• Tidak ada hasil yang ditemukan

ResMI RESEARCH. MEDICINE. INNOVATION

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ResMI RESEARCH. MEDICINE. INNOVATION"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

ResMI

RES

EARCH .

M

ED

I

CINE .

I

NNOVATION

BULETIN

Vol. 2 (1) 2020

“Pengurusan Penyelidikan yang cekap dan efisien”

www.ppukm.ukm.my/sppi/

The National University

of Malaysia

Sekretariat Penyelidikan & Inovasi, Fakulti Perubatan UKM

Pelancaran

Pelancaran

(2)

ResMI

2

Vol. 2 (1) 2020

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya amat bersyukur kerana dengan izinNya, buletin ResMI edisi ke-2 dapat dikeluarkan setelah edisi sulong dirasmikan di Mesyuarat Fakulti Perubatan tahun lepas. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada sidang redaksi buletin ResMI atas penerbitan edisi ke-2 ini. Penerbitan buletin ResMI adalah hasil kerjasama mantap dan berterusan antara perpus-takaan PPUKM dan SPI.

Buletin ResMI telah diedarkan kepada semua jabatan-jabatan di Fakulti Perubatan serta fakulti-fakulti di UKM Bangi. Ia juga dijadikan cenderhati kepada pelawat luar negara yang mengunjungi Fakulti Perubatan UKM. Harapan kita ialah supaya buletin ini dapat memberi maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan di Fakulti Perubatan dan memberi maklumat terkini dari perpustakaan PPUKM. Semoga ia dapat meningkatkan peluang koloborasi penyelidikan di dalam dan luar Fakulti Perubatan. Hasil maklumbalas yang sangat baik telah diterima dan adalah diharapkan Edisi ke-2 ini juga akan berjaya.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada jawatankuasa dan sidang redaksi buletin ini dan saya mendoakan semoga ia akan terus maju dan menjadi kebanggaan ahli Fakulti.

Sekian, terima kasih. Prof. Dr. Ahmad Nazrun Shuid

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Perubatan UKM.

Kandungan

Kata alu-aluan Wawancara Tokoh Penyelidik Takwim Aktiviti Kolum

- Prof. Dr. Srijit Das Penyelidikan - Kumpulan Tujahan Statistik 2 3 4 5 6 7 8

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Jawatankuasa Sidang Pengarang Buletin ResMI yang menghasilkan buletin edisi 2 tahun 2020. Semoga usaha ini dapat diteruskan untuk edisi seterusnya dalam menyampaikan maklumat terkini dan pencapaian Fakulti Perubatan dalam penyelidikan dan inovasi.

Salam penuh takzim.

Yang Mulia Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali Dekan Fakulti Perubatan, UKM.

Alu-aluan

Dekan

Ketua Sidang

Pengarang

SIDANG PENGARANG Penasihat

Yang Mulia Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali

Ketua Sidang Pengarang

Prof. Dr. Ahmad Nazrun Shuid

Sidang Pengarang:

Hazmir Zainal

Azlan Mohamad Hamzah Liyana Jasman

Wan Nur ’Afifah Wan Yahya Siti Salmah Md Yusof Mohd Hairul Faizal Ahmad Nurazilah Mohamed Sallehulldin Siti Noorain Hamid

Nur Fatin Hazwani Dahalin Khairul Hazdi Yusof Sazman Wahab

(3)

3

WAWANCARA

Kenali Tokoh Penyelidik 2019

Profesor Dato’ Dr. Ruszymah Idrus

dilahirkan pada 6 Januari 1963 di Pahang. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Bapa beliau merupakan mantan Pengarah Kebudayaan Belia dan Sukan di Pahang manakala ibu beliau pernah bekerja sebagai telefonis di Telekom Malaysia.

Beliau telah berkahwin dengan Dr. Aminuddin Saim, seorang pakar telinga, hidung dan tekak yang kini bertugas di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital. Hasil perkahwinan dengan Dr. Aminuddin, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Profesor Dato’ Dr. Ruszymah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ulu Klang dan Sekolah Menengah Ulu Klang. Beliau melan-jutkan pelajaran di Matrikulasi Pengkalan Chepa, Kelantan dan seterusnya di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Perubatan. Setelah memperoleh Ijazah Perubatan, pada tahun 1990 beliau kemudian menjadi pensyarah pelatih di Jabatan Pediatrik. Atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan, beliau kemudiannya menjadi pensyarah pelatih di Jabatan Fisiologi dan memperoleh PhD pada tahun 1996. Beliau telah menjalani sangku-tan postdoktoral di Harvard Medical School, di mana beliau telah mendalami bidang kejuruteraan tisu. Pada tahun 2000, Profesor Dato’ Dr. Ruszymah bersama-sama dengan suaminya mewujudkan Makmal Kejuruteraan Tisu dan Manusia Genetik di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang pada masa itu masih belum ada di Malaysia. Pada tahun 2008, makmal ini telah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan. Sehingga kini, Pusat Kejuruteraan Tisu telah mem-fokuskan penyelidikan yang berasaskan kepada penghasilan kulit, tulang rawan, tulang, kornea, saluran pernafasan dan jantung dengan kaedah kejuruteraan tisu.

Sepanjang karier beliau sebagai pensyarah dan kini sebagai profe-sor di Jabatan Fisiologi, beliau telah terlibat sebagai penyelia kepada lebih daripada 20 orang pelajar PhD, 50 orang pelajar master, dan 20 orang pelajar prasiswazah. Beliau telah berjaya menulis dan menghasilkan lebih daripada 300 penerbitan. Akan tetapi, bagi Profesor Dato’ Dr. Ruszymah, perkara yang lebih meng-gembirakan beliau ialah impak daripada penerbitan tersebut kepada orang ramai. Beliau merasa lebih puas sekiranya sesuatu penerbitan itu mendapat sitasi yang tinggi.

Profesor Dato’ Dr. Ruszymah telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dan kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang penyelidikan, malah juga pendidikan. Antara anugerah yang paling menggembirakan beliau ialah apabila dianugerahkan dengan Anugerah Pengajar Cemerlang. Menurut beliau, anugerah ini dipilih bukan sahaja dari kalangan pihak pengurusan malah juga daripada kalangan pelajar. Bagi beliau, walaupun beliau aktif dalam penyelidikan, pengajaran juga tidak patut diabaikan. Antara kejayaan beliau yang lain ialah telah berjaya dalam teknologi menghasilkan kulit gantian, KulitKu bersama kumpulann-ya. Teknologi kulit gantian ini menjadi rawatan alternatif bagi pesakit yang mengalami luka kebakaran, trauma dan ulser diabe-tik. Satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan ialah produk ini telah berjaya diaplikasikan pada seorang pesakit yang berusia 4 tahun lebih yang hilang 50% bahagian kulitnya kerana luka terba-kar. Pesakit ini sembuh selepas 3 bulan rawatan dijalankan. Selain itu, banyak lagi produk dari Kejuruteraan Tisu yang akan dihasilkan pada masa akan datang. Antaranya ialah LututKu yang akan mula menjalani percubaan klinikal pada bulan hadapan.

Antara rahsia kecemerlangan Profesor Dato’ Dr. Ruszymah ialah bekerja secara berpasukan. Bagi beliau seseorang itu tidak boleh sampai ke mana-mana jika bekerja seorang diri. Contohnya, sekira-nya beliau ialah pengemudi kapal, kapal tersebut tidak mungkin boleh berjalan tanpa ahli kapal yang lain.

Selain daripada kejayaan, Profesor Dato’ Dr. Ruszymah juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah. Antaranya ialah pengu-rusan sampel iaitu tisu manusia yang memerlukan proses kerja yang teliti dan segera. Oleh sebab itu, beliau sering menasihati kakitan-gan dan pelajar beliau untuk sentiasa bersemangat dalam menjalankan penyelidikan. Dengan semangat yang tinggi, barulah dapat menghasilkan penyelidikan yang bagus.

Profesor Dato’ Dr. Ruszymah mempunyai matlamat dan harapan yang tinggi agar para pensyarah daripada jabatan klinikal dan praklinikal di Fakulti Perubatan, UKM dapat bertukar-tukar fikiran dan seterusnya berbincang mengenai perkara yang boleh dilaku-kan dalam memajudilaku-kan lagi kaedah rawatan di PPUKM. Bagi beliau, segala kemudahan telah sedia ada di PPUKM. Hanya memerlukan kerjasama di kalangan pensyarah agar dapat sama-sama membu-dayakan penyelidikan di Fakulti Perubatan.

Wawancara oleh En Muhammad Khaidir Hashim Rakaman oleh Pn Nur Fatin Hazwani Dahalin Laporan oleh Pn Siti Noorain Hamid

(4)

TAKWIM

4

Vol. 2 (1) 2020

BENGKEL-BENGKEL ANJURAN SPI 2019

BIL BENGKEL

TARIKH

TEMPAT

1

Bengkel Sesi Penilaian Program

Tujahan Penyelidikan

29 Januari 2019

Sukmaria

2

Bengkel Pemurnian Proposal FRGS

18 & 19 Februari 2019 Blok Praklinikal PPUKM

3

Bengkel Pengenalan Saringan

Proposal

12 Mac 2019

Bilik Mesyuarat Prasiswazah,

Blok Praklinikal

4

Bengkel Penerbitan Case Report

18 & 19 Mac 2019

Makmal Komputer Dome

5

Bengkel Pemurnian Kertas Konsep

TRGS & LRGS

1 April 2019

Bilik Mesyuarat Prasiswazah,

Blok Praklinikal

6

Bengkel High Achievers

23 April 2019

Sukmaria

7

Bengkel Penulisan Manuskrip SSM

24-25 April 2019

Makmal Komputer Dome

8

Bengkel Penyelidik Muda

14 Mei 2019

Bilik Mesyuarat Anatomi

9

Bengkel Pemurnian Proposal GGPM 4-5 Julai 2019

Bilik Mesyuarat Prasiswazah,

Blok Praklinikal

10

Minggu Penyelidikan & Perubatan

22 -26 Julai 2019

Dewan Kuliah 2 Blok

Praklinikal

11

Good Clinical Practice

19-21 Ogos 2019

Dewan Kuliah 1 Blok

Pendidikan

12

Bengkel Penulisan Buku

30 Ogos 2019

Makmal Casemix

13

Sesi Interaktif Bersama Dekan

6 November 2019

Bilik Mesyuarat Lembaga

14

Bengkel Penulisan Buku Syarahan

Perdana Prof. Dr. Halim

12 November 2019

ASSC

15

Bengkel Penulisan Buku

15 November 2019

Makmal Casemix

16

UKM-NCKU Workshop VR And AR In

Medical Education

18 November 2019

Bilik Mesyuarat Prasiswazah,

Blok Praklinikal

17

Bengkel Penulisan Buku Siri 2

21 November 2019

ASSC

18

Taklimat Geran FRGS

21 November 2019

Dewan Kuliah 1 Blok

Praklinikal

19

Sesi Interaktif Bersama Dekan Siri 2

21 November 2019

Bilik Mesyuarat Lembaga

20

Bengkel Pemurnian Proposal FRGS

2020

25-26 November 2019 Bilik Mesyuarat Prasiswazah,

Blok Praklinikal

21

Sanggar Kerja

29 November – 1

Disember 2019

Langkawi

22

Bengkel Penulisan Buku Siri 6

5 Disember 2019

ASSC

23

Syarahan Umum Penyelidikan - Prof.

Dato' Dr. Roslan Abd. Shukor

10 Disember 2019

Auditorium ASSC

24

Bengkel Penulisan Buku 7

12 Disember 2019

ASSC

25

Bengkel Pemurnian Proposal FRGS

2020 Siri Ke-2

11-12 Disember 2019

Bilik Mesyuarat Prasiswazah,

Blok Praklinikal

26

Bengkel Penulisan Buku 8

20 Disember 2019

ASSC

(5)

5

AKTIVITI

Senarai penerima geran

Lawatan Penanda Aras ke UPM (8 April 2019)

Minggu Penyelidikan Perubatan & Kesihatan Ke-21 (22-26 Julai 2019)

(6)

Vol. 2 (1) 2020

LAPORAN

6

Perpustakaan PPUKM dengan Kerjasama Sekretariat Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Perubatan UKM telah menganjurkan Sesi Publishing with Nature Journals pada 25 September 2019 di Dewan Kuliah 2, Pusat Perubatan UKM. Sesi ini telah disampaikan oleh Dr Yaoqing Zhang, Senior Editor Nature Communications. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan trend dan strategi penerbitan melalui Jurnal Nature serta kaedah dalam menyediakan manuskrip untuk penerbitan. Seramai 34 orang hadir pada sesi ini yang terdiri daripada para pensyarah, ahli akademik, kakitangan dan pelajar UKM.

Sesi Publishing With Nature Journals 2019

Bengkel Pangkalan Data Web Of Science & Journal Citation Reports telah diadakan pada 28 Ogos 2019 di Makmal Komputer Terabyte Aras 5 Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja'afar, PPUKM. Bengkel ini dihadiri seramai 42 orang yang terdiri daripada para pensyarah, kakitangan dan pelajar pasca-siswazah. Bengkel ini disampaikan oleh Ms. Dju-Lyn Chng daripada Web Of Science Group. Antara topik yang disampaikan adalah :

Taking Researchers from Research Discovery to Impactful Collaborations and Publication

Find, Read and Publish in High Impact Journals

Finding Research and journals that are relevant to me and my field of study What are the emerging research areas I can focus my research topic on? How do I choose the most ideal journal to publish in?

(7)

PENYELIDIKAN

7

Kumpulan

CARDIOVASCULAR HEALTH

Nama Ahli-ahli kumpulan Jabatan

1. Prof Madya Dr Isa Naina Mohamed Farmakologi 2. Prof Madya Dr Qodriyah Haji Mohd

Saad Farmakologi 3. Prof Madya Dr Zakiah Jubri Biokimia 4. Dr. Amilia Aminuddin Fisiologi 5. Dr. Azizah Ugusman Fisiologi 6. Dr Hamat Hamdi Che Hassan Perubatan (Unit Kardiologi) 7. Dr. Shathiskumar Govindaraju Perubatan (Unit Kardiologi) 8. Dr. Mohd Syawal Faizal Mohamad Perubatan (Unit Kardiologi) 9. Dr. Patrick Tiau Wei Jyung Perubatan (Unit Kardiologi) 10. Dr. Norliana binti Masbah Farmakologi 11. Puan Adila A Hamid Fisiologi 12. Dr. Noor Diyana Mohamad Farouk Perubatan (Unit Kardiologi) 13. Dr Nadiah Sulaiman Pusat Kejuruteraan Tisu 14. Dr Satirah Zainalabidin Fakulti Sains Kesihatan 15. Dato’Dr. Oteh Maskon Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru

(8)

STATISTIK

8

Jumlah Penerbitan = 1222 Jumlah Dana Penerbitan 2018 = 504 Penerbitan 2019 = 492 486 467 144 69 31 18 6 1 Bilangan Penerbitan Fakulti Perubatan mengikut MyRA

Januari – Disember 2019 Jurnal

Lain-lain penerbitan Jurnal Q1 dan Q2 Penerbitan dalam jurnal lain Bab dalam buku penyelidikan Buku penyelidikan Konferen/Prosiding Kertas polisi 0.85 0.90 0.81 0.83 1.44 1.04 0.78 2.05 1.81 1.15 2.43 1.01 1.87 1.23 7.11 3.19 3.02 8.54 7.80 12.95 0 2 4 6 8 10 12 14 2015 2016 2017 2018 2019

Jumlah Dana (RM Juta) Yang Diperolehi di Fakulti Perubatan

Tahun 2015-2019

DANA FUNDAMENTAL PPUKM DANA UNIVERSITI DANA KEMENTERIAN DANA LUAR/INDUSTRI

64 89 67 46 238 504 37 107 55 55 238 492 0 100 200 300 400 500 600 Q1 Q2 Q3 Q4 Tiada Q Jumlah

Perbandingan Bilangan Rekod Penerbitan 2019 dan 2018 Fakulti Perubatan Mengikut

Quartile (Artikel/Prosiding/Ulasan) 2018 2019 Tahun RM 2015 7,508,482 2016 5,714,678 2017 13,274,044 2018 11,667,890 2019 22,647,121

Referensi

Dokumen terkait