• Tidak ada hasil yang ditemukan

28 Okt 2017 Melaka MSI SYN Hybrid NRel

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "28 Okt 2017 Melaka MSI SYN Hybrid NRel"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

SIARAN MEDIA

KOMUNITI NELAYAN MELAKA TERIMA 10 UNIT BOT ENJIN TEKNOLOGI HIJAU DARI MOSTI

TANGGA BATU, 28 OKTOBER 2017 - Komuniti Keluarga Nelayan Tanjung Kling hari ini menerima sumbangan 10 unit bot nelayan pantai berkuasa 40HP yang dilengkapi dengan teknologi terbaru Syn-Hybrid Gas Generator yang bernilai kira-kira RM300,000 kesemuanya dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sistem Syn-Hybrid Gas Generator ini dibangunkan oleh syarikat tempatan yang juga inkubati kepada agensi di bawah MOSTI iaitu Technology Park Malaysia (TPM), iaitu Amiran Technology Sdn Bhd. Pemasangan dan ujikaji sistem ini juga melihatkan kerjasama antara anak syarikat TPM, TPM Engineering Sdn Bhd dengan Amiran Technology, salah satu syarikat teknologi startup yang beroperasi di TPM.

Projek ini dibangunkan di bawah Inisiatif Sosial Inovasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, (MSI).

10 unit bot tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri MOSTI, YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah kepada Pengerusi Komuniti Keluarga Nelayan Tanjung Kling, Khairul Azni yang disaksikan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM, YBhg. Dato’ Ir. Mohd Azman Haji Shahidin.

Menurut Azman, pemasangan Sistem Syn-Hybrid Gas Generator ke enjin 40HP akan menawarkan alternatif penjanaan tenaga yang lebih lestari berbanding dengan bahan api fosil. Beliau berkata, bot nelayan komersil yang dilengkapi dengan teknologi hijau inovatif ini juga membolehkan nelayan menikmati kelebihan ekonomi dengan memperoleh kelebihan daya saing, penjimatan kos bahan api, serta produktiviti yang lebih tinggi.

(2)

Syn-Hybrid Gas Generator tersebut adalah Teknologi Nano-Elektrolisis Oksigen-Hidrogen yang memecah molekul H2O (air) ke gas Oksigen-Hidrogen untuk dibakar dengan petrol atau bahan api diesel bagi meningkatkan kadar pembakaran dalam enjin sehingga 98%. Proses ini meningkatkan prestasi enjin serta meningkatkan tork dan kelajuan, sekaligus mengurangkan penggunaan bahan api dengan pelepasan minimum Co2 (karbon dioksida) ke alam sekitar.

Produk ini sesuai digunakan dengan pelbagai jenis enjin bot kerana menggunakan bahan berkualiti tinggi dan rekabentuk teknologi terkini. Ia mesra pengguna, mudah dijaga dan boleh diisi semula hanya dengan air sulingan atau air RO (reverse osmosis) untuk setiap perjalanan melebihi 10,000km. Sistem ini juga telah dipatenkan dengan MyIPO.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

TPM Engineering Sdn Bhd menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kejuruteraan dari rekabentuk dan prototaip kepada pengeluaran siap melalui pembuatan kontrak dengan sistem perkilangan fleksibel yang canggih.

Reka bentuk kejuruteraan ketepatan dan penyelesaian perkilangan membolehkan industri tempatan, terutama PKS, menghasilkan produk nilai tambah tinggi yang membolehkan para pelanggan bersaing dengan cekap dan berkesan di pasaran global.

### Tamat ###

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Aniz Adura Abdul Majid

Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan Tel: 603-8998 2020

Faks: 603-8998 2110

Referensi

Dokumen terkait

Metode hafalan merupakan suatu cara membaca, melafalkan tanpa melihat buku catatan atau buku paket yang digunakan guru dalam pembelajaran. Metode hafalan ini digunakan

Di dalam makalah ini berusaha untuk menjelaskan tentang Revolusi di cina Di dalam perjuangannya Sun Yat-sen sebagai pelopor terjadinya revolusi di China berusaha keras untuk

2) Kepala surat dapat diketik secara sentering horisontal, blok, atau pivot bergantung pada aturan yang berlaku di suatu instansi. 3) Pengetikan surat bentuk lurus penuh

Dalam hal penjualan kembali Unit Penyertaan REKSA DANA BNP PARIBAS PRIMA USD dilakukan oleh Pemegang Unit Penyertaan melalui media elektronik, maka Formulir Penjualan Kembali

Keunggulan tersebut diantaranya memperbaiki posisi tawar ( bargaining position ) petani, membuka akses pasar baru untuk produk petani, dan meningkatkan kemampuan petani

Kimse açıktan açığa İslâm şerîatince yürüyüp gitmeğe cesaret edemez olmuştu. İşte ancak Müceddid‐i 

Oleh karena itu, Kiai Hasyim Asy‟ari dalam kitab Adabul „Alim Wal Muta‟alim, menganjurkan kepada seorang murid untuk senantiasa menghormati guru misalnya ketika

Suatu ilusi bahwa proses pembangunan yang berkeadilan akan dapat berlangsung secara efektif dan permanen di dalam masyarakat apabila sistem sosial tidak mengandung