• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prosedur 1 Pemeriksaan Pembiakan Aedes

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Prosedur 1 Pemeriksaan Pembiakan Aedes"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PROSEDUR 1 : PEMERIKSAAN PEMBIAKAN AEDES

Tarikh : 2/4/2012

Lokasi/Lokaliti : Kg Ulu Kenderong, Gerik Anggota Terlibat :

PKA Wan Muhammad Zailani

PKA Joe (Zulfadhli Mohammad Tahar) Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih) Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih)

Objektif Am :

Menyekat dan memusnah tempat tempat pembiakan nyamuk aedes pada sesebuah lokaliti.

Mencari dan mengenal pasti tempat tempat pembiakan nyamuk aedes pada sesebuah lokalti.

Bagi mempelajari kaedah kaedah dan prosuder dalam menjalankan aktiviti PPA (Pemeriksaan Pembiakan Aedes).

(2)

Objektif Spesifik:

Untuk menghapuskan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mencegah penyakit denggi.

Untuk menguatkuasakan peraturan Akta Serangga Pembawa Penyakit 1975. Mengetahui peralatan yang digunakan serta mempelajari cara penggunaanya

ketika melakukan kajian Aedes.

Untuk mengetahui cara cara mengenalpasti dan melihat jentik jentik di bawah mikroskop dan cara mengawetnya.

Memberikan Pendidikan kesihatan secara bersemuka dengan tuan rumah mengenai bahaya aedes dan demam denggi.

Mengetahui borang borang, peralatan dan prosedur yang digunakan dalam aktiviti PPA ini.

Data Pentadbiran:

Tarikh Kajian 2/4/2012

Masa 9.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari

Tempat Kampung Ulu Kenderong, Gerik

PKA Terlibat PKA Wan Muhammad Zailani

PKA Joe (Zulfadhli Mohammad Tahar) Pelatih PKA Muhammad Khuzaifah Pelatih PKA Muhammad Khairul Azizi

(3)

Data Rumah Yang Mempunyai Pembiakan:

Nama Tuan Rumah Nasir bin Mat Piah

No IC 520923-08-5217

Alamat Rumah No 37 A

Jalan Kolam Air Panas Kg Ulu Kenderong.

Peralatan dan Bahan :

Kad kuasa / surat perakuan kuasa Alat tulis (pen dan pensil) dan clipboard Beg kajian aedes

Kad pengenalan Pipet (plastik)

Lampu suluh dan bateri Botol spesimen / Universal

Lak rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia Peta tinjau alam

Buku panduan menjalankan kajian aedes / survey di lapangan Buku akta pemusnahan serangga pembawa penyakit ( seksyen 8 ) Kamera ( bateri dan filem )

Risalah mengenai penyakit denggi Borang laporan harian kajian aedes Borang perakuan pungutan larva

Borang perakuan mengambil bekas / barang dari premis Abate (1 % SG)

Label ( nama, alamat, tarikh, masa, jenis takungan dan pegawai yang memungut )

(4)

Kaedah/Tatacara :

1. Semasa dipejabat (sebelum bergerak kelapangan)

Mendengar taklimat dari PPKP bagi menetapkan kawasan kajian. Mengenalpasti lokaliti yang hendak di tuju.

Menyemak segala peralatan untuk di bawa ke lapangan mengikut senarai semak.

2. Semasa di lapangan

Membahagi kumpulan dengan seorang PKA menjadi ketua, bagi kawasan tertentu seperti kawasan industri,tapak,pembinaan atau institut pengajian tinggi hendaklah diketuai oleh PPKP kanan dan begitu juga untuk melakukan operasi khas mestilah diketuai oleh PPKP kanan.

Memberi salam dan memperkenalkan diri bersama pembantu dengan menunjukan kad kuasa kepada penduduk/pemunya rumah (mereka yang berumur 18 tahun keatas) yang berada di tempat lawatan.

Meminta kebenaran untuk memasuki dan memeriksa premis.

Menjalankan pemeriksaan bersama sama pembantu dan penduduk/pemunya rumah di rumah dan di luar premis.

Jika ada pembiakkan, tunjukan tempat yang ada pembiakkan kepada penduduk/pemunya premis.

Memberi pendidikan kesihatan kepada penduduk/pemunya premis.

Ambil gambar tempat pembiakan secara overview, focus dan zoom (pastikan kamera mempunyai tarikh dan masa yang betui)

Tunjuk botol kosong dan pipet kepada penduduk/pemunya premis.

Pungut sejumlah jentik-jentik(3-5) ekor dan masukkan ke dalam botol dan tunjukan kepada penduduk/pemunya premis bersama pembantu.

(5)

Tutup, lak botol menggunakan lak rasmi dan labelkan botol seperti berikut:  Nama  Alamat  Tarikh  Masa

Mengisi borang perakuan pungutan jentik jentik dalam 3 salinan sebagai barang kes dan menyerahkan satu salinan kepada penduduk/pemunya premis.

Menyediakan peta lakar tempat pembiakan dan premis (pelan lantai). Mengambil barang barang sebagai barang kes, jika sesuai dan mengisi

borang perakuan mengambil barang barang kes dalam 2 salinan dan menyerahkan satu salinan kepada penduduk/pemunya premis.

Labelkan barang barang yang diambil seperti berikut :  Nama penduduk/pemunya

 Alamat  Tarikh  Masa

 Nama barang

Mencatatkan butir butir kajian aedes dalam buku harian rasmi.

Memberitahu penduduk/pemunya premis langkah langkah yang akan diambil seterusnya oleh pihak jabatan kesihatan.

(6)

CARTA ALIR PEMERIKSAAN PEMBIAKAN AEDES

Taklimat

Semakan Peralatan Check List

Bertolak ke Lapangan Tak ada Pemilik/

Pemunya Ada Pemunya/

Pemilik Memperkenalkan Diri Berikan Notis Pemeriksaan selepas Pukul 6.00 ptg Di Benarkan Masuk Tak Benarkan Masuk

Rujuk GP Memulakan Pemeriksaan

Tak ada

Pembiakan Ada Pembiakan

Ambil Gambar Tempat Pembiakan Pastikan Larva Nyamuk Hidup Tunjukan Peralatan Ambil Spesimen Larva Tutup Bekas Spesimen dan Dilak Tamat

(7)

Diterima Ditandatangani Tidak Diterima Labelkan Bekas Spesimen (barang Kes) Catat maklumat Tinggalkan Premis

Lukis pelan lakar Tempat

Pembiakan

Pendidikan kesihatan

(8)

3.6 DIARI SIASATAN (INVESTIGATION DIARY)

Nama : Muhammad Khuzaifah bin Azli

No Kad Pengenalan : 921121-05-5347

Jawatan : Pembantu Kesihatan Awam

Pejabat : Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, 33300

Gerik, Perak Darul Ridzuan.

TARIKH DAN MASA NO BUTIR SIASATAN BUTIR-BUTIR SIASATAN 22/3/2012 8.30 pagi

1 Saya membuat persiapan di pejabat untuk pergi ke lapangan bagi membuat kajian aedes. Saya

kemudian memeriksa alat-alat untuk memastikan bahawa semua alat adalah lengkap dan dalam keadaan bersih dan baik . Saya keluar bersama PKA Wan Zailani Bin Wan Jusoh (830330-03-5795) dan PKA Zulfadhli Mat Tahar (890227-03-5395).

9.00 pagi 2 Saya bersama PKA Wan dan PKA Zulfadhli Mat

Tahar telah pergi ke Kampung Ulu Kenderong, 33300 Gerik, Perak untuk membuat Pemeriksaan Premis Aedes. Pemeriksaan dari rumah ke rumah telah dilaksanakan.

10.30 pagi 3 Saya bersama PKA Wan Zailani dan PKA Zulfadhli Mat Tahar sampai ke rumah No 37 A Kampung Ulu Kenderong, 33300 Gerik, Perak. Ini adalah rumah ke-9 diperiksa, saya mengetuk pintu rumah

tersebut dan memberi salam.

10.31 pagi 4 Seorang lelaki dewasa yang berbangsa melayu menyambut salam dan membuka pintu rumah berkenaan.Nama beliau ialah En Nasir bin Mat Piah, saya memperkenalkan diri saya sebagai pegawai diberi kuasa bawah sek 5(1), Akta

Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan menunjukkan kad kuasa dan diikuti oleh PKA En Wan Zailani kepada Tuan rumah tersebut. 5 Saya memberitahu tujuan kedatangan saya ke

(9)

larva nyamuk aedes.

10.35 pagi 6 Setelah mendapat kebenaran dari tuan rumah untuk membuat pemeriksaan di dalam dan di luar premis tersebut bersama PKA En Wan Zailani dan PKA Zulfadhli Mat Tahar diiringi tuan punya rumah. 7 Saya tidak menemui sebarang tempat pembiakan

larva nyamuk aedes di luar rumah.

10.50 pagi 8 Saya dan PKA En Wan Zailani telah memeriksa di kawasan dalam rumah pula dan mendapati

pembiakan larva nyamuk di dalam sebuah balang ikan kaca di dalam bilik air.

9 Saya kemudiannya menunjukkan tempat

pembiakan larva nyamuk itu kepada tuan punya rumah. Kemudian saya memaklumkan kepada tuan rumah yang saya akan mengambil gambar dan Sebanyak 3 keping gambar iaitu gambar Overview, Fokus dan Zoom telah saya ambil. Kemudian saya memaklumkan kepada tuan rumah bahawa saya akan memungut larva nyamuk berkenaan.

Saya telah menunjukkan pipet dan botol kosong kepada tuan rumah disaksikan oleh PKA Wan Zailani dan PKA Zulfadhli Mat Tahar. Kemudian saya telah memungut larva nyamuk dan masukkan 7 ekor larva ke dalam botol di hadapan tuan

rumah.

10 Saya telah menunjukkan botol yang mengandungi larva nyamuk tersebut kepada tuan rumah

tersebut.

11.12 pagi 11 Saya telah meminta kad pengenalan dari tuan punya rumah untuk mencatatkan butir-butir peribadi beliau dalam borang Laporan APSPP 1975.

12 Saya kemudiannya mencatatkan butir-butir tuan rumah bersama dan juga butir-butir tempat pembiakan larva nyamuk dalam surat perakuan pungutan dan meminta tuan rumah tersebut untuk menandatangani surat berkenaan.

11.20 pagi 13 Saya kemudian mencatatkan butir-butir tuan rumah bersama dan juga butir-butir tempat pembiakan larva nyamuk dalam surat perakuan mengambil bekas dan meminta pembantu saya

menandatangani borang tersebut sebagai saksi. 11.25 pagi 14 Saya menyerahkan salinan borang-borang

tersebut kepada tuan rumah.

(10)

punya pada label dan menyerahkan kepada PKA En Wan Zailani untuk dilekatkan di botol yang mengandungi larva nyamuk aedes No rujukan – D 2156

16 Saya mengarahkan PKA En Wan Zailani menyimpan botol tersebut dalam begnya dan bekas pembiakan dipegang bersamanya.

11.38 pagi 17 Saya kemudiannya membuat peta lakaran untuk menunjukkan rumah dan tempat pembiakan larva nyamuk yang di temui.

11.45 pagi 18 Saya dan pembantu saya meninggalkan rumah tersebut.

12.00 tengah hari 19 Saya menyerah dokumen, botol larva, dan bekas pembiakan kepada Pembantu Kesihatan Awam iaitu En Reddzuan di Unit Kawalan Denggi di Pejabat Kesihatan Gerik untuk tindakan selanjutnya.

Saya juga melihat En Redduan Bin Hasan mengakui penerimaan di dalam borang Akuan Penerimaan Penyerahan Spesimen Larva yang telah saya lengkapkan.

(11)

Referensi

Dokumen terkait