• Tidak ada hasil yang ditemukan

Langkah formulasi strategi anal (19)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Langkah formulasi strategi anal (19)"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Langkah – langkah…

Tindakan awal ialah kementerian telah mewajibkan konsep penyerapan nilai

merentas kurikulum. Dalam konsep ini semua guru tanpa mengira subjek yang diajarnya perlu memasukkan nilai-nilai murni kepada pelajar ketika melaksanakan tugas mereka. Tindakan ini amat bijak kerana sebelum ini hanya guru-guru tertentu sahaja seperti guru disiplin atau kaunseling yang perlu memupuk sikap positif dalam jiwa pelajar mereka. Jelaslah, tindakan ini memastikan semua pihak terutama guru melaksanakan tugas yang serupa yakni memupuk sikap pelajar yang terpuji.

Pada masa yang sama, guru-guru juga memberikan teladan yang baik kepada pelajar mereka. Kelakuan guru perlulah diawasi dengan baik sama ada ketika mengajar di sekolah atau beriadah di luar sekolah untuk dilihat oleh pelajar. Keadaan ini juga membuktikan kepada pelajar bahawa semua nilai-nilai positif yang dinyatakan oelh guru itu bukanlah sukar untuk dilaksanakan oleh mereka. Sesungguhnya, guru yang mampu memberikan contoh teladan yang baik berupaya menjadikan pelajarnya lebih bersikap mulia lagi.

Bukan sahaja pihak sekolah memperkenalkan konsep tertentu kokurikulum dan guru memberikan teladan yang baik tetapi unit Kaunseling setiap sekolah turut boleh memainkan peranan tertentu. Mereka boleh melaksanakan kem peningkatan sahsiah pelajar secara berkala dan terancang. Semua pelajar yang dianggap mempunyai masalah disiplin akan menyertai kem ini untuk memulihkan jiwa mereka semula menjadi pelajar yang terbilang kelak. Justeru,

kewujudan kem peningkatan sahsiah yang sistematik mampu menjadikan kewujudan pelajar yang beketerampilan ini sesuatu yang pasti.

Tambahan pula, aktiviti kokurikulum perlu ditingkatkan agar keterampilan pelajar dapat diketengahkan. Pada masa yang sama nilai murni dalam jiwa pelajar juga turut terbentuk menerusi aktiviti kokurikulum sebegini. Masalah yang timbul ialah banyak aktiviti kokurikulum ini yang dilaksanakan secara hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sebenarnya, kokurikulum mampu melahirkan satu golongan pelajar yang bersikap positif dan murni jika dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

(2)

yang hasanah. Begitu juga dengan matapelajaran Sivik , juga perlu ditekankan agar mereka tahu cara - cara bersosial dengan masyarakat luar dengan cara yang betul

Misalnya, ibu bapa harus menerapkan ajaran agama yang mantap dalam atma anak-anak dengan membawa mereka untuk mendekati Tuhan seperti dengan bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-masing. Selain itu, mereka haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua dan menyayangi haiwan. Mereka mestilah memberi amaran kepada kanak-kanak supaya tidak bersikap biadab terhadap sesiapa sahaja apatah lagi ahli keluarga sendiri. Malah, mereka harus mendidik kanak-kanak tentang cara bercakap dengan orang tua dan tingkah laku semasa berada di rumah orang. Apabila selalu terdedah kepada pengajaran sedemikian, kanak-kanak boleh membezakan antara intan dengan kaca dan antara batu dengan permata. Dalam konteks ini, ibu bapa juga haruslah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak dengan bersikap sopan santun kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bapa borek anak rintik. Ikhtisarnya, ibu bapa perlu berpegang kepada prinsip jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai dalam mendidik anak-anak agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni yang disanjungi, bak rangkap sajak berikut,

kempen Budi Bahasa Budaya kita hanya akan berjaya sekiranya semua pihak melibatkan diri dalam pelaksanaannya. Dalam pada itu, kempen ini perlu disempurnakan di peringkat awal persekolahan, iaitu tadika untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak. Ceramah, pertandingan menulis esei, melukis poster, pertandingan syarahan, pertandingan kuiz dan sebagainya boleh dilaksanakan sempena kempen ini. Pihak sekolah pula haruslah mewajibkan penglibatan murid-murid dalam kempen ini untuk memastikan keberkesanannya, bak kata pepatah,bulat air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat. Selain itu, kempen tersebut haruslah disokong oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang menjadi idola masyarakat, seiring dengan trend pemuda-pemudi kini yang suka mengikut jejak langkah idola mereka dari semua aspek. Jelaslah menunjukkan bahawa kempen-kempen yang mendapat sokongan semua pihak mampu mencapai matlamat melahirkan kanak-kanak yang bersahsiah mulia.

Di samping itu, peranan media massa, sama ada media cetak dan media elektronik amat dominan dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam atma kanak-kanak. Berdasarkan penyelidikan, dipercayai bahawa kecanggihan teknologi media seperti televisyen, radio dan internet serta akhbar arus perdana mampu mempengaruhi akhlak kanak kerana kanak-kanak pada era moden ini sememangnya sudah celik teknologi maklumat. Mereka akan tergila-gila kepada media baru. Oleh hal yang demikian, pihak media massa bolehlah mengambil kesempatan ini untuk menyiarkan iklan, dokumentari, drama dan paling penting, siaran kartun yang semestinya menjadi kegemaran kanak-kanak. Misalnya, iklan tentang seorang kanak-kanak yang memberi tempat duduk kepada orang tua di dalam komuter yang kerap disiarkan di TV3 dan iklan kanak-kanak membantu seorang wanita tua mengangkat barang amat berkesan kepada penonton. Malahan, drama-drama seperti “Precious Babies”, “Three Pads”, “One Mom”, “Hwang Jin Yi”, “Next Stop, Happiness” dan lain-lain lagi mengandungi babak-babak yang menonjolkan kepentingan nilai-nilai murni yang boleh dipelajari dan seterusnya diamalkan oleh kanak-kanak dalam kehidupan seharian. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, bahawa media massa merupakan wadah yang paling sesuai untuk memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari kanak-kanak.

(3)

proses pembangunan ekonomi.Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’kerana akan menyebabkan kerugian kepada negara kita sendiri.Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak dilakukan oleh pihak kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia modenisasi ini.Oleh itu,pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen ini secara berterusan supaya masyarakat akan terus dibasahi dengan nilai-nilai murni yang akan mengeratkan hubungan antara masyarakat di negara ini.

Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk mengatasi keruntuhan nilai moral dalam kalangan masyarakat adalah dengan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak semasa mereka masih tidak mengenal apa itu erti kehidupan.Ibu bapa boleh memupuk anak-anak mereka dengan sentiasa mengajar mereka tentang pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan.Oleh hal demikian,ibu bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu bapa hanya mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita sekarang maka negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan menyerang negara pada masa akan datang bak kata

pepatah’api kecil baik dipadam’.Oleh itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah sabar dalam mendidik anak-anak kerana ‘belakang parang jika diasah tajam juga’.

Selain itu,peranan pihak sekolah dalam membanteras masalah keruntuhan moral ini amat dituntut kerana di sekolah merupakan tempat pembelajaran kedua selepas di

rumah.Dalam mengatasi masalah ini,pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royong untuk membersihkan sekolah dan mencantikkan sekolah.Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang peri pentingnya semangat bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan masyarakat.Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan mata pelajaran baru yang mengajar pelajar tentang nilai-nilai moral.Jika pihak sekolah tidak memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini maka negara kita semakin kepupusan pelajar yang mempunyai nilai moral yang akan menjadi tunggak negara pada masa akan datang.Tegasnya, pihak sekolah juga memainkan peranan utama dalam mengatasi keruntuhan nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini ialah melalui media massa.Pada zaman yang menuju puncak ini,semua informasi-informasi yang berlaku di dunia ini mudah didapati kerana kemudahan seperti internet,televisyen dan banyak lagi

(4)

Ahli Jawatankuasa kampung juga harus memainkan peranan dalam mengadakan program kemasyarakatan di kampung masing-masing seperti gotong-royong membersihkan kampung,menolong keluarga miskin dan sebagainya.Program seperti ini dapat mengajar penduduk kampung tentang kepentingan semangat bekerjasama atau nilai moral yang terpuji bagi mewujudkan sebuah masyarakat kampung yang harmonis.Program seperti ini juga memberi peluang kepada penduduk untuk meluangkan masa bersama kerana masyarakat pada zaman ini yang hanya mengejar kepentingan duniawi sahaja dan sikap seperti ‘katak dibawah tempurung’ yang tidak bergaul dengan orang lain. Oleh itu,program seperti ini banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan seharusnya dilakukan di setiap kampung di negara ini.

Antara langkah melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat

ialah:-Kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni untuk menyuburkan amalan muliaini.

Amalan berterima kasih dan menghargai sumbangan perlu dihidupkan kembali.

Nilai kerjasama dan tolong-menolong wajar diterapkan kembali secara meluas.

Budaya berbahasa yang sopan dan berakhlak mulia perlu dijadikan amalan.

Ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling bertanggungjawab mendidik generasi muda agar mengamalkan akhlak yang terpuji.

Pihak berwajib mesti memastikan bahawa wujud mekanisme bagi menapis dan menyaringmedia massa dari luar.

Pendidikan di sekolah perlu lebih menekankan aspek pengajaran agama yang relevan bukan sekadar untuk tujuan peperiksaan semata-mata.

Referensi

Dokumen terkait

However, we also observed that the negative meaning in the assertion (e.g. as contributed by the first three licensors) and the negative meaning from the non-asserted content

Dalam setiap iklan politik televisi Partai Demokrat yang penulis teliti, selalu diakhiri dengan adegan bahwa Partai Demokrat mendukung kebijakan- kebijakan

Kemampuan koneksi matematis siswa kelas VIII-A MTs Assyafi’iyah Gondang Tulungagung subjek dengan prestasi belajar matematika yang tinggi dalam menyelesaikan soal

Disarankan kepada seluruh masyarakat setelah menegetahui apa yang dimaksud dengan bakteri terutama jenis bakteri gram positif dan gram negatif dapat mengerti bahwa

Hasil penerapan uji diagnostik pada contoh mengenai pengaruh dan pengalaman seseorang terhadap status penggunaan mammography (Hosmer and Lemeshow, 1989) didapatkan bahwa

Dengan demikian dapat dikatakan bahwa kemampuan koneksi matematis siswa kelas VIII- A MTs Assyafi’iyah Gondang Tulungagung dengan prestasi belejar matematika yang tinggi dalam

Untuk lensa negatif, semua benda yang ada didepannya selalu membentuk bayangan semu (virtual) yang berada didepannya juga, sehingga bayangan tersebut tidak

Penelitian ini menggunakan data primer dan data sekunder. Data sekunder adalah pengumpulan data yang dilakukan dengan katagori dan klasifikasi data- data tertulis yang berhubungan