• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelancongan Warisan dan Penerapan Konsep

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pelancongan Warisan dan Penerapan Konsep"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Pelancongan Warisan dan Penerapan Konsep Pelancongan Lestari dalam

Pemuliharaan “Khazanah” Negara: Satu Diskusi

Mohamad Zaki Ahmad1 Norria Zakaria2 & Johan Afendi Ibrahim3

1&3 Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti & Alam Sekitar,

Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia

2Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan

Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia

Corresponding author: ipdm@uum.edu.my

Abstrak: Pelancongan warisan diiktiraf sebagai satu agenda penting. Pelancongan berteraskan pergerakan antarabangsa dapat menyumbang kepada kemajuan dan perkembangan kesedaran warisan di peringkat global, dan secara tidak langsung dapat meningkatkan penghargaan terhadap nilai-nilai dan amalan warisan. Warisan budaya dan warisan semulajadi kita sememangnya menjadi sumber dan inspirasi kehidupan yang tidak dapat ditukarganti. Malahan, warisan-warisan ini adalah tanda aras, asas rujukan dan identiti kita,” (WHC, 1996). Dalam konteks ini pemuliharaan tempat bersejarah, bangunan dan bahan artifak akan terus menjadi salah satu langkah bagi memelihara peninggalan sejarah negara serta menambah bilangan tarikan pelancong. Pendekatan pembangunan pelancongan lestari bagi setiap perancangan pelancongan adalah amat diperlukan kerana sekiranya sumber-sumber pelancongan dimusnah atau dimansuhkan, maka sesebuah kawasan atau destinasi pelancongan itu tidak lagi dapat menarik pelancong dan akhirnya pelancongan di kawasan berkenaan akan gagal. Justeru, kertas konseptual ini membincangkan aspek-aspek yang berkaitan seperti definisi, konsep, impak dan kepentingan pelancongan warisan dan pelancongan lestari serta pendekatan dan prinsip pelancongan lestari dalam memulihara sumberjaya warisan negara.

Kata Kunci: pelancongan warisan; pelancongan lestari; impak; pemuliharaan

1. Pendahuluan

Pelancongan telah berkembang menjadi antara industri terbesar dunia. Saban tahun, berbilion-bilion Dollar telah dibelanjakan oleh para pelancong dan jumlah kedatangan pelancong dunia juga secara konsistennya menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa. Melalui gabungan sektor-sektor perkhidmatan utama seperti pengangkutan, penginapan, tarikan dan perkhidmatan makanan, pelancongan telah menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan berbanding industri-industri lain di dunia.

(2)

pasangan yang tidak mempunyai anak dan kewujudan ramai individu dewasa. Malahan, perilaku pelancong kini menjadikan kepuasan daripada aktiviti yang dilakukan sebagai matlamat utama berbanding wang yang dibelanjakan untuk perjalanan.

Walaupun dilanda dengan pelbagai masalah dan bencana, trend atau jumlah kedatangan pelancong ke kebanyakan destinasi pelancongan dunia termasuk Malaysia menunjukkan peningkatan yang positif. Di sebalik imej negatif ke atas negara dalam aspek keselamatan akibat beberapa isu dan bencana seperti tragedi pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada 2013 dan dua tragedi “misteri” menyayat hati yang melibatkan pesawat penerbangan negara iaitu MH370 dan MH17 pada Mac dan Julai yang lalu, industri pelancongan negara masih dapat menyaksikan sumbangan secara konsisten yang telah dan sedang dijana melalui industri yang cukup sinonim dengan gelaran ‘industri yang paling anjal’ (the most resilient industry) ini. Pada tahun 2012 sahaja, terdapat 25.03 juta pelancong luar telah melawat negara ini dengan menjana pendapatan berjumlah melebihi RM60.6 billion manakala pada tahun 2013, jumlah kedatangan pelancong luar telah meningkat kepada 25.72 juta pelancong dengan jumlah pendapatan melebihi RM65.4 billion (Jadual 1).

Jadual 1: Ketibaan Pelancong dan Pendapatan Pelancongan Malaysia

Tahun Jumlah Ketibaan (Juta) Pendapatan (RM Billion)

2013 25.72 65.4

2012 25.03 60.6

2011 24.71 58.3

2010 24.58 56.5

2009 23.65 53.4

2008 22.05 49.6

2007 20.97 46.1

2006 17.55 36.3

2005 16.43 32.0

2004 15.70 29.7

2003 10.58 21.3

2002 13.29 25.8

2001 12.78 24.2

2000 10.22 17.3

1999 7.93 12.3

1998 5.56 8.6

Sumber: www.tourism.gov.my

(3)

Stewart (1996) mendapati bahawa pembangunan pelancongan dapat mengubah hubungan penduduk antara satu sama lain dan hubungan penduduk sesuatu petempatan dengan petempatan yang lain.

Warisan pula telah menjadi semakin penting kepada pelancong hari ini. Di kebanyakan tempat di seluruh dunia, warisan dikategorikan sebagai salah satu komponen utama dalam pembangunan pelancongan terutamanya apabila ia digabungkan dengan aktiviti pelancongan dan rekreasi. Pada masa sekarang, dapat dilihat bahawa aktiviti perjalanan mengunjungi destinasi berteraskan warisan telah berkembang dengan pesat. Dalam konteks global, kebanyakan pusat tarikan pelancongan utama dunia adalah merupakan bandar-bandar warisan yang disenaraikan sebagai warisan dunia. Pelancong ingin melihat sendiri warisan dunia yang sukar didapati di tempat-tempat lain. Bandar warisan seperti Amsterdam di Belanda; Paris di Perancis; York, Bath, Cambridge dan Oxford di England; dan Pisa, Venice, dan Florence di Italy amat terkenal di kalangan pelancong di seluruh dunia. Dalam konteks berkenaan, Malaysia juga sebenarnya mempunyai banyak bandar warisan yang boleh dipulihara dan disenaraikan sebagai warisan dunia dan berpotensi menjadi tarikan pelancong contohnya Georgetown, Bandaraya Melaka, Kuching, Kota Bharu dan Taiping.

2. Warisan: Definisi dan Konsep

“Warisan merupakan pusaka peninggalan masa silam yang masih diamalkan pada hari ini dan diperturunkan dari generasi sekarang kepada generasi akan datang. Warisan budaya dan warisan semulajadi kita sememangnya menjadi sumber dan inspirasi kehidupan yang tidak dapat ditukarganti. Malahan, warisan-warisan ini adalah tanda aras, asas rujukan dan identiti kita,” (WHC, 1996). Secara amnya, definisi warisan itu sendiri merupakan sesuatu yang subjektif dan luas maksudnya (Razak, 2006). Tiada had masa dan garisan yang dapat menentukan sesuatu khazanah atau peninggalan itu layak dikategorikan sebagai warisan walaupun sesuatu itu diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

Warisan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan semua. Walaupun kepentingannya adalah tidak setara antara seorang individu dengan individu yang lain, namun adalah mustahil untuk menafikan impak warisan terhadap kehidupan manusia hari ini dan masa hadapan. Antara Warisan Dunia (World Heritage) termasuklah tapak-tapak yang mempunyai nilai sejagat yang diberi pengiktirafan melalui proses pemilihan dan pencalonan yang bergantung kepada konsep-konsep warisan kebangsaan (bagi negara-negara yang berkenaan). Pelancongan berteraskan pergerakan antarabangsa dapat menyumbang kepada kemajuan dan perkembangan kesedaran warisan di peringkat global, dan secara tidak langsung dapat meningkatkan penghargaan terhadap nilai-nilai dan amalan warisan.

Warisan yang masih segar dan ‘hidup’ sehingga hari ini selalunya adalah unik dan tidak dapat ditukarganti, malah ianya memerlukan kepada usaha dan tanggungjawab pemuliharaan yang lebih daripada generasi masa kini. Objek-objek yang lebih kecil seperti hasilkerja seni dan masterpiece budaya dikumpul dan dipamerkan di muzium dan galeri-galeri seni. Di peringkat antarabangsa, usaha melindungi dan memelihara aspek warisan budaya dan semulajadi telah dicetuskan oleh UNESCO melalui Convention Concerning the Protection of World Cultural and Natural Heritage yang telah dipersetujui dalam persidangan umumnya pada 1972. Sehingga 2014, terdapat 1007 Tapak Warisan Dunia (World Heritage Sites) di seluruh dunia yang terdiri daripada tapak warisan, tapak semulajadi dan tapak berasaskan gabungan warisan. Setiap tapak warisan ini mempunyai nilai yang amat besar kepada manusia sejagat.

(4)

kebudayaan dan semulajadi. Menurut beliau lagi, dalam konteks kebudayaan, warisan menjelaskan kedua-dua bentuk material dan bukan material seperti artifak, peninggalan sejarah, bangunan, monumen, senibina, falsafah, nilai sosial dan adat tradisi, acara sejarah, perayaan, cara hidup yang berbeza, kesusasteraan, cerita-cerita rakyat, amalan pendidikan, kesenian, ekspresi artistik dan lain-lain aspek aktiviti manusia. Secara umum, warisan kebudayaan bukan material adalah lebih sukar untuk dipulihara berbanding dengan warisan kebudayaan dalam bentuk material. Dalam konteks semulajadi, warisan turut merangkumi taman-taman, hutan-hutan, landskap, gunung-ganang, bukit-bukau, pulau-pulau, flora dan fauna. Malahan, warisan semulajadi turut mempunyai komponen kebudayaan memandangkan nilai warisan tersebut bergantung kepada penilaian subjektif oleh manusia.

Terma ‘warisan’ juga digunakan dalam pelbagai konteks (Tunbridge dan Ashworth, 1996). Ianya digunakan bagi merujuk kepada objek-objek dari masa silam atau tapak-tapak peninggalan tanpa struktur fizikal kekal yang dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa silam. Malahan, ‘warisan’ juga digunakan bagi merujuk kepada aspek-aspek bukan fizikal masa silam seperti produktiviti kebudayaan dan artistik. Di kebanyakan negara, “warisan kebangsaan” mempunyai makna yang hampir sama dengan “budaya kebangsaan”.

Warisan juga merupakan sumberjaya kebudayaan, ekonomi dan politik. Memandangkan warisan dilihat sebagai mempunyai nilainya yang tersendiri, maka artifak warisan adalah amat sesuai dan praktikal untuk dijadikan koleksi dan anugerah, dan dipulihara sebagai satu objek yang amat tinggi nilainya. Menurut Tunbridge dan Ashworth (1996) lagi, warisan kebangsaan berdasarkan sejarah kebangsaan menjelaskan keunikan negara sejak zaman berzaman melalui peredaran masa. Dalam konteks ini, warisan itu sendiri merupakan alat yang amat bernilai dalam membangkit dan meningkatkan semangat kebangsaan, atau mewujudkan satu imej kebangsaan.

3. Pelancongan Warisan

Pelancongan warisan secara umumnya merupakan satu bentuk pelancongan untuk melihat segala khazanah warisan yang telah diwarisi daripada generasi terdahulu seperti sejarah, kebudayaan, kesenian, alam semulajadi, artifak dan lain-lain (Razak, 2006). Swarbrooke (1994) mendefinisikan pelancongan warisan sebagai “pelancongan berasaskan warisan, di mana warisan itu sendiri adalah tunjang utama bagi produk yang ditawarkan, dan warisan adalah faktor motivasi (penggalak) utama kepada pelawat atau pelancong”. Secara jelasnya definisi ini merangkumi satu skop aktiviti berkaitan yang luas, daripada lawatan ke bandar atau tempat bersejarah hinggalah kepada melawat pameran senibudaya di muzium. Dari sudut pelancongan, warisan sebagai tarikan mestilah menarik dan mudah untuk pelancong atau pelawat sampai ke tempat warisan yang berkenaan. Dalam menarik pelawat atau pelancong untuk mengunjungi sesuatu destinasi, warisan perlu menjadi motivasi (sebab) utama, atau faktor sekunder selain daripada tarikan pelancong yang lain di destinasi tersebut.

(5)

Pelancongan warisan secara relatifnya pula merupakan satu fenomena baru, walaupun perjalanan untuk tujuan kebudayaan atau melawat tempat bersejarah telah wujud dan popular sejak zaman silam lagi. Walaubagaimanapun, bentuk pelancongan ini semakin berkembang sejak kebelakangan ini didorong oleh faktor-faktor umum dan khusus. Masa senggang yang semakin meningkat, perbelanjaan bolehguna yang semakin bertambah, meningkatnya mod pengangkutan dengan teknologi yang lebih canggih dan pembentukan pakej percutian terancang menyumbang kepada kemajuan dan perkembangan pelancongan secara umum.

Secara khususnya, peningkatan nostalgia terhadap masa silam, taraf pendidikan yang lebih tinggi, peningkatan status sosial bagi warisan dan kepelbagaian faktor motivasi pelancong telah menyebabkan permintaan terhadap pelancongan berasaskan warisan menjadi semakin meningkat. Kewujudan bentuk-bentuk baru produk warisan juga telah membentuk-bentuk permintaan baru yang lebih kompleks yang secara tidak langsung turut menjelaskan tentang populariti pelancongan warisan yang semakin berkembang. Bekalan (supply) produk warisan sedia ada turut meningkat secara dramatik semenjak dua dekad yang lalu terutamanya melalui pembukaan dan pengenalan tarikan-tarikan warisan yang baru dan juga melalui pakej produk warisan yang lebih kompetitif.

Adalah penting untuk mengenalpasti skala bagi tarikan-tarikan warisan dengan mengambilkira segmen-segmen pasaran yang berkenaan: hanya sebahagian kecil sahaja tapak-tapak warisan boleh dipertimbangkan sebagai tarikan peringkat antarabangsa, manakala selebihnya hanyalah menarik minat pelawat di peringkat nasional, negeri ataupun peringkat daerah (tempatan) sahaja. Sekalipun pada skala antarabangsa, hanya terdapat dua tahap iaitu: tarikan antarabangsa primer yang berupaya menghasilkan lawatan-lawatan dari negara-negara luar secara terus ke tarikan-tarikan berkenaan, manakala tarikan sekunder pula bukanlah merupakan faktor penentu dalam pemilihan destinasi oleh pelancong tetapi tarikan ini mempunyai nilai yang sesuai atau mencukupi untuk menarik minat pelancong-pelancong melawat tarikan berkenaan setibanya mereka ke negara yang berkenaan (Jenkins, 1993).

4. Impak Pelancongan

Sebagai satu industri yang dinamik, pelancongan menawarkan komuniti dalam semua bentuk dan saiz peluang-peluang pembangunan yang unik. Bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu tidak semua komuniti adalah sesuai dengan pelancongan, malahan pembangunan pelancongan tidak semestinya sesuai untuk setiap komuniti. Secara umumnya, impak pelancongan adalah sama ada ianya positif atau negatif bergantung kepada ciri-ciri kawasan berkaitan (jenis dan sejauh mana pelancongan telah dimajukan) dan ciri-ciri masyarakat setempat (penerimaan terhadap kesan-kesan berkenaan). Impak-impak pelancongan pada kebiasaannya dibincangkan dari sudut ekonomi, sosiobudaya dan persekitaran (alam sekitar). Jenis dan kepentingan impak-impak pelancongan adalah berbeza antara satu komuniti dengan komuniti yang lain. Secara umum, saiz, sifat dan had bagi impak pelancongan adalah bergantung kepada faktor-faktor seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Faktor-faktor yang mempengaruhi saiz, sifat dan impak pelancongan

Faktor-faktor yang mempengaruhi Saiz, Sifat dan Impak PelanconganJumlah aktiviti pelancong berbanding aktiviti masyarakat setempatTahap kepadatan atau keselerakan aktiviti pelancong di kawasan berkaitanTempoh dan sifat hubungan pelancong dengan komuniti

(6)

Bagaimana baik pelancongan dirancang, dikawal dan diuruskan.

Impak pelancongan datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Memandangkan potensi ekonominya yang besar, banyak tempat yang membangunkan pelancongan terutamanya atas alasan penjanaan peluang-peluang pekerjaan, penjanaan pendapatan yang lebih baik dan industri pelancongan yang sering disifatkan sebagai satu industri “tanpa pencemaran” yang smokeless and clean (tanpa asap dan bersih). Tambahan pula, pelancongan dapat membantu melindungi alam sekitar, menjaga dan memulihara aspek warisan budaya dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat. Bagaimanapun, pelancongan juga akan menyumbangkan impak-impak negatif jika dibangunkan tanpa perancangan yang berkesan dan menyeluruh. Jadual 3 menyenaraikan impak-impak ekonomi, sosiobudaya dan persekitaran berkaitan pembangunan dan aktiviti pelancongan secara umum.

Jadual 3: Impak pelancongan umum

IMPAK PELANCONGAN (secara umum)

Impak Ekonomi

Peluang pekerjaan

Meningkatkan pendapatan

Pertukaran matawang asing

Pendapatan Kerajaan melalui cukai

Kos infrastruktur

Peningkatan harga barangan

Gangguan struktur ekonomi dan gunatenaga

Kebocoran ekonomi (leakages) ke luar negara

Impak Sosiobudaya

Pemuliharaan warisan budaya

Desan demonstrasi (Demonstration effect)

Gangguan kepada struktur dan pengagihan populasi

Pertukaran silang budaya

Peluang pendidikan

Aspek keselamatan dan kawalan

Masalah sosial

Kualiti hidup masyarakat

Kesesakan

Impak Persekitaran

Pemuliharaan sumberjaya alam semulajadi dan buatan

Memperbaiki kualiti alam sekitar dan infrastruktur

Meningkatkan daya tarikan alam sekitar

Meningkatkan kepekaan kepada alam sekitar

Pencemaran air, udara, bunyi dan pemandangan

Masalah pembuangan sisa

Gangguan ekologi

Masalah kegunaan tanah

(7)

Dalam konteks warisan dan sosiobudaya, pelancongan dapat menyumbang impak positif dalam pelbagai aspek, antaranya:

a) Pelancongan sebagai mekanisma kepada keamanan sejagat:

Melancong dapat mendekatkan hubungan antara masyarakat sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Elemen pendidikan yang terdapat dalam industri ini dapat meningkatkan kefahaman antara manusia dan budaya serta menyediakan peluang pertukaran silang-budaya antara pelancong dan masyarakat hos di destinasi yang dilawati. Justeru, ianya dapat membentuk “simpati” dan kefahaman yang dapat mengurangkan prejudis.

b) Pelancongan meningkatkan “nilai” kebudayaan dan tradisi:

Pelancongan dapat meningkatkan usaha pemeliharaan dan nilai tradisi kebudayaan dan sejarah sesuatu bangsa atau masyarakat. Usaha ini akhirnya dapat menyumbang kepada pemuliharaan dan pengurusan sumberjaya warisan semulajadi secara mapan, melindungi warisan tempatan dan memperkembang serta memperkenalkan budaya suku kaum.

c) Pelancongan menggalakkan penglibatan sivik dan kebanggaan:

Pelancongan membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap nilai warisan budaya dan semulajadi, dan menggalakkan perasaan bangga terhadap warisan tempatan dan warisan negara serta sokongan terhadap usaha pemuliharaan sumber-sumber warisan ini. Penglibatan masyarakat tempatan dalam pembangunan pelancongan adalah amat penting bagi menjamin kejayaan usaha pemuliharaan dan penggunaan kepelbagaian bio secara mapan.

d) Pelancongan mengukuhkan masyarakat:

Pelancongan dapat mengukuhkan masyarakat dalam pelbagai cara; antaranya, melalui penganjuran acara dan pesta di mana masyarakat setempat sebagai peserta utama yang bergabung mempertontonkan persembahan tradisional kepada pelancong. Malahan, peluang kerja yang mampu meningkatkan pendapatan masyarakat setempat juga dapat mengurangkan kadar penghijrahan golongan muda ke bandar-bandar besar.

e) Kemudahan pelancongan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat: Memandangkan pelancongan menyokong kewujudan kemudahan dan perkhidmatan masyarakat, ianya juga dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di destinasi. Antara manfaat yang berkenaan ialah infrastruktur yang dinaiktaraf, penyediaan kemudahan sukan dan rekreasi, perkhidmatan kesihatan dan pengangkutan yang lebih baik dan berkesan, kemudahan dan kawasan awam lain seperti taman-taman yang lebih baik dan menarik dan sebagainya.

5. Pelancongan Lestari: Definisi dan Pendekatan Konsep

Bukan mudah untuk mendefinisikan “pembangunan pelancongan lestari” kerana ia perlu dikaitkan dengan keperluan pelancongan hari ini dengan penekanan dan pertimbangan untuk keperluan generasi masa depan. Secara umumnya pembangunan pelancongan lestari bermaksud mencapai kemajuan atau pembangunan dalam ertikata yang tidak mengganggu gugat atau merosakkan persekitaran semulajadi dan persekitaran “buatan” pada masa sama memelihara aspek budaya masyarakat setempat. Konsep

(8)

positif ataupun sebaliknya. Dalam konteks ini, pelancongan dilihat sebagai “alat” bagi memperbaiki dan

memelihara alam sekitar ataupun punca kepada kemusnahan alam sekitar dan sumberjaya warisan yang lain.

Sensitiviti terhadap alam sekitar semakin menjadi komponen utama bagi strategi pelancongan antarabangsa di mana terlalu kerap kita lihat insiden-insiden melibatkan pelancong dan pelawat-pelawat yang tidak mempunyai kesedaran terhadap persekitaran di sekeliling mereka. Ada pelancong atau pelawat menginginkan cenderamata unik daripada kerang-kerangan, tumbuh-tumbuhan atau batu-batuan eksotik. Ada juga pelancong secara langsung ataupun tidak langsung „mengubah aspek habitat atau

persekitaran semulajadi bagi flora tertentu yang akhirnya mengakibatkan kemusnahan biologi bagi spesis flora dan fauna yang berkenaan. Vandalisme (dan kadangkala menjadi aktiviti keganasan) oleh pelancong atau pelawat seperti menconteng dan merosakkan papan tanda pelancongan, memetik bunga atau tumbuhan yang dilarang, menyeksa dan memukul haiwan, merosak serta mencuri artifak berharga masyarakat asli mendatangkan kemusnahan dan meninggalkan impak yang besar terhadap persekitaran.

World Tourism Organization mendefinisikan pelancongan lestari sebagai “memenuhi keperluan semasa pelancong dan destinasi pada masa sama melindungi dan meningkatkan peluang-peluang untuk masa hadapan... menuju kepada pengurusan semua sumberjaya yang berkaitan melalui cara di mana keperluan ekonomi, sosial dan estetika dapat dipenuhi sementara mengekalkan integriti budaya, proses ekologi penting, kepelbagaian biologi, dan sistem sokongan hidup” (WTO, 1998). Garispanduan dan amalan pengurusan bagi pembangunan pelancongan lestari adalah terpakai kepada semua bentuk pelancongan meliputi semua destinasi termasuklah pelancongan massa dan pelancongan alternatif. Secara umumnya, prinsip-prinsip kelestarian merujuk kepada aspek-aspek alam sekitar, ekonomi dan sosiobudaya bagi pembangunan pelancongan dan keseimbangan yang setara mesti diperolehi antara ketiga-tiga dimensi ini bagi menjamin kelestarian untuk satu jangkamasa yang panjang.

Terdapat pelbagai petunjuk menerangkan pendekatan bersepadu dalam perancangan dan pengurusan pelancongan diperlukan bagi mencapai pelancongan lestari. Sejak kebelakangan ini dapat dilihat meningkatnya pengiktirafan terhadap kepentingan menggabungkan aspek-aspek pengurusan bandar tradisional (pengangkutan, perancangan guna tanah, pemasaran, pembangunan ekonomi, perancangan keselamatan dan sebagainya) dengan keperluan bagi perancangan untuk pelancongan.

Pembangunan pelancongan lestari dapat memenuhi keperluan ekonomi, sosial, dan estetika di samping mengekalkan keutuhan dan integriti kebudayaan serta proses-proses ekologi. Ia juga memberi dan menyediakan pelancong dan host (tuan rumah) peluang yang sama dalam melindungi serta memelihara sumberjaya sedia ada. Walaupun begitu, pembangunan pelancongan lestari perlu turut melibatkan proses membuat pilihan politik yang sukar berdasarkan perubahan sosial, ekonomi dan persekitaran yang kompleks. Justeru, para perancang tempatan boleh menggunakan prinsip-prinsip berikut sebagai garis panduan asas apabila mencuba untuk mengintegrasi wawasan yang lebih luas dengan dasar-dasar dan amalan-amalan tempatan:

a) Perancangan, pembangunan dan operasi pelancongan menjadi sebahagian daripada strategi-strategi pemuliharaan dan pembangunan mapan sama ada bagi peringkat setempat, negeri atau negara. Perancangan, pembangunan dan operasi pelancongan sepatutnya bersifat “

silang-sektor”(crosssectoral) dan bersepadu melibatkan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu bagi mendapatkan manfaat yang lebih luas.

(9)

cara hidup masyarakat dan tingkah laku tradisional, kepimpinan dan fahaman politik masyarakat setempat.

c) Pelancongan harus dirancang dan diuruskan secara mapan dengan memberikan tumpuan terhadap perlindungan dan penggunaan sumberjaya persekitaran semulajadi masyarakat setempat yang bersesuaian secara ekonomi.

d) Pelancongan seharusnya dibangunkan berlandaskan ekuiti bagi pengagihan dan perkongsian faedah-faedah dan kos-kos secara adil oleh penganjur-penganjur pelancongan, masyarakat tuan rumah dan kawasan pembangunan itu sendiri.

e) Maklumat, penyelidikan dan komunikasi yang menyeluruh mengenai pelancongan dan kesannya terhadap alam sekitar dan kebudayaan perlu disiapkan sepanjang proses pembangunan, terutamanya bagi orang tempatan, supaya mereka boleh menyertai dan mempengaruhi hala tuju pembangunan. Orang tempatan digalakkan untuk menerajui kepimpinan dalam perancangan dan pembangunan pelancongan dengan dibantu pihak kerajaan, pengusaha pelancongan, institusi kewangan dan pihak-pihak lain yang berkaitan. f) Analisis perancangan alam sekitar, sosial dan ekonomi secara bersepadu patut dijalankan

sebelum dimulakan sebarang projek dengan memberikan pertimbangan yang teliti terhadap penggunaan sedia ada, cara hidup masyarakat setempat dan aspek-aspek alam sekitar di kawasan yang berkenaan.

g) Di semua peringkat pembangunan dan operasi pelancongan, program penilaian dan pemantauan serta rundingan yang teliti harus dikendalikan secara teratur bagi membolehkan masyarakat tempatan dan lain-lain pihak mengambil kesempatan ke atas peluang-peluang yang diperolehi atau bertindak balas terhadap perubahan-perubahan tertentu.

6. Pemuliharaan “Khazanah” Negara: Aspek Kelestarian untuk Pertimbangan

Persidangan Warisan Dunia UNESCO (1972) dengan tegas telah menyatakan bahawa: “Warisan budaya dan alam semulajadi semakin terancam oleh kemusnahan, bukan sahaja disebabkan kerosakan secara tradisional, tetapi juga oleh sebab perubahan keadaan sosial dan ekonomi. Kemusnahan atau kehilangan budaya atau alam semulajadi ini akan mengakibatkan kepupusan warisan bagi semua bangsa di dunia.” Tanpa pengurusan dan perancangan yang sistematik dan berkesan, kemusnahan dan kepupusan sumberjaya warisan boleh berlaku. Justeru, bagi mengelakkan kepupusan daripada berlaku, usaha gigih yang berterusan bagi memelihara dan memulihara segala warisan yang ada hari ini perlulah diambil dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa. Dalam konteks ini, pemuliharaan adalah satu bidang pelbagai disiplin merangkumi pemuliharaan tapak dan bangunan bersejarah, bandar dan perkampungan yang kaya dengan nilai warisan, monumen, budaya, aspek sosioekonomi masyarakat dan lain-lain aspek warisan bernilai yang lain. Secara praktikalnya, pengetahuan dan pemahaman yang luas amat diperlukan dalam bidang ini. Pemuliharaan secara umumnya melibatkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan professional; antaranya termasuklah jurukur bahan, ahli sejarah, kontraktor bangunan, kurator, perancang bandar, akitek, tukang ukir, pakar barangan antik, dan lain-lain.

Melalui pendekatan pembangunan lestari, konsep pembangunan ini di’bayangkan’ sebagai

(10)

Sustainable Tourism" (Griffin dan Boele, 1993) meringkaskan LIMA elemen utama bagi kelestarian pelancongan seperti berikut:

 Memelihara asas sumberjaya sedia ada untuk generasi akan datang.

 Mengekalkan produktiviti bagi asas sumberjaya yang berkenaan.

 Mengekalkan kepelbagaian bio dan mengelakkan perubahan alam sekitar yang tidak dapat diperbaiki.

 Memastikan ekuiti generasi sekarang dan antara generasi.

 Mengekal dan melindungi warisan (budaya dan sejarah) di semua peringkat merangkumi kawasan setempat, kebangsaan dan serantau.

Pembangunan pelancongan lestari menyokong dan dapat memastikan agar keadaan dan status ekonomi, sosial dan budaya sesebuah masyarakat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan aktiviti pelancongan berada di tahap yang baik. Pendapatan kewangan daripada pelancongan dapat menyumbang kepada peningkatan taraf hidup, keselamatan dan kestabilan sosial serta menjana lebih banyak peluang untuk pembangunan dan kebolehan berdikari atau menampung diri sendiri terutamanya bagi masyarakat setempat di sesebuah destinasi. Pelancongan mampu menyediakan peluang pendapatan bagi individu, keluarga atau masyarakat keseluruhan melalui pelbagai cara.

Pelancongan lestari membenarkan pengunaan sumberjaya budaya dan semulajadi untuk menjana keuntungan ekonomi, namun pada masa yang sama, perlu “menjamin” agar sumberjaya ini tidak berkurangan atau dimusnahkan. Tambahan pula, pelancongan juga turut dianggap sebagai pemacu atau pendorong utama untuk mewujud dan mengukuhkan usaha perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan nilai budaya. Dua pendekatan utama dalam skop pemeliharaan alam sekitar boleh dikenal pasti di kalangan perniagaan-perniagaan pelancongan. Pendekatan yang pertama ialah pengurusan pengunjung/pelawat yang berfungsi untuk mengurangkan kesan negatif pelancongan terhadap ekosistem dan kepelbagaian bio. Manakala, pilihan yang kedua pula ialah pembiayaan usaha pemuliharaan melalui kaedah kewangan secara langsung atau tidak langsung yang dijana melalui pelancongan.

Pembangunan pelancongan lestari memberikan tumpuan terhadap usaha meminimakan impak negatif ekologi melalui pengurusan sumber yang lebih cekap seperti praktis pengurangan penggunaan sumber, pengurusan sisa secara teratur dan penggunan bahan-bahan yang mesra alam. Kaedah saintifik dan teknologi harus digunapakai dalam keadaan-keadaan tertentu. Mengenai sumber budaya dan bukan material yang lain, pendekatan yang bersifat “bertanggungjawab” dan sesuai adalah perlu. Ini bermaksud, budaya tempatan harus dihormati dan dipulihara dengan sentiasa mengekalkan aspek keasliannya.

Setiap bahagian rantaian pelancongan, daripada pengangkutan kepada penginapan dan perkhidmatan berkaitan makan-minum, aktiviti riadah serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan, perlu menggabungkan praktis pengurusan sumber dalam penganjuran atau pengoperasiannya. Integrasi yang sesuai dengan budaya dan persekitaran dan semulajadi bagi pembinaan projek, infrastruktur dan aktiviti-aktiviti berteraskan pelancongan perlu dijalankan secara terancang dan teliti. Dalam sektor pelancongan, pengikitirafan (pensijilan) atau skim penlabelan untuk kemudahan pelancongan atau perniagaan yang

mesra-alam” atau “lestari” adalah cara yang baik untuk menyatukan kaedah-kaedah ini. Malahan, usaha

(11)

Untuk memelihara khazanah alam semulajadi dan budaya serantau, pelancongan seharusnya memberi sumbangan langsung terhadap penajaan program pemuliharaan. Ini dapat dicapai melalui pelaksanaan bayaran masuk atau caj letak kenderaan di tarikan-tarikan pelancongan tertentu atau bayaran dan sumbangan (derma) yang dikutip atau disumbangkan oleh pelancong-pelancong individu atau syarikat pelancongan melaui penganjuran acara atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Pembelian produk dan perkhidmatan yang disediakan atau terdapat di tarikan atau acara berkenaan akan menjana dana bagi kawasan tersebut secara langsung. Kerjasama dengan pihak agensi perlindungan dan usaha pemuliharaan peringkat antarabangsa mahupun tempatan adalah amat berguna untuk menyumbang kepada perlindungan ciri-ciri alam semulajadi yang dinikmati pelancong semasa lawatan mereka. Selain sumbangan kewangan, pelancongan lestari juga bermaksud memansuh aktiviti tertentu yang berpotensi menyumbang kepada “kerosakan” dan hanya memilih serta memberi keutamaan kepada aktiviti yang berupaya menjaya dan melindungi sumberjaya warisan. Sumbangan bukan dalam bentuk kewangan, seperti pelancong yang menjadi sukarela juga perlu diambil kira.

Jika pelancongan mengintegrasikan praktis pengurusan pelawat yang berkesan dengan langkah-langkah penjagaan, ia dapat menyokong usaha pemuliharaan dan penghargaan terhadap produk atau perkhidmatan kebudayaan oleh masyarakat setempat dan pengunjung atau pelancong asing. Sumbangan pelancongan terhadap pemuliharaan dan promosi kebudayaan dapat direalisasikan melalui beberapa bentuk. Antaranya ialah sokongan secara langsung melalui pembiayaian langkah-langkah pemuliharaan budaya dan pengurusan pelawat. Rekabentuk produk pelancongan, kod tatatertib dan tingkahlaku pelancong serta garis panduan pelancong turut memainkan peranan yang penting bagi penilaian kriteria ini. Malahan, ia turut berperanan dalam memastikan pemeliharaan warisan “kegunaan pelancongan” masa hadapan.

Produk pelancongan harus direkabentuk dengan cara yang mengelakkan interaksi negatif budaya yang akan menjurus kepada kehilangan jati diri budaya, ketidakstabilan sosial dan kemerosotan gaya hidup. Lumrahnya, pengaruh negtif terhadap bukanlah boleh dielakkan secara sepenuhnya, tetapi adalah penting untuk pelancongan tidak “bertindih” dengan keperluan masyarakat setempat dengan inovasi dan perubahan radikal sosial. Secara am, gangguan struktur cara hidup tempatan harus diminimakan.

Pelancongan harus menyokong penghargaan sumberjaya semulajadi dan budaya dan menyumbang terhadap kesedaran alam sekitar yang lebih tinggi di kalangan penduduk setempat serta para peniaga. Keadaan di mana elemen alam semulajadi dan kebudayaan yang mempunyai potensi besar sebagai produk ekonomi yang boleh dijual di pasaran pelancongan, boleh membawa kepada usaha yang lebih kuat di kalangan masyarakat setempat dan pihak kerajaan sama ada di peringkat Pusat, Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk menambahbaik lagi aktiviti pendidikan dan perlindungan alam sekitar. Pelancong boleh menyumbang untuk meningkatkan tahap kesedaran dengan memindahkan “pandangan positif” mereka terhadap pemuliharaan dan menggalakan perubahan dalam cara berfikir dan amalan masyarakat setempat dan semua pihak berkepentingan ke arah pola dan amalan yang lebih mapan. Bagi memastikan tujuan pemuliharaan khazanah budaya dan semulajadi tercapai, sesebuah destinasi pelancongan perlulah menyediakan pelbagai maklumat kepada pelancong tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

(12)

penghayatan masyarakat setempat terhadap budaya dan tradisi mereka sendiri, dan ini seterusnya akan menyumbang terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan corak sosiobudaya mereka.

Pelancongan lestari juga berupaya menyumbang terhadap pemahaman dan kepuasan antara satu sama lain. Namun demikian, tuntutan ini hanya boleh dipenuhi jika pelancongan menyediakan peluang untuk pertukaran budaya. Walaupun sukar diukur, kebaikan yang dibawa oleh pertukaran budaya tidak harus diabaikan.

Bagi memastikan pembangunan pelancongan menemui kejayaan, pengurusan dan pemantauan harus diwujudkan. Pembangunan lestari, secara teori, boleh dilaksanakan tanpa pengurusan atau pemantauan, tetapi secara realistik besar kemungkinan ia tidak dapat dilaksanakan tanpa keduanya. Oleh yang demikian, “pengurusan dan pemantauan” merupakan alat yang bertanggungjawab bagi mencapai matlamat pembangunan pelancongan yang tidak merosakkan, malahan menjaga dan mengekalkan sumberjaya hari ini untuk sama-sama dinikmati dan dimanfaatkan oleh generasi masa hadapan. Sesebuah destinasi pelancongan yang berjaya adalah destinasi yang mempunyai rancangan pembangunan yang bersepadu dengan mengambilkira beberapa aspek meliputi infrastruktur, pengangkutan, pecahan gunatanah yang bersesuaian, pengurusan pelawat bagi lokasi-lokasi tumpuan pelancong serta garispanduan dan peraturan terhadap pelancong dan pengusaha pelancongan bagi meminimakan kesan negatif pelancongan terhadap ekonomi, alam sekitar dan sosial.

7. Kesimpulan

Sumberjaya warisan wujud dalam pelbagai bentuk dan kategori. Malahan, sumberjaya warisan juga merupakan antara motivasi paling berpengaruh yang menentukan pemilihan destinasi dan aktiviti pelancongan oleh para pelancong masa kini. Pelancongan warisan secara umumnya banyak menyumbang impak sosiobudaya yang positif terutamanya dalam aspek meningkatkan perasaan bangga terhadap “khazanah” warisan budaya serta menggalak integrasi antara kaum untuk saling menghormati antara satu sama lain bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian yang telah sekian lama wujud di Malaysia. Namun, tanpa perancangan yang menyeluruh dan kawalan yang longgar terhadap penggunaan khazanah warisan negara, pelancongan juga mampu menjana impak negatif terutamanya kepada komuniti setempat. Pembangunan pelancongan di sesebuah destinasi bakal memberikan pertimbangan terhadap aspek-aspek seperti aktiviti-aktiviti yang ditawarkan kepada pelancong atau pelawat, impak-impak yang bakal dijana, penggunaan dan pengurusan sumberjaya di destinasi dan pelbagai pertimbangan lain yang berkaitan. Atas kesedaran menjaga dan terus mengekalkan sumberjaya warisan pelancongan untuk sama-sama dinikmati oleh generasi sekarang dan generasi yang masa hadapan tanpa mengorbankan nilai-nilai setempat, penerapan nilai-nilai kelestarian dalam setiap bentuk pembangunan pelancongan adalah merupakan antara alternatif dan jalan penyelesaian yang terbaik. Justeru, dalam membangunkan sebarang projek pelancongan yang mapan, maka setiap projek atau perancangan yang berkaitan adalah perlu dipastikan agar ianya mematuhi prinsip-prinsip kelestarian yang berkaitan dengan bidang pelancongan.

Rujukan

Allen, L. R., Long, P. T., Perdue, R. R. and Kielselbach, S. (1988). The impacts of tourism development on residents perceptions of community life. Journal of Travel Research, 26(1), 16-21.

Ap, J. (1992). Residents’ perceptions on tourism impacts. Annals of Tourism Research, 19(4), 665-690.

(13)

Department of Geography,University of Western Ontario.

Butler, R. W. (1975). Tourism as an agent of social change. Tourism as a Factor in National and Regional Development (Occasional Paper), Department of Geography, Trent University.

Cooke, K. (1982). Guidelines for socially appropriate tourism development in British Columbia. Journal of Travel Research, 21(1), 22-28.

Federation of Nature and National Parks of Europe (1993). Loving them to death? Sustainable tourism in Europe’s nature and national parks. Belgium, FNNPE.

Garrod, F. and Fyall (1998). Beyond rhetoric of sustainable tourism? Tourism Management, 19(3), 199-212. Goeldner, C. R. and Ritchie, J. R. B. (2003). Tourism: principles, practices, philosophies. New Jersey: John Wiley

& Sons, Inc.

Griffin, T. and Boele, N. (1993). Alternative Paths to Sustainable Tourism. The Annual Review of Travel:The American Express Company.

Gursoy, D., Jurowski, C. and Uysall, M. (2002). Resident attitudes: a structural modeling approach, Annals of Tourism Research, 29, 79-105.

Huang, Y. and Stewart, W. P. (1996). Rural tourism development: shifting basis of community solidarity. Journal of Travel Research, 36(4), 26-31.

Inskeep, E. (1991). Tourism planning: an integrated and sustainable development approach. New York: Van Nostrand Reinhold.

Jenkins, C.L (1993). Marketing culture in international tourism; In: W. Nuryanti (Ed.) Universal Tourism: Enriching or Degrading Culture. Proceedings of the International Conference on Culture and Tourism; Gadjah Mada University Press, Yogyakarta, pp.171-179.

Ko, D.-W. and Stewart, W. P. (2002). A structural equation model of residents’ attitudes for tourism development.

Tourism Management, 23, 521-530.

Lankford, S. V. and Howard, D. R. (1994). Developing a tourism impacts attitude scale. Annals of Tourism Research, 21(1), 121-139.

Lickorish, L. J. and Jenkins, C. L. (1999). An introduction to tourism. London: Butterworth-Heinemann. Mathieson, A. and Wall, G. (1982). Tourism: economic, physical and social impacts. Singapore: Longman

Singapore Publishers (Pte) Ltd.

Nickerson, N. P. (1996). Foundations of Tourism. New Jersey, Prentice Hall.

Nuryanti, W. (1996). Heritage and postmodern tourism. Annals of Tourism Research, 23(2):249-260.

Perdue, R. R., Long, P. T., and Allen, L. R. (1990). Resident support for tourism development. Annals of Tourism Research, 17(4), 586-599.

Razak, N. A. (2006) Pelancongan warisan: satu tinjauan global. Dlm Hamidi Ismail, Tuan Pah Rokiah Syed Hussain dan Johan Afendi Ibrahim (Penyunting). Pengurusan Persekitaran dan Pelancongan di Malaysia: Konsepsi dan Kajian, UUM, Penerbit Universiti.

Sheldon, P. J. and Abenoja, T. (2001). Resident attitudes in a mature destination: the case of Waikiki, Tourism Management, 22, 435-443.

Swarbrooke, J. (1994). The future of the past: heritage tourism into the 21st century. In A.V. Seaton (ed). Tourism: The State of the Art. Chichester: John Wiley & Sons Ltd, pp.222-229.

Swarbrooke, J. (1999). Sustainable tourism development. Wallingford: CABI.

(14)

Chichester: John Wiley & Sons.

Internet

www.e-unwto.org/home/main.mpx(World Tourism Organisation)

Referensi

Dokumen terkait

Pada pengujian ini, fraksi etanol daging buah Limonia acidissima memberikan hasil positif mengandung saponin yang ditunjukkan dengan adanya buih yang stabil setinggi

Hal ini sesuai dengan penelitian yang telah dilakukan oleh Purbiati, dkk (2002), yang menyatakan bahwa pemberian GA 3 dengan satu kali penyemprotan tidak dapat meningkatkan

PT Anugerah Musi Indah Nusantara memusatkan perhatian untuk mencapai profitabilitas semaksimal mungkin bagi perusahaan dengan memperhatikan perputaran piutang yang

Sehingga dapat disimpulkan bahwa model pembelajaran Explicit Instruction berpengaruh positif dan signifikan terhadap hasil belajar peserta didik pada mata pelajaran

Pada penelitian Mezardiana (2013) di Kota Bandung yang dilakukan di 35 titik sampel didapatkan timbulan food waste sebesar 0,33 kg/o/h atau 1,09 l/o/h dengan

Model Pembel- ajaran Matematika Berbasis Masalah yang me- menuhi kriteria valid, praktis, dan efektif terdiri atas komponen-komponen (1) sintak pembel- ajaran matematika

Pemijahan induk adalah proses pembuahan telur oleh sperma. Induk yang telah matang gonad berarti telah siap melakukan pemijahan. Proses pemijahan dapat berlangsung secara alami