• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terapi Multisensori dan Retail Therapy

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Terapi Multisensori dan Retail Therapy"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

TERAPI MULTISENSORI DAN RETAIL THERAPY

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKI) SK BANDAR SERI PUTRA, BANGI, SELANGOR

PADA 25 APRIL 2016

1.0 PENDAHULUAN

Terapi Multisensori merupakan salah satu terapi yang terdapat dalam Pendidikan Khas bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah seperti masalah autisme, epilepsi, masalah pembelajaran, sindrom Down, hiperaktif dan 'global delay'. Terapi ini juga digunakan secara meluas dalam bidang pediatrik, maternity, psikiatri, strok dan traumatic brain injury, penyakit kronik, dan penjagaan dementia. Kaedah terapi ini menggunakan antara kaedah berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak bekeperluan khas menerusi lima rangsangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa serta rangsangan sendi.

Retail Therapy pula terapi yang dikatakan dapat melegakan tekanan dan kemurungan atau boleh meningkatkan keceriaan. Retail Therapy adalah pembelian yang boleh memuaskan keperluan psikologi akan menjadikan seseorang lebih produktif dan menjalani kehidupan kebahagiaan maksima dalam kehidupan dan kelompok yang membelanjakan wang untuk menonton teater, wayang, menikmati hiburan rekreasi adalah cenderung lebih gembira berbanding mereka yang membeli barangan dan tidak jelas kegunaannya.

(2)

2.0 MATLAMAT

Program terapi multisensori dan retail terapi dirancang adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan bertukar-tukar pandangan, idea, pengalaman dan pengetahuan demi menjana insan pendidikan khas sebagai aset negara serta memperkasakan program Pendidikan Khas. Melalui program ini juga dapat memberi pendedahan kepada murid-murid pendidikan khas kepada satu pengalaman baru yang lebih menarik dan seterusnya mengeratkan silaturrahim antara murid-murid,guru-guru dan juga pihak yang terlibat melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan kepada guru-guru cara-cara untuk mengendalikan terapi multisensori dan Retail Therapy bagi murid-murid khas yang memerlukannya.

3.2 Meningkatkan kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan motor halus termasuk koordinasi antara keduanya.

3.3 Meningkatkan daya pengamatan murid-murid pendidikan khas. Mereka memerlukan ketajaman pendengaran , penglihatan dan pemikiran supaya dapat berfungsi dengan baik.

3.4 Membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi di dalam diri setiap murid.

3.5 Meningkatkan sosiolisasi dan komunikasi yang baik bersama rakan sebaya, ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling.

4.0 STRATEGI PELAKSANAAN 5.1 Kumpulan sasaran

Guru : 10 orang

Murid : 40 orang

(3)

5.1 Jangka masa program

Tarikh : 25 April 2016

Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang

Tempat : IOI City Mall Putrajaya

5.2 Sumber kewangan

Bagi menjayakan perjalanan program terapi ini, alternatif diambil berkaitan kos pembiayaan iaitu dari PCG - PPKI (Bimbingan dan Kaunseling)...

6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM TERAPI MULTISENSORI DAN RETAIL TERAPI

JAWATANKUASA PROGRAM TERAPI MULTISENSORI DAN RETAIL THERAPY SK BANDAR SERI PUTRA

Pengerusi : En. Mohd Jamil bin Yahaya

(Guru Besar)

Naib Pengerusi : Pn. Nor Lizawati binti Mohamed Zin (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas) Pn. Zubidah binti Anwar

(Guru Penolong Kanan Kurikulum) Pn. Pabilah binti Abd Wahab

(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) En. Zakaria bin Abu Nawas

(Guru Penolong Kanan Kokurikulum) Pn. Nor Baiti binti Ab Razak

(Guru Penolong Kanan Petang)

Penyelaras : Pn. Zarina binti Mohamed Sam

Ketua Program : Mohd Shari Bin Amran

Setiausaha : Pn. Haslina Binti Kamaluddin

Bendahari : Pn. Azwani Bt. Ayob

(4)

Ajk Pengangkutan : En. Azhan Bin Mohamed

AJK Makanan : Pn. Hamidah binti Ismail

AJK Disiplin & Keselamatan :Pn.Zarina binti Mohamed Sam

En. Zarul Fazli bin Zulkifli

AJK Fotografi & Dokumentasi : Pn. Noorazimah binti Mohd Noor

Pn. Rosmawati Binti Saim

AJK Kebersihan :Semua guru PPKI

7.0 TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA TERAPI MULTISENSORI / RETAIL THERAPY

7.1 PENGERUSI/NAIB PENGERUSI 1/NAIB PENGERUSI 2  Penasihat

 Mempengerusikan mesyuarat

 Memastikan program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar

7.2 PENYELARAS PROGRAM

 Mengatur mesyuarat dan taklimat

 Memastikan program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar

7.3 SETIAUSAHA

 Menyediakan kertas kerja program

 Menyediakan surat-menyurat berkaitan program  Membuat laporan program

7.4 BENDAHARI

 Membuat anggaran perbelanjaan untuk program  Membuat laporan kewangan.

7.10 AJK MAKANAN

 Menentukan menu dan belanjawan

 Memastikan murid berkumpul setempat semasa makan.  Memastikan semua peserta mendapat makanan.

(5)

 Memastikan murid mematuhi peraturan dan mendengar arahan yang diberikan.  Memastikan peralatan Peti Pertolongan Cemas lengkap.

 Memastikan murid dalam keadaan terkawal.

7.13 AJK FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI

 Mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas aktiviti.  Membuat catatan ringkas sepanjang program.

 Menyediakan laporan dan dokumentasi selepas program.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Makanan Murid RM5.00 x 40 RM 200.00

2 Bas RM500.00 x 1 RM 500.00

3 Tiket wayang RM15 x 40 RM600.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1300.00

(6)

Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi faedah kepada warga Pendidikan Khas Integrasi SK Bandar Seri Putra dan mampu mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan jayanya.

Semoga segala usaha dan bakti ikhlas yang ditaburkan dalam menjayakan program ini akan mendapat ganjaran yang lebih baik di sisi Allah SWT. Insya-Allah.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

... ...

(NOORAZIMAH BINTI MOHD NOOR) (ZARINA BINTI MOHAMED SAM) Ketua Program Multisensori/Retail Therapy Penyelaras

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Bandar SERI Putra, Bangi, SK Bandar Seri Putra, Bangi,

Selangor Selangor

Disahkan oleh;

... (NOR LIZAWATI BINTI MOHAMED ZIN) Guru Penolong Kanan

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Bandar Seri Putra, Bangi,

Selangor.

Disokong/Tidak Disokong oleh;

... (MOHD JAMIL BIN YAHAYA) Guru Besar

Referensi

Dokumen terkait