• Tidak ada hasil yang ditemukan

CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG KAWASAN PASIR PUTEH TARIKH : 13 APRIL 2019 TEMPAT : SEK MEN KEB KAMIL MASA : 2.00 PETANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG KAWASAN PASIR PUTEH TARIKH : 13 APRIL 2019 TEMPAT : SEK MEN KEB KAMIL MASA : 2.00 PETANG"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

CATATAN MINIT

MESYUARAT AGUNG KAWASAN PASIR PUTEH

TARIKH : 13 APRIL 2019 TEMPAT : SEK MEN KEB KAMIL

MASA : 2.00 PETANG

(2)

ATURCARA

MAJLIS MESYUARAT AGUNG KAWASAN

02.00 Petang : Pendaftaran

02.00 Petang: Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al qur’an dan bacaan doa

: Ucapan Pengerusi Lembaga

02.00 Petang : Mesyuarat dimulakan mengikut agenda.

1. Memilih seorang Pengerusi Mesyuarat.

2. Memilih seorang Setiausaha Mesyuarat.

3. Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kawasan Kali Ke 12.

4. Menimbang Laporan Lambaga 2018

5. Memilih Anggota Perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke- 24 tahun 2019.

6. Menimbang draft akaun atau jika ada akaun teraudit Koperasi Berakhir 31 Disember 2018.

7. Menimbang belanjawan tahunan bagi tahun 2020 semakan 2019 untuk dibentang dalam Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-24 tahun 2019.

8. Menimbang cadangan pindaan kepada Undang – Undang Kecil dan Aturan – Aturan Aktiviti Koperasi jika ada.

9. Menimbang dan meluluskan usul daripada Lembaga dan

Anggota Koperasi, jika ada, yang diterima tujuh (7) hari sebelum

tarikh Mesyuarat Agung Kawasan.

(3)

CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG KAWASAN KAWASAN PASIR PUTEH

Tarikh : 13 April 2019

Tempat : Sekolah Men Kamil, Pasir Puteh

Masa : 02.00 Petang

2. Kehadiran :

2.1 Pengerusi : Haji Ab Kadir b Yaacob Setiausaha Lembaga : Hj Mohd Razali b Hj Bakar Bendahari : Hj Muhmad Saupi bin Yunus Timbalan Pengerusi : Hj Che Husin b Che Soh Timbalan Setiausaha : En Mohd Zin bin Halim Timbalan Bendahari : En Asmadi b Omar

ALK : Hj Ghazali b Jusoh

Hj Yahaya b Isa

En Mohamed Zahari bin Mohamed Zain En Muhammad Nor bin Ishak

En Mohd Fadzil b Che Saleh Hj Ismail bin Salleh

Hj Mohd Rofi bin Mohd Zain

JAD : Hajjah Zubaida bt Ibrahim

Megat Shariman bin Mohd Hashim Haji Mat Kait bin Abdullah

En Kamaruzaman bin Hj Daud

En Mohamed Zaini bin Mohamed Zain

2.2 Anggota :

465 Orang Anggota

(4)

3. UCAPAN PENGERUSI LEMBAGA Oleh : Hj Abd Kadir bin Yaacob

Pengerusi Lembaga

Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad

Yang dimuliakan saudara Pengacara Majlis Yang dihormati ALK, JAD, Warga Pengurusan, Dan semua anggota kawasan Pasir Puteh.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana pada petang ini pihak Koperasi dapat mengadakan MAK di kawasan Pasir Puteh. Untuk pengetahuan tuan/puan sekalian, hari ini terdapat tiga kawasan yang terlibat dengan MAK iaitu kawasan Kuala Krai dan Machang telah berlangsung pada pagi tadi secara serentak dan pada petang ini untuk kawasan Pasir Puteh.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota di kawasan Pasir Puteh atas sambutan yang sangat menggalakkan dan ramai yang hadir pada hari ini. MAK hanya diadakan dua tahun sekali dan MAK juga merupakan tempat untuk merapatkan silaturrahim antara anggota dengan ALK dan juga anggota dengan anggota. Anggota boleh mendapatkan maklumat tentang Koperasi di kaunter-kaunter yang disediakan samada berkaitan dengan promosi pinjaman, belian barang, pelaburan dan hartanah, Ar-Rahn dan sebagainya. Selain itu, anggota juga boleh mencadangkan idea- idea yang bernas untuk penambahbaikan Koperasi. Di samping itu, anggota juga boleh memberi cadangan yang membina serta teguran yang membangunkan untuk kemajuan Koperasi.

Koop Guru merupakan antara Koperasi yang paling lama dan terkenal di kalangan Koperasi seluruh Malaysia dan merupakan Koperasi yang tersenarai dalam kedudukan ke 48 daripada 100 Koperasi terbaik. Kedudukan kewangan Koperasi juga dalam keadaan yang baik. Koperasi adalah milik kita bersama dan kita perlu tahu perjalanan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh koperasi. Untuk makluman, semua anggota telah dibekalkan dengan Buku Laporan Tahunan Koperasi dan anggota boleh melihat semua laporan kewangan yang telah diberikan. Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan aset koperasi ialah sebanyak RM89 juta. Manakala jumlah Modal Yuran Anggota pula ialah RM55.8 juta. Pihak Koperasi juga telah bersetuju untuk memberikan dividen kepada ahli sebanyak 4.1%. Semua anggota diseru supaya memberikan sokongan kepada setiap aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi agar keuntungan Koperasi terus berganda. Antara aktiviti yang dijalankan oleh koperasi ialah :

Kredit

Untuk pengetahuan semua anggota, jumlah peminjam sepanjang tahun 2018 ialah seramai 915 orang sahaja. Jumlah ini sangat rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Oleh itu, pada tahun ini koperasi telah bersetuju untuk mengadakan promosi pinjaman iaitu peratusan faedah sebanyak 3.0%

sahaja. Saya berharap dengan promosi yang diadakan ini dapat menarik semua anggota untuk membuat pinjaman dengan koperasi.

Hartanah

Unit Pelaburan dan Hartanah menyediakan aktiviti menjual tanah dan juga rumah. Setiap anggota yang membeli tanah dan rumah milik koperasi akan diberikan harga isitimewa dengan potongan harga yang menarik. Anggota masih boleh merebut peluang untuk mendapat lot-lot tanah koperasi yang masih ada di Cherang Tuli, Pasir Puteh.

(5)

Ar-Rahn

Untuk makluman tuan/puan semua, perniagaan Ar-Rahn telah mempunyai tiga cawangan iaitu di Kota Bharu (Jalan Kebun Sultan), di Melor (Bangunan Arked MARA, Melor) dan di Tumpat (Bangunan Arked MARA Chabang Empat) yang mana ketiga-tiga perniagaan tersebut turut menyumbangkan keuntungan yang tinggi kepada koperasi. Koperasi dalam cadangan membuka cawangan keempat Ar-Rahn di Machang.

Kedai Tayar

Kedai Tayar milik koperasi ini sebenarnya sudah sekian lama beroperasi, namun hanya orang luar atau bukan anggota yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan baiki dan servis kereta di kedai tayar tersebut. Untuk pengetahuan semua anggota yang hadir, kedai tayar ini diwujudkan untuk menjaga kebajikan semua anggota yang mana anggota boleh membuat penukaran tayar kereta dan membaiki kereta dengan bayaran secara ansuran iaitu melalui potongan gaji.

Hotel

Koperasi kini telah menambah satu lagi bidang perniagaan iaitu dalam bidang perhotelan. Koperasi telah mengambil alih bangunan yang disewa oleh Hanis Villa Hotel dan membuka hotel sendiri dengan nama Diamond Hotel. Kedudukan hotel ini sangat strategik kerana lokasinya di tengah-tengah Bandar Kota Bharu serta berdekatan dengan kemudahan-kemudahan awam seperti bank, hospital, terminal bas, kedai-kedai, pasaraya dan sebagainya.

Semua anggota juga disarankan untuk menginap dan mengadakan aktiviti seperti kursus dan seminar di hotel milik Koperasi ini. Anggota akan diberikan diskaun istimewa sekiranya menginap dan menyewa dewan di Diamond Hotel.

Bakti Guru Sendirian Berhad (BGSB)

BGSB merupakan anak syarikat Koop Guru yang menyediakan kemudahan belian barangan seperti motosikal, perabot, komputer, telefon bimbit dan sebagainya. Semua anggota boleh mendapatkan barangan tersebut di kedai-kedai panel yang telah dilantik. Selain itu, BGSB juga menyediakan pakej umrah. Saya berharap semua anggota dapat menyokong semua aktitviti yang disediakan oleh BGSB.

Tabung Kebajikan Anggota (TKA)

Berkaitan dengan Tabung Kebajikan Anggota (TKA) pula, antara tuntutan yang boleh dibuat ialah rawatan hospital, penyakit kritikal, kematian dan bencana alam. Sekiranya berlaku kematian dari kalangan anggota, waris si mati akan mendapat wang tunai pendahuluan sebanyak RM2,000.00 serta merta bagi mengurangkan beban waris arwah dalam proses pengurusan jenazah. Baki yang selebihnya akan dibayar kemudian setelah waris mengisi borang TKA.

Manakala bagi penyakit kronik pula, pihak Koperasi akan dibayar mengikut tahap sakit yang ditanggung. Wakil Jawatankuasa TKA akan membuat sesi lawatan ke rumah anggota yang menghidap penyakit kronik terlebih dahulu.

Tuan/puan sekalian,

(6)

Sebelum saya mengakhiri ucapan pada hari ini, saya ingin menyampaikan satu berita baik iaitu setiap anggota yang berjaya membawa masuk anggota baru akan menerima insentif sebanyak RM50.00 bagi setiap anggota baru yang baru mendaftar.

Tuan/puan sekalian,

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Tuan Pengetua kerana telah bersetuju untuk jadikan SMK Kamil sebagai tempat untuk Mesyuarat Agung Kawasan Pasir Puteh. Saya juga berharap semua anggota dapat memahami segala maklumat yang telah saya sampaikan pada hari ini.

Sekian sahaja dari saya. Dengan ini saya merasmikan MAK Pasir Puteh pada hari ini dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.

Selamat bersidang.

(7)

AGENDA

AGENDA 1 : Memilih seorang Pengerusi Mesyuarat

1.1 Pengacara Majlis menjelaskan Pengerusi Mesyuarat Agung Kawasan ini hendaklah dipilih oleh majlis mesyuarat daripada Anggota Koperasi yang hadir.

1.2 En Mashkor bin Othman (005875) mencadangkan Hj Azmi bin Abd Rahman (006871) sebagai Pengerusi Mesyuarat, disokong oleh Che Mamat @ Ahmad Suhami bin Othman (003959)

1.3 En Azman bin Said (016422) mencadangkan cadangan ditutup.

Keputusan : Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

AGENDA 2 : Memilih seorang Setiausaha Mesyuarat

2.1 Pengacara majlis turut menjelaskan seorang Setiausaha mesyuarat juga perlu dipilih oleh majlis mesyuarat daripada Anggota Koperasi yang hadir.

2.2 En Mashkor bin Othman (005875) mencadangkan En Mustapha bin Mahmood (005359) sebagai Setiausaha Mesyuarat, disokong oleh Che Mamat @ Ahmad Suhami bin Othman (003959)

Keputusan : Mesyuarat bersetuju sebulat suara

AGENDA 3 : Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kawasan Kali Ke – 12/2017

3.1 Pengerusi Mesyuarat meminta Setiausaha Lembaga Tuan Hj Mohamad Razali bin Hj Bakar membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kawasan kali ke - 12/2017.

3.2 Tuan Hj Mohamad Razali bin Hj Bakar membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kawasan Kali Ke - 12/2017 untuk diterima dan disahkan dari muka surat 1 hingga 11.

3.3 En Mashkor bin Othman (005875) mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Kawasan Kali Ke 12/2017 diterima dan disahkan, disokong oleh En Azman bin Said (016422).

Keputusan : Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

AGENDA 4 : Menimbang Laporan Lembaga 2018

4.1 Pengerusi Mesyuarat meminta Setiausaha Lembaga Tuan Hj Mohamad Razali bin Hj Bakar membentangkan draf Laporan Lembaga Bagi Tahun 2018.

4.2 Tuan Hj Mohamad Razali bin Hj Bakar membentangkan draf Laporan Lembaga bagi Tahun 2018 bermula di muka surat 1 hingga 48.

4.3 En Anwar bin Ab Rahman (010023) mencadangkan draf Laporan Lembaga bagi Tahun 2018 diterima dan disahkan, disokong oleh En Halimi bin Mohd Salleh (019437).

Keputusan : Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

(8)

AGENDA 5 : Memilih Anggota Perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 24/2019

AGENDA 5 iaitu Memilih Perwakilan Ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 24/2019 telah di pinda ke AGENDA 9 dan AGENDA 6 menjadi AGENDA 5 iaitu Menimbang draf akaun atau jika ada akaun teraudit Koperasi berakhir 31 Disember 2018.

AGENDA 5 : Menimbang draf akaun atau jika ada akaun teraudit Koperasi berakhir 31 Disember 2018.

5.1 Pengerusi Mesyuarat meminta Bendahari, Tuan Hj Muhmad Saupi bin Yunus untuk membentangkan draf akaun bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

5.2 Tuan Hj Muhmad Saupi bin Yunus, Bendahari membentangkan draf akaun koperasi berakhir 31 Disember 2018 dari muka surat 1 hingga 14 (sebagaimana buku kuning yang diedarkan).

5.3 En Nurol Hazizi bin Ismail (018913) mencadangkan draf akaun koperasi berakhir 31 Disember 2018 diterima dan disahkan, disokong oleh En Afifi bin Abdullah @ Omar

(020062).

Keputusan: Mesyuarat bersetuju sebulat suara

AGENDA 6 : Menimbang Belanjawan Tahunan Bagi Tahun 2020 Semakan 2019 Untuk Dibentang Dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-24/2019

6.1 Pengerusi Mesyuarat meminta Bendahari, Tuan Hj Muhmad Saupi bin Yunus untuk membentangkan belanjawan tahunan bagi tahun 2020 dan semakan belanjawan 2019 untuk dibentang dalam Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-24/2019.

6.2 Tuan Hj Muhmad Saupi bin Yunus membentangkan belanjawan tahunan bagi tahun 2020 dan semakan 2019 untuk dibentang dalam Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke 24/2019 dari muka surat 15 hingga 23.

6.3 En Nurol Hazizi bin Ismail (018913) mencadangkan belanjawan tahunan bagi tahun 2020 dan semakan 2019 diterima dan disahkan, disokong oleh En Afifi bin Abdullah @ Omar (020062).

Keputusan: Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

AGENDA 7 : Menimbang Cadangan Pindaan Kepada Undang-Undang Kecil Dan Atura- Aturan Aktiviti Koperasi Jika Ada

7.1 Pengerusi Mesyuarat meminta Pengerusi Lembaga membentangkannya.

7.2 Pengerusi Lembaga menjelaskan tiada cadangan pindaan kepada undang-undang kecil dan Aturan-Aturan Aktiviti Koperasi untuk dibentangkan.

AGENDA 8 : Menimbang Dan Meluluskan Usul Daripada Anggota Lembaga Dan Anggota Koperasi, Jika Ada, Yang Diterima Tujuh (7) Hari Sebelum Tarikh Mesyuarat Agung Kawasan

(9)

8.2 Pengerusi Lembaga memaklumkan bahawa koperasi telah menerima satu usul dari En Mustapha bin Mahmood (005359) yang bertarikh 06 April 2019.

Usul : Mana-mana Anggota Lembaga dan JAD yang ada niat berkepentingan perlu disingkirkan dari menjadi Anggota Lembaga.

8.3 En Azman bin Said (016422) mencadangkan usul tersebut diterima dan disahkan, disokong oleh En Mashkor bin Othman (005875).

8.4 Pengerusi Lembaga memberitahu usul yang dibawa ini akan dibincang dan dikaji oleh ALK sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Keputusan: Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

AGENDA 9 : Memilih Anggota Perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 24/2019

9.1 Pengerusi Mesyuarat meminta Pengerusi JK Pemilihan, En Mohd Zin bin Halim untuk memberi penerangan tentang cara pemilihan dan tatacara pemilihan.

9.2 En Mohd Zin bin Halim, Pengerusi JK Pemilihan memaklumkan koperasi telah menerima 45 orang calon perwakilan yang bertanding, namun hanya 23 orang yang diterima kerana memenuhi aturan percalonan. Manakala 19 orang calon terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi aturan percalonan yang telah ditetapkan. Dengan ini diisytiharkan 23 orang calon tersebut menang tanpa bertanding.

9.3 Calon yang namanya dipanggil sebanyak tiga kali dan tidak hadir kehadapan semasa namanya dipanggil secara automatik pencalonannya terbatal. Hj Samsuddin bin Abd Rahman (003939) tidak dapat hadir dengan izin dan bersurat.

9.3 Beliau mengumumkan calon-calon perwakilan yang bertanding di kawasan Pasir Puteh pada hari ini. Calon-calonnya adalah seperti berikut :

NO.

CALON

NO.

ANGGOTA NAMA ALAMAT

01 003939 SAMDUDIN BIN ABDUL RAHMAN

LOT 1929,JLN CIKGU AZIZ,SELISING PASIR PUTEH

02 005875 MASHKOR BIN OTHMAN LOT 1960 BATU 19,

SELISING PASIR PUTEH

03 006871 AZMI BIN ABD RAHMAN LOT 1357 KG WAKAF

LICHONG PASIR PUTEH

04 011767 AB RAHMAN BIN DOLLAH G-62 TAMAN SRI

SELISING PASIR PUTEH 05 003959 CHE MAMAT @ AHMAD SUHAIMI

BIN OTHMAN

213 B JALAN PADANG SIAM,PASIR PUTEH

06 010023 ANWAR BIN ABD RAHMAN SK BUKIT MERBAU

07 019437 HALIMI BIN MOHD SALLEH SMK SRI MAHARAJA

08 017527 AZHAR BIN SALLEH SMK PADANG PAK AMAT

09 005359 MUSTAPHA BIN MAHMOOD SK TASEK PAUH

10 016422 AZMAN BIN SAID SMK SERI AMAN

(10)

10

11 006469 MUHAMMAD HAMDAN BIN

ABDULLAH SK PANGGONG

12 020062 AFIFI BIN ABDULLAH @ OMAR PPD PASIR PUTEH 13 018913 NORUL HAZIZI BIN ISMAIL SMK SELISING 14 018136 WAN ABDULLAH AQILI BIN WAN

JUSOH SK BUKIT JAWA 2

15 014393 MOHD SABRI BIN YA’ACOB PPD PASIR PUTEH

16 010848 MDZLAN BIN MAMAT SK PASIR PUTEH LELAKI

17 018416 MUHAMAD ARIF BIN AB KADIR SK KG NARA 18 008480 MOHD KHIRULTHZAM BIN MD NOR SMK BUKIT JAWA 19 007327 HALIM BIN MAT SULAIMAN SMK BUKIT JAWA 20 007720 KAMARUDDIN BIN MAT ZIN SK BUKIT ABAL 21 005825 MAT KAIT BIN ABDULLAH

LOT 1651 LORONG KERUIN TAMAN WAKAF BERANGAN PASIR PUTEH 22 006217 ISMAIL BIN AWANG NOH PS 1333 KG TELIPOT

PASIR PUTEH 23 011431 NOR AZMAN BIN MOHAMED ZAIN SMK SERI AMAN

Keputusan : Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

PENCATAT MINIT :

1. PUAN NOR FAZIEDAH BT SULONG

2. CIK SYURAIDAH BT MAT LARAK @ MAT ZAID

TANDATANGAN PENGERUSI MESYUARAT:

.

………..

AZMI BIN ABD RAHMAN (006871)

TANDATANGAN SETIAUSAHA MESYUARAT:

………..

MUSTAPHA BIN MAHMOOD (005359)

Referensi

Dokumen terkait