• Tidak ada hasil yang ditemukan

SISTEM PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM VERSI 2.0 (SISPPA 2.0) MANUAL BAGI CALON

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SISTEM PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM VERSI 2.0 (SISPPA 2.0) MANUAL BAGI CALON"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

© 2020 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SISTEM PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

VERSI 2.0

(SISPPA 2.0)

MANUAL BAGI CALON

DISEDIAKAN OLEH:

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(2)

2

Dokumen manual ini disediakan khas bagi kakitangan Kementerian Pendidikan

Malaysia khususnya Pengguna (Calon) sebagai panduan dalam menggunakan Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang sudah dinaik taraf kepada versi 2.0.

Dokumen ini mengandungi panduan lengkap berserta skrin antaramuka sebenar

Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Versi 2.0 (SISPPAV2) bagi memberi

penjelasan yang lebih mudah difahami dan diaplikasi oleh pengguna. Dokumen ini juga merupakan rujukan awal bagi calon untuk mengenalpasti kaedah penggunaan SISPPAV2 yang betul dan berkesan.

Semoga manual pengguna ini dapat membantu calon untuk membuat permohonan peperiksaan secara atas talian dengan lebih efektif.

(3)

3

PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 : Tujuan 4

1.2 : Kategori Pengguna 4

BAB 2 : Penggunaan Aplikasi – Pentadbir Sistem Negeri

2.1 : Log Masuk Sistem 5

2.2 : Modul Profil 9

2.3 : Modul Permohonan 10

2.4 : Modul Semakan 15

2.5: Log Keluar Sistem 17

2.6: Muat Turun 17

2.7: Hubungi Kami 18

BAB 3 : Perkhidmatan dan Sokongan

3.1 : Senarai Pegawai untuk Dihubungi 19

(4)

4

1.1 Tujuan

Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam telah dinaik taraf kepada versi 2.0 berdasarkan keputusan Mesyuarat JKKP Bilangan 1 Tahun 2017. Sistem ini mula dibangunkan pada tahun 2017 oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) untuk memudahkan pengurusan peperiksaan perkhidmatan awam yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Calon – calon yang menggunaan SISPPAV2 adalah terdiri daripada kakitangan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sehubungan dengan pengautomasian dan penambahbaikan keseluruhan proses pengurusan peperiksaan ini diharapkan semua pihak yang terlibat dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan dan juga membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan kerja seharian.

1.2 Kategori Pengguna

Terdapat tiga (3) kategori Utama pengguna SISPPAV2 seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

BIL. KATEGORI TAHAP CAPAIAN

1 Pentadbir Utama

Sistem

Memiliki tahap capaian sepenuhnya bagi mengubahsuai sistem, mencapai dan mengemaskini data. Pentadbir juga bertanggungjawab menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi oleh pengguna sistem.

2 Pentadbir Sistem

Negeri

i. Membuat pengesahan pusat peperiksaan bagi calon

ii. Mencetak slip kehadiran dan label meja iii. Menambah dewan peperiksaan

iv. Mengemaskini maklumat dewan peperiksaan v. Menetapkan jenis peperiksaan di dewn vi. Menjana laporan

3 Calon i. Membuat permohonan peperiksaan

ii. Mengemaskini maklumat peribadi

iii. Membuat permohonan pertukaran peperiksaan iv. Membuat semakan keputusan peperiksaan

BAB 1 : PENGENALAN

(5)

5

2.1 Log Masuk Sistem

i. Buka pelayar web (web browser) Google Chrome/Mozilla Firefox.

ii. Taip url: https://sisppa.moe.gov.my/

iii. Klik pada pautan Log Masuk pada menu bar yang terdapat di bahagian atas muka hadapan sistem.

Gambar 1.1

iv. Jika calon merupakan calon sedia ada, calon boleh log masuk ke dalam sistem dengan mengisi nombor kad pengenalan dan kata laluan yang sama digunakan pada sistem versi 1. E-mel anda tidak perlu dimasukkan.

(6)

6

Gambar 1.2

v. Jika calon merupakan pengguna dan calon baharu sistem, anda perlu memohon kepada Pentadbir Utama Sistem (BPSM) untuk mendaftarkan anda sebagai calon terlebih dahulu.

Gambar 1.3

vi. Setelah Pentadbir Utama Sistem mendaftarkan anda sebagai calon. Selepas itu, calon boleh akses kepada sistem dengan klik pada pautan Daftar. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik Semak.

(7)

7

vii. Kemaskini maklumat peribadi. Semua maklumat bertanda * adalah WAJIB

diisi.Tetapkan kata laluan dan setelah selesai, klik Daftar.

Gambar 1.5

viii. Muat naik Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Surat Lantikan. Klik butang

Choose Files dan pilih dokumen yang perlu dimuat naik. Setelah kedua-dua

dokumen selesai dipilih, klik butang Upload. Anda juga boleh melangkau proses ini dan mengemaskini di ruangan kemaskini peribadi. Klik Langkau jika setuju.

(8)

8

Gambar 1.6

ix. Notifikasi File berjaya dimuat naik. Sila log masuk akan dipaparkan. Mohon log masuk ke sistem.

Gambar 1.7

x. Klik pada pautan Log Masuk di muka hadapan sistem. Masukkan nombor kad pengenalan, kata laluan dan emel. Masukkan nombor captcha bagi tujuan verifikasi. Kemudian, klik butang Log Masuk.

Gambar 1.8

xi. Klik pautan yang diberikan melalui e-mel yang telah didaftarkan bagi melengkapkan proses verifikasi e-mel.

(9)

9

Gambar 1.9

xii. Notifikasi verifikasi e-mel berjaya akan dipaparkan setelah pautan tersebut di-klik.

Gambar 1.10

2.2 Modul Profil

i. Paparan menunjukkan dashboard bagi calon yang memaparkan maklumat peribadi calon, Lantikan dan Perkhidmatan Awam, Senarai Permohonan Peperiksaan, Status Pendaftaran Peperiksaan dan Status Permohonan Peperiksaan Sesi Terkini calon.

(10)

10

ii. Paparan Status Pendaftaran sistem adalah penting bagi calon. Pastikan semua

maklumat SELESAI agar calon boleh membuat permohonan peperiksaan.

Gambar 1.12

iii. Setelah status pendaftaran SELESAI bagi semua perkara, pautan

Permohonan Peperiksaan dan Semakan Keputusan akan diaktifkan.

Gambar 1.13

2.3 Modul Permohonan

2.3.1 Permohonan Peperiksaan

i. PENTING! : Perkara berikut perlu diambil tindakan oleh Pentadbir Utama

Sistem dan Pentadbir Sistem Negeri terlebih dahulu sebelum calon membuat permohonan peperiksaan.

• Pentadbir Utama Sistem perlu mendaftar takwim bagi setiap peperiksaan pada Modul Peperiksaan > Takwim

• Pentadbir Sistem Negeri juga perlu mendaftarkan peperiksaan di dewan masing masing pada Modul Peperiksaan > Dewan

(11)

11

ii. Untuk membuat permohonan, klik pada pautan Permohonan Peperiksaan

di hujung kanan page.

Gambar 2.1

iii. Paparan akan menunjukkan senarai peperiksaan bagi calon tersebut. Sila klik pada kotak bersebelahan jenis bahagian untuk membuat pilihan dan klik butang Seterusnya.

Gambar 2.2

iv. Pilih pusat peperiksaan yang dipaparkan pada ruangan dalam negeri. Tandakan untuk membuat pilihan dan klik butang Mohon

Gambar 2.3

v. Jika calon memilih pusat peperiksaan di negeri terdekat, pilih tab Negeri Terdekat dan tandakan pada pilihan dewan. Kemudian, Klik Mohon.

(12)

12

Gambar 2.4

vi. Paparan menunjukkan status permohonan peperiksaan bagi calon di mana ianya dapat memudahkan calon untuk memantau status semasa permohonan peperiksaan.

Gambar 2.5

vii. Jika calon memilih pusat peperiksaan di negeri terdekat, sila klik pada tab

Negeri Terdekat dan pilih dewan daripada senarai yang dipaparkan.

Gambar 2.6

2.3.2 Permohonan Tukar Pusat

i. Jika calon ingin membuat permohonan tukar pusat atas alasan berkursus, jarak dan bercuti, calon boleh berbuat demikian dengan memilih Permohonan Tukar Pusat.

(13)

13

ii. Sila klik pada pautan Permohonan Tukar Pusat.

iii. Pilih negeri dan alasan. Muat naik dokumen pengesahan pertukaran.

Gambar 2.7

iv. Setelah itu, klik butang Mohon.

v. Notifikasi Permohonan berjaya disimpan akan dipaparkan.

Gambar 2.8

vi. Klik pada logo KPM untuk kembali ke paparan dashboard pengguna. vii. Calon boleh mencetak tiket peperiksaan pada pautan di dashboard calon.

Sila rujuk Status Permohonan Peperiksaan Sesi Terkini. Klik CETAK untuk mencetak tiket tersebut.

(14)

14

Gambar 2.9

viii. Calon boleh mencetak tiket peperiksaan pada pautan di dashboard calon. Sila rujuk Status Permohonan Peperiksaan Sesi Terkini. Klik CETAK untuk mencetak tiket tersebut.

(15)

15

Gambar 2.11

2.4 Modul Semakan

i. Jika calon ingin membuat semakan keputusan peperiksaan, sila klik pautan

Semakan Keputusan sepertimana dalam Gambar 2.7.

Gambar 2.12

ii. Paparan akan memaparkan Belum Ada Keputusan jika keputusan peperiksaan masih belum dikemaskini oleh Pentadbir Sistem.

(16)

16

Gambar 2.13

iii. Paparan akan memaparkan butang CETAK jika keputusan peperiksaan telah dikemaskini oleh Pentadbir Sistem.

Gambar 2.14

(17)

17

iv. Calon juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan terdahulu.

Klik pada tab KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TERDAHULU untuk membuat semakan lanjut.

Gambar 2.16

2.5 Log Keluar Sistem

i. Klik pada pautan untuk log keluar sistem.

Gambar 2.17

ii. Notifikasi Log Keluar berjaya akan dipaparkan.

Gambar 2.18

2.6 Muat Turun

i. Calon boleh memuat turun sebarang dokumen yang dimuat naik oleh pentadbir sistem di ruangan ini.

(18)

18

ii. Mohon klik pada nama fail untuk memuat turun dokumen tersebut.

Gambar 2.19

2.7 Hubungi Kami

i. Calon boleh merujuk nama pegawai di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan pegawai serta Kumpulan Unit Penilaian Kompetensi di Jabatan Pendidikan Negeri untuk dihubungi di ruangan ini.

(19)

19

3.1 Senarai Pegawai untuk Dihubungi

Perkhidmatan dan sokongan bagi sistem ini adalah berterusan. Pengguna boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab sekiranya menghadapi masalah ketika menggunakan SisPPA Versi 2.0. Buat masa ini, pihak yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)

No. Nama Jawatan No. Telefon E-mel

1 Puan Ivin Mercy A/P Jayabalan Ketua Penolong Setiausaha 03-83179010 [email protected] 2 Encik Zulhilmi Sham bin Mohd Noor Penolong Setiausaha 03-83179024 [email protected] 3 Suhaily binti Mohd Sahari Penolong Setiausaha [email protected]

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)

MEJA PERKHIDMATAN ICT KPM 03-88843717

[email protected] https://helpdesk.moe.gov.my

https://isd.moe.gov.my/ (mulai 1 Januari 2021)

BAB 3 : PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN

Referensi

Dokumen terkait