• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS PERINGKAT UKM SESI AKADEMIK 2013/2014 TARIKH 1 & 2 MAC 2014 TEMPAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS PERINGKAT UKM SESI AKADEMIK 2013/2014 TARIKH 1 & 2 MAC 2014 TEMPAT"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS PERINGKAT UKM

SESI AKADEMIK 2013/2014

TARIKH 1 & 2 MAC 2014

TEMPAT

DEWAN ANUWAR MAHMUD, FST DEWAN GEMILANG UKM

ANJURAN

JAWATANKUASA LATIHAN DAN TENAGA MANUSIA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

CABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

“Satu pasukan, satu matlamat”

(2)

KERTAS KERJA

KURSUS PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS PERINGKAT UKM

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

CABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2013/2014

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melahirkan ahli pertolongan cemas yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dalam asas pertolongan cemas malah melatih sebuah pasukan untuk membina semangat pasukan sepanjang pertandingan diadakan. Sebuah pasukan tidak akan berjaya tanpa mempunyai pemimpin yang cemerlang, maka ia menjadi salah satu tujuan pertandingan ini iaitu melatih pemimpin pasukan untuk mengetahui pasukannya sepanjang pertandingan dan kepimpinannya akan dinilai.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

2.1 Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM adalah persatuan sukarela yang bergiat aktif di Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan untuk memberikan khidmat pertolongan cemas kepada mahasiswa/i UKM.

2.2 Tujuan program ini adalah untuk melahirkan pasukan ahli pertolongan cemas yang berdaya saing, bersemangat cekal dan berkeupayaan dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.

2.3 Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat UKM (PPC) merupakan

kursus persijilan dalam BSMM anjuran ahli Jawatankuasa Latihan dan

Tenaga Manusia BSMM Cabang UKM.

(3)

3.0 MISI

Melahirkan ahli pertolongan cemas yang dilengkapi dengan pengetahuan pertolongan cemas asas, mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang, memiliki semangat berpasukan serta mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

4.0 MATLAMAT

4.1 Matlamat utama pertandingan ini adalah untuk melahirkan lebih banyak ahli pertolongan cemas BSMM yang bertauliah, berkualiti, berilmu dan berupaya mengendalikan kes-kes kecemasan.

4.2 Melahirkan ahli yang bersemangat berpasukan dan berketerampilan.

4.3 Melahirkan pemimpin yang berjaya membimbing pasukan sepanjang pertandingan

4.4 Melahirkan ahli pertolongan cemas yang mampu berkomunikasi dengan berkesan dengan mangsa atau pesakit dalam kes kecemasan.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melahirkan lebih banyak ahli BSMM yang bertauliah di UKM

5.2 Melahirkan ahli pertolongan cemas yang berkebolehan dalam pertolongan cemas.

5.3 Mewujudkan semangat kesukanan yang sihat antara pasukan

5.4 Mewujudkan persaingan yang sihat di samping mengamalkan konsep adil dan saksama

6.0 TEMA

Satu pasukan, satu matlamat

(4)

7.0 ANJURAN

Jawatankuasa Latihan dan Tenaga Manusia ( JLTM ), Bulan Sabit Merah Malaysia,

Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia.

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh / Masa : 1 Mac 2014 ( 7.30am – 5.30pm ) 2 Mac 2014 ( 7.30am – 8.00pm )

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan:

1. Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi 2. Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

10.0 PUBLISITI

Notis dan poster akan dikeluarkan dan akan diedarkan di setiap detachment.

11.0 CADANGAN PERASMI DAN HAKIM

11.1 Dr. Roslan Abdul Jalil

Pengerusi BSMM Cabang UKM

(5)

12.0 CADANGAN KETUA HAKIM

12.1 Tn. Hj. Zanudin bin Mohd Daud

Setiausaha Kehormat BSMM Cabang UKM

12.2 En. Zilani bin Jais (Kawad sahaja)

Pengerusi Reaksi dan Kecemasan BSMM Cabang UKM

13.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Peserta : 6 x 12 kolej = 72 peserta Urusetia : 25 orang

14.0 STRUKTUR ORGANISASI

Sila rujuk Lampiran A

15.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk Lampiran B

16.0 PERINCIAN PROGRAM

16.1 Pertandingan ”Quiz-Bee”

16.1.1 Setiap pasukan akan diberikan satu set kad yang bercetak A, B, C dan D di atas setiap kad.

16.1.2 Hakim akan membaca soalan yang dipaparkan di atas skrin sekali.

16.1.3 Setiap pasukan akan diberikan 10 saat untuk menjawab selepas

soalan habis dibacakan.

(6)

16.1.4 Loceng akan dibunyikan selepas 10 saat dan ’judge coordinator’

akan mengangkat kad jawapan pasukan tersebut.

16.1.5 Setiap pasukan dikehendaki menyerahkan kad jawapan kepada ’judge coordinator’ dalam masa 10 saat tersebut.

16.1.6 Quiz-bee akan mengandungi 25 soalan pemasalahan yang perlu dijawab. Soalan tersebut akan mengandungi ’First-Aid, Red Cross

& Red Cresent Movement Infomation’ dan aktiviti terkini

16.2 Pertandingan Kawad

16.2.1 Setiap pasukan akan diberikan 10 minit untuk berkawad mengikut kaedah yang diberikan.

16.2.2 Pemeriksa pakaian akan dijalankan mengikut pasukan.

16.2.3 Setiap pasukan mesti masuk ke dalam tapak kawad dalam satu pasukan.

16.2.4 Masa akan diambil kira selepas ketua habis melapor.

16.3 Pertandingan ’Bandanging & Immobilization’

16.3.1 ’Bandanging & Morbalization’ mengandungi 2 kategori iaitu balutan dan ’morbalization’. Setiap pasukan diberi 10minit bagi setiap kategori.

16.3.2 Semua pasukan perlu berbaris dalam satu barisan. Dengan isyarat ’go’, peserta pertama dalam barisan perlu berlari ke arah hakim untuk mendapatkan sekeping kertas yang mengandungi soalan yang perlu diselesaikan.

16.3.3 Selepas membaca soalan tersebut, peserta perlu menyelesaikan masalah tersebut terhadap mangsa yang telah ditetapkan. Selepas selesai, peserta tersebut perlu menyertai pasukan tersebut semula dan sentuh peserta yang seterusnya yang dalam barisan.

16.3.4 Soalan yang perlu diselesaikan oleh peserta akan disusun secara

rawak di mana ianya tidak akan menghalang prestasi bagi soalan

yang seterusnya.

(7)

16.4 Pertandingan ’Classical Team Test’ & Pertandingan ’Community Based’

16.4.1 Setiap pasukan akan diberi 10minit untuk menyelesaikan kes tersebut dan 2 minit untuk melapor serta sesi soal jawab daripada para hakim.

16.4.2 Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke-8 an dan loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-10.

16.4.3 Setiap pasukan harus berhenti melakukan segala aktiviti yang dilakukan selepas minit ke-10. Sekiranya gagal berbuat demikian, masa melapor dan sesi soal jawab akan digunakan dan tiada markah akan diberikan. Malahan, markah akan ditolak sebanyak 10 markah bagi pasukan tersebut.

Elemen Hasil Pembelajaran:

i. Domain 1 – Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban ii. Domain 2 - Kemahiran Kominikasi

iii. Domain 3 - Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

iv. Domain 4 – Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme

v. Domain 5 – Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik

vi. Domain 6 – Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

vii. Domain 7 – Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan viii. Domain 8 – Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Hasil Pembelajaran :

i.

Selepas menyertai pertandingan tersebut, peserta dapat mempelajari

kemahiran berkomunikasi termasuk kebolehan menggunakan kemahiran

bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang sangat

berkesan secara konsisten, kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar

dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat secara konsisten,

kebolehan menyampaikan idea secara lisan dengan sebutan jelas, tersusun,

lancar dan nada bersesuaian secara konsisten, kebolehan membuat

(8)

pembentangan dengan yakin dan berkesan menggunakan bantuan teknologi (bahasa, simbol dan visual) secara konsisten, kebolehan berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan merangsang perbincangan, kebolehan berinteraksi dengan khalayak pelbagai budaya menggunakan laras bahasa yang sesuai, menghormati perbezaan budaya dan selesa berinteraksi secara konsisten dan kebolehan membuat rumusan secara lisan dan bertulis dengan padat, tepat dan mantap secara konsisten.

ii.

Peserta juga dapat mempelajari kemahiran berkerja berpasukan dalam kumpulan termasuk kebolehan membina kerja berpasukan untuk mencapai objektif yang sama (bina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka). Kebolehan untuk menjadi pemimpin dan pengikut. Kebolehan menghormati pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain, kebolehan menerima kepelbagaian yang wujud dalam kumpulan, kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan, bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan dan berkebolehan membantu rakan-rakan lain secara proaktif.

iii.

Peserta dapat mempelajari pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang

hayat iaitu berupaya lebih memahami pertolongan cemas asas, berupaya

meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian secara kendiri dalam

menghadapi halangan berupaya mengaitkan keperluan maklumat, memilih

sumber yang berkualiti dengan cekap secara kendiri, berupaya menentukan

maklumat yang diperoleh mencukupi untuk menyokong kesimpulan, berupaya

membina struktur koheren dan terfokus, berupaya menggabungkan maklumat

untuk membuat keputusan dan penyelesaian dan menyusun semula maklumat

penting supaya mudah dicapai bagi meningkatkan kefahaman.

(9)

iv.

Peserta juga dapat mempelajari sifat kebertanggungjawaban terdapat detachment masing-masing dalam memenangi setiap pusingan. Peserta juga memahami bahawa tanggungjawab mereka dalam setiap pusiangan adalah penting dalam memberi kepekaan terhadap sikap sosial seperti perpaduan dan tingkah laku bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.

v.

Peserta juga dapat mengenalpasti masalah tersurat dan tersirat dalam setiap soalan yang diberikan. Mereka juga dapat mengenalpasti dan mensintesiskan masalah dengan tepat dan menilai pelbagai pilihan dan membuat keputusan berdasarkan maklumat dan informasi yang tepat.

vi.

Peserta juga dapat memberi idea/cadangan/perancangan setelah memeliti pelbagai pilihan dalam pertandingan tersebut. Setiap detachment dapat menetapkan matlamat masa depan dengan menjajarkan perancangan dalam setiap pusingan pertandingan kuiz ini, mereka juga mempamerkan kemampuan untuk merancang, melaksanan, memantau dan menilai aktiviti secara sistematik.

vii.

Selepas menghadiri semua sesi di atas, ahli BSMM dapat menampilkan

pemakaian santun dan sesuai dengan keperluan di mana setiap peserta memakai baju uniform, menunjukkan kewibawaan profesionalisme, menunaikan tanggungjawab dengan integriti dan amanah, berkebolehan memperbaiki diri berdasarkan teguran yang diterima dan mengurus masa dan menepati waktu dalam setiap aktiviti.

viii.

Setiap peserta dalam detachment masing-masing juga dapat sentiasa meneroka

idea baru dan melahirkan idea kreatif dan berinovasi yang dapat menambahkan nilai.

.

(10)

Kesimpulan:

Selepas menyetai Pertandingan Pertolongan Cemas Peringakat UKM ini, peserta dapat memperlajari 8 domain hasil pembelajaran dalam Kontrak Pembelajaran iaitu :

i. Domain 1 – Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawabab ii. Domain 2 – Kemahiran Komunikasi

iii. Domain 3 – Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

iv. Domain 4 – Nilai, Sikap, Etika dan Professionalisme

v. Domain 5 – Pemikiran Kritikal, Penelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik

vi. Domain 6 – Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

vii. Domain 7 – Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan viii. Domain 8 – Kemahiran Kreatif dan Inovatif

17.0 BELANJAWAN

Sila rujuk Lampiran C

18.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat

menyurat, sila hubungi :

(11)
(12)

(13)

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PETANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS PERINGKAT UKM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

CABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENAUNG

Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGERUSI

Y. Bhg. Prof. Dato’. Ir. Dr. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia

PENYELARAS

Tn. Hj. Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, JPPel Universiti Kebangsaan Malaysia

PENASIHAT I Dr. Roslan Abd Jalil

Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia

PENASIHAT II

Tn. Hj. Zanudin Mohd Daud

(14)

Setiausaha Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia

PENASIHAT III Shah Johan Bin Shahabudin

Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Tenaga Manusia Bulan Sabit Merah Malaysia

Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia

KETUA PENGARAH Chong Kee Yum FKAB/3 A137315

010-9286907

TIMBALAN KETUA PENGARAH Lee Khai Chien FST/2 A140828

014-3456723

SETIAUSAHA

Siti Sakiah Binti Ramli FST/2 A140258

013-2988908

BENDAHARI

Tan Bee Kun FTSM/2 A140209

012-9203293

PENGARAH PROTOKOL : Ummi Nadhirah Binti Mohd. Taha FSSK/2 A140281

PENGARAH CENDERAMATA : Norfaizah Binti Abd Aziz FST/2

A141313

PENGARAH PROGRAM : Izatul Azira Binti Yasip

FEP/2 A141211

(15)

PENGARAH PUBLISITI : Hiap Wei Poh FSK/2 A140150

PENGARAH TEKNIKAL : Nurul Athirah Binti Omar A141455

PENGARAH JAMUAN : Farah Atiqa Adyani A142295

PENGARAH TUGAS-TUGAS KHAS : Chua Chun Yew A140235

(16)

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT

1 Mac 2014 (Sabtu)

7.30 pagi 7.45 pagi 8.00 pagi 9.30 pagi 9.45 pagi 10.00 pagi 1.00 petang 2.00 petang 2.15 petang 5.30 petang

2 Mac 2014 ( Ahad)

7.30 pagi 8.00 pagi

9.00 pagi 10.30 pagi 10.45 pagi 12.30 petang 1.45 petang

Pendaftaran peserta

Taklimat Ringkas ’Quiz-Bee’

Pertandingan ’Quiz-Bee’

Rehat

Taklimat Ringkas Pertandingan Kawad Pertandingan Kawad

Rehat / Makan Petang

Taklimat Ringkas ’Classical Team Test’

Pertandingan ’Classical Team Test’

Bersurai

Pendaftaran

Taklimat Ringkas ’Bandanging &

Immobilization’

Pertandingan ’Bandanging’

Rehat

Pertandingan ’Immobilization’

Rehat / Makan Petang

Taklimat Ringkas ’Community Based’

Dataran dan Dewan Gemilang

Dewan

Anuwar

Mahmud

(17)

2.00 petang 5.00 petang

5.30 petang

5.35 petang

5.40 petang

5.50 petang 6.20 petang 6.30 petang

7.00 petang 8.00 malam

Pertandingan ’Community Based’

Minum Petang

Majlis Penutupan Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat UKM Perarakan Masuk Perasmi, Para Hakim dan Dif-dif Jemputan

Nyanyian Lagu ’Negaraku’ dan Lagu BSMM Bacaan Doa

Taklimat daripada Para Hakim Ucapan Perasmian Penutupan

Penyampaian Hadiah kepada Para Hakim dan Pasukan

Makan Malam

Bersurai

(18)

LAMPIRAN C

BELANJAWAN Anggaran Pendapatan

BIL. PERKARA RM

1. Sumbangan Jabatan Perkhimatan Pelajar 2176.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 2176.00

Anggaran Perbelanjaan

BIL. PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

Cenderamata

 Sijil Peserta ( RM 1.00 x 66 orang )

 Sijil Urusetia ( RM 1.00 x 20 orang )

 Piala ( RM 60 x 5 kategori)

- 1 set (Johan, Naib Johan & Ketiga) = RM60 Program

 Alat Tulis dan Borang Peseta

 Kertas Soalan

 Fotostat dan pencetakan (Label,

 Bahan dan Alat Solek Mangsa Publisiti

 A3 Poster (RM 5.00 x 11 keping)

Jamuan

- Jakim & juri ( 7 x RM5 x 3) - Urusetia ( 25 x RM5 x 3)

- Pengurus dan Peserta ( 77 x RM5 x 3)

66.00 20.00 300.00

30.00 10.00 10.00 50.00

55.00

105.00

375.00

1155.00

(19)

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 2176.00

Referensi

Dokumen terkait