• Tidak ada hasil yang ditemukan

4 disunting oleh nur hanim khairuddin, beverly yong, yap sau bin dan simon soon

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "4 disunting oleh nur hanim khairuddin, beverly yong, yap sau bin dan simon soon"

Copied!
179
0
0

Teks penuh

(1)

PERSPEKTIF

naratif seni rupa malaysia

jilid

4

disunting oleh simon soon, nur hanim khairuddin, beverly yong dan yap sau bin

nara

tif seni rup

a

mala

ysia

PERSPEKTIF

PERSPEKTIF

naratif seni rupa malaysia

jilid

4

disunting oleh nur hanim khairuddin, beverly yong, yap sau bin dan simon soon

nara

tif seni rup

a

mala

ysia

PERSPEKTIF

PERSPEKTIF

naratif seni rupa malaysia

jilid

4

(2)
(3)

Ketua-ketua Editor projek Naratif Seni Rupa Malaysia

Nur Hanim Khairuddin, Beverly Yong

Editor jilid ini

Nur Hanim Khairuddin, Beverly Yong Yap Sau Bin, Simon Soon

Pembaca Pruf

Najwa Ursilan Afandi

Reka bentuk

Kenta Chai Nor Azian A Hasan

Percetakan

Pakatan Tusen Cetak Sdn Bhd

Diterbitkan oleh

RogueArt

www.rogueart.asia

narrativesinmalaysianart.blogspot.com Segala pendapat yang diterbitkan di dalam buku ini merupakan pendapat para pengarang serta sumber-sumber petikan mereka dan tidak semestinya mewakili pendapat penerbit. © 2019 RogueArt, pengarang-pengarang, dan pemegang-pemegang hakcipta gambar. Edisi digital 2020, berlesen di bawah lesen Creative Commons Attribusi-bukanKomersial-TiasaTerbitan 4.0 Antarabangsa (CC-BY-NC-ND 4.0), https:creativecommons.org/licenses/ by-nc-nd/4.0/.

ISBN 978 967 10011 0 0 [NEW ISBN]

Langkah-langkah telah diambil untuk menjejaki para pemegang hakcipta, tetapi sekiranya pihak kami terlepas pandang akan mana-mana perkara, RogueArt bersedia untuk menguruskan perkara-perkara yang berkenaan dengan kadar segera.

Projek Naratif Seni Rupa Malaysia ini dihasilkan dengan bantuan badan-badan korporat, penaja- penaja dan rakan-rakan buku kami serta lain-lain penyumbang.

PERSPEKTIF

naratif seni rupa

malaysia

jilid

4

Kenneth Tan 30 Art Friends

Rosemary & Steve Wong Kenneth Tan

30 Art Friends

(4)

7 Penghargaan Umum 9 Nota Penyunting

10 Nota Mengenai Penyunting dan Penulis

16 Pengenalan

NUR HANIM KHAIRUDDIN & BEVERLY YONG, DENGAN YAP SAU BIN & SIMON SOON

25 seni dan masyarakat (NUR HANIM KHAIRUDDIN & BEVERLY YONG, PENY.) 32 Memajukannya Sekarang:

Perbualan dengan “Uncle Rajah”

41 ▶ Voxpop: Beberapa Pandangan mengenai

Seni dan Kegunaannya - Bahagian 1

46 Bermuka-muka dengan Galeri: “Publik” di Malaysia?

ART KL-ITIQUE

51 Sebuah Pekerjaan yang Sunyi: Lamunan mengenai penulisan

seni di media arus perdana Malaysia

RACHEL JENAGARATNAM

56 ▶ Voxpop: Beberapa Pandangan mengenai

Seni dan Kegunaannya - Bahagian 2

63 Membangun Komuniti dengan Seni

ILI FARHANA & TAN HUI KOON

75 ▶ Voxpop: Beberapa Pandangan mengenai

Seni dan Kegunaannya - Bahagian 3

85 Khemah ini Cukup Besar – Seni dalam Aktivisme Seharian

HARDESH SINGH

89 Para-situs dan Ruang Sepunya: Tiga Projek di Ibu Kota

MARK TEH

100 ▶ Voxpop: Beberapa Pandangan mengenai

Seni dan Kegunaannya - Bahagian 4

109 Seni dan Pembinaan Ruang untuk Perubahan Sosial:

Wawancara dengan labDNA

Isi Kandungan

113 Seni untuk Generasi Muda:

Perbualan bersama Janet Pillai, Pengasas Arts-ED

118 ▶ Voxpop: Beberapa Pandangan mengenai

Seni dan Kegunaannya - Bahagian 5

123 Mengharungi Penapisan Seni

CARMEN NGE

131 antara praktis dan wacana: agenda dan rangka

kuratorial (YAP SAU BIN, PENY.)

140 Antara Pengkuratoran dan Sejarah Seni:

Sebuah Wawancara dengan T.K. Sabapathy

145 Sebuah Prolegomena kepada Hal Ehwal Pengkuratoran,

atau, “Pembayang Paling Asas di Setiap Situasi”

PATRICK D. FLORES

158 Peta dan Aliran Pengkuratoran: Menyoroti Seni Rupa

Malaysia dari Luar Negara Menerusi Pameran-Pameran Sepanjang 1990-an

SENG YU JIN

178 “Converging Extremes” (atau, Mempertemukan Segala

Yang Ekstrim): Pelbagai Pameran dan Garis Pandang Sejarah di Malaysia Sepanjang 1990-an

SIMON SOON

196 Tubuh, Jantina, Memproses Kemodenan:

Temu bual bersama Laura Fan

202 Menggambar Negara:

Temu Bual bersama Valentine Willie

205 Tiga Jenis Kurator: Temuramah bersama

Nur Hanim Khairuddin

212 Praktis Kuratorial di Malaysia Pasca 2010:

(5)

229 penulisan sejarah seni (SIMON SOON, PENY.) melihat semula

234 Sejarah Ringkas Seni Rupa Malaya oleh Marco Hsu (1963)

LAI CHEE KIEN

242 Contemporary Artists of Malaysia: A Biographic Survey

(1971) oleh Dolores Wharton

EMELIA ONG

246 Rupa dan Jiwa (1979) Syed Ahmad Jamal

SAFRIZAL SHAHIR

253 ‘Seni dan Imajan’ oleh Ismail Zain (1980)

HASNUL J. SAIDON

255 Modern Artists of Malaysia (1983)

oleh Redza Piyadasa & T.K. Sabapathy

BEVERLY YONG

262 Tentang Vision and Idea: ReLooking Modern Malaysian Art

(1994)

ZAINOL SHARIFF

mencari gelanggang baharu

268 Naratif-Naratif Performatif:

“Relooking” Kosmopolitanisme Malaysia

RAY LANGENBACH

305 Melukis Malaya Secara Profesional: Menilai Semula

Peranan Lai Foong Moi dan “Pelukis-pelukis Koloni”

YVONNE LOW

322 Ontologi Orphisme:

Kekaburan Epistemologi Media Baharu

ROOPESH SITHARAN

340 Kita Memerlukan Satu Imej Berevolusi

AU SOW YEE

346 Penghargaan Projek

Projek Naratif Seni Rupa Malaysia memberi penghormatan dengan penuh takzim kepada legasi tokoh-tokoh yang telah mengabdi hidup mereka demi pembangunan dunia seni rupa Malaysia. Jilid terakhir ini menyentuh tentang impak yang dibawakan oleh sejarawan dan penulis seni, kurator serta mereka yang terlibat secara aktif dalam membawa seni ke persada awam hinggalah kepada bagaimana kita melihat seni di Malaysia pada hari ini.

Banyak perubahan telah berlaku sejak penerbitan jilid pertama lapan tahun yang lalu kami berharap Naratif Seni Rupa Malaysia dapat menjadi sumber dan inspirasi yang berguna untuk generasi seniman yang akan datang untuk membentuk suara dan idea bagi wacana seni negara. Kami mengucapkan terima kasih kepada ramai individu yang telah mengambil bahagian dan memberi sumbangan mereka dalam projek ini sebagai penulis, penemu ramah, penterjemah, peserta dan moderator meja bulat, pembantu dan editor. Kami mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang terutama atas kesabaran mereka ketika kami berusaha mengatasi pelbagai halangan dalam menghasilkan jilid ini.

Kami dengan rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada institusi- institusi, penerbit-penerbit, artis-artis, penulis-penulis dan lain-lain pihak yang telah sudi menyumbang gambar-gambar karya dan memberi keizinan untuk menerbitkan semula pelbagai teks serta imej. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan daripada komuniti seni yang telah memberi galakan, maklum balas dan segala macam bantuan kepada kami di sepanjang proses panjang menyiapkan buku-buku dalam projek ini setakat ini.

Kami mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli lain dalam jemaah editor yang asal yang telah bersama-sama kami merangka struktur dan konsep asas projek Naratif

Seni Rupa Malaysia – Hasnul J. Saidon, Anurendra Jegadeva dan Eva McGovern, serta

Adeline Ooi, yang telah bekerjasama dengan Yap Sau Bin untuk membangunkan bahagian amalan dan sejarah pengkuratoran, dan Jason Tan yang telah bersama-sama kami bertungkus-lumus memerah otak untuk mencari pendekatan tentang tajuk seni dan orang awam di Malaysia. Kami mengucapkan terima kasih kepada T.K. Sabapathy atas bimbangan dan pandangan beliau yang sangat berharga dalam membentuk penerbitan ini. Secara keseluruhannya, kebanyakan kandungan yang ada tidak akan dapat dihasilkan tanpa sumbangan beliau terhadap penulisan sejarah

(6)

Kami menyelaraskan nama-nama artis dalam siri Naratif Seni Rupa Malaysia, menurut apa yang paling lazim digunakan dalam penerbitan-penerbitan seni, melainkan Zulkfili Dahlan, di mana nama beliau sebelum ini telah dieja sebagai Zulkifli Dahalan. Kami telah membuat perubahan dalam jilid ini mengikut ejaan yang digunakan dalam pameran retrospektif pelukis di Balai Seni Lukis Negara pada 2017.

Gelaran hormat tidak digunakan kecuali di bahagian Penghargaan.

Tajuk-tajuk karya, pameran dan penerbitan adalah mengikut bahasa asal tajuk-tajuk tersebut (setakat mana yang kami tahu), atau Bahasa Melayu jika tajuk-tajuk itu berdwibahasa.

Nota Penyunting

seni di Malaysia. Naratif Seni Rupa Malaysia tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa kemurahan hati para dermawan, penaja dan rakan sama ada dari dalam mahupun luar komuniti seni tempatan. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan kepada Naratif Seni Rupa Malaysia dan kerana menaruh sepenuh keyakinan pada projek ini.

(7)

nur hanim khairuddin adalah seorang artis, kurator dan penulis seni dan budaya. Beliau pemilik Teratak Nuromar, sebuah penerbit bebas yang turut menjalankan projek-projek kearkiban dan penterjemahan. Penerbitan termasuk Raja’ah: Art, Idea

and Creativity of Sulaiman Esa from 1950s-2011 (2011) dan Bumi Larangan: Zulkifli Dahlan

(2017), mengiringi pameran yang disusunnya di Balai Seni Lukis Negara. Beliau kini merupakan pengarah bersama MARS (Malaysian Art Archive and Research Support) dan anggota Panel Penasihat Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA). beverly yong merupakan pengasas bersama dan pengarah RogueArt, dan juga seorang penulis dan kurator bebas dengan pengkhususan dalam seni Asia Tenggara setelah berkhidmat di galeri selama 12 tahun. Antara penerbitan beliau termasuklah Between

Generations: 50 Years of Modern Art in Malaysia (bersama Hasnul J. Saidon, 2008), Wong Hoy Cheong: Shifts (bersama June Yap, 2008), Yee I-Lann: Fluid World (bersama

Adeline Ooi, 2010), Today and Tomorrow: Emerging Practices in Malaysian Art (bersama Rachel Ng dan Adeline Ooi, 2013) dan Condition Report: Shifting Perspectives in Asia (bersama Furuichi Yasuko, 2018).

yap sau bin seorang artis, dan pensyarah pakar di Fakulti Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia. Beliau juga salah seorang pengasas dan anggota awal kolektif seni Rumah Air Panas, dan terlibat dalam pelbagai projek pengkuratoran, program seni dan pameran, serta menulis dan memberi syarahan di dalam dan luar negara mengenai praktis seni rupa kontemporari.

simon soon merupakan seorang sejarawan seni dan juga kurator. Beliau telah menulis pelbagai topik berkaitan seni rantau Asia pada abad ke-20, dan merupakan pengasas bersama dan pengarang bersama jurnal SOUTHEAST OF NOW: Directions

in Contemporary and Modern Art in Asia. Beliau kini mengajar bidang Sejarah Seni di

Universiti Malaya sebagai pensyarah kanan program Seni Visual.

chi too merupakan seorang pelukis, pekerja seni dan pekerja dokumentari dan berita. Beliau juga memiliki bakat dalam seni ukiran kayu dan membuat roti.

danny lim merupakan seorang penulis, wartawan dan jurugambar. Beliau juga kerap menjadi penerbit tempatan bagi BBC, CNN dan Al-Jazeera.

Nota Mengenai Penyunting

dan Penulis

jason tan seorang editor dan penulis bebas. Beliau adalah penyunting Esquire Malaysia, dan penyunting pengasas majalah Off The Edge dan majalah tablet interaktif The B-Side, dua penerbitan yang menyediakan ruang kritikal bagi liputan dan ulasan tentang seni selain halaman berkaitan sosial, politik, perniagaan dan fesyen. Beliau dahulunya merupakan penyunting Vox, majalah hari Ahad akhbar The Sun, dan options 2, suplemen budaya akhbar mingguan The Edge.

art kl-itique (Shyan) merupakan seorang penggiat seni visual dari Kuala Lumpur, dan juga pembeli hasil seni. Pemerhatian beliau tentang senario seni tempatan dapat diikuti melalui artklitique.blogspot.com

rachel jena menjawat sebagai penyunting seni untuk Time Out KL mulai 2008-16 dan telah menulis tentang seni Malaysia untuk pelbagai penerbitan. Beliau kini berpangkalan di Shanghai dan bekerja sebagai pakar strategi komunikasi.

ili farhana merupakan seorang profesional dalam bidang kreatif yang mengurus, mengatur dan memudahkan projek dengan tumpuan terhadap komuniti seni, aktivisme seni da pembelajaran secara kreatif. Beliau kini menjalankan program kerjasama kreatif berkaitan kehidupan sihat dengan tumpuan terhadap penghasilan makanan dan penanaman di bandar, serta pembelajaran kreatif berhubung isu-isu persekitaran untuk kanak-kanak. tan hui koon meminati bentuk dan amalan seni periferal kontemporari yang melibatkan masyarakat. Beliau kini merupakan seorang kurator di Balai Seni Lukis Negara. hardesh singh merupakan pengasas PopDigital—sebuah usaha digital berbilang disiplin dengan tumpuan terhadap operasi media baharu. Portfolio PopDigital termasuklah e-dagang, penerbitan digital, teknologi perubatan, fesyen lestari, agensi digital dan The Cooler Lumpur Festival.

mark teh merupakan seorang penyelidik dan pembuat persembahan dengan amalan beliau termasuklah menerusi pameran, pendidikan, pengkuratoran dan penulisan. Projek beliau yang pelbagai dan kolaboratif melibatkan pelbagai isu sejarah, ingatan dan konteks bandar. Beliau menerima ijazah MA dalam Seni dan Politik dari Goldsmiths, University of London, dan menjadi anggota Five Arts Centre, sebuah kumpulan pelukis, penerbit dan aktivis berbilang disiplin.

(8)

alexandra tan adalah pengasas platform profesional artcartel.io. Beliau mengikuti pengajian Sejarah Seni di Courtauld Institute of Art dan pernah menulis tentang seni untuk the Edge Galerie dan B-Side.

sara loh merupakan anak Arts-ED yang mendapat inspirasi daripada usaha seni komuniti beliau yang muda. Dia kini bekerja dalam bidang dasar sosial dan persekitaran. Sebelum itu beliau bekerja dalam bidang pembangunan sosial. Beliau memiliki MA dalam Antropologi (University of Sussex) dan BA dalam Etnomuzikologi (Smith College).

carmen nge merupakan seorang penolong profesor di Fakulti Industri Kreatif, Universiti Tunku Abdul Rahman, Malaysia. Beliau telah menulis tentang budaya di Malaysia, khususnya seni visual, selama lebih 10 tahun. Baru-baru ini beliau telah menjadi penyunting bersama bagi buku Ismail Hashim: Essays, Interviews and Archives, dengan Wong Hoy Cheong (2015). Beliau mengajar bidang subjek yang luas termasuk media dan budaya di Malaysia, pemikiran kritikal, sains fiskyen dan reka bentuk permainan. patrick d. flores merupakan Profesor dalam Pengajian Seni di Jabatan Pengajian Seni, Universiti Filipina, jawatan yang dipegangnya dari 1997 hingga 2003 dan kurator di Muzium Vargas, Manila. Beliau merupakan salah seorang kurator untuk Under

Construction: New Dimensions in Asian Art in 2000 dan Gwangju Biennale (Position

Papers) pada 2008. Antyara penerbitan beliau termasuklah Painting History: Revisions

in Philippine Colonial Art (1999); Remarkable Collection: Art, History, and the National Museum (2006); dan Past Peripheral: Curation in Southeast Asia (2008).

seng yu jin merupakan kurator kanan Galeri Nasional Singapura. Penyelidikan kurator beliau meliputi pengajian perbandingan sejarah seni di Asia Tenggara yang memberi tumpuan kepada sejarah pameran, relasionaliti dan kolektivisme di rantau ini. Beliau dahulunya merupakan pensyarah di LASALLE College of the Arts, dan penyunting bersama bagi penerbitan Histories, Practices, Interventions: A Reader In Singapore

Contemporary Art (2016).

lai chee kien merupakan Profesor Madya Adjung di Universiti teknologi dan reka Bentuk Singapura dan jufa seorang artkitek berdaftar di Singapura. Antara penerbitan beliau adalah A Brief History of Malayan Art (1999) dan Building Merdeka: Independence

Architecture in Kuala Lumpur, 1957-1966 (2007). Beliau menjalankan penyelidikan

tentang seni, senibina, penempatan, bandar dan landskap di Asia Tenggara. emelia ong menuntut dalam bidang Reka Bentuk Grafik di University of Bridgeport, dan kemudian menamatkan ijazah lanjutan beliau dalam bidang Sejarah Seni di Universiti Malaya (MA) dan Universiti Sains Malaysia (PhD). Bidang penyelidikan beliau termasuk seni Malaysia moden dan persimpangannya dengan kajian-kajian identiti, budaya dan pasca-kolonial. Beliau kini mengajar Sejarah Seni di Universiti Malaya.

safrizal shahir mengajar di Jabatan Seni Halus di Pusat Seni Universiti Sains Malaysia. Dia mendapat pendidikan seni halus dan sejarah seni di Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Adelaide dan Australian National University. Bidang penyelidikan beliau menjurus kepada seni moden Malaysia, teori seni visual Islam dan amalan melukis.

hasnul j. saidon mengikuti pengajian seni halis di Institut Teknologi MARA dan Southern Illinois University and Electronic Art (MFA) di Rensselaer Polytechnic Institute. Bekerja sebagai pendidik seni sejak tahun 1990an, beliau telah mengajar di Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Sarawak dan Center for Advanced Design. Beliau kini merupakan seorang Profesor Madya dalam bidang Seni Media Baharu di Universiti Sains Malaysia.

zainol shariff (Zabas), seorang pelukis dan sejarawan seni, mendapat pendidikan seni halus di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Sejarah Seni di University of California, dan pengajian pengesahan dan pemuliharaan seni di Melbourne University. Beliau pernah mengajar Seni dan Sejarah Seni di Universiti Sains Malaysia, Institut Teknologi MARA (kini UiTM), Universiti Malaysia Sarawak dan ASWARA serta pernah menjadi Kurator di Muzium Bank Negara dan Pengarah di Galeri PETRONAS.

(9)

ray langenbach tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur. Beliau ke Kuala Lumpur dari Amerika Syarikat untuk bekerja sebagai ketua bahagian seni arca di Pusat Seni, USM mulai 1988 hingga 1992. Beliau telah menjadi kurator bagi acara persembahan, menganjurkan pertemuan dan mempersembahkan video, pemasangan, lukisan dan persembahan di Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan baru-baru ini di Palestine. Beliau mengajar seni, persembahan dan teori di Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Finland, Pakistan dan Singapura.

roopesh sitharan merupakan seorang pendidik, penyelidik, kurator dan pelukis. Bidang pengkhususan beliau adalah seni kontemporari Malaysia, budaya media baharu dan amalan kurator. Beliau mengkaji sempadan makna dan nilai dalam penerbitan dan penterjemahan seni media baharu. Penulisan beliau telah disiarkan dalam Leonardo

Electronic Almanac, CTRL+P Journal of Contemporary Art, Documenta 12 dan sentAp!.

yvonne low membuat penyelidikan khusus dalam bidang seni moden dan kontemporari Singapura, Malaysia dan Indonesia. Penyelidikan beliau meliputi politik budaya pembangunan seni, pelukis wanita dan sejarah seni wanita. Beliau berkelulusan PhD dari University of Sydney, dan kini merupakan pensyarah sesi dalam Seni Asia di Power Institute universiti tersebut.

au sow yee ialah seorang artis Malaysia yang kini berpangkalan di Taipei. Beliau merupakan pengasas bersama Perpustakaan dan Kolektif Rumah Attap pada tahun 2017 dan juga penulis tamu bagi majalah dalam talian No Man’s Land.

(10)

Perspektif mengakhiri siri penerbitan sebanyak empat jilid Naratif Seni Rupa Malaysia. Projek Naratif ini dimulakan hampir 10 tahun yang lalu dengan berlandaskan gagasan untuk menghimpunkan pelbagai suara bagi membicarakan tentang praktis dan kepentingan seni di Malaysia. Selain itu ia juga bertujuan mewujudkan satu sumber yang bercakupan luas untuk subjek yang masih kurang didokumentasikan ini dan sekaligus merangsang wacana seputarnya.

Projek ini mempertimbangkan berbagai-bagai pilihan dan kemungkinan agar dapat merangkumi pelbagai suara dari zaman silam dan masa kini yang diutarakan oleh para penggiat di dalam komuniti seni dan oleh para penyelidik serta pengulas dari pelbagai bidang. Ia telah berkembang dengan cara yang agak organik dengan pertukaran barisan penyunting yang berperanan mengumpul segala maklumat dan sumber dan merangka satu bentuk serta tema umum bagi setiap jilid untuk memberi respons kepada bahan-bahan yang dikumpul dan sedikit demi sedikit mengembangkan bahan-bahan tersebut.

Jilid 1: Menanggap Identiti dan Jilid 2: Reaksi – Strategi Kritikal Baru meneliti pelbagai kecenderungan dan perkembangan dalam pengkaryaan seni serta agenda-agenda kesenian, manakala Jilid 3: Infrastruktur pula memberikan tumpuan kepada perkembangan struktur-struktur dan sistem-sistem yang melandasi praktis serta apresiasi seni. Jilid terakhir ini, Perspektif, melihat bagaimana kita mengkaji dan menghayati seni di Malaysia. Dari satu segi, jilid ini berfungsi mengimbangi ketiga-tiga jilid sebelumnya dan turut mendorong kita untuk merenungi naratif-naratif di dalam jilid-jilid tersebut pada tahap berbeza. Jilid ini juga diharapkan dapat membentangkan beberapa pendekatan baharu dalam membincangkan mengenai pengkaryaan seni dan penerimaannya di Malaysia.

Di dalam jilid ini kami dibantu oleh dua orang penyunting bersama, iaitu Yap Sau Bin dan Simon Soon. Masing-masing mereka mempunyai minat terhadap pengkuratoran dan sejarah seni dan sedang memainkan peranan dalam mengembangkan kedua-dua bidang tersebut. Sebagai

Pengenalan

NUR HANIM KHAIRUDDIN & BEVERLY YONG, DENGAN YAP SAU BIN & SIMON SOON

penyunting bersama untuk jilid ini, mereka mengetengahkan pembacaan serta pemahaman mereka sendiri mengenai siri penerbitan Naratif dan memikirkan bagaimana untuk menyesuaikan jilid ini dengan keseluruhan projek Naratif.

Di dalam perbincangan-perbincangan awal mengenai struktur dan format siri penerbitan Naratif yang dijalankan oleh kumpulan asal penyunting satu dekad yang lalu timbul cadangan agar dua jilid pertama memfokuskan pada “pengkaryaan” seni, jilid ketiga pada “persembahan” seni dan jilid terakhir pada “konsumsi” seni. Pengkategorian tersebut ternyata mengelirukan dan akhirnya diperluaskan sepanjang proses pembikinan siri penerbitan ini. Bagi Yap Sau Bin, siri penerbitan Naratif menampilkan kisah-kisah dari berbagai-bagai trajektori, justeru sebuah pembingkaian idealis mengenai kepelbagaian suara dalam pengkaryaan seni dan pengalaman dengan karya seni. Beliau menegaskan bahawa barisan penyunting bertindak selaku kolaborator yang sama-sama berusaha mengimaginasikan dan memastikan penglibatan pelbagai suara. Oleh yang demikian, jilid terakhir ini mungkin lebih menumpukan pada isu-isu yang berkaitan dengan penerimaan, penggunaan, provokasi dan pengembangan seni dan bukannya sekadar “konsumsi” seni semata-mata. Ia memperlihatkan kewajaran penggunaan wacana yang dicetus oleh aksi-aksi dan kesan-kesan sebagai cara untuk mengesan ilmu yang diperolehi, dihasilkan dan dialami setelah karya seni dibuat dan dipamerkan dan selepas pameran dipasang dan diturunkan.

Bagi Simon Soon, Perspektif mengembangkan asas sejarah yang disediakan oleh himpunan-himpunan tinjauan yang dimuatkan di dalam Jilid 1: Menanggap Identiti dan Jilid 2: Reaksi – Strategi Kritikal Baru. Dua jilid pertama itu boleh dilihat sebagai bersifat laporan atau ulasan berasaskan ilmu pengetahuan, manakala dua jilid seterusnya menghidangkan penerangan yang lebih berunsur sosiologikal tentang faktor-faktor yang membantu mengekalkan kisah-kisah mengenai seni, yang kita terus-menerus ceritakan, dengan meneliti dua aspek lain dalam dunia seni – institusi dan agen (atau pelaku). Sekiranya kajian tentang infrastruktur dan institusi di dalam Jilid 3 memberi kita pemahaman mengenai

(11)

unsur-unsur hardware, Jilid 4 pula beralih kepada unsur-unsur-unsur-unsur software, atau apa yang dipanggil di dalam sejarah idea sebagai medan kewacanaan. Bagi beliau, himpunan pandangan-pandangan ini mewakili apa yang disebut oleh “Pakcik Rajah”, salah seorang kakitangan Balai Seni Negara yang paling lama berkhidmat yang suaranya ditampilkan di bahagian pertama jilid ini, sebagai “jiwa”.

Perspektif dibahagikan kepada tiga bahagian utama –Seni dan Publik, Antara Praktis dan Wacana, dan Penulisan Sejarah Seni. Ketiga-tiga bahagian ini mencerminkan tiga wilayah yang berbeza dan kadangkala bertindanan di mana nilai-nilai seni dihayati dan dibincangkan secara kritikal.

Di dalam Jilid 3: Infrastruktur, kami membuat tinjauan dan kajian mengenai pelbagai institusi, kumpulan dan aktiviti yang telah memberikan sumbangan kepada perkembangan seni di Malaysia dan mengetengahkan seni kepada masyarakat. Bahagian 1 di dalam jilid ini, Seni dan Publik, dirangka untuk mencari dan menyingkap kemungkinan siapakah “publik” ini dan mengapa kita melaburkan pelbagai sumber ke dalam bidang ini untuk menilai, secara tentatif, kesan seni atau kekurangan kesan seni ke atas kehidupan, kesedaran dan kemajuan masyarakat. Ataupun, seperti yang dinyatakan oleh Simon Soon, dengan cara apakah seni membantu mewujudkan satu bentuk ruang awam? Dengan membicarakan mengenai pelbagai tema, daripada pembangunan komuniti sampailah kepada isu penapisan, daripada aktivisme politik sampailah kepada ranah pasaran seni yang lebih eksklusif, kami cuba mengesan suara-suara dari pelbagai generasi dan pelbagai sudut di dalam bidang ini dan juga daripada masyarakat.

Bahagian kedua dan ketiga di dalam jilid ini menyentuh tentang bagaimana persepsi-persepsi kita mengenai seni di Malaysia dicorak, dan bagaimana dan mengapa kita membina naratif-naratif yang telah kita bina di sekitar seni, sambil mengupas karya dan usaha para kurator dan penulis sejarah seni. Lantaran itu, semua makalah dan wawancara di dalam bahagian ini mungkin dapat memperjelas dan memperdalam pembacaan kita pada dua

jilid pertama di dalam siri penerbitan ini, “mempertimbangkan semula” beberapa pameran dan teks penting yang menjadi rujukan kedua-dua jilid awal itu, dan menghasilkan kritikan atau pengembangan ke atas rangka-rangka asas jilid-jilid tersebut. Bahagian kedua, Antara Praktis dan Wacana, cuba menghidangkan satu gambaran kasar mengenai sejarah pengkuratoran dan satu analisis tentang sesetengah konteks serta amalan pengkuratoran. Bahagian ketiga pula, Penulisan Sejarah Seni, menampilkan di permulaannya satu bentuk pensejarahan subjektif serta respons-respons peribadi terhadap teks-teks penting yang mempengaruhi pembacaaan kita mengenai sejarah seni di Malaysia, dan seterusnya memaparkan penulisan-penulisan baharu mengenai sejarah seni yang cuba melangkaui aspek bangsa sebagai satu gagasan dan batasan. Di dalam menyusun bahagian ketiga yang memfokuskan pada penulisan sejarah seni Simon Soon menjelaskan bahawa satu lompang yang ketara di dalam jilid ini adalah ketiadaan kritikan seni sebagai satu bentuk nyata pembabitan wacana dengan seni. Di Eropah dan Amerika, seorang tokoh besar dalam perkembangan seni moden adalah pengkritik seni yang, dalam usaha gigihnya untuk mengungkapkan dengan kata-kata minat serta pengalamannya dengan seni, mencipta naratif-naratif dan cara-cara baharu melihat serta membantu melahirkan khalayak baharu untuk seni moden. Dari satu sudut, walaupun tiada bahagian khusus mengenai kritikan seni, kami menegaskan bahawa semangat kritikan seni berjaya dihidupkan oleh beraneka perspektif yang ditampilkan di sini.

Bagi Yap Sau Bin, ketiga-tiga bahagian itu mewakili tiga kelompok yang berkepentingan: Bahagian pertama meninjau khalayak seni dan pembabitan seni dengan kehidupan sosial, politik dan seharian. Di dalam bahagian kedua dan ketiga, kurator dan sejarawan seni mewakili dua kumpulan yang nampak berbeza sama sekali tetapi sebenarnya saling berkait, dan kedua-dua kumpulan tersebut melihat ke belakang dan ke depan dengan pendekatan-pendekatan berbeza dalam menangani pelbagai aspek yang kait-berkait berhubung dengan seni dan objeknya – ilmu, wacana dan kaedah-kaedah manifestasi sebagai persembahan, sebagai pameran, sebagai projek-projek berwacana. Bahagian kedua

(12)

dalam seksyen terakhir meneroka apa yang belum (lagi) ditulis dan yang mungkin akan dibincangkan dan difikirkan, dengan tujuan agar kitaran proses ini kembali semula kepada para penggiat seni, kurator dan ilmuwan bagi mempersembahkan ‘idea-idea yang baharu/diperbaharui’.

Di dalam makalah beliau bertajuk ‘Tubuh Halimunan: Sebuah Naratif Berunsur Othering atau yang Menanggap Keberlainan’ di dalam Jilid 2 siri penerbitan ini, Tan Zi Hao menggunakan performans Marion D’Cruz Gostan Forward sebagai alegori untuk menggambarkan usaha projek Naratif Seni Rupa Malaysia ini. Jilid 4: Perspektif, yang meneliti cara-cara kita melihat seni, merupakan langkah terakhir di dalam aksi bergerak ke belakang dan ke depan ini. Di dalam Jilid 1, kami menampilkan pelbagai naratif yang diungkapkan oleh para artis dan karya mereka sebagai sebahagian daripada proses menanggap dan menuntut identiti-identiti di dalam sebuah negara dan masyarakat yang masih bergelut mencari dirinya selama berdekad-dekad setelah mencapai kemerdekaan. Di dalam Jilid 2, kami mengkaji bagaimana artis-artis menyusun strategi dan menemui cara-cara berkesan untuk memberi respons dan merangka kritikan terhadap realiti-realiti sosial dan politik yang berubah-ubah. Jilid 3 meninjau infrastruktur dalam dunia seni dan menunjukkan bahawa pelbagai lompang dan ketidakseimbangan dari segi ilmu pengetahuan, pemahaman dan pelaburan modal insan masih perlu diberikan tumpuan supaya perkembangan seni dapat disokong dengan cara-cara yang lebih bermakna. Jilid terakhir ini barangkali memperlihatkan potensi besar kepentingan seni di dalam sebuah masyarakat, di samping menggariskan beberapa peluang dan prospek.

Sepanjang 10 tahun selepas pelancaran projek Naratif ini, suasana sudah pun berubah, begitu juga dengan khalayak seni, meskipun beberapa perkara mendesak dan isu-isu rumit mungkin masih lagi wujud. Dunia seni terus berkembang dan berubah. Perubahan-perubahan keadaan sosial dan politik telah memunculkan pelbagai kemungkinan menarik di dalam wilayah seni dan budaya. Tema-tema besar berkaitan dengan imaginasi, identiti dan kritikaliti mengedepankan, dan kami harap dapat mencetus, kisah-kisah serta idea-idea yang lebih menguja dalam pengkaryaan seni.

Jilid ini adalah yang paling lama diusahakan. Dimulakan pada tahun 2017, dengan makalah-makalah dan wawancara-wawancara yang dihasilkan di antara 2011 dan 2017, kami menghidangkannya sekarang dengan mengambil sedikit jarak daripada bahan-bahan tersebut. Yap Sau Bin mengingatkan kami bahawa mereka yang terlibat di dalam makalah-makalah dan wawancara-wawancara itu mungkin telah bergerak ke hadapan dari sudut praktis dan pemikiran mereka. Maka apa yang dipaparkan di sini hanyalah satu tahap perkembangan, sepertimana juga jilid dan antologi ini secara keseluruhannya, di antara pelbagai penerbitan lain yang berkaitan, mewakili satu fasa dalam seni Malaysia – sebagai saksi, sebagai wadah, sebagai pesaing dalam mengutarakan idea-idea dan pemikiran-pemikiran dari pelbagai generasi, komuniti atau kumpulan. Kami menutup bahagian pengenalan ini dengan renungan Simon Soon mengenai jilid terakhir ini.

Dunia seni terdiri daripada pelbagai kepentingan yang silang-menyilang, kadangkala bersepakat dan kadangkala bertentangan, lalu melahirkan sebuah ekologi yang rumit, serangkaian mitos dan representasi. Pertikaian-pertikaian personaliti muncul, pandangan-pandangan bersifat polemik membangkitkan perselisihan, tuntutan-tuntutan kebenaran yang bercanggahan berubah menjadi permusuhan. Namun begitu, melatari suasana perlawanan dan penentangan yang nampak tegang ini adalah satu pemahaman yang masih terus wujud bahawa komitmen terhadap sejenis kerja kreatif yang kita namakan dengan istilah ‘seni’ ini membentuk sebuah dunia. Wujud idea tentang komuniti yang ditakrifkan secara samar-samar dan yang boleh digembleng dan disusun menjadi sebuah perjuangan. Hal ini sangat kuat dirasakan dalam protes menentang perobohan arca awam Puncak Purnama, karya seniman negara almarhum Syed Ahmad Jamal pada 1986, yang dilakukan oleh DBKL pada 2016.

Jilid terakhir ini menyajikan kefahaman dan memberikan gambaran kasar tentang komuniti lebih besar yang hadir di dalam dunia seni, sesetengah mereka pada asasnya tidak dikenali sebagai artis tetapi sebagai pekerja kreatif, pencerita dan pembikin mitos berdasarkan kelayakan yang telah

(13)

mereka capai. Kajian sosiologi oleh Howard Becker pada 1984 berjudul Art Worlds menggambarkan betapa karya seni wujud hasil usaha koordinasi ramai individu yang membentuk dan mencorak karya seni itu dan nilai serta maknanya di dalam sebuah masyarakat. Apa yang dirumuskan oleh kajian ini adalah bahawa nilai yang diberikan kepada sesebuah karya merupakan usaha bersepadu untuk melahirkan satu bentuk penghargaan publik terhadap kerja-kerja kreatif oleh sesetengah pengkarya objek atau penyebar idea, dan bukannya terhadap tindakan pengkaryaan seni semata-mata.

Tahun 2018 menyaksikan para pengundi di Malaysia berjaya menumbangkan kerajaan, yang telah memerintah selama enam dekad, melalui cara-cara yang aman dan demokratik. Kerajaan lama digantikan dengan kerajaan baharu yang menawarkan peluang untuk memikirkan semula nilai seni dan peranan yang boleh dimainkan oleh institusi-institusi bagi mendokong usaha-usaha seumpama itu. Pada detik bersejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, idea-idea baharu mengenai seni dan budaya pasti akan muncul. Apa yang disajikan di dalam keempat-empat jilid siri penerbitan ini ialah kisah-kisah, asas-asas dan pengajaran-pengajaran yang boleh kita pelajari dari sejarah agar dapat kita merangka beberapa arah tuju baharu ini. Sama ada seseorang itu adalah artis, kurator, penulis, pengunjung pameran, pengumpul seni, pendidik, ahli falsafah, pengurus seni, sejarawan seni, kritikawan, penulis blog, peminat seni, atau semata-mata orang yang melihat dengan penuh minat, komitmen berterusan kita untuk sama-sama terlibat memperkayakan naratif-naratif tentang seni Malaysia pada asasnya timbul daripada rasa kepuasan intelektual dan emosional yang mendalam yang dicapai menerusi pengalaman-pengalaman kita dengan seni.

Dari satu segi jilid terakhir ini membicarakan tentang kekuatan dan ketahanan idea-idea serta cara-cara melihat yang terus-menerus menunjangi pembabitan berterusan kita dengan objek keberahian aneh ini yang dipanggil seni. Bolehlah dikatakan bahawa pada dasarnya tanpa artis tidak akan ada seni. Begitu juga, seni tidak akan wujud tanpa kisah-kisah yang terus-menerus kita ceritakan kepada diri kita berhubung dengan

pertembungan kita dengannya, sambil mencipta bahasa-bahasa baharu untuk menghuraikan pengalaman-pengalaman estetik yang baharu lagi pelik ketika kita berusaha mencari satu bentuk perubahan diri dan pembelajaran sepanjang hayat menerusi dialog-dialog kita dengan objek kajian kita ini.

(14)

seni dan

masyarakat

Nur Hanim Khairuddin & Beverly Yong (peny.)

(15)

Bahagian ini cuba menelusuri hubungan antara seni dan orang awam di Malaysia. Menyedari cabaran topik ini, kita mulakan dengan mengenal pasti beberapa perkara utama di mana seni bertemu dengan masyarakat- di ruang awam, di institusi kesenian kebangsaan kita, dalam dunia seni komersil, dalam media, dalam aktivisme sosial/komuniti dan dalam pendidikan. Kami kemudian menggunakan beberapa siri teks dan menemu bual para individu yang telah melakukan kerja utama atau menjadi pemerhati yang berminat dalam bidang ini untuk mengumpul perspektif tentang apa yang berlaku di mana seni bertemu orang ramai. Ditubuhkan pada tahun 1958, dan mengisytiharkan misi “untuk mengumpul, memulihkan, memelihara, mempamerkan, mempromosi dan memupuk kesedaran, pemahaman dan apresiasi seni untuk semua lapisan masyarakat”, Balai Seni Negara adalah pintu masuk yang paling lama dan paling jelas bagi seni untuk orang awam. Artis chi too dalam perjalanan seninya sering meneroka hubungan seni dengan masyarakat Malaysia, yang paling berkesan adalah memainkan peranan sebagai penonton dalam Artist chi too Looks At Artworks As He Contemplates the State of the Nation’s Institutions a.k.a. How Can You Be Sure pada tahun 2013. Kami menghantarnya untuk mencari Yuarajah Kandasamy, pembantu galeri yang berkhidmat di Balai Seni Negara selama hampir 40 tahun, untuk mendapatkan pengalaman beliau yang sangat lama dengan institusi dan penontonnya. Dalam wawancara yang diadakan, “Uncle Rajah” bercakap tentang beberapa fakta - bilangan pelawat tidak

berkembang kerana banyak perkara perlu dilakukan untuk menarik orang ramai, bahawa terdapat kurang pencinta seni dan penyokong yang datang berbanding zaman sebelum ini, bahawa pelajar seni tidak diajar bagaimana untuk mencintai seni dan tidak kembali setelah mereka tamat pengajian, dan Balai Seni Negara mungkin atau mungkin tidak berhantu tetapi yang pasti ia memiliki jiwa yang terletak pada seniman yang mencipta karya-karya yang membentuk galeri.

Kebanyakan seni di Malaysia dipamerkan di galeri dan ruang komersial, dan kebanyakan daripada apa yang disiarkan dalam seni Malaysia datang dari pasaran seni, maka pasaran memainkan peranan yang dominan

dalam membentuk bagaimana kami menghayati amalan seni. Dalam ‘Bermuka-muka dengan Galeri’, blogger seni yang gigih, Art KL-itique memberi tumpuan kepada dunia seni yang kecil tetapi sedang berkembang yang memfokuskan kepada penjualan dan pembelian seni. Beliau melihat pelbagai pemainnya - artis, pengumpul, ahli galeri - dan peranan serta motivasi mereka, menonjolkan masalah-masalah tentang bagaimana naungan berfungsi, serta penghasilan maksud dan pengekalan integriti profesional dan artistik. Mengikut pandangan beliau, sama ada seni “awam” hanyalah terdiri daripada satu kalangan peribadi pemain pasaran atau lebih dari itu, kekurangan pemikiran yang kritikal telah menyekat interaksi yang lebih baik antara seni dan penyokong seni.

Sementara itu pengkritik dan pengulas seni, Rachel Jenagaratnam memikir tentang “kesepian” menulis tentang seni di Malaysia, di mana ruang media arus perdana dan pembaca adalah terhad dan cenderung kepada kepentingan pasaran seni. Walaupun dengan perubahan zaman dan media yang berubah-ubah, namun akhbar masih boleh memainkan peranan penting dalam membawa seni ke dalam perbualan awam - jawapannya terletak pada peningkatan jumlah pembaca.

Sementara itu, para seniman sendiri tidak sabar dengan batasan yang ditetapkan oleh kerangka kerja dunia seni konvensional yang memisahkannya daripada penonton dan komuniti mereka, sehingga mengehadkan peranan mereka dalam masyarakat.

Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, semakin banyak kumpulan artis di Malaysia telah dibentuk yang memilih untuk beroperasi di luar sistem pasaran seni dan infrastruktur institusi untuk melibatkan diri secara langsung dengan orang awam, sering bekerja di dalam dan dengan komuniti tertentu. Kami bertanya kepada penulis, Ili Farhana, dan penyelidik, Tan Hui Koon, kedua-duanya aktif dalam pergerakan ini sejak tahun 2004 ketika mereka terlibat dengan pesta notthatbalai yang digerakkan oleh para pelukis, untuk memberi gambaran tentang bagaimana dan mengapa seniman bekerja dengan masyarakat, dan isu-isu dan cabaran yang timbul. ‘Membangun Komuniti dengan Seni’

(16)

menyuarakan sokongan untuk artis sebagai pengamal pembangunan komuniti dan untuk seni yang dihasilkan sebagai medium ungkapan untuk sokongan dan pemerkasaan sosial, serta memperkenalkan beberapa kolektif dan projek yang telah memberi kesan. Ia menggariskan keperluan kesinambungan amalan sedemikian bagi mewujudkan penglibatan yang berterusan dengan orang ramai, menyeru sokongan dan pengiktirafan, dan bagi semua artis di Malaysia untuk bersama-sama berusaha dan membawa seni lebih dekat kepada masyarakat.

Jenis-jenis strategi yang dibangunkan oleh pengamal seni, dan medium seni itu sendiri, juga telah memainkan peranan penting dalam kehidupan awam: iaitu sebagai alat untuk meningkatkan kesedaran sosial dan politik dalam bidang aktivisme, dan sebagai cara membentuk dan mempertingkatkan persekitaran dan gaya hidup dalam bidang reka bentuk.

Hardesh Singh dan Mark Teh juga membincangkan bagaimana seni dan strategi seni telah disesuaikan secara berkesan ke dalam aktivisme politik dan sosial, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menuntut ruang awam bagi keterlibatan yang bermakna. Menerusi ‘Khemah ini Cukup Besar – Seni dalam Aktivisme Seharian’, Hardesh Singh melihat pada tahun 2008, tahun pilihan raya umum ke-12, sebagai permulaan generasi baharu pengamal yang menggabungkan seni dan politik, bereksperimen dengan cara untuk berkongsi idea, wacana terbuka dan memperjuangkan asbab sosial di lapangan dan di Internet. Sementara itu, Mark Teh memberi tumpuan kepada tiga projek khusus antara tahun 2011 hingga 2013 sebagai “para-site” dalam kempen pilihan raya dan masyarakat sivil dalam tempoh ini, di mana bentuk amalan kebudayaan sebagai protes, diambil dari dan diketuai oleh seniman yang bekerja di seluruh bidang, digunakan untuk mendatangkan impak yang besar.

Usahawan kreatif Alexandra Tan bercakap kepada Nani Kahar dan Peter Kiernan dari koleksi reka bentuk urban labDNA tentang pendekatan mereka terhadap seni dan pembuatan tempat. Projek labDNA menggunakan seni sebagai komponen utama untuk mencipta, mengubah

dan mengaktifkan ruang awam seperti galeri membeli belah Publika dan bandar baru Nusajaya.

Penghargaan masyarakat yang sangat kurang terhadap seni dalam masyarakat kita sering dikaitkan dengan jurang dalam sistem pendidikan kita. Siri Jilid 3: Infrastruktur – Naratif Seni Rupa Malaysia ada membincangkan tentang isu-isu dan sejarah yang berkaitan seni dalam pendidikan formal, tetapi ada cara pemikiran lain tentang seni dan pembelajaran untuk orang ramai. Dalam ‘Seni untuk Generasi Muda’, alumni Arts-ED Sara Loh meminta pengasasnya Janet Pillai untuk berkongsi pendapatnya tentang mengapa seni dan budaya penting untuk pendidikan, dan membincangkan bagaimana program pendidikan tidak formal Arts-ED menggunakan seni visual sebagai alat untuk pembelajaran dalam kalangan generasi muda. Kes yang kukuh dibuat untuk pembelajaran berasaskan tempat, menggunakan seni untuk mentafsirkan pengetahuan dan membina warisan kita.

Walaupun penapisan seni visual sebenarnya bukan menjadi kelaziman di Malaysia, kes-kes baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan komuniti seni dan orang awam, menjadikan karya seni yang ditapis sebagai titik wacana atau penanda ketidakselesaan dalam hubungan antara seni dan orang awam. Dalam esei akhir bahagian ini, ‘Mengharungi Penapisan Seni’, Carmen Nge melihat bagaimana penapisan

digubal dalam konteks setempat, dan bagaimana artis menangani masalah tersebut dan mungkin menghasilkan peluang.

Unsur yang paling sukar untuk menyusun Seni dan Masyarakat adalah mencari cara untuk mewakili suara orang ramai. Kami menugaskan editor majalah Jason Tan menjalankan tinjauan pendapat umum terhadap seni, dan dia bekerjasama dengan wartawan Danny Lim, yang telah mengenal pasti dan menjalankan wawancara menerusi e-mel pada bulan Julai 2015 dan November/Disember 2016 dengan 13 subjek (daripada 20 orang yang ditemui) dari seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, berumur antara 22 hingga 60 tahun, dari pelbagai lapisan masyarakat - sesetengah daripada mereka yang beliau kenali secara

(17)

peribadi, manakala yang lain adalah kawan kepada rakan-rakannya. ‘Voxpop: Beberapa Pandangan mengenai Seni dan Kegunaannya’ cuba

untuk merakamkan sesuatu tentang hubungan masyarakat Malaysia masa kini dengan seni (sekitar tahun 2015), dan pandangan mereka tentang tempat dan pengaruh seni dalam masyarakat. Tiga belas wawancara ini di[a[arkan di seluruh bahagian yang berselang seli dengan teks-teks lain, sesetengahnya mewakili perspektif yang serupa dan ada kalanya perspektif yang jauh berbeza.

Walaupun menarik menyaksikan yang seni mungkin dilihat sebagai mencapai, atau cuba untuk mencapai orang ramai dalam pelbagai cara, namun suara-suara dalam bahagian ini juga kelihatan seperti membicarakan idea-idea seni yang berbeza dan juga orang awam yang berbeza yang tidak semestinya berhubung antara satu sama lain. Ciri-ciri amalan seni dan juga orang awam yang cuba dihubungkan oleh seni telah mengalami perubahan yang besar, baik di Malaysia mahupun di luar negara. Beberapa tulisan di sini mencerminkan idealisme generasi artis yang ingin keluar dari studio dan hadir di lapangan awam, termasuklah penglibatan seni dengan aktivisme politik, reka bentuk sosial dan pendidikan budaya. Pada ketika menulis nota pengantar ini pada 2017, kami mengatakan bahawa amalan seni terus berkembang. Lebih banyak lagi inisiatif di luar konteks kiub putih cuba membantu mengalih seni secara langsung ke dalam ruang awam, termasuk projek seni masyarakat dan alam sekitar yang menekankan penyertaan silang disiplin di kedua-dua lokasi luar bandar dan bandar. Penglibatan kurator dan cendekiawan dari disiplin lain dalam senario seni kita juga telah melonggarkan tanggapan terhadap seni yang lebih ketat – para intelektual muda, misalnya dari latar belakang kesusasteraan, seni bina, politik, falsafah dan sosiologi, menyuntik idea dan pendekatan baharu dan memberikan makna baharu kepada amalan seni.

Sementara itu, penonton hari ini semakin ingin tahu, terbuka, teruja untuk berinteraksi, dan didedahkan kepada fenomena budaya global, walaupun mereka mungkin mempunyai tempoh perhatian yang lebih

pendek berbanding dahulu. Teknologi dan Internet telah membantu mewujudkan dan membentuk khalayak ini, dan teknologi ini menawarkan cara yang berkuasa untuk menghubungkan seni dengan orang ramai. Dalam menghadapi perkembangan ini, ruang lingkup seni kita yang agak tertutup kelihatan seperti tertinggal dalam milenium sebelum ini. Institusi dan galeri yang masih menggunakan kaedah konvensional untuk menyampaikan seni dan menganjur acara, penjaga dan penganjur seni yang masih memiliki pandangan yang sama tentang apa yang membentuk seni serta peranan dan amalan seni, mungkin perlu mengambil pendekatan yang lebih fleksibel. Bak kata Uncle Rajah, sudah tiba masanya untuk semua orang memajukannya sekarang.

(18)

perbualan dengan “uncle rajah” memajukannya sekarang

Memajukannya Sekarang:

Perbualan dengan “Uncle Rajah”

WAWANCARA OLEH CHI TOO PADA 28 SEPTEMBER DAN 24 OKTOBER 2016. TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS OLEH ROHAIDA ALI DAN URSILAN ZAKI.

Yuarajah Kandasamy (juga dikenali sebagai Uncle Rajah) merupakan salah seorang kakitangan yang paling lama berkhidmat di Balai Seni Negara. Beliau mula bertugas pada November 1977, sebagai pembantu galeri yang ketika itu bertempat di sebuah bangunan di Jalan Ampang, yang kini merupakan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Beliau kemudiannya berpindah ke bangunan yang sekarang ini adalah Hotel Majestic. Ketika itu Balai Seni Negara dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara dan telah berpindah ke lokasinya sekarang di Jalan Tun Razak, dan kini dikenali sebagai Balai Seni Negara. Setelah berkhidmat sekian lama di institusi seni terunggul ini, sudah semestinya Uncle Rajah kaya dengan pelbagai ilmu, maklumat dan gosip berkaitan dunia seni Malaysia. Beliau sering bergaul dengan pelukis, pekerja seni, pengumpul barangan seni, pengkritik, penulis dan peminat seni. 31 Oktober 2014 merupakan hari kerja terakhir di BSN buat Uncle Rajah.

Jangan pedulikan saya Uncle Rajah. Saya hanya mahu merekodkan perbualan ini. Saya percaya Beverly sudah pun memberitahu anda mengapa kita mengadakan rakaman ini. Ia adalah bagi tujuan …

Ya, untuk jilid yang akan datang.

Uncle Rajah pernah melihat bukunya sebelum ini?

Ya, buku yang mula-mula, saya baca dua hingga tiga kali tetapi ada sesetengah perkara yang saya tidak faham. Istilah seni ini berbeza sedikit daripada terma biasa tapi saya sukakannya. Ia bagus.

Buku itu cuba menggalakkan pelukis supaya menonjol ke hadapan dan menghasilkan karya mereka tanpa rasa terhutang budi atau takut dengan sesiapa. Kita mestilah menjadi diri sendiri apabila kita menghasilkan karya, itulah yang cuba disampaikan oleh buku tersebut.

Bilakah Uncle Rajah bersara dari Balai [Seni Visual Negara]?

Tahun 2014, 31 Oktober merupakan hari terakhir. 1 November, 1977 adalah hari pertama saya bekerja di Balai. Ketika saya menyertai Balai, saya tidak ada pengalaman. Saya bukan seorang pelukis – saya cuma minat seni dan pegawai serta rakan sekerja yang menyertai Balai sebelum saya banyak membantu saya, mereka mengajar dan membimbing saya.

Uncle Rajah bekerja di Balai selama 37 tahun, dari semasa Balai terletak di Jalan Ampang ke Hotel Majestic hinggalah ke lokasi sekarang di Jalan Tun Razak. Selain daripada infrastruktur, apakah perbezaan antara Balai lama di Majestic dan Balai yang baharu?

Balai sekarang ini besar, lebih besar daripada bangunan yang dahulu. Sekarang apa yang dipanggil infrastruktur adalah berbeza….lebih baik dari sebelum ini. Kakitangan semuanya bagus, mereka rajin bekerja.

Tetapi itu tidak bermakna seseorang boleh menghasilkan banyak kerja seni yang bagus. Apa yang anda lihat dahulu kini berbeza. Maksud saya, bila saya lihat sekeliling, saya mesti rasa yang “saya berada di dalam galeri seni”. Kadang kala bila saya pergi ke galeri dan melihat-lihat, saya rasa seakan kehilangan sesuatu di sana, saya rasa kehilangan banyak perkara.

Dan bukan hanya saya – saya rasa kebanyakan seniman tempatan atau pengumpul hasil seni tempatan, bila mereka pergi ke galeri, dan bila saya bertemu mereka, mereka kata mereka rasa seperti ada sesuatu yang hilang, ada sesuatu yang tidak betul.

Saya rasa suasananya sudah berubah. Suasana galeri sepatutnya lebih mesra.

Maksud saya, bukan hanya kakitangan, tetapi galeri itu sendiri. Bila anda masuk ke dalam, sepatutnya anda rasa lebih tertarik untuk terus meneroka, membangkitkan minat anda. Inilah yang saya dengar daripada ahli seni dan peminat seni; maksud saya, orang yang saya kenali beritahu saya yang mereka tidak nampak “oomph”nya. Mereka tidak nampak sesuatu yang menarik mereka. Itulah sebabnya sekarang, ia tidak menarik lagi. Tarikan itu sangat penting. Bila anda masuk ke mana-mana, ia sepatutnya menarik minat anda.

(19)

perbualan dengan “uncle rajah” memajukannya sekarang Mungkin sebab saya bekerja di sana untuk tempoh yang lama, tetapi bila

saya bertemu pelukis, pencinta seni, pengumpul lukisan, dan bila saya bercakap dengan mereka, inilah yang mereka katakan.

Saya rasa kedua-dua pihak mesti mencari penyelesaiannya bersama-sama. Jadi, siapakah yang harus memulakannya? Saya tidak menuduh orang luar. Semasa saya bekerja di sana, saya akan bertanya kepada pelukis. Di negara-negara Eropah atau Amerika, orang membayar untuk melihat lukisan. Sekiranya kita mahukan galeri seni yang sedemikian, maka kita mestilah memajukannya. Pada mulanya, mereka buat benda yang sama, walaupun di negara-negara Eropah - mereka terus memajukan galeri mereka, itulah sebabnya kini orang membayar untuk memasuki galeri. Itulah yang perlu kita lakukan; memajukannya sekarang. Mungkin selepas 10 atau 15 tahun, kita tidak perlu pergi kepada orang ramai. Mereka akan datang mengunjungi galeri. Ini mesti dilakukan.

Encik Haned Masjak ada menyatakan dalam volum terawal bahawa Balai menerima 500,000 orang pelawat setahun, tentang program kesedaran dan program-program lain. Daripada jumlah yang disebutkan itu, berapa ramaikah pelawat Balai yang sebenar?

Bagi saya, terdapat tiga jenis pelawat. Pelukis, pencinta seni dan mereka yang singgah masuk dan pergi. Kebanyakan pelawat asing adalah pencinta seni. Sesetengah mereka hanya mahu melawat galeri kebangsaan. Kebanyakan pelawat warga tempatan adalah pelukis. Ada juga penyokong seni seperti para pengumpul. Bilangan mereka mungkin lebih atau kurang daripada apa yang dikatakan oleh Encik Haned sekiranya kita masukkan program kesedaran.

Berapa ramaikah pelawat yang diterima oleh Balai, hanya Balai sahaja, setiap tahun?

Lebih kurang 150,000 hingga 200,000. Kita mesti lihat dahulu pameran jenis apakah yang dianjurkan. Sekiranya pameran tersebut menarik orang ramai, atau jika pelukisnya terkenal, kita akan menyedari bahawa bilangan pelawat semakin bertambah.

Pada hari biasa, Uncle rasa berapa ramai orang yang melawat Balai ini?

Kurang sedikit daripada 100… anggaran sekitar 80 hingga 90 orang. Sekali sekala lebih daripada 100, seperti 200, 500… malah 1,000, kadang kala hingga 2,000 orang. Itulah sebabnya saya kata bergantung kepada pamerannya – sebagai contoh, jika seseorang seperti Latiff Mohidin, kita akan menyaksikan bilangan pelawat yang ramai. Kenapa? Bukan sahaja pencinta seni dan pelajar yang datang, tetapi pelukis lain juga kerana mereka mahu melihat kemajuan seorang pelukis veteran yang terkenal. Ia bergantung kepada pelukis, jenis hasil seninya…begitu juga program antarabangsa. Terutamanya lukisan, anda akan lihat ramai orang yang datang, dan bilangan mereka… betul seperti apa yang dikatakan oleh Encik Haned, tetapi tanpa program kesedaran, bilangannya adalah kecil.

Bila Uncle bersara, adakah Uncle lihat bilangan pelawat bertambah dari masa mula bekerja di Ampang dan Majestic?

Er, tidak. Saya tidak nampak bilangannya bertambah. Di Ampang, tempatnya kecil dan anda boleh lihat semua pelukis yang datang dan pergi, dan begitu juga pelawat. Dan bila kami berpindah ke Majestic, bilangan pelawat bertambah kerana suasananya. Tempat tersebut lebih dekat dengan stesen kereta api dan muzium, dan terutamanya bangunan itu sendiri yang menarik. Itulah sebabnya bilangan pelawat meningkat.

Di bangunan baharu.. 500,000 sememangnya angka yang besar tetapi pada saya sepatutnya ia boleh menarik lebih ramai lagi pengunjung kerana persekitaran bangunan tersebut, dan setelah membelanjakan wang… sepatutnya pengunjungnya lebih ramai.

Jadi, adakah Uncle berpendapat bahawa pelawat adalah lebih ramai semasa di Majestic pada hari biasa?

Ye, betul…untuk hari biasa. Dan kami cuba menarik minat orang untuk datang. Sebab itulah saya kata kita perlu pergi kepada orang ramai. Bukan sekadar melaksanakan program kesedaran tetapi tidak pergi kepada orang ramai. Kita mesti memantapkan diri kita, kita sudah ada nama. Kita dikenali di peringkat antarabangsa dan hasil kerja kita adalah baik. Malah pelukis asing juga mengiktiraf hasil seni dan pelukis kita. Masalahnya, kita mestilah menarik minat orang tempatan dahulu.

(20)

perbualan dengan “uncle rajah” memajukannya sekarang

Dalam temu ramah dengan pengarah terdahulu, mereka selalu menyebut yang mereka mahu cuba menarik lebih ramai pelawat ke galeri. Uncle rasa mengapakah mereka masih belum berjaya mencapai jumlah pelawat yang ramai?

Mudah saja kerana kita tidak pergi bertemu orang ramai. Kita hanya melaksanakan program, kita melaksanakan program kanak-kanak, tetapi ini semua tidak membantu sehinggalah kita menonjolkan diri kita kepada mereka. Semasa saya bekerja dengan KP yang dahulu, mereka mengajar saya bahawa: “Kita mesti pergi kepada orang ramai dan menjemput mereka. Kita bukan hanya menunggu mereka masuk di pintu. Bila kita pergi dan menjemput mereka, mereka akan datang pada lain masa, di lain hari, dan mereka akan datang bersama orang lain, rakan-rakan dan keluarga, supaya kita menerima lebih ramai orang dan lama-kelamaan mereka akan mengenali seni.”

Tapi sekarang kita tidak mampu menarik orang ramai. Kita masih tidak menonjol di mata umum, kepada diri sendiri, dan pada negara sendiri. Kita ada nama yang besar – Balai Seni Kebangsaan, tetapi kita masih tidak berada di tempat yang betul.

Selain daripada pelukis dan pencinta seni, siapakah lagi yang melawat Balai?

Orang asing… mereka datang apabila melawat ke negara ini. Sekurang-kurangnya 10 hingga 15 peratus pelawat kami adalah dari luar negara. Warga tempatan suka datang dan melihat-lihat. Itu sahaja. Mereka bukan benar-benar berminat. Jika anda bertanya kepada kebanyakan mereka,, “Anda tahu apa-apa pasal seni?” Mereka menjawab, “Ah… saya tak tahulah”. Ini kerana kita tidak pernah mengajar mereka. Bila saya menyebut mengajar, bukan hanya mengajar mereka tentang seni tetapi bagaimana melihat seni.

Benda-benda ini perlu diajar kepada generasi muda. Pelawat akan datang, melihat-lihat, dan bertanya:“Apakah yang bergantung di dinding?”. Sepatutnya ada orang yang tolong menjawab. Jika tidak, mereka hanya akan datang, buat satu pusingan, melihat-lihat dan pergi. Jika kita tidak melibatkan mereka, inilah yang akan berlaku. Anda dapat lihat, masa musim cuti, warga tempatan suka melancong, pergi ke pantai dan melawat tempat-tempat lain… Adakah mereka pergi melawat galeri seni? Setiap musim cuti, mereka pulang ke kampung. Orang kita tidak berminat melawat galeri.

Semasa musim cuti, kita nampak bilangan pelawat yang sama. Kadang-kadang sekolah ada program melawat galeri, tetapi itu tidak sama. Saya rasa perjalanan kita jauh lagi melainkan jika kita bekerja kuat dan turun padang. Kita mesti lakukannya. Jika tidak, kita akan menyaksikan pelawat yang sama, bilangan yang sama.

Boleh Uncle ceritakan bagaimana lawatan sekolah ke Balai yang biasa Uncle lihat apabila bas sampai?

Kebanyakan yang datang terdiri daripada sekolah seni, dan beberapa buah sekolah dari negeri-negeri lain di sekitar Kuala Lumpur. Memang bagus tetapi ia tidak sepatutnya hanya sekali lawatan sahaja iaitu apabila guru membawa mereka. Mereka perlu diajar, bukan sahaja bagaimana melukis dan mewarna – itu tidak akan menimbulkan minat. Guru mesti mengajar mereka, memberitahu mereka dan menggalakkan mereka melawat galeri seni, dan guru mesti tahu bagaimana mengajar mereka mencintai seni. Kadang-kala bila saya bercakap dengan mereka, mereka kata “Alah… seni, apakah yang boleh saya dapat daripada seni?”

Apakah kumpulan umur yang biasa melawat Balai?

Pelukis datangnya daripada pelbagai peringkat umur. Pengunjung lain pula terdiri daripada usia pertengahan, antara pertengahan 20-an hingga 50 tahun. Selain itu pelajar seni. Bila mereka datang melawat mereka suka melihat orang senyum kepada mereka, maka kami mesti senyum kepada pelawat. Bila mereka tidak nampak sesiapa, mereka akan rasa kekosongan. Tetapi, bagi pelajar seni… selepas tamat belajar, adalah semua pelajar seni akan datang ke galeri? Tidak, anda akan lihat anggaran 80 hingga 85 peratus daripada mereka tidak akan kembali melainkan mereka yang benar-benar berminat. Sungguh menyedihkan.

Bolehkah Uncle bandingkan antara pelawat yang diterima di Balai Tun Razak dengan Balai Majestic?

Mereka adalah pelawat yang sama tetapi lebih ramai pencinta seni di Majestic. Di Tun Razak, nampaknya kurang. Di Majestic, anda sentiasa boleh melihat pelukis, penyokong seni, penulis seni. Mereka selalu datang kerana suasananya. Malangnya saya tidak nampak para pelukis, penulis, penyokong seni dan pengumpul seni yang sama di Tun Razak berbanding di Majestic.

(21)

perbualan dengan “uncle rajah” memajukannya sekarang

Selain pelukis, adakah pelawat lain yang meninggalkan kenangan manis buat Uncle?

Ada. Saya tidak tahu nama mereka tetapi bila mereka datang, mereka suka berbual-bual. Tetapi tidak ramai. Saya mempunyai perhubungan yang baik dengan pengarah filem, U-Wei [Saari]. Ada juga pelukis yang minum-minum dengan saya bila mereka datang melawat. Pengumpul seni, Pakha [Pakhruddin Sulaiman] dan isterinya, Fatimah, mereka sangat baik dengan saya. Mereka menghormati saya… saya hanya orang biasa tetapi penghormatan yang diberikan kepada saya membuat saya rasa gembira. Kadang-kadang kami bercerita tentang keluarga. Beberapa orang pelukis terutamanya Yeoh Jin Leng, bila datang ke galeri dia akan memeluk saya. Mereka sangat ramah, ada beberapa orang pelukis seperti Zabas, saya akan meminta nasihat tentang seni, jadi saya belajar daripada mereka.

Antara ketiga-tiga Balai yang Uncle pernah bekerja, yang mana satukah yang paling berhantu?

Berhantu? Entahlah, tetapi orang kata Majestic. Saya dengar seorang pengawal keselamatan kata ada sesuatu pada waktu malam. Seperti lukisan terbang lah – sama ada perkara itu benar atau tidak, saya tidak pernah nampak apa-apa. Kami tidak tahu.

Kita pun tidak boleh nak cakap – saya tidak mahu cakap besar kerana setiap tempat ada rohnya sendiri. Bagi saya, Balai Seni Negara itu sendiri ada rohnya sendiri.

Bila sesuatu tak betul, maka ada benda-benda berlaku. Awak faham maksud saya?

Ada satu kejadian semasa waktu rehat tengah hari, di Majestic. Saya rasa penat sangat, jadi saya beritahu kepada rakan sekerja yang saya tidak mahu keluar, saya hanya mahu berehat. Saya ambil kerusi dan letakkan di sudut pintu dan tidur dari jam 1 hingga 2 petang.

Tepat jam 2, atau kira-kira 5 hingga 10 minit selepas itu, seseorang mengejut saya: “Eh, bangun, dah pukul 2 petang dah, dah tidur berapa lama? Hey, bangun. Waktu kerja”. Saya tidak bermimpi. Tiada sesiapa pun di situ. Saya memakai baju Melayu, waktu itu pakaian seragam saya macam ni. Saya tidak tahu sama ada itu adalah imaginasi saya, saya hanya berehat dan mesti bekerja semula bila pukul 2 petang. Saya tidak pasti apa yang berlaku.

Benda-benda yang kita tidak boleh nampak, saya tidak boleh lupakannya. Tangan saya dipegang, digoncang. Itu yang saya rasa.

Itu tidak bermakna tempat itu berhantu. Itulah sebabnya saya selalu kata, setiap tempat itu ada rohnya sendiri. Sama lah dengan Galeri Seni Kebangsaan, ada rohnya sendiri. Jika sesuatu tidak betul, sesuatu akan datang, itu berlaku di mana sahaja, walau pun dalam kehidupan seharian. Jika anda tidak betul ada sesuatu yang akan menegur anda. Lebih kurang macam itulah.

Uncle kata setiap tempat ada rohnya. Boleh Uncle ceritakan roh Galeri Kebangsaan?

Ia adalah sebuah galeri yang penuh dengan lukisan. Galeri daripada wang orang ramai, dana umum. Saya maksudkan galeri ini adalah harta awam, harta awam ada rohnya sendiri.

Bila kita pergi ke Galeri Seni Kebangsaan, kita boleh duduk diam-diam, rehatkan diri, dan kita akan dapat rasa kehidupannya. Ia memang hidup, Galeri Kebangsaan memang hidup.

Kita boleh lihat di sesetengah tempat, tiada kehidupan. Tiada kehidupan ertinya kosong. Tetapi Galeri Seni Kebangsaan tidak kosong. Galeri seni itu sendiri hidup, maka ia tidak kosong. Ia boleh berada di mana-mana sahaja – ia boleh membentuk dirinya kerana ramai orang telah berusaha keras untuk membina galeri itu seperti sekarang ini. Maka, ia terus membesar, orang masih bekerja di situ dan ia bukan sahaja berkaitan dengan mereka yang bekerja di galeri seni.

Pelukis bekerja untuk mewujudkan kesinambungan galeri seni. Lukisan siapakah yang berada di sana? Lukisan yang dihasilkan oleh pelukis. Maka pelukis adalah mereka yang bekerja keras untuk mengekalkan seni. Usaha ini masih berterusan sejak zaman moyang kita. Mereka sentiasa bekerja keras. Apabila kita berhempas pulas menghasilkan sesuatu, sudah tentu ada roh pada usaha kita. Itulah sebabnya para pelukis bekerja keras di Galeri Seni Kebangsaan. Jangan lupakan pelukis. Tanpa mereka, maka tidak wujudlah galeri seni. Walau di mana pun, saya akan katakan bahawa tanpa pelukis, tiada galeri seni kerana pelukis yang menghasilkan kerja seni. Maka, itu ada roh atau tidak?

(22)

perbualan dengan “uncle rajah”

Apa sahaja, lukis apa sahaja… anda lakukannya dengan hati, perasaan dan jiwa raga anda. Itu pun mempunyai roh. Itulah maksud saya. Galeri seni mempunyai rohnya sendiri kerana pelukis.

Jadi, tanpa pelukis, tiada galeri seni. Pelukis lah nyawanya, mereka menghasilkan sesuatu yang tidak boleh dihasilkan oleh orang lain. Ia unik. Galeri seni adalah unik. Ia tidak boleh hidup dengan duit. Ya, kadang kala anda dapat wang daripada hasil seni, tetapi itu tidak bermaksud itu caranya mencari nafkah. Sekarang mungkin pelukis boleh mencari rezeki dengan lukisan. Orang akan membeli lukisan mereka. Lukisan dibeli sebagai pelaburan. Tetapi ada sesetengah mereka bukan membeli sebagai pelaburan. Mereka membeli kerana sukakannya, ada dua kumpulan berlainan: satu sebagai pelaburan dan satu lagi kerana minat. Ia berbeza.

Maka ada roh. Jangan risau.

Galeri seni sekarang…. roh akan bergerak kerana seni, lukisan, semuanya bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Itu pandangan saya, setiap benda ada rohnya sendiri.

Ia bergantung kepada pelukis, Hasil seni akan ada di sana selamanya. Pekerja akan menjaga hasil seni tersebut tetapi pekerja juga tidak akan berada di sana selama-lamanya, akan bertukar-tukar, tetapi lukisan akan berada di sana. Saya rasa anda mesti lakukan ini – bila anda ada masa pergilah ke Galeri Seni Kebangsaan, duduk-duduk dan bersantai, berdiam diri. Anda boleh rasakan suasananya, berbeza daripada benda-benda lain. Itulah perasaan saya bila berada di Galeri Seni Kebangsaan.

Sehingga kini saya suka lukisan kerana suasana atau perasaan itu. Anda boleh duduk di dalam galeri seni dan lupakan segalanya. Dan anda boleh belajar sejarah daripada lukisan. Lebih banyak sejarah pada sesebuah lukisan. Saya tidak tahu sama ada apa yang saya katakan ini betul atau tidak. Terserah kepada anda untuk mempercayainya.

Tiada apa yang betul atau tidak. Bolehkah saya ambil gambar dengan Uncle? Terima kasih banyak-banyak.

Dengan ucapan terima kasih kepada Uncle Rajah.

VOXPOP: Beberapa Pandangan mengenai

Seni dan Kegunaannya - Bahagian 1

KONSEP WAWANCARA OLEH JASON TAN, DAN DIJALANKAN OLEH DANNY LIM MENERUSI EMEL PADA DISEMBER 2015 DAN NOVEMBER/DISEMBER 2016. TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS OLEH ROHAIDA ALI DAN URSILAN ZAKI.

Marilyn Ong Siew Ai, 60, perunding undang-undang

dan etika/penyelidik/penyunting, usahawan sosial;

dilahirkan di Sibu, Sarawak, menetap di Ampang,

Selangor

Apakah pengalaman seni visual pertama anda?

Seni dan kraftangan asli Sarawak. Kemudiannya iklan pawagam di Pulau Pinang. Menonton wayang sekali sekala pada hujung minggu. Adakah keluarga anda memiliki karya seni di rumah?

Ya. Sepasang patung burung enggang daripada kayu belian. Bagaimana pengalaman seni awal anda membentuk cara perhubungan anda dengan seni sekarang?

Saya dapat menghargai seni kerana kewujudannya tetapi pada masa yang sama saya menghargai seni kefungsian dan kraf yang menghiasi kehidupan orang asli.

Adakah anda pelajari seni di sekolah?

Ya, seni adalah salah satu matapelajaran dalam kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah saya.

Adakah pembelajaran tersebut membuat anda lebih berminat terhadap seni?

Saya suka kelas seni semasa di sekolah dan dianggap sebagai seorang yang berbakat dan dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan. Minat ini kemudiannya berubah kepada penghargaan seni yang lebih disiplin selepas tamat pengajian Diploma Pendidikan (pengkhususan dalam Seni).

Adakah anda merasakan bahawa mempelajari seni itu mengajar anda menjadi kreatif?

(23)

formal membolehkan kita mengetahui teori serta teknik dan kemahiran pelbagai media yang diperlukan untuk ekspresi kreatif dan untuk menjangkaui batasan yang ada.

Bolehkah anda namakan seorang (atau lebih) artis visual Malaysia?

Khalil Ibrahim (Malaya), Ramsay Ong (Sarawak).

Ke manakah anda pergi jika anda mahu melihat seni visual? Pilihan pertama, alam semulajadi anugerah Yang Maha Esa! Kedua, ke muzium seperti Muzium Sarawak yang mempunyai banyak khazanah seni visual budaya. Yang ketiga, galeri seni swasta atau awam untuk melihat pameran karya seseorang artis atau melihat koleksi tetap pelukis hebat tempatan. Yang terakhir, pameran dalam talian. Bulan lalu, saya menonton pameran karya seni avant-garde Yoko Ono. Saya juga pernah melawat The Louvre, Paris secara dalam talian beberapa tahun lalu di pejabat saya di UNIMAS, Kuching!

Pernahkah anda melihat mana-mana karya seni awam di kawasan anda bekerja/tinggal/membeli-belah?

Malangnya, tidak berapa ada di tempat saya tinggal. Lainlah kalau kita anggap ekspresi artistik di tempat-tempat awam seperti rekaan alaa rab di masjid-masjid itu sebagai sebahagian daripada seni umum. Sebenarnya ia memang boleh dianggap sebagi seni umum kerana seorang artis itu bertindak balas mengikut masa dan tempat serta digabungkan dengan citarasa kita sendiri.

Saya anggap lukisan di Penjara Pudu yang dirobohkan itu sebagai contoh terbaik seni awam.

Negeri Pulau Pinang dan Sarawak, dalam usaha mereka untuk memangkinkan industri pelancongan, mendapati seni awam (pada dinding bangunan-bangunan lama) menjadi cara yang berkesan untuk mewujudkan satu imej warisan.

Terdapat juga graffiti daripada “artis” jalanan yang tidak berpuas hati, yang kurang diberikan perhatian. Sebenarnya ini juga adalah seni awam tetapi daripada jenis kritik sosial yang mungkin tidak diterima sebagai seni awam oleh pihak berkuasa.

Adakah anda mempunyai satu arca awam ataupun lain-lain karya seni yang diminati?

Saya suka reka bentuk mozek asli Dayak dan arca-arca laluan tepi laut di Kuching, Sarawak

Adakah anda tahu mengenai arca Puncak Purnama Syed Ahmad Jamal yang dirobohkan baru-baru ini? Jika ya, apakah pandangan anda mengenainya

Tidak, saya tidak pernah dengar namanya. Tetapi saya sudah membuat carian google dan membaca tentang hasil seni beliau yang dirobohkan. Arca (berdasarkan mitos Gunung Ledang) oleh seorang artis tempatan yang terkenal, adalah dianggap sebagai karya seni warisan. Oleh itu, arca tersebut adalah sebahagian daripada warisan negara dan sepatutnya dipulihkan dan dipelihara. Sungguh menyedihkan apabila agensi kerajaan Malaysia tiada penghayatan terhadap seni awam sebagai sebahagian daripada warisan kita. Ini perlu diubah. Mungkin perlu ada pengkatalogan seni awam yang dianggap sebagai karya seni warisan.

Perlu atau tidak kita perbanyakkan lagi seni awam dan mengapa/ mengapa tidak?

Perlu kerana seni dapat berkomunikasi dengan orang ramai dan berhubung dengan kesedaran masyarakat. Seni awam, sebagai ungkapan imaginasi kreatif untuk penghargaan dan penggunaan awam, diperlukan bukan sahaja untuk menghiasi ruang awam, tetapi juga untuk mencetuskan pemikiran tentang siapa kita dan apa yang kita boleh capai.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk menimbulkan lebih banyak kesedaran mengenai seni awam?

Kerajaan negeri perlu (1) meminta artis-artis tempatan untuk melaksanakan kerja-kerja seni awam (2) menggalakkan seni awam di sekolah-sekolah dan kolej melalui projek-projek dan pertandingan, (3) membiayai kajian seni awam di negara-negara lain dan bagaimana rakyat Malaysia boleh menghasilkan seni awam yang relevan dengan masyarakat tempatan.

Adakah anda memiliki apa-apa karya seni? Jika ya, bolehkah anda menggambarkannya?

Gambar

Gambar dengan ihsan Vincent Leong

Referensi

Dokumen terkait