KAJIAN TERHADAP IMPLIKASI TANAH RUNTUH DI KAWASAN PEMBINAAN DI TANAH TINGGI DI PERAK
NORAMIRAH HANIS BT.MOHAMAD ROSLI NOR SYAFIQAH BT.SHAMSUL AZMAN
RESARCH PROPOSAL
CIVIL ENGINEERING DEPARTMENT POLITEKNIK UNGKU OMAR
ABSTRACT
ABSTRAK
ISI KANDUNGAN
2.2 Implikasi bahaya dan darurat berikutan tanah runtuh 2.3 Pengetahuan asas mengatasi permasalahan tanah runtuh
BAB 1
PENGENALAN
Menurut kajian Bujang ETAL (2008) Malaysia selalunya akan mengalami kejadian tanah dari September hingga Januari.
Bagi peringkat global pula seperti Leyte, Filipina pada tahun 2006 telah berlaku kejadian tanah runtuh yang menyebabkan kehilangan nyawa juga disebabkan faktor hujan lebat. Tanah runtuh ini sering kali berlaku di kawasan lereng bukit yang mempunyai kecuraman yang melebihi had yang di tetapkan untuk membangunkan sesuatu kawasan perumahan. Kejadian tanah runtuh ini sering kali di kaitkan dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Menurut kajian Herawati Binti Ahmad punca berlakunya tanah runtuh juga di sebabkan kurangnya pemantauan oleh pihak – pihak yang terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar (DOE) terhadap keperluan laporan harian kesan Alam Sekitar, Environment Impact Assessment (EIA). Menurut Jaafar dn Ismail ( 1998), EIA dapat didefinisikan sebagai suatu aktiviti atau proses yang direka untuk mengenal pasti serta meramalkan kesan ke atas persekitaran biogeofizikal dan kesihatan manusia serta cadangan kesejahteraan perundangan, dasar, program, prosedur operasi dan dapat mentafsir serta menyampaikan maklumat mengenai impak.
Menurut kajian yang di jalankan tanah runtuh ini berlaku di sebabkan faktor geologi terutamanya di sebabkan pergerakan air bawah tanah yang menyebabkan ikatan zarah tanah longgar dan tidak mampu untuk menampung berat struktur di atasnya. Di samping itu, sikap sambil lewa oleh pihak terlibat juga menyebabkan kejadian ini berlaku di mana sikap tidak prihatin terhadap keadaan sebenar tempat tersebut.
1.1 PENYATA MASALAH
Gunung Cheroh 1973 , Gunung Rapat 1976, Gunung Karang Besar dan Kecil, Simpang Pulai dan Gopeng Gunung Tunggal 1919.
Kedudukan geografi semua kawasan di atas didapati kawasan berbukit, tanah jerlus dan satu bekas tapak perlombongan bijih timah. Berdasarkan kejadian ini beberapa permasalahan dapat dikenal pasti dan beberapa usaha telah dibuat. Penyelesaian dengan melakukan kajian penyelidikan juga dilakukan oleh pihak yang terbabit.
Punca berlakunya disebabkan beberapa faktor utama iaitu geologi seperti aliran air bawah tanah dan faktor manusia seperti permasalahan pemaju tidak mendapat kebenaran bagi membangunkan kawasan perumahan di kawasan tersebut daripada Majlis Daerah Kinta Barat(MDKB). Kawasan perumahan yang berlaku tanah runtuh contohnya di Taman Puncak Indah Pusing sememangnya tidak selamat tetapi telah mendapat kelulusan daripada jabatan geologis sebelum jabatan ukur tanah membuat penyelidikan secara terperinci. Kajian ini di lakukan bagi mengatasi kejadian tanah runtuh ini berulang kembali yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda. Kejadian ini telah berlaku sejak dahulu terutama apabila berlakunya keruntuhan bangunan highland tower yang mengakibatkan kehilangan nyawa seramai 50 orang. Masalah utama kajian ini sebenarnya, masih ada pembinaan di kawasan tanah jerlus, tanah di lereng bukit dan bekas tapak lombong berlaku lagi tanah runtuh sekitar tahun 2004 hingga 2014. Di antaranya, laluan ke Cameron Highland Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang tahun 2011, Felda Besout 2 tahun 2012, Sungkai Felda Besout Jalan Enggang tahun 2012, Daerah Kinta Laluan FT 185 Seksyen 43.0 tahun 2013, Manjung Kampung Parit Simpang 4 dan 5 tahun 2013, Kampung Tengah Batu 16 Setengah than 2013, Jalan Tmbunan Penampang Kampung Babagon tahun 2013, Ipoh Kampung Pengkalan Gate Tambahan tahun 2014, Ipoh di kilometer 302 Jalan Gua Tempurung pada tahun 2004 dan di Ipoh kawasan perumahan di Taman Puncak Indah Pusing pada tahun 2006 sehingga kini 2014. Walau bagaimanapun, tindakan terkini dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), Kerajaan Negeri Perak dan sebuah syarikat konsensi berkaitan perumahan masih belum temui jalan penyelesaian kerana punca kejadian dari faktor alam semulajadi dan masih di dalam siasatan kerajaan negeri Perak.
kejadian tanah runtuh di atas tanah bercerun. Apabila terjadinya tanah runtuh banyak akibat yang dapat dilihat seperti kehilangan nyawa dan harta benda. Selain itu, permasalahan tanah runtuh boleh mendatangkan implikasi kejadian tanah runtuh terhadap ekonomi, persekitaran dan keselamatan pengguna di mana mangsa tanah runtuh akan mengalami kerugian di sebabkan kelalaian pihak yang terlibat dalam pembanggunan. Di samping itu, negara juga perlu memberi bantuan kewangan dan kos untuk pembaikan semula kawasan tersebut. Pihak pembeli juga mengalami kerugian dan terpaksa berpindah dari kawasan tersebut dan terbabit dengan hutang daripada pinjaman untuk pembelian pembinaan. Oleh itu, tindakan susulan di bawah kelolaan kerajaan Negeri Perak adalah perlu bagi mengetengahkan masalah yang berlaku untuk mengetahui keberkesanan langkah – langkah yang perlu di lakukan selepas kejadian tanah runtuh ini. Najitahnya, kerajaan Negeri Perak perlu mengetengahkan isu ini bagi mendapat kan jalan penyelesaian yang efektif.
1.2 RANGKA KERJA
Latar belakang kajian 1.Isu dan Masalah 2.Matlamat Kajian
3.Objektif Kajian 4.Skop Kajian
BAB 1
Isu Masalah Cara Mengatasi Hasil
Metodologi kajian BAB III
Kajian perpustakaan Kaedah soal selidik Kaedah uji kaji
Menganalisa data Kualitatif dan kuantitatif secara Analisis
1.3 FAKTOR UTAMA KAJIAN 1.3.1 OBJEKTIF
1. Mengenalpasti faktor serta akibat kejadian tanah runtuh dia atas tanah bercerun
2. Mengenal pasti implikasi kejadian tanah runtuh terhadap ekonomi negara serta persekitaran dan keselamatan penduduk setempat.
1.4 SIGNIFIKASI KAWASAN KAJIAN
Kangsar di kilometer 64 km, rutuhan Lombong Bijih Timah Pantai Remis 1993, Kuala Kangsar Lorong 35 Taman Bunga Raya, Jalan Tapah-Riglet 78 kes tanah runtuh, Kampar Pos Dipang, Ipoh Gunung Cheroh 1973 , Gunung Rapat 1976, Gunung Karang Besar dan Kecil, Simpang Pulai dan Gunung Tunggal, Gopeng 1919. Kawasan kajian ini telah berlaku kejadian tanah runtuh sejak dahulu lagi dan telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Sekiranya berlarutan akan memberikan kesan terhadap ekonomi negara.
1.5 LIMITASI
Kajian ini mempunyai had di mana untuk mengkaji berkenaan struktur tanah memerlukan peralatan yang baik dan memerlukan masa untuk mendapatkan keputusan yang di perlukan bagi mengetahui punca sebenar struktur tanah berubah. Di samping itu, kajian ini juga akan memberikan keputusan yang mungkin tidak terlalu tepat kerana struktur tanah boleh berubah-ubah di sebabkan faktor sampingan disekeliling tempat itu.
1.6 DEFINISI KAJIAN
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 PENGENALAN
longgar. Menurut Jabatan Kerja Raya Malaysia tanah runtuh merupakan bahaya geologi yang serius dan biasa terjadi di banyak bahagian dunia. Secara globalnya, tanah runtuh mengakibatkan kerosakan harta benda berjumlah berbilion dolar dan beribu kematian serta kecederaan setiap tahun. Di Malaysia, dari tahun 1973 hingga 2007, sebanyak 440 tanah runtuh dilaporkan. Daripada jumlah ini, 31 kes melibatkan kematian. Sejak 1973, hampir 600 kematian disebabkan tanah runtuh di Malaysia telah dilaporkan. Selain itu, terdapat beribu lagi kegagalan dan tanah runtuh cerun yang kecil yang tidak dilaporkan.
Selain itu, faktor lain yang mengakibatkan kejadian tanah runtuh selain disebabkan taburan hujan dan struktur tanah ialah faktor manusia. Sesuatu projek yang hendak di laksanakan hendaklah mempunyai laporan EIA(Alam Sekitar) bagi memastikan kawasan yang ingin di bangunkan mempunyai kelulusan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (DOE). Menurut Rasip (2006), laporan tersebut dianggap remeh-temeh oleh pihak-pihak yang memajukan tanah untuk tujuan pembangunan projek. Pembangunan yang tidak terkawal dan terancang itu diburukkan lagi dengan sikap pemaju yang sering mengetepikan ciri-ciri keselamatan. Terdapat segelintir pihak pemaju perumahan yang melakukan penipuan butiran maklumat dalam laporan awal yang dihantar kepada PBT bagi mendapatkan kelulusan tapak dan sekaligus terkecuali dalam menyediakan Laporan EIA (Mahmud, 2008 ). Pihak pemaju seharusnya mematuhi segala keputusan yang tercatat dalam laporan tersebut. Sekiranya hal ini tidak di bendung dengan segera, kemungkinan besar kejadian tanah runtuh ini akan kerap berlaku dan mengakibatkan banyak nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda di sebabkan kelalaian pihak yang tidak bertanggungjawab. Faktor semulajadi lain ialah kehadiran air bawah tanah Menurut (Robert W. Day, 1999) ini adalah berpunca oleh tekanan penyerapan, tekanan dalam tanah keaas permukaan dan kelembapan tinggi tanah. Punca ini disebabkan ketidak kawalan kelembapan dan ketepuan tanah tidak menentu lalu menjadikan tanah itu tidak likat malah berlaku pencairan tanah akibat air bawah tanah itu serta kurang ketepuannya.
ekonomi yang lain daripada keadaan meleset. Perumahan bukan sahaja menhwujudkan pekerjaan dalam industry perumahan tetapi juga kepada industri-industri yang berkaitan dengan perumahan seperti industri yang menghasilakan bahan binaan bhan peralatan perumahan. Kebanyakan institusi perumahan di Amerika Syarikat ditubuhkan oleh kerajaan semasa keadaan ekonomi meleset adalah bertujuan untuk merangsang pertumbuhann ekonomi (Hoek-smith,2003).
Dasar perumahan Negara adalah untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan dalam kemampuan semua rakyat dari segenap lapisan masyarakat. Oleh itu kerajaan telah membentuk dasar dan program-program tertentu bagi mencapai matlamat dasar perumahan Negara. Peraturan dan panduan untuk industri perumahan (Lawrence Chan,1997) termasuklah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan perlesenan) 1966,1988 dan 1989, Akauan Pemaju Perumahan 1990, penubuhan jawatankuasa dan majlis-majlis perumahan yang berkaiatan dan juga penubuhan Lembaga PembangunanIndustri Pembinaan pada tahun 1994. Pihak berkuasa bertanggung jawab di dalam pembangunan perumahan adalah Kementerian perumahan dan Kerajaan tempatan. Kementerian ini memaiankan peranan utama bagi melaksanakan dasar-dasar Kerajaan. Di peringkat negeri, pihak berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bertanggung jawab mengimplementasikan dasar-dasar Kerajaan dan juga sebagai badan yang megawal aktiviti industri perumahan.
2.1. PUNCA KERUNTUHAN TANAH 2.1.1. STRUKTUR TANAH
Struktur tanah yang dikaji tidak dapat menanggung beban yang berlebihan sehingga menyebabkan tanah mendap dan membuatkan struktur binaan rosak. Pihak berkuasa yang tidak bertanggungjawab membenarkan kelulusan bagi pembinaan di kawasan tanah tinggi ini perlu bertanggungjawab di atas kes yang berlaku dan mengakibatkan korban. struktur tanah yang tidak stabil ikatan tanah yang longgar. Menurut kajian Mohd Dhiya Hafreez bin Kamil(Morgan,1986),ketika hujan lebat ,tanah akan terpisah dan diangkat oleh air larian untuk membentuk mendapan yang tidak stabil.
Akibat dari hujan yang berterusan dan banjir kilat menyebabkan tanah menjadi lembik dan tidak kukuh. Apabila ini berlaku, hakisan yang pada mulanya sedikit akan berterusan akan menyebabkan keruntuhan. Menurut Ibrahim (1985/86), beliau telah memberikan pendapat berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi kejadian tanah runtuh di Malaysia. Faktor pertama iaitu kejadian hujan lebat bagi suatu tempoh masa yang lama. Taburan hujan dibahagikan kepada beberapa hakisan tanah oleh air iaitu:Menurut (Robert W. Day, 1999)
1. hakisan percik (raindrop erosion)
2. hakisan lapis (sheet erosion)
3. hakisan antara alur
(inter-rill erosion)
4. hakisan alur (rill erosion)
Satu versi pembaharuan telah dibuat untuk applikasi komputer iaitu Revised Universal Soil Loss Equation (RUSLE) yang mengambil kira amalan perladangan dan topografi untuk anggaran hakisan
USLE digunakan di merata tempat untuk menganggar kehilangan sedimen walaupun ainya mempermudahkan beberapa angkubah yang digunakan
Purata kehilangan tanah boleh dikira menggunakan persamaan:
A = RKLSCP di mana
A = purata kehilangan tanah tahunan Mg/ha/tahun
R
= indeks hujan dan hakisan air larianK
= faktor kerentanan tanahIndeks hakisan hujan (R)
- indeks hakisan hujan dikira menggunakan data yang berkaitan dengan intensiti dan jumlah hujan
- ianya boleh dianggarkan menggunakan persamaan:
R = Purata Hujan Tahunan X 50 100
2.1.3 AIR BAWAH TANAH
Kehadiran air bawah tanah ini punca permasalahan pembinaan atau keruntuhan berlaku. Ini disebabkan tekanan penyerapan air udara, tekanan dalam tanah keatas permukaan dan kelembapan tinggi tanah dari segi kejelekitan tanah dan ketepuannya. Menurut (Robert W. Day, 1999) telah ada banyak kerosakan yang berjuta ringgit ditanggung katanya tentang penulis (Cedergen:’89)termasuk kerosakan jalan, perparitan(longkang,empangan) ,keruntuhan bangunan di atas tanah, keruntuhan semulajadi tanah dan gegaran bumi. Semua disebabkan oleh kekurangan upaya galas tanah menampung bebannya keatasnya dan pencairan tanah (tanah liat) lebih lembut serta lembik membawa bersama-sama partikal NegaraI tanah bergerak dengan tidak terkawal. Berdasarkan rajah 1.
2.2. IMPLIKASI BAHAYA DAN DARURAT BERIKUTAN KEJADIAN TANAH RUNTUH
2.2.1 KEPENTINGAN NYAWA DAN HARTA BENDA
Kehilangan nyawa merupakan satu impak yang sangat berbahaya apabila berlakunya sesuatu tanah runtuh dan ianya sukar dielakkan. Banyak nyawa akan terkorban apabila berlakunya tanah runtuh. Kerosakan harta benda dan lain-lain tak dapat di baik pulih ke keadaan asal. Kerugian pemaju dan agensi kerajaan menyelenggara semula kerosakan.
(Sumberdaripadahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm)
Jualan pasaran perumahan akan merosot dan cukai pinjaman berkurangan justeru harga rumah menurun. Kes ini mengugat kestabilan ekonomi Negara walaupun perumahan faktor sampingan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi bagi Pengeluaran Kasar Negara (KNK).
Tempoh penyelenggaraan dan pertambahan projek perumahan mengambil masa lama dan permintaan masyarakat telah berkurang atas sebab pihak bertanggung jawab perlu memampankan kualiti dan keselamatan struktur bangunan serta tanah bagi mehindari kejadian tanah runtuh berulang lagi.
(Sumber daripada: http://ahba.tripod.com/notakt06.html)
2.2.5. IMPLIKASI PERSEKITARAN
Proses kejadian tanah runtuh sudah tentu memberi implikasi pada persekitaran terutama alam sekitar. Perubahan persekitaran, kedudukan pokok dan bentuk muka bumi tanah berubah kerana pergerakan tanah membawa tanah memusnahkan persekitaran dihadapannya dan digalas. Kemusnahan semulajadi tanah runtuh di perumahan, sekali gus memberi impak kemusnahan harta benda.
(Sumber daripada:http://ahba.tripod.com/notakt06.html)
2.2.LANGKAH KEBERKESANAN DAN PENGETAHUAN ASAS MENGATASI PERMASALAHAN TANAH RUNTUH
2.2.1.MEREKA JENIS TEMBOK DAN PEMBINAAN TEMBOK PENAHAN
- Secara amnya tembok penahan ini ialah perlu mendapat tinjauan berkala bagi melihat tiada kertakan berlaku pada tembok dan menyelenggara jika terdapat retakan bagi menahan tanah dan batuan.
(Rajah 2)
- Tembok julur sangat popular dekad ini jadi ia terdiri dengan berapa jenis iaitu T-shaped, L-shaped atau reverse L-shaped.(Cernica,1995)Kes yang istimewa ialah membuat tembok penahan diatas cerun. Selain itu, penstabilan mekanikal tembok penahan bumi menjadi popular dekad ini. Ini dalam bidang (geosynthetic) yang membantu membuat tembok penahan lebih mudah merangkumi 3 elemen iaitu a) memasang pagar rod keluli MSE tembok penahan b)geogrid kaedah geosynthetic mesin memotong tanah yang dimana ada laluan lorong longkang c) mampatan tanah mengguna mesin diantara pagar rod keluli di tembok dan longkang atas tembok penahan, (Koener,1990).
- Daripada analisis beberapa kategori perlu di ambil tahu, tembok penahan ini terdiri daripada dua kategori utama aitu tembok penahan tanpa geseran dan tembok penahan dengan geseran.
(Rajah 3)
- Keselamatan tembok itu dilihat dari segi
keadaan keselamatan pergerakan
tembok itu yang berlaku akibat daya tolakan dari lantai tapak tembok tanah. Kesan pembinaannya boleh berlaku pergerakan tembok dan boleh berlaku pusingan tembok penahan (rotating retaining wall of it toe) iaitu menyendeng kedepan akibat daya tolakan tanah tahan belakang. Bagaimanapun tekanan pasif sama tindakannya keatas tembok dibahagian lantai dihadapan tembok iaitu depan tembok yang kurang tanah berbanding belakang tembok. Kesan pembinaanya boleh berlaku daya tujahan dari tapak tembok, gelangsar cerun dihadapan dinding dan keupayaan galas tapak tembok. - Di kawasan pembandaran, tembok penahan sementara memang biasa digunakan ketika
menyokong pengorekan tanah supaya dapat membantu kerja pembinaan pengorekan untuk buat tapak asas bangunan.
2.2.6. SISTEM PERPARITAN BAWAH TANAH TERANCANG (AIR BAWAH TANAH)
- Mereka longkang dan kemudahan longkang mengurangakan permasalan air dari bawah tanah. (Cedergen,1989) longkang perparitan dan parit laluan air bawah tanah yang dimana ada lubang dalam paip tersebut.
- Paip tersebut dipasang menggunakan sistem menimbus dengan batuan gravel dan permukaan sekitar tertimbus batuan itu ditutupi kain fabric untuk mengelakkan daripada laluan tanah tersekat di batuan gravel dan memastikan laluan permukaan paip itu terlihat. Ini adalah salah satu cara untuk atasi kerosakan keruntuhan akibat kecerunan yang banyak jenis berlaku di sekitar Ipoh.
- Menurut (Cedergen,1989) Culvert adalah conduit yang digunakan untuk mengalirkan air pada parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat. Ia boleh digunakan untuk membenarkan air mengalir melaluinya dibawah jalan, landasan keretapi atau jambatan dan lain-lain.
- Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya menyebabkan ianya sesuai digunakan untuk membina jalanraya diatasnya.
- Bahan binaan culvert biasanya diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan tetulang, besi atau PVC.
- Dua jenis culvert iaitu round culvert dan box culvert. Box culvert ialah berbentuk segiempat yg diperbuat daripada konkrit dan sesuai menanggung bebaban kenderaan berat. Round culvert ialah berbentuk bulat dan diperbuat daripada konkrit dan besi, terletak ditepi jalan yang dibina sebagai terowong saliran air. Berdasarkan Rajah 4.
(Rajah 4)
2.2.7. PARAMETER TAHAP GEGARAN DAN PENGESERAN BUMI
- Membina tanda aras peralatan mengesan gegaran melalui sistem kenalpasti menggunakan teknologi maklumat dan tenaga elektrik, (laman: save nature save earth,slope). Pembinaan alat ini ialah mendapat tahu dan mengenalpasti tanda-tanda awal tanah runtuh bakal berlaku.
- Bacaan maklumat pada skrin alat parameter perlu dibaca oleh pakar yang berpengalaman dalam karier penggunaan alat ini.
- Dari bacaan itu dapat tahu kondisisi kestabilan permukaan bumi selamat dan amaran awalan akan diberi jika kawasan berisiko tinggi untuk potensi terjadinya tanah runtuh lagi.
- Ketika ini teknologi ini tidak pernah digunakan lagi di Malaysia atas sebab Malaysia tiada persamaan teknologi dengan Negara luar dan Malaysia perlu membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan pakar dari luar Negara .
(sumber dari http://www.kkr.gov.my/files/004_89.pdf)
2.2.5. PENANAMAN CONTOUR
- Barisan tanaman mengurangkan kelajuan air larian jika ia melalui kontor yang merentasi cerun.
- Batas kontor mestilah cukup kuat untuk menahan air dari bergerak mengikut cerun. - Biasanya tanaman yang ditanam diselang selikan.
- Talian air juga dibina supaya air mengalir mengikut aliran yang disediakan merentasi cerun dan talian air ini ditanam dengan rumput untuk mengurangkan kelajuan larian dan memerangkap tanah yang diangkut. Berdasarkan 5.
(sumber dari http://www.kkr.gov.my/files/004_89.pdf)
2.2.6. PEMBINAAN TERES
- Penanaman teres dilakukan dicerun untuk mengurangkan panjang dan curam cerun. Mampu mengurangakan geseran tanah galas supaya tanah runtuh tidak berlaku.
- Mengurangkan larian air dipermukaan cerun dan mengurangkan lumpur banjir akibat hujan lebat. Berdasarkan rajah 6.
(sumber dari http://www.kkr.gov.my/files/004_89.pdf)
(Rajah 6) 2.2.6. HALANGAN VEGETATIF
- Barisan vegetasi tetap yang ditanam mengikut kontor boleh memperlahankan air larian dan akhirnya akan menjadikan “teres hidup semulajadi”.
- Rumput vetiver adalah contoh halangan vegetatif yang berjaya di negara tropika
- Rumput ini yang mempunyai batang yang padat serta kuat dapat menapis air larian yang mengandungi partikel tanah.
- Rumput ini boleh tumbuhan dalam keadaan yang teruk dan akarnya dapat menembusi ke dalam tanah pada kadar yang agak dalam.
(Rajah 7)
BAB 3
METODOLOGI
3.0 PENGENALAN
Kajian ini di laksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian terhadap kawasan kajian. Kaedah ini dilakukan bagi mengetahui punca dan kesan tanah runtuh terhadap penduduk setempat. Kaedah soal selidik juga di lakukan bagi mengetahui faktor utama penyebab kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan kajian.
3.1 BENTUK PENYELIDIKAN MULA
PENYEDIAAN BORANG SOAL SELIDIK
MENGAMBIL GAMBAR
MENGEDARKAN BORANG SOAL – SELIDIK KEPADA PENYELIDIK
MENDAPAT PERSETUJUAN PENYELIDIK
PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA
PENYELESAIAN MASALAH DARI KES SECARA PROFESSIONAL
PENULISAN LAPORAN
TAMAT
3.2 POPULASI DAN PROSEDUR PENSAMPELAN
Kaedah yang di gunakan bagi mendapatkan data berkenaan tanah runtuh di kawasan kajian iaitu kaedah pemerhatian dan soal selidik. Kaedah pemerhatian dengan mengambil beberapa sampel gambar kawasan kejadian perumahan yang pernah mengalami tanah runtuh. Kemudian itu, perbandingan gambar terkini dengan terdahulu. Dapatkan data dan statistik kejadian tanah runtuh dikawasan tersebut daripada penyelidik merujuk kepada (JKR). Keberangkalian juga, soal selidik perlu dijalankan kepada orang awam iaitu penduduk dikawasan kediaman yang berlaku kejadian tanah runtuh itu tetapi jika bahan data soal selidik dari penyelidik sudah kukuh itu sudah memadai.
3.3 KESAHIHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
sumber rujukan melalui beberapa rujukan buku ilmiah dan jurnal bercetak. Disamping itu, membuat rujukan jurnal on-line dari laman E-print institut pendidikan dalam negara dan dari dari luar negara.
3.4 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Kaedah pemerhatian dan ambil bebarapa sampel gambar di kawasan kajian. Segala maklumat dikumpulkan sebagai data dapatan kajian. Setelah itu, gabungan antara membuat analisis data pemerhatian dengan menggunakan program Microsoft Excel dan analisis borang selidik yang di cetak serta salinan yang banyak di beberapa helaian yang telah diisi.
3.5 ANALISIS DATA
Segala maklumat yang diperoleh akan di kumpulkan dengan menggunakan Microsoft excel, bagi memudahkan membuat analisis data. Kaedah program Excel iaitu pengumpulan maklumat daripada pemerhatian dan soal selidik.
3.6 KESIMPULAN
APENDIK
Laporan
Laporan disiapkan dalam minggu yang ditetapkan sepanjang 8 minggu selepas diberi tugasan dalam kumpulan selama 1 minggu. Tugasan awal perlu memilih tajuk cadangan dan memilih kumpulan:
Jenis laporan tugasan bagi dua orang ialah kertas kerja dan persediaan serta merancang kertas kerja di mulakan di dalam minggu ke 4.
Bermula minggu ke 9, berdasarkan kesesuaian pemilihan tajuk bermula untuk pertahankan tajuk selama 4 minggu dan pembetulan. Seterusnya pembentangan selepas penilaian kertas kerja daripada penyelia kumpulan. Proses terakhir, kertas kerja dihantar ke Pensyarah kursus Project cc506 untuk penilaian terakhir dan muktamad.
Perbincangan bersama ahli kumpulan dan pensyarah dijalankan serta membuat rujukan laman sesawang dan buku bercetak.
Borang soal selidik
Draft awal kandungan soalan secara kasar di dalam borang soal selidik: ‘Kepada penyelidik’
1.Mengenai permasalahan tanah runtuh di Ipoh, kawasan tanah yang berhampiran dengan bukit merupakan tanah keras yang menggurangkan tanah runtuh. Adakah ini betul?
2.Apakah pengkaji telah menemui jalan penyelesaiannya.
3.Berapa nilai kos anggaran yang perlu ditanggung untuk pembinaan dan penyelenggaraan kes tanah runtuh. Sama ada berjuta, beratus juta dan berterusan jutaan dalam tempoh yang panjang.
4.Apakah cadangan secara professional meningkatkan kualiti tanah di Ipoh.
5.Betulkah tanah di Ipoh dan kawasan utara semenanjung Malaysia meliputi jenis tanah lembut dan kurang keupayaan galas tanah(bearing capacity).Tidak sesuai untuk pembangunan pesat sejak dari dahulu lagi.
6.Jika ada teknologi yang lebih baik dalam penggunaan alat atau jentera penyelasaian tanah runtuh, berikan kesesuaian mesin tersebut beroperasi di malaysia dan fungsinya.
7.Mengapakah pihak kontraktor punca utama paling besar penyebab tanah runtuh di kawasan pembangunan.
9.Perlukah pemaju perlu bertanggungjawab dalam kes tanah runtuh supaya menanggung semua risiko saman keatasnya dan adakah ini suatu pengajaran kepadanya atau dia sebenarnya telah menjadi mangsa yang dipersalahkan atas bencana alam semulajadi ini.
10.Selain faktor alam semulajadi kejadian tanah runtuh, apakah yang lain yang memberi impak besar kepada tanah runtuh di kawasan Ipoh.
11.Adakah anda setuju bahawa pembangunan tidak perlu dijalan giatkan lagi di Ipoh
12.Adakah anda setuju pembakaran hutan tidak perlu dijalankan di Ipoh. Berikan sebab secara professional.
Robert W. Day,H.N. (1999).Geothecnical and Foundation Engineering. Prepared by Geologist of Massachusetts Institute of Technology, design and construction of retaining wall and groundwater (pp.15.3-16.3). New York:McGraw-Hill
Suhaili,(2011,Mei 7)Semua PBT Di Perak Diarah Awasi Pembangunan Di Kawasan Tanah Tinggi Dan Cerun, Sumber daripada Perak Hari Ini Pos: Malaysia. Pos. http://peraktoday.com.my/?p=20402
Amizul Turniza Ahmed Tarmizi,(2011, Nov 29) Pembangunan Kaki Gunung. Utusan Online pos :Malaysia. Sumber daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm
Jabatan Perancangan Bandar dan desa Perak Darul Ridzuan. Pelan Pembangunan Perak Aman Jaya. pp.1-2 Sumber daripada http://jpbd.perak.gov.my/downloads/jpbdbuletinkhas_perak.pdf
Sumber Kementerian Sains,Teknologi dan Alam sekitar(1998,Mac).Pembangunan Ekonomi Berterusan: Kesan terhadap alam sekitar dan penggunaan tanah yang buruk,di
Malaysia.Petikan Utusan pengguna: Malaysia .Sumber daripada http://ahba.tripod.com/notakt06.html
Geografi Malaysia,(2014, February 18) Wiki free encyclopedia geografi malaysia. Sumber daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Geografi_Malaysia
Malaysian Meteorological Department, (2014,February 18). Meteorological newslater. Retrieved by http://www.met.gov.my/
Datuk Amar Stephen K.T Yong, (1987. September 30) Environmental Quality Prescribed Activities. Ministry of Science,Environment and Technologies Malaysia. pp.1-8 (Malaysia) Retrieved from http://www.doe.gov.my/webportal/en