• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendekatan program satu daerah satu industri (SDSI) dalam melestarikan keupayaan pelancongan desa: satu kajian dalam komuniti Orang Asli

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pendekatan program satu daerah satu industri (SDSI) dalam melestarikan keupayaan pelancongan desa: satu kajian dalam komuniti Orang Asli"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

39

Pendekatan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI)

dalam Melestarikan Keupayaan Pelancongan Desa:

Satu Kajian dalam Komuniti Orang Asli

Rohayu Roddin, Mohd Yusop Ab. Hadi, Yusmarwati Yusof,

Marina Ibrahim Mukhtar & Noor Sharipah Sultan Sidi ABSTRAK

Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan satu pemangkin kepada komuniti Orang Asli memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat luar sebagai tarikan pelancong.Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih golongan Orang Asli dari suku kaum Mah Meri, Kampung Sungai Bumbun sebagai kajian kes.Penglibatan dan pendedahan Komuniti Mah Meri dalam banyak program SDSI menunjukkan bahawa pelaksanaan dan penglibatan mereka dalam mengembangkan sektor pelancongan perlu dikaji secara mendalam agar kejayaan mereka dapat menjadi model kepada komuniti Orang Asli yang lain. Dalam kajian ini, pengkaji akan melihat proses kejayaan komuniti ini dalam pembinaan keupayaan melibatkan faktor dalaman dan luaran bagi mengembangkan sumber ekonomi demi generasi sekarang dan juga generasi akan datang. Pengkaji juga akan melihat penerapan konsep lestari yang diamalkan dalam komuniti ini menerusi perusahaan yang dijalankan dalam mengekalkan sektor pelancongan desa.

Katakunci: Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Orang Asli, Kejayaan

PENGENALAN

Program SDSI adalah berkonsepkan pembangunan satu atau lebih produk atau perkhidmatan beridentiti satu daerah yang berorientasikan model perniagaan yang lebih berdaya tahan dan berdaya maju serta mempunyai rantaian nilai tambah yang tinggi bagi menjamin pendapatan berterusan. Fokus program ini adalah mewujudkan industri huluan dan hiliran berasaskan kepada keupayaan dan kemahiran komuniti dengan penggunaan sumber bahan tempatan, kreativiti, inovasi budaya dan tradisi tempatan. Melalui program SDSI ini, ianya mampu untuk menghasilkan satu tarikan yang unik bagi pelancongan desa (KKLW, 2006).

Kekuatan sektor pelancongan dilihat mempunyai prospek yang baik terhadap pengembangan ekonomi kepada komuniti Orang Asli.Pelancongan mula diiktiraf oleh dunia sebagai salah satu sektor yang pesat membangun.Ia menyumbang kepada pembangunan ekonomi, budaya, sosial dan juga kesefahaman politik. Pelancongaan dikatakan mampu menjadi alat yang merapatkan hubungan antara pelbagai budaya di dunia selain meningkatkan pengetahuan dalam kalangan penduduk setempat dan juga pelancong.Meskipun sebagai sebuah negara yang baru sahaja meneroka bidang ini berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia, Malaysia kini telah

(2)

Pelancongan luar bandar ataupun pelancongan kampong atau desa adalah contoh baik yang dapat memaksimumkan penglibatan penduduk. Penglibatan mereka telah lama menjadi keutamaan dalam proses pembangunan pelancongan di negara-negara maju (Shaw dan Williams, 1995). Penglibatan penduduk tempatan dalam industri pelancongan kampung secara tidak langsung akan dapat mengawal migrasi penduduk kampung ke bandar, selain daripada menarik minat penduduk bandar ke kampung-kampung untuk mencuba pengalaman melancong di kawasan luar bandar. Pelancongan luar bandar sering dibangunkan pada skala yang kecil, dimiliki oleh penduduk setempat dan menawarkan produk tempatan atau aktiviti yang berasaskan kepada komponen-komponen pemuliharaan yang kukuh (Badaruddin, 2008).Ini bersesuaian dengan penyertaan komuniti Orang Asli dalam SDSI dimana kebanyakan komuniti Orang Asli yang dibelenggu masalah kemiskinan mampu untuk menyertai program ini.Justeru itu, kajian ini adalah penting untuk merangka satu kerangka pelaksanaan yang berkesan bagi melestarikan keupayaan Pelancongan Desa dan seterusnya memberikan keuntungan kepada banyak pihak iaitu komuniti Orang Asli, penduduk tempatan dan negara dimana jaringan kerjasama terus diwujudkan.

PERMASALAHAN KAJIAN

Masyarakat Orang Asli merupakan kaum minoriti penduduk Malaysia dan merupakan satu-satunya komuniti peribumi yang terdapat di Semenanjung Malaysia (Ma’ Rof Redzuan, 2010). Mengikut bancian tahun 2010 bilangan Orang Asli ialah 178,197 orang. Kedudukan Sosioekonomi sebahagian besar masyarakat Orang Asli masih tertinggal dalam pelbagai bidang, berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Dari segi taburan penempatan masyarakat Orang Asli 38% di kawasan pendalaman, 61% di kawasan pinggir dan 1% di kawasan bandar.Mereka terdiri daripada tiga suku bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Tiap-tiap tiga suku bangsa ini pula dipecahkan kepada enam suku kaum yang mana mereka bertutur dalam pelbagai bahasa selain daripada dialek Melayu tempatan(JAKOA, 2011).

Selain itu, masyarakat Orang Asli sememangnya kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian. Kehidupan mereka penuh dengan mistik dan kepercayaan kepada alam sekeliling. Seni ukiran kayu di antara aktiviti seni yang masih dipelihara sehingga kini. Seni ukiran kayu merupakan satu aktiviti untuk mengisi masa lapang dan turut digunakan semasa upacara ritual. Daripada 18 suku kaum masyarakat Orang Asli yang terdapat di negara ini, hanya suku kaum Mah Meri dan Jah Hut yang mendominasikan seni ukiran kayu khususnya ukiran patung dan topeng. Kebiasaannya rupa bentuk ukiran patung dan topeng yang hendak dihasilkan adalah dari ilham melalui mimpi atau gambaran cerita dari nenek moyang mereka yang berasaskan daripada mitos yang dipercayai pernah wujud suatu masa dahulu (Norasmah & Husnorhafiza, 2011).

Kemunduran dan kemiskinan dikenalpasti sebagai cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan dalam usaha membangunkan komuniti Orang Asli secara berkesan.Kemiskinan di kalangan Orang Asli dikatakan turut memberi sumbangan besar kepada data kemiskinan negara secara umumnya. Permasalahan ini bukan sahaja membantutkan proses pembangunan masyarakat Orang Asli, malah turut menjadi halangan kepada usaha penyepaduan kelompokOrang Asli dengan arus kemajuan nasional sebagaimana yang dikecapi kaum lain.Orang Asli dikenali sebagai masyarakat yang bergantung hidup kepada hutan dan persekitaran luar bandar dengan menjalani

(3)

ekonomi berkenaan tidak berdaya maju dan rata-rata Orang Asli adalah miskin.Sumber ekonomi seperti ini juga tidak menjamin pekerjaan dan pulangan pendapatan yang tetap dan stabil kepada mereka kerana harga pasaran yang rendah atau ditipu oleh pihak tengah yang mengawal harga barangan yang dijual (JAKOA, 2011; Khairul Hisyam & Ibrahim, 2007; Ramlee, 2008).

Tahap insiden kemiskinan yang tinggi ini banyak berkait rapat dengan jenis pekerjaan, masalah status milikan tanah dan tahap pendidikan yang rendah dalam kalangan komuniti Orang Asli.Pergantungan yang tinggi dalam sektor pertanian sara diri atau tradisional dan sumber asli yang informal merupakan punca utama komuniti Orang Asliini berada di bawah paras kemiskinan (Suki Mee, 2005).

Selain masalah kemiskinan, perubahan sikap dan cara berfikir masyarakat Orang Asli ialah cabaran terbesar yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam usaha membangunkan komunitiOrang Asli. Sejak dahulu lagi, pelbagai pihak melabelkan Orang Asli sebagai masyarakat yang terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan, rendah diri, pemalu, kurang keyakinan diri, tidak menghayati budaya kerja yang produktif dan berdaya tahan rendah dalam menghadapi cabaran dan persaingan dari luar. keadaan ini dikaitkan dengan ciri-ciri peribadi yang merupakan salah satu punca yang dikaitkan dengan kemunduran masyarakat Orang Asli. Mereka mudah merasa selesa dengan hasil yang diperolehi tanpa memikirkan masa depan (Khairul Hisyam & Ibrahim, 2007; Mustaffa, 2008).

Manakala, pekerjaan tradisi misalnya masuk hutan dan memburu, sudah tidak lagi diminati oleh golongan muda kerana hasil dan pendapatan daripada jualan sumber hutan adalah tidak tetap serta dianggap tidak setimpal dengan penat lelah mereka. Akibat desakan hidup, golongan belia gemar berhijrah ke bandar atau berulang-alik bekerja di pekan berdekatan. Walaubagaimanapun penghijrahan belia Orang Asli tidak mampu menjadikan kehidupan mereka lebih baik kerana kebanyakkan mereka hanya terlibat dengan pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang rendah, misalnya buruh binaan, pekerja kontrak di ladang, pembantu restoran dan tukang kebun. Ketiadaan ilmu pengetahuan serta kelayakan pendidikan yang baik menjadi punca belia Orang Asli gagal memperoleh pekerjaan yang baik.Mereka juga turut ditipu oleh orang tengah disebab oleh masalah buta huruf dan ketiadaan ilmu berkaitan dengan pemasaran terutama bagi golongan dewasa.(Khairul Hisyam & Ibrahim, 2007).

Pelancongan banyak membawa kesan positif terutama kepada komuniti miskin dan pembangunan pelancongan tidak perlu modal yang besar dengan cukup mengembangkan potensi yang ada dalam komuniti tersebut. Telah banyak bukti menunjukkan bahawa penglibatan komuniti dalam sektor pelancongan banyak memberi faedah kepada komuniti tersebut. Namun terdapat permasalahan yang perlu difikirkan di mana kejayaan mereka dalam industri ini tidak dipantau yang menyebabkan faedah sebenar mereka tidak dapat diukur. Terlalu sedikit kajian yang dilakukan untuk mengetahui sumbangannya terhadap pemuliharaan mata pencarian komuniti tempatan (Goodwin & Santilli, 2009). Justeru, melalui kajian ini diharapkan ianya mampu diterjemahkan di mana bagaimana SDSI memainkan peranan dalam melestarikan sektor pelancongan desa.

Dalam kajian-kajian lampau, seringkali dislogankan bahawa aktiviti pembangunan yang baru seperti sektor pelancongan misalnya bakal memberikan impak yang besar, sekaligus membawa perubahan ke atas sosioekonomi dan fizikal komuniti tempatan, terutama di negara-negara dunia ketiga.Dalam usaha menjayakan program pembangunan yang dirancang, komuniti tempatan

(4)

memainkan peranan sebagai penyokong ke arah memakmur dan memajukan industri melalui pengintergrasian yang positif. Dalam konteks pembangunan sektor yang baru, penyertaan penduduk amat perlu, bukan sahaja sebagai tenaga kerja yang bakal memberikan pulangan ekonomi dalam sektor ini, malah juga kepada sektor pelengkap yang lain. Kesediaan komuniti tempatan merupakan satu sokongan moral terhadap pembangunan sektor baru yang secara langsung mencerminkan kesudian mereka untuk melibatkan diri melalui proses transformasi sosial dan juga ekonomi (Yahaya, 2009). Namun begitu, mengikut model kitaran hidup, pelancongan akan mengalami satu putaran yang mana ianya akan menjadi tepu dan menurun pada satu tahap. Oleh sebab itu, kajian ini adalah penting untuk SDSI memainkan peranan sebagai pemangkin untuk kelestarian industri pelancongan desa. Dalam kitaran hidup semuaproduk, termasukpelanconganakanmengalamikitaraniaitupertumbuhan, kematangan, penepuandan akhirnya penurunanjikatidakadatindakanyang diambiluntukmengatasinya. Keadaan inimemerlukanbeberapabentukinovasiataupelaburanlainyang boleh membantupemulihan sesuatuproduk tersebut (Holloway J. C., 2006). Oleh itu SDSI perlu dilaksanakan secara berkesan sebagai tarikan pelancongan desa bagi membantu komuniti orang asli menjana pendapatan secara berterusan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang ingin dicapai ialah:

1) Mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan SDSI dalam komuniti Orang Asli Mah Meri.

2) Menilai keberkesanan program SDSI menyokong keupayaan industri Pelancongan Desa dalam kalangan komuniti Orang Asli Mah Meri.

3) Mencadangkan kerangka pelaksanaan SDSI dalam kalangan komuniti Orang Asli di Malaysia bagi melestarikan keupayaan Pelancongan Desa.

KERANGKA KONSEP KAJIAN

Berdasarkan Rajah 1, kajian ini akandilakukan mengikut model kitaran hayat di mana proses penglibatan komuniti Mah Meri dalam SDSI akan dibahagikan kepada beberapa fasa bermula diperingkat awal penyertaan sehingga mereka berjaya. Selain itu, faktor- faktor kejayaan mereka meliputi faktor dalaman dan faktor luaran akan dikaji bagi mengetahui keberkesanan SDSI dalam mengembangkan sektor pelancongan di kawasan mereka. Melalui dapatan kajian, satu kerangka pelaksanaan SDSI akan dihasilkan dalam usaha untuk melestarikan keupayaan pelancongan desa.

KOMUNITI MAH MERI DAN ‘SDSI’ SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN

Orang Asli Mah Meri merupakan golongan Orang Asli yang berjaya melahirkan produk suku kaum sendiri di Malaysia. Terdapat seramai 13 peserta Orang Asli Mah Meri dalam pengeluaran produk berasaskan kraftangan yang mempunyai identiti etnik menjadi peserta dalam program SDSI. Ianya di bawah agensi pelaksana Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Pusat kraftangan ini terletak di kampung Sungai Bumbum, Pulau Carey, Daerah Kuala Langat, Selangor (KKLW).

(5)

        MODEL KITARAN HAYAT MELESTRIKAN PELANCONGAN DESA   KEBERKESANAN PROGRAM SDSI   PROSES KEJAYAAN Faktor  dalaman

 

Faktor  luaran   KERANGKA PELAKSANAAN SATU DAERAH SATUINDUSTRI (SDSI)    

Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian

Penempatan Orang Asli Mah Meri di kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey terkenal sebagai pusat tumpuan pelancong kerana menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan suku kaum serta mengeluarkan pelbagai produk bermutu hasil kerja tangan penduduk. Malah produk yang dihasilkan mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kerana keunikannya. Seperti kata Maznah Anak Unyan, seorang pengusaha kraf:

“Setiap hari Kampung Sungai Bumbun tidak pernah sunyi dan sentiasa dikunjungi pelancong dalam dan luar Negara.Ia juga diletakkan sebagai antara pusat pelancongan yang wajar dilawati.”

(Jami’ah, 2009)

Selain itu, mereka banyak terdedah dalam pelbagai penyertaan di peringkat tempatan dan juga antarabangsa seperti berikut:

i) Terlibat dalam karnival - karnival yang dianjurkan oleh pihak Jabatan / Swasta

ii) Seminar Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Antarabangsa di Nusa Dua, Bali, Indonesia 2009 iii) Shanghai China, Tourism di bawah Perbadanan Kraftangan (Shanghai World Expo 2010) iv) Paris – Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian & Kebudayaan

v) UNESCO 2005

vi) Amerika Syarikat 2010 ( KPDNKK )

vii) Hari Kraf Kebangsaan (HKK 9 di Komplek Kraf tahun 2011) viii) Karnival Orang Asli Tahun 2011 di Muzium Negara

ix) Himpunan Sejuta Belia Tahun 2011 di Putrajaya

(Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor, 2011) Daripada data pelancong yang datang ke Perkampungan Budaya ini menunjukkan satu jumlah yang memberansangkan di mana bermula pada Februari 2012 menunjukkan ada peningkatan. Boleh dikatakan setiap hari ada pelawat yang datang ke kampung ini.Data kedatangan pelancong dapat dirujuk melalui jadual di bawah.

(6)

Jadual 1: Jumlah Pelancong yang Datang ke Perkampungan Budaya Orang Asli Mah Meri

Bulan Jumlah Februari 2012 39 Mac 2012 217 April 2012 356 Mei 2012 121 24 Jun 2012 327 Jumlah 1060

Sumber: Buku Pelawat Perkambungan Budaya

Manakala data pelancong melalui buku pelawat yang disediakan oleh seorang pengukir dibengkelnya iaitu bermula dari Januari 2009 hingga Mei 2012 dapat dirujuk melalui Jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Jumlah Pelancong Yang Datang Ke Bengkel Ukiran Pengukir

Tahun Pelancong Tempatan Pelancong Antarabangsa Jumlah

2009 67 33 100

2010 81 16 97

2011 32 19 51

2012 11 12 23

Jumlah 191 80 271

Sumber: Buku pelawat Samri a/l Abdul Rahman

Data pelancong yang diperolehi menunjukkan bahawa jumlah pelancong yang datang ke bengkel ukiran sentiasa ada yang terdiri daripada dalam dan luar negara.Namun begitu data yang diperolehi dari buku pelawat ini tidak dapat menggambarkan jumlah sebenar pelancong yang datang ke penempatan komuniti ini.Namun begitu, inisiatif yang ditunjukkan oleh komuniti ini dengan menyediakan buku pelawat menunjukkan mereka sudah menuju kearah satu perancangan dan pengurusan yang baik sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong.

FAKTOR KEJAYAAN

Bagi menentukan kejayaan untuk golongan miskin ianya bergantung kepada beberapa faktor yang telah dikenalpasti sebagai kunci untuk menentukan sama ada golongan miskin berupaya atau tidak mengambil peluang daripada faedah sumber pendapatan yang ditawarkan oleh pelancongan (Renard, April 2001).

i) Kejayaan bergantung kepada persoalan di mana anda berada. ii) Kejayaan bergantung kepada persoalan siapa anda.

iii) Kejayaan bergantung kepada persoalan apa yang anda ada. iv) Kejayaan bergantung kepada persoalan apa yang anda tahu.

Dalam pelancongan berasaskan komuniti, komuniti tersebut dianggap berjaya apabila memenuhi kriteria-kriteria berikut:

(7)

ii) Faedah kolektif dengan menghasilkan aset untuk komuniti seperti jalan, sekolah, klinik dan lain-lain.

iii) Faedah komuniti dengan mengagihkan perolehan kepada setiap isi rumah dalam komuniti. iv) Inisiatif terhadap pemuliharaan oleh komuniti.

v) Bekerjasama dengan komuniti dengan mengumpul pendapatan termasuklah pengurusan. vi) Mempunyai perusahaan yang diurus oleh komuniti sendiri.

vii) Perusahaan sektor swasta yang menyumbang kepada faedah komuniti.

viii) Membangunkan jaringan produk untuk pemasaran pelancongan di kawasan penempatan. ix) Memperluaskan perusahaan komuniti.

x) Membangunkan sektor swasta yang dimiliki oleh komuniti sendiri.

(Goodwin & Santilli, 2009) Menurut Butler dan Hinch (2007), melalui buku yang bertajuk Tourism And Indigenous People

merumuskan bahawa kejayaan pelancongan asli adalah bergantung kepada: i) Pendedahan/kelemahan

ii) Pendidikan dan latihan iii) Jaringan/Rantaian iv) Imej

v) Pemilikan dan kawalan vi) Perhubungan

Faktor Dalaman dan Faktor Luaran

Faktor dalaman dan faktor luaran merupakan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi seseorang berjaya sama ada dalam bidang perniagaan, perkhidmatan, pengurusan dan lain-lain. Faktor dalaman boleh juga dikenali dengan faktor individu dan faktor luaran boleh juga disama ertikan dengan faktor persekitaran.

Menurut Nor Aishah (2002) menyatakan bahawa dalam membangunkan seseorang usahawan beberapa elemen dalam rangka kerja model pembangunan usahawan diperlukan merujuk kepada Jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Elemen Dalam Rangka Kerja Model Pembangunan Usahawan

Persekitaran – Keperluan undang-undang – Infrastruktur – Perkhidmatan sokongan – Budaya sosial – Penawaran buruh – Sumber – Populasi Organisasi – kepimpinan – objektif – rangkaian – sokongan nasihat Individu – kemahiran – latihan – pendidikan – motivasi – pengalaman – kepuasan kerja Proses

– keluaran barang atau perkhidmatan

– keputusan benar atau salah – keuntungan

(8)

Ketiga-tiga eleman individu, persekitaran dan organisasi saling berinteraksi dalam proses pembangunan usahawan. Individu-individu yang dilengkapkan dengan kemahiran intrinsik, kebolehan dan keinginan akan berinteraksi atau bertindak dengan persekitaran untuk mengenalpasti peluang dan seterusnya menubuhkan organisasi untuk mengeksploitasi ceburan tersebut. Persekitaran adalah penting bagi usahawan sebab ia merupakan asas bagi peluang dan proses itu wujud kesan gabungan usaha dan sumber.

Faktor luaran adalah penting menentukan kejayaan dalam sistem pelancongan. Faktor luaran tersebut dapat dirujuk melalui Rajah 2 di bawah. Melalui rajah ini, Gunn menyatakan bahawa sumberjaya asli, sumberjaya kebudayaan, keusahawanan, kewangan, pekerja, persaingan, komuniti, polisi kerajaan dan kepimpinan organisasi adalah penting kerana ianya saling diperlukan dalam membentuk sistem pelancongan yang berjaya.

  KEWANGAN          BURUH     KEPIMPINAN             KEUSAHAWANAN   ORGANISASI     SUMBERJAYA               KEBUDAYAAN                  KOMUNITI      

     SUMBERJAYA            POLISI  KERAJAAN      PERSAINGAN  

     SEMULAJADI      

SISTEM   PELANCONGAN  

BERFUNGSI  

Rajah 2: Faktor Luaran Yang Mempengaruhi Pembangunan Dan Kejayaan Dalam Sistem Pelancongan

Sumber: Gunn (1988)

Dalam kajian ini, elemen-elemen yang dikaji melibatkan faktor dalaman dan juga faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan komuniti Mah Meri.Ini kerana faktor-faktor tersebut merupakan satu dorongan untuk seseorang itu berjaya.Pengkaji telah memilih faktor dalaman dan luaran yang telah dikaji oleh Nor Aishah (2006) dan Gunn (1988). Justifikasi pemilihan faktor-foktor ini adalah kerana ia mempunyai kaitan yang jelas dengan aspek kajian dalam pembinaan keupayaan komuniti Mah Meri dalam program SDSI. Justeru, pemilihan faktor ini mempunyai kekuatan dalam melahirkan individu yang berjaya dan seterusnya membentuk komuniti yang berjaya.

RUMUSAN

Melalui kajian ini pengkaji akan melihat proses kejayaan Komuniti Mah Meri berdasar model kitaran hayat sebagai panduan kepada pengkaji dalam menentukan proses kejayaan kaum ini. Ianya akan diperhalusi melibatkan faktor dalaman dan juga faktor luaran yang boleh mempengaruhi kejayaan komuniti ini. Di harapkan melalui kajian ini, penghasilan kerangka pelaksanaan SDSI mampu menjadi satu rujukan kepada komuniti asli yang lain untuk turut serta dalam program ini dan menjadikannya sebagai salah satu tarikan pelancongan.

(9)

PENGHARGAAN

Pengkaji mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (PPI) kerana membiayai kos penyelidikan ini dan juga memberi kebenaran dan kelulusan pembentangan kajian ini. Tidak lupa juga, kepada sektor swasta, kerajaan dan komuniti Mah Meri yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyalurkan maklumat kajian ini.

RUJUKAN

Badaruddin Mohamed. (2008). Pelancongan Lestari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badaruddin Mohamed,& Nikmatul Adha Nordin. (2007). Perancangan Pelancongan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Butler, Richard, & Hinch, Tom. (2007). Coclusions: Key Themes and Issues in Indigenous Tourism. In Richard Butler & Tom Hinch (Eds.), Tourism and Indigenous Peoples: Issues and Implications (pp. 322-331). UK: Butterworth-Heinemann.

Goodwin, Harold, & Santilli, Rosa. (2009). Community-Based Tourism: a success? (pp. 1-37). Holloway, J. C. (2006). The Business of Tourism.Seventh Edition.Prentice Hall Financial Times.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor.(2011). Maklumat Kaji Selidik Satu Daerah Satu Industri

(SDSI).Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor.

JAKOA. (2011b). Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli: 2011-2015. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Jami’ah Sukri.(2009, 10 Ogos 2009).Kraftangan Orang Asli, Berita Harian p. 16.

Kerajaan Malaysia (2006).Garis Panduan Pelaksanaan Program Satu Daerah Satu Industri-Industri desa. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilaysia.

Khairul Hisyam Kamarudin, & Ibrahim Ngah. (2007). Pembangunan Mapan Orang Asli. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Ma’ Rof Redzuan. (2010). Pembangunan dan Kemunduran Komuniti Peribumi: Kes Kemiskinan dalam Komuniti Orang Asli. In Laily Paim & Sharifah Azizah Haron (Eds.), Kemiskinan di Malaysia; Isu

Fundamental & Paparan Realiti (pp. 102-103). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mustaffa Omar. (2008). Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Masyarakat Orang Asli: Pencapaian dan Cabaran. In Ma’rof Redzuan & Sarjit S. Gill (Eds.), Orang Asli; Isu, Transformasi dan Cabaran (pp. 189-190). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Norasmah Hj. Othman, & Husnorhafiza Hussin. (2011). Cabaran dan Kelestarian Hidup Masyarakat Orang Asli dalam Kerjaya Keusahawanan. In Norasmah Hj. Othman, Halimatun Harun & Radin Siti Aishah Radin A Rahman (Eds.), Keusahawanan Pemangkin Kecemerlangan Negara dan Kelestarian

Hidup (pp. 213-232). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Aishah Buang.(2002). Asas Keusahawanan. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Gunn, Claire A. (1988). Tourism Planning (second ed.). New York: Taylor & Francis.

Ramlee Abdullah. (2008). Orang Asli dalam Arus Pembangunan Nasional di Terengganu. In Ma’rof Redzuan & Sarjit S. Gill (Eds.), Orang Asli; Isu, Transformasi dan Cabaran (pp. 46). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Renard, Yves. (April 2001). Practical strategies for pro-poor tourism: a case study of the St. Lucia Heritage Tourism Programme (UK Department for International Development (DFID), Trans.): CRT, IIED and ODI.

(10)

Shaw, Gareth, & Williams, Allan M. (1995).Critical Issues in Tourism : A Geographical Perspective. Oxford: Blackwell Publisher Ltd.

Suki Mee. (2005). Pembangunan Kaum Minoriti Orang Asli Malaysia; Peranan Juru Rancang Bandar. Paper presented at the Seminar Kebangsaan Perancang Bandar dan Wilayah Ke-23.

Yahaya Ibrahim. (2009). Komuniti, Pembangunan dan Transformasi. In Yahaya Ibrahim (Ed.), Komuniti

Pembangunan dan Transformasi (pp. 21-22). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rohayu Roddin

University Tun Hussein Onn Malaysia (MALAYSIA) rohayu@uthm.edu.my

Mohd Yusop Ab. Hadi

University Tun Hussein Onn Malaysia (MALAYSIA)

yusop@uthm.edu.my

Yusmarwati Yusof

University Tun Hussein Onn Malaysia (MALAYSIA) marwati@uthm.edu.my

Marina Ibrahim Mukhtar

University Tun Hussein Onn Malaysia (MALAYSIA) marina@uthm.edu.my

Noor Sharipah Sultan Sidi

Universtiti Teknologi Malaysia (MALAYSIA) noorsharipah@utm.my

Sumber Pembiayaan:

Exploratory Research Grant Scheme (ERGS) Jabatan Pengajian Tinggi

Referensi

Dokumen terkait

2.2 Gaji Pegawai Tidak Tetap 1.4 Kegiatan Pembelajaran dan Ektra Kulikuler Siswa.. 2.3 Belanja Barang dan Jasa 1.5 Langganan Daya dan

thypoid sebesar 49 responden (89,1%) dan responden dengan tidak mengalami demam thypoid sebesar 6 responden (10,9%), dari 33 responden yang mempunyai kebiasaan makan tidak

Tässä luvussa tarkastellaan opiskelijalle asetettuja lukujonojen opetuksen tavoittei- ta lukion opetussuunnitelmassa, tutkimukseen valituissa lukion matematiikan kurs- sien 9 ja

1) Bapak Ir.H. selaku Dekan Fakultas Teknik Universitas Muhammadiyah Surakarta. selaku Ketua Program Studi Teknik Sipil Universitas Muhammadiyah Surakarta. selaku Pembimbing

berupa cairan yaitu Phenyl Ethyl Alkohol, Ethylen Oxide, Benzene, Toluene dan air dialirkan dengan pompa (P-04) untuk dipisahkan menggunakan Dekanter (DE) yang bekerja

Wallerstein (1992) menterjemahkan pendayaupayaan sebagai satu proses tindakan sosial yang menggalakkan penyertaan rakyat, organisasi dan komuniti ke arah matlamat untuk

Saputra(Umum).. Dalam masa Prapaskah dan menyambut Jumaat Agung, kita Sebagai Umat Tuhan akan melaksanakan Puasa sebagai suatu persiapan hati yang lebih dalam untuk lebih