• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK ESEI- kbat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TAJUK ESEI- kbat"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK ESEI : Bagaimanakah KBAT dapat dikembangkan secara berkesan dalam pembelajaran Matematik dalam tajuk Masa dan Waktu di Sekolah Rendah.

OLEH : Nurul Liyana binti Rahmat

Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT atau HOTs) ialah kemahiran berfikir yang tidak menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga membawa maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Seseorang itu perlu lebih kreatif apabila menghadapai masalah dengan mempunyai lebih dari satu penyelesaian. Ia merupakan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis, menganalisa, menilai dan mencipta. Ia termasuk pemikiran kritial, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta-kognitif. Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) dicetuskan melalui masalah bukan rutin iaitu maslah yang tidak jelas.

Di samping itu, Pemikiran Aras Tinggi (HOTs) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). George Polya dalam tahun 1957 berjaya membina satu model penyelesaian matematik yang dikenali sebagai "Model Polya". KBAT juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit.

Menurut definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Perlukah kita mengajar murid untuk berfikir? Menurut Confucius, seorang ahli falsafah Cina, belajar tanpa berfikir adalah sesuatu yang sia-sia manakala belajar tanpa berfikir merupakan satu perkara yang sangat berbahaya. Dewey, 1944 juga menyatakan bahawa berfikir merupakan kaedah pembelajaran pintar dan pembelajaran yang menggunakan minda.

Berdasarkan definisi dan penerangan yang mendalam tentang KBAT, saya berpendapat kemahiran berfikir aras tinggi ini amat sesuai diterapkan dalam pengajaran Matematik Sekolah Rendah. Hal sedemikian kerana selaras dengan kehendak negara yang mahu menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.

(2)

Oleh hal sedemikian, saya telah menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi ini dalam pengajaran saya di kelas tahun 4 Arif di bawah tajuk Masa dan waktu dalam bidang Geometri dan Sukatan.

Fraenkel, J.R, 1980 pula menyatakan bahawa berfikir merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. Kemahiran berfikir ini saya lakukan dalam fasa persediaan lagi supaya murid dapat menggunakan pemikiran mereka untuk mengingat dan mengaitkan soalan saya ini dengan kehidupan seharian mereka. Saya dapati mereka dapat mencipta cerita yang bervariasi dan menggunakan maklumat dalam situasi yang relevan. Soalan KBAT ini lebih kepada soalan terbuka yang memerlukan jawapan pelbagai daripada murid-murid. Sebagai contoh, saya meminta murid memilih aktiviti yang boleh dilakukan dalam masa 1 jam. Mereka dapat menganalisis soalan bahawa 1 jam bersamaan 60 minit serta memilih yang sesuai dalam tempoh yang ditetapkan. Setiap murid memberikan jawapan yang berbeza namun aktiviti yang dipilih semuanya berjumlah 60 minit. Rancangan pengajaran saya berjaya apabila saya dapati murid dapat berfikir secara eksplisit bagi melahirkan idea yang kreatif semasa pengajaran sebenar di dalam kelas. Murid-murid bersemangat untuk memberikan jawapan mereka kepada guru.

Di samping itu, saya berpendapat kemahiran berfikir aras tinggi perlu diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia umumnya dan pendidikan Matematik khasnya kerana murid perlu ada keupayaan penaakulan, membuat unjuran dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dalam suasana yang berlainan. Murid juga memerlukan ciri-ciri kepimpinan untuk bersaing di peringkat global. Daripada pengajaran saya, saya dapati murid tahun 4 Arif berasa sungguh gembira apabila sesi PdP dilakukan dalam dan luar bilik darjah. KBAT juga boleh terjana apabila murid perlu meramalkan tempoh masa yang mereka ambil berjalan mengelilingi sekolah. Mereka dapat meramal berdasarkan maklumat yang diberi sebelum bergerak keluar kelas iaitu masa awal bergerak. Murid yang peka akan dapat meramal masa yang ditanya oleh guru. Berdasarkan aktiviti ini, murid-murid dapat memahami rumus atau konsep baru yang diperkenalkan oleh guru dengan lebih mudah dan cepat. Ini bermaksud KBAT berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dan memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Bereiter & Scardamalia (1987) menyatakan bahawa dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, pelajar perlu dilatih mengambil

(3)

bahagian dalam menentukan objektif, mewujudkan wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens yang dinamakan ‘literasi tinggi’ (highliteracy).

Antara kelebihan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik yang dapat saya kenal pasti secara umumnya ialah ianya satu proses meninggikan lagi keupayaan belajar kerana melaluinya murid dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan pelajaran. Selain itu, murid dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dengan lebih produktif. Ini dapat dibuktikan melalui aktiviti berkumpulan dan teknik penyoalan guru kepada murid dalam fasa imaginasi. Di samping itu, murid dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dlm kehidupan serta mengembangkan pembelajaran murid dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Selain itu, saya telah merancang soalan, tugasan dan aktiviti yang menuntut murid-murid berfikir secara berterusan dan menilai pemikiran mereka dan pemikiran rakan yang lain. Ini dapat dilihat semasa aktiviti berkumpulan di mana murid-murid perlu bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain serta menyelesaikan soalan yang telah disediakan di setiap stesen tersebut. Murid perlu berfikir secara kreatif dan kritis bagi menemukan jalan pengiraan yang sesuai sekaligus memperoleh jawapan yang tepat. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang murid itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Saya menyediakan soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras rendah terlebih dahulu di stesen satu, dua, tiga dan empat kemudian mereka akan menghadapi soalan sukar di stesen bonus yang merupakan soalan KBAT. Hal sedemikian bertujuan mereka dapat memperoleh pengalaman dan pola bagaimana mahu menyelesaikan soalan yang lebih sukar dan pelbagai pada soalan seterusnya. Soalan yang disediakan di stesen satu, dua, tiga dan empat merupakan soalan rutin dan hanya memerlukan kemahiran berfikir aras rendah namun soalan KBAT berada di stesen bonus yang memerlukan tahap kognitif yang tinggi dalam kalangan murid. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.

Tambahan pula, saya perhatikan murid melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan aktiviti kumpulan ini. Masing-masing cuba memberikan pendapat untuk menyelesaikan soalan di setiap stesen itu. Ini dapat meningkatkan justifikasi dalam penyelesaian serta meningkatkan

(4)

keupayaan murid dalam menyiasat dan meneroka idea matematik. Tambahan pula, saya menggunakan kaedah dan teknik pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. Hal sedemikian memberi peluang kepada murid untuk berkongsi idea dan memberi pendapat, berbincang dan bertanya antara murid dan guru atau sesama murid dalam kumpulan. Pembelajaran seperti ini juga tidak memberi tekanan kepada murid untuk menyelesaikan soalan KBAT kerana aktiviti ini sangat menarik yang memerlukan murid bergerak seiring dengan lagu yang dimainkan. Ini menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi ceria dan seronok.

Walaubagaimanapun, saya dapati sedikit kelemahan apabila soalan KBAT ini disediakan. Murid yang lemah dalam konsep Matematik berkaitan topik Masa dan Waktu tidak dapat merungkai maklumat dalam soalan KBAT di stesen bonus dan menyelesaikan masalah tersebut. Jadi, murid ini akan bergantung kepada murid yang pandai dan menunggu jawapan daripada mereka. Walaubagaimanapun, saya tidak membiarkan mereka hanya berdiri dan menunggu rakan mereka mencari jawapan sendiri, malahan saya menegur murid tersebut dengan cara baik dan meminta rakan yang mahir membantu murid ini untuk memahami kehendak soalan seterusnya menerangkan bagaimana mereka boleh menemukan jawapan tersebut.

Disebabkan murid tahun 4 ini terdiri daripada tahap pencapaian yang heterogenous, saya membentuk kumpulan melalui kertas warna yang dipilih oleh mereka. Ini bertujuan murid yang pandai dapat membantu rakannya yang lemah dalam menganalisis, mentafsir serta memupuk KBAT dalam diri seterusnya cuba untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Saya perhatikan murid-murid berfikir dan saling memberi pendapat dan idea untuk menyelesaikan soalan KBAT di stesen bonus ini. bertepatan dengan petikan Fraenkel, J.R, 1980 yang menyatakan bahawa berfikir merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.

Contoh soalan KBAT di stesen bonus ialah:

Situasi 1:

Jonel bangun 20 minit lebih awal daripada biasa. Oleh kerana dia bangun awal, tempoh masa yang diambil untuk bersiap diri ke sekolah telah dilambatkan selama 6

minit.Selalunya dia tiba di sekolah tepat pada pukul 7.05 pagi Situasi 2:

Monika bangun 10 minit lewat daripada biasa. Selalunya dia tiba di sekolah 18 minit lebih awal daripada Jonel.

(5)

Hasil perbincangan antara saya dan murid ialah terdapat satu kumpulan yang memperoleh jawapan yang betul dalam menyelesaikan soalan di stesen bonus ini. Selain itu, dua kumpulan dapat menyelesaikan masalah di situasi 1 dengan betul dan yang lainnya salah manakala satu kumpulan lagi salah jawapannya. Daripada penilaian saya, murid yang membuat jalan pengiraan dan jawapan yang betul merupakan murid yang agak pandai dan bersungguh dalam melaksanakan tugasan Matematik setiap kali saya ajar. Tiga orang murid ini dapat menguasai konsep menambah dan menolak yang melibatkan masa dan waktu di samping mahir dalam menganalisis dan mengumpul maklumat penting daripada soalan yang diutarakan. Murid yang lainnya juga dapat menguasai konsep Matematik, tetapi mereka kurang mahir dalam menganalisis dan mentafsir maklumat yang diberi lebih-lebih lagi dalam situasi yang kedua.

Langkah penambahbaikan yang dapat saya lakukan ialah saya akan terus membimbing murid supaya dapat memahami, menganalisis, dan mentafsir maklumat dan isi penting dalam menemukan jalan penyelesaian mengikut keutamaan satu persatu. Saya mahukan anak murid saya dapat menguasai KBAT mengikut tahap pencapaiannya dengan pemikiran yang kreatif dan kritis. Ini bersesuaian dengan petikan Edward de Bono (1976) yang mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.

Natijahnya, Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu khususnya dalam subjek Matematik. KBAT memerlukan kita melakukan sesuatu dengan idea yang diterima dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan. Sebagai seorang guru, saya akan cuba meningkatkan tahap pemikiran Matematik murid, Murid yang mahir melakukan operasi pemikiran seperti membanding, menganalisis dan membuat inferens berupaya meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan pembelajaran. Jika aspek KBAT dikuasai dengan baik, ia akan menjadi satu alat yang berguna untuk membantu murid belajar. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi pencapaian dan memperbaik kelemahan diri.

Referensi

Dokumen terkait