• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK PROJEK: MEMPERKASAKAN ILMU METODOLOGI KEJURULATIHAN TAHAP ASAS DAN TAHAP PERTENGAHAN BAGI JURULATIH DAN GURU SUKAN DI MAJLIS AMANAH RAKYAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TAJUK PROJEK: MEMPERKASAKAN ILMU METODOLOGI KEJURULATIHAN TAHAP ASAS DAN TAHAP PERTENGAHAN BAGI JURULATIH DAN GURU SUKAN DI MAJLIS AMANAH RAKYAT"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK PROJEK:

MEMPERKASAKAN ILMU METODOLOGI KEJURULATIHAN TAHAP ASAS DAN TAHAP PERTENGAHAN BAGI JURULATIH DAN GURU SUKAN DI MAJLIS AMANAH RAKYAT

KOD PROJEK: K-IRC/4 (UPM-11) IPTA:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETUA PROJEK:

PROFESOR DR. MUHAMMAD NAZRUL HAKIM ABDULLAH AKADEMIA:

PROFESOR MADYA DR. AMINUDDIN YUSOF DR. ROZITA ABD LATIF

DR. ASIAH HJ. PILUS RAKAN KOMUNITI:

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) BIDANG TUMPUAN UTAMA:

PEMBANGUNAN KURIKULUM INDUSTRI YANG RELEVAN (UNTUK SEKTOR IMPAK TINGGI)

TEMPOH:

1 SEPTEMBER 2011 – 1 MAC 2014

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Objektif utama projek ini adalah untuk memindahkan ilmu kepada guru-guru MRSM yang terlibat dalam sukan dan mendapat sijil dalam kursus metodologi peringkat asas dan pertengahan. Objektif kedua adalah untuk memastikan bahawa guru-guru yang telah menyertai kursus dapat menyebarkan ilmu tersebut dengan bantuan UPM untuk mengajarkannya kepada guru-guru sukan di MRSM yang lain. Projek ini telah membangunkan satu modul pemindahan ilmu menggunakan kaedah pedagogi pengajaran pendidikan jasmani dan kokurikulum sukan. Projek ini juga memberi tumpuan kepada tiga perkara utama, khususnya satu modul khas untuk pelaksanaan kokurikulum sukan dalam sistem MRSM, latihan dan kemahiran kepada guru tentang sains sukan, dan memberikan pendedahan sains sukan kepada pelajar MRSM dalam kokurikulum sukan. Selain itu juga, pemindahan ilmu dari segi kursus Latihan untuk Jurulatih (Training of Trainer) atau (T.O.T) 1 dan 2 dibangunkan di peringkat guru penasihat kokurikulum. Projek ini memenuhi permintaan dan membantu memupuk amalan sains sukan dan gaya hidup sihat. Di samping itu ia juga modul Kokurikulum Sains Sukan di MRSM untuk menjadi rujukan dalam sistem pendidikan pada masa hadapan.

(2)

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk mengajar guru-guru MRSM terpilih yang terlibat dalam sukan mendapat sijil penyertaan bagi kursus metodologi di peringkat asas dan pertengahan.

2) Untuk memastikan bahawa guru-guru yang telah menyertai kursus tersebut (tahap asas dan pertengahan) menyebarkan ilmu tersebut dengan bantuan UPM untuk mengajarkannya kepada guru-guru sukan yang lain di MRSM.

AKTIVITI

Fasa 1 (6 bulan)

Fasa ini membentuk dan mengubah suai modul yang berkaitan dengan metodologi kejurulatihan sukan di peringkat sekolah menengah. Perbincangan dan permukiman (retreat) bersama-sama penyelidik, pegawai dan graduan pelatih juga diadakan.

Fasa 2 (6 bulan)

Kursus peringkat asas diberikan kepada 28 orang guru sukan terpilih untuk menyertai program ini selama 5 hari 4 malam. Guru-guru kemudiannya kembali ke MRSM masing-masing dan mengajarkannya kepada guru-guru sukan yang lain. Kursus-kursus ini memerlukan setiap guru yang tamat latihan bersama universiti menyediakan kertas projek dalam tempoh 6 bulan.

Fasa 3 (6 bulan)

Setelah tamat tempoh enam bulan, guru-guru yang sama dipanggil untuk menghadiri kursus di peringkat pertengahan selama tujuh hari enam malam yang melibatkan latihan praktikal bersama pelajar-pelajar sukan terpilih MRSM. Selepas tamat kursus, mereka mempunyai masa selama tiga bulan untuk melatih pasukan pilihan dan dipantau oleh penganjur. Setelah tamat tempoh tersebut, guru-guru tersebut mengajar guru-guru sukan yang lain untuk program yang sama.

Fasa 4 (6 bulan)

Pada fasa ini, proses pemantauan secara keseluruhan terus dilaksanakan bagi melihat keberkesanan pemindahan ilmu metodologi kejurulatihan terhadap guru-guru yang terpilih. Hasil daripada pemantauan tersebut, satu laporan dikeluarkan dan dikemukakan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam program ini untuk mendapatkan impak yang disasarkan.

(3)

OUTPUT

Komuniti:

1) Latihan TOT 1 dan 2 kepada guru MRSM terpilih.

2) Pemantauan dan khidmat nasihat pelaksanaan modul sains sukan MRSM.

3) Modul Sains Sukan MRSM.

4) Seramai 44 orang guru mendapat pendedahan secara langsung. 5) Sekurang-kurangnya lapan orang guru bagi setiap MRSM mendapat

latihan dalam TOT 1 sains sukan MRSM.

6) Guru yang mendapat latihan menjadi fasilitator untuk TOT 2 kepada guru-guru MRSM yang lain.

IPTA:

1) Modul yang diterbitkan menjadi rujukan kepada pelajar IPT dan juga kepada guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani.

2) Teks rujukan kepada sistem pendidikan di MRSM dalam kaedah pelaksanaan kokurikulum sukan.

3) Penghasilan modul Tahap 1 untuk guru-guru MRSM dalam proses pengajaran.

Pembangunan Modal Insan:

1) Pembudayaan sains sukan dalam kehidupan seharian di MRSM dijadikan satu agenda penting dalam sistem MRSM terutama sekali semasa pelaksanaan aktiviti kokurikulum sukan.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Putra Malaysia 2) Majlis Amanah Rakyat (MARA)

KEBERHASILAN

Komuniti:

1) Sistem MRSM dapat menggunakan Modul Sains Sukan MRSM sebagai rujukan utama untuk pelaksanaan kokurikulum sukan MRSM.

2) Guru-guru (bukan opsyen sukan) dan pelajar-pelajar MRSM lebih arif dan mampu dari segi teori-teori sains sukan dan pengurusan sukan yang lebih sistematik.

3) Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan lebih sistematik. 4) Memperoleh pengetahuan terkini dan pengajaran dalam subjek

pendidikan jasmani.

5) Semua guru MRSM mendapat keyakinan dan boleh melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih berkesan dan pengisian yang lebih baik.

6) Isi kandungan pengajaran dan aktiviti kokurikulum MRSM diperkayakan dengan pengisian sains sukan.

(4)

IPTA:

1) Modul Sains Sukan MRSM yang dibangunkan menjadi rujukan dan panduan kepada semua guru MRSM untuk melaksanakan kokurikulum sukan di MRSM.

2) Modul dibekalkan dan disimpan di setiap Pusat Sumber MRSM. Pembangunan Modal Insan:

1) Masyarakat sekitar dapat melihat kepentingan dan kesan sains sukan membentuk sahsiah diri pelajar MRSM menjadi pelajar yang cemerlang secara menyeluruh.

2) Pengisian kemahiran insaniah yang lebih jelas dan menyeluruh kepada pelajar MRSM.

(5)

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3 BULAN 6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Komuniti

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar

Laporan tidak dihantar

(6)

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Komuniti : Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tarikh Lawatan : 25 Ogos 2014

Panel Penilai : 1) Profesor Madya Fadzillah Siraj (UUM) 2) Tuan Syed Yusof Syed Kechik (USM) ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN

(Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)

SEKSYEN ITEM PENILAI

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 23%

B AKADEMIA (10%) 6%

C GRADUAN PELATIH (10%) 2%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8%

E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 30%

MARKAH KESELURUHAN (%)

69%

PENILAIAN OLEH KOMUNITI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL PENILAIAN AKADEMIA SKALA PENILAIAN

1. Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia

kepada komuniti 5/5

2. Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki

oleh komuniti 5/5

3. Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5

(7)

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN SKALA PENILAIAN

1. Sasaran objektif projek yang telah dicapai 5/5

2. Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan

oleh komuniti 5/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL PENILAIAN GRADUAN PELATIH SKALA PENILAIAN

1. Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada

projek 5/5

2. Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu 5/5 3. Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir,

merancang, memimpin, dan kerja berpasukan 5/5

4. Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5 Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek

Program ini amat baik dan memberi manfaat kepada semua individu yang terlibat terutamanya pihak MRSM/MARA.

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Berdasarkan penilaian keseluruhan projek, projek ini berada di kategori biru. Projek yang dibangunkan ini lebih merujuk kepada proses perundingan. Hal ini kerana objektif tidak menjurus kepada pemindahan ilmu tetapi sekadar mengajar guru-guru bagi mendapatkan sijil penyertaan bagi kursus yang terlibat. Oleh itu, projek ini perlu memberi tumpuan kepada ilmu yang ingin disebarkan yang boleh memberi manfaat kepada golongan sasaran.

(8)

LAMPIRAN

Kursus T.O.T Sains Sukan Kokurikulum MRSM Tahap 1

(9)

Lawatan panel penilai ke MRSM untuk memantau perkembangan program

(10)

Referensi

Dokumen terkait