INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
Kajian pembentukan kata.
struktur kata;
bentuk kata; dan
penggolongan kata.
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji :
Struktur kata – susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna, iaitu morfem dan kata.
pengimbuhan;
pemajmukan; dan
penggandaan.
Bentuk kata – rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses :
Penggolongan kata – proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Unit terkecil dalam bahasa yang bermakna dan menjalankan tugas nahu.
ajar - satu morfem
mengajar - dua morfem [meN + ajar]
Kata dibentuk daripada satu morfem atau lebih.
Contohnya :
morfem bebas;
morfem terikat.
Morfem terbahagi kepada dua :
Morfem bebas :
ajar, lari, makan, tidur
setiausaha, jawatankuasa, matahari
Morfem yang dapat wujud bersendirian (boleh berdiri sendiri sebagai satu kata).
Contohnya :
Morfem bebas ialah KATA.
Mara, Proton, Jawi, Kekwa, Kementah, Menlu
Morfem terikat :
tamu, juang, tawa
meN-, peN-, beR-, ter-
Morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain (tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu kata).
Contohnya :
ke-an, per-an, me-kan, di-i
-em-, -el-, -er-, -in-
Morfem terikat lebih kepada kata imbuhan.
Morfem terikat...
tamu - tetamu
meN- - membaca
Contoh penggunaannya :
ke-an - kegunaan
-em- - gemuruh
tawa - tertawa/ketawa
beR- - berlari
per-an - perjuangan
-in- - sinambung
6/30/2010 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH 7
Unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.
awalan;
akhiran;
Imbuhan terdiri daripada :
sisipan; dan
apitan.
Awalan – imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata dasar.
ber- dalam berlari
ter- dalam terangkat
Misalnya :
Akhiran – imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
-an dalam sukuan
-kan dalam pulangkan
Misalnya :
9
Sisipan – imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar.
-er- dalam serabut (sabut)
-em- dalam gemilang (gilang)
Misalnya :
Apitan – imbuhan yang ditambahkan serentak pada bahagian hadapan dan belakang kata dasar.
ke-an dalam keadaan
pe-an dalam pelaksanaan
Misalnya :
10
Unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri serta tidak boleh dipecahkan lagi kepada unit-unit bermakna yang lebih kecil dalam sesebuah ayat, klausa atau frasa.
Morfem atau kombinasi morfem yang oleh ahli linguistik dianggap sebagai satu atau kesatuan (unit) terkecil yang dapat diujarkan sebagai bentuk yang bebas atau satu unit bahasa yang dapat berdiri sendiri.
sana, sini, pertama, kereta, rumah.
Sana! Sini? Pertama.
Contohnya :
a. Penjenisan Kata :
kata tunggal;
kata terbitan;
Ada empat, iaitu :
kata majmuk; dan
kata ganda.
1. Kata Tunggal :
Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.
kata tunggal bebas;
Ada tiga jenis, iaitu :
kata tunggal tugas; dan
kata akronim
1.1 Kata Tunggal Bebas :
Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.
Ini.
Misalnya :
Itu!
Siapa?
Saya.
Mana?
1.2 Kata Tunggal Tugas :
Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang- kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
untuk siapa?
Misalnya :
ke Ipoh.
di sana.
1.3 Kata Akronim :
Perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh.
Mara - Majlis Amanah Rakyat
Misalnya :
Kekwa - Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris
Bentuk singkatan dapat terdiri daripada suku kata atau huruf- huruf tertentu.
6/30/2010 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH 16
2. Kata Terbitan :
Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan.
menilai - me + nilai;
Misalnya :
akhiran - akhir + an
keriting - k + er + iting
permainan - per + main + an
3. Kata Majmuk :
Bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna.
alat tulis
Contohnya :
urus setia
atur cara
matahari
tandatangan
6/30/2010 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH 18
4. Kata Ganda :
Bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
kanak-kanak
Contohnya :
lelaki
gunung-ganang
bertubi-tubi
b. Pembentukan Kata :
Boleh terdiri daripada satu morfem atau susunan beberpa morfem.
Proses pembentukan kata boleh menghasilkan bentuk-bentuk yang berikut :
bentuk kata tunggal;
bentuk kata terbitan;
bentuk kata majmuk; dan
bentuk kata ganda.
6/30/2010 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH 20
1. Bentuk Kata Tunggal
Boleh mengandungi satu atau lebih suku kata.
Sesuatu suku kata boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja atau satu V disertai satu konsonan (K) atau beberapa K.
K boleh hadir di hadapan atau di belakang V atau hadir secara serentak di hadapan dan di belakang V.
Kata tunggal bahasa Melayu mempunyai satu suku kata [KV : yu] hingga empat suku kata [KV+KV+KV+KV : maharaja].
1. Bentuk Kata Tunggal...
Kata tunggal yang mengandungi satu suku kata :
KV - yu, ru
KVK - roh, cat, bab, bah
KKVK - stor, skel, draf
KVKK - teks,
1. Bentuk Kata Tunggal...
Kata tunggal yang mengandungi dua suku kata :
V + KV - a + ku
V + KVK - a + las
KV + V - du + a
KV + KVK - ma + kan
KVK + KV - syah + du
KVK + KVK - sung + guh
KVK + KKVKK - kom + pleks
6/30/2010 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH 23
1. Bentuk Kata Tunggal...
Kata tunggal yang mengandungi tiga suku kata :
KV + KV + KV - ba + ha + ya
KVK + KV + KVK - ceng + ke + rik
KV + KV + KVK - ge + la + gat
KV + V + KVK - bi + a + wak
Kata tunggal yang mengandungi empat suku kata :
V + KV + KV + KVK - a + nu + ge + rah
KV + KV + KV + KV - bi + da + da + ri
KV + KV + KV + KVK - ge + la + gat
6/30/2010 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH 24
1.1 Bentuk Kata Tunggal Akronim :
Bentuk yang dihasilkan umumnya melalui percantuman bunyi- bunyi pertama dalam sejumlah perkataan;
atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu.
cer + pen : cerita pendek
Contohnya :
ber + di + ka + ri : berdiri di atas kaki sendiri
IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam
ABIM : Angkatan Belia Islam Malaysia
6/30/2010 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH 25
2. Bentuk Kata Terbitan :
Terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses yang menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan.
Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan adalah morfem bebas sementara imbuhan merupakan morfem terikat.
Proses pengimbuhan boleh juga berlaku pada kata dasar jenis kata terbitan dan kata majmuk.
2. Bentuk Kata Terbitan...
Kata terbitan yang mempunyai kata dasar morfem bebas :
beR + jalan : berjalan
jalan + an : jalanan
Imbuhan dengan kata dasar terbitan :
peN + ketua : pengetua
meN + ketepi + kan : mengetepikan
Imbuhan dengan kata dasar majmuk :
peN + kuat kuasa + an : penguatkuasaan
meN + anak emas + kan: menganakemaskan
6/30/2010 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH 27
3. Bentuk Kata Majmuk :
Terhasil melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa atau menghasilkan makna tertentu.
Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah :
Walau bagaimanapun, terdapat kekecualian oleh sebab kelaziman penggunaannya.
Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur di antara unit-unitnya.
daya serap : atur cara
terima kasih : urus setia
6/30/2010 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH 28
3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Dimantapkan:
Terdapat 33 kata majmuk yang telah dimantapkan, yakni yang dieja secara rapat, iaitu :
Bil. Kata Majmuk Bil. Kata Majmuk
1 antarabangsa 8 darihal
2 apabila 9 daripada
3 apakala 10 dinihari
4 bagaimana 11 dukacita
5 barangkali 12 jawatankuasa
6 beritahu 13 kadangkala
7 bumiputera 14 kakitangan
6/30/2010 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH 29
3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Dimantapkan...
Bil. Kata Majmuk Bil. Kata Majmuk
15 kepada 25 setiausaha
16 kerjasama 26 sukacita
17 manakala 27 sukarela
18 matahari 28 suruhanjaya
19 olahraga 29 tandatangan
20 padahal 30 tanggungjawab
21 peribadi 31 ubahsuai
22 peribahasa 32 walhal
23 perikemanusiaan 33 warganegara 24 pesuruhjaya
6/30/2010 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS IPOH 30
4. Bentuk Kata Ganda :
Bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi atau menggandakan kata dasar.
Boleh juga digandakan mengikut rentak bunyi tertentu yang disebut penggandaan berentak.
Proses pengulangan ini, sama ada melibatkan seluruh kata dasar yang disebut penggandaan penuh atau melibatkan sebahagian kata dasar sahaja yang disebut penggandaan separa .
4.1 Penggandaan Penuh :
Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Contoh penggandaan penuh :
anak-anak : guru-guru
tiba-tiba : mata-mata
menteri-menteri : kereta-kereta
pengarah-pengarah : pelatih-pelatih
arahan-arahan : latihan-latihan
4.2 Penggandaan Separa :
Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
Contoh penggandaan separa :
sesiku : lelaki
tolong-menolong : kasih-mengasihi
berlari-lari : sepandai-pandai
Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.
Boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
4.3 Penggandaan Berentak :
Proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
Terdapat tiga jenis penggandaan berentak :
penggandaan berentak pengulangan vokal;
penggandaan berentak bebas.
penggandaan berentak pengulangan konsonan; dan
Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
4.3.1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal :
Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi- bunyi vokal tertentu.
Contohnya :
sayur-mayur : gotong-royong
cerai-berai : selok-belok
lauk-pauk : kuih-muih
Terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.
4.3.2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan :
Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi- bunyi konsonan tertentu.
Contohnya :
bukit-bukau : gunung-ganang
simpang-siur : bolak-balik
kayu-kayan : batu-batan
mandi-manda : mundar-mandir
4.3.3 Penggandaan Berentak Bebas :
Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal dan konsonan.
Contohnya :
saudara-mara
sampah-sarap
lintang-pukang
anak-pinak
titik-bengik
Merupakan sekumpulan perkataan yang digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik.
Kata ialah satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat.
kata nama (KN);
kata kerja (KK);
Golongan kata ada empat :
Dalam binaan sintaksis, kata dapat berfungsi sebagai satu atau ataupun menjadi unsur-unsur kepada ayat, klausa dan fras.
kata adjektif (KA); dan
kata tugas (KT). 6/30/2010
38 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
kata nama khas;
kata nama am; dan 1. Golongan Kata Nama (KN) :
Merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama (FN).
Lazimnya, KN menamakan orang, tempat atau benda.
Berdasarkan ciri-ciri semantik, terdapat tiga subgolongan KN :
kata ganti nama.
6/30/2010
39 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
kata nama khas hidup;
kata nama khas tak hidup.
1.1 Kata Nama Khas :
Kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.
Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan :
kata nama khas hidup manusia;
kata nama khas hidup bukan manusia.
Kata nama khas hidup ada dua :
6/30/2010
40 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
kata nama am abstrak;
kata nama am konkrit.
1.2 Kata Nama Am :
Perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya.
Terbahagi kepada dua jenis :
jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan – perhimpunan, kemerdekaan.
jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan – sungai, kereta, jambatan, lautan.
6/30/2010
41 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
ganti nama tunjuk;
ganti nama diri tanya;
1.3 Kata Ganti Nama :
Terdapat dua subgolongan :
Kata ganti nama diri ada dua :
kata ganti nama diri orang pertama;
kata ganti nama diri orang kedua;
Kata ganti nama diri orang pula ada tiga :
ganti nama diri.
ganti nama diri orang.
kata ganti nama diri orang ketiga. 6/30/2010
42 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
KATA NAMA AM KATA GANTI NAMA KATA NAMA KHAS
HIDUP TAK HIDUP HIDUP TAK HIDUP TUNJUK DIRI
(BPG, Ipoh)
BUKAN MANUSIA MANUSIA
(itu, ini) BUKAN INSTITUSI INSTITUSI
ABSTRAK KONKRIT
(pokok, jin, kucing) (ibu, guru, jutawan) (sekolah, pejabat)
(sungai, rumah, negeri)
BERBILANG TAK BERBILANG (satu senyuman, setiap rancangan) (kedamaian, roh, ganjaran)
MANUSIA BUKAN MANUSIA ORANG TANYA
(Zainal, Suliana) (Si Comel, Sang Kancil) (apa, mana, siapa)
KEDUA KETIGA
PERTAMA
(saya, kami) (anda, kamu) (dia, mereka,-nya) 6/30/2010
43 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
kata kerja tak transitif;
kata kerja transitif.
2. Golongan Kata Kerja (KK) :
Merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja (FK).
Golongan KK terbahagi kepada dua :
makan : ...sedang makan.
menendang : ...telah menendang bola.
Contohnya :
6/30/2010
44 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
KKTT tanpa pelengkap;
KKTT berpelengkap.
2.1 Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) :
Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.
KKTT terbahagi kepada dua :
tidur : ...sedang tidur.
tidur : ...tidur berbantalkan lengan.
Contohnya :
6/30/2010
45 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
Norhayati masih tidur di dalam biliknya.
Mereka asyik berbual di kedai kopi itu.
2.1.1 KKTT Tanpa Pelengkap :
Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa penyambut atau objek sesudahnya :
Boleh diikuti unsur keterangan sebagai pemberi maklumat tambahan :
Norhayati masih tidur.
Mereka asyik berbual.
Suliana sedang mengajar.
Suliana sedang mengajar Bahasa Inggeris. 6/30/2010
46 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
Guru-guru pelatih tinggal di asrama.
2.1.2 KKTT Berpelengkap :
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
Dia menjadi guru.
KKTT berpelengkap tidak boleh dipasifkan.
Di asrama ditinggal oleh guru-guru pelatih.
Lengan dibantalkan oleh pengemis tidur itu.
Guru dijadikan olehnya.
6/30/2010
47 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
KKT aktif;
KKT pasif.
2.2 Kata Kerja Transitif (KKT) :
Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
KKT terbahagi kepada dua :
Murad menendang bola.
Surat itu telah dijawab oleh Aida.
Contohnya :
6/30/2010
48 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
2.2.1 KKT Aktif :
Kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i.
Contohnya :
Saya telah menonton filem yang seram itu.
Ibu sedang menggoreng mi.
Aida telah menjawab surat itu.
Pekerja MPK telah merobohkan gerai-gerai yang tiada permit.
6/30/2010
49 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
2.2.2 KKT Pasif :
Kata kerja yang terhasil daripada proses transfomasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Contohnya :
Filem yang seram itu telah saya tonton.
Mi sedang digoreng oleh ibu.
Surat itu telah dijawab oleh Aida.
Gerai-gerai yang tiada permit telah dirobohkan oleh pekerja MPK.
6/30/2010
50 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
KATA KERJA TRANSITIF KATA KERJA TAK TRANSITIF
BERPELENGKAP TANPA BERPELENGKAP
AKTIF PASIF
(mengambil, melihat)
(menjadi, tinggal, berbantalkan)
(diambil, dilihat)
(makan, tidur, mengajar, menangis)
6/30/2010
51 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
amat;
3. Golongan Kata Adjektif (KA) :
KA atau kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
Dalam ayat, KA berfungsi menerangkan keadaan atau sifat sesuatu KN atau FN.
Boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada KN atau KK dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.
Contoh kata penguat :
terlalu;
sekali;
sangat.
6/30/2010
52 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
KA sifatan atau keadaan;
3. Golongan Kata Adjektif (KA) :
KA mempunyai sembilan subgolongan :
KA warna;
KA ukuran;
KA bentuk;
KA waktu;
KA jarak;
KA cara;
KA perasaan;
KA pancaindera;
6/30/2010
53 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
3.1 KA Sifatan atau Keadaan :
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.
Budak baik selalu dipuji.
Anak Cikgu Suliana amat cerdik.
Contohnya :
Para pelajar PISMP cukup sihat.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.
6/30/2010
54 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
3.2 KA Warna :
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan nama.
Kereta hitam itu kepunyaanku.
Warna kuning, warna diraja.
Contohnya :
Salwani suka berbaju ungu.
Darah merah mengalir di atas jalan raya.
6/30/2010
55 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
3.3 KA Ukuran :
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
Pokok itu renek kerana kekurangan baja.
Pemuda itu tinggi orangnya.
Contohnya :
Gunung itu semakin rendah akibat proses pembangunan.
Budak yang berbadan besar itu ringan tulang.
6/30/2010
56 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
3.4 KA Bentuk :
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan.
Gadis manis itu mudah dicam kerana berdagu lekuk.
Perut si Luncai buncit.
Contohnya :
Meja bujur itu baru dibeli oleh ayah semalam.
Bola itu sudah tidak bulat akibat kekurangan angin.
6/30/2010
57 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
3.5 KA Waktu :
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan.
Usah dikenang waktu yang lampau.
Jam itu di dinding itu lewat 15 minit.
Contohnya :
Abu sering lambat tiba ke sekolah.
Adik Kiki sedang menggayakan baju baharu.
6/30/2010
58 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
3.6 KA Jarak :
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep ruang antara dua benda atau keadaan sebagai unsur keterangan.
Rumahnya paling hampir dengan sekolah.
Dalam kemalangan itu, mereka nyaris maut.
Contohnya :
Rumah yang ditujuinya itu sangat jauh.
Rumah Ali dekat dengan rumah Alia.
6/30/2010
59 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
3.7 KA Cara :
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama.
Kedatangan orang itu ke sini selalu benar.
Gerak-gerinya amat perlahan.
Contohnya :
Air sungai itu mengalir deras.
Memandu laju boleh membunuh.
6/30/2010
60 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
3.8 KA Perasaan :
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep perasaan sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama.
Ariani amat rindu akan emaknya.
Paris malu untuk pergi ke rumah bakal tunangnya.
Contohnya :
Fadzli masih ragu-ragu terhadap kejujuran Lyana.
Putera raja itu berahi akan Puteri Bongsu.
6/30/2010
61 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
3.9 KA Pancaindera :
Jenis perkataan yang memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama.
Harum Manis ini manis rasanya.
Kopi itu pahit benar.
Indera rasa :
Sup tulang ini sungguh masin.
Mempelam muda ini sangat kelat.
6/30/2010
62 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
3.9 KA Pancaindera...
Siti Nurhaliza sunguh cantik pada hari pernikahannya.
Pemuda yang tampan itu berasal dari Perak.
Indera pandang :
Rumah buruk itu masih berpenghuni.
Suara Ziana Zain sungguh nyaring.
Gesekan biolanya mersik sekali.
Indera dengar :
Kelas itu sungguh bising kerana ketiadaan guru.
6/30/2010
63 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
3.9 KA Pancaindera...
Zainab suka memakai semburan minyak wangi.
Pakaian yang tidak dicuci berbau hapak.
Indera bau :
Tandas itu berbau busuk.
Baju yang baru diangkatnya masih lembab.
Kain halus itu hasil tenunan tangan.
Indera sentuh :
Kulit bayi itu sungguh lembut.
6/30/2010
64 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
3.9 KA Pancaindera...
Indera sentuh + pandang + bau :
Islam menggalakkan umatnya berpakaian bersih.
Gabungan lima indera :
Indera sentuh + pandang :
Rumah baru Mawi selesa benar.
Indera dengar + pandang :
Kehidupan keluarga Ana amat tenteram.
6/30/2010
65 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
kata pemeri ialah dan adalah;
kata hubung dan, atau, tetapi, serta, lalu.
4. Golongan Kata Tugas (KT) :
Sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, pemeri, penafi, pembenar dan sebaginya.
Tidak berfungsi sebagi unsur dalam sebarang frasa endosentrik, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
Contohnya :
kata seru aduh, wah, amboi, syabas, cis.
6/30/2010
66 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
kata hubung;
kata seru;
4. Golongan Kata Tugas (KT)...
Terdapat 14 jenis golongan KT :
kata tanya;
kata perintah;
kata pembenar;
kata pangkal ayat;
kata bantu;
kata penguat;
kata penegas;
kata nafi;
kata pemeri;
kata sendi nama;
kata arah;
kata bilangan;
6/30/2010
67 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.1 Kelompok Dasar KT :
Terdapat tiga kelompok dasar KT mengikut fungsi dan tugas.
kata hubung
Kelompok kata penyambung ayat :
kata seru
Kelompok kata praklausa :
kata tanya
kata perintah kata pembenar
kata pangkal ayat
kata bantu
Kelompok kata praklausa :
kata penguat
kata penegas kata nafi
kata pemeri kata sendi nama
kata arah kata bilangan 6/30/2010
68 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
kata hubung gabungan;
kata hubung pancangan.
4.2 Kelompok Kata Penyambung Ayat :
Kata penyambung ayat atau kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis.
Kata hubung ada dua :
Ayat berlapis dikenali sebagai ayat majmuk.
6/30/2010
69 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal.
Siti menyanyi dan Khalid menari.
4.2.1 Kata Hubung Gabungan :
Jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.
Ayat yang terbentuk dikenali sebagai ayat majmuk gabungan.
Menggunakan kata-kata hubung dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambail dan kemudian.
Contohnya :
Bukan Syauqie sahaja yang cerdik malahan adiknya juga
pandai. 6/30/2010
70 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.2.2 Kata Hubung Pancangan :
Jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.
Kata hubung pancangan ada tiga :
kata hubung pancangan relatif.
kata hubung pancangan komplemen.
kata hubung pancangan keterangan.
6/30/2010
71 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.2.2.1 Kata Hubung Pancangan Relatif :
Kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain.
Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang.
Kereta yang berwarna biru itu kepunyaan Aida.
Contohnya :
Gadis yang manis itu jiran saya.
Baju yang dibeli oelh adik itu mahal harganya.
Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga.
6/30/2010
72 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.2.2.2 Kata Hubung Pancangan Komplemen :
Kata yang berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama.
Bentuk kata hubung jenis ini ialah bahawa dan untuk.
Guru itu menyatakan bahawa murid-muridnya sangat rajin.
Contohnya :
Untuk memaksa di hadir adalah tidak wajar.
Kami menyedari bahawa mereka bukan polis.
Sungguh mustahil untuk banduan itu meloloskan diri.
6/30/2010
73 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.2.2.3 Kata Hubung Pancangan Keterangan :
Kata yang berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama.
Antara kata hubung jenis ini ialah jika, agar, meskipun, sekiranya, sewaktu, ketika, supaya, andai kata, setelah dan semasa.
Pegawai itu sering dipuji kerana kejujurannya.
Contohnya :
Dia memandu laju hingga keretanya terbabas.
Kalau musuh datang kami akan melawan.
Dia rajin memakan ubat semoga cepat sembuh.
6/30/2010
74 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
kata seru;
kata pembenar;
4.3 Kelompok Kata Praklausa :
Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa.
Terdiri daripada :
Tugas perkataan-perkataan demikian adalah untuk menimbulkan seruan, pengiyaan, pertanyaan atau sebagai penerang pangkal kepada klausa.
kata tanya;
kata perintah;
kata pangkal ayat.
6/30/2010
75 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.3.1 Kata Seru :
Bentuk kata yang berfungsi melahirkan pelbagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.
Contohnya, aduh, cis, amboi, syabas, wahai, oh, celaka, eh, wah dan aduhai.
Aduh, sakitnya kakiku!
Misalnya :
Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya!
Wahai anak-anakku, hormatilah jiran tetangga!
Amboi, lembutnya suara pemuda itu!
6/30/2010
76 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.3.2 Kata Pembenar :
Bentuk kata yang berfungsi mengesahkan sesuatu pernyataan.
Contohnya, ya, benar dan betul.
Ya, itulah orangnya.
Misalnya :
Benar, dialah yang berkata demikian.
Betul, tanyalah dia.
Semua yang diperkatakannya itu benar belaka.
6/30/2010
77 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.3.3 Kata Tanya :
Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.
Contohnya, mengapa, berapa, bila, bagaimana, apa, siapa dan mana.
Harga pangsapuri itu berapa?
Misalnya :
Yang datang semalam siapa?
Bagaimanakah anda ingin pulang ke sana?
Apakah nama ibu negara Malaysia?
6/30/2010
78 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.3.4 Kata Perintah :
Perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Contohnya, jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap.
Jangan buang sampah di merata-rata tempat.
Misalnya :
Harap jelaskan bil ini dengan secepat mungkin.
Usah dikenang perkara yang lepas.
Minta tuan-tuan dan puan-puan bertenang.
6/30/2010
79 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.3.5 Kata Pangkal Ayat :
Perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
Contohnya, hatta, maka, kalakian, sahadan, dan alkisah.
Hatta istana itu pun siaplah.
Misalnya :
Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
Maka Laksamana Hang Tuah pun berangkat ke Pahang.
6/30/2010
80 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
membantu;
menguatkan;
4.4 Kelompok Kata Prafrasa :
Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif.
Antara tugas kata prafrasa :
Mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat.
menegaskan;
menafikan;
memerikan;
menyendikan;
menunjukkan arah;
membilang.
6/30/2010
81 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.1 Kata Bantu :
Jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna- makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.
kata bantu aspek;
Kata bantu ada dua :
kata bantu ragam.
6/30/2010
82 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.1.1 Kata Bantu Aspek :
Menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan.
Contohnya, telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan dan belum.
Semua guru pelatih telah kembali ke institut semalam.
Misalnya :
Adik sudah mandi.
Hafiz akan ke sana esok.
Kami pernah datang ke sini dua tahun yang lalu. 6/30/2010
83 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.1.2 Kata Bantu Ragam :
Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.
Contohnya, hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.
Kita boleh bergerak sekarang.
Misalnya :
Awak harus mencuba sehingga berjaya.
Ramai mahasiswa kini mahu menjadi guru.
Kita mesti tolong dia. 6/30/2010
84 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.2 Kata Penguat :
Sejumlah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
kata penguat hadapan;
Kata penguat ada tiga :
kata penguat belakang;
kata penguat bebas.
6/30/2010
85 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.2.1 Kata Penguat Hadapan :
Perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.
Contohnya, terlalu, paling dan agak.
Gunung Everest terlalu tinggi.
Misalnya :
Masakan ibuku paling sedap.
Sungai itu agak dalam.
6/30/2010
86 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.2.2 Kata Penguat Belakang :
Perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.
Contohnya, sekali, benar dan nian.
Kelakuan anak-anak Pak Mat baik sekali.
Misalnya :
Cantik benar rumah di atas bukit itu.
Indah nian puteri bunian.
6/30/2010
87 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.2.3 Kata Penguat Bebas :
Perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Contohnya, amat, sungguh dan sangat.
Pakaian cikgu itu amat kemas.
Pakaian cikgu itu kemas amat.
Misalnya :
Perangainya sungguh baik.
Perangainya baik sungguh.
Sungai itu sangat dalam.
Sungai itu dalam sangat. 6/30/2010
88 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.3 Kata Penegas :
Kata penegas atau partikel ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Contohnya, -tah, -kah, -lah, juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya dan memang.
Kata penegas ada dua.
6/30/2010
89 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
Apatah daya kita.
kata penegas yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya;
hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian- bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan;
Contohnya, -kah, -tah dan -lah.
Misalnya :
Siapakah nama saudara?
Silalah duduk. 6/30/2010
90 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
Kami juga ingin ke Kuala Lumpur.
kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya;
Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya dan memang.
Misalnya :
Hanya Roslan yang tidak hadir semalam.
Adik belum mandi lagi.
6/30/2010
91 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.4 Kata Nafi :
Perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
Itu bukan keretanya;
Contohnya :
Ayah tidak pergi ke pejabat hari ini.
kata nafi bukan;
Ada dua bentuk kata nafi :
kata nafi tidak.
6/30/2010
92 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.4.1 Kata Nafi Bukan :
Boleh menjadi unsur nafi frasa nama dan sendi nama.
Itu bukan keretanya.
Contohnya :
Baju ini bukan untuk Ani tetapi untuk Ana.
Boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua- dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.
Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.
Contohnya :
Diana bukan sahaja bijak tetapi rajin juga. 6/30/2010
93 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.4.2 Kata Nafi Tidak :
Unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
Ayah tidak pergi ke pejabat hari ini.
Contohnya :
Kenyataannya itu tudak benar.
Tidak boleh hadir sebelum frasa nama dan frasa sendi.
Itu tidak keretanya.
Contohnya :
Baju itu tidak untuk Ani tetapi untuk Ana.
6/30/2010
94 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.5 Kata Pemeri :
Unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
secara persamaan atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri ialah;
Pemerihalan ini dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu :
secara huraian atau kualitatif dengan penggunaan kata pemeri adalah.
6/30/2010
95 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.5.1 Kata Pemeri ialah:
Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama.
Encik Ariffin Yahaya ialah pengarah kami.
Contohnya :
Bangunan antik yang tersergam indah itu ialah Pejabat Menteri Besar Perlis.
Laras bahasa yang sesuai untuk memperkatakan tentang sains ialah berdasarkan daftar istilah sains.
6/30/2010
96 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.5.2 Kata Pemeri adalah:
Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Dunia ini adalah fana.
Contohnya :
Ucapannya adalah bernas sekali.
Bahasa rasmi negara ini seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah bahasa Melayu.
6/30/2010
97 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.6 Kata Sendi Nama :
Perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Contohnya, di, ke, pada, dari, daripada, kepada, bagi, sejak, demi, akan, tentang, dengan, terhadap, untuk, seperti, oleh, dalam, bagai, hingga, umpama dan sampai.
Pengembara itu sesat di dalam hutan.
Misalnya :
Mahathir dan isterinya pulang ke Kedah.
Ukiran itu diperbuat daripada logam.
Bas akan bergerak pada pukul tujuh pagi.
Husna telah menerima sepucuk surat daripada sekolah.
6/30/2010
98 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.7 Kata Arah :
Sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.
Contohnya, atas, bawah, tepi, tengah, hadapan, belakang, antara, sisi, luar, dalam, sudut, penjuru, segi timur, barat, utara, selatan, samping dan sebagainya.
Buku itu ada di atas meja.
Misalnya :
Semua guru pelatih dikehendaki masuk ke dalam dewan.
Dari sudut pandangan kami, perkara itu wajar.
Kereta api itu menuju ke utara.
6/30/2010
99 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.8 Kata Bilangan :
Sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa utama.
menunjukkan jumlah yang tentu;
Kata bilangan ada lima mengikut ciri maknanya :
membawa maksud pisahan; dan
menunjukkan bilangan tak tentu;
membawa maksud himpunan;
membawa maksud pecahan.
6/30/2010
100 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.8.1 Menunjukkan Jumlah yang Tentu :
Disebut sebagai bilangan kardinal.
Kata bilangan yang telah ditetapkan.
Harga buku itu ialah Ringgit Malaysia dua ratus sahaja.
Orang kaya itu memiliki tiga buah kereta mewah.
Pekebun itu mempunyai tujuh ekar ladang getah.
Contohnya :
6/30/2010
101 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.8.2 Menunjukkan Bilangan Tak Tentu :
Kata bilangan yang tiada jumlah yang tertentu.
Segala peraturan asrama hendaklah dipatuhi.
Beberapa orang telah pergi ke sana.
Para hadirin diminta bersabar.
Contohnya, beberapa, semua, seluruh, sekalian, segala, para dan sebagainya.
Misalnya.
6/30/2010
102 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.8.3 Membawa Maksud Himpunan :
Kata bilangan yang menghimpunkan bilangan yang tertentu atau tidak menentu.
Beratus-ratus orang telah menyaksikan peristiwa itu.
Kedua-dua penjahat itu telah ditangkap polis.
Beribu-ribu benih pokok durian telah disemai.
Contohnya, kedua-dua, berpuluh-puluh, beratus-ratus, berabad- abad, berguni-guni dan sebagainya.
Misalnya.
6/30/2010
103 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.8.4 Membawa Maksud Pisahan :
Mereka masing-masing balik awal semalam.
Setiap manusia mempunyai perasaan.
Ibu menyirami bunga tiap-tiap pagi.
Contohnya, setiap, tiap-tiap, masing-masing dan sebagainya.
Misalnya.
6/30/2010
104 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
4.4.8.5 Membawa Maksud Pecahan :
Sepertiga daripada usianya dihabiskan di dalam hutan.
Ariff memenangi Ringgit Malaysia setengah juta dalam peraduan itu..
Separuh daripada kelas ini dikehendaki turun ke bawah.
Contohnya, setengah, separuh, dua perempat, sepertiga dan sebagainya.
Misalnya.
6/30/2010
105 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
KATA PENYAMBUNG AYAT
KATA PRAFARSA KATA PRAKLAUSA
KATA HUBUNG
Gabungan Pancangan
Komplemen
Relatif Keterangan
Kata Seru Kata Tanya Kata Perintah Kata Pembenar Kata Pangkal Ayat
Kata Bilangan Kata Arah Kata Nafi
Kata Bantu Kata Penegas
Kata Sendi Nama Kata Pemeri Kata Penguat
Persamaan Huraian Aspek Ragam
Hadapan Belakang Bebas
Pisahan Pecahan Himpunan
Bilangan Tak Tentu Jumlah Yang Tentu
6/30/2010
106 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH
LESUNG PIPIT MANIS ORANGNYA;
JIKA TIDAK PANDAI BERBAHASA, LAUTAN CETEK JANGAN DIDUGA.
MUSALMAH MANIS PERGI KE DAIK, SAMPAI KE DAIK HARI PUN PETANG;
MULUT MANIS HATI PUN BAIK, KE MANA PERGI DISUKAI ORANG.
6/30/2010
107 NORDIN TAHIR, IPG KAMPUS
IPOH