• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendahuluan Jurnal yang ingin diulas unt

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pendahuluan Jurnal yang ingin diulas unt"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Pendahuluan

Jurnal yang ingin diulas untuk subjek Kaedah Penyelidikan Pengajian Islam ialah "Peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral Dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti". Jurnal ini ditulis oleh tiga orang penulis berpengalaman dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Baharom Mohamad, Ali Suradin dan Za'ba Helmi Khamisan. Jurnal ini juga merupakan sebuah jurnal yang dibentang dalam Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia pada 22 hingga 23 Oktober 2008.

Tajuk Kajian

Tajuk jurnal ini ialah Peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral Dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti . Melalui tajuk yang dipilih untuk jurnal ini, dapat dilihat bahawa para penulis telah meletakkan tajuk yang sesuai untuk para pembaca memahami apakah isi kandungan yang ingin disampaikan nanti. Pembaca juga akan mendapat gambaran awal mengenai isu dan topik apa yang ingin dibincangkan.

Secara amnya, penulis telah memilih untuk mengkaji peranan subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral terhadap tingkah laku pelajar, kesan daripada pembelajaran subjek-subjek tersebut. Walaubagaimanapun, tajuk tersebut agak umum kerana ditujukan untuk pelajar secara keseluruhannya. Apa yang dapat diperhatikan, kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar daripada Politeknik sahaja.

Abstrak

(2)

Dari sudut kajian kuantitatif, dapat dilihat bahawa penulis telahmenyoal selidik 250 orang responden yang mengambil matapelajaran Pendidikan Islam dan 25 orang daripada Pendidikan Moral. Melalui pembahagain tersebut, pemberatan hasil kajian mungkin lebih kepada peranan Pendidikan Islam dalam pembentukan sahsiah pelajar.

Pendahuluan Kajian

Pendahuluan jurnal pula menyatakan bahawa para pendidik harus keluar daripada mengikut norma-norma pendidikan Barat yang dilihat telah mengubah sistem pendidikan sedia ada kepada suatu sistem yang sekular. Guru-guru dinasihatkan supaya mendidik pelajar dengan menerapkan unsur-unsur keagamaan. Pengawasan daripada ibu bapa juga dititik beratkan dalam pembinaan akhlak pelajar.

Latar Belakang Kajian

Latar belakang kajian membincangkan mengenai permasalahan moral pelajar yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Gegaja sosial yang dipengaruhi oleh budaya asing semakin berkembang dalam diri golongan muda pada masa kini. Peratusan pelajar bermasalah di sekolah semakin meningkat dan ianya berpunca daripada golongan pelajar yang tidak dapat mematuhi peraturan sekolah.

(3)

Permasalahan Kajian

Melalui penyataan masalah, penulis telah menerangkan maksud gejala sosial dan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak bertanggungjawab bagi membendung masalah tersebut. Walaubagaimanapun, masalah gejala sosial masih belum pulih sepenuhnya di kebanyakan institusi pengajian di Malaysia.

Penulis juga menyatakan bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah gejala sosial perlu dikaji dan diberi perhatian serius dalam menangani masalah tersebut. Antara masalah yang dikemukakan ialah masalah disiplin yang semakin menular dan sikap guru-guru di sekolah yang tidak mengambil peduli tentang disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar mereka. Di samping itu, pemahaman para pelajar-pelajar terhadap kurikulum Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral perlu dititikberatkan oleh pihak guru supaya mereka mampu melaksanakan akhlak dan nilai terpuji sebagaimana apa yang dipelajari melalui subjek-subjek tersebut.

Secara amnya, penulis telah menyatakan hipotesis awal terhadap masalah yang berlaku serta faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar. Selain itu, penulis juga berjaya mengaitkan antara sahsiah pelajar dengan subjek-subjek yang berkaitan iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Objektif Kajian

Penulis telah mengemukakan tiga objektif kajian. Pertama, mengenalpasti pemahaman kurikulum Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral dalam membinan sahsiah pelajar. Kedua, mengkaji pelaksanaan akhlak dan nilai terpuji di dalam kehidupan seharian pelajar. Ketiga, mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pembinaan sahsiah pelajar.

(4)

Limitasi Kajian

Kajian yang dilakukan oleh penulis hanya melibatkan pelajar-pelajar kejuruteraan semster 3 di tiga buah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi yang terdiri daripada Politeknik Merlimau Melaka, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dan Politeknik Johor Bahru di Pasir Gudang, Johor. Kajian ini dijalankan hanya untuk pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sahaja. Selain itu, kajian ini juga melibatkan beberapa orang pensyarah yang mengajar subjek-subjek berkenaan.

Metodologi Kajian

Dalam pelaksanaan kajian ini, penulis telah menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah dan pendekatan kuantitatif dilakukan dengan cara persampelan dan populasi kajian di mana penulis telah menggunakan borang soal selidik ke atas 275 orang responden daripada tiga buah Politeknik terpilih iaitu Politeknik Merlimau Melaka, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dan Politeknik Johor Bahru di Pasir Gudang, Johor.

Kaedah kualitatif pula melibatkan instrumen kajian iaitu temu bual ke atas beberapa orang pensyarah-pensyarah yang mengajar subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

(5)

Dapatan Kajian

Dapatan kajian yang diperoleh penulis terhadap para responden ditunjukkan melalui beberapa demografi. Dapatan kajian diperoleh daripada kaedah kuantitatif dan kualitatif.

Pendekatan Kuantitatif

Terdapat dua pembahagian utama dalam dapatan kajian yang telah dilakukan iaitu dapatan maklumat latar belakang responden serta respon mereka terhadap peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam membina sahsiah pelajar.

Pembahagian tersebut pula dipecahkan dalam beberapa bahagian kecil. Bagi dapatan berkaitan maklumat peribadi responden, penulis telah membahagikan dapatan tersebut kepada empat bahagian kecil. Bahagian-bahagian tersebut melibatkan maklumat peribadi responden seperti taburan responden mengikut jantina, bangsa, bidang kejuruteraan serta gred yang diperoleh semasa semester 1 dan 2 bagi pelajar Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bagi dapatan data ini, penulis telah menghuraikan data melalui lima jadual yang mengandungi bilangan pelajar dan peratusan.

Walaubagaimanapun, penulis telah meletakkan jadual taburan responden mengikut bidang kejuruteraan di dalam subtopik "taburan responden mengikut bangsa", boleh rujuk pada muka surat 11. Hal ini menjadikan pembaca terkeliru berkaitan hubungan antara bangsa dan bidang kejuruteraan yang diambil. Penulis sepatutnya membuat satu subtopik khusus bagi meletakkan jadual tersebut, sekaligus penerangan tentang taburan responden mengikut bidang kejuruteraan.

Pembahagian utama yang kedua pula ialah berkaitan dengan data yang diperoleh daripada responden berkenaan dengan hubungan antara matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral terhadap sahsiah dan kehidupan seharian mereka.

(6)

Jadual seterusnya ialah jadual berkaitan pemahaman kurikulum Pendidikan Islam dalam membina sahsiah pelajar berkualiti. Jadual ini dihasilkan bertepatan dengan kehendak persoalan pertama kajian iaitu sejauhmanakah pemahaman kurikulum Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam membina sahsiah pelajar berkualiti. Jadual ini berkisar tentang purata pelajar yang memahami silibus, inti pati,sukatan pelajaran dan perkara-perkara yang melibatkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Hasil dapatan telah menjawab persoalan kajian iaitu pelajar-pelajar memahami kurikulum Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Hal ini dinyatakan melalui min 4.5 bagi Pendidikan Islam dan 3.99 bagi min Pendidikan Moral.

Jadual seterusnya pula mengemukakan data mengenai pelaksanaan akhlak dan nilai terpuji dalam kehidupan seharian pelajar. Data ini dibina bagi menjawab persoalan sejauhmanakah pelaksanaan akhlak dan nilai terpuji dalam kehidupan seharian pelajar. Kajian ini berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar di dalam mahupun di luar politeknik, melibatkan aspek tingkah laku, perbuatan dan percakapan. Berdasarkan analisa yang diperoleh, pengaplikasian akhlak dan nilai terpuji dalam kehidupan seharian berada di tahap sederhana iaitu dengan purata 3.67 untuk Pendidikan Islam dan 3.61 bagi Pendidikan Moral. Analisa ini menjawab persoalan kajian dengan mengatakan bahawa akhlak dan nilai terpuji dilaksanakan oleh para pelajar dengan tahap sederhana.

Dapatan seterusnya berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi membina sahsiah pelajar berkualiti di Politeknik. Data ini diperlukan bagi menjawab persoalan kajian berkenaan dengan apakah faktor yang mempengaruhi sahsiah pelajar berkualiti di Politeknik. Dapatan ini menghuraikan tiga faktor utama iaitu keluarga, pensyarah dan rakan-rakan. Hasil dapatan kajian ditunjukkan melaui sebuah jadual yang mempunyai skor min dan sisihan piawai bagi kedua-dua subjek. Dapatan kajian telah menunjukkan keluarga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembinaan sahsiah pelajar yang berkualiti. Hal ini dapat dijelaskan melalui skor min yang tertinggi iaitu 4.20 untuk Pendidikan Islam dan 4.14 untuk Pendidikan Moral.

(7)

mempengaruhi pembinaan sahsiah yang berkualiti. Hal ini dibuktikand engan peratusan 32.4% dan kekerapan 12.

Pendekatan Kualitatif

Seterusnya, pendekatan kualitatif dijalankan melalui temu bual. Temu bual yang dijalankan adalah melalui beberapa orang pensyarah yang pakar dalam bidang masing-masing iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Temu bual berkisar tentang matlamat, kaedah penyampaian, kesan subjek terhadap pelajar serta faktor yang terlibat dalam pencorakan tingkah laku pelajar. Sleain itu, penulis juga berbincang mengenai pencapaian pelajar pada peperiksaan akhir semester. Dapatan kajian melalui pendekatan ini dapat disimpulkan dengan pelajar akhlak dan sahsiah pelajar berada pada tahap sederhana walaupun mendapat keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan. Hal ini memerlukan kepada pemantauan daripada pelbagai pihak bagi memastikan sahsiah mereka terpelihara.

Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa dapatan kajian yang telah dikumpulkan oleh penulis telah membuktikan bahawa masih terdapat sedikit kelemahan dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam pembentukan sahsiah pelajar. Ternyata para pelajar kurang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai yang dianjurkan melalui subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Kajian Literatur

Kajian literatur penulis berkisar tentang konsep agama dalam kehidupan seharian pelajar. Penulis telah menerangkan apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan pendidikan Islam dan bagaimana situasi pelajar hari ini dalam mengamalkan ajaran Islam dengan sepenuhnya. Kajian literatur ini juga mempunyai beberapa pandangan daripada beberapa penulis lain yang berkaitan dengan Pendidikan Islam.

(8)

ayat tidak dinyatakan oleh penulis dan ayat asal surah tersebut juga tidak dinyatakan. Penulis hanya menyatakan maksud ayatnya sahaja.

Penulis juga mengambil pandangan daripada Abdul Halim dan Azizi Yahya dalam menjelaskan konsep Pendidikan Islam. Secara ringkasnya, penulis berpendapat dalam mendidik sahsiah pelajar, pendekatan guru memainkan peranan penting ketika penyampaian ilmu terhadap pelajar. Hal ini kerana pelajar-pelajar pada masa kini lebih penekankan konsep ilmu dari segi luaran sahaja, namun tidak diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Pendekatan ilmu kepada pelajar secara formal dan tidak formal harus digunakan bagi mencorak keperibadian serta sahsiah yang berkualiti dalam kalangan pelajar.

Kajian literatur penulis hanya menekankan konsep pendidikan dalam pengajaran subjek Pendidikan Islam sahaja. Kajian literatur berkaitan dengan Pendidikan Moral tidak dibuat secara khusus. Hal ini menjejaskan matlamat tajuk kerana dalam tajuk juga melibatkan Pendidikan Moral. Walaubagaimanapun, penulis telah menerangkan secara lanjut tentang Pendidikan Moral dalam tajuk objektif,matlamat dan prinsip Pendidikan Moral.

Kesimpulan

Referensi

Dokumen terkait

Perempuan pedagang ikan juga memiliki peran terhadap akses dan kontrol atas aset dan sumber daya perikanan, sedangkan untuk pengambilan keputusan mengenai usaha memasarkan ikan, hal

Kewirausahaan Menurut Peter F Drucker, adalah suatu kemampuan untuk menciptakan sesuatu yang baru dan berbeda (ability to create the new and different).

1) Sebagai masukan bagi kepala sekolah dalam rencana pengembangan sekolah khususnya kelas unggulan di MTs Negeri 02 Sukoharjo. 2) Sebagai masukan bagi lembaga pendidikan

Kedua indikasi tersebut sejalan dengan beberapa penelitian yang menyebutkan bahwa sebenarnya absorptive capacity tidak langsung berhubungan dengan inovasi perusahaan,

Ciri-ciri individu yang memiliki resiliensi menurut Sarafino (1994), adalah (a) memiliki temperamen yang lebih tenang, sehingga dapat menciptakan hubungan yang

59 Tahun 2012 tentang Tarif Pelayanan Kesehatan di Pusat Kesehatan Masyarakat menggunakan pendekatan biaya satuan unit atau unit cost dengan metode step down dengan bantuan

KEGIATAN DAN ANTAR JENIS BELANJA PADA ANGGARAN PENDAPATAN DAN BELANJA DAERAH (APBD) KABUPATEN PAKPAK BHARAT TAHUN ANGGARAN 201