PROCEEDINGS
INTERNATIONAL
CONVENTION
ON
ISLAMIC
MANAGEMENT
2013
Realizing
Islamic
Management
in
the
21
stCentury:
Challenges
&
Prospects
27
&
28
November
2013
Academy
of
Islamic
Studies,
University
of
Malaya,
Kuala
Lumpur.
© 2013
All rights reserved; no part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electronicly or mechanicaly through photocopying, recording or others without prior official permission from the publisher.
Published by:
Department of Shariah and Management, Academy of Islamic Studies,
University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Tel: +603‐7967 6013 Fax: +603‐7967 6140
Email: api_pengurusan@um.edu.my
In cooperation with:
YaPEIM Management Academy, No. 52 Tingkat 1, Bangunan YaPEIM, Jalan Kg. Attap,
50732 Kuala Lumpur. MALAYSIA.
Tel: +603‐22747913 Fax: +603‐22724469
Dr
Kamaruzaman
Noordin
Dr
Mohd
Rizal
Muwazir
Mr
Mohd
Abd
Wahab
Fatoni
Mohd
Balwi
Associate
Professor
Dr
Ilhaamie
Abdul
Ghani
Azmi
Dr
Nayel
Shaker
Musa
al
‐
Omran
Nur
Izzati
Jamaluddin
Sitinor
Asfar
Md.
Derus
Siti
Aishah
Kasmon
i
TABLE
OF
CONTENTS
MANAGEMENT
AND
BUSINESS
1
Flexible
Work
Arrangements:
The
Use
of
Self
‐
Control
in
Managing
Work
‐
Family
Conflict
Siti
Syuhada
Abd
Rahman,
Suhaily
Md
Shamsuddin
2
Implementation
of
Islamic
Management:
Case
Study
at
As
‐
Sakinah
Supermarket,
Surabaya
Pramita
Agustin,
Himmatul
Kholidah
3
Infusing
Islam
in
State
Administration:
Kelantan
Experience
Mohd.
Abd
Wahab
Fatoni
Mohd
Balwi,
Sumaiyah
Mat
Desa
4
Islamic
Human
Resource
Management:
Case
Study
on
the
Implementation
of
Calestial
Management
at
Bank
Muamalat
Indonesia,
Islamic
Human
Resources
Management
Yogyakarta
Branch
Ruspita
Rani
Pertiwi
5
Islamic
Perspective
of
Residential
Care
Homes
for
the
Elderly
(RCHfE)
in
Malaysia
Hamimatulakmam
Hamdan,
Noralfishah
Sulaiman
6
Islamic
Venture
Capital
in
Malaysia:
Development,
Constraints
and
Way
Forward
Sa’id
Adekunle
Mikail,
Mahamad
Arifin,
Rusni
Hassan
7
Kajian
Kefahaman
Zakat
dalam
kalangan
Golongan
Muda:
Pelajar
Institusi
Pengajian
Tinggi
di
Selangor
Noraini
Shamsuddin,
Teh
Suhaila
Tajuddin,
Aza
Shahnaz
Azman
Siti
Hawa
Raden
Eksan
,
Hairolfazli
Mohamad
Som
8
Management
of
Futures
and
Forwards
Instruments
from
Perspective
of
Shari’ah
Ehab
Mohammad
Mustafa
Injadat,
Mohamad
Yazis
Ali
Bash,
Muhammad
Ridhwan
9
Masjid
dan
Aktiviti
Jual
Beli:
Prospek
dan
Cabarannya.
Sumaiyah
Mat
Desa,
Suhaili
Bin
Sarif
10
Mobilizing
Waqf
Fund
for
Education:
The
Case
of
IIUM
Endowment
Fund
Norma
Md
Saad,
Salina
Kassim
11
Pendekatan
Pembangunan
Modal
Insan
Menurut
Perspektif
Islam:
Satu
Sorotan
Teoritis
Adnan
Non,
Nor
‘Azzah
Kamri
12
Pengaruh
Program
Latihan
Terhadap
Prestasi
Kerja
Menurut
Perspektif
Islam
dan
Empirikal
Noor
Azmi
Mohd
Zainol,
Daud
Mohamed
Salleh,
Wan
Mukhtar
Wan
Muda
13
Pengurusan
Institusi
Zakat
dalam
Konteks
Prosedur
Pemilihan
dan
Pelantikan
Amil
Zakat
di
Malaysia
Azman
Ab
Rahman,
Siti
Martiah
Anwar
14
Pengurusan
Keselamatan
Industri
melalui
Pendekatan
Simbiosis
Industri:
Memperkasakan
Konsep
“Halalan
‐
Toyyiban”
di
Taman
Halal
Azizan
Ramli,
Mazlin
Mokhtar,
Badrulhisham
Abd.
Aziz
15
Pengurusan
Kewangan
Masjid
di
Daerah
Kubang
Pasu,
Kedah.
Hydzulkifli
Hashim
Omar,
Mohamad
Yazid
Isa,
Noraini
Yusuf
16
Pengurusan
Sumber
Manusia
dalam
Konteks
Islam: Menyoroti
Model
Spiritual
Physical
Intelektual
Emosi
Sosial
(Spies)
Faizatul
Najihah
Mohd
Azaman,
Faudzinaim
Badaruddin
17
Prospek
dan
Amalan
Konsep
Kendiri
dalam
Pengurusan
Strategik
Organisasi:
Analisis
dari
Perspektif
Barat
dan
Islam
Fadillah
Mansor,
Tengku
Sarina
Aini
Tengku
Kasim
18
Religiosity
in
Brand
Switching:
A
Comparative
Study
of
Pakistan
and
Malaysia
Munazza
Saeed,
Ilhaamie
Abdul
Ghani
Azmi
19
Sharia
Compliance
in
Hotel
Management:
A
Conceptual
Framework
Che
Musa
Che
Omar,
Noormuthaah
Muhamad,
Ali
Adaha,
Nor
‘Azzah
Kamri
20
Peranan
Undang
‐
undang
Indonesia
ke
atas
Pentadbiran
Zakat
:
Ke
arah
Memperkukuh
Hak
‐
hak
Ekonomi
Masyarakat
Abdul
Mujib
iii
21
Wanita
dan
Amalan
Keusahawanan
Islam:
Satu
Kerangka
Konseptual
Ilhaamie
Abdul
Ghani
Azmi,
Mohamed
Dahlan
Ibrahim
ECONOMY
AND
FINANCE
22
Kefahaman
Pelanggan
Bank
Muamalat
Indonesia
Terhadap
Akad
Mudharabah
Iskandar,
Ilhaamie
Abdul
Ghani
Azmi,
Azian
Madun
23
Managing
Cash
Waqf
Fund
for
Islamic
Waqf
Bank
Institution
Muhammad
Ridhuan
Ab.
Aziz,
Mohd.
Asyraf
Yusof,
Fuadah
Johari
24
Managing
Profit
‐
Seeking
Motive
in
Islamic
Insurance
Institutions:
The
Malaysian
Perspective
Kamaruzaman
Noordin,
Azian
Maidun,
Mohd
Rizal
Muwazir
@
Mukhazir,
Fadillah
Mansor
25
Managing
Shariah
non
‐
Compliance
Risk
in
Islamic
Banking:
Current
Practice
and
Challenges
Ahead
Mohd
Nazri
Chik,
Mohd
Zikri
Mohd
Shairy
26
NGO
dan
Perkembangan
Sektor
Muamalat
Indonesia:
Pengalaman
dan
Peranan
Parti
Keadilan
Sejahtera
Ardiansyah
Ashri
Hussein,
Suhaili
Sarif
27
Pembiayaan
Kenderaan
di
Bank
Islam
(M)
Berhad
dan
Isu
‐
Isu
Berkaitan
Mohd
Usoff
Zakaria,
Ab.
Mumin
Ab.
Ghani
28
Pengaruh
Religiositi
terhadap
Tahap
Penerimaan
Pelanggan
Bank
Muamalat
Indonesia
Azian
Madun,
Ilhaamie
Abdul
Ghani
Azmi,
Iskandar.
29
Pengurusan
Institusi
Zakat
dalam
Pelaksanaan
Program
Usahawan
Asnaf
di
Malaysia
Azman
Ab
Rahman,
Mohamad
Yazis
Ali
Basah,
Mohammad
Noorizuddin
Nooh
Mahdhir
Abdullah
30
Perbezaan
Fatwa
Pelaburan
ASNB:
Kesan
Terhadap
Hibah
Amanah
ASNB.
Ahmad
Faizal
Abd
Hamid,
Suhaili
Alma’amun,
Mohd.
Khairy
Kamarudin,
Mohd.
Zamro
Muda
31
Small
Business
Owners’
Response
towards
Patronage
of
Islamic
Pawn
Broking
Service
in
Pahang
Siti
Aishah
Mohamed,
Ilyani
Azer,
Mohd
Faizal
Azrul
Azwan
Che
Harun
@
Mohammad
32
The
Effect
of
Takaful
Agents’
Islamic
Relationship
Marketing
Practice
on
Customer
Satisfaction,
Trust
and
Commitment:
An
Empirical
Study
on
800
of
Family
Takaful
Customers
Marhanum
Che
Mohd
Salleh,
Riwan
Ramli
33
The
Management
of
Underwriting
Surplus
by
Takaful
Operators
in
Malaysia
Kamaruzaman
Noordin
34
Waqf
Bank
in
Indonesia:
A
Dynamic
Model
for
Cash
Waqf
Management
as
One
of
Alternative
Instruments
for
Poverty
Alleviation
Gusva
Havita,
Safrina
Fauziyah
Rashor
35
Waqf
Development
Financing
in
Higher
Education:
Challenges
and
The
Way
Forward
Mohammad
Haji
Alias,
Fuadah
Johari,
Hisham
Sabri
36
Zakat
untuk
Pemberdayaan
Asnaf
Sebagai
Strategi
Pembangunan
Islam:
Cabaran
dan
Prospek
Suhaili
Sarif
ETHICS
AND
QUALITY
37
Cabaran
Pelaksanaan
MS1900:
2005
(Sistem
Pengurusan
Kualiti
menurut
Perspektif
Islam)
di
Institusi
Pengajian
Tinggi
Swasta,
Malaysia:
Satu
Kajian
Kes.
Hasan
Al
‐
Banna
Mohamed,
Ab.
Mumin
Ab.
Ghani,
Siti
Arni
Basir
38
Classic
Ethical
Theories:
The
Missing
Link
of
the
Modern
Islamic
Work
Ethics
Siti
Fairuz
Ramlan,
Nor
‘Azzah
Kamri
39
Etika
di
Institusi
Islam:
Penelitian
ke
atas
Faktor
Pendorong
Pelaksanaannya
Nor
‘Azzah
Kamri,
Siti
Arni
Basir
40
Integriti
dalam
Etika
Kepimpinan
Islam
Menurut
al
‐
Mawardi
v
41
Kajian
Kes
Perlaksanaan
Etika
Kerja
Islam
(EKI)
di
Johor
Corporation
(JCORP)
Muhammad
Mustakim
Bin
Mohamed
Noh,
Siti
Arni
Basir
42
Keberkesanan
Sistem
Pengurusan
Kualiti
Berlandaskan
Syariah
(MS)
1900
‐
2005
terhadap
Pencapaian
Prestasi
dalam
Organisasi:
Konsep
Rangka
Kerja
(
A
Conceptual
Framework)
Syaida
Fauziatul
Hana
Yahya,
Mohd.
Roslan
Ismail,
Wan
Mohd
Azfar
Wan
Mohd
Zain
43
Kualiti
Perkhidmatan
menurut
Perspektif
Islam
Muhamad
Faisal
Bahari,
Mohd.
Rizal
Muwazir
44
Measuring
the
Islamic
Work
Ethics:
An
Alternative
Approach
Azharsyah
Ibrahim,
Nor
‘Azzah
Kamri
45
Pelaksanaan
Sistem
Pengurusan
Kualiti
Islam
MS1900:
Kajian
Kes
di
Pusat
Zakat
Melaka.
Siti
Arni
Basir,
Ilhaamie
Abd.
Ghani
Azmi,
Nor
‘Azzah
Kamri
46
Profesionalisme
Menurut
Perspektif
Islam:
Penelitian
terhadap
Aplikasi
dan
Implikasinya
Hazwani
Mohamed
Nor,
Nor
‘Azzah
Kamri
47
The
Importance
of
Modesty
Virtue
in
Islamic
Communications:
Ethics
and
Islamic
Management
Zohreh
Sadatmoosavi,
Mohammad
Ali
Shokouhi,
Seyed
Mohammad
Hossein
Rassouli,
Wan
Zailan
Kamaruddin
Wan
Ali
TECHNOLOGY
AND
ENVIRONMENT
48
Aplikasi
Konsep
al
‐
Jarh
wa
al
‐
Ta’dil
dalam
Pembentukan
Konstruk
Kredibiliti
Maklumat
Acuan
Islam
Muhammad
Ahmad,
Mohd
Sobhi
Ishak,
Mohd
Nizho
Abdul
Rahman,
Mohamad
Khadafi
Rofie
49
Aplikasi
Laman
Web
dalam
Institusi
Zakat
di
Malaysia
ke
arah
Penambahbaikan
Keberkesannnya
Muhsin
Nor
Paizin
50
Assessing
Workplace
Spirituality
in
the
Academic
Environment
in
Malaysia
51
Computer
Aided
Facilities
Management
(CAFM)
dan
Institusi
Masjid.
Kajian
Kes:
Masjid
Wilayah
Persekutuan,
Kuala
Lumpur.
Miftahuddin
Misri,
Noralfishah
Sulaiman
52
Peranan
Teknologi
dalam
Pengurusan
Harta
Tanah
Islam:
Kajian
Penggunaan
Sistem
Maklumat
Geografi
dalam
Pengurusan
Tanah
Perkuburan
Islam
Noor
Shafiqah
Mohamad
Daud,
Noralfishah
Sulaiman
53
Prinsip
dan
Amalan
Pengurusan
Sisa
Pepejal
Secara
Islam:
Aplikasi
Kaedah
Fiqh
dalam
Pengurusan
Alam
Sekitar
Moden
Affendi
Ismail
54
Strategic
Planning:
Does
ESG
Contribute
to
Higher
Shareholders’
Value?
International Convention on Islamic Management 2013
Paper 16| 1
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM KONTEKS ISLAM:
MENYOROTI MODEL SPIRITUAL PHYSICAL INTELEKTUAL
EMOSI SOSIAL (SPIES)
Faizatul Najihah Mohd Azaman Faudzinaim Badaruddin
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia najihahelfaizah@gmail.com, fnaim@ukm.my
Abstrak: Pengurusan sumber manusia yang berkualiti mengikut etika Islam mampu
memberi impak positif yang cemerlang kepada masyarakat secara amnya.Kajian kualitatif ini bertujuan menyoroti pengurusan sumber manusia yang diaplikasikan di dalam latihan pembangunan sumber manusia yang menggunakan kerangka konsep Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES). Oleh itu, sekretariat yang juga penyelaras modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES), Dr. Ruziah binti Ghazali, telah ditemu bual bagi mendapatkan maklumat asas pembangunan sumber manusia yang digunakan dalam latihan pembangunan modal insan di Selangor, khususnya. Dapatan kajian akhirnya mendapati pengurusan sumber manusia di dalam Islam adalah digunapakai di dalam membangunkan modal insan di Selangor menerusi model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial(SPIES). Kajian lanjutan seterusnya dicadangkan untuk mengkaji aspek yang membangunkan modal insan dan peranan modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) ini dalam kalangan rakyat Selangor.
Kata kunci: Modul Spiritual Physical Intellectual Emotional Social (SPIES),
pengurusan sumber manusia.
PENGENALAN
Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) adalah sebuah kerangka projek yang telah dicetuskan oleh Yang Berbahagia Dr. Halimah binti Ali, di dalam memperkasakan modal insan di Selangor khususnya. Membawa slogan
‘Mengehsankan insan Selangor Darul Ehsan’, Spiritual Physical Intelektual Emosi
International Convention on Islamic Management 2013
Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) ini adalah pertama
di Malaysia yang merangkumkan kelima aspek kecerdasan iaitu spiritual quotient
(SQ), physical quotient (PQ), intellectual quotient (IQ), emotional quotient (EQ), dan social
quotient (SQ). Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) ini
mempunyai banyak skop model yang meliputi remaja, keluarga, belia, siswa, penjawat awam, pendidik, kepimpinan masyarakat, professional, bridged amal, dan seterusnya alumni. Alumni Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) inilah yang akan memanifestasikan Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang terbaru, iaitu Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) D’Village dan Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) Organisasi [1].
Pembudayaan Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) bertujuan untuk menjadikan ianya amalan tradisi yang diperkembang, dan diikuti oleh setiap masyarakat. Justeru, pembudayaan ini bermula dengan program Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang telah diinstitusikan di bawah naungan kerajaan negeri. Oleh yang demikian, untuk merealisasikan misi tersebut, aktiviti Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) ini perlu dijadikan amalan harian untuk mewujudkan penambahbaikan di dalam organisasi [2].
Setiap aktiviti tentunya mempunyai pengurusan yang betul, terutamanya yang melibatkan manusia sebagai tunjang utama. Menurut Abd Rahman (2006), program latihan dan pembangunan sumber manusia adalah sebuah organisasi yang mewujudkan aktiviti yang terancang dan sistematik bagi membantu ahli-ahlinya mempelajari kemahiran yang diperlukan semasa atau akan datang bagi meningkatkan kecekapan struktur organisasi. Usaha-usaha ini melibatkan peningkatan pengetahuan, menimbulkan semangat dan kesedaran mengenai pekerjaan, perubahan sikap dan menambahkan kemahiran kerja. Pembangunan sumber manusia melibatkan program utama iaitu program latihan dan pembangunan individu, program pembangunan organisasi dan pengembangan kerjaya, beserta program pembangunan kerjaya dan peluang kerjaya [3].
Latihan adalah berbeza dengan pembangunan. Latihan adalah lebih kepada proses jangka pendek untuk seseorang mendapatkan ketrampilan secara sistematik. Manakala pembangunan adalah proses didikan jangka panjang untuk individu mendapatkan kefahaman yang abstrak secara berterusan. Pada umumnya, latihan adalah sebagai tujuan untuk meningkatkan produktiviti, semangat dan keghairahan untuk bekerja, mengelakkan dari bahaya serta mampu meningkatkan kestabilan dan fleksbiliti sesuatu organisasi. Nilai-nilai inilah yang menunjukkan bahawa peri pentingnya peranan latihan di dalam organisasi [4]. Bagaimanapun, latihan adalah bertujuan untuk membangunkan sumber manusia. Justeru, ia memerlukan satu sistem pengurusan untuk membangunkan sumber insan.
International Convention on Islamic Management 2013
Paper 16| 3 latihan haruslah dirancang terlebih dahulu, dilaksanakan, dan dinilai secara sistematik dalam konteks keperluan organisasi. Objektif latihan pula adalah bentuk yang boleh diuji pengukurannya dan bersesuaian dengan keperluan individu [3]. Latihan tidak boleh dilakukan secara pukal dan sama rata, kerana setiap individu berlainan peringkat, latar belakang pengajian, dan keupayaan peribadi. Oleh yang demikian, penyediaan program latihan yang teratur dan bersistematik mampu menjadikan pengurusan sumber manusia lebih sistematik dan berimpak positif.
METODOLOGI DAN OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kualitatif yang digunakan melibatkan temu bual separa struktur bersama dengan penyelaras sekretariat Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES), Dr Ruziah binti Ghazali. Selain itu, pengkaji menggunakan sumber dari buku yang membincangkan mengenai pengurusan sumber manusia menurut Islam.
PERSOALAN KAJIAN DAN OBJEKTIF
Didapati, terdapat persoalan kajian iaitu yang pertamanya, apakah model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES)? Kedua, bagaimanakah ia menggunakan pengurusan sumber manusia secara Islam, memandangkan latar belakang masyarakat Selangor yang mempunyai pelbagai lapisan. Objektif kajian ini yang pertamanya adalah memperkenalkan model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) kepada masyakarat umum secara asasnya. Kedua, bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan sumber manusia yang digunakan untuk membangunkan modal insan di Selangor selaras dengan konsep yang dikehendaki Islam.
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ISLAM
Di dalam perbincangan mengenai pengurusan sumber manusia dalam konteks Islam ini, pengkaji mengklasifikasikan tiga skop perbincangan.Tiga skop mengupas definisi pengurusan, matlamat pengurusan dan seterusnya konsep pengurusan Islam yang meliputi etika.
Definisi dan Kaedah Pengurusan Sumber Manusia.
International Convention on Islamic Management 2013
dalam rangka mencapai tujuan melalui aktiviti orang lain [7,8]. Pembangunan sumber manusia berkait rapat dengan aspek latihan, pendidikan dan pembangunan. Oleh itu, ia memerlukan latihan sebagai aktiviti meningkatkan keupayaan, kemahiran, dan perubahan sikap [8].
Pembangunan sumber manusia dilihat secara lebih holistik. Falsafahnya dalam konteks Islam adalah lebih kepada memartabatkan kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang membawa kepada pencapaian matlamat yang bersifat kuantitatif dan kualitatif. Matlamat akhirnya adalah menuju
keredhaan Allah SWT. Apabila tercapainya redha Allah, maka akan terkurnia
al-falah iaitu kejayaan di dunia dan akhirat. Untuk mencapai keredhaan Allah SWT,
adalah berusaha untuk menjadikan ibadah sebagai landasan kepada perlaksanaan aktiviti pembangunan sumber manusia [9]. Bagaimanapun, menurut Buraey, pengurusan Islam tiada perkataan yang khusus untuk menjelaskannya, namun, di
dalam Quran, sebagaimana etimologinya yang menggunakan perkataan yudabbir
iaitu mengarahkan, mengendalikan, menguruskan, melaksanakan dan membuat perancangan [7]. Malah tambah beliau, model Islam adalah unik dan dinamik kerana lebih menyeluruh dengan menekankan standard etika, keseimbangan material dan rohani, membumikan tradisi tempatan, menentang ketidakadilan, kerjasama yang kuat tanpa penindasan persaingan [10]. Ahmad Ibrahim Abu Sin berkata bahawa pengurusan dalam Islam tidak banyak bezanya takrif dari segi pendapat umum. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa pengurusan Islam bermaksud keupayaan individu organisasi untuk memaksimumkan kadar penggunaan sumber kebendaan dan sumber perkhidmatan yang diinginkan. Namun, dalam masa yang sama melandaskan nilai Islam di dalam pengurusan. Mohd Affandi Hassan cuba memberikan definisi pengurusan iaitu, [7] “pengurusan dan pentadbiran dalam Islam, ialah penyempurnaan amanah yang diterima manusia daripada Allah SWT sebagai hamba dan khalifah-Nya di bumi, untuk mengerjakan amal salih secara syura dalam organisasi. Tujuan pengurusan dan pentadbiran ialah untuk membina peradaban yang diredhai Allah berlandaskan ajaran tauhid; dengan itu pengurusan dan pentadbiran bertanggungjawab
menghapuskan al-fasad untuk menegakkan keadilan dalam organisasi dan juga
dalam masyarakat. Matlamat pengurusan dan pentadbiran ialah mencapai al-falah”.
Menurut Yusof (1991), teknik pengurusan sebagaimana yang telah digunakan dan diimplementasikan oleh Barat sebenarnya sudah ada di dalam Quran. Lima kaedah pengurusan adalah bersandarkan Quran dan Sunah [11].
i. Perancangan di dalam memilih matlamat, polisi dan program untuk
mencapai matlamat (Quran Al-Taubah 9:122).
ii. Pengorganisasian digunakan di dalam merekabentuk struktur tugas
dan hubungan antara tugas (Quran Al-Saff 61:4).
iii. Pengambilan kakitangan untuk menempatkan individu di dalam
International Convention on Islamic Management 2013
Paper 16| 5
iv. Pengarahan di dalam menguruskan secara interpersonal (Surah
Al-Nisa’ 4:59).
v. Pengawalan iaitu di dalam menilai dan membetulkan aktiviti untuk
menuju matlamat (Surah Al-Baqarah 2:107-108, 257; Ali Imran 3:139; Al-Mukmin 40;51 Al-Hujurat 49;17).
Matlamat dan Sumber Pengurusan Islam
Ideologi pengurusan Islam adalah asas kepada pembentukan sistem pengurusan Islam adalah bersumberkan kepada Quran dan Sunah. Pengurusan Islam mempunyai susur galur yang mempunyai tiga komponen asas, akidah, syariah dan akhlak. Berikut adalah rajah susur galur bagi menjelaskan kefahaman mengenai sistem pengurusan Islam [7].
Rajah 1
Berdasarkan rajah di atas, syariah Islam yang berada di atas adalah konteks kehidupan individu Islam.Ia meliputi tiga komponen utama iaitu akidah, syariah, dan akhlak. Ketiga komponen yang lengkap akan menjadikan individu sebagai umat yang terbaik. Daripada ketiga komponen tersebut, syariah meliputi konteks amalan dan perlakuan manusia.Ia terbahagi kepada dua, iaitu ibadah dan muamalat. Ibadah ialah berhubung dengan perlakuan manusia secara langsung
Syariah
Akidah (Iman dan kepercayaan)
Syariah (Amalan dan kegiatan)
Akhlak (Tatasusila dan Etika)
Ibadah (Hubungan hamba dengan Pencipta)
Muamalah (Hubungan Sesama Hamba)
Sistem pengurusan Sistem ekonomi
International Convention on Islamic Management 2013
dengan Allah dalam konteks hubungan dengan sesama Pencipta. Hal ini kerana ibadah mempunyai dua unsur iaitu ketaatan kepada Allah SWT dan kasih sayang manusia kepada-Nya. Muamalah pula adalah tindakna manusia berinteraksi dengan sesama mereka demi kemaslahatan dunia, ianya boleh dilihat menerusi dua aspek [7,10,12] :
a) Tujuan asas pensyariatan adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT
untuk mendapatkan pahala di akhirat dan ia adalah ibadah. Pensyariatan yang bertujuan kemaslahatan dunia dan faedah untuk keduniaan, ia termasuk di dalam mu’amalah.
b) Rahsia pensyariatan ibadah didatangi dalam bentuk abstrak (mujmal),
bagaimanapun Nabi ada menjelaskan dengan jelas melalui perbuatannya. Manakala muamalah dapat dicungkil rahsia pensyariatannya kerana ia berbentuk umum. Hal ini kerana bentuk perhubungan manusia meliputi sistem pengurusan, sosial dan politik.
Secara keseluruhannya, falsafah pengurusan Islam adalah berasaskan konsep
Tauhid, konsep uluhiyyah dan rububiyyah, konsep amanah dan khilafah, ibadah,
kerjasama, keadilan, dan ukhuwah sejagat [7]. Paradigma tauhid di dalam pengurusan ditegaskan lagi oleh Shahrom TM Sulaiman (1962), bahawa ia adalah bertujuan memberi ukuran universal dan takrif dengan tepat mengenai sistem nilai yang mesti diikuti oleh manusia. Asas pendekatan tauhid adalah realiti kewujudan Allah SWT yang Maha Esa sebagai Pencipta, Pentadbir, yang akhirnya akan kembali semula kepada-Nya. Serta dengan memahami kehidupan akhirat sebagai tempat perhitungan terakhir [13, 10]. Memetik kata Prof. Dr. Mohd. Kamal Hasan,
“sekiranya pendekatan pengurusan moden membenarkan professional termasuklah pengurus, pentadbir, berpegang teguh kepada ‘shared values’ sesuatu organisasi tanpa mengambil kira sama ada ianya bercanggah atau tidak dengan sistem nilai yang lebih besar yang wujud di luar profesion, maka di dalam Islam kesetiaan kepada perintah Allah dan Rasul menjadi nilai utama yang mengatasi segala nilai-nilai lain yang wujud di dalam sesuatu sub-sistem atau sub-budaya.”
Kesetiaan kepada Allah dan Rasul tentunya membawa kepada implikasi yang baik seperti [13]:
i. Berkhidmat untuk kebaikan manusia dengan tujuan mendapat keredhaan
dan mengelakkan dari kemurkaan Allah SWT.
ii. Berkhidmat sebagai hamba Allah dan Khalifahnya dalam segala situasi.
iii.Menjalankan tugas atas dasar ibadah kepada Allah di samping menunaikan
ibadah khusus yang wajib dilakukan.
iv. Bertanggungjawab terhadap bukan sahaja kepada majikan, tetapi kepada Pencipta khususnya.
International Convention on Islamic Management 2013
Paper 16| 7 dengan terperinci dalam tulisannya [7], matlamat pengurusan pentadbiran adalah untuk membina tamadun berdasarkan nilai-nilai etika tauhid. Dalam masa yang
sama, pengurusan perlu memastikan amalan rasuah, ketidakadilan dan mischief
dalam organisasi dibanteras untuk mencapai al-falah (felicity) sebagai matlamat akhir
(ultimate) pengurusan.
Konsep Pengurusan Sumber Manusia menurut Islam
Manusia sebagai khalifah di muka bumi adalah berperanan paling dominan di dalam sistem pengurusan. Hal ini disebut di dalam Islam yang mengistilahkan
istikhlaf yang bermaksud ketetapan manusia yang ditugaskan dan menjadi wakil
Allah SWT di dunia. Fungsi khalifah dan istikhlaf menegaskan mengenai peranan manusia sebagai wakil Allah SWT sejak dari fitrah lagi. Etimologinya dari perkataan
khalafa yang bermaksud mengganti atau mengambil tempat. Berdasarkan pengertian
ini, manusia bertindak sebagai penguasa, pemerintah, pentadbir dunia yang memikul amanah Tuhan dan perlu bertanggungjawab kepada Pencipta yang menciptakan [5]. Sebagai khalifah di muka bumi, Dr Shareff (1988) menegaskan;
“Muslim managers and Muslim workers simultaneously report to two supervisors- God and the human manager in that order. This will create a successful team approach.”
Nor Azzah (2006) menegaskan kepentingan pengurusan sumber manusia dapat dilihat menerusi ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan, “untuk kebanyakan Negara sekarang, PSM dan pembentukan modal manusia adalah amat penting, amat perlu atau satu perkara yang berkaitan antara hidup dan mati. Bagi Malaysia, kami rasakan ia ialah persoalan antara hidup dan mati. Kami percaya sumber yang paling penting untuk sesebuah Negara ialah bakat, kemahiran, kreativiti dan kesungguhan rakyatnya. Kemahiran serta keupayaan rakyat merupakan sumber asli muktamad dalam membentuk sebuah ekonomi paling cekap, yang dapat menghasilkan pengeluaran tinggi pada kos paling rendah.”
Terdapat beberapa etika yang mesti dipatuhi untuk membangunkan sumber manusia. Etika pertama adalah amanah, iaitu Islam sangat memandang sesuatu pekerjaan dan jawatan setiap individu sebagai tanggungjawab. Ia bukanlah merupakan keistimewaan gelaran semata-mata tetapi lebih kepada taklifan yang dipertanggungjawabkan dan bakal dipersoalkan di akhirat kelak. Amanah adalah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat di dalam kepercayaan itu dengan sempurna, tanpa mengambil lebih dari apa yang menjadi haknya, dan tidak mengurangkan hak yang menjadi milik orang lain [9].
International Convention on Islamic Management 2013
kerana Allah.Malah, Allah melarang keras kebencian yang menyebabkan ketidakadilan. Islam sangat menuntut keadilan dalam segala situasi. Adil adalah bermaksud keseimbangan, pemberian hak kepada yang sepatutnya dan meletakkan sesuatu pada tempatnya [9,11].
Etika ketiga pula adalah syura yang merupakan elemen penting di dalam mengurus sebarang bentuk organisasi sama ada diperingkat tertinggi, jabatan, mahupun unit kerja bagi merealisasikan firman Allah SWT di dalam Quran, Al-Syura, (42:38) yang mengatakan bahawa segala urusan haruslah diputuskan dengan mesyuarat sesama manusia [9,1]. Semangat berpasukan adalah salah satu daripada hasil syura ini kerana ia melibatkan persetujuan proses membuat keputusan. Penting kepada warga pekerja untuk mempunyai pengalaman dan maklumat yang lebih kepada sesuatu pekerjaan. Justeru, peluang untuk memberi pendapat haruslah diraikan untuk menimbulkan rasa kebersamaan dalam satu institusi atau organisasi [6,11].
Etika keempat pula adalah al-ihsan. Maksud al-ihsan ini mempunyai tiga
definisi; iaitu pertama, perbuatan yang betul, tingkah laku yang baik, berkebajikan, ikhlas, belas kasihan, mementingkan orang lain, berperikemanusiaan dan sebagainya [1]. Kedua; ihsan yang difahami daripada hadis Rasulullah SAW,
“Diriwayatkan oleh Yahya bin Ya’mar, maka khabarkanlah kepadaku (Jibril) perihal ihsan. Rasul menjawab: “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya
Dia melihat engkau”.
Berdasarkan hadis ini, sekiranya pengurusan mengamalkan sikap sebegini, ia mampu mencetuskan muraqabah (mendekatkan diri dengan Allah SWT) Di dalam konteks pengurusan sumber manusia, mereka yang memiliki etika ini akan melaksanakan tugas tanpa bertindak dengan tindakan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Ketiga, maksud ihsan juga adalah melaksanakan perkara dengan cara yang terbaik sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadis,
“Daripada Syaddad bin Aws katanya, dua pesanan Rasulullah SAW yang selalu kuingat dengan baik, iaitu sabda baginda, “sesungguhnya Allah telah mewajibkan supaya selalu bersikap baik (ihsan) terhadap segala-galanya. Jika kamu membunuh (buruan), lakukanlah dengan cara yang baik. Dan jika kamu menyembelih sembilahan, lakukanlah dengan cara yang baik, tajamkanla mata pisaumu sehingga tidak terlalu menyakiti haiwan sembilahanmu.”
International Convention on Islamic Management 2013
Paper 16| 9 Etika kelima pula adalah berilmu. Penguasaan ilmu adalah kunci kejayaan kepada individu. Justeru, Islam menggariskan dua bidang yang penting yang wajib dikuasai oleh individu Muslim. Pertama, ilmu fardhu ain yang berkisar tentang ilmu tauhid,fiqah, dan tasawuf. Ia adalah teras kepada perlakuan hidup individu Muslim. Ilmu fardhu kifayah pula adalah keperluan menguruskan kehidupan untuk lebih sempurna seperti ekonomi, pengurusan, undang-undang, teknologi dan sebagainya yang bertujuan untuk melengkapkan survival manusia di dunia [9].
Etika keenam pula adalah sabar. Sabar bermaksud tabah, dan cekal, menahan dan menyerah diri kepada Allah SWT. Tuntutan sabar ini perlu dalam konteks perhubungan manusia dan Allah SWT. Kesabaran boleh dilihat dari tiga bentuk, kesabaran rohani yang menuntut kepada kekuatan dan kecekalan di dalam mengawal keinginan nafsu. Kesabaran fizikal pula adalah ketahanan diri daripada kesakitan dan kesusahan. Kesabaran mental adalah lahir dalam kekentalan minda untuk mengawal emosi dan sakit hati.
Etika ketujuh pula adalah muhasabah yang menjadi pelengkap kesempurnaan etika yang telah disebutkan. Muhasabah adalah amalan kerohanian untuk mengubat jiwa. Menerusi amalan menilai, memeriksa, dan memperbaiki diri ini, segala yang dilakukan akan difikirkan kembali. Sebagaimana kata-kata Saidina Umar al-Khattab yang menyebut, “hisablah diri kamu sendiri sebelum kamu dihisab”. Amalan muhasabah dapat meningkatkan produktiviti individu untuk mengenalpasti kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman dalam setiap aktiviti untuk diperbaiki, dipertingkatkan atau dielakkan sekiranya ia mengundang keburukan lebih dari kebaikan [9,11].
PERBINCANGAN
Menerusi perbincangan ini, pengkaji melihat beberapa aspek penting pengurusan di dalam Islam, sebagaimana yang telah diperincikan di atas di dalam model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) di Selangor. Pengkaji mencerakinkan tiga komponen pengurusan Islam sebagaimana yang telah dibincangkan iaitu kaedah pengurusan, matlamat pengurusan serta konsep pengursan model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang dilihat bertepatan dengan pengurusan sumber manusia menurut Islam.
Kaedah Pengurusan Sumber Manusia
International Convention on Islamic Management 2013
Kemudiannya, perjumpaan kali kedua diadakan untuk mencerakinkan mengikut kepakaran bidang masing-masing mengendalikan sumber manusia. Perjumpaan ketiga akhirnya ditapis melalui ujian bertulis bagi melayakkan mereka untuk mengendalikan modul latihan pembangunan modal insan yang menggunakan model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) [2].
Sebagaimana yang telah dibincangkan, prinsip pengurusan sumber manusia seperti yang telah dinyatakan oleh Abd Rahman (2006) Yusof (1991), bahawa setiap aktiviti memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian [3,11]. Hal ini bertepatan dengan rangka kerja perlaksanaan amalan Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) di dalam organisasi. Rajah berikut menunjukkan rangka tersebut.
Rajah 2
Rajah 2 ini mencerakinkan empat fasa, fasa pertama adalah ‘plan’ iaitu setiap aktiviti haruslah menubuhkan sekretariat dalaman yang bertanggungjawab untuk merancang aktiviti dan latihan yang berkaitan dengan pembangunan aktiviti
International Convention on Islamic Management 2013
Paper 16| 11 S.P.I.E.S. Fasa kedua pula adalah ‘do’ yang merujuk kepada perlaksanaan pelbagai aktiviti untuk kategori yang pelbagai ke arah mencapai matlamat organisasi masing-masing. Fasa ketiga pula adalah ‘check’ atau pemantauan yang dilakukan oleh audit secara dalaman atau luaran yang bertujuan untuk menilai kembali aktiviti yang telah dilakukan untuk penambahbaikan. Fasa keempat akhirnya adalah ‘act’ atau pembetulan dan penambahbaikan secara konsisten. Maklum balas daripada audit dalaman atau audit luaran wajar diambil kira demi memastikan penambahbaikan, pembetulan terus berlangsung [2].
Matlamat pengurusan sumber manusia
Di dalam konvensyen Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang diadakan pada 19 Februari 2013, terdapat empat objektif pengurusan di dalam membangunkan modal insan yang ditunjukkan di dalam rajah 3 di bawah [14].
Finance (Kewangan)
1. Menguruskan dana yang telus dan berkesan.
2. Mempelbagaikan sumber pendapatan.
Stakeholder (Pelanggan)
1. Mencapai objektif dan kepuasan pelanggan secara
menyeluruh.
2. Mendapat manfaat dari khidmat perundingan yang
berkualiti tinggi.
3. Mencapai perkongsian strategik yang berkesan.
Internal Process (Proses dalaman)
1. Menjalankan program latihan modal insan.
2. Menjalankan kajian dan penyelidikan berterusan.
3. Menguruskan pembangunan ISS.
4. Menawarkan perkhidmatan perundingan kepada lain-lain
organisasi.
1. Membina organisasi yang diyakini dan dihormati.
2. Meningkat kecekapan dan kemahiran warga kerja.
3. Mengamalkan nilai murni ke arah peningkatan iman dan
taqwa.
Rajah 3
International Convention on Islamic Management 2013
Rajah 4
Spiritual yang berada di bawah piramid adalah yang menggambarkan
spiritual sebagai tapak kepada pembinaan quotient yang lain seperti Physical,
Emotional, Intelligent dan Social.Warna hijau adalah melambangkan kesuburan dan
kesegaran [15]. Sebagaimana yang diperincikan di dalam kertas kerja Pembangunan Modal Insan (PMI) Selangor Program S.P.I.E.S, elemen spiritual rohani dan akidah adalah meyakini kewujudan Tuhan sebagai Pencipta makhluk dan alam, serta hari akhirat. Elemen spiritual akan membentuk dan menjadi penentu sikap dan tindakan supaya tidak melampaui dari garisan Tuhan. Sebagai kesannya, spiritual yang baik akan menjadikan individu mengalami peningkatan rohani, jiwa dan minda ke arah yang diredhai oleh Tuhan [16].
Konsep pengurusan sumber manusia menurut Islam
Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) mengamalkan ciri secara holistik dan saling berkaitan antara satu sama lain. Berikut diterapkan etika pengurusan cara Islam yang terhasil melalui model kepimpinan yang akan melahirkan perwatakan, sifat dan tingkah laku yang cemerlang [2].
International Convention on Islamic Management 2013
Paper 16| 13 Rajah 5
KESIMPULAN
Secara keseluruhan dapatlah dibuktikan bahawa pengurusan sumber Islam sangat menepati universal manusia di mana ia boleh diaplikasi diperingkat lapisan masyarakat umum. Sebagaimana yang telah dipetik dari beberapa tokoh yang mengatakan bahawa pengurusan sumber Islam, bukan sahaja mementingkan duniawi, malah ukhrawi kerana bermatlamatkan redha Allah SWT. Begitupun, buat
Sosial
- Menghormati orang lain dan menjaga hubungan sesama insan.
- Meminta pertolongan atau merujuk kepada orang lain.
- Membantu dan bekerjasama antara sesama insan.
- Bermesyuarat sekiranya ada keputusan yang perlu dibincang.
Emosi
- Mempunyai kebijaksanaan emosi yang tinggi.
- Mengenali kemampuan diri.
- Tidak mendedahkan orang lain kepada tekanan yang tidak perlu,
memudaratkan, menghina atau ketidakselesaan.
Intelektual
- Memiliki pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian.
- Sentiasa meningkatkan kemajuan dan mencintai ilmu.
- Kreatif dan inovatif.
- Mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan tepat.
Physical
- Berketrampilan dengan imej personaliti yang sesuai.
- Meningkatkan pendapatan menggunakan dana dengan telus.
Spiritual