• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fungsi sastera dalam masyarakat jepang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Fungsi sastera dalam masyarakat jepang "

Copied!
47
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pengenalan

Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa sanskrit castra yang membawa maksud kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran. (Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6). Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa.

Pernyataan ini disokong oleh M.K dan Ziger dan W.S jahnson (1983:2) yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif, menurut Ismail Husein (1998:23). Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997:13) yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.

Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat. Menurut Syed Ali Ashraf (1989:36) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif.

Meneliti pandangan yang diutarakan oleh para sarjana memperlihatkan bahawa sastera ditandai dengan pelbagai ciri khusus. Justeru, tugasan ini akan membincang dan menjelaskan konsep kesusasteraan, memperihal perkembangan kesusasteraan Melayu serta fungsinya dalam masyarakat dengan contoh-contoh yang bersesuaian.

(2)

terhadap karya, dan hubungan karya sastera dengan penulis dan masyarakat. Termuat sama dalam lingkungan ilmu sastera ialah alam fikiran pengarang yang memungkinkan memberi kesan terhadap pembentukan sifat karya itu sendiri.

Sifat karya sastera pula dibentur oleh pelbagai inovasi dan faktor luaran yang menjelmakan sifat karya itu sendiri. Zaman tradisi ditandai oleh karya-karya seperti pantun, syair, seloka, nazam, gurindam dan sebagainya. Manakala dalam bentuk prosa pula ia melibatkan sastera sejarah, sastera hikayat, epik, cerita berbingkai dan lainnya. Begitu pula karya-karya yang muncul pada era pemodenan yang terdiri dari cerpen, novel, sajak dan drama. Sifat-sifat karya ini pula perlu diteliti dengan menggunakan kayu ukur yang sesuai dengan zaman dan era penghasilannya. Ia tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya kerana penelitian karya sastera perlu berpegang kepada objektifannya. Ia bukan penelitian berpandukan perasaan dan rasa hati.

Masyarakat Melayu di Malaysia kaya dengan pelbagai kesenian tradisional yang unik dan istimewa. Namun, kesemua kesenian tersebut bukan sahaja berfungsi untuk tujuan hiburan malah berperanan sebagai saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat. Ini termasuklah kesenian berbentuk syair, cerita rakyat dan seni rakyat yang merupakan alat komunikasi tradisional yang berbentuk lisan atau lebih dikenali sebagai sastera lisan. Pada masa yang sama, ianya turut tekenal sebagai salah satu cabang kesusateraan melayu yang mempunyai nilai estetika yang tersendiri.

Umumnya, sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan iaitu dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan sistem sosial yang terikat dengan semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih statik serta tidak banyak hubungan dengan masyarakat luar.

(3)

tokok-tambah serta penyesuaian. Tokok-tokok-tambah dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi setempat. Oleh sebab itulah ahli-ahli antropologi sendiri lebih selesa menggunakan konsep tradisi rakyat apabila mencirikan masyarakat yang hendak dikaji (Norazit Selat, 1997: 1).

Menurut Anisah, (2009), nenek moyang masyarakat Melayu banyak meninggalkan khazanah tradisi komunikasi yang tidak diketahui oleh generasi kini. Sebahagian tradisi komunikasi tersebut terpinggir apabila generasi tua meninggal dunia dan tidak ada generasi pelapis. Khazanah komunikasi tradisi tersebut termasuklah amalan sapaan, tatacara menyampaikan maklumat, jemputan ke majlis kenduri-kendara, dan sebagainya. Komunikasi dalam tradisi Melayu lebih menekankan pertuturan bersemuka (interpersonal communication), yakni berkomunikasi secara dua hala. Komunikasi berbentuk dua hala ini cepat mendapat maklumbalas dan merupakan kaedah komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej.

2.0 Konsep dan ciri-ciri kesusteraan

2.1 Konsep kesusasteraan

Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah medium pengantarnya. sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu membentuk tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan pengarangnya. (Arba’ie et al,2008)

(4)

Makna-i. Su - Baik, Indah, Cantik, Seni dan Berguna ii. Sastra - Karya (lisan/bertulis) atau buku iii. Susastra - Karya yang indah dan berguna

iv. Kesusasteraan - Semua bentuk karya bernilai seni dan berguna

Menurut Saruddin Ahmad ( 1963 ) kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. pada hakekatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat. Manakala menurut Simorangkir-Simanjutak ( 1971 ) kesusasteraan adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. kesusasteraan harus tumbuh di tengah-tengah rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat.

Hashim Awang kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera ( bahasa sanskrit ) + ke – an ( kesusasteraan ). su ( indah, baik, lebih bermakna.) sastera ( huruf atau buku ) susastera + ke – an ( kesusasteraan ): kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Kamus Dewan ( edisi ketiga ) menerangkan bahawa sastera merujuk kepada:

1. bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab ( bukan bahasa basahan ).

2. kesusasteraan : hasil seni ( karya tulisan ) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistmewaan tertentu.

3. seni sastera: seni karang-mengarang ( prosa, puisi dan lain-lain ) 4. kitab suci hindu

5. kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yang mengandungi ramalan ( perhitungan dan lain-lain )

6. tulisan, huruf

(5)

pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan. Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna sebenar kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali Ahmad (1994) mengatakan secara kasarnya sahaja definisi sedemikian dapat diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat masih diperlukan.

Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.

Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan.

(6)

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat. Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. diksi yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. ianya mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna yang difikirkan. adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga.

Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi bersama oleh pembaca. (Arba’ie et al,2008 hlm 1) unsur akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.

Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau sensitiviti mereka. (Arba’ie et al,2008 hlm 1) untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin akan masyarakatnya. pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya. Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena yang dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau dialami oleh pembaca.

(7)

Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika sesebuah karya itu. Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam masyarakat. Ia merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan secara halus dan berhemah. (Arba’ie,2008 hlm 2)

Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di dada. ianya bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat. (Arba’ie et al,2008 .hlm 3)

Berdasarkan huraian-huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia ditujukan kepada khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama. Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya-karya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu.

2.2 Unsur-unsur sastera

2.2.1 Tema dan persoalan

Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera. Persoalan merupakan perkara-perkara kecil dalam sesebuah karya yang mempunyai hubungan dengan tema. Kewujudan persoalan yang pelbagai dalam sesebuah karya sastera bertujuan menghidupkan dan mengukuhkan tema yang cuba disampaikan oleh pengarang.

(8)

Sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak-watak dalam cerita.

2.2.3 Latar

Latar ialah keterangan-keterangan yang terdapat dalam karya sastera tentang tempat, masa dan masyarakat yang mendasari sesebuah cerita.Latar memainkan peranan utama untuk memberikan suasana kepada peristiwa atau manusia yang terdapat dalam sesebuah cerita.Terdapat 4 unsur latar iaitu:

i. Latar tempat

ii. Latar waktu atau masa.

iii. Latar masyarakat atau citra masyarakat. iv. Latar peralatan cerita atau watak.

2.2.4 Watak

Manusia atau pelaku dalam cereka berbentuk naratif atau drama yang diberikan sifat-sifat tertentu termasuk perangai dan pemikiran yang dikenal melalui percakapannya (dialog) dan apa yang mereka lakukan (aksi).

2.2.5 Perwatakan

Sifat-sifat fizikal atau mental, tabiat, perilaku dan sifat keperibadian watak.

2.2.6 Sudut pandangan

(9)

Terdapat beberapa teknik sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang iaitu: 1. Sudut pandangan orang pertama iaitu pengarang terlibat dalam cerita tersebut.

2. Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas iaitu pengarang bertindak serba tahu dan bebas menceritakan apa-apa sahaja walaupun tidak terlibat atau berada di luar lingkungan cerita.

3. Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas iaitu pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya akan tertumpu kepada mereka.

4. Sudut Pandangan Objektif iaitu pengarangnya hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya sahaja. Dengan lain perkataan, pengarang tidak hanya berada di luar lingkaran cerita dan hanya bertindak melaporkan apa yang dapat dilihat sahaja.

Imbas Kembali ialah teknik atau cara seseorang pengarang mengungkap dan menggambarkan semula kisah, kejadian, peristiwa, suasana atau masalah yang telah berlaku atau telah dialami oleh watak sebelum kisah yang disampaikan itu. Ia boleh dikemukakan melalui dialog, monolog, dalam bentuk ingatan, renungan ataupun mimpi.

2.2.7 Teknik dan penceritaan

Imbas muka ialah gambaran atau bayangan tentang sesuatu yang akan berlaku. Ia biasanya bertujuan untuk menyediakan pengetahuan awal terhadap apa yang akan berlaku seterusnya.

(10)

watak secara bersendirian. Ia biasanya sebagai satu usaha watak menyatakan fikiran atau perasaan. Monolog Dalaman ialah kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak. Ia tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.

2.2.8 Nilai dan pengajaran

Nilai merupakan sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dan lain-lain) Pengajaran bermaksud peringatan, pedoman atau teladan yang terdapat di dalam sesebuah karya.

2.2.9 Gaya bahasa

Cara bagaimana seseorang pengarang menggunakan bahasa dengan baik dan kreatif dalam usaha untuk menyampaikan pengucapan fikiran dan perasaannya. Dengan lain perkataan, gaya bahasa merupakan saluran bagi seseorang pengarang menyalurkan pengalaman, pemikiran, dan emosi melalui media bahasa bagi memungkinkan pembaca memahami dan menghayati idea yang ingin disampaikannya di dalam sesebuah karya sastera.

2.3 Ciri-ciri kesusasteraan

Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat. Menurut Syed Ali Ashraf (1989:36) Sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif.

(11)

Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui lisan dan memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif.

(12)

Rajah 2.3.1 menunjukkan jenis-jenis sastera Melayu tradisional

2.3.2 Ciri-ciri sastera Melayu moden

Sastera Melayu Moden pula mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan sastera Melayu tradisional. Jika sastera Melayu tradisional tersebar melalui lisan, maka sastera Melayu moden pula disebarkan melalui tulisan. Penyebaran hasil-hasil sastera yang berbentuk tulisan ini semakin berkembang dengan kehadiran mesin cetak. Penyebaran ini semakin meluas dan berjaya menembusi masyarakat pembaca yang ramai. Ini berbeza dengan sastera tradisional yang hanya diketahui oleh golongan tertentu sahaja. Jika sastera Melayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat tertentu sahaja yang bersifat esklusif, sastera Melayu moden pula merupakan sebaliknya. Ianya bersifat individu atau perseorangan kerana disertakan dengan nama pengarangnya. Ianya tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus dimiliki oleh pengarangnya. Bahkan sastera Melayu moden mempunyai sistem hak cipta terpelihara.

Rajah 2.3.2 menunjukkan jenis-jenis sastera Melayu moden

(13)

golongan yang mendominasi bahan bacaan ialah golongan remaja. Oleh itu, bagi menarik minat mereka untuk membaca sesebuah karya haruslah menampilkan tema permasalahan remaja. Konflik dalam percintaan, persahabatan, dan kekeluargaan haruslah dibangkitkan berserta dengan revolusinya agar pembaca dapat mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari melalui bahan bacaan tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

Remaja sangat menggemari bahan bacaan yang bertepatan dengan gaya hidup mereka. Karya seperti ‘’Puteri Kampus’’ oleh Aisya Sofea jelas mencerminkan gaya hidup remaja yang sering memberontak apabila dikongkong oleh keluarga. Jadi tema sesebuah karya pasti dapat menarik minat pembaca seandainya bertepatan dengan jiwa mereka kerana mereka akan dapat menyelami perwatakan watak semasa membaca karya tersebut dan menjiwainya sehingga akhirnya meninggalkan kesan yang mendalam.

Pada masa yang sama, sesebuah karya itu akan menarik apabila jalan cerita yang ditampilkan tidak terlalu meleret-leret dan menimbulkan beberapa unsur kejutan atau peristiwa yang tidak diduga. Karya yang terlalu panjang dan meleret akan menimbulkan kebosanan kepada pembaca sehingga akhirnya berkemungkinan mereka akan melangkau sesetengah muka surat semata-mata untuk mengetahui pengakhiran cerita. Kesuntukan masa menyebabkan mereka menolak untuk membaca kerana menganggap bahan bacaan tersebut mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.

(14)

Seterusnya ciri-ciri sesebuah karya sastera yang menarik ialah mengandungi unsur-unsur imaginasi. Dalam era sains dan teknologi ini, saya dapat mengesan bahawa unsur tahyul dan imaginasi masih menjadi pilihan pembaca. Jika kita lihat, sinetron ‘’Bawang Putih Bawang Merah’’ yang ditayangkan oleh stesen televisyen TV3 telah mencapai tahap yang tertinggi dalam senarai rancangan televisyen yang paling diminati.

Pada ghalibnya, masyarakat Malaysia pada hari ini gemar sesuatu yang bertentangan dengan kehidupan normal. Gaya penceritaan seperti ini banyak terdapat dalam hasil karya Nisah Haji Haron dan Ramlee Awang Murshid. Sebagai contoh, cerpen ‘’Annyss Sophillea’’ karya Nisah Haji Haron memuatkan kisah kehidupan manusia dari dua latar tempat yang berbeza, ditambah dengan kehidupan haiwan mistik seperti unicorn. Karya Ramlee Awang Murshid pula lebih menampilkan unsur surealisme seperti dalam karya ‘’Rahsia Perindu’’ dan ‘’Tombiruo’’. Hasil karya seperti inilah yang sering menjadi pilihan remaja pada hari ini kerana ada kelainannya. Oleh hal yang demikian, penghasilan karya yang mempunyai jalan cerita yang unik atau lain daripada yang lain pasti akan lebih menarik minat masyarakat untuk menjadi santapan minda mereka.

Selain itu, hasil karya yang menarik haruslah menampilkan gaya bahasa yang indah dan mudah difahami. Karya sastera yang menggunakan laras bahasa klasik sangat tidak digemari oleh pembaca, khususnya remaja kerana gaya bahasanya sukar dimengerti. Penggunaan ayat yang mudah lebih meninggalkan kesan dalam hati pembaca berbanding ayat yang panjang walaupun gramatis. Nisah Haji Haron contohnya, sering menggunakan istilah sains dan teknologi dalam hasil penulisannya.

(15)

gaya bahasa yang indah dan laras bahasa yang mudah lebih mendapat tempat dalam hati pembaca.

Di samping itu, nilai dan pengajaran dalam sesebuah karya juga perlu diberi penekanan bagi menghasilkan karya yang menarik dan bermutu tinggi. Karya sastera yang seronok dibaca tetapi tidak meninggalkan sebarang pengajaran kepada pembaca tidak ubah seperti bahan picisan yang sekadar menjadi hiburan murahan. Sesebuah karya haruslah menampilkan nilai-nilai murni yang dapat memberikan kesan kepada pembaca dan seterusnya secara tidak langsung membentuk jati diri pelajar bermoral tinggi dalam usaha melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama.

Karya seperti ‘’Pewaris’’ oleh Rahimidin Zahari sarat dengan nilai-nilai Islamik yang tinggi. Nilai seperti ketaatan, keinsafan, kejujuran, dan keikhlasan yang ditampilkan mampu menyedarkan pembaca betapa langit itu tinggi atau rendah. Pembaca dapat menghayati kebesaran dan kekuasaaan Tuhan melalui Bagia Shaeif selaku watak utama dalam novel ini. Justeru, para penulis haruslah menitikberatkan mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca , bukan sekadar untuk berhibur, menitiskan air mata, atau berkhayal di alam fantasi sahaja tanpa berpijak di bumi nyata. Dengan itu,sesebuah karya perlulah mengandungi nilai-nilai yang baik supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian pembaca.

(16)

masing-masing dan tidak hanya berpeluk tubuh mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku dengan sendirinya.

3.0 Perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik ( tradisional )

Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak manusia wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak. Kesusasteraan Tradisional muncul di kalangan masyarakat awal yang masih lagi primitif dan mengamalkan kepercayaan animisme. Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal manusia diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam tamadun tersebut. Contohnya dengan munculnya Tamadun Mesopotamia serentak dengan itu juga lahirlah karya-karya kesusasteraan hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia seperti Epik Gilgamesh.

Oleh itu dari segi sejarah, ternyata kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan manusia sejak sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah yang menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada masa dahulu disebut tradisional. Selepas munculnya mesin cetak lebih kurang dalam tahun 1800, karya kesusasteraan pun bertukar wajah daripada tradisional kepada moden.

3.1 Bentuk karya sastera

Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan bererti yang dituturkan dan tulisan maksudnya yang ditulis atau dibukukan. Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan bawahan seperti petani dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai kesusasteraan rakyat. Manakala sastera tulisan pula adalah ciptaan golongan pemerintah selepas kemunculan sistem tulisan dalam sesebuah masyarakat itu.

(17)

Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Namun begitu,biarpun masyarakat ini tinggal di kawasan yang terpencil dan tidak menguasai sistem tulisan, tetapi daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan amat dikagumi. Biarpun mereka tidak menguasai sistem tulisan,mereka telah mengembangkan sesebuah cerita melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Apa yang nyata,cerita yang disampaikan secara lisan telah disebarkan dari mulut ke mulut, dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Bertambah menarik,bila ketika itu telah wujud tukang cerita professional yang turut dikenali sebagai penglipur lara yang menyampaikan cerita-cerita tersebut kepada khalayak. Selain itu, cerita lisan turut diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain oleh orang-orang tua kepada anak atau cucu mereka sehingga cerita-cerita tersebut menjadi warisan bangsa. Naratif lisan Melayu terbahagi kepada, iaitu mitos, legenda, dan cerita rakyat. Cerita rakyat terbahagi kepada tiga subgenre, iaitu cerita binatang, cerita jenaka dan cerita dongeng. Kesemuanya mempunyai bentuk, ciri dan fungsi yang tersendiri.

3.1.2 Kesusasteraan Tulisan

(18)

pengaruh India . Orang Melayu mula diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.

Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem tulisan Arab-Islam ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah lahirnya tokoh-tokoh sasterawan Melayu tradisional yang menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.

3.2 Jenis-jenis karya klasik

3.2.1. Berbentuk puisi

Karya sastra klasik yang berbentuk puisi dikenal dengan puisi lama. Puisi lama yang berbentuk lisan ialah mantra, bidal, pantun, pantun kilat, pantun berkait, dan talibun. Setelah kedatangan agama Hindu, kita kenal bentuk puisi seloka gurindam dan syair.

3.2.2. Berbentuk Prosa

Seperti halnya prosa dalam sastra modern, prosa dalam karya sastra klasik juga mempunyai unsur-unsur tokoh, penokohan, alur, latar, setting, amanat, dan teman. Karya sastra klasik yang berbentuk prosa terdiri dari cerita, cerita binatang, sejarah, mite, dan legenda

(19)

3.3.1. Dongeng

Dongeng adalah cerita-cerita zaman purba yang berbentuk prosa yaitu tentang cerita khayal dan penuh keajaiban. Dongeng ini disampaikan dari mulut kemulut.Jika kita perhatikan di Indonesia dongeng terbagi atas beberapa macam, iaitu:

a. Mite

Mite berasal dari bahasa Yunani, mythos yaitu tentang kehidupan makhluk halus atau hantu seperti jin, kuntilanak, dan dewi-dewi.

Misalnya: Si Kelambai, dan Setan Penanggalan

b. Fabel atau Dongeng Binatang

Fabel ialah dongeng yang menceritakan binatang yang hidup sebagai manusia berbuat dan berbicara seperti binatang. Pada umumnya fabel mempunyai tendens didaktis. Fabel ini sangat terkenal di Indonesia. Di tiap-tiap daerah mempunyai pelaku-pelaku binatang yang berlainan. Di Jawa dan di Melayu dipusatkan pada planduk (kancil), di Sunda pada kura-kura, di Toraja pada kera hantu.Contoh: Hikayat Sang Kancil

c. Legenda

Legenada ialah dongeng yang berisikan tentang cerita terjadinya nama-nama tempat, gunung, sungai, danau, dan sebagainya. Misalnya: Danau Gunung Tangkuban Perahu, Terjadinya Danau Toba, Terjadinya Danau Maninjau.

d. Dongeng Jenaka atau Dongeng Orang Bodoh

(20)

2. Dalam bahasa Jawa : Joko Pandir, Lebai Malang 3. Dalam bahasa Batak : Ni Pandir.

4. Dalam bahasa Sunda : Si kabayan.

e. Sage

Sage ialah dongeng yang mengandung unsur sejarah. Misalnya: Hang tuah

3.3.2. Hikayat

Kata hikayat berasal dari bahasa Arab, yang berarti cerita. Hikayat ini mirip dengan dongeng, penuh khayal, isinya tentang kehidupan sekitar istana, oleh karena itu dapat disebut dongeng istana. Pelaku utama dalam hikayat adalah raja, permaisuri, putra raja yang gagah berani, serta putrinya yang canti jelita. Hikayat Melayu: Hikayat hang Tuah, Hikayat Si Miskin.

3.3.3. Sejarah atau Silsilah.

Penulis sejarah dalam sastra lama ialah pegawai istana, yang berisikan tentang asal usul raja dan kejadian-kejadian penting, adat istiadat. Contoh:

(1)Sejarah melayu – konon dikarang oleh Tun Sri Lanang. (2)Hikayat Raja – Raja Pasai.

(3)Silsilah Bugis.

(4) Sejarah Danau Maninjau.

(21)

3.4.1 Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional merujuk kepada tiga aspek penting iaitu :

3.4.1.1. Tahap 3.4.1.2 . Tokoh,

3.4.1.3 . Persoalan dan Latar Masyarakat

3.4.1.1 Tahap

Pengkajian terhadap tahap sebenarnya melihat semula kepada jenis kesusasteraan Melayu tradisional daripada kedua-dua cabang iaitu lisan dan tulisan. Kedua-dua jenis kesusasteraan ini dilihat dari segi zaman kemunculannya. Sekurang-kurangnya ada empat tahap atau fasa dalam perkembangan kesusasteraan lisan iaitu:

a. Tahap Pertama - zaman animisme b. Tahap kedua - zaman praIslam

i) berunsur hindu (atau terdapat unsur buddha) ii) berunsur hindu-Islam (atau Zaman Peralihan)

c. Tahap Ketiga - zaman Islam berunsur Islam.

a) Tahap Pertama – animism

Kesusasteraan rakyat atau kesusasteraan lisan merupakan bentuk kesusasteraan yang tertua di dunia. Sastera lisan muncul sejak zaman animisme lagi. Sastera lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat. Istilah ini diambil daripada istilah Inggeris folk literature. Di dalam Ensiklopedia Britannica disebut juga sebagai folklore atau oral tradition. Kutipan berikut boleh memberi penjelasan tambahan tentang folk literature;

(22)

writing extended over Asia, North Africa, and the Mediterranean lands and eventually over much of the whole world, a rapid growth in the composition of written literature occurred, so that in certain parts of the world, literature in writing has to a large extent become the normal form of expression for storytellers and poets."

Ia dinamakan kesusasteraan rakyat kerana karya yang dihasilkan adalah milik bersama masyarakat dengan penciptanya. Kesusasteraan rakyat dinamakan kesusasteraan lisan kerana ia disampaikan secara lisan. Kini, kemajuan teknologi telah menghasilkan buku-buku cetakan yang memuatkan hasil-hasil lisan ini. Tetapi bukan bermakna ia lari daripada sifat lisannya, malah sifat lisan itu masih boleh ditemui melalui bahasa dan teknik penyampaiannya.

Golongan masyarakat yang manakah atau masyarakat Melayu kelas manakah yang menghasilkan karya sastera lisan ini? Mereka ini adalah daripada kelas rakyat biasa yang lazimnya menjalankan aktiviti ekonomi yang mudah seperti petani dan kaum nelayan. Rakyat biasa tinggal menetap di kawasan-kawasan pedalaman, desa-desa dan pinggir laut. Oleh itu mereka tidak terdedah kepada pengaruh luar. Bermakna pada waktu itu penjajahan barat masih belum berlaku.

Rakyat biasa yang hidup secara simple atau mudah ini juga menghasilkan karya sastera yang simple. Organisasi hidup yang demikian menghasilkan karya-karya seperti mitos, legenda dan cerita rakyat yang semuanya menggambarkan pandangan alam atau world view masyarakat Melayu pada masa itu. Oleh itu tidaklah menghairankan jika cara berfikir mereka yang primitif itu membawa kepada penghasilan karya sastera yang berkaitan dengan kepercayaan kepada makhluk halus, kesaktian, roh dan lain-lain lagi.

(23)

b ) Tahap Kedua - Zaman Pra-Islam

Tahap kedua ialah zaman Pra-Islam. Zaman Pra-Islam boleh dipecahkan kepada dua iaitu lahirnya karya-karya berunsur Hindu (atau mungkin berunsur buddha) dan karya-karya berunsur hindu-Islam (zaman hindu-Islam juga dikenali sebagai zaman peralihan). Ia di katakan bermula lebih kurang dalam abad keempat Masihi hingga ke 11 Masihi.

Pada waktu itu kebudayaan hindu telah meresap masuk ke dalam sistem pemerintahan dan kesusasteraan masyarakat di Nusantara. Pengaruh hindu datang bersama-sama dengan bahasa Sanskrit yang secara langsung memberi pengaruh yang besar kepada bahasa Melayu dan sastera Melayu.

Karya-karya kesusasteraan yang dihasilkan pada zaman Pra-Islam berunsur hindu bertolak kepada karya-karya yang bersandar kepada ajaran agama Hindu semata-mata. Teras kepada karya-karya sastera Melayu yang berunsur Hindu ialah epik Ramayana dan Mahabrata. Melalui pengaruh karya ini lahirlah karya-karya seperti Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Pandawa Jaya, Hikayat Seri Rama dan sebagainya.

(24)

Tahap ketiga ialah zaman Islam. Kemunculan hasil-hasil kesusasteraan berunsur Islam dikatakan berpunca daripada kemasukan agama Islam ke Nusantara yang dipercayai bermula sejak abad pertama Hijrah. Agama Islam kemudian berkembang pesat di kepulauan Melayu pada abad ke-13 Masihi. Kemasukan agama Islam telah menyumbang kepada penghasilan karya-karya sastera yang lebih bernilai kerana karya-karya tersebut dapat dirakam dalam bentuk tulisan yang dibawa bersama-sama dengan kedatangan agama Islam.

Pada tahap ini karya-karya yang dihasilkan memperlihatkan ciri-ciri ajaran Islam yang sepenuhnya dan seboleh-bolehnya tidak terdapat unsur-unsur asing seperti Hindu-Buddha. Menurut Siti Hawa Salleh (1993) karya-karya sastera berunsur Islam yang terkenal ialah Hikayat 1001 Malam, Hikayat Darmata'siah, Hikayat Qamar al-Zaman dan Hikayat Hassan Damsyik.

Tradisi sastera di alam Melayu dikatakan bermula sejak awal abad Masehi lagi. Bahkan menurut Boris Parnikael, sastera dalam bentuk lisan telah wujud di alam Melayu sejak 2000 tahun Sebelum Masehi lagi yakni sebelum kemasukan pengaruh Hindu-Buddha dan agama luar. Sastera awal khususnya dalam bentuk lisan berkaitan rapat dengan unsur-unsur magis dan ritual yang diamalkan dalam budaya masyarakat alam Melayu. Ia berkembang kepada puisi-puisi doa, puisi lirik yang dinyanyikan dan persembahan cerita.

(25)

Batu bertulis atau inskripsi Sriwijaya ini boleh dikatakan bentuk sastera terawal di wilayah alam Melayu yang ditemui setakat hari ini. Dari segi linguistik inskripsi-inskripsi tersebut merupakan teks Melayu yang paling tua, dan demikian juga dengan inskripsi-inskripsi Cam, iaitu teks yang paling tua dalam satu bahasa daripada rumpun Melayu-Polinesia. Inskripsi Kedukan Bukit (terletak di kaki Bukit Seguntang), yang terdiri daripada 10 baris, menceritakan perjalanan mencari kejayaan (siddhayatra) seorang raja dari Minanga Hamvar, dan apabila sampai di tempat yang ditujuinya itu, Baginda mendirikan negeri Sriwijaya. Inskripsi Kedukan Bukit (683M) ini menyampaikan cerita berkaitan sejarah kedatangan membuka atau menakluki kerajaan Sriwijaya oleh seorang raja.

Jelas cerita ini merupakan hasil kesusasteraan Melayu yang tertua. Bentuk sastera begini berterusan dalam inskripsi-inskripsi Sriwijaya yang lain seperti inskripsi Talang Tuwo (Palembang, 684M), Inskripsi Karang Brahi (Jambi) dan Inskripsi Kota Kapur (Bangka, 686 M). Ia membawa bentuk sastera tradisi besar iaitu sastera yang berkisar kepada keperwiraan raja, kisah istana, dan bantuan dewa-dewa. Inskripsi Talang Tuwo adalah sebuah pranidhana iaitu doa dan permintaan yang diarahkan kepada Buddha, yang dihasilkan dalam bahasa yang puitis.

Inskripsi Kota Kapur merupakan bentuk puisi-mentera yang berkaitan dengan unsur-unsur magis. Inskripsi-inskripsi ini menjelaskan tentang kehadiran sastera yang terawal di alam Melayu. Ia ditulis dalam bahasa istana, yang merupakan bahasa Melayu-kuno yang telah diserapi pengaruh bahasa Sanskrit. Dalam pada itu, kepentingan besar inskripsi ini ialah usaha mengakasarakan bahasa penting wilayah alam Melayu yakni bahasa Melayu-kuno seterusnya mewujudkan tradisi tulisan di alam Melayu.

(26)

Kedatangan Islam yang membina sebuah peradaban baru yang dikenali sebagai peradaban Melayu, bukan sahaja merubah pandangan hidup, budaya dan konsep serta falsafah bangsa Melayu berfahaman Hindu Buddha sebelum ini tetapi juga telah melahirkan bahasa tulisan Melayu yang paling maju di wilayah alam Melayu atau nusantara ini. Bahasa Melayu yang menggunakan aksara jawi mewujudkan sistem tulisannya yang tersendiri, yakni sistem tulisan Arab yang disesuaikan dengan persekitaran tempatan. Peradaban baru yakni tamadun Islam ini sekaligus memansuhkan sistem tulisan Melayu kuno berserta bentuk sastera Hindu Buddhanya sekali. Bahasa Sanskrit juga hilang daripada menjadi kegunaan suci bangsa Melayu. Meninggalkan kata-kata Sanskrit yang menyerap masuk ke dalam perbendaharaan kata Melayu yang kaya dan maju ketika itu.

Kewujudan peradaban atau tamadun Islam di wilayah alam Melayu ini turut melahirkan genre sastera baru yang mengambil pengaruh dari tradisi kebudayaan Islam yang luas dan maju itu. Antara genre sastera yang mencerminkan pengaruh atau peribadi tamadun Islam alam Melayu ini ialah genre cerita hikayat. Genre hikayat dikatakan adalah hasil pengaruh dengan kebudayaan Parsi-Islam berdasarkan satu karangan dalam bahasa Parsi berjudul Hekayate Mohammade Hanafiye , yang kemudian turut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan judul Hikayat Muhammad Hanafiah.

Perkembangan genre hikayat dalam sastera Melayu ini mempunyai pembahagian yang unik. Ia boleh dikatakan dapat dikategorikan kepada tiga bahagian. Pertama, hikayat yang memperlihatkan pengaruh Hindu seperti Hikayat Seri Rama, Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Sang Boma dan sebagainya. Kedua, hikayat yang memperlihatkan wajah tempatan seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Dewa Muda, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Anggun Che Tunggal dan sebagai. Termasuk juga dalam bahagian ini ialah hikayat yang memperlihatkan pengaruh sastera Jawa seperti Hikayat Bunga Rampai, Hikayat Panji Semirang, Hikayat Cengkel Wanang Pati dan sebagainya. Sementara bahagian ketiga memperlihatkan hikayat yang memperlihatkan pengaruh Islam seperti Hikayat Muhamad Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Tamim Al-Dari dan sebagainya.

(27)

kebangkitan sastera Islam di wilayah alam Melayu atau nusantara Barat ini. Pada zaman keagungan dan keemasan sastera Melayu ini lahir genre baru sastera seperti syair, gurindam, pantun, nazam dan paling penting dalam melihat aras tamadun Islam ini ialah sastera kitab atau penulisan kitab. Maka lahirlah syair-syair besar dan hebat di tangan Hamzah Fansuri seperti Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair Sidang Fakir dan sebagainya. Selain daripada bentuk sastera yang begitu banyak dalam khazanah sastera Melayu, satu genre penulisan baru di alam Melayu ini muncul. Genre penulisan ini ialah penulisan kitab Islam, yang adakalanya ditulis dengan bahasa yang puitis dan indah sehingga ia adakalanya juga disebut sebagai sastera kitab. Maka lahirlah karya seperti Syarab Asyikin, Asrar Arifin karya Hamzah Fansuri; Mir’at al-Mumin oleh Syamsudin al-Sumaterani; Bustan as-Salatin oleh Nuruddin ar Raniri; Tajus Salatin oleh Bukhari al-Jauhari dan sebagainya.

Namun keagungan sastera Melayu muncul di semenanjung Tanah Melayu apabila muncul sebuah peradaban besar Islam di Selat Melaka dengan lahirnya Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Perkembangan ilmu dan kehadiran ramai ilmuan Islam di Melaka menjadikannya bukan sahaja pusat penyebaran Islam di alam Melayu tetapi juga pusat sastera Melayu yang tiada tolok bandingnya. Dua mahakarya besar yang lahir dari warisan tradisi sastera Kesultanan Melayu Melaka ialah Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah; dituruti oleh deretan ribuan karya hikayat, syair dan pantun yang lain di seluruh bahagian daerah Islam di wilayah alam Melayu. Dengan sendirinya daerah Selat Melaka pada zaman kebudayaan pesisir ini dapat disebut sebagai daerah yang khas bagi bahasa Melayu, sama ada lisan mahupun tulisan .

Melaka dapat dikatakan sebagai pengganti Sriwijaya dalam konteks kekuasaan kerajaan Melayu dan pengaruh kebudayaan Melayu khususnya penyebaran bahasa Melayu sebagai bahasa pesisir yakni bahasa dagang yang maju. Di pesisir Kalimantan pengaruh bahasa Jawa dan juga sastera Jawa dalam kerajaan Banjar berkurang dan dilebihi oleh pengaruh bahasa dan sastera Melayu. Sepertimana berlaku di Jambi dan Palembang yang suatu ketika ditakluki oleh kuasa Majapahit, kini menyaksikan pengaruh bahasa dan sastera Melayu oleh pengaruh yang disebarkan dari Melaka.

(28)

tidak kalah dibandingkan dengan Sejarah Melayu. Sementara di Campa, penduduk Campa yang merupakan kelompok bangsa Melayu tua telah menerima Islam sebagaimana saudara mereka di wilayah semenanjung dan kepulauan Melayu. Bangsa Melayu-Campa yang menganut Islam ini telah menterjemah beberapa karya sastera Melayu klasik ke dalam bahasa Cam.

Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti : 1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat

2. Hasil karya bersifat feudal

3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak 4. Dihasilkan sebelum 1800.

5. Bersifat fungsional 6. Pelbagai genre

7. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman, tarikh dan waktu. 8. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini

9. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang mewarisinya. 10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap

11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur formal yang terikat.

12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu genre

Sebagai rumusannya dapat lah dikatakan bahawa sastera ialah karya seni kreatif hasil ciptaan manusia menggunakan bahasa yang indah, halus dan menarik serta memberi kesan kepada pembaca/penonton. ia merupakan hasil pemikiran seni yang berkualiti yang diterjemahkan sama ada dalam bentuk lisan, penulisan, prosa, puisi, naratif dan non-naratif. karya sastera berbeza dengan hasil-hasil penulisan akademik atau non-akademik lain kerana tidak mempunyai variasi bahasa serta kesan langsung dan tidak langsung kepada pembaca/penonton.

(29)

penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya. Menurut Profesor Ismail Hussein; kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak.

4.0 Fungsi sastera dalam masyarakat

Karya-karya kesusasteraan dihasilkan oleh pengarangnya bertujuan untuk dinikmati dan dihayati oleh khalayak. Khalayak adalah masyarakat yang menggunakan hasil-hasil kesusasteraan tersebut yang berhubungan langsung dengan pengarang. Bagi seseorang pengarang, amat perlu baginya untuk mengetahui jenis karya yang diperlukan oleh khalayak kerana pengetahuan pengarang akan menentukan apa yang dihasilkannya itu diterima atau tidak oleh khalayak. Dengan kata lain, pengetahuan pengarang itu merangkumi tujuan-tujuan khalayak menikmati dan menghayati karyanya dan sejauhmanakah karya itu memberikan fungsi yang tertentu kepada khalayak.

4.1 Fungsi asas sastera dalam masyarakat

Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya kesusasteraan mempunyai dua fungsi yang jelas:

4.1.1.Pendidikan/Pengajaran/Didaktik 4.1.2.Kepuasan estetik.

4.1.1 Kesusasteraan Berfungsi Sebagai Alat Pendidikan

(30)

Pengarang-pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera merupakan sekumpulan manusia yang telah menimba banyak pengalaman.

Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya.

Apabila khalayak menikmati karya-karya mereka secara tidak langsung unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan itu diserap oeh pembaca dan boleh membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan.

4.1.2 Kesusasteraan Berfungsi Memberi Kepuasan Estetik.

Apakah itu kepuasan estetik? Sebelum pergi lebih jauh, ada baiknya dicari dahulu maksud dan asal kata estetik. Dalam bahas Melayu estetik juga disebut estetika. Ia diambil dari kata Inggeris "aesthetic". Orang Inggeris juga sebenarnya meminjam perkataan tersebut daripada budaya Greek aisthanesthai yang boleh diertikan sebagai to preceive. Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik adalah falsafah keindahan yang sudah bermula sejak zaman Greek, yang dimulai oleh Socrates.

Di dalam ensiklopedia internet Wikipedia mengatakan estetik merupakan kajian deria atau nilai deria - emosi, ataupun timbangan sentimen dan cita rasa. Estetik merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah dan sering dikaitkan dengan falsafah seni. Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam Glosari Mini Kesusasteraan sebagai "Kajian atau sains tentang keindahan dalam sastera atau seni lainnya.

(31)

apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya dan juga pembaca dari segi isi ceritanya mahupun aspek-aspek lain penulisannya. Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yang mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam dirinya.

4.2 Fungsi sastera dari sudut persoalan dan latar masyarakat

Kesusasteraan dan masyarakat mempunyai hubungan yang amat erat. Sesebuah karya kesusasteraan dibina oleh persoalan-persoalan yang dipetik daripada rencamnya kehidupan sesuatu masyarakat. Pengarang atau pencipta akan menjalin persoalan-persoalan daripada kehidupan masyarakat tersebut hingga menjadikannya satu rantaian peristiwa yang mempunyai kesenimbungan antara satu sama lain dan akhirnya membentuk sebuah karya.

Dalam usaha memasukkan persoalan-persoalan itu, pengarang secara langsung turut memasukkan gambaran latar masyarakat untuk menjadikan setiap persoalan itu signifikan dan relevan serta nampak realistik. Kajian ke atas persoalan dan latar masyarakat merujuk kepada:

4.2.1) Keagungan raja dan negara

Satu perkara yang tidak boleh dinafikan dalam karya-karya tradisional Melayu ialah raja diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Keagungan raja dan negara diangkat menjadi persoalan utama dalam karya-karya kesusasteraan. Oleh itu, raja di diberikan gambaran-gambaran hebat termasuklah diwarnai dengan unsur-unsur dongeng dan mitos. Sejarah Melayu misalnya; mengaitkan nasab raja-raja Melaka dengan Iskandar Dzulkarnain dari Makadunia.

(32)

Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa misalnya, terdapat peristiwa-peristiwa ajaib tentang proses pengislaman raja-rajanya. Misalnya, mereka bermimpi bertemu Nabi Muhammad, diludahi mulut mereka oleh Baginda dan tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadat dan juga kejadian brrkhatan melalui mimpi.

Dalam soal kenegaraan pula, bangsa Melayu mempunyai konsep khas untuk negeri(negara) Kewujudan sesebuah negeri hanya diiktiraf jika negeri itu mempunyai raja. Raja yang tidak bernegeri tidak diterima ke-raja-annya. Dengan kata lain, keagungan sesebuah negeri itu bergantung kepada kehebatan rajanya. Kewujudan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh atau menakjubkan, misalnya pembukaan Melaka yang berdasarkan kejadian pelanduk menendang anjing perburuan Parameswara.

4.2.2) Kepahlawanan

Persoalan ini menjadi inti utama sastera epik, sastera sejarah, sastera lisan dan sastera panji. Secara logiknya, sesebuah negeri tidak akan dapat mempertahankan kewujudannya tanpa kehadiran seorang pahlawan yang hebat dan terbilang. Kehebatan watak tradisional melibatkan gambaran ciri fizikal bentuk tubuh badan mereka dan ketangkasan mereka di medan pertempuran khususnya dalam pertarungan senjata, misalnya watak Hang Tuah, yang yang memiliki sifat kepahlawanan yang tiada tolok bandingnya.

(33)

(4.2.3) Kesetiaan rakyat

Persoalan kesetiaan rakyat banyak diterapkan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional. Setia menjadi satu persoalan pokok yang terpancar daripada cerita-cerita tradisional. Watak Hang Tuah adalah lambang kesetiaan rakyat yang mutlak dan watak ini sebenarnya sekadar mewakili rakyat berketurunan Melayu dalam menyempurnakan waadat yang termeterai antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba seperti mana yang tercatat dalam Sejarah Melayu. Dalam episod itu, Demang Lebar Daun bersumpah untuk menumpuhkan segala ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada rajanya, manakala di pihak Sang Sapurba pula telah bersumpah jika keturunannya menganayai rakyat, akibatnya negara akan runtuh.

(4.3.4) Panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat

Tanpa peraturan manusia akan hidup dalam keadaan terumbang-ambing dan tidak teratur. Peraturan dan hukum akan mengawal tingkah laku dan perbuatan manusia. Satu lagi klasifakasi sastera Melayu tradisional ialah sastera ketatanegaraan yang dikarang khusus untuk memberikan panduan kepada raja, pembesar dan rakyat menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam hidup bermasyarakat, bernegara dan berbudaya. Dua buah karya utama dalam klasifikasi ini ialah Tajus salatin atau Mahkota Segala Raja-raja karangan Bukhari al-Jauhari dan Bustanus salatin atau Taman Segala Raja-Raja-raja karangan syeikh Nuruddin al-Raniri.

(34)

Selain ditulis dalam kitab-kitab ketatanegaraan, pengarang-pengarang turut memuatkan panduan untuk Raja, pembesar dan rakyat secara tidak langsung dalam karya sastera lain. Contohnya yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Selain itu pengarang turut menyelitkan kritikan halus sebagai panduan, misalnya tentang kegagalan peminangan Puteri Gunung Ledang yang menempelak juga kerakusan nafsu Sultan Mahmud Mahmud(dalam sejarah melayu)dan juga bencana yang menimpa Sultan Ahmad apabila membunuh puteranya sendiri(dalam Hikayat Raja-raja Pasai)

(4.3.5) Keagamaan dan kepercayaan

Bangsa Melayu melalui tiga fasa kepercayaan dan keagamaan, iaitu bermula dengan animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Kesemuanya terpancar dalam hasil-hasil kesusasteraan. Kedatangan pengaruh agama dan budaya Islam ke alam Melayu telah mencorakkan satu bentuk sistem kepercayaan dan kebudayaan baru di kalangan masyarakat Islam sebagai agama yang menyeluruh telah tersebar begitu pesat sekali sehinggakan dalam tempoh tidak sampai satu abad, hampir seluruh alam Melayu telah diislamkan. Kejayaan ini banyak bergantung pada strategi penyebaraan dan pendekatan yang digunakan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam yang datang khususnya dari benua Arab dan India.

(35)

mantera serta ditemui dalam cerita-cerita penglipur lara, yang diselitkan dalam pengambaraan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh wira dan wirawati.

(4.3.6) Pendidikan/moral

Hakikat bahawa sastera Melayu tradisional menjadi media pendidikan masyarakat pendidikan masyarakat Melayu lama adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Pada zaman tiada instutisi pendidikan yang formal ,selain terdidik daripada pengalaman sendiri, masyarakat juga dapat menimba ilmu pengetahuan dengan mendengar cerita dan pengalaman orang lain dalam kelompok asing. Di sinilah terletak peranan pengarang atau pencipta hasil sastera zaman itu.

Penyampaian mesej pendidikan dan moral dibuat dengan berhati-hati .Adalah penting bagi pengarang atau pencipta karya supaya memilih isu yang sesuai, bahasa yang berseni dan berlapik serta situasi pengucapan atau penyampaian yang tepat. Itulah sebabnya mesej-mesej pendidikan ini banyak disusun dalam bentuk puisi termasuklah pantun, gurindam, seloka, peribahasa, masnawi, nazam, berzanji, rubai, rejang dan teromba. Bentuk puisi yang ternyata lebih ringkas berbanding prosa. Seseorang yang telah melakukan salah boleh dinasihati, disindir dan ditegur. Pengunaan diksi yang bersifat konotatif dalam puisi-puisi tersebut dapat mengurangkan kesan emosi terhadap seseorang yang ditegur.

(4.3.7) Gambaran masyarakat

(36)

Satu lagi perkara yang ketara tentang kecenderungan pengarang memasukkan gambaran masyarakat dalam karya mereka ialah untuk menjadikannya sebagai pedoman kepada generasi akan datang. Hal ini bersesuaian dengan motif penciptaan sesebuah karya sastera itu sendiri iaitu memberikan pedoman kepada masyarakat tentang nilai dan norma yang luhur dan wajar dipupuk merentasi batas zaman.

4.4 Unsur-unsur karya sastera dalam masyarakat Melayu

Sebuah karya sastera yang bermutu biasanya mengandungi enam unsur utama: hiburan, didaktik, imaginasi, emosi, intelek dan teknik. Keenam-enam unsur ini hadir secara bersama dan ada masanya tidak dapat dipisahkan kerana ia sering saling berkait. Bagaimanapun, ada kalanya tidak kesemua unsur berkenaan hadir dalam sebuah karya.

i) Hiburan (entertainment)

Merupakan fungsi asas bagi sesebuah karya sastera. Fungsi ini lebih nyata dalam sastera lisan; misalnya si nenek bercerita kepada cucu-cicitnya. Kita juga sering menonton televisyen dan membaca buku komik bagi menghiburkan hati serta menenangkan jiwa.

.

Karya sastera juga berupaya menjadi bahan hiburan yang bermutu. Cerpen dan novel remaja, misalnya, menyajikan bahan bacaan ringan. Plotnya tidak kompleks. Temanya adalah biasa sahaja. Konflik yang timbul tidak memaksa kita berfikir secara mendalam. Selalunya ada ending yang memberi kepuasan kepada pembaca yang mahukan hiburan.

(37)

Perlu diingatkan bahawa kategori hiburan adalah berbeza antara seorang pembaca dengan seorang pembaca lain. Malah sebuah karya serius masih boleh dibaca sebagai sebuah karya yang menghiburkan. Ia tidak pula menjatuhkan nilai dan martabat karya berkenaan. Sebaliknya menunjukkan betapa karya berkenaan bersifat subjektif dan fleksibel.

ii) Didaktik (moral). .

Selain menghibur, karya sastera juga harus berupaya mendidik pembaca; terutama remaja. Dalam hal ini, karya sastera memiliki unsur didaktik (moral). Bagaimanapun, unsur pengajaran harus disampaikan secara halus melalui mesej yang tersirat dan bukannya secara berkhutbah. Nilai, moral dan tatasusila yang diterapkan melalui karya sastera haruslah disampaikan secara tidak langsung.

.

Karya-karya tahun 1930-an dan 1940-an ada antaranya yang terlalu mementingkan nilai didaktik sehingga hilang nilai seni sebagai sebuah karya sastera. Cuba perhatikan contoh cerpen Cerita Balasan Kebajikan Kelebihan Orang Yang Murah Hati Pada Perkara Agama (Kehidupan Dunia Akhirat, 15 Disember 1935). Penulis mengakhiri cerita dengan menyenaraikan unsur-unsur moral yang terkandung di dalam karyanya!

.

Daripada cerita ini dapatlah kita buah pandangan yang berharga seperti di bawah ini,

1. Tentang pergaulan isteri yang ikhlas dan mesra dan tiada rela melihat suaminya di dalam kesusahan dan reda sama-sama susah.

2. Betapa susahnya orang yang berhutang. Masa berhutang senang, bila hendak membayar sangat susah.

(38)

.

Kita haruslah berwaspada agar tidak menulis mengikut gaya di atas. Sebaliknya Kita perlu berusaha menyampaikan unsur didaktik, mesej atau pengajaran secara tidak langsung; secara yang tersirat.

.

Sebuah karya sastera yang bermutu memang kaya dengan nilai moral dan didaktik. Tetapi segalanya disampaikan secara tidak langsung melalui dialog, monolog, tindakan, aksi, tema dan teknik-teknik lain yang lebih bersahaja.

.

iii) Imaginasi (imagination)

Karya sastera adalah berciri imaginatif. Maka, imaginasi (imagination) adalah satu lagi unsur dalam karya sastera. Kita tentu telah biasa dengan unsur ini, tetapi untuk makluman, unsur imaginasi dalam karya sastera tidak merujuk pada khayalan semata-mata.

.

Keupayaan pengarang mengungkapkan semula realiti dalam karya sastera yang dihasilkannya juga memerlukan imaginasi. Pertama, kita perhatikan dulu unsur imaginasi berupa khayalan. Semasa menulis cerpen, anda mungkin membayangkan sebuah cerita. Cerita itu lahir daripada khayalan. Kita akan memilih watak-watak untuk mendukung cerita anda. Watak-watak itu juga selalunya khayalan semata-mata. Latar tempat yang digunakan turut merupakan tempat yang anda reka sendiri.

.

Cerita, latar dan watak yang anda gunakan itu lahir daripada khayalan anda; imaginasi anda. Jadi karya yang terhasil adalah berciri imaginatif. Watak kemukakan tidak wujud dalam realiti. Latar tempat yang disebutkan hanyalah khayalan semata-mata. Kisah yang dipaparkan juga adalah rekaan dan khayalan semata-mata. Itulah imaginasi.

Cerita mungkin berlatarkan sebuah alam lain: angkasa lepas, dasar laut, alam bunian, kayangan atau alam mimpi. Bagaimanapun, kita tidak semestinya mencipta segala latar tempat dan watak daripada imaginasi semata-mata.

(39)

Ambil watak guru di sekolah dan ubahsuai sedikit untuk dijadikan watak bagi cerita itu. Atau ambil watak dan perwatakan jiran anda dan ubahsuai untuk dijadikan watak pengetua dalam cerpen yang anda tulis. Gunakan imaginasi. Kali ini, bukan imaginasi berupa khayalan tetapi imaginasi yang kreatif dan terarah. Bukan lagi khayalan mengenai UFO dan makhluk dari Marikh tetapi kemampuan menjadikan sekolah dan guru anda sebagai bahan dalam cerpen yang dihasilkan secara kreatif.

.

Imaginasi juga penting untuk menggambarkan semula sesuatu latar, watak atau peristiwa yang berlaku untuk tatapan pembaca. Misalnya, katakanlah anda mahu menggambarkan suasana di pasar malam. Masakan anda hanya menulis begini: Keadaan di pasar malam itu sangat sibuk dan bising. Sebaliknya anda harus mampu membuatkan pembaca membayangkan suasana sebenar yang ingin anda gambarkan. Jika anda mampu membuatkan pembaca melihat, merasai, menghidu serta mendengar suasana sibuk, bising dan hanyir di pasar malam, maka anda berjaya mengeksploitasi imaginasi anda untuk berkarya.

.

Imaginasi juga penting dalam menggambarkan watak dan perwatakan. Apabila selesai membaca sebuah karya, pembaca seharusnya sudah boleh membayangkan rupa fizikal serta sifat dan perangai watak dalam karya yang dibaca. Pembaca sudah tahu rambutnya begini, gaya cakapnya begini, mimik mukanya begini, gaya jalannya begini dan seterusnya.

.

Ia membuktikan bahawa anda berjaya menggunakan imaginasi sebagai seorang pengarang untuk mengemukakan satu watak yang benar-benar hidup; lalu pembaca boleh menggunakan daya imaginasi mereka untuk melihat watak berkenaan.

.

iv) Intelek

(40)

Sebuah karya sastera harus malah wajib merangsang pembaca berfikir. Pembaca tidak boleh pasif. Sebaliknya dipaksa supaya berfikir secara aktif mengenai apa yang berlaku dalam cerita, mengapa satu watak berbuat demikian, apa yang berlaku dalam cerita dan sebagainya.

Unsur intelek dalam cerpen boleh jadi merujuk pada moral yang dikemukakan; pembaca diajak untuk memikirkan mesej yang disampaikan. Ada falsafah atau pembaca dipaksa mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh satu watak. Pembaca memprotes kesudahan cerita. Pembaca memikirkan sendiri kesudahan cerita. Pembaca terangsang untuk berfikir. Inteleknya tercabar dan dicabar.

.

Untuk memungkinkan kewujudan unsur intelek dalam karya, perlu ada penulis yang intelek dan pembaca yang juga intelek. Atau secara kasar: penulis dan pembaca yang mempunyai otak dan tahu menggunakan otak untuk berfikir.

.

v) Emosi (emotion)

Unsur emosi pula merupakan unsur yang membezakan karya sastera dan non-sastera secara mutlak. Karya ilmiah tidak mementingkan perasaan atau emosi. Kita tidak dituntut berasa sedih atau gembira semasa membaca buku Fizik dan Ekonomi. Kita tidak terasa suspen sewaktu membuat latihan Matematik Tambahan atau membuat graf Pengajian Am. .

Sebaliknya sebuah karya sastera boleh memainkan perasaan dan mengusik emosi pembaca. Kita mungkin turut membenci watak Patriarch sewaktu membaca novel Patriarch (1991). Kita mungkin terasa sedih apabila watak dalam cerita meninggal dunia. Antara emosi yang biasa adalah: sedih, gembira, menyampah, hairan, terkejut, benci, cemburu, terharu, tidak percaya, protes, dilema, kebingungan dan lega. Segala emosi ini mungkin dialami oleh watak dalam cerita atau dialami oleh pembaca semasa membaca cerita berkenaan.

(41)

Kita tentu maklum bahawa cara menulis karya sastera tidak sama dengan cara menulis karya ilmiah. Di sinilah teknik memainkan peranan. Teknik merujuk pada cara sesuatu bahan disampaikan. Cara cerita disampaikan. Cara watak beraksi dan berperanan. Cara latar tempat dilukiskan. Cara jalan cerita dibuat. Cara penulis menarik perhatian dan minat pembaca supaya terus membaca apa yang ditulisnya.

.

Antara teknik penulisan yang biasa digunakan dalam karya sastera adalah teknik dialog, monolog, sudut pencerita, imbas kembali, babakan, suspen, klimaks, plot kompleks, naratif, gaya bahasa, ayat panjang, ayat majmuk serta istilah saintifik. Sekadar contoh, fikirkan bagaimana anda akan menggambarkan rupa fizikal watak dalam cerpen yang anda hasilkan. Kita boleh sahaja menggunakan teknik penceritaan langsung dengan mengatakan bahawa watak itu tinggi, berkulit cerah, berhidung mancung dan sebagainya.

. Malkit berkulit cerah dan berhidung mancung. Tubuhnya pula tinggi. Akan tetapi, kepalanya botak.

.

Dalam contoh di atas, teknik to tell telah digunakan di mana penulis menceritakan secara langsung segala hal mengenai watak. Kita juga boleh menggunakan teknik pelukisan watak secara tidak langsung. Dengan cara ini, anda tidak terburu-buru memperkenalkan rupa fizikal watak terbabit. Sebaliknya, mungkin watak lain akan bercakap mengenai rupa fizikal watak itu. Penulis menggunakan teknik to show iaitu menunjukkan rupa fizikal watak tersebut.

“Apa kau nak risaukan, Malkit? Hidung kau mancung; kulit cerah. Dah tu tinggi pula macam Mat Salleh!” Osman mengusik.

“Ini?” Malkit menudingi kepalanya yang tidak berambut. .

Penggunaan unsur teknik dalam penulisan cerpen tidak hanya terhad pada bentuk-bentuk yang dibincangkan di sini. Seperti yang dijelaskan tadi, teknik merujuk pada apa sahaja dan segala cara yang digunakan oleh penulis secara sedar untuk menyampaikan cerita dengan cara yang menarik supaya dibaca oleh khalayak sehingga tamat. Apa yang pasti, teknik menulis sebuah karya sastera berbeza daripada teknik menulis karya ilmiah.

(42)

Bagaimanapun, tidak pula bermakna kita tidak boleh menggunakan teknik penulisan non-sastera dalam karya sastera. Malah jika ditangani dengan baik, ia boleh menjadi satu penulisan yang menarik pula! Keenam-enam unsur sastera yang telah dijelaskan hiburan, didaktik, imaginasi, intelek, emosi dan teknik adalah saling berkaitan. Biasanya adalah sukar untuk memisah-misahkannya.

.

4.5 Fungsi sastera lisan (rakyat) dalam masyarakat

4.5.1. Sebagai “Alat” Hiburan

4.5.2. Sebagai “Alat” Mengajar dan Mendidik.

Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi. Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat bergunasebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang.

Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak derhaka kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita roman, ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mengujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

4.5.3. Sebagai “Alat” Mengkritik.

(43)

yang tamak, kedekut, gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri.

4.5.4. Sebagai “Alat” Perhubungan atau Komunikasi.

Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang dan ketika majlis persandingan.

4.5.5. Sebagai kata “Adat, Peraturan dan Pantang larang”.

Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-undang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut menjadi “pantang larang” dalam masyarakat.

Berdasarkan perbincangan, dapat dirumuskan bahawa kesusasteraan dapat dirujuk sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya adalah pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya sastera juga dapat dikategorikan mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan ciri-ciri khususnya.

Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan masyarakat.

(44)

Sastera terhasil dari kesedaran dan keinginan pengarang atau masyarakatnya untuk berkongsi maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupannya. Mereka menggunakan sumber daripada persekitaran, pengalaman, pemerhatian atau pembacaannya untuk mengetengahkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi.

Lantaran itu sesebuah karya sastera tidak dihasilkan dengan kekosongan atau tanpa sebab sebagaimana dijelaskan oleh Mohamad Mokhtar Hassan (2005). Beliau berpendapat bahawa teks atau karya sastera adalah rakaman imaginasi pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintlektualan mahupun kerohanian.

Sesuatu yang dipaparkan dalam karya tersebut mempunyai tujuan dan fungsinya yang tersendiri berdasarkan pertimbangan dan pengamatan pengarangnya. Dalam konteks ini, Muhammad Haji Salleh (2000), berpendapat bahawa peranan dan fungsi sastera zaman tradisional lebih luas dan pelbagai cabarannya. Beliau berpandangan bahawa fungsi kesusasteraan pramoden ternyata lebih besar berbanding dengan fungsinya pada zaman moden agak menipis.

(45)

Bibliografi

Abdul Rahman Al-Ahmadi, 2004. Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Ali Ahmad : Pengantar Pengajian Kesusasteraan, DBP. Kuala Lumpur, 1994

Ahmad Jelani Halimi, 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Dsitributors Sdn. Bhd.

Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Safian Hussain, Suhaimi Hj Ismail Mat (penyunting), 1993. Ulama Silam Dalam Kenangan. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Arba’ie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn Bhd.

Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(46)

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

G. Coedes, Asmah Haji Omar (peny.) & Laurent Metzger (pentj), 2009. Inskripsi Melayu Sriwijaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Haziyah Hussein, 2006. Motif Alam Batik dan Songket Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh, Jamilah Hj. Ahmad, 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamilah Hj Ahmad dan Zalila Sharif, 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala `Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Taib Osman, 1983. Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad A. Bakar (penyelenggara), 1991. Ulama Terengganu Suatu Sorotan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Teuku Iskandar, 1995. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Shah Alam: Malindo Printers Sdn

Muhammad (penyelenggara), 1988.Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Ali Ahmad, 1997.

Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz, 2007. Evolusi Bahasa Melayu 2000 Tahun: Dari Zaman Purba ke Budaya Elektronik. Tanjung Malim, Perak: Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Noriah Taslim, 1993. Teori Dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.Sahlan Mohd Saman, 1986. Sastera Bandingan Konsep Teori Dan Amalan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Parnickel, Boris, 1995. Perkembangan Sastera Nusantara Serumpun (Abad ke-7 – ke-9). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(47)

Siti Hawa Hj. Salleh, 1997. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sabaruddin Ahmad, Punca sastera Indonesia, 1963, hal. 11

B. Simorangkir-simanjuntak, Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8

prof. dr. hasyim Awang, artikel akademik, hal. 2

Referensi

Dokumen terkait

Tetapi dalam DSM-IV dinyatakan bahwa kerusakan memory pada Gangguan Amnestik menyebabkan kerusakan memory pada Gangguan Amnestik menyebabkan kerusakan yang

Banyak sekali penelitian atau buku- buku tentang Sīrah al-Nabawiyah yang ditulis oleh para sejawaran. Penelitian mengenai peranan perempuan dalam dakwah Nabi juga

Menurut anda, Pangsa pasar yang masih kecil apakah berpengaruh terhadap kegiatan binis pedagang ikan hias di Jalan Peta..

penyempurnaan land reform yang pernah dilaksanakan Meski merupakan keniscayaan, reforma agraria pada tahun 1960-an yang secara umum dinilai gagal. dipertanyakan antara lain

Jika permintaan melebihi supply yang ada, maka permintaan tersebut akan dijatah dengan perbandingan yang sama dengan jumlah produk yang dipesan. Untuk mengatasi

Selanjutnya dilakukan visualisasi spasial secara horizontal, hasilnya akan diperoleh peta sebaran parameter nutrien (nitrat, fosfat, ammonia), klorofil-a, kualitas air

Dengan ini menyatakan bahwa dalam Karya Tulis Ilmiah ini tidak terdapat karya yang pernah diajukan untuk memperoleh gelar Ahli Madya di suatu perguruan tinggi,

Pola pembinaan dan bimbingan dilaksanakan melalui beberapa tahapan kegiatan yaitu mulai dari tahap awal seperti memberikan motivasi, orientasi, kepada anak asuh