•
colloquium
Empowering Local Mind In Art Design&Cultural Heritage
2016
Empowering Local Mind In Art Design &Cultural Heritage
3rd ISME
International
Colloquium
2016
proceeding book 27&28 December 2016 Universiti Teknologi MARA, Melaka, Malaysia.Empowering Local Mind In Art Design&Cultural Heritage
3rd ISME
International
Colloquium
2016
EDITORS AND COMPILERS:
Dr. Azahar Harun Dr. Rosli Zakaria Dr. Abd Rasid
Pn. Haslinda Abd Razak
Pn. Liza Marziana Mohammad Noh En Nadzri Mohd Sharif
En. Shaleh Mohd Mujir Pn Fatrisha Mohamed Yussof Pn Anith Liyana Amin Nudin Pn lIinadia Jamil
Cik Fazlina Mohd Radzi Cik Aidah Alias Cik Nurkhazilah Idris
COVER DESIGN: Norsharina Samsuri
PUBLISHED BY:
Faculty of Art & Design, UiTM Melaka
KM26 Jalan lendu. 78000 Alor Gajah, Melaka
Tel: +606 - 55820941 +60655821901 +6065582113 Email: ismefssr@gmail.com
Web: http://isme2016.weebly.com ISBN: 978-967-0637-26-6
•
Empowering Loesl Mind In Art DfJSlgn & CuffulBl H.rlttJg8
2016
Allrights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored inaretrievalsystem ortransmitted In any formorby any means, electronic, mechanical, photocopying, recordingorotherwise, without permission of the copyright holder.
•
Empowering Local Mind InArtDesign & Cultural Heritage
2016
Empowering Local Mind
In Art Design & Cultural Heritage
3rd ISME
International
Colloquium
2016
Copyright © 2016
Faculty of Art& Design, UiTM Melaka
KM26 Jalan Lendu,
78000 Alor Gajah Melaka
1 Personification in Marketing Communication: Case Study of Malaysian Brands
Azahar Harun, Mohamed Razeef Abd Razak, Russlan Abd Rahim, Lili Eliana Mohd Radzuan, Amina Syarfina Abu Bakar
9
2 The Image of Man after September 11
Mohd. Shaharudin Sabu, Mohd. Saharuddin Supar, Hisammudin Ahmad, Shaharin Sulaiman, Ahmad Zuraimi Abdul Rahim, Mohd. Ali Azraei Bebit, Shahrul Munir Mohd Kaulan
21
3 The Image Construction of Loro Blonyo Craft in Global Market through
Packaging Design that Reflect Local Image
Nanang Yuliantoa, Edy Tri Sulistyoa, Slamet Subiyantoroa, and Nadia Sigi Prameswaria
27
4 Game-Based Learning using Visual Spatial Approach for Children with
Autism to Improve Social Development: A Pilot Study
Ilinadia Jamil, Fatrisha Mohamed Yussof, Nor Yus Shahirah Hassan, Azzureen Nor Ain Azizuddin and Zainal Kadir
32
5 Visual Iklan Berunsurkan Seksual Di Media Internet: Persepsi Golongan
Bawah Umur
Fatrisha Mohamed Yussof, Ilinadia Jamil, Azahar Harun, Norsharina Samsuri,Nurkhazilah Idris, Nor Sabrena Norizan
42
6 An Iconographical Interpretation Of Street Art In Malaysia
Syafril Amir Muhammad, Nurul Huda Mohd Din, Profesor Dr. Muliyadi Mahamood, Dr. Mumtaz Mokhtar
51
7 The Relationship between Place and Hallmark Event; Malaysian Cultural
Context
Musaddiq Khalil, Amer Shakir Zainol, Shaliza Dasuka, Liza Marziana, Khazilah Idris, and Fazlina Radzi
64
8 Aplikasi Teknik Tempa dan Peleburan dalam Seni Arca Besi Raja
Shah-riman Raja Aziddin
Liza Marziana Mohammad Noh, Shaliza Dasuki, Nurkhazilah Idris,Fazlina Mohd Radzi, Musaddiq Mohd Khalil Imran
74
9 Sulaman Keringkam : Motif Kemasan Sisi Beridentiti Melayu Tempatan
Norhasliyana Hazlin Zainal Amri, Hamdzun Haron, dan Abdul Latif Samian
85
10 Malay Aesthetic Concept through Malay Woodcarving Motifs in Visual
Artworks
N. A. Hassan, P. Amin, and S. Tohid
97
11 Illustrasi Poster Kempen Alam Sekitar dalam Simbol Kebudayaan
Muliyati Binti Mat Alim, and Profesor Madya Dr. Abdul Halim bin Husain
106
12 Penghayatan Nilai- Nilai Patriotisme Dalam Arca Awam Pelajar Uitm
Melaka Sempena Pertandingan Hiasan Patriotisme Daerah Alor Gajah
W. M. Z. Wan Yaacob, N.H. Abdulah, A. Osman, M. F. Samsudin,M. A. A. Bebit, S. M. Mohd Kaulan dan M. S. Sabu
118
Content
13 Keunikan Ukiran Patung Kayu dalam Kehidupan Kaum Jah Hut dalam Keperluan dan Kepercayaan
Nor Edzrine Binti Abdullah Sani
124
14 Properties of Mandi Bunga (flowering bath) as Malaysian tradition
Practice
S. Roslan, R. Legino
135
15 Malaysian Batik Painting From 1950 to 2010: A Study on Style
A.E. Mohd Fauzi, N. H. Ghazali and N. H. Ahmad
145
16 Interpreting Motif and Pattern in Mohd Nor Mahmud Painting Batik:
Pakai Semutar Kain Lepas.
H. Abd Razak, R.Legino, B. Samuri
151
17 The Aesthetic of Traditional Lurik in Socio-Cultural Context
E. S.Handayani
157
18 Brand Identity on Local Malay Herbal Toiletries Packaging Design as a Potential Tourism Product
Siti Sarah Adam Wan, Noraziah Mohd Razali, Wan Nur Khalisah Shamsudin & Ariff Ali
162
19 Budaya Melayu Sebagai Simbol dan Makna Dalam Seni Catan Moden Malaysia
Liza Marziana Mohammad Noh, Hamdzun Haron, Abdul Latif Samian & Tengku Intan Suzila Tengku Sharif
172
20 Budaya Visual ‘Seni Kolam’ Dalam Sistem Sosial Masyarakat India
Santhi A/P Letchumanan, Lee Hoi Yeh, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Hussain
180
21 Cetusan Idea Seni Tekat Perak
Azni Hanim Hamzah, Salina Abdul Manan, Noor Hafiza Ismail & Nur Hikma Mat Yusuf
198
22 Chlorophyll Print: An Alternative Approach to Describe Photographic Printing Process Using Nature Based For Photography Students
Dona DLowii Madon, Aidah Alias, Raziq Abdul Samat, Farihan Zahari, Shafira Shaari & Shaharin Sulaiman
207
23 Designing Jawi Typefaceto Enhance The Quality of Modern Design
Mohamed Razeef Abdul Razak, Prof. Dr. D’zul Haimi Md. Zain, Dr. Azahar Harun, Dr. Saiful Akram Che Cob & Lili Eliana Mohd. Radzuan
218
24 Diversification of Batik Jarum Handicraft Art Product to Solidify Community Based Creative Economic Developmentin Klaten Regency
Margana
25 Empowering “Girli” Batik Craftswomen to Enhance Family Economy and Develop Tourism Village in Sragen District
Dr. Slamet Supriyadi & Prof. Dr. Sariatun
236
26 Identiti Visual Seni Catan Moden Malaysia Melalui Media Campuran Dalam Konteks Kebudayaan
Fairus Ahmad Yusof 1, Prof. Madya. Dr. Abdul Halim Husain
244
27 Inovasi Media TMK Dalam Pendekatan Pembelajaran dan Pengajaran
Pendidikan Seni Visual Berasaskan Gaya Belajar Visual
Siti Hayati binti Haji Mohd Yusoff
274
28 Interpretasi Kandungan Imej Fotografi Digital Sosio-Masyarakat
Me-layu Berdasarkan Konsep Literasi Visual
Nadzri Mohd Sharif, Meor Hasmadi Meor Hamzah & Nor Fariza Baharuddin
291
29 Kartun Akhbar Sebagai Wadah Penyampaian Suara Masyarakat: Suatu Kritikan Terhadap Isu-Isu Semasa
Shaliza Dasuki, Liza Marziana Mohammad Noh, Nurkhazilah Idris, Fazlina Mohd Radzi, Musaddiq Mohd Khalil & Nur Hasliza Abdulah
304
30 Kartun Bertemakan Keagamaan Atas Talian: Interpretasi Dakwah dan
Sindiran
Fazlina Mohd Radzi, Shaliza Dasuki, Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Mohammad Noh & Musaddiq Muhamad Khalil
317
31 Keindahan Tengkolok Getam Pekasam Warisan Kesultanan Perak
Darul Ridzuan
Liza Marziana Mohamad Noh, Salina Abdul Manan, Azni Hanim Hamzah, Noor Hafiza Ismail & Mohd Hafiz Sabran
326
32 Menggembur ‘Memori Kolektif’: Potensi ‘Seni Partisipatori’ Sebagai Media Konservasi Budaya
Diana Ibrahim, M. Hendra Himawandan Mohd Saharuddin Supar
333
33 Model Landskap Bandaraya Islam Di Kawasan Tropika Berdasarkan
Empat Faktor Nilai Rekabentuk
N. H Ramle & R. Abdullah
343
34 Pelaksanaan PBS Guru-Guru PSV Hilir Perak Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Estetik
Lee Hoi Yeh, Dr. Mohd Zahuri Khairani
352
35 Permata Yang Hilang: Pembelajaran Penulisan Seni Khat Dan Jawi
Ainun Jariah Yaacob, Ahmad Rajaei Awang, Mohd Fadil Sulaiman, Mohd.Yazid Misdi
36 Persona Komunikasi Tipografi di dalam Artifak Kartografi
Wan Juria Emeih Wahed & RidzuanHussin
380
37 The ‘Me-Too’ Phenomenon in Packaging Design: A Case Study of Malaysian Retail Products
Anith Liyana Amin Nudin, Mohd Amin Mohd Noh, Wan Nur Khalisah Shamsudin, Izwan Abdul Ghafar, Norsharina Samsuri, Nik Narimah Nik Abdullah and Fatrisha Mohamed Yussof
392
38 Interaction Design in Collaborative Augmented Reality (AR) Story-book for Children
Lili Eliana Mohd Radzuan, Wan Nur Khalisah Shamsudin, Siti NurIzaura Razis , Azahar Harunand Mohamed Razeef Abd Razak
403
39 Analisis Proses Penghasilan Lakaran Awal Dari Segi Penggunaan Material, Idea dan Pengisian (Contents) Mengikut Bidang-Bidang yang Terdapat di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Melaka: Kajian Kes Pameran Think Things Pada Tahun 2016
Salmah Ali, Hisammudin Ahmad, Haslinda Razak, Wan Nor Ayuni Wan Mohd Zain, Norsharina Samsuri , Nurkhazilah Idris dan Muhammad Fitri Samsuddin
410
40 Corporate Rebranding Design of Oil and Gas Company in Malaysia:
Case Study of SMART Petrol
Amina Syarfina Abu Bakar, Azahar Harun, Mohamed Razeef Abd Razak
423
41 Apresiasi Karya Seni Catan ‘Siri Dungun’ Dalam Pendekatan Etnomatematik
Rushana Bte Sulaiman @ Abd Rahim, Rushana Bte Sulaiman @ Abd Rahim
434
42 Aturan Pertiga (Rule Of Thirds) Sebagai Elemen Baru Dalam Pembelajaran Komposisi Bagi Menghasilkan Karya Seni Catan
Shahariah Mohamed Roshdi, Hisammudin Ahmad, Mohd Haniff b. Mohd Khalid, Dr. Abd. Rasid Ismail, Fazlina Mohd Radzi, Nur Hasliza Abdulah, Nurul Izza Ab. Aziz
449
43 Kempen Budi Bahasa Melalui Senireka Bentuk Pembungkusan Produk SME
Farhanah Abu Sujak, Siti Raba’ah Abdul Razak, Nurul Akma Abdul Wahab, Nurin Elani Makrai
461
44 Participatory Art Project To Develop The Creative Potential Of Students Of Senior High School In Surakarta
Adam Wahida
470
45 Pemikiran Visual Terhadap Permainan Ceper Berasaskan Sistem
Sosial Budaya
Zulpaimin bin Hamid, Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Hussain
46 Pengaruh Elemen Vegetal Dalam Seni Mushaf Nusantara
Nurul Huda Mohd Din, Syafril Amir Muhammad, Prof. Dr. D’zul Haimi Md Zain, Dr. Mumtaz Mokhtar
493
47 Puppet Staging through Media Creation Workshop as the Development of Character Building Model for the Marginal in Bengawan Solo Riverbanks
Endang Widiyastuti
509
48 Rattan Furniture Design: A Comparison Study between Malaysia and Indonesia Design Trend
Muhammad Muizzuddin Bin Darus, Dr. Ruwaidy Bin Mat Rasul, Abu Bakar Bin Abdul Aziz, Nurhikma Binti Mat Yusof, Dr Deny Willy Junaidi
520
49 Seni sebagai Praktis Sosial: Garis Teori dan Amalan Dalam Seni Rupa Kontemporari Malaysia
Diana Ibrahim, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, and Yusmilayati Yunus
529
50 Struktur Reka Bentuk Mimbar Masjid Baru Terengganu
Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Salina Abdul Manan & Azni Hanim Hamzah
541
51 Tapak Warisan Arkeologi Lembah Bujang: Keunikan
Arkeopelancongan Di Negeri Kedah
Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli
549
52 Study On Symbolism Of Malay Islamic Cultural Heritage In Malaysian
Visual Arts : Found In Syed Ahmad Jamal Artworks
Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Mohammad Noh, Shaliza Dasuki, Fatrisha Mohd Yussof, Fazlina Mohd Radzi, Musaddiq Muhamad Khalil
558
53 Temporary Evacuation and Relief Centre Design Management in
Malaysia: an Overview
Dr Ruwaidy Bin Mat Rasul, Muhammad Muizzuddin Bin Darus, Abu Bakar Bin Abdul Aziz
569
54 The Cotton Cloth Qur’an binding of the East Coast of the Malay
Peninsula
Ros Mahwati Ahmad Zakaria
577
55 The Roles of Interactive Multimedia Learning Android-based Application for Primary Schools Teachers
Tjahjo Prabowo, Mohamad Suhartob, Mulyanto, Nadia Sigi Prameswari
585
56 The Status Quo of Malaysian Printmaking
Siti Safura Zahari, Nur Fatiyah Roslan, Nurin Elani Makrai, Nor Arseha Karimon, Mohd Fawazie Arshad and Romli Mahmud
3rd ISME International Colloquium 2016
367
Permata Yang Hilang: Pembelajaran Penulisan Seni Khat Dan
Jawi
Ainun Jariah Yaacob, Ahmad Rajaei Awang, Mohd Fadil Sulaiman, Mohd.Yazid Misdi
1Jabatan Senireka Grafik Universiti Teknologi MARA
*corresponding author: ainshafain@yahoo.com
Abstrak -Tulisan khat/Jawi pernah menjadi skrip ilmu, komunikasi dan
bahasa perantaraan (lingua franca) yang penting di kalangan masyarakat alam nusantara terutama di Tanah Melayu. Tetapi ia makin pupus dan kini sudah tidak mempunyai nilai komersial dek kerana kerakusan manusia mengejar linguistik kemodenan di tambah pula dengan lulusnya Akta Bahasa Kebangsaan 1964 yang mana merupakan penamat kepada tulisan Khat/Jawi. Bagi memakmurkan semula Seni Khat/Jawi, satu kajian berbentuk tugasan pelajar telah dirangka bagi membantu para pelajar mengenal huruf, melakarkan ciptaan, mengaplikasikan pendekatan inovatif dan rekabentuk baru dalam produk Seni Khat supaya produk kreatif khat dapat dikomersilkan untuk faedah global. Berbantukan satu sistem instruksi yang diberi nama Dars Sari‟ yang dibangunkan oleh sekumpulan tenaga pengajar khat, proses pengajaran dan pembelajaran khat menjadi mudah diingati, pantas dan efektif. Sistem yang dibina ini adalah mengikut kriteria slilibus khat serta diolah berdasarkan klasifikasi kumpulan dominan huruf bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem instruksi ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang dapat membantu para guru Seni Khat terutamanya guru Khat, J-Qof dan guru KAFA dalam mengajar subjek Seni Khat dengan efektif. Sistem ini diharap dapat memberikan impak dan tarikan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Seni Khat.
Kata kunci : Khat, Jawi, dan Dars Sari‟ dan produk khat kreatif. 1. PENGENALAN
Pengajaran kaedah seni khat dan tulisan Jawi merupakan salah satu wasilah pembelajaran berkesan yang digunakan dalam pelbagai subjek, implementasi seni khat/Jawi dapat menjadi gambaran tulisan indah dalam pendidikan Islam. Pengajaran seni khat/Jawi telah menjadi tulisan yang dipelbagaikan dalam pengajaran Islam. Peranannya dapat memperluas penulisan huruf-huruf al-Quran ini menjadi subjek yang terus berkembang dan bahkan terus diperhalusi
368 3rd ISME International Colloquium 2016
dengan menggunakan kaedah tersendiri sebagai penyeri tulisan dan hiasan dalam menghasilkan kaedah pengajaran yang sempurna.
Seni khat yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Islamic Calligraphy atau Arabic writting, juga disebut dalam bahasa Arab sebagai طخ yang bermaksud menulis2 . Manakala Calligraphy bermaksud tulisan yang cantik. Dari segi istilah, seni khat dinyatakan sebagai kesenian yang dicipta bertujuan untuk mengangkat ketamadunan bangsa Arab dan juga ketamadunan Islam, bahkan seni khat adalah berbeza berbanding dengan seni kaligrafi yang lain .
Pernah suatu ketika dahulu tulisan Jawi menjadi skrip ilmu, komunikasi dan bahasa perantaraan (lingua franca) yang penting di kalangan masyarakat alam nusantara terutama di Tanah Melayu. Tetapi ia makin pupus dan pada hari ini tulisan tersebut sudah tidak mempunyai nilai komersial dek kerana kerakusan manusia mengejar linguistik kemodenan. Ini diikuti dengan lulusnya Akta Bahasa Kebangsaan 1964 yang mana merupakan penamat kepada tulisan Jawi di tanahair kita yang tercinta. Lesunya komitmen kita sebagai insan Melayu yang bertanggungjawab untuk menyelamatkan satu-satunya warisan pusaka telah menjadi penyumbang utama kepada kepupusan tulisan Jawi di tanah bertuah ini. Berbalik kepada sejarah, penggunaan tulisan Jawi pernah menjadi bahasa perantaraan seluruh dunia alam Melayu nusantara. Menurut Amat Juhari (1996), dalam abad ke 17 hingga abad ke 19, penggunaan tulisan Jawi cukup meluas. Bahkan tahun 1750 M merupakan kemuncak keemasan bagi kesusasteraan Melayu klasik dengan menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan utama. Penggunaan tulisan Jawi tetap terus bertahan sampai selepas Perang Dunia kedua sehinggalah abad ke 20. Ia digunakan dalam negeri-negeri Melayu, Brunei, RiauLingga, Siak, Inderapura, Jambi, Palembang, Aceh dan lain-lain. Kedatangan Islam ke rumpun alam Melayu telah mencetuskan fenomena pengembangan penulisan khat dalam manuskrip-manuskrip lama yang menggunakan skrip jawi sebagai penterjemahan ilmu dari Al-Quran. Menurut Akmariah M. (2010) tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu Alam Melayu sejak kedatangan Islam di alam ini pada abad ke 13. Hamzah Fansuri, Nuruddin al Raniri adalah tokoh ilmuan tempatan yang lahir pada zaman kegemilangan Islam pada abad ke 17 dan 18. Mereka telah menghasilkan karya mereka menggunakan tulisan Jawi.
Hubungkait Seni dengan Islam
Hasil seni yang dihasilkan oleh para karyawan Muslim sehingga kini memperlihatkan kesatuan idea dan pemikiran. Walaupun hasil karya seni itu datangnya dari pelbagai bangsa yang berlainan budaya dan tradisi, pengakuan akidah karyawan Islam yakni mengakui keEsaan Allah S.W.T, mengagungkan kebesaranNya, mengakui keRasulan Nabi Muhammad S.A.W dan percaya dengan rukun Iman, menghasilkan ciri kesenian yang signifikan dengan ajaran
3rd ISME International Colloquium 2016
369
Islam. Seni dan Islam mempunyai hubungkait yang cukup kukuh yakni sebagai medium komunikasi yang digunakan bagi tujuan menyampaikan ajaran Islam yang syumul. Pada zaman awal sebelum keRasulan RasululLah S.A.W, bangsa Arab begitu sinonim dengan sajak dan puisi-puisi oleh penyair Arab. Qasidah-qasidah yang terbaik ciptaan para penyair ulung mereka, dideklamasikan di pasar-pasar dan temasya tertentu, malah digantung di dinding Ka‟abah‟.5 Apabila turunnya surah pertama iaitu Al-„Alaq bermaksud;
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan tuhanmu yang amat pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Dari sini mulanya kepentingan menulis Kalam Allah S.W.T dan galakan RasululLah S.A.W kepada para sahabat mempelajari seni tulisan untuk mencatat ayat-ayat Al-Qur‟an dan Hadith Baginda.7 Al-Qur‟an ini bersifat maujud8 , oleh itu ia boleh hilang atau lupus dari ingatan umat Islam. Maka di sini adalah penting bagi kita sebagai Muslim mempelajari seni tulisan (khat) dan seni hafazan Al-Qur‟an. Ia. juga bertujuan menjamin pemeliharaan ayat dan kesinambungan penyebarannya. Seni tulisan (termasuk seni bentuk tulisan) dan seni hafazan (seni Qira‟ati, seni tajwid, seni taranum dsb.) merupakan seni terawal yang menjadi wadah komunikasi yang berkesan untuk menyebarkan rísalah Al-Qur‟an yang tiada sesiapa pun yang mampu menandingi keindahan gaya dan maksud ayatNya. Ini bersesuaian pula dengan situasi bangsa Arab yang menggemari puisi atau sajak yang hebat-hebat.
Menurut Syed Qutb, Islam tidak anti seni. Islam meletakkan, menambahkan dan menyempurnakan aspirasi dan nilai-nilai baru yang mampu menambahkan cita rasa seni yang kreatif dalam membentuk seni Islam dengan had-had tertentu. Menurut Mohammad Saheh (2003), had-had (syara‟ ) ini perlu kerana untuk menyempurnakan sifat atau fitrah manusia itu sendiri dan sebagai makhlukNya.9 Seni tulisan (khat) adalah media seni dan komunikasi tampak yang jelas memainkan peranan yang besar dalam menyampaikan mesej dakwah, makna ayatayat Al-Qur‟an yang ditulis sewajarnya diteliti dan difahami kandungannya kerana itulah mukjizat yang penuh dengan lautan ilmu. Maka di sini, pentingnya seni tulisan khat untuk kita pelajari dan wariskan kepada generasi akan datang kerana apabila kita celik khat dan kenal huruf hijaiyah Arab maka akan celiklah untuk membaca AlQur‟an dan seterusnya memahami isi kandungan Al-Qur‟an.
2. PERMASALAHAN KAJIAN
Masalah penguasaan Jawi dan khat di kalangan pelajar menjadi isu yang hangat diperkatakan. Menguasai setiap kemahiran mengenal huruf adalah wajib bagi
370 3rd ISME International Colloquium 2016
setiap pelajar terutamanya mengenal huruf tunggal Jawi. Pelajar yang tidak mengenal huruf tunggal Jawi akan menyebabkan mereka tertinggal apabila rakanrakan yang seusia mereka telah mengikut kemahiran yang lebih tinggi dan semakin susah. Pelajar akan semakin sukar mengingat kembali apa yang diajar dan terkeliru dengan bunyi dan bentuk huruf yang hampir sama sebutan dan bentuknya.
Peri pentingnya tulisan jawi ini banyak menyumbang kepada kemahiran membaca Al-Quran. Ini kerana tulisan jawi berasal daripada hijaiyah (huruf) Arab yang terkandung dalam Al-Quran. Sesiapa yang mahir membaca jawi pastinya fasih dan mampu membaca Al-Quran dan begitulah sebaliknya. Jika sesorang itu kurang mengenal hijaiyah Arab atau abjad Arab, maka agak sukar untuk sesorang itu membaca ayat suci al-Quran. Perbezaan tulisan jawi dan kaligrafi Arab adalah, tulisan jawi mempunyai beberapa huruf tambahan iaitu pinjaman dari huruf Farsi dan Hindi antaranya ialah huruf pa (ڤ ,(nga( ڠ ,(cha(چ (gha(ݢ ,(va(ۏ (dan nya (ڽ .( Tulisan jawi juga tidak perlukan baris untuk dibaca, tetapi skrip tulisan Arab terutamanya yang ditulis di dalam Al-Quran perlukan baris untuk dibaca (bagi memudahkan orang Ajami iaitu orang yang bukan berbangsa Arab)11 .
Demi memartabatkan semula kelestarian khat dan Jawi ini, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi Mara, telah mengorak langkah mewujudkan semula subjek Seni Kaligrafi Islam (Seni Khat) bermula pada tahun 2010 hingga 2013 sebagai subjek teras fakulti bagi memelihara khazanah dan warisan tanahair. Kemudian telah dimansuhkan dan digantikan sebagai subjek elektif fakulti pada sesi September 2013- Januari 2014 sehingga kini. Perkara yang amat membimbangkan penyelidik adalah kemerosotan para pelajar FSSR UiTM terhadap penguasaan dalam mengenal, menulis dan menyebut huruf-huruf jawi dan kaligrafi arab. Kajian lapangan telah dibuat terhadap para pelajar untuk melihat tahap penguasaan mereka terhadap huruf kaligrafi Arab dan tulisan Jawi terutamanya. Hasil daripada kajian dan pemantauan tersebut mendapati pelajar-pelajar lemah dalam mengenal huruf, membaca dan menulis tulisan Jawi. Satu kes yang agak melucukan dan parah apabila ada pelajar mengatakan bahawa huruf „sod‟ itu adalah huruf „mim‟.
3rd ISME International Colloquium 2016
371
Rajah 1.0: Borang soalan mengenal hijaiyah Arab yang telah diedarkan kepada semua pelajar FSSR, UiTM di awal semester bagi mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam Jawi dan kaligrafi. Sumber: Ainun Jariah Yaacob, 2011.
Dars Sari’: Pembelajaran Penulisan Seni Khat Secara Pantas dan Efektif Berikutan dengan masalah buta huruf dikalangan pelajar-pelajar, penyelidik telah membuat satu tinjauan pemilihan subjek seni khat ini. Penyelidik dapati ratarata pelajar yang mengambil subjek kaligrafi ini hanya sekadar memenuhi tuntutan jam kredit untuk bergraduasi. Alasan pelajar di atas pemilihan subjek ini adalah kerana subjek ini tiada peperiksaan rasmi bertulis dan penilaian adalah berdasarkan penulisan huruf hijaiyah dan tugasan-tugasan bertulis yang lain. Berbalik kepada permasalahan pelajar tidak mengenali huruf hijaiyah Arab, team penyelidik dan tenaga pengajar Seni Khat telah mewujudkan satu sistem instruksi bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran Seni Khat untuk pelajar dan guru yang mengajar. Sistem ini telah dinamakan Dars Sari‟.
Dars Sari‟ adalah suku kata bahasa Arab yang bermaksud pengajaran pantas. Dars Sari‟ adalah nama unik bagi pengenalan baru sistem instruksi atau pengajaran khat iaitu Seni Kaligrafi Islam dalam bentuk pengajaran penulisan khat Nasakh dengan pantas tanpa mengenepikan kaedah penulisan khat itu sendiri. Dalam usaha untuk memartabatkan dan melestarikan pengajaran seni khat, sistem instruksi Dars Sari‟ dapat mempertingkatkan permahaman serta cara bagaimana untuk para pelajar menulis huruf hijaiyah dalam masa yang singkat.
Sistem instruksi Dars Sari‟ ini dihasilkan khas untuk para pelajar dan juga masyarakat luar yang ingin mempelajari penulisan khat dengan pantas dan efektif. Selain dari itu, sistem instruksi Dars Sari‟ juga adalah satu proses pembelajaran kaedah seni penulisan khat yang lebih mudah untuk difahami, diingati dan mengikut kaedah seni penulisan yang betul berdasarkan silibus. Kajian sistem intruksi ini bertujuan memartabatkan Seni Khat di kalangan mahasiswa UiTM khususnya Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Ia juga bertujuan menjimatkan masa pengajaran penulisan khat bagi guru-guru J-Qof dan KAFA yang mengajar subjek seni khat di sekolah rendah atau menengah dan juga
372 3rd ISME International Colloquium 2016
di institusiinstitusi pengajian tinggi. Selain dari itu, sistem ini juga bertujuan membantu para pelajar dalam pembelajaran penulisan Seni Khat dengan pantas berdasarkan kaedah penulisan yang betul.
Sistem ini dibina sebagai satu mekanisma untuk membantu para pelajar menulis huruf hijaiyah dengan baik dan sempurna. Ia juga diharap dapat memupuk minat para pelajar dan masyarakat dalam mendalami keindahan seni kaligrafi Islam dan secara tidak langsung mereka dapat mengenal huruf-huruf hijaiyah yang terdapat di dalam Al-Qur‟an.
Secara umumnya huruf hijaiyah tunggal mengandungi 30 huruf yang perlu dipelajari kaedah penulisannya. Sistem Dars Sari‟ dapat menjimatkan masa dan tempoh pengajaran sebanyak 50% dari masa pembelajaran berbanding menggunakan kaedah lama atau tradisional. Kaedah pengajaran tradisional biasanya bermula dengan huruf „alif‟ dan berakhir dengan huruf „ya‟ mengikut urutan sebutan. Para guru khat yang mengajar berdasarkan teknik tradisional ini akan memakan masa yang lama untuk menghabiskan silibus. Huruf-huruf tunggal diajar menulis satu persatu sehingga tamat dan ini memakan masa yang panjang.
Berdasarkan kajian sistem instruksi Dars Sari‟, daripada 30 huruf tunggal ini team penyelidik beserta tenaga pengajar seni khat telah membuat kajian dan menjalankan proses klasifikasi huruf dominan. Daripada hasil penelitian ini, 30 huruf tunggal ini telah diklasifikasikan kepada lima kumpulan dominan. Proses mengklasifikasi 30 huruf hijaiyah melibatkan kumpulan dominan iaitu „alif‟, „ba‟, „nun‟, „jim‟ dan „lam alif‟ (rujuk rajah 1.1 di bawah). Huruf-huruf yang termasuk dalam kumpulan dominan ini disusun dalam bentuk susunan yang mudah difahami supaya proses pengajaran berjalan dengan lancar.
Rajah 1.1: Proses mengklasifikasi 30 huruf hijaiyah melibatkan kumpulan dominan iaitu „alif‟, „ba‟, „nun‟, „jim‟ dan „lam alif‟. Sumber: Ainun Jariah Yaacob, 2012
Para penyelidik telah menjalankan ujikaji sistem instruksi ini ke atas para pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dalam subjek FND402: Islamic Calligraphy selama empat semester dan EAD518: Islamic Calligraphy selama satu semester.
3rd ISME International Colloquium 2016
373
Setelah diteliti, maka setiap satu kumpulan huruf dominan hanya memerlukan masa satu minggu untuk melatih penulisan khat kepada pelajar.
Kesimpulannya, Dars Sari‟ adalah satu sistem instruksi atau pengajaran mudah diingati, pantas dan efektif dalam subjek Seni Kaligrafi atau Seni Khat. Sistem yang dibina ini adalah mengikut kriteria slilibus pengajaran khat serta diolah berdasarkan klasifikasi kumpulan dominan huruf bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem instruksi Dars Sari‟ merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang dapat membantu para guru Seni Khat terutamanya guru J-Qof dan guru KAFA dalam mengajar subjek Seni Khat dengan susunan yang mudah berdasarkan silibus.
Sistem instruksi ini dilihat mampu menjimatkan masa pengajaran khat sebanyak 50% iaitu daripada 30 huruf hijaiyah menjadi lima kumpulan huruf dominan. Sistem instruksi Dars Sari‟ tidak hanya dikhususkan untuk para pelajar di universiti malah masyarakat luar juga boleh mempelajari Seni Khat yang telah menjadi sebahagian dari budaya dan khazanah negara kita. Oleh itu, sistem ini diharap dapat memberikan impak dan tarikan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Seni Khat menerusi kaedah pengajaran yang mudah dan efektif.
Aplikasi Seni Khat Kreatif
Seni adalah hasil daripada daya kreativiti dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta.
Menurut Azlina (2014), seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Daya kreatif merupakan proses yang membabitkan perjumpaan idea atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar. Menurut beliau sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan berkebolehan melihat sesuatu dalam cara yang berbeza. Dalam mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk. Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang dilihat atau dialaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan analogi bagi memproses pengalaman tampak untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru.
Lanjutan dari sistem instruksi Dars Sari‟, team penyelidik dan tenaga pengajar seni khat bertungkus lumus memerah idea bagaimana untuk membantu para pelajar membudayakan Jawi dan kaligrafi Islam dalam bidang kesenian sekaligus membantu mereka mengenal huruf. Satu tugasan berkumpulan (3 - 4
374 3rd ISME International Colloquium 2016
orang setiap kumpulan) telah diberi kepada pelajar bagi menghasilkan kajian berkenaan pengaruh kaligrafi Islam dalam pelbagai bidang seni. Para pelajar dikehendaki untuk memilih satu jenis khat untuk mencipta reka bentuk karya seni kreatif baru. Kajian yang dibuat akan memberi tumpuan kepada ciptaan baru dan inovasi Seni Khat dalam beberapa bidang seni di FSSR. Pelajar dikehendaki untuk membangunkan rekabentuk kreatif khat dan idea tersendiri dalam karya seni mereka. Pelajar juga dibenarkan untuk memilih mana-mana satu gaya khat dalam proses merekabentuk idea dan hasil produk akan dibentangkan dalam saiz A4 percetakan digital berkualiti tinggi.
Objektif tugasan ini adalah untuk membantu para pelajar mengenal huruf, membentangkan penyelidikan, melakarkan ciptaan, mengaplikasikan pendekatan inovatif dan rekabentuk baru dalam produk Seni Khat supaya produk kreatif ini dapat dikomersilkan untuk faedah global. Dalam tugasan ini pelajar seharusnya dapat memahami sejarah kaligrafi dan objektif belajar khat Islam. Pelajar juga dapat mengaplikasikan huruf hijaiyah arab menerusi rekabentuk kreatif produk mereka sebagai satu jalan penyelesaian yang berkesan dalam pelbagai bidang seni. Melalui tugasan ini juga pelajar dapat memahami fungsi Seni Khat sebagai sebahagian daripada komunikasi reka bentuk dalam menyampaikan platform rekaan.
Hasil penat lelah penyelidik dan tenaga pengajar selama ini berbalas apabila idea baru yang amat memberangsangkan telah dihasilkan dalam konsultasi seni khat kreatif bersama pelajar. Berikut adalah sebahagian daripada hasil idea inovatif pelajar mengaplikasikan seni kaligrafi Islam dalam bidang-bidang kesenian di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (rujuk rajah 1.3 hingga 1.11).
Rajah 1.3: Hasil Poster Islami oleh pelajar Jabatan Grafik, Waqqas bin Abdul Hadi, Islamic Calligraphy Poster
3rd ISME International Colloquium 2016
375
Rajah 1.4: „Mim Shawl‟ oleh pelajar Jabatan Tekstil Norhayati Abdullah
Rajah 1.5: Hasil lakaran aksesori oleh pelajar Jabatan Seni Logam Halus, Ainaa bt. Mazlan.
Rajah 1.6: Hasil kerja pelajar Jabatan Senireka Industri, bertajuk “Ro Chair” Muhammad Akmal b. Ab. Manaf
376 3rd ISME International Colloquium 2016
Rajah 1.7: Hasil kerja „Decorative Ceramic Wau Plate‟ oleh pelajar Jabatan Seni Reka Seramik, Mohd Yahya Bin Daud @ Ismail, Mohamad Hariz Bin Kamaruddin, Asmahazi b. Osmera,
Nurshuhaida Bt Suhaimi
3rd ISME International Colloquium 2016
377
Rajah1.9: Hasil „Khat Light Graphy‟ oleh pelajar Jabatan Fotografi, Nur Zee Azma bt Nor Hashim
Rajah 1.10: Hasil kerja seni khat abstrak oleh pelajar Jabatan Seni Halus, Mohd Hanif b Md Shamlan
378 3rd ISME International Colloquium 2016
Rajah 1.11: Hasil percetakan poster oleh pelajar Jabatan Teknologi Percetakan, Mohd Hafiz Razak, Poster Design
3. KESIMPULAN
Langkah mewujudkan subjek Seni Kaligrafi Islam ini adalah merupakan satu titik tolak kepada kesedaran untuk membantu penguasaan anak-anak Melayu dalam mengenal dan menulis huruf-huruf jawi dan kaligrafi arab. Ini juga merupakan peluang yang sangat baik kepada pelajar dan pencinta seni khat mempelajari seni kaligrafi dari pakar-pakar yang sangat berpengalaman. Kewujudan matapelajaran seni kaligrafi Islam ini wajar diambil perhatian untuk membantu pelajar-pelajar dalam mengenal dan menulis dalam tulisan jawi serta huruf kaligrafi arab. Ia juga menjadi platform menjana ilham kreatif dalam skop bidang-bidang yang mereka ceburi disamping mengasah minat pelajar dalam seni kaligrafi Islam dan Jawi. Kajian ini diharap dapat berpotensi sebagai garis panduan dan modul kepada para seniman Muslim, para tenaga pengajar seni khat dan para pelajar untuk belajar menulis khat dengan baik, cepat dan sistematik di samping dapat mencipta rekabentuk rekaan produk seni khat yang kreatif. Ia juga diharapkan dapat menambah dan memperkembangkan lagi ensiklopedia ilmu Islam demi generasi akan datang. Team penyelidik berharap agar kajian ini dapat diaplikasikan sebagai ilmu yang boleh diterima dari segi syara‟, yang boleh diamalkan dan seterusnya memberi manfaat kebaikan untuk umat manusia. Penyelidik cuba memberikan yang terbaik dan apa yang diharapkan di dalam kajian ini ialah sumbangan ilmiah yang dapat dimanfaatkan dan kritikan yang membina.
3rd ISME International Colloquium 2016
379
Akhirul kalam, kepentingan tulisan jawi dan seni khat wajib dipertahankan dan diperkasakan walau dengan apa cara sekalipun kerana ia adalah warisan negara kita dan bukti betapa Islam itu sebenarnya telah bertapak sekian lama di negara kita. Jangan kita terlalu mengalah kepada tuntutan arus kemodenan tanpa menyedari bahawa khazanah budaya bangsa telah pupus. Selagi kita tidak sayang dan pertahankan budaya warisan, selagi itulah terlerai satu demi satu khazanah bangsa termasuklah tulisan khat/Jawi. Apakah kita masih punya harapan untuk memakmurkan semula tulisan Jawi dan kaligrafi atau dibiarkan terus berkubur? Jawapannya di tangan kita semua. Wallahu A‟alam bis sawab.
RUJUKAN
[1]. Abd. Ghani Samsuddin, Ishak Sulaiman & Engku Ismail Ibrahim. (2001) Seni Dalam Islam, Petaling Jaya : Intel Multimedia & Publication (pp.3)
[2]. Ahmad Sabri, (2000). Tarikh Khat Arabiya, Kaherah, Mesir: Dar al-Fadilah Publication
[3]. Akmariah Mamat & Sofiah Ismail, “Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru Pemulihan Jawi Di Malaysia”, Universiti Kebangsaan Malaysia, Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010.
[4]. Al-Faruqi, R. (1999) Atlas Budaya Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (pp. 172)
[5]. Al-Ghazali. (1997) Penyelamat dari Kesesatan, terjemahan Abd. Fatah Haron, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia (pp.27-28)
[6]. Al-Qur‟an, surah Al-Alaq: ayat 1-5, Tafsir Qur‟an Pimpinan Ar-Rahman Pengertian Al-Qur‟an 30 Juzu‟, Sheikh Abdullah b. Muhammad Basmeih 16th Edition, Darul Fakar Publishing 2000.
[7]. Amat Juhari Moain, (1996) Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi (Siri monograf sejarah Bahasa Melayu), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
[8]. Burckhardt, Ibrahim Titus, William Stoddart (editor) and Seyyed Hossein Nasr, The Essential Titus Burckhardt: Reflection on Sacred Art, Faiths and Civilizations (The Perennial Philosophy), World Wisdom Book Ltd.
[9]. Burckhardt, Ibrahim Titus. (1976) Art of Islam: Language and Meaning, London, World of Islam Festival Trust Publishing Co. Ltd. Hashim Al- Baghdadi (2007). Fan Al-Khat Al-Arabiyya, Kaherah, Mesir: Dar alFadilah
380 3rd ISME International Colloquium 2016
Publication
[10]. http://azlinaabdaziz.blogspot.my/2014/01/pengenalan-seni-kreatif-dankraftangan.html
[11]. Ismail & Lois Lamya al-Faruqi, (2000). The Cultural Atlas of Islam, New York: Macmillan Publishing Company.
[12]. Makmur Harun & Buchari Katutu, „PENGAJARAN SENI KHAT DAN TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN ISLAM: Peluang, Cabaran dan Harapan‟, Fakulti Bahasa dan Komunikasi ,UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) PERAK DARUL RIDZUAN, 2015
[13]. Martin Lings and Yassin Hamid Safadi. (1976) The Qur‟an, The World of Islam Publishing Co. Ltd., London. (pp.13)
[14]. Mohamad Saheh Mokhtar, pers. comm. , Sesi Perbincangan Kuliah KMU 131 Projek Seni Khat( Masyru‟ Al-Kalam ), Kolej Restu, Selangor, 2003.
[15]. Othman Mohd Yatim. (1989) Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
[16]. Pers.discussion “Buku Latihan Seni Kaligrafi Islam” unpublished exercise book, AJ Yaacob, AR Awang, MF Sulaiman, MY Misdi, FSSR, Universiti Teknologi MARA,Shah Alam Selangor, 2011
[17]. Prof. Dr. Hamka (Haji Abd. Malik Abd. Karim Amrullah). (1984) Tafsir Al-Azhar, Yayasan Latimojong, Surabaya, Indonesia, Tafsir surah Asy-Syua‟ara ayat 224-227.
[18]. Ust. Mohammed Yusof Abu Bakar, pers. comm., Perbincangan sesi kuliah KUR 112 : Teori dan Amali Penulisan Al-Khat Al-Ruqa‟ah & Artikel Perkembangan Seni Khat dan Islam, Petaling Jaya, Selangor, 2003.
[19]. Zakaria Awang, Artikel Jiwa Seni Islam, Jabatan Seni Halus, Universiti Teknologi MARA,Shah Alam Selangor, 2001