• Tidak ada hasil yang ditemukan

KLINIK PEDAGOGI: SATU MEKANISMA SOKONGAN PENINGKATAN KUALITI PEDAGOGI GURU-GURU DALAM PdP DI SEKOLAH-SEKOLAH BAND 5 DAERAH KULAI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KLINIK PEDAGOGI: SATU MEKANISMA SOKONGAN PENINGKATAN KUALITI PEDAGOGI GURU-GURU DALAM PdP DI SEKOLAH-SEKOLAH BAND 5 DAERAH KULAI"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

KLINIK PEDAGOGI: SATU MEKANISMA SOKONGAN PENINGKATAN KUALITI PEDAGOGI GURU-GURU DALAM PdP DI SEKOLAH-SEKOLAH BAND 5 DAERAH

KULAI

Hairunnisak Binti Alimun, Julia BInti Abdul Muttalip, Zaidah Binti Yusof, Herryan Syah Bin Tupan@Surian & Mohd Khairulnisa Bin Nashuri

SISC+ PPD KULAI, JOHOR

Abstrak

Kekurangan platform untuk meningkatkan pengetahuan pedagogi PAK21 dan medan perbincangan ilmiah dalam kalangan guru di sesebuah sekolah merupakan masalah yang perlu di atasi. Memandangkan bilangan guru dibimbing SISC+ yang hanya sepuluh peratus di setiap sekolah, ia menjadi faktor kekangan bagi guru-guru lain mendapatkan bimbingan. Oleh itu, satu penyelesaian klinikal iaitu Klinik Pedagogi SISC+ dilihat sebagai langkah yang boleh membuka ruang dan peluang mengatasi masalah ini. Klinik pedagogi ini merupakan satu sokongan yang diberikan oleh kumpulan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) kepada sekolah-sekolah Band 5 yang dibimbing dalam daerah Kulai. Inisiatif ini adalah selari dengan Program Transformasi Daerah yang pertama iaitu pengupayaan negeri dan daerah yang mana salah satu dari sepuluh tugas Pejabat Pendidikan Daerah ialah memberikan sokongan bimbingan dan pementoran kepada sekolah dari segi kemahiran pedagogi dan pengurusan sekolah. Selain dari bimbingan dan pementoran khusus kepada guru-guru yang dibimbing, usaha ini adalah bertujuan meningkatkan hubungan positif di antara SISC+ dengan sekolah-sekolah yang dibimbing selain membantu pihak sekolah-sekolah memperkasa PdPc guru menepati keperluan SKPMg2. Klinik Pedagogi ini menawarkan bimbingan pedagogi terbuka kepada semua guru, ketua panitia, barisan pemimpin pertengahan iaitu guru kanan mata pelajaran dan guru penolong kanan selagi mereka terlibat dalam melaksanakan PdP. Pembelajaran yang fleksibel daripada aspek masa dan kandungan merupakan antara kelebihan platform ini. Klinik Pedagogi menawarkan lebih daripada 50 item bimbingan yang boleh dipilih untuk dipelajari oleh semua guru untuk meningkatkan kompetensi mereka dalam beberapa aspek pedagogi, antaranya perancangan, pelbagai ide aktiviti pembelajaran, pengurusan bilik darjah, penilaian dan pentaksiran bilik darjah sehinggalah refleksi PdPc.

Kata kunci: Klinik Pedagogi, Bimbingan dan Pementoran, PAK 21, Pembangunan Guru

Pengenalan

Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches, SISC+) ialah perjawatan yang diwujudkan di Pejabat Pendidikan Daerah bagi menjayakan Program Transformasi Daerah dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Justeru, SISC+ merupakan antara tonggak barisan hadapan yang berperanan menerajui peningkatan standart dan prestasi sekolah yang berusaha menyokong peningkatan sistem seperti dalam Gelombang 2 pelaksanaan Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (2016-2020). Tugas utama SISC+ ialah membimbing guru dalam aspek pedagogi, kurikulum dan pentaksiran serta membantu meningkatkan pencapaian di sekolah berprestasi rendah iaitu sekolah-sekolah yang berada di Band 5,6 dan 7. SISC+ membantu guru menjadi pendidik berkemahiran tinggi serta berupaya meningkatkan kualiti penyampaian kurikulum. Dalam maksud lain, SISC+ merupakan satu sekumpulan pembimbing yang menyokong perubahan guru di sekolah untuk mejayakan transformasi pendidikan negara. Menurut Francesca Caena (2013) dalam bukunya ‘Supporting teacher competence for better learning outcomes’ menjelaskan untuk menjadi guru yang sepenuhnya efektif dalam pengajaran dan boleh berubah mengikut evolusi keperluan murid dalam dunia yang serba pantas dalam perubahan sosial, budaya, ekonomi dan teknologi, guru itu sendiri perlu mereflek kepada pembelajarannya sendiri dalam konteks persekitaran sekolahnya dengan mengambil rasa tanggungjawab yang tinggi kepada pembelajaran berterusan diri sendiri dengan cara meningkatkan dan membangunkan pengetahuan dan kemahirian diri sendiri.

(2)

Pernyataan Masalah

Pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang mengutamakan aspek kemenjadian murid telah menuntut semua guru memperbaiki pengetahuan dan amalan keguruan supaya seiring dengan perubahan dunia pendidikan. Oleh itu, guru perlu membuat anjakan bukan sahaja dari aspek kompetensi bahkan juga perubahan terhadap amalan pedagogi mereka. Guru-guru perlu merealisasikan 4KIN dalam PdP mereka iaitu pembelajaran berpusat murid yang menerapkan elemen koperatif, kolaboratif, komunikasi, pemikiran kreatif dan kritis serta penerapan nilai.

Bilangan GDB yang dibimbing oleh SISC+ di semua sekolah Band 5 daerah Kulai hanyalah sekitar sepuluh peratus sahaja daripada jumlah guru bagi setiap sekolah. Ini bermakna, secara purata, bilangan guru dibimbing SISC+ di setiap sekolah Band 5 adalah di antara sepuluh ke lima belas orang sahaja. Ini menunjukkan bahawa masih terdapat ramai guru yang perlu mendapatkan bimbingan SISC+ untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam aspek pedagogi, tetapi mereka tidak tersenarai sebagai GDB bagi tahun semasa. Selain itu, memandangkan bimbingan SISC+ adalah khusus bagi Guru Dibimbing (GDB), guru-guru bukan GDB menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat tentang strategi-strategi bagi melaksanakan PdP PAK21 di dalam kelas mereka. Guru-guru bukan GDB mempunyai kefahaman yang rendah selain skeptikal dengan aktiviti PAK21 kerana mereka menghadapi kekangan di segi kekurangan medan perkongsian ilmu.

Bagi mengatasi kekangan itu, SISC+ menawarkan satu penyelesaian secara klinikal melalui pelaksanaan Klinik Pedagogi SISC+ yang telah dilaksanakan di sekolah Band 5 mulai tahun 2018.

Objektif Pelaksanaan KLINIK PEDAGOGI SISC+

Klinik Pedagogi SISC+ adalah satu inisiatif SISC+ PPD Kulai khusus kepada sekolah –sekolah GDB. Usaha ini adalah selari dengan anjakan keenam dalam Program Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Sebagaimana yang digariskan dalam Program Transformasi Daerah (DTP), salah satu daripada sepuluh tugas Pejabat Pendidikan Daerah ialah memberikan sokongan bimbingan dan pementoran kepada sekolah dari segi kemahiran pedagogi dan pengurusan sekolah. Selain dari bimbingan dan pementoran khusus SISC+ kepada GDB, Klinik Pedagogi SISC+ membuka ruang dan peluang bimbingan pedagogi secara ‘one off’ kepada semua guru, ketua panitia, barisan pemimpin pertengahan iaitu guru kanan mata pelajaran dan guru penolong kanan sebagai usaha meningkatkan kemahiran mereka dalam melaksanakan PdP. Ini adalah kerana, barisan pemimpin pertengahan ini adalah kumpulan pemimpin yang memastikan kualiti PdP guru-guru di sekolah mencapai standart kualiti yang tinggi. Oleh itu, Klinik Pedagogi SISC+ merupakan satu mekanisma latihan yang menyediakan ruang perkongsian pengetahuan mengenai kemahiran abad ke 21 kepada guru bagi memastikan mereka berada di landasan yang betul dalam menghasilkan proses pembelajaran yang efisien. Menurut Mohd Azmi (2016), latihan yang diberikan kepada mana-mana individu dalam sesuatu organisasi dapat meningkatkan kecemerlangan fungsinya serta meningkatkan prestasi kerja individu tersebut.

Enam objektif Klinik Pedagogi SISC+ adalah :

1. Menyediakan medan perbincangan kepada kumpulan Bukan GDB untuk mendapatkan maklumat berkaitan pedagogi, kurikulum dan pentaksiran secara praktikal.

2. Memberikan ruang yang fleksibel kepada para guru untuk mempelajari kemahiran pedagogi secara praktikal.

(3)

4. Membantu guru-guru dalam aspek pedagogi selari dengan SKPMg2 dan anjakan ke 4 dalam PPPM 2013-2025.

5. Membina amalan baik perkongsian ilmu melalui Komuniti Pembelajaran Profesional, PLC. 6. Membantu pihak sekolah memanfaatkan keberadaan SISC+ semaksimumnya sebagai pasukan pembimbing guru-guru di sekolah.

Masa Bimbingan Di Klinik Pedagogi

Pergerakan SISC+ sebagai satu pasukan ke sekolah-sekolah yang dibimbing dirancang mengikut jadual yang telah disusun dalam Takwim Bimbingan SISC+. Masa yang diambil bagi menjalankan bimbingan di setiap sekolah bimbingan adalah selama semingu. Menurut buku pengurusan DTP 3.0, mulai 2017, SISC+ membimbing guru berdasarkan keperluan sekolah yang perlu dibimbing, merentasi mata pelajaran dan tahap sekolah, PPD diberi keluwesan bilangan guru dibimbing bagi setiap SISC+ berdasarkan keperluan tempatan dan berpandukan analisis data.dan bimbingan berfokus kepada sekolah berprestasi rendah dalam daerah. Agihan tugas harian bimbingan SISC+ seperti yang ditetapkan dalam Buku Pengurusan DTP 3.0 adalah seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1: Agihan Tugas harian SISC+

Berdasarkan rajah di atas, tugas SISC+ adalah 60% dalam membimbing GDB di sekolah band rendah dan 20% dalam melaksanakan latihan dan pembangunan profesionalisme berterusan dan komuniti pembelajaran profesional.

Secara amnya, bilangan guru dibimbing yang telah ditetapkan hanyalah sekitar sepuluh peratus bagi setiap sekolah dibimbing. Oleh itu, usaha serampang dua mata melalui Klinik Pedagogi SISC+ ini dilihat bertepatan dalam memenuhi tanggungjawab menjalankan PLC dan CPD bagi membantu guru-guru di sekolah bimbingan .Keutamaan akan diberikan khusus bagi bimbingan bersama-sama GDB. Oleh itu,jadual bimbingan GDB akan ditetapkan terlebih dahulu. Sesi pra bimbingan, bimbingan dalam bilik darjah serta pasca bimbingan diutamakan manakala bimbingan dalam Klinik Pedagogi SISC+ bagi bukan GDB dilaksanakan pada waktu yang terluang. Klinik Pedagogi SISC+ bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang setiap hari kecuali hari Ahad di sesebuah sekolah bimbingan. Guru bukan dibimbing bebas menetapkan masa untuk datang belajar di Klinik Pedagogi. Ruang pembelajaran fleksibel ini memberikan peluang kepada guru untuk mengatur masa sendiri untuk hadir ke Klinik

(4)

Langkah-langkah Pelaksanaan Klinik Pedagogi SISC+ i) Promosi Klinik Pedagogi SISC+

Sesi promosi memperkenalkan klinik pedagogi SISC+ bermula seiring dengan sesi bimbingan SISC+ kepada guru-guru dibimbing mulai Januari 2018. Penerangan mengenai Klinik Pedagogi SISC+ diberikan kepada barisan pentadbiran diikuti dengan slot penerangan kepada semua guru. Sesi selama satu jam dijalankan bagi menerangkan aspek bimbingan yang boleh mereka dapatkan apabila mereka berkunjung ke Klinik Pedagogi SISC+ ini. Promosi mengenai Klinik Pedagogi ini turut dijalankan di media sosial seperti ‘Facebook’ ,Blog, gegantung dan Risalah seperti di gambar 1 hingga 3. Kempen ini bertujuan mewara-warakan tentang Klinik Pedagogi SISC+ kepada guru-guru bukan GDB di sekolah dibimbing sebagai satu medan perkongsian ilmu. Cenderamata promosi turut diberikan kepada guru yang hadir mendapatkan bimbingan di klinik ini.

Gambar 1: Promosi Klinik Pedagogi melalui gegantung di pintu masuk Klinik Pedagogi

(5)

Gambar 3 : Promosi Klinik Pedagogi SISC+ PPD Kulai

ii) Langkah-langkah Bimbingan di Klinik Pedagogi SISC+ seperti di Rajah 2

Langkah -langkah proses bimbingan di Klinik Pedagogi SISC+ adalah seperti pada Rajah 2.

Rajah 2: Carta alir proses bimbingan di Klinik Pedagogi SISC

a) Log

Guru akan merekod kehadiran mereka di Log Kehadiran seperti di Gambar 4 serta menulis di bahagian L- Pertemuan Profesional di bahagian belakang buku Rekod Pengajaran Harian guru.

(6)

b) Direktori Klinik Pedagogi SISC+

Guru memilih daripada senarai dalam direktori seperti Gambar 5 perkara yang akan dipelajari. Terdapat lebih daripada 50 perkara yang boleh dipelajari dari Klinik Pedagogi SISC+ ini. Direktori ini bersifat dinamik. Senarai pilihan akan ditambah dari semasa ke semasa seiring dengan keperluan semasa dalam dunia pendidikan.

Gambar 5 : Sebahagian dari direktori Klinik Pedagogi SISC+ c) Toolkit Klinik Pedagogi SISC+

Toolkit ini dibangunkan khusus untuk Klinik Pedagogi SISC+ supaya terdapat keseragaman dalam bimbingan SISC+ kepada guru. Selain itu, toolkit ini juga menjadikan sesi perkongsian perkongsian bahan bimbingan kepada guru lebih mudah. Toolkit ini terdiri dari bahan bercetak, persembahan ‘power poin’t dan bahan-bantu belajar yang memudahkan proses pembelajaran guru. d) Sesi Bimbingan di Klinik Pedagogi SISC+

SISC+ akan memberikan penerangan, tunjuk cara dan demonstrasi jika perlu berdasarkan tajuk yang telah guru pilih daripada direktori untuk dipelajari. Sesi bimbingan di Klinik Pedagogi ini boleh secara satu kepada satu,berpasangan atau berkumpulan seperti di Gambar 6.

(7)

Gambar 6 : Sesi bimbingan Klinik Pedagogi SISC+ secara berpasangan, berkumpulan atau kelompok mengikut Panitia atau Sesi PdP

e) Soal Selidik Kepuasan Pelanggan Klinik Pedagogi

Selepas melalui sesi bimbingan di Klinik Pedagogi SISC+ PPD Kulai, guru-guru dikehendaki mengisi borang soal selidik kepuasan pelanggan supaya tindakan penambahbaikan dapat diambil segera jika diperlukan demi memperbaiki mutu perkhidmatan di Klinik Pedagogi SISC+ pada masa akan datang. Soal selidik di sertakan di Lampiran 1 sebagai rujukan.

Rumusan dan analisis aspek bimbingan dan soal selidik Klinik Pedagogi SISC+

Sejak Klinik Pedagogi SISC+ ini dilancarkan pada awal Januari 2018, sambutan daripada kalangan guru-guru bukan GDB di sekolah band 5 yang dibimbing amat menggalakkan.. Ramai guru telah hadir mendapatkan bimbingan dalam pelbagai aspek pedagogi, kurikulum dan pentaksiran. Analisis Diantara aspek bimbingan yang mendapat permintaan tinggi dari para guru adalah aspek penulisan RPH, pembelajaran terbeza, aktiviti pedagogi koperatif, kolaboratif, didik hibur, pentaksiran bilik darjah, penulisan objektif dan Taksonomi Bloom dan pentaksiran formatif menggunakan Pas Keluar. Memandangkan sambutan yang menggalakkan dan Klinik Pedagogi ini mendatangkan banyak manfaat kepada pembangunan profesionalisme dan kompetensi guru, maka klinik ini akan diteruskan sepenuhnya. Ini adalah selari dengan pandangan Olga Nessipbayeva (2013) yang mengatakan kompetensi guru pada abad ke 21 ini bukan sekadar cukup mempunyai pengetahuan dan kemahiran malahan sikap untuk memenuhi permintaan dunia pendidikan yang kompleks. Dalam erti kata lain, guru memerlukan penguasaan kompetensi yang luas dalam menghadapi cabaran hari ini yang semakin kompleks.

Diantara ulasan positif dari para guru ialah:

a) Klinik pedagogi menyediakan platform perbincangan secara bersemuka memudahkan guru bertanyakan soalan secara terus jika tidak faham.

b) Guru mendapat bimbingan tunjuk cara dalam melakukan sesuatu aktiviti koperatif dan kolaboratif atau didik hibur.

(8)

d) Barisan pentadbir dapat membuat keselarasan pemahaman mengenai aspek dalam SKPMg2 e) Guru sangat menantikan peluang belajar dalam masa yang luwes seperti ini

Rujukan

Francesca Caena, (2013),Supporting teacher competence for better learning outcomes. Brussels.European Commission Education and Training

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2017). Panduan Pengurusan DTP 3.0, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013), PelanPembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kuala Lumpur.

Olga Nessipbayeba, (2013). The competencies of modern teacher, Almaty, Kazakhstan. Mohd Azmi Mat Yusoff. (2016) Penilaian Program Latihan Dalam Perkhidmatan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS), Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim, (2017). IMPAK 21, Johor Johor Bahru,

Gambar

Gambar 2 : Promosi Klinik Pedagogi SISC+ PPD Kulai Melalui media Sosial
Gambar 3 : Promosi Klinik Pedagogi SISC+ PPD Kulai
Gambar  5 : Sebahagian dari direktori Klinik Pedagogi SISC+  c)    Toolkit Klinik Pedagogi SISC+
Gambar 6 : Sesi bimbingan Klinik Pedagogi SISC+  secara berpasangan, berkumpulan atau kelompok  mengikut Panitia atau Sesi PdP

Referensi

Dokumen terkait

Pada tahap ini manusia mulai mengadakan perombakan atas cara pikir lama, yang dianggapnya tidak lagi memenuhi keinginan manusia, untuk menemukan jawaban

a Tema/judul penelitian yang telah disetujui Ketua program studi dapat dilanjutkan kepada penulisan proposal penelitian untuk skripsi. Latar Belakang masalah. Bagian ini berisi

Pemeriksaan gugus fungsional dengan FTIR tidak mendeteksi adanya penambahan gugus fungsional baru pada semua dosis dan jenis bahan aktif, namun perubahan intensitas puncak

Linear Programming adalah suatu teknis matematika yang di rancang untuk membantu manajer dalam merencanakan dan membuat keputusan dalam mengalokasikan sumber daya

Kebutuhan akan alat komunikasi seperti telepon seluler (handphone) sendiri selalu mengalami peningkatan dari tahun ketahun terutama untuk jenis-jenis handphone

bahwa Rencana Tata Ruang Wilayah Kota Cimahi sebagaimana ditetapkan dalam Peraturan Daerah Kota Cimahi Nomor 32 Tahun 2003 tidak sesuai lagi dengan Undang-Undang Nomor 26 Tahun

Stewart, 2001]は開発中 医薬品を財務的に評価する際に実務上最もよく使われる手法である [MayerBrown, 2009] [Marcus Hartmann, 2006]。

Jadual 3 menunjukkan bahawa 60% responden Muslim tidak pasti bahawa konsep makanan halal juga terdapat dalam ajaran agama selain daripada Islam seperti Kristian, Hindu