahap signifikan yang berbeza-beza. Selain daripada itu, faktor latar belakang responden yang berbeza-beza juga menyumbang kepada maklum balas pelbagai. Hasil kajian mendapati, DBKU adalah sebuah organisasi yang cukup sinonim dengan komuniti setempat.

Kata kunci: Dewan Bandaraya Kuching Utara, komuniti, identiti, imej, reputasi, kepimpinan

(8)

vi

Community Perception of Identity, Image and Reputation of Dewan Bandaraya Kuching Utara

ABSTRACT

Study was conducted to evaluate relationship between identity and image in shaping the Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) reputation. The study comprised settlements within DBKU restriction area only, while the respondents are community leaders, headmen and local community. Based on literature reviews, DBKU corporate identity comprised variables such as corporate behaviour, corporate structure, industry identity and corporate strategy. On the other hand, corporate image are formed by corporate communication, corporate design and corporate culture as adopted from Melewar (2006). Based on desk research, researcher found that corporate leadership also influenced corporate reputation which was not included in Melawar Seven Dimension Corporate identity. Hence, researcher come up with Suggestion Model (2018) to include leadership as one factor to determine DBKU corporate reputation. There are two research methods applied in this study; direct observation and individual survey using structured questionnaire. Structured interview using questionnaire based on Likert’s scale and indepth interview using open ended questions for discussion. Sampling for this study involved 373 persons from various residential, comercial and city areas within the study area. Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Version 23.0 was applied to generate statistic based on 289 returned questionnaires. Statistical analysis such as Pearson’s Correlation was conducted inline to answer the research objectives and hypotheses. Cronbach Alpha which are greater than 0.70 explained that research instrument for this study can be accepted due to the internal consistancy. DBKU corporate identity comprised of Industrial Identity (Mean=3.75, s.d.

(9)

vii

=0.925), Corporate Design (Mean=3.642, s.d. =0.851), Corporate Culture (Mean=3.645, s.d. =0.822), dan Corporate Structure (Mean=3.660, s.d. =0.821). Whereas, DBKU corporate image comprissed of Corporate Communication (Mean=3.81, s.d. =0.62), Corporate Strategy (Mean=3.59, s.d.=0.87), Corporate Behaviour (Mean=3.66, s.d.=0.80) and Leadership (Mean=3.54, s.d.=0.92). Feedback from respondents indicated that there are positive feedback for corporate identity and image to uplifting DBKU corporate reputation. Statistic results shown that identity and image recorded significant relationship with corporate reputation at various significant levels. Besides that differences in demographics background also contributed to various feedback among respondents.

Keywords: Dewan Bandaraya Kuching Utara, community, identity, image, reputation, leadership

(10)

viii

ISI KANDUNGAN

Mukasurat

PERAKUAN ...

PENGHARGAAN...

ABSTRAK ...

ABSTRACT ...

ISI KANDUNGAN ...

SENARAI JADUAL ...

SENARAI RAJAH ...

SENARAI SINGKATAN ...

i ii iv vi viii xii xiv xvi

BAB 1: PENGENALAN 1

1.1 Latar Belakang Kajian ... 1

1.2 Identiti Korporat Membentuk Imej Dan Membina Reputasi ... 6

1.3 Pernyataan Masalah ... 8

1.4 Persoalan Kajian ... 12

1.5 Objektif Kajian ... 13

1.6 Hipotesis Kajian ... 13

1.7 Kerangka Teori ………... 14

1.8 Signifikan Kajian ... 16

1.9 Limitasi Kajian ... 17

1.10 Organisasi Kajian ………... 18

1.11 Kesimpulan ... 19

(11)

ix

BAB 2: SOROTAN LITERATUR 20

2.1 Pengenalan ... 20

2.2 Definisi Identiti Korporat ... 20

2.2.1 Kepentingan Identiti Korporat ... 22

2.2.2 Pembentangan Sarjana Mengenai Identiti Korporat ... 23

2.2.3 Takrifan Kepimpinan (Leadership) ... 35

2.2.4 Pengaruh Kepimpinan Dalam Membentuk Identiti Korporat, Imej Korporat dan Reputasi Korporat ... 41

2.3 Imej Korporat ... 52

2.4 Reputasi Korporat ... 60

2.4.1 Reputasi dan Imej ... 62

2.4.2 Menilai Reputasi Organisasi ………. 68

2.4.3 Hubungan Antara Identiti Korporat, Imej Korporat dan Reputasi Korporat ……… 70

2.5 Kesimpulan ... 74

BAB 3: METODOLOGI 76 3.1 Pengenalan ... 76

3.2 Kaedah Penyelidikan ... 76

3.3 Reka Bentuk Kajian ...…. 77

3.4 Tempat Kajian ... 79

3.5 Populasi Dan Sampel ... 80

3.6 Pemboleh Ubah Kajian ... 83

(12)

x

3.7 Instrumen Kajian ... 84

3.7.1 3.7.2 Soal Selidik ... Definisi Operasi ... 85 89 3.7.3 Edaran Borang ... 89

3.8 Kajian Rintis ... 90

3.8.1 Hasil Ujian Rintis ………. 91

3.9 Kesahan Dan Kebolehpercayaan ... 95

3.9.1 Kesahan ……… 95

3.9.2 Kebolehpercayaan ……… 97

3.10 Kaedah Analitik ………. 100

3.11 Etika Dalam Pengumpulan Data ……… 102

3.12 Kesimpulan ... 103

BAB 4: ANALISIS HASIL KAJIAN 105 4.1 Pengenalan ... 105

4.2 Profail Responden ... 107

4.3 Identiti Korporat dan Imej Korporat ... 111

4.3.1 Komunikasi Korporat ... 113

4.3.2 Reka Bentuk Korporat ... 120

4.3.3 Budaya Korporat ... 126

4.3.4 Perlakuan Korporat ... 130

4.3.5 Struktur Korporat ... 135

4.3.6 Identiti Industri ... 138

4.3.7 Strategi Korporat ... 141

4.3.8 Kepimpinan ... 144

(13)

xi

4.4 Reputasi Korporat ... 154

4.5 Hipotesis Kajian ... 159

4.6 Kesimpulan ... 167

BAB 5: PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 172 5.1 Pengenalan ... 172

5.2 Perbincangan ...………. 173

5.2.1 Latar Belakang Responden ...……….. 173

5.2.2 Identiti Korporat ………. 173

5.2.3 Imej Korporat ……….. 175

5.2.4 Reputasi Korporat ………. 182

5.3 Dapatan Kajian ……… 182

5.4 Cadangan Untuk Memperkukuhkan Identiti Korporat Dan Imej Korporat DBKU ... 188

5.5 Sumbangan Kajian ……….. 188

5.6 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang ………... 191

5.7 Penutup ……….. 192

RUJUKAN ……… 193

LAMPIRAN ……….. 229

(14)

xii

SENARAI JADUAL

Mukasurat

Jadual 3.1 Sasaran Sampel ... 82

Jadual 3.2 Pecahan Sampel ... 83

Jadual 3.3 Edaran Borang ... 89

Jadual 3.4 Hasil Ujian Kebolehpercayaan Ujian Rintis ...………... 92

Jadual 3.5 Relibility Test Result untuk Imej Korporat...………. 94

Jadual 3.6 Reliability Test Result untuk Identiti Korporat ……….. 94

Jadual 3.7 Ujian Kebolehpercayaan (Pilot Test) ……….. 98 Jadual 3.8 Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara Dua Pemboleh Ubah ………. 100 Jadual 4.1 Hasil Ujian Kebolehpercayaan ………... 106

Jadual 4.2 Taburan Demografi ... 111

Jadual 4.3 Reliability Test Result untuk Identiti Korporat dan Imej Korporat ... 112

Jadual 4.4 Komunikasi Korporat ... 117

Jadual 4.5 Reka Bentuk Korporat ... 124

Jadual 4.6 Budaya Korporat ... 129

Jadual 4.7 Perlakuan Korporat ... 133

Jadual 4.8 Struktur Korporat ... 137

Jadual 4.9 Identiti Industri ... 140

Jadual 4.10 Strategi Korporat ... 143

Jadual 4.11 Kepimpinan ... 147

Jadual 4.12 Ranking Maklum balas Kepimpinan ... 149

Jadual 4.13 Reputasi Korporat ... 157

(15)

xiii

Jadual 4.14 Ujian Korelasi antara latar belakang demografi dengan imej korporat DBKU ...

160 Jadual 4.15 Ujian Korelasi antara latar belakang demografi dengan identiti

korporat DBKU ... 162 Jadual 4.16 Ujian Korelasi antara latar belakang demografi dengan reputasi

korporat DBKU ... 163 Jadual 4.17 Ujian Korelasi antara imej korporat dengan reputasi korporat

DBKU ...

164 Jadual 4.18 Ujian Korelasi antara identiti korporat dengan reputasi korporat

DBKU ... 165 Jadual 4.19 Ujian Korelasi di antara kepimpinan dengan reputasi korporat

DBKU ……… 166

Jadual 5.1 Pengkelasan Min Tahap Persepsi Responden ... 184

(16)

xiv

SENARAI RAJAH

Mukasurat

Rajah 1.1 Carta Organisasi DBKU ... 5

Rajah 1.2 Kerangka Teori Kajian berasaskan Melewar (2006) ………… 15

Rajah 2.1 Tujuh Dimensi Identiti Korporat, Melewar ………... 25

Rajah 2.2 Model Balmer, 1995 ………. 27

Rajah 2.3 Model Markwick & Fill, 1997 ………... 28

Rajah 2.4 Model van Riel & Balmer, 1997 ……….. 29

Rajah 2.5 Model Stuart, 1999 ……….. 30

Rajah 2.6 Model Alessandri, 2001……… 31

Rajah 2.7 Model Bick, Jacobson & Abratts, 2003 ……….. 32

Rajah 2.8 Model Cadangan, 2018………. 34

Rajah 2.9 Konsep Pembentukan Reputasi Korporat ... 75

Rajah 3.1 Aktiviti Kajian. ... 79

Rajah 3.2 Turutan Proses Pengumpulan Data dan Maklumat ... 87

Rajah 4.1 Pembahagian Responden Mengikut Jantina ... 107

Rajah 4.2 Pembahagian Responden Mengikut Etnik ... 108

Rajah 4.3 Pembahagian Reponden Mengikut Sektor Pekerjaan ... 109

Rajah 4.4 Pembahagian Responden Mengikut Tahap Pendidikan ... 110

(17)

xv

Rajah 4.5 Komunikasi Korporat ... 119

Rajah 4.6 Reka Bentuk Korporat ... 126

Rajah 4.7 Budaya Korporat ... 130

Rajah 4.8 Perlakuan Korporat ... 134

Rajah 4.9 Struktur Korporat ... 138

Rajah 4.10 Identiti Industri ... 140

Rajah 4.11 Strategi Korporat ... 143

Rajah 4.12 Kepimpinan ... 148

Rajah 5.1 Model Cadangan 2018 ……….. 189

(18)

xvi

SENARAI SINGKATAN

ANOVA Analysis of Variance CEO Cheif Executive Officer

DBKU Dewan Bandaraya Kuching Utara DV Dependent Variable

EFA Explotary Factor Analytic IV Independent Variable

KK Ketua Kaum KM Ketua Masyarakat

KMC Kuching Municipal Council KMO Kaiser-Meyer-Olkin

MBKS Majlis Bandaraya Kuching Selatan N Neutral

N Number

P Significant level

PBT Pihak Berkuasa Tempatan r Korelasi Pearson

S Setuju

SD Standard Deviation SEB Sarawak Energy Berhad Sig. Significant level

SP Sisihan Piawai

SPSS Statistical Package for Social Sciences

(19)

xvii SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju TS Tidak Setuju

α Alpha Cronbach

(20)

1 BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Identiti secara jelas adalah lambang atau tanda pengenalan untuk memperkenalkan atau menjustifikasikan sesuatu atau seseorang. Identiti seumpama properties yang dipunyai oleh sesuatu berdasarkan sifatnya yang disedarinya. Ianya adalah proses penjustifikasian dalam pelbagai aspek seperti bahasa dan idealogi sebagai asas dengan memasukkan elemen seperti ilmu pengetahuan, keluarga, undang-undang, politik, budaya dan media.

Identiti adalah sesuatu yang berinteraksi dan berkait rapat dengan pelbagai sumber seperti sejarah, agama, geografi, sosial, alam sekitar, memori kolektif, imaginasi peribadi dan pelbagai lagi yang berhubung kait dan mempengaruhi perilaku dan aktiviti manusia (Abdul Rahman, 1999). Menurut beliau lagi, identiti adalah bagaimana individu itu cuba mengerti dunia sekitarnya. Ianya berkait dengan identiti kolektif membentuk identiti masyarakat yang kemudiannya menjadi ciri utama peradaban manusia.

Bagi sesebuah organisasi, identiti adalah aset paling besar dan benilai yang dipunyai oleh setiap organisasi. Organisasi pada masa kini perlu memiliki identiti tersendiri untuk terus bertahan agar dapat terus bersaing. Identiti perlu berkembang dengan mempamerkan imej yang positif bagi meyakinkan khalayak tentang perkhidmatan atau produk dan pencapaian organisasi yang mendapat kepercayaan mereka.

(21)

2

Menurut Melewar dan Jenkins (2002), identiti korporat adalah sebahagian daripada proses komunikasi yang merupakan konsep pemasaran yang memfokus kepada cara sesebuah firma itu mewujudkan ikatan diantara produk dengan pengguna atau orang awam.

Adalah diakui bahawa pendefinisian konsep identiti korporat adalah sesuatu yang subjektif, sukar dilihat atau diukur. Oleh yang demikian pelbagai konsep definisi identiti korporat dikemukakan berdasarkan bidang masing-masing.

Manakala korporat adalah berkaitan dengan syarikat atau perbadanan tertentu.

Korporat merujuk kepada syarikat-syarikat dan firma-firma besar yang menguasai dunia perniagaan dan ekonomi setempat dengan menggunakan modal, tenaga dan pelbagai sumber dalam menghasilkan keuntungan.

Minat terhadap organisasi dan identiti korporat telah meningkat sejak kebelakangan ini (Corley, Harquail, Pratt, Glynn, Fiol, dan Hatch 2006). Menurut Giddens (1991), identiti adalah sesuatu yang berpunca daripada perlaku dan perlakuan yang dibawa oleh individu dalam usaha mewujudkan dirinya. Maksudnya, identiti adalah aktiviti yang dilakukan oleh individu atau sesuatu itu untuk memperkenalkan dirinya kepada orang lain.

Menurut Olins (1994) identiti korporat adalah identiti personal yang merujuk kepada perwatakan; perbuatan, kelakuan dan percakapan dalam menguasai seseorang.

Dalam konteks badan korporat pula, bagaimana identiti korporat sesebuah badan atau syarikat itu mempengaruhi pengguna; perbuatan, penjualan dan pembuatan. Merriam- Webster pula menyatakan korporat adalah tentang perbadanan yang membentuk persatuan yang mempunyai undang-undang, hak dan liabiliti tertentu.

(22)

3

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), merupakan organisasi yang dipertanggungjawabkan mentadbir Bandaraya Kuching Utara, cukup dikenali dan disegani baik diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Ditubuhkan pada 1 Ogos 1988, DBKU terus mengorak langkah bagi memastikan Bandaraya Kuching mencapai matlamat kewujudannya yakni untuk membudayakan masyarakat setempat seiring dengan status bandar raya yang dicapai.

Matlamat utama DBKU adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat warga kota Kuching Utara bagi perkara melibatkan isu-isu perbandaran seperti sistem perparitan, penyelenggaraan sampah sarap, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, pengindahan bandar, pembersihan sungai, aduan awam dan banyak lagi. Kini, tanggungjawab DBKU kian bertambah sejajar dengan permintaan dan kehendak warga kota pada masa kini.

Pada detik bersejarah itu juga, kawasan tadbiran Bandaraya Kuching dibahagi kepada dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dikenali sebagai DBKU dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). MBKS merupakan lanjutan daripada kewujudan Majlis Perbandararan Kuching (Kuching Municipal Council – KMC) yang telah bertanggungjawab mentadbir Kuching sejak 1 Januari 1934.

MBKS bertanggungjawab ke atas pentadbiran Bandaraya Kuching di kawasan selatan sementara DBKU merupakan satu entiti baru yang diwujudkan untuk mentadbir Kuching di kawasan utara (atau lebih tepatnya kawasan penempatan baru pada ketika itu iaitu kawasan Petra Jaya). Kedua-dua kawasan tadbiran ini diterajui oleh Datuk Bandar yang dikenali sebagai Datuk Bandar Kuching Selatan dan Datuk Bandar Kuching Utara.

(23)

4

Dengan misi “To Enchance The Quality of Life By Creating A Condusive Environment, Citizens Engagement And Best-In-Class Service Delivery” dan visinya

“Kuching.. A Vibrant, Liveable City of Choice”, DBKU terus unggul dalam mengorak langkah dalam memberikan perkhidmatan terbaik buat warga kota Kuching Utara. Memiliki jumlah penduduk seramai 232,900 (Jabatan Perangkaan, 2018) dan pegangan hartanah sebanyak 38,264 dan keluasan 369,48 km persegi, DBKU diberi mandat dan kepercayaan untuk memenuhi kehendak pelbagai pihak terutama pemegang taruh dan masyarakat sekelilingnya. Tadbir urus DBKU diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang melapor terus kepada Datuk Bandar, dibantu oleh Ketua Timbalan Pengarah dan enam orang Timbalan-Timbalan Pengarah dan bertanggungjawab terhadap 25 bahagian yang diketuai oleh Ketua-Ketua Bahagian.

Matlamat utama DBKU adalah untuk membudayakan masyarakat sekeliling agar hidup dalam suasana penuh harmoni, saling bekerjasama dan memastikan intiti di dalamnya hidup dalam keadaan penuh selesa dan selamat sejajar dengan motto DBKU “Untuk Masyarakat Berbudaya”. Secara nyata, DBKU bukanlah organisasi berorentasikan keuntungan tetapi merupakan organisasi yang berorentasikan memberi perkhidmatan terbaik buat masyarakat sekelilingnya. Walau pada dasarnya DBKU bukanlah organisasi berasaskan keuntungan, tapi untuk memastikan kewujudannya terus relevan, DBKU perlu berusaha mempotraitkan identiti tersendiri untuk memenangi hati warga kota melalui pembentukan imej yang positif bagi membina reputasi cemerlang sebagai sebuah organisasi unggul.

(24)

5

Kajian ini akan mengupas apakah identiti korporat DBKU yang kemudiannya memaparkan imej korporat DBKU dan akhirnya membina reputasi korporat DBKU.

Rajah 1.1: Carta Organisasi DBKU 2018

Identiti Korporat DBKU boleh dilihat secara langsung melalui aspek fizikal organisasi yakni; logo, nama, warna korporat, bendera korporat, bangunan, pakaian seragam warga kerjanya dan juga melalui aspek bukan fizikal seperti misi korporat, visi korporat, budaya korporat, komunikasi korporat, tingkah laku, struktur korporat, industri korporat dan strategi korporat.

Referensi

Dokumen terkait

18. dengan nama Naturalindo. Mekanisme antagonis untuk mengendalikan jamurpatogen oleh biofungisida Naturalindo secara akhir alamiah dapat dikelompokanmenjadi 3

§ Dapat memberikan sumbangan pemikiran bagi Perusahaan (Telkom), khususnya dalam upaya perbaikan Supply Chain Management ( SCM ) di unit Witel untuk mempertahankan

Sebagai upaya untuk merepresentasikan kesenian tradisional masyarakat Osing, alur cerita kepahlawan Minak Jingga yang didramakan Jinggo dijadikan media untuk mewakili

1) Masukan sarana (instrumental input) meliputi keseluruhan sumber dan fasilitas yang memungkinan bagi seseorang atau kelompok dapat melakukan kegiatan belajar. 2) Masukan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa terdapat beberapa bentuk pergeseran dalam pernikahan adat Batak Samosir di Kuantan Singingi yaitu : Mebat atau Paulak Une atau merupakan

Pada tahun 2020, sarana dan prasarana yang dimiliki oleh PPID Pembantu Dinas Lingkungan Hidup Provinsi Lampung belum memadai untuk melaksanakan kegiatannya,

Berdasarkan data yang didapat dari informan tentang nilai balita di Desa Pecuk tersebut, maka dapat disimpulkan bahwa nilai balita di dalam keluarga adalah tinggi, sehingga

Sedangkan 25,8 % Mahasiswa Semester VI Fakultas Psikologi UIN Maulana Malik Ibrahim Malang telah berada pada taraf yang dianggap sedang, artinya dalam tingkat