• Tidak ada hasil yang ditemukan

korporat PENYATA TADBIR URUS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "korporat PENYATA TADBIR URUS"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan Kumpulan LPI mendukung standard tertinggi tadbir urus korporat dan komited sepenuhnya demi memastikan Kumpulan LPI kekal sebagai kumpulan yang mempunyai integriti dan prestasi yang tidak terkompromi dengan rekod baik dalam mencapai pengekalan jangka panjang dan mewujudkan nilai ekonomi kepada para pemegang sahamnya serta pihak yang berkepentingan lain.

Tadbir urus korporat merupakan proses dan struktur yang digunakan untuk mengarah dan menguruskan perniagaan dan urusan kewangan ke arah meningkatkan kekayaan perniagaan dan kebertanggungjawaban korporat dengan matlamat utamanya untuk memperolehi nilai jangka panjang pemegang saham, selain mengambil kira kepentingan pihak yang berkepentingan lain. Sistem tadbir urus korporat yang berkesan akan melaksanakan standard perlakuan yang sesuai dalam memaksimumkan pulangan para pemegang saham. Amalan baik tadbir urus korporat mengawal hubungan di antara pihak yang berkepentingan lain, lembaga pengarah dan pihak pengurusan sesebuah organisasi. Tadbir urus korporat dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan kepentingan sendiri serta tingkah laku kakitangan yang tidak berhemat dan berisiko tinggi yang tidak dapat diterima, serta menyelesaikan percanggahan kepentingan di antara pihak pengurusan dengan jawatankuasa lembaga pengarah. Selain itu, tadbir urus korporat bagi sektor kewangan mempunyai implikasi penting ke atas keteguhan seluruh ekonomi. Penggunaan pakai standard dan amalan tadbir urus korporat yang kukuh dapat memastikan Kumpulan LPI diuruskan dengan selamat dan teguh dalam aktiviti pengambilan risiko dan ketelitian dalam perniagaan adalah seimbang dengan sewajarnya untuk memaksimumkan pulangan pemegang saham dan melindungi kepentingan semua pihak yang berkepentingan. Dalam persekitaran yang diliberalisasikan dan lebih kompetitif di mana terdapat tekanan yang berterusan kepada pihak pengurusan untuk menyampaikan keperluan utama yang diperlukan, tadbir urus korporat yang kukuh menjadi pelindung kritikal daripada segala kecuaian pengurusan dan aktiviti pemalsuan. Amalan tadbir urus korporat efektif yang meningkatkan kebertanggungjawaban korporat adalah elemen utama dalam usaha tatatertib dan ketelusan pasaran.

Kumpulan LPI mengakui pentingnya untuk mempertingkatkan nilai para pemegang saham menerusi keberuntungan yang berterusan dan mengamalkan standard tertinggi dalam tadbir urus korporat. Nilai-nilai tadbir urus

korporat yang kukuh menjadi tunjang di mana kepercayaan para pelabur dibina. Nilai-nilai ini adalah kritikal dalam meningkatkan reputasi yang telah dibina bertahun-tahun lamanya. Komitmen kami terhadap standard perniagaan yang tinggi dan tadbir urus yang efektif adalah penting untuk mencapai kepercayaan dan penghormatan daripada pihak yang berkepentingan lain sebagai sebuah kumpulan yang berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan dalam prestasi dan integriti. Oleh itu, struktur tadbir urus yang kukuh merupakan asas untuk memelihara kepentingan para pemegang saham Kumpulan LPI.

Struktur tadbir urus korporat Kumpulan LPI telah dibangunkan dan dipertingkatkan berdasarkan prinsip-prinsip dan amalan terbaik yang ditetapkan di dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (“MCCG”) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Panduan Tadbir Urus Korporat (“Panduan CG”) yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Berhad. Komitmen Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan kakitangan Kumpulan LPI dalam mempertingkatkan nilai pemegang saham terbukti dengan pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh Kumpulan LPI pada setiap tahun sejak tahun 2005, yang mana anugerah dan pengiktirafan yang diterima pada tahun 2011 termasuk yang berikut:

1) Syarikat Insurans Terbaik, Malaysia

Subsidiari milik penuh Kumpulan, Lonpac mencatatkan satu lagi pencapaian dalam pencapaian penting korporatnya apabila dianugerahkan Syarikat Insurans Terbaik, Malaysia Tahun 2011 oleh World Finance. 2) Indeks Tadbir Urus Korporat Malaysia (“MCG”) 2011 • Anugerah Mesyuarat Agung Tahunan Paling Segera • Anugerah Kecemerlangan

LPI dikurniakan Anugerah Mesyuarat Agung Tahunan Paling Segera dan Anugerah Kecemerlangan dalam Indeks MCG 2011 bagi tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2009.

(2)

3) Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA 2011

• Anugerah Merit, Pemenang Keseluruhan

LPI memenangi Anugerah Merit, Pemenang Keseluruhan bagi Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA. Ini merupakan tahun ketujuh berturut-turut LPI memenangi pengiktirafan sebegini daripada Malaysia Business – CIMA sejak tahun 2005.

4) Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (“NACRA”) 2011

LPI dianugerahkan Sijil Merit sebagai mengiktiraf laporan tahunan Syarikat yang layak ke peringkat akhir NACRA 2011.

5) Kelab Billion Ringgit The Edge 2011

LPI sekali lagi menerima keahlian dalam Kelab Billion Ringgit The Edge dan berada di kedudukan ketiga dalam kategori Syarikat Yang Paling Menguntungkan

- Pulangan Tertinggi ke atas Ekuiti Dalam Tempoh 3 Tahun dan Saham Berprestasi Terbaik - Pulangan Tertinggi kepada Pemegang Saham Dalam Tempoh 3 Tahun bagi Sektor Kewangan.

6) Jenama Terbaik BrandLaureate dalam Perkhidmatan Kewangan – Insurans Am

Lonpac dikurniakan Anugerah Jenama Terbaik dalam Perkhidmatan Kewangan – Insurans Am oleh BrandLaureate bagi tahun 2010-2011 bagi Penjenamaan Korporat oleh Asia Pacific Brands Foundation.

7) Penarafan Kekuatan Kewangan Cemerlang oleh A.M. Best

A.M. Best memberi penarafan kekuatan kewangan A- (Cemerlang) dan penarafan kredit pengeluar (ICR) “a-” kepada Lonpac.

(3)

LEMBAGA PENGARAH

Lembaga Pengarah komited sepenuhnya dalam memastikan bahawa standard tertinggi dalam tadbir urus korporat diamalkan secara menyeluruh dalam Kumpulan supaya segala urusan Kumpulan dijalankan dengan telus dan objektif dengan kebertanggungjawaban dan integriti penuh untuk memelihara pelaburan para pemegang saham dan mutakhirnya mempertingkatkan nilai mereka.

I PARA PENGARAH

• Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas keseluruhan tadbir urus Kumpulan dengan memastikan pelan bimbingan strategik dan pewarisan Kumpulan, keberkesanan pemantauan matlamat pengurusan, dan kebertanggungjawaban kepada Kumpulan dan para pemegang saham serta memastikan kawalan dalaman, pengurusan risiko dan prosedur pelaporan Kumpulan tersedia dengan baik. Ahli Lembaga Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi memastikan standard etika yang tinggi diguna pakai, menerusi pematuhan terhadap peraturan dan regulasi, arahan dan garis panduan berkaitan selain daripada

mengguna pakai amalan terbaik di dalam MCCG yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Panduan CG yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Berhad, dan demi kepentingan terbaik Kumpulan dan para pemegang saham.

Ahli Lembaga Pengarah memberi perhatian untuk mengguna pakai standard etika yang tinggi dalam membuat keputusan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak-pihak yang berkepentingan. • Keseimbangan Lembaga Pengarah yang Optimum Lembaga Pengarah terdiri daripada tujuh (7) orang ahli.

Seorang daripada ahli Lembaga Pengarah merupakan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif. Enam (6) orang Pengarah Bukan Eksekutif yang lain termasuk empat (4) orang daripada Para Pengarah Bukan Eksekutif yang memenuhi kriteria bebas sebagaimana yang ditakrifkan dalam Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities. Saiz Lembaga Pengarah adalah wajar bagi kerumitan dan skala operasi Kumpulan LPI. Bilangan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang tinggi memberi sekatan dan imbangan yang berkesan dalam perjalanan Lembaga Pengarah.

(4)

Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif tidak melibatkan diri dalam pengurusan harian Kumpulan dan tidak mengambil bahagian dalam sebarang urusan perniagaan dan tidak terlibat dalam sebarang hubungan lain dengan Kumpulan. Ini adalah untuk membolehkan Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan dan mengelakkan situasi percanggahan kepentingan.

Terdapat pembahagian peranan dan tanggungjawab yang jelas di antara Pengerusi/ Pengerusi Bersama dan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif. Bidang rujukan Pengerusi Bukan Eksekutif dan Pengerusi Bersama Bebas Bukan Eksekutif adalah berbeza dan berasingan daripada tugas dan tanggungjawab Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif bagi memastikan keseimbangan kuasa dan autoriti dalam Lembaga Pengarah yang berkesan.

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow, Pengasas dan Pengerusi LPI dan Public Bank, memegang rekod yang amat sempurna sebagai salah seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang paling unggul dalam industri perbankan dan di rantau Asean. Kepimpinan beliau yang tiada tolok bandingnya dalam mengemudi LPI selama 49 tahun ini telah menghasilkan penciptaan nilai yang amat besar di LPI, sebagaimana yang dicerminkan oleh penilaian pasaran LPI yang cemerlang, pulangan tinggi kepada pemegang saham, hasil tahunan dan pertumbuhan keuntungan yang sangat teguh dan menyediakan banyak pekerjaan. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow telah menerima pelbagai anugerah yang berprestij bagi mengiktiraf sumbangan besar beliau kepada industri perbankan dan kewangan, dan inisiatif-inisiatif pembangunan sosio-ekonomi beliau, di dalam dan luar negeri.

Pengerusi Bersama Bebas Bukan Eksekutif, Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong, telah berkhidmat dengan Kerajaan selama 32 tahun dan dalam tempoh tersebut beliau telah memegang pelbagai jawatan penting dan kanan. Selepas bersara daripada perkhidmatan awam, beliau menyertai sektor swasta dan dilantik sebagai Pengerusi/ Pengarah beberapa buah syarikat tersenarai awam yang besar. Kepakaran Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong dan profesionalisme beliau ditunjukkan melalui pelantikan beliau sebagai seorang Ahli Majlis Ekonomi

Negara dan juga sebagai Ahli Kanan Kumpulan Kerja Jawatankuasa Eksekutif Majlis Ekonomi Negara. Tiga (3) orang lagi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

merupakan ahli-ahli profesional dalam bidang masing-masing dengan pelbagai pengalaman, kemahiran dan kepakaran yang luas dalam pelbagai bidang.

Para Pengarah Kumpulan LPI adalah individu-individu yang berkaliber dan berintegriti tinggi, dan pengetahuan dan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing membawa perspektif daripada perniagaan lain seterusnya meningkatkan keberkesanan Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah. Profil Ahli-ahli Lembaga Pengarah dinyatakan pada

muka surat 56 hingga 61. • Kod Etika Para Pengarah

Para Pengarah terus mematuhi Kod Etika untuk Pengarah Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kod Etika ini berdasarkan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan kejujuran, integriti, tanggungjawab dan tanggungjawab sosial korporat serta dirumuskan untuk meningkatkan standard tadbir urus korporat dan tingkah laku korporat.

• Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Pengarah Tanggungjawab utama Lembaga Pengarah termasuk

mengkaji semula dan meluluskan strategi-strategi dan pelan perniagaan Kumpulan, dasar-dasar penting, dan memantau prestasi Pihak Pengurusan dalam melaksanakannya.

Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka, Lembaga Pengarah bertindak dengan penuh berhati-hati untuk memastikan standard etika yang tinggi didukung, dan kepentingan pihak-pihak yang berkepentingan tidak diabaikan. Ahli-ahli Lembaga Pengarah sentiasa mengambil berat bahawa kepentingan pihak-pihak yang berkepentingan dengan Kumpulan perlu sentiasa dilindungi.

Tanggungjawab utama Lembaga Pengarah termasuk yang berikut:

• Meluluskan pelan-pelan perniagaan tahunan, dan pelan-pelan strategik jangka sederhana dan jangka panjang Kumpulan;

• Mengawasi operasi perniagaan dan prestasi kewangan Kumpulan berbanding pelan-pelan perniagaan yang diluluskan;

(5)

• Memastikan bahawa infrastruktur kendalian, sistem kawalan, sistem-sistem bagi pengurusan risiko, kawalan kewangan dan operasi, diwujudkan dan dilaksanakan dengan baik; dan

• Melaksanakan pelbagai fungsi dan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa regulatori dari semasa ke semasa.

Empat (4) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, melalui tugas dan tanggungjawab mereka, sebenarnya mewakili kepentingan pemegang saham minoriti dalam Kumpulan LPI. Pengarah Bebas Bukan Eksekutif tersebut melibatkan diri secara proaktif dengan Pihak Pengurusan dan juruaudit dalaman dan luaran. Ini adalah benar bagi Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Dato’ Haji Abdul Aziz yang merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Audit.

Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif memainkan peranan penting dalam membawa keobjektifan dan penelitian terhadap perbincangan dan keputusan Lembaga Pengarah. Mereka juga bertindak untuk memberi galakkan dan cabaran kepada Pihak Pengurusan dengan kaedah yang objektif dan membina. Dalam meningkatkan fungsi Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Lembaga Pengarah telah menetapkan peranan dan tanggungjawab mereka termasuk yang berikut:

• Menyediakan pandangan, penilaian dan cadangan yang bebas dan objektif di dalam perbincangan Lembaga Pengarah;

• Memastikan pemeriksaan yang efektif dan keseimbangan di dalam prosiding Lembaga Pengarah;

• Mengurangkan sebarang konflik kepentingan di antara proses membuat dasar dan pengurusan harian Kumpulan; dan

• Memberi cabaran dan sumbangan yang membina terhadap pembangunan strategi dan hala tuju perniagaan Kumpulan

Pengerusi Bersama Bebas Bukan Eksekutif, Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong, dilantik sebagai Pengarah Bebas Kanan Bukan Eksekutif dan pemegang-pemegang saham serta pihak yang berkepentingan lain boleh menyalurkan isu-isu berkaitan dengan Kumpulan kepada beliau.

Para Pengarah bebas mendapatkan nasihat profesional bebas apabila dianggap perlu bagi melaksanakan tugas mereka dengan sewajarnya di atas tanggungan Syarikat.

• Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Bekalan Maklumat kepada Lembaga Pengarah

Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi setiap tahun kewangan dijadualkan lebih awal sebelum akhir setiap tahun kewangan bagi membolehkan Para Pengarah merancang sewajarnya dan memasukkan mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah tahun berkenaan ke dalam jadual mereka masing-masing. Mesyuarat Lembaga Pengarah selalunya diadakan secara suku tahunan. Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan serta-merta selepas keputusan suku tahunan dan tahunan Kumpulan LPI disahkan untuk mengkaji semula dan meluluskan keputusan-keputusan tersebut sebelum dikemukakan kepada Bursa Securities. Mesyuarat tambahan Lembaga Pengarah juga diadakan apabila perlu seperti membincangkan cadangan-cadangan atau perkara-perkara korporat penting yang memerlukan arahan segera dari Lembaga Pengarah.

Mesyuarat Lembaga Pengarah dijalankan menurut agenda berstruktur. Ahli-ahli Lembaga Pengarah dibekalkan dengan agenda berstruktur berserta dokumen-dokumen yang berkaitan dan maklumat di dalam bentuk dan kualiti yang bersesuaian sebelum setiap mesyuarat Lembaga Pengarah. Ini memudahkan Para Pengarah meneliti kertas-kertas Lembaga Pengarah dan mendapatkan penjelasan yang mungkin mereka perlukan daripada Pihak Pengurusan atau Setiausaha Syarikat lebih awal dari tarikh mesyuarat. Kertas-kertas yang memerlukan tindakan segera boleh dikemukakan untuk dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah di bawah agenda tambahan.

Mesyuarat Lembaga Pengarah dipengerusikan oleh sama ada oleh Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (Pengerusi) atau Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong (Pengerusi Bersama).

Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, Lembaga Pengarah mengkaji semula laporan-laporan pengurusan mengenai prestasi perniagaan Syarikat dan subsidiarinya, dan mengkaji semula, antara lain, keputusan-keputusan berbanding dengan bulan sebelumnya dan dari awal tahun hingga masa kini, dan juga perbandingan dengan industri.

(6)

Sebagai sebahagian daripada inisiatif pengurusan risiko bersepadu, Lembaga Pengarah meneliti keputusan-keputusan dan isu-isu penting yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengurusan melalui minit-minit jawatankuasa-jawatankuasa ini. Ahli-ahli Lembaga Pengarah juga membincangkan, dan dalam proses ini, menilai kebolehlaksanaan usul-usul perniagaan dan cadangan-cadangan korporat serta sebarang risiko utama yang mempunyai kesan penting ke atas perniagaan Kumpulan dan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko tersebut.

Pengerusi/ Pengerusi Bersama Jawatankuasa Audit memaklumkan kepada Para Pengarah di Mesyuarat Lembaga Pengarah, berkenaan sebarang isu-isu penting yang diperhatikan oleh Jawatankuasa Audit dan yang memerlukan perhatian dan kelulusan Lembaga Pengarah untuk pelaksanaan.

Kertas-kertas mesyuarat Lembaga Pengarah disediakan dalam format yang ringkas lagi padat dan komprehensif. Kertas-kertas mesyuarat Lembaga Pengarah termasuk laporan-laporan kemajuan mengenai operasi perniagaan, maklumat terperinci mengenai cadangan perniagaan dan cadangan korporat termasuk dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

Pengarah-pengarah mempunyai kewajipan untuk mengisytiharkan dengan serta-merta kepada Lembaga Pengarah sekiranya mereka mempunyai sebarang kepentingan dalam urusniaga yang akan dimeterai secara langsung atau tidak langsung dengan Kumpulan LPI. Para Pengarah yang mempunyai kepentingan tersebut akan memberi notis kepada Lembaga Pengarah dan akan berkecuali daripada perbincangan dan keputusan Lembaga Pengarah mengenai urusniaga tersebut. Sekiranya sesuatu cadangan korporat perlu diluluskan oleh pemegang saham, Para Pengarah yang mempunyai kepentingan akan berkecuali daripada mengundi berkenaan dengan pemegangan saham mereka dalam LPI mengenai resolusi berkaitan dengan cadangan korporat tersebut, dan akan seterusnya mengaku janji untuk memastikan bahawa sesiapa yang mempunyai hubungan dengan mereka akan turut berkecuali daripada mengundi mengenai resolusi-resolusi berkenaan.

Minit-minit mesyuarat Lembaga Pengarah diedarkan kepada semua Pengarah untuk penelitian mereka sebelum minit-minit tersebut disahkan pada mesyuarat Lembaga Pengarah yang berikutnya. Para Pengarah boleh meminta penjelasan lanjut atau memberi komen mengenai minit-minit tersebut sebelum minit-minit tersebut disahkan sebagai rekod yang betul mengenai prosiding Lembaga Pengarah.

Lembaga Pengarah mempunyai akses terus kepada Pengurusan Kanan dan mempunyai akses sepenuhnya dan tidak terhad terhadap sebarang maklumat yang berkaitan dengan operasi Kumpulan dalam melaksanakan tugas mereka serta boleh mengarahkan untuk dibekalkan dengan butir-butir atau penjelasan lanjut dalam perkara-perkara agenda mesyuarat Lembaga Pengarah.

Para Pengarah mempunyai akses yang cepat dan tidak terhad kepada nasihat dan perkhidmatan Setiausaha Syarikat.

Para Pengarah sentiasa dikemas kini oleh Setiausaha Syarikat mengenai keperluan-keperluan undang-undang serta regulatori baru berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab Para Pengarah atau pelaksanaan tugas mereka sebagai Para Pengarah Syarikat. Setiausaha Syarikat menghadiri kesemua mesyuarat

Lembaga Pengarah dan memastikan rekod yang tepat dan mencukupi mengenai prosiding mesyuarat Lembaga Pengarah dan keputusan-keputusan yang dibuat disimpan dengan baik.

Komitmen dan dedikasi Lembaga Pengarah dalam memastikan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan dicerminkan oleh bilangan tinggi mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun berakhir pada 31 Disember 2011. Lembaga Pengarah telah mengadakan mesyuarat

sebanyak tiga belas (13) kali di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011. Tarikh-tarikh mesyuarat Lembaga Pengarah adalah seperti berikut: − 11 Januari 2011 − 27 Januari 2011 − 21 Februari 2011 − 7 April 2011 − 28 April 2011

(7)

− 26 Mei 2011 − 7 Julai 2011 − 28 Julai 2011 − 22 Ogos 2011 − 6 Oktober 2011 − 27 Oktober 2011 − 24 November 2011 − 15 Disember 2011

Kehadiran setiap Ahli Lembaga Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 adalah seperti berikut:

• Pelantikan ke Lembaga Pengarah

Cadangan pelantikan seorang Ahli baru ke Lembaga Pengarah akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah penuh berdasarkan satu laporan rasmi, yang disediakan oleh Jawatankuasa Pencalonan mengenai keperluan, kelayakan dan pengalaman pengarah yang dicadangkan. Jawatankuasa Pencalonan juga membuat penilaian tahunan ke atas sumbangan setiap Pengarah kepada Syarikat dan mencadangkan pelantikan semula dan pemilihan semula Para Pengarah yang bersedia dilantik semula dan dipilih semula di Mesyuarat Agung Tahunan. Pelantikan Pengarah Lonpac kepada Lembaga Pengarah adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (“BNM”) terlebih dahulu menurut Seksyen 70(1) Akta Insurans, 1996. Jawatankuasa Pencalonan akan mengkaji semula dan menilai cadangan pelantikan semula Para Pengarah, dan seterusnya mencadangkan

Pengarah

i. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow 13/13 100% ii. Tan Sri Datuk Seri Utama

Thong Yaw Hong 13/13 100% iii. Tee Choon Yeow 13/13 100% iv. Dato’ Yeoh Chin Kee 13/13 100% v. Tan Kok Guan 13/13 100% vi. Dato’ Haji Abdul Aziz

bin Dato’ Dr. Omar 13/13 100% vii. Quah Poh Keat 13/13 100%

Bilangan Mesyuarat Lembaga Pengarah Dihadiri/ Diadakan Peratus Kehadiran

kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan supaya permohonan dikemukakan kepada BNM.

Jawatankuasa Pencalonan keseluruhannya terdiri daripada Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; kesemua empat (4) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Ahli Jawatankuasa Pencalonan.

Bidang rujukan Jawatankuasa Pencalonan dinyatakan pada muka surat 84.

Selepas kajian semula tahunan Jawatankuasa Pencalonan baru-baru ini, Jawatankuasa Pencalonan berpuas hati bahawa saiz Lembaga Pengarah Kumpulan adalah optimum dan terdapat gabungan pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan kecekapan utama yang wajar dalam komposisi Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Pencalonan berpuas hati bahawa semua Ahli Lembaga Pengarah mempunyai kelayakan yang sesuai untuk memegang jawatan masing-masing sebagai Pengarah Kumpulan LPI memandangkan kelayakan akademik dan profesional, pengalaman dan kualiti mereka. Semua Pengarah mematuhi kriteria “sesuai dan wajar” sebagaimana yang ditetapkan oleh BNM dalam Rangka Kerja Berhemah Tadbir Urus Korporat bagi Penanggung Insurans.

Selepas kajian semula tahunan Jawatankuasa Pencalonan baru-baru ini, Jawatankuasa Pencalonan juga memutuskan bahawa semua Pengarah telah menerima latihan sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 yang relevan dan akan dapat meningkatkan keberkesanan mereka dalam Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit. Butir-butir mengenai Latihan dan Pendidikan Para Pengarah dinyatakan pada muka surat 82 hingga 83.

• Pelantikan Semula dan Pemilihan Semula Para Pengarah

Menurut Seksyen 129(2) Akta Syarikat, 1965, Para Pengarah yang berumur lebih daripada tujuh puluh (70) tahun akan bersara pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan dan boleh menawarkan diri mereka untuk pelantikan semula dan berkhidmat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

Menurut Memorandum dan Tataurusan Pertubuhan Syarikat, satu pertiga (1/3) daripada Para Pengarah atau, jika bilangan mereka bukan dalam gandaan tiga

(8)

(3), bilangan yang paling hampir dengan satu pertiga (1/3) dengan minimum seorang (1), hendaklah bersara di setiap Mesyuarat Agung Tahunan dan boleh menawarkan diri untuk pemilihan semula. Para Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah di sepanjang tempoh kewangan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan tertakluk kepada pemilihan semula oleh para pemegang saham pada peluang pertama selepas pelantikan mereka.

II IMBUHAN PARA PENGARAH

Jawatankuasa Imbuhan mengkaji semula setiap tahun prestasi Para Pengarah dan mengemukakan cadangan-cadangan kepada Lembaga Pengarah mengenai pelarasan khusus pembayaran imbuhan dan/ atau ganjaran yang mencerminkan sumbangan mereka masing-masing pada tahun tersebut, dan yang kompetitif dan sejajar dengan matlamat, budaya dan strategi korporat Kumpulan. Jawatankuasa Imbuhan mempunyai prosedur yang formal dan telus bagi Lembaga Pengarah penuh meluluskan imbuhan untuk Pengarah Eksekutif, berdasarkan prestasi korporat dan individu. Imbuhan Para Pengarah Bukan Eksekutif, termasuk Pengerusi/ Pengerusi Bersama Bukan Eksekutif, antara lain berdasarkan pengalaman, kemahiran dan tahap tanggungjawab Para Pengarah berkenaan.

Setiap Pengarah menahan diri dari keputusan Lembaga Pengarah mengenai pakej imbuhan mereka sendiri. Yuran Para Pengarah diluluskan di Mesyuarat Agung Tahunan oleh para pemegang saham.

Para Pengarah dibayar yuran tahunan dan elaun kehadiran sebanyak RM1,000 bagi setiap mesyuarat Lembaga Pengarah yang dihadiri.

Jawatankuasa Imbuhan keseluruhannya terdiri daripada Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; kesemua empat (4) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Ahli Jawatankuasa Imbuhan.

Bidang rujukan Jawatankuasa Imbuhan dinyatakan pada muka surat 84.

Butir-butir imbuhan Para Pengarah (termasuk faedah bukan tunai) bagi setiap Pengarah di sepanjang tahun kewangan 2011 adalah seperti berikut:

RM’000

Gaji Yuran Bonus Lain-lain Faedah Jumlah Imbuhan Bukan Tunai

Pengarah Eksekutif

Tee Choon Yeow 660 133 605 175 39 1,612

Pengarah Bukan Eksekutif

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow - 425 - 12 35 472 Tan Sri Datuk Seri Utama

Thong Yaw Hong - 259 - 47 - 306

Dato’ Yeoh Chin Kee - 179 - 47 - 226

Tan Kok GuanN1 516 133 366 129 38 1,182

Dato’ Haji Abdul Aziz bin Dato’ Dr. Omar - 179 - 47 - 226

Quah Poh Keat - 179 - 47 - 226

516 1,354 366 329 73 2,638

Jumlah 1,176 1,487 971 504 112 4,250

(9)

III LATIHAN DAN PENDIDIKAN PARA

PENGARAH

Para Pengarah telah menyertai persidangan, seminar dan program-program latihan untuk mengikuti pembangunan dalam persekitaran perniagaan, isu-isu dan cabaran-cabaran sektor kewangan serta keperluan-keperluan regulatori dan undang-undang yang baru. Beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah telah

mengikuti program Pendidikan Para Pengarah Institusi-institusi Kewangan yang dibangunkan oleh BNM dengan kerjasama Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan Pusat Antarabangsa bagi Kepimpinan dalam Kewangan. Program ini bertujuan untuk menggalakkan lembaga pengarah yang berimpak tinggi dalam institusi-institusi kewangan.

Program-program latihan dan seminar yang dihadiri oleh Para Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 adalah, antara lain, mengenai bidang yang berkaitan dengan tadbir urus korporat, pengurusan risiko, peranan lembaga pengarah yang berkesan, insurans, perbankan dan kewangan.

Persidangan, seminar dan program latihan yang dihadiri oleh Para Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 adalah seperti berikut:

Tadbir Urus Korporat & Pengurusan Risiko

Insurans

• Program Pengekalan bagi Korporat Malaysia – Sektor Pembinaan Perladangan, Hartanah & Industri Hotel

• Persidangan Pertengahan Tahun Rangkaian Tadbir Urus Korporat Antarabangsa Tahun 2011

• Pelancaran Jaminan Integriti Korporat

• Program Pengekalan bagi Sektor Industri Pengarah Korporat Malaysia: Pengguna Produk, Kewangan, Teknologi & Dana Tertutup

• Akta Pertandingan Baru Tugas Para Pengarah dan Tadbir Urus Korporat

• Siri Tadbir Urus bagi Para Pengarah – Tanggungjawab Lembaga Pengarah bagi Budaya Korporat – Urusan & Alat Tadbir Urus Terpilih untuk Menyampaikan Budaya Korporat & Prestasi Lembaga Pengarah • Program Khas Lembaga Pengarah FIDE:

Jawatankuasa Pengurusan Risiko: Mengurus Risiko-risiko di Bank

• Taklimat mengenai Rangka Kerja Perlindungan Motor Baru BNM

• Taklimat mengenai Akta Pertandingan & Akta Perlindungan Data Persendirian PIAM

• Peralihan terhadap Rangka Kerja Perlindungan Motor Baru

• PIAM – “Forum Industri mengenai Sistem Statistik Berintegrasi”

Peranan Lembaga Pengarah yang Berkesan

Perbankan & Kewangan

• Program Khas Lembaga Pengarah FIDE: Jawatankuasa Pencalonan/ Imbuhan

• Persidangan Pengarah Korporat Tahun 2011: Kemunculan Korporat Malaysia

• Forum Kepimpinan Pandangan FIG

• Makan Tengah Hari Eksekutif Fuji Xerox “Pengukuhan Penciptaan Nilai dengan Strategi Lautan Biru” oleh Encik Matthew Barsing

• Seminar mengenai Akta Pertandingan PIAM • Persidangan CEO Malaysian Re 2011

• Pelancaran Laporan Tahunan Tahun 2010 & Dialog Tahunan PIDM

• Program Teknikal FIDE: Kewangan Korporat bagi Para Pengarah

• Persidangan Pemerhati Bank Pusat Asia Pertama “Perspektif Asia terhadap Mempromosi Kewangan & Keteguhan Kewangan World Finance dalam Peralihan Masa”

• Persidangan MIA-AFA 2011

• Taklimat KPMG mengenai IFRS 4 Fasa 2: Pelaksanaan cabaran dan tinjauan IFRS 4 Fasa 2 • IBFIM – Regulatori – Dialog Industri “Penilaian

10 Tahun ke atas Pelan Induk Sektor Kewangan Semasa: Menyediakan Industri & Implikasi bagi Rangka Tindakan Baru”

• Kelab Billion Ringgit The Edge – Makan Malam “Sepetang bersama Dr. Jim Walker”

• Taklimat BNM mengenai “Rangka Tindakan Sektor Kewangan”

• Program Latihan Dalaman: Kesan Basel III ke atas Public Bank

• Menuju Pertumpuan IFRS

• Ceramah Umum Pengerusi Tun Ismail Ali oleh Profesor Ajit Singh mengenai “Kewangan Islam: Isu-isu Konseptual & Analitikal daripada Perspektif Ekonomi Konvensional”

(10)

JAWATANKUASA LEMBAGA PENGARAH

Lembaga Pengarah telah menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah yang komposisi dan bidang rujukannya adalah menurut amalan terbaik yang ditetapkan oleh MCCG dan Rangka Kerja Berhemah Tadbir Urus Korporat bagi Penanggung Insurans BNM. Fungsi dan bidang rujukan Jawatankuasa Lembaga Pengarah serta kuasa yang diberi oleh Lembaga Pengarah kepada Jawatankuasa-jawatankuasa ini, ditakrifkan dengan jelas oleh Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Lembaga Pengarah adalah seperti berikut: • Jawatankuasa Audit

• Jawatankuasa Pencalonan • Jawatankuasa Imbuhan • Jawatankuasa Pelaburan

• Jawatankuasa Pengurusan Risiko

Komposisi Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan kehadiran Ahli-ahli pada mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengarah ditunjukkan seperti berikut:

Jawatankuasa Pencalonan

Kehadiran di

Mesyuarat

Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong

– Pengerusi 3/3

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ Yeoh Chin Kee 3/3

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ Haji Abdul Aziz bin Dato’ Dr. Omar 3/3

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Quah Poh Keat 3/3

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Kehadiran di

Mesyuarat

Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong

– Pengerusi 7/7

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ Haji Abdul Aziz bin Dato’ Dr. Omar

– Pengerusi Bersama 7/7

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ Yeoh Chin Kee 7/7

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Quah Poh Keat 7/7

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Jawatankuasa Audit

Jawatankuasa Pelaburan

Kehadiran di

Mesyuarat

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow

– Pengerusi 3/3

(Pengarah Bukan Eksekutif)

Tee Choon Yeow 3/3

(Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif)

Kong Thian Mee 3/3

(Setiausaha Syarikat)

Jawatankuasa Imbuhan

Kehadiran di

Mesyuarat

Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong

– Pengerusi 2/2

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ Yeoh Chin Kee 2/2

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ Haji Abdul Aziz bin Dato’ Dr. Omar 2/2

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Quah Poh Keat 2/2

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

• Kelas Sarjana Kewangan Islam BNM bersama Joseph Divanna: Strategi Kompetitif bagi Kewangan Islam • Penglibatan BNM dalam Undang-undang

Perkhidmatan Kewangan & Perkhidmatan Kewangan Islam

• Persidangan Cukai Malaysia KPMG 2011 • Seminar Cukai Belanjawan 2012

• Pelancaran Rangka Tindakan Sektor Kewangan & Siri Mata Wang Baru BNM

(11)

Bidang rujukan dan kekerapan mesyuarat bagi Jawatankuasa Lembaga Pengarah adalah seperti berikut: i) Jawatankuasa Audit

• Bidang rujukan Jawatankuasa Audit dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit.

Jawatankuasa Audit bermesyuarat tidak kurang daripada empat (4) kali setahun.

ii) Jawatankuasa Pencalonan

• Untuk mencadangkan calon-calon untuk pelantikan ke Lembaga Pengarah, dan calon-calon untuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.

• Mengawasi komposisi keseluruhan Lembaga Pengarah dari segi saiz dan kemahiran yang sesuai, keseimbangan di antara Pengarah Eksekutif, Pengarah Bukan Eksekutif dan Bebas, serta gabungan kemahiran dan kecekapan utama yang diperlukan, melalui semakan semula tahunan. • Untuk melaksanakan penilaian tahunan ke

atas keberkesanan Lembaga Pengarah secara menyeluruh, sumbangan daripada setiap pengarah kepada Syarikat, sumbangan daripada pelbagai jawatankuasa Lembaga Pengarah dan prestasi Ketua Pegawai Eksekutif.

Untuk memastikan bahawa semua Pihak Bertanggungjawab Utama seperti yang dinyatakan di dalam Dasar dan Prosedur Sesuai dan Wajar Syarikat memenuhi keperluan-keperluan sesuai dan wajar seperti yang telah dinyatakan.

• Untuk mencadangkan kepada Lembaga Pengarah mengenai pelantikan, pelantikan semula dan penilaian Pihak Bertanggungjawab Utama untuk kelulusan.

• Untuk mencadangkan kepada Lembaga Pengarah mengenai penyingkiran Pengarah/ Ketua Pegawai Eksekutif sekiranya beliau tidak efektif, salah laku atau cuai ketika melaksanakan tanggungjawab beliau.

• Mengawasi pelantikan, perancangan penggantian pengurusan dan prestasi penilaian Pihak Bertanggungjawab Utama (selain daripada Pengarah/ Ketua Pegawai Eksekutif) dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah penyingkiran pihak bertanggungjawab utama (selain daripada Pengarah/ Ketua Pegawai Eksekutif) sekiranya mereka tidak efektif, salah laku dan cuai ketika melaksanakan tanggungjawab mereka. Jawatankuasa Pencalonan bermesyuarat jika perlu. iii) Jawatankuasa Imbuhan

• Untuk mencadangkan rangka kerja imbuhan untuk Para Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pihak Bertanggungjawab Utama.

• Untuk mencadangkan pakej imbuhan khas untuk Para Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pihak Bertanggungjawab Utama.

• Untuk menilai semula dan mempertimbang kuantum yuran tahunan Para Pengarah.

Jawatankuasa Imbuhan bermesyuarat jika perlu. iv) Jawatankuasa Pelaburan

• Untuk merumuskan polisi, strategi dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelaburan dalam saham dan sekuriti hutang swasta.

• Untuk menilai semula pelaburan Syarikat di dalam saham dan sekuriti hutang swasta dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mempertingkatkan nilai, keberuntungan dan risikonya.

Jawatankuasa Pelaburan bermesyuarat jika perlu. v) Jawatankuasa Pengurusan Risiko

• Untuk mengkaji semula dan mencadangkan strategi pengurusan risiko, polisi dan ketahanan risiko bagi kelulusan Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Pengurusan Risiko

Kehadiran di

Mesyuarat

Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong

– Pengerusi 2/2

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Tee Choon Yeow 2/2

(Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif)

Dato’ Yeoh Chin Kee 2/2

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Dato’ Haji Abdul Aziz bin Dato’ Dr. Omar 2/2

(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Quah Poh Keat 2/2

(12)

• Untuk mengkaji semula dan menilai kecukupan polisi dan rangka kerja pengurusan risiko bagi mengenal pasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko serta setakat mana risiko tersebut beroperasi secara efektif.

• Untuk memastikan infrastruktur, sumber dan sistem yang mencukupi wujud bagi pengurusan risiko yang efektif iaitu memastikan kakitangan yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pengurusan risiko menjalankan tugas mereka bebas dari semua aktiviti pengambilan risiko Kumpulan. • Untuk mengkaji semula laporan berkala pengurusan

mengenai pendedahan risiko, komposisi portfolio risiko dan aktiviti pengurusan risiko.

• Untuk melaksanakan lain-lain fungsi berkaitan pengurusan risiko seperti yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Pengurusan Risiko bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

JAWATANKUASA PENGURUSAN

Lembaga Pengarah juga telah menubuhkan pelbagai Jawatankuasa Pengurusan di mana fungsi dan kuasa dinyatakan dengan jelas dan ditubuhkan untuk membantu Lembaga Pengarah melaksanakan tugas mereka dalam Kumpulan.

Jawatankuasa Pengurusan adalah seperti berikut: • Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko • Jawatankuasa Strategi Perniagaan • Jawatankuasa Kawalan Kredit • Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat • Jawatankuasa Sistem dan Kaedah • Jawatankuasa Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan • Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial Korporat • Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bidang rujukan dan kekerapan mesyuarat bagi Jawatankuasa Pengurusan adalah seperti berikut:

i) Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko (“WRMC”) • Untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Risiko

(“RMC”) dalam pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum untuk mencapai objektif perniagaan. • Untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan

RMC mengenai risiko yang kritikal (sedia ada dan berpotensi) yang berkaitan dengan kemungkinan

pendedahan dan kesan kepada pelan tindakan perniagaan dan pengurusan untuk mengurus risiko ini secara berterusan.

• Untuk memantau pembangunan formal polisi pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum yang merangkumi kesemua perniagaan dan aktiviti dan memastikan pembangunan prosedur dan manual.

• Untuk menilai dan menaksir kecukupan kawalan untuk mengurus keseluruhan risiko operasi, kewangan dan umum yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan termasuk keselamatan fizikal/ premis. • Untuk mengkaji semula laporan ke atas kes-kes

penipuan ketara dan kekurangan di dalam proses pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum. • Untuk memastikan terdapat pelaporan risiko

yang mencukupi dan segera berhubung dengan pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum. • Memantau, menilai dan memberi nasihat ke atas

komposisi portfolio risiko kredit.

• Mengkaji semula laporan proses penilaian semula kredit, kualiti aset dan memastikan tindakan pembetulan diambil.

• Memastikan pematuhan terhadap keperluan-keperluan regulatori.

• Untuk seiring dengan pembangunan terkini, domestik dan antarabangsa di dalam industri insurans dan pasaran kewangan.

• Untuk menilai kecukupan modal yang tersedia di dalam ekuiti insurans dan pemegang saham bagi menyokong Jumlah Modal Diperlukan seperti yang ditetapkan di dalam Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Syarikat Insurans yang dikeluarkan oleh BNM.

• Untuk membangunkan program dan polisi pengurusan risiko khidmat luar bagi kelulusan RMC.

• Untuk menilai kepentingan khidmat luar sedia ada dan yang dijangka, berdasarkan rangka kerja yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

• Melaksanakan polisi dan prosedur khidmat luar yang telah diluluskan.

• Penilaian semula berkala bagi polisi dan prosedur khidmat luar yang telah dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan berterusannya dalam mengurus risiko khidmat luar.

• Untuk menyampaikan maklumat berkaitan risiko khidmat luar penting kepada RMC tepat pada masanya.

(13)

• Mengkaji semula Laporan Ujian Tekanan untuk dikemukakan kepada BNM.

• Untuk menyelia Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura.

• Untuk melaksanakan lain-lain tugas yang berkaitan dengan pengurusan risiko seperti yang telah dipersetujui oleh RMC dan Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko bermesyuarat setiap suku tahun.

ii) Jawatankuasa Perniagaan Strategik (“BSC”) • Mengukuhkan keupayaan operasi dan keteguhan

kewangan Syarikat melalui kaedah perniagaan strategik dan meningkatkan proses-proses kerja serta sistem infrastruktur bagi menempuhi cabaran-cabaran dalam pasaran nyah-tarif yang akan berlaku. BSC mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

iii) Jawatankuasa Kawalan Kredit

• Untuk memaksimumkan penukaran akaun belum diterima kepada aliran tunai dan meminimumkan hapus kira hutang lapuk seboleh mungkin.

• Untuk memastikan pungutan segera hutang tertunggak, mengenal pasti masalah (contohnya: kekurangan bayaran, pembatalan, perkara tidak dikenal pasti) diselesaikan tepat pada masanya. Jawatankuasa Kawalan Kredit bermesyuarat sebulan sekali.

iv) Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat (“IT”) • Memastikan penubuhan pelan pengkomputeran

yang efektif bagi Kumpulan selaras dengan Pelan Strategi Korporat menyeluruh dan objektif perniagaan.

• Kawalan menyeluruh ke atas pelaksanaan pelan dengan memantau dan menilai semula prestasi dan perkembangannya.

• Menetapkan belanjawan dalam mana objektif pengkomputeran perlu dicapai dan meluluskan sebarang perbelanjaan yang melebihi had yang telah ditetapkan.

• Untuk mewujudkan objektif, polisi dan strategi bagi pengkomputeran Kumpulan.

• Untuk membangunkan pelan strategik jangka panjang bagi pengkomputeran Kumpulan.

• Untuk mewujudkan Pelan IT tahunan yang terperinci.

• Untuk menetapkan standard bagi: − Pembelian Perkakasan/ Perisian;

− Kitaran Hidup Pembangunan Sistem dan Operasi Penukaran Program; dan

− Keselamatan Komputer.

• Untuk mempertimbangkan pembelian perisian, perkakasan dan semua barangan berkaitan dengan pengkomputeran.

• Untuk memantau dan mengkaji semula kemajuan projek yang sedang dijalankan dan pemantauan prestasi akan disesuaikan dengan pelan strategik, pelan tindakan dan belanjawan.

• Untuk mengkaji semula dan meluluskan cadangan-cadangan Projek IT baru.

Jawatankuasa Pemandu IT mengadakan sekurang-kurangnya empat (4) mesyuarat setahun.

v) Jawatankuasa Sistem dan Kaedah

• Menyediakan perkhidmatan insurans dalam talian dan saluran komunikasi altenatif kepada para ejen, pemegang polisi dan bakal pelanggan di dalam persekitaran yang terjamin dan mesra pengguna. • Menyemak semula dan menyediakan cadangan

untuk menggariskan aliran kerja dan meningkatkan kecekapan serta menambahkan proses dan prosedur E-Kebolehan yang merangkumi peningkatan E-Sistem yang mengakibatkan pengurangan kos dan meningkatkan kecekapan.

Jawatankuasa Sistem dan Kaedah bermesyuarat setiap dua bulan sekali.

vi) Jawatankuasa Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan (“BRCP”)

• Untuk menyediakan satu Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan bagi memastikan Kumpulan mengalami gangguan yang minimum ke atas sistem, proses atau operasinya jika berlaku sebarang bencana.

Jawatankuasa BRCP bermesyuarat jika perlu.

vii) Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial Korporat (“TSK”) • Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti TSK sejajar

dengan Visi TSK.

Jawatankuasa TSK bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

(14)

viii) Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (“OSH”)

• Untuk mengkaji semula kaedah-kaedah yang diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan individu di tempat kerja.

• Untuk menyiasat sebarang perkara di tempat kerja: − di mana ahli Jawatankuasa OSH atau individu

yang diambil bekerja menganggap sebagai tidak selamat atau merupakan risiko terhadap kesihatan; dan

− di mana ia telah dibawa ke perhatian pihak majikan.

• Cuba menyelesaikan sebarang perkara yang dirujuk untuk siasatan di atas, dan jika gagal berbuat demikian, memohon pihak pengurusan untuk menjalankan satu pemeriksaan di tempat kerja bagi tujuan tersebut.

Jawatankuasa OSH bermesyuarat setiap suku tahun.

PERLINDUNGAN PARA PENGARAH DAN

PEGAWAI

Para Pengarah dan Pegawai diberi perlindungan di bawah Liabiliti Insurans Pengarah dan Pegawai terhadap sebarang liabiliti yang ditanggung oleh mereka dalam melaksanakan tugas mereka semasa memegang jawatan sebagai Pengarah dan Pegawai. Walau bagaimanapun, Para Pengarah dan Pegawai tidak diberi perlindungan sekiranya terdapat sebarang kecuaian, penipuan, pelanggaran tugas atau pecah amanah yang terbukti kepada mereka.

KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN AUDIT

I PELAPORAN KEWANGAN

Para Pengarah mengakui tanggungjawab untuk memastikan bahawa rekod-rekod perakaunan disimpan secara berpatutan dan penyata kewangan disediakan menurut keperluan piawaian perakaunan yang diterima pakai dan diluluskan di Malaysia dan peruntukan Akta Syarikat, 1965, Akta dan Peraturan-peraturan Insurans 1996 dan arahan-arahan dari Bank Negara Malaysia.

Pengumuman awal laporan tahunan dan pengumuman awal mengenai keputusan suku tahunan ke Bursa Securities mencerminkan komitmen Lembaga Pengarah untuk memberi penilaian-penilaian yang

tepat pada masa, telus dan terkini mengenai prestasi dan prospek Kumpulan.

Lembaga Pengarah dibantu oleh Jawatankuasa Audit bagi memantau proses pelaporan kewangan dan kualiti pelaporan kewangan Kumpulan LPI. Jawatankuasa Audit mengkaji semula dan memantau ketepatan dan integriti penyata kewangan tahunan dan suku tahunan Kumpulan. Jawatankuasa Audit juga membantu Lembaga Pengarah dalam mengkaji semula kesesuaian polisi perakaunan yang diguna pakai oleh Kumpulan dan perubahan ke atas polisi-polisi ini.

Penyata Tanggungjawab Para Pengarah berhubung dengan penyediaan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit bagi LPI dan Kumpulan LPI dinyatakan di muka surat 194.

II URUSNIAGA PIHAK BERKAITAN

Jabatan Audit Dalaman mengkaji semula sifat urusniaga pihak berkaitan di dalam Kumpulan untuk mengenal pasti sebarang situasi percanggahan kepentingan yang boleh menimbulkan persoalan tentang integriti pengurusan. Keputusan penyemakan semula tahunan dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Audit dan selepas itu melaporkan kepada Lembaga Pengarah.

Butir-butir mengenai urusniaga pihak berkaitan dinyatakan di dalam Nota Kepada Penyata Kewangan pada muka surat 272 hingga 274 dalam Laporan Tahunan ini.

III KAWALAN DALAMAN

Lembaga Pengarah memikul tanggungjawab keseluruhan untuk mengekalkan sistem kawalan dalaman yang menyediakan jaminan yang munasabah untuk operasi yang berkesan dan cekap, pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan serta pematuhan terhadap prosedur-prosedur dan garis panduan dalaman.

Kumpulan telah mewujudkan kawalan dalaman, yang merangkumi semua peringkat personel, dan proses perniagaan yang memastikan operasi Kumpulan berkesan dan cekap serta mengawasi aset dan kepentingan para pemegang saham Kumpulan.

(15)

Saiz dan kerumitan operasi perniagaan melibatkan penerimaan dan pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum. Keadaan risiko-risiko ini mungkin menimbulkan kerugian yang tidak dijangka atau tidak dapat dielakkan. Sistem kawalan dalaman Kumpulan LPI dibentuk bagi menyediakan jaminan yang munasabah dan bukan jaminan mutlak bagi risiko kesilapan, penipuan dan kerugian besar yang berlaku. Di sepanjang tahun, Jawatankuasa Pengurusan Risiko memastikan bahawa kebertanggungjawaban bagi menguruskan risiko-risiko ketara yang dikenal pasti telah diberikan dengan jelas dan risiko-risiko yang dikenal pasti ini diawasi secara berterusan.

Keberkesanan sistem kawalan dalaman Kumpulan dinilai semula secara berkala oleh Jawatankuasa Audit. Kajian semula tersebut merangkumi operasi kewangan dan kawalan pematuhan serta fungsi pengurusan risiko. Jabatan Audit Dalaman memantau pematuhan terhadap polisi dan standard serta keberkesanan sistem kawalan dalaman seluruh Kumpulan LPI.

Penyata Kawalan Dalaman yang dinyatakan pada muka surat 110 hingga 113 di dalam Laporan Tahunan ini memberi gambaran menyeluruh mengenai kedudukan kawalan dalaman di dalam Kumpulan.

IV JAWATANKUASA AUDIT

Pelaporan kewangan dan sistem kawalan dalaman Kumpulan dikaji semula oleh Jawatankuasa Audit, yang terdiri daripada kesemua empat (4) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Komposisi, bidang rujukan dan ringkasan aktiviti Jawatankuasa Audit di sepanjang tahun kewangan dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit pada muka surat 115 hingga 119 di dalam Laporan Tahunan ini. Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Audit ditadbir oleh satu piagam yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Audit bermesyuarat setiap suku tahun. Mesyuarat-mesyuarat tambahan diadakan jika difikirkan perlu. Di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 2011, sejumlah tujuh (7) mesyuarat Jawatankuasa Audit telah diadakan.

Mesyuarat Jawatankuasa Audit sentiasa diadakan sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah. Ini adalah untuk memastikan semua isu-isu kritikal yang ditekankan dapat dibawa ke perhatian Lembaga Pengarah tepat pada masanya. Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Audit dibentangkan kepada Lembaga Pengarah bagi makluman dan tindakan oleh Lembaga Pengarah jika perlu.

Ketua-ketua Jabatan di Ibu Pejabat dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Audit bila dianggap perlu oleh Jawatankuasa Audit bagi tujuan memberi taklimat kepada Jawatankuasa Audit berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan bidang tanggungjawab mereka.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Audit di sepanjang tahun dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit pada muka surat 118 hingga 119 di dalam Laporan Tahunan ini.

V DASAR DEDAH PENYELEWENGAN

Lembaga Pengarah komited untuk mengekalkan standard etika tertinggi dan tatalaku mengikut undang-undang di dalam Kumpulan. Selaras dengan komitmen ini dan dalam usaha untuk meningkatkan tadbir urus yang baik dan ketelusan, Dasar Dedah Penyelewengan telah diguna pakai dengan matlamat untuk menyediakan saluran bagi melaporkan hal yang berkaitan dengan kejanggalan berkemungkinan tentang hal-hal pelaporan kewangan, pematuhan dan penyelewengan lain seawal mungkin, dengan cara yang sesuai dan tanpa rasa takut akan ditindas. Dasar ini menekankan bidang berikut:

• Penyata dasar • Penyata liputan • Skop dasar • Perlindungan

• Prosedur pendedahan

Dasar ini memberikan pendekatan yang telus dan sulit untuk kakitangan membangkitkan isu termasuklah: • Penyelewengan kewangan atau kejanggalan atau

penipuan;

• Kegagalan mematuhi kehendak undang-undang dan regulatori;

• Keadaan yang membahayakan kesihatan individu dan keselamatan persekitaran;

(16)

• Kesalahan jenayah; • Ketidakadilan;

• Kelakuan yang tidak senonoh dan perangai yang tidak beretika; dan

• Penyembunyian tentang hal-hal atau kombinasi hal-hal di atas.

Ketanpanamaan dan kerahsiaan ditawarkan kepada kakitangan yang mendedahkan niat mereka dengan tujuan yang baik, telah mengikuti prosedur pendedahan yang bersesuaian. Memandangkan berkemungkinan terdapat tuduhan yang melampau, dasar ini menyediakan panduan yang jelas untuk diikuti oleh kakitangan dalam menyuarakan masalah mereka. Ini bagi memastikan isu-isu tersebut dapat ditujukan kepada orang yang berkenaan dan tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Dasar ini juga menyediakan butiran hubungan Pengerusi Jawatankuasa Audit yang merupakan Pengarah Bebas Kanan dan Setiausaha Syarikat Kumpulan, jika kakitangan ragu terhadap kebebasan Pengurusan dan keobjektifan mengenai perkara yang dibangkitkan. Setiap pertuduhan akan ditangani dengan adil dan saksama. Tindakan akan diambil berdasarkan tuduhan dan mungkin akan diselesaikan mengikut tindakan yang dipersetujui. Pengerusi Jawatankuasa Audit atau Setiausaha Syarikat Kumpulan boleh menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat merangkumi Pengurusan Kanan yang bebas dari tuduhan, jika dianggap perlu. Kewujudan Dasar Dedah Penyelewengan ini di dalam Kumpulan merupakan petanda jelas kepada masyarakat umum, pihak-pihak yang berkepentingan dan regulatori mengenai sifat “nada ke atas” Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan terhadap penipuan dan tindakan yang menyalahi undang-undang.

VI HUBUNGAN DENGAN JURUAUDIT LUAR

Jawatankuasa Audit bermesyuarat dengan juruaudit luar Kumpulan sekurang-kurangnya dua kali setahun tanpa kehadiran pihak pengurusan untuk menilai semula skop dan kecukupan proses-proses audit, penyata kewangan tahunan dan penemuan audit mereka. Jawatankuasa Audit juga bermesyuarat dengan juruaudit luar apabila difikirkan perlu.

Perkhidmatan yang disediakan oleh juruaudit luar termasuk perkhidmatan audit berkanun dan bukan

audit. Syarat-syarat pelantikan bagi perkhidmatan yang disediakan oleh juruaudit luar dikaji semula oleh Jawatankuasa Audit dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Audit juga mengkaji semula yuran yang dicadangkan untuk perkhidmatan bukan audit dan kemudiannya mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk diluluskan. Di dalam kajian semula mereka, Jawatankuasa Audit mengambil kira kebebasan dan keobjektifan juruaudit luar bagi memastikan bahawa semua ini tidak akan terkompromi. Butiran mengenai yuran audit berkanun, berkaitan audit dan bukan audit telah dibayar/ perlu dibayar pada tahun 2011 kepada juruaudit luar dinyatakan di bawah:

RM’000 Jumlah

Kumpulan

Yuran telah dibayar/ perlu dibayar kepada KPMG dan sekutunya • Perkhidmatan Audit

– KPMG Malaysia 300 – Sekutu luar negara KPMG Malaysia 297 • Perkhidmatan Bukan Audit

– KPMG Malaysia * 30 – Sekutu tempatan KPMG Malaysia ** 65

Jumlah 692

* Yuran perkhidmatan bukan audit yang telah dibayar/ perlu dibayar kepada KPMG Malaysia adalah untuk semakan semula Penyata Kawalan Dalaman dan perkhidmatan lain. Peruntukan perkhidmatan ini oleh juruaudit luar kepada Kumpulan LPI adalah berkesan dan cekap dari segi kos kerana pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap operasi Kumpulan, dan tidak menjejaskan kebebasan dan keobjektifan mereka.

** Yuran perkhidmatan bukan audit yang telah dibayar/ perlu dibayar kepada sekutu tempatan KPMG adalah untuk nasihat atas perkara percukaian dan penyediaan, semakan semula dan penyerahan borang cukai.

(17)

VII AUDIT DALAMAN

Kumpulan telah menubuhkan Jabatan Audit Dalaman, yang membantu Jawatankuasa Audit dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Peranannya adalah untuk memberi laporan yang bebas dan objektif mengenai pengurusan, rekod, polisi perakaunan dan kawalan organisasi kepada Lembaga Pengarah. Audit-audit dalaman merangkumi penilaian ke atas proses-proses di mana risiko-risiko penting dikenal pasti, dinilai dan diuruskan. Audit-audit tersebut juga memastikan kawalan yang dilaksanakan adalah bersesuaian, diguna pakai dengan berkesan dan mencapai pendedahan risiko berpatutan yang konsisten dengan polisi pengurusan risiko Kumpulan. Fungsi audit dalaman dilaksanakan dengan cara yang konsisten dan mengikuti Amalan Profesional Pengauditan Dalaman yang Standard dan Kod Etika oleh Institut Juruaudit Dalaman Malaysia.

Ketua Audit Dalaman melapor terus kepada Jawatankuasa Audit dan penemuan serta cadangannya disampaikan kepada Lembaga Pengarah.

Penyata Fungsi Audit Dalaman dinyatakan pada muka surat 122 hingga 123 dalam Laporan Tahunan ini.

KOMUNIKASI BERKESAN DENGAN PARA

PEMEGANG SAHAM

Ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap para pemegang saham merupakan elemen utama kepada tadbir urus korporat yang baik. Objektif asas ketelusan dan kebertanggungjawaban adalah komunikasi yang jelas, maklumat yang komprehensif dan berkaitan, tepat pada masanya serta dapat diakses oleh para pemegang sahamnya. Dalam memenuhi obligasi tadbir urus, Kumpulan LPI mengekalkan pendedahan pada tahap yang tinggi dan komunikasi meluas dengan para pemegang saham dengan memberikan maklumat yang jelas, komprehensif dan tepat pada masanya melalui pelbagai saluran yang boleh diakses. Penyediaan maklumat yang tepat pada masanya adalah penting untuk para pemegang saham dan pelabur untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat pelaburan terutamanya pada masa pergolakan kewangan dan keadaan tidak menentu di pasaran.

Laporan Tahunan LPI kekal sebagai saluran komunikasi utama dengan para pemegang saham Kumpulan. Isi kandungan laporan tahunan LPI memenuhi Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities dan keperluan regulatori laporan tahunan yang lain. Isi kandungan maklumat yang mendalam dan syarat-syarat pendedahan yang mengawal syarikat tersenarai awam dalam mengumumkan keputusan suku tahunan kepada Bursa Securities telah meningkatkan ketelusan Kumpulan LPI secara amnya.

Kumpulan juga menyediakan satu ringkasan eksekutif mengenai laporan tahunannya, yang menekankan maklumat kewangan dan korporat utama serta analisis lembaran imbangan dan penyata pendapatan, bertujuan untuk menyediakan akses mudah kepada para pemegang saham dalam mendapatkan maklumat utama.

Satu saluran penting untuk komunikasi dan dialog dengan para pemegang saham adalah Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) Syarikat. Semua pemegang saham digalakkan menghadiri AGM Syarikat dan mengambil bahagian di dalam prosiding. Para pemegang saham diberikan peluang dan masa untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan berkaitan dengan perkara-perkara agenda mengenai prestasi Syarikat dan Kumpulan. Pengerusi/ Pengerusi Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan oleh para pemegang saham di mesyuarat agung dan mereka bersedia untuk menjelaskan setiap perkara atau pertanyaan dari para pemegang saham. Saranan-saranan para pemegang saham yang diterima di AGM akan dikaji semula dan dipertimbangkan untuk pelaksanaan, jika difikirkan wajar. Di AGM, Pengerusi Bersama LPI membentangkan kajian semula ringkas mengenai prestasi kewangan Kumpulan LPI. Kehadiran para pemegang saham ke AGM LPI selalunya menggalakkan, satu petunjuk jelas tentang penglibatan para pemegang saham yang meluas. Sejumlah 328, 376, 417 dan 544 pemegang saham (dan pemegang proksi) menghadiri AGM yang diadakan masing-masing pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011.

LPI mengeluarkan pernyataan media mengenai pengumuman keputusan tahunan dan suku tahunan. Pernyataan media bukan hanya bertujuan untuk mengagihkan keputusan kewangan Kumpulan LPI kepada

(18)

Pengeluaran Laporan Tahunan

Tarikh Keluaran Bilangan Hari Tarikh Akhir

Selepas Tahun Yang Ditetapkan

Berakhir Oleh Bursa Securities

Laporan Tahunan 2007 23 Januari 2008 23 30 Jun 2008

Laporan Tahunan 2008 21 Januari 2009 21 30 Jun 2009

Laporan Tahunan 2009 20 Januari 2010 20 30 Jun 2010

Laporan Tahunan 2010 27 Januari 2011 27 30 Jun 2011

Laporan Tahunan 2011 31 Januari 2012 31 30 Jun 2012

Pengeluaran Keputusan Suku Tahunan bagi Tahun 2011

Tarikh Keluaran Bilangan Hari Tarikh Akhir

Selepas Suku Yang Ditetapkan

Berakhir Oleh Bursa Securities

Suku Pertama 7 April 2011 7 31 Mei 2011

Suku Kedua 7 Julai 2011 7 31 Ogos 2011

Suku Ketiga 6 Oktober 2011 6 30 November 2011

Suku Keempat 9 Januari 2012 9 29 Februari 2012

Kumpulan secara konsisten telah berjaya mengeluarkan laporan tahunan dan keputusan kewangan suku tahunannya lebih awal walaupun terdapat keperluan regulatori, yang perlu dipatuhi, termasuk tahap pendedahan maklumat kewangan ketara yang lebih tinggi. Ketersediaan maklumat yang segera dan tepat pada masanya dengan jelas meningkatkan nilai maklumat tersebut kepada para pemegang saham dan pelabur serta mencerminkan ketelusan berstandard tinggi di dalam Kumpulan.

para pemegang saham dan pelabur secara meluas tetapi juga untuk membolehkan para pemegang saham dan pelabur awam mendapat maklumat yang terkini mengenai kemajuan dan perkembangan Kumpulan. Di samping itu, Kumpulan juga menyediakan sidang akhbar kepada media mengenai semua perkembangan korporat dan inisiatif perniagaan yang penting.

Sebagai langkah mengekalkan ketelusan pada tahap yang tinggi dan untuk menggalakkan pengagihan pendedahan korporat dan kewangan yang lebih luas, semua maklumat yang didedahkan kepada masyarakat umum, seperti Laporan Tahunan LPI, pengumuman keputusan kewangan suku tahunan Kumpulan LPI dan maklumat korporat yang lain boleh didapati di laman web Kumpulan, www.lonpac.com.

Pengagihan maklumat yang cepat dan tepat pada masanya adalah penting bagi para pemegang saham dan pelabur untuk membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat. Maklumat yang sudah ketinggalan zaman walaupun tepat dan komprehensif, kurang berguna untuk tujuan pelaburan. Mengambil kira pandangan ini, Kumpulan LPI meletakkan keutamaan yang tinggi dalam mengagihkan dan memberikan maklumat seawal yang mungkin. Pengeluaran maklumat kewangan berkala seperti Laporan Tahunan dan keputusan kewangan suku tahunan LPI secara amnya merupakan yang terawal di antara syarikat yang tersenarai dan sentiasa lebih awal dari tarikh yang ditetapkan oleh Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities, seperti yang dinyatakan di bawah:

(19)

Aktiviti-aktiviti Hubungan Pelabur pada Tahun 2011

Jumlah

Mesyuarat dengan penganalisis/ pengurus dana 11

Perjumpaan dengan media/ persidangan media 3

Temuduga melalui telefon 2

Encik Tee telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 29 Oktober 1991. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif LPI.

Encik Tee memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari University of Canterbury, New Zealand. Beliau merupakan seorang Akauntan Berkanun di Institute of Chartered Accountant, New Zealand dan Institut Akauntan Malaysia serta Fellow di Certified Practising Accountants of Australia.

Beliau juga merupakan Penasihat bagi Lonpac, sebuah syarikat subsidiari milik penuh LPI.

Encik Tan telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 29 Oktober 1996. Beliau merupakan Pengarah Bukan Eksekutif LPI.

Encik Tan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari University of London, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Hawaii. Beliau juga adalah seorang Penanggung Insurans Berkanun dan Ahli Bersekutu bagi Chartered Insurance Institute di London dan Ahli Bersekutu bagi Institut Insurans Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac, sebuah syarikat subsidiari milik penuh LPI.

Tee Choon Yeow Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif Butir Hubungan

Nombor telefon: (03) 2262 8688

Emel: cytee@lonpac.com

Tan Kok Guan

Pengarah Bukan Eksekutif Butir Hubungan

Nombor telefon: (03) 2262 8633

Emel: kgtan@lonpac.com

Hubungan Utama bagi Perkara Hubungan Pelabur

Aktiviti Hubungan Pelabur seperti mesyuarat-mesyuarat dengan pengurus dana dan penganalisis serta wawancara dengan pihak akhbar dihadiri oleh Para Pengarah berikut bagi menjelaskan strategi, prestasi dan pembangunan utama Kumpulan:

HUBUNGAN PELABUR

Aktiviti hubungan pelabur Kumpulan LPI bertindak sebagai satu saluran komunikasi penting dengan para pemegang saham, pelabur dan komuniti pelaburan di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Fungsi hubungan pelabur Kumpulan dilaksanakan oleh kakitangan Pihak Pengurusan yang terdiri daripada mereka yang paling kanan bagi menunjukkan komitmen Kumpulan untuk mengekalkan hubungan pelabur yang rapat dan juga menyediakan pandangan dan maklumat yang bersesuaian dan substantif mengenai Kumpulan kepada pelabur dan penganalisis penyelidikan ekuiti.

(20)

Usaha dan sumber-sumber yang disalurkan kepada fungsi hubungan pelabur menunjukkan komitmen Kumpulan LPI untuk mencapai komunikasi berstandard tinggi, dan tahap ketelusan tinggi kepada para pemegang saham dan komuniti pelaburan.

Maklumat mengenai hubungan pelabur Kumpulan dan hubungan utama juga boleh diperolehi oleh para pemegang saham dan pihak-pihak yang berkepentingan dari laman web kami di www.lonpac.com.

Penyata Tanggungjawab Para Pengarah ini dibuat selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh pada 9 Januari 2012.

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow Pengerusi

(21)

TINJAUAN KESELURUHAN

Pengurusan risiko membolehkan Pihak Pengurusan menghadapi ketidakpastian dan risiko berkaitan secara berkesan di samping meningkatkan kapasiti untuk membina nilai. Nilai berada pada tahap maksima apabila Pihak Pengurusan menetapkan strategi dan objektifnya untuk mencapai keseimbangan antara pertumbuhan dan matlamat yang dicapai serta risiko-risiko yang berkaitan. Sejajar dengan kesedaran ini, kepentingan pengurusan risiko telah meningkat dengan kukuh dari tahun ke tahun. Pengurusan risiko yang berhemah telah menjadi salah satu faktor kritikal dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi terutamanya dalam industri perkhidmatan kewangan yang berkait rapat dengan keadaan yang tidak menentu. Pengurusan risiko yang efektif memastikan kesinambungan operasi sesebuah organisasi.

Pengurusan risiko bukan semuanya berkenaan membuat persediaan untuk sesuatu yang buruk tetapi lebih kepada merealisasikan potensi penuh Syarikat. Pengurusan risiko membantu Pihak Pengurusan untuk mencapai prestasi Syarikat dan keuntungan yang ditetapkan serta mencegah kehilangan sumber. Pengurusan risiko juga membantu memastikan pelaporan yang efektif dan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan serta mengelakkan kejatuhan reputasi Syarikat dan akibat-akibat yang berkaitan. Secara ringkasnya, pengurusan risiko membantu sesebuah syarikat sampai ke arah yang dituju di samping mengelak kesulitan dan kejutan di sepanjang perjalanan.

Kumpulan LPI yang berada di dalam industri perkhidmatan kewangan, secara terutamanya berada di dalam perniagaan risiko dan beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang kerap berubah dengan risiko yang pelbagai. Lembaga Pengarah mengakui akan kepentingan pengurusan risiko yang berkesan bagi mencapai perkembangan keberuntungan yang boleh dikekalkan, kualiti aset yang kukuh dan terus memanfaatkan nilai pemegang saham. Lembaga Pengarah dibantu oleh Pihak Pengurusan untuk melaksanakan proses-proses pengurusan risiko di dalam Kumpulan yang menetapkan strategi perniagaan keseluruhan dan falsafah pengurusan risiko am. Bahagian utama risiko yang terdedah kepada aktiviti Kumpulan adalah risiko operasi, risiko kewangan dan risiko am. Semua risiko yang dikenal pasti dikendalikan dengan menyeluruh dan diuruskan dengan langkah-langkah kawalan dan pemantauan yang diwujudkan serta disokong oleh budaya pengurusan risiko yang berhemah.

Pengurusan risiko yang berkesan memastikan bahawa kefahaman risiko yang baik disokong oleh keinginan, kapasiti dan kawalan yang betul. Kawalan dipantau secara konstan dan dikaji semula sejajar dengan hala tuju dan strategi risiko Kumpulan, dengan mengambil kira perubahan dalam keadaan pasaran perniagaan, produk dan amalan terbaik pengurusan risiko. Usaha yang berterusan dilaksanakan bagi menerapkan budaya risiko yang tiada tolok bandingnya di semua peringkat kakitangan menerusi komunikasi berkesan, latihan, dasar yang jelas, prosedur dan struktur organisasi, serta peranan dan tanggungjawab yang ditentukan dengan jelas. Komitmen dalam menguruskan risiko dalam rangka kerja pengurusan risiko yang ketat telah membentuk asas yang kukuh bagi menyediakan pengurusan risiko yang berkesan di dalam Kumpulan.

(22)

RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO KESELURUHAN

Infrastruktur pengurusan risiko Kumpulan LPI menyediakan kebertanggungjawaban dan tanggungjawab yang jelas bagi proses pengurusan risiko yang menggariskan tanggungjawab pengurusan dan kawalan risiko yang utama:

Unit-unit Risiko Perniagaan

• Jabatan Pembangunan Perniagaan • Jabatan Penajaan Jamin

• Jabatan Tuntutan

• Jabatan Teknologi Maklumat • Jabatan Akaun & Kewangan • Jabatan Sumber Manusia • Jabatan Pematuhan

Pelaksanaan dan pematuhan

kepada dasar risiko

Jawatankuasa-jawatankuasa Khas

• Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko • Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura

Unit Pengurusan dan Kawalan Risiko Bebas

• Jabatan Audit Dalaman

Tinjauan keseluruhan

pelaksanaan dasar risiko dan

pematuhan

Jawatankuasa

Audit

Penyediaan Manual

Pengurusan Risiko yang

menggariskan hala tuju &

dasar risiko

Lembaga Pengarah

Jawatankuasa Pengurusan Risiko

Rangka kerja pengurusan risiko bagi Kumpulan LPI telah dibentuk dengan penekanan kepada operasi insurans sebagai perniagaan teras Kumpulan oleh syarikat subsidiarinya, iaitu Lonpac.

Lembaga Pengarah sedia maklum akan tanggungjawab utama mereka serta mengambil peranan terhadap pengurusan risiko di dalam Kumpulan. RMC telah ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah dengan tanggungjawab untuk memantau keseluruhan risiko yang termasuk inter-alia menilai semula dan meluluskan manual pengurusan risiko, menilai semula pendedahan dan komposisi portfolio risiko, dan memastikan bahawa infrastruktur, sumber dan sistem disediakan untuk aktiviti-aktiviti pengurusan risiko. RMC disokong oleh WRMC Lonpac.

Referensi

Dokumen terkait

tetapi  yang  terjadi  kini,  dari  sisi  pembiayaan  berdasarkan  bagi  hasil  dan  jual  beli  pada  perbankan  syariah  di  Indonesia,  mayoritas 

Data- data yang diperoleh dari penelitian ini adalah data tentang pengaruh penggunaan media sosial internet terhadap prestasi belajar bahasa Indonesia siswa kelas

Giberelin adalah zat pengatur tumbuh yang berperan merangsang perpanjangan ruas batang, terlibat dalam inisiasi pertumbuhan buah setelah penyerbukan (terlebih

Pada perpustakaan UIN Antasari Banjarmasin buku akan dimasukkan ke ruangan restorasi berdasarkan hasil wawancara sebagai berikut : “Pertama kali buku datang akan

Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis tingkat produksi pada industri kecil kerupuk di Kabupaten Kendal, dan seberapa besar pengaruh variabel-variabel yang digunakan

Judul Tesis : HUBUNGAN SOSIAL EKONOMI DAN INTAKE ZAT GIZI DENGAN TINGGI BADAN ANAK BARU MASUK SEKOLAH (TBABS) PADA DAERAH ENDEMIS GAKY DI KECAMATAN PARBULUAN

Terpadu prinsip Terpadu maeri Indikaor Keerpaduan opik Pengertan pembelajaran erpadu Kegiaan belajar i: dasar7dasar pembelajaran erpadu Prinsip pembelajaran

Di dalam upaya memahami realitas sebagai teks: ada vorurteil (prejudice), praduga. Vorurteil ini dipakai untuk membaca teks. Inilah syarat supaya pemahaman akan sebuah teks