• Tidak ada hasil yang ditemukan

FORMAT LAPORAN KURSUS SEMINAR DALAM LUAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FORMAT LAPORAN KURSUS SEMINAR DALAM LUAR"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

FORMAT LAPORAN KURSUS/SEMINAR DALAM / LUAR NEGERI

1. NAMA MOHAMMAD HAFIZ BIN ISHAK (691003105939)

SALBIAH BINTI MUSA (680224106886) SUHAIMI BIN YUSOFF (710219035791)

2 JAWATAN PENOLONG KANAN PENGARAH KASTAM II W48

3. JABATAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

4. TAJUK KURSUS KURSUS PEMBANGUNAN MODUL DAN LATIHAN PENANDAARASAN

5. TEMPAT CUSTOMS BORDER CONTROL TRAINING

INSTITUTE (CBCTI) KOREA CUSTOMS SERVICE, CHEONAN, REPUBLIC OF KOREA

6. TARIKH/TEMPOH 07/12/2015 SEHINGGA 12/12/2015

7. PERBELANJAAN/TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSAIA (JPA)

8. FAEDAH LAWATAN FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEHI DARIPADA KURSUS/SEMINAR

(2)

RINGKASAN EKSEKUTIF

KURSUS PEMBANGUNAN MODUL DAN LATIHAN PENANDAARASAN

1. LATARBELAKANG

Program Lawatan Penandaarasan (Benchmarking) ke CBCTI Korea Customs Service merupakan program percambahan pengetahuan, pertukaran idea, jalinan kerjasama dan pemantapan ‘capacity building’ dalam pertukaran ‘best practice’ antara CBCTI Korea Customs Service dengan Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL). Lawatan penandaarasan bermula pada 07 Disember 2015 sehingga 12 Disember 2015 dengan pasukan yang terdiri daripada Mohammad Hafiz Ishak (AKMAL Sabah), Pn. Salbiah bt Musa (AKMAL Melaka) dan Tn. Suhaimi Yusoff (AKMAL Melaka).

Program lawatan secara ‘benchmarking’ ini merupakan satu kaedah yang bertepatan dengan program World Customs Organisation (WCO) berhubung dengan ‘Capacity Building’ dan ‘Best Practices’. Perkhidmatan latihan yang diselenggarakan dan polisi berkaitan pembentukan modal insan cemerlang oleh CBCTI Korea Customs Service dirujuk sebagai tanda arah peningkatan kualiti yang berterusan. Aspek pembentukan modul latihan dan fasilitasi CBCTI Korea Customs Service diteliti, dan ditandaaraskan agar supaya boleh dicadangkan supaya dilaksanakan di Akademi Kastam Diraja Malaysia.

2. OBJEKTIF LAWATAN PENANDAARASAN

Kajian Penandaarasan yang dilakukan ini, mempunyai justifikasi yang sukar difahami oleh sesetengah pihak. Kerajaan Korea pada suatu masa dahulu telah belajar dari Barat tentang perkembangan teknologi dan atas usaha mereka sendiri dalam penambahbaikan telah melonjokkan Korea sebagai sebuah negara yang amat disegani dalam teknologi pembuatan sehinggalah ke hari ini. Pihak kerajaan Korea telah berjaya memanfaatkan projek penandaarasaan mereka sehinggalah tiada pihak yang boleh mempertikaikan kebolehan Korea dalam perkara ini termasuklah dalam aspek latihan.

(3)

mencerminkan diri kita sendiri di mana wujudnya kelemahan atau kekurangan di negara kita, secara khususnya di AKMAL. Jika negara lain boleh melaksanakan sesuatu dasar atau peraturan dengan jaya, mustahil kita tidak boleh lakukan sama seperti mereka atau lebih baik sebagaimana pihak Korea lakukan. Seterusnya projek penandaarasan ini juga dapat menilai, mengukur serta memahami jurang perbezaan yang wujud antara negara kita dengan negara yang dibandingkan. Malah ia juga bertujuan untuk menunjukkan bahawa kita juga boleh berdaya saing dengan pihak luar. Akhir sekali, tujuan projek penandaarasan adalah bagi menjaga kawalan mutu perkhidmatan yang kita sediakan kepada pihak pelanggan. Sekiranya kita tidak membuat perbandingan dengan negara lain, kita tidak akan tahu status kualiti yang kita miliki.

Lawatan pasukan penandaarasan AKMAL ke CBCTI Korea Customs Service memperincikan beberapa objektif yang dikenalpasti dapat memberi anjakan paradigm dan’minds set’. Pasukan akan melihat cara berfikir dan bertindak pengurusan tertinggi, menengah dan pelaksanaan operasi pegawai pelaksana di samping mendapatkan gambaran mengenai kedudukan pencapaian berhubung dengan pembentukan latihan yang telah diselenggarakan. Keperluan melihat secara dekat proses pelaksanaan dan pencapaian baik secara dalaman dan luaran adalah sejajar dengan konsep WCO yang menekankan pembelajaran secara penglihatan secara in-situ inin-situ dapat menjelaskan suasana dan kedudukan kaedah latihan samada berkesan atau sebaliknya.

(4)

3. FAEDAH LAWATAN.

Lawatan bertujuan mendapatkan maklumat secara tepat dan telus berkaitan kedudukan semasa pusat pembelajaran yang menjalankan aktiviti yang sama yakni CBCTI Korean Customs Service . Faedah lawatan adalah seperti berikut :

3.1 Dapat merangka pendekatan latihan lebih bersistematik dan berstruktur selaras dengan konsep WCO untuk memperolehi pengetahuan latihan terkini yang benar-benar berkemampuan melalui cabaran semasa.

3.2 Modul dan rangka kerja yang mantap dapat diwujudkan bagi melahirkan pegawai AKMAL yang benar-benar berwibawa, berdisiplin, berkalibar, tinggi integriti, mematuhi arahan pegawai dan bersedia dalam menghadapi segala cabaran dengan semangat setia kawan yang tinggi melalui perkongsian ilmu di pusat latihan negara lain sejajar dengan pengamalan High Performance Organization (HPO).

3.3 Dapat menimba ilmu dan pengalaman pembelajaran dengan pendedahan urusan perkastaman negara ke arah pencapaian matlamat negara diselenggarakan oleh tenaga pakar/pengajar/pensyarah/fasilitator/jurulatih yang benar-benar berkemampuan oleh pensyarah AKMAL.

3.4 Mengenalpasti penambahbaikan dalam penyediaan prasarana, working tools terkini, berkesan, berhemat dan digunapakai secara maksimum melalui kawalan pentadbiran pengurusan yang ditadbir secara mantap terutama dalam pengoperasian tenaga kerja sedia ada.

3.5 Program lawatan mendapat gambaran jelas berhubung kedudukan, kekuatan dan kecekapan pelaksanaan latihan, risikan dan amalan sedia ada yang digunapakai dalam menjana sesuatu maklumat secara sistematik, interaktif dan kemas kini yang dapat digunapakai secara online.

(5)

4. LATAR BELAKANG CBCTI KOREA CUSTOMS SERVICE

CBCTI Korea Customs Service telah diiktiraf sebagai Regional Training Center (RTC) Asia Pasifik pada tahun 2010. CBCTI Korea Customs Service berfungsi sebagai hub program latihan yang lengkap serta moden di rantau Asia Pasifik dan juga pembangunan program yang tersendiri. CBCTI Korea Customs Service, yang dibuka pada bulan Ogos 2013, mempunyai Kawasan Simulasi Latihan yang lengkap, berharga US800,000 bagi membangunkan program latihan mereka. Kawasan Simulasi Latihan ini dibangunkan serta dilengkapi dengan peralatan agar kelihatan seperti di Gudang-gudang penyimpanan barangan, Pelabuhan dan Lapangan Terbang. Kawasan Simulasi Latihan digunakan oleh pegawai-pegawai CBCTI Korea Customs Service sendiri dan juga peserta Kastam dari luar negara. Di samping itu, Korea Customs Services (KCS) telah membangunkan modul e-pembelajaran berdasarkan program-program mereka di CBCTI Korea Customs Service.

Peserta kursus di CBCTI Korea Customs Service diberi pendedahan mengenai Perjenisan, Penilaian, Pemeriksaan Mengimport Cargo, Daftar Pemeriksaan kargo, penumpang, e-Customs, Penyiasatan, Teknik Tangkapan dan Seni Mempertahankan Diri di persekitaran kerja yang sama/sebenar seperti tempat-tempat kerja. Selain daripada itu, CBCTI Korea Customs Service juga melatih peserta daripada sektor swasta seperti pekerja di syarikat import, broker kastam serta pelajar-pelajar kolej dan Universiti.

Selain daripada diiktiraf sebagai RTC Asia Pasifik, CBCTI Korea Customs Service juga telah dinobatkan sebagai Institut Latihan Awam terbaik dalam Penilaian Kerajaan Korea bagi sektor Pendidikan dan Latihan Awam selama enam tahun berturut-turut (2009-2014).

Program-program latihan khusus dan profesional yang dilaksanakan di CBCTI Korea Customs Service adalah seperti berikut :

4.1 Kursus Pegawai Baru

(6)

4.2 Kursus Untuk Calon Bagi Kenaikan Pangkat

Untuk meningkatkan kepakaran pegawai dalam pentadbiran kastam dan memupuk semangat kesetiaan dan integriti.

4.3 Kursus Kepimpinan Pihak Pengurusan

Program untuk Pihak Pengurusan mendalami dasar-dasar kerajaan dan memupuk keupayaan mereka menguruskan organisasi

4.4 Kursus Serta Keperluan Latihan Dalaman

Untuk membina kepakaran dan kecekapan dalam setiap peringkat kakitangan bagi meningkatkan kemahiran diri.

4.5 Kursus Latihan Pilihan

Untuk memupuk teknik-teknik tertentu kepada pegawai kastam.

4.6 Kursus Latihan Antarabangsa

Program Capacity Buiding.

5. PELUANG PENAMBAHBAIKKAN

Hasil daripada lawatan pasukan penandaarasan AKMAL ke CBCTI Korea Customs Service mendapati terdapat Amalan Baik (terutama penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran) yang perlu diberi tumpuan oleh AKMAL bagi meningkatkan prestasi AKMAL sebagai Pusat Latihan Jabatan.dan juga sebagai salah satu RTC yang diiktiraf oleh WCO di Asia Pasifik.

5.1 Pelaksanaan Kursus

i. Penilaian Pegawai Berkursus

(7)

secara berterusan dalam setiap modul latihan bagi mengetahui potensi pegawai untuk diterapkan sebagai Pegawai Operasi, Pegawai Pentadbiran atau tenaga pengajar pada suatu tempoh melalui ujian bertulis, lisan dan penilaian panel. Penilaian pembelajaran dilakukan semasa perbincangan berkumpulan, peperiksaan dan persembahan individu dimana markah untuk peperiksaan adalah 80% dan bukan peperiksaan 20%. Pegawai perlu melalui pre, middle dan post test semasa berkursus di mana markah dibawah 60% dianggap gagal. Ini menyebabkan pegawai lebih bersungguh-sungguh untuk menghadiri dan mempelajari subjek yang diajar semasa berkursus.

ii. Penilaian Sebelum Berkursus

Peserta kursus diwajibkan melayari cyber learning dan perlu mengetahui 80% daripada modul kursus dalam cyber learning sebelum ditawarkan untuk berkursus. Penggunaan ujian secara cyber learning sebelum peserta berkursus memudahkan pensyarah untuk mengajar subjek yang ditawarkan. Peserta telah mempunyai pengetahuan sebelum hadir berkursus, pensyarah hanya perlu mengukuhkan ilmu peserta kursus. Melalui kaedah penilaian sebelum berkursus, CBCTI Korea Customs Service dapat mengenalpasti tahap pengetahuan pegawai sebelum berkursus. Kaedah ini berjaya membantu meningkatkan prestasi dan mengekalkan momentum kesinambungan kecekapan pegawai di KCS serta dapat memendekkan masa berkursus.

iii. Penggunaan Video untuk Persembahan Berkumpulan

Penggunaan teknologi dimanafaatkan sepenuhnya di dalam sesi pembelajaran. Peserta kursus dikehendaki menghantar salinan video persembahan berkumpulan bagi tujuan penilaian dan tidak perlu hadir untuk membuat persembahan di hadapan panel. Amalan ini dapat menjimatkan masa berkursus di mana masa persembahan kumpulan yang selalunya mengambil masa sehari boleh dikurangkan. Panel juga tidak perlu dikumpulkan pada satu masa, mereka boleh menonton video pada masa terluang dan menghantar markah kepada penyelaras kursus.

(8)

Asas. Ketika ini, Jabatan penganjur Kursus Asas iaitu Jabatan Pengajian Asas Perkastaman mempunyai masalah yang sama setiap kali melantik pensyarah untuk menjadi ahli panel kepada pesembahan kumpulan samada Public Speaking, PTM dan juga kerja berkumpulan. Ini adalah disebabkan ada diantara pensyarah-pensyarah AKMAL terpaksa menolak pelantikan tersebut kerana mempunyai tugasan semasa persembahan kumpulan tersebut diadakan. Penggunaan Video untuk persembahan Berkumpulan dapat menyelesaikan masalah mencari ahli panel kerana Pensyarah-pensyarah AKMAL boleh mengatur jadual mereka sendiri untuk melihat video dan membuat penilaian ke atas persembahan kumpulan tersebut.

iv. Kehadiran Berkursus

KCS mewajibkan setiap pegawai untuk berkursus selama 80 jam setahun dimana 14 jam perlu dilakukan di Pusat Latihan dan selebihnya melalui cyber learning. Ini boleh dilaksanakan di AKMAL kerana perbelajaran secara berterusan perlu diterapkan kepada pegawai yang sedang bertugas di AKMAL.

v. Bilangan Pensyarah dan Kakitangan CBCTI Korea Customs Service

Jumlah keseluruhan kakitangan di CBCTI Korea Customs Service adalah seramai 50 orang. Daripada jumlah ini, bilangan pensyarah tetap di CBCTI Korea Customs Service hanyalah 11 orang. CBCTI Korea Customs Service mengendalikan 110 kursus dalam tahun 2014. Pensyarah yang ada di CBCTI Korea Customs Service bertindak sebagai penyelaras kursus dan mengajar satu atau dua slot sahaja dan slot lain akan diisi oleh pensyarah yang dijemput daripada KCS.

5.2 Kemudahan Pusat Latihan

i. Perkongsian Pusat Latihan

(9)

Maritim Korea. Penggunaan kemudahan Pusat Latihan dapat dimaksimumkan. Ini merupakan kaedah mengekalkan prestasi pegawai kerajaan secara cepat, tepat dan berkesan berbanding kaedah ‘satu pusat latihan satu jabatan’ sedia ada yang memerlukan ruang besar, pengangkutan, kos penyelenggaraan tinggi serta membazir masa dan tenaga. Perkongsiaan penggunaan Pusat Latihan secara bersepadu serta sistematik mengikut modul latihan agensi masing-masing serta kaedah yang digunapakai serta alatan bersama dapat menggarap pembentukan modal insan penjawat awam kerajaan Korea. Kemudahan dan bangunan adalah terhad tetapi digunapakai sepenuhnya secara ‘cost of benefit analysis’ amat berkesan tetapi kaedah ini memerlukan perancangan dan disiplin yang tinggi. Dengan ini, pendidikan kepentingan menjaga harta awam dapat diterapkan dan amat terkesan dalam masyarakat Korea selaras dasar penggunaan secara bersama.

ii. Kawasan Simulasi Latihan

CBCTI Korea Customs Service memberi gambaran jelas latihan berkaitan pembelajaran secara praktikal dengan penyediaan Kawasan Stimulasi Latihan bagi penjanaan maklumat berkaitan dengan pengukuhan bukti dalam kes-kes mahkamah Korea. Pembelajaran berkaitan dengan peralatan perkastaman contohnya x-ray machine adalah diadaptasikan melalui latihan di kawasan tersebut. Penggunaan ‘gadgets tool’ adalah secara maksima dan meliputi pelbagai alatan terkini yang dapat berfungsi secara maksimum daripada dalam negeri dan luar negeri bagi mendapatkan kes-kes berprofail tinggi dilatih di dalam Kawasan Stimulasi tersebut. Penggunaan berkaitan dengan alatan moden adalah di tahap maksimum dan pelatih akan lebih berjaya dalam tugasan yang diberikan. CBCTI Korea Customs Service juga menyediakan kemudahan bilik penyiasatan yang membolehkan pegawai dilatih di dalam suasana yang sebenar. Cara soal siasat juga direkodkan untuk mengesan kelemahan pegawai tersebut.

iii. Kursus Untuk Orang Awam

(10)

kursus untuk agen Kastam dan kursus kesedaran bahaya penyeludupan. iv. Fasiliti Pusat Latihan yang lengkap.

Kemudahan di CBCTI Korea Customs Service adalah lengkap dan mesra pengguna.

Bangunan asrama

 Kedudukan gymnasium, golf simulator dan perpustakaan di bangunan asrama memudahkan pelajar untuk mengulangkaji dan beriadah;

 Lampu dipasang dengan alat sensor di mana lampu akan menyala sekiranya ada peserta di kawasan tersebut. Pemasangan lampu dengan alat sensor menjimatkan penggunaan bil elektrik kerana lampu tidak perlu sentiasa dipasang pada malam hari;

 Bilik dobi disediakan dengan kemudahan mesin basuh, mesin pengering dan steam iron yang mencukupi;

Bilik Kuliah

 Menggunakan peralatan teknologi.

 Terbahagi kepada dua jenis iaitu bilik kuliah biasa dan bilik kuliah IT

 Mempunyai kapasiti maksima 32 tempat duduk untuk bilik kuliah biasa dan 56 tempat duduk bagi bilik kuliah IT

 Setiap bilik kuliah mempunyai dua pintu satu di hadapan dan satu di belakang

Bilik Perbincangan

 Menggunakan peralatan moden dan berteknologi tinggi  Mempunyai kapasiti maksima 12 tempat duduk

(11)

 Mempunyai peralatan moden dan berteknologi tinggi  Mempunyai kapasiti maksima 45 tempat duduk Oditorium

 Mempunyai peralatan audio visual yang berteknologi tinggi  Mempunyai 164 tempat duduk professional yang menyediakan makanan berkhasiat kepada peserta dan pekerja. Setiap makanan mempunyai label dan jumlah kalori yang diambil. Alat untuk mengukur BMI dan tekanan darah juga disediakan.

 Kebersihan Dewan Makan adalah terjamin kerana cawan-cawan di steril dan diletakkan di cabinet khas yang boleh dicapai oleh peserta. Dewan Makan tersebut juga dilengkapi dengan conveyor belt dimana peserta hanya perlu meletakkan pinggan kotor di atas konveyor belt tersebut dan seterusnya akan diuruskan oleh pekerja dewan makan.

 Mesin ATM juga disediakan untuk kemudahan peserta mengeluarkan wang. Sebanyak empat unit Water dispenser disediakan bagi memastikan peserta mendapat bekalan air minum yang bersih.

Kemudahan riadah

(12)

gelanggang futsal dan badminton kepada peserta sebagai kemudahan serta mengelakkan gelanggang dari rosak kerana pemakaian kasut yang tidak sesuai. Simulator golf juga disediakan bagi peminat sukan golf untuk berlatih.

6. PENUTUP

Lawatan penandaarasan atau benchmarking merupakan kaedah cepat, terbaik dan praktikal selaras dengan kehendak WCO mendapat gambaran sebenar untuk maksud diadaptasikan dengan peningkatan kualiti perkhidmatan sesebuah agensi. Lawatan benchmarking memperlihatkan suatu hasil yang amat berkesan untuk digarap dalam pembentukan modul AKMAL yang bergerak ke arah mengekalkan program kualiti MS ISO 9001:2008. Keberkesanan pengendalian latihan dapat dirujuk kepada tatacara pengoperasian yang bersistematik dan bersepadu dengan lain-lain agensi dalam menyelenggarakan jutaan penduduk yang keluar masuk di pintu-pintu sempadan pada setiap hari.

Latihan pegawai di AKMAL amat dititikberatkan kerana misi JKDM menjurus kepada kutipan hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan kedudukan geografi Malaysia yang membolehkan merujuk kepada pelakuan jenayah penyeludupan barangan bercukai, barangan larangan (senjatapi dan barang larangan keras), pendatang tanpa izin dan anasir-anasir subversif merosakkan negara. Pengendalian latihan melalui kaedah pembelajaran bersistematik, berstruktur dan dinilai keberkesanan perlu dititikberatkan. Kedudukan pengendalian latihan dan pembelajaran adalah secara berterusan bagi menjamin kompetensi pegawai juga kakitangan. Penggunaan alatan terkini dan kemudahan pembelajaran diberi keutamaan tinggi dalam pembentukan modal insan berkualiti antarabangsa.

(13)

Kemudahan Simulasi Latihan di CBCTI Korea Customs Service

(14)
(15)
(16)

Referensi

Dokumen terkait