• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN (HHHC 9501) SET 13

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN (HHHC 9501) SET 13"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL

PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

(HHHC 9501)

SET 13

TAJUK:

KESAN ALAT KOMUNIKASI TERHADAP

HUBUNGAN KEKELUARGAAN: PRO DAN KONTRA

PENSYARAH:

PROF. MADYA. DR. MUHD. NAJIB BIN ABDUL KADIR

DISEDIAKAN OLEH:

IZZAH MUNIRAH BINTI MUHAMMAD (A144948)

MUMTAZAH MAIMUNAH BINTI KAMIS (A144979)

HASNIEDA BINTI SHUSHAMI (A144883)

SITI NABIHAH BINTI BADIAN (A144880)

(2)

ISI KANDUNGAN

1.0

PENDAHULUAN

3

2.0

KONSEP ALAT KOMUNIKASI DAN KELUARGA

2.1 Definisi Alat Komunikasi

2.2 Definisi Keluarga

2.3 Jenis-Jenis Alat Komunikasi

4

3.0

KESAN-KESAN ALAT KOMUNIKASI TERHADAP

HUBUNGAN KEKELUARGAAN

3.1 Kesan Positif Alat Komunikasi Terhadap Hubungan

Kekeluargaan

3.2 Kesan Positif Alat Komunikasi Terhadap Hubungan

Kekeluargaan

8

4.0

KESIMPULAN

11

(3)

1.0 PENDAHULUAN

Dalam arus peradaban dan tamadun dunia yang semakin hari semakin berkembang pesat, ia turut sama membabitkan perkembangan industri media dan teknologi dalam merancakkan arus modenisasi dunia hari ini. Perkembangan ini selanjutnnya memberi kesan dan impak yang sangat tinggi dalam kehidupan masyarakat madani hari ini. Kepada sesiapa yang tertinggal daripada menikmati limpahan kemajuan teknologi ini, boleh diibaratkan sebagai golongan „katak di bawah tempurung‟. Hal ini kerana, hampir semua orang pada hari ini berlumba – lumba dalam mengejar dan menikmati kemajuan teknologi terutama yang melibatkan bidang komunikasi.

Kita boleh melihat perkembangan dan penggunaan teknologi komunikasi melalui perkembangan yang sangat banyak dan pesat. Pada asalnya, manusia berkomunikasi melalui cara lama atau tradisional seperti surat-menyurat. Namun kini, ianya telah berubah kepada kaedah yang lebih maju dan moden. Perkembangan ini dari semasa ke semasa banyak memudahkan kehidupan manusia daripada segenap aspek. Berdasarkan perkembangan tersebut, kita dapat mempercepatkan pelbagai pekerjaan kita, dapat berhubung dengan sesiapa sahaja walau dimana kita berada dan banyak lagi.

Teknologi komunikasi tradisional bercirikan secara langsung dan menggunakan simbol-simbol yang disepakati secara umum. Teknologi komunikasi moden pula bercirikan secara tidak langsung dan memiliki jangkauan yang sangat meluas bahkan secara global. Peringkat teknologi moden selalunya bergantung kepada kuasa listrik (tenaga suria, angin dan lain lain). Teknologi moden ini telah banyak digunakan oleh masyarakat terutamanya di bandar dan kota besar seperti telefon pintar, radio, televisyen serta penggunaan internet yang meluas.

Namun, perkembangan teknologi yang berlaku ini khususnya dari aspek alat komunikasi memberi banyak kesan dalam kehidupan manusia. Bukan sahaja kesan yang positif, tetapi juga kesan negatif. Terutamanya, dalam aspek hubungan kekeluargaan.

(4)

Oleh itu, haruslah kita mengetahui mengenai kesan-kesan yang akan berlaku akibat daripada setiap perkembangan teknologi ini dan bukan sahaja menikmati kemajuan ini secara membuta tuli.

2.0 KONSEP ALAT KOMUNIKASI DAN KELUARGA

Pada masa kini, alat komunikasi menjadi satu medium perhubungan yang sangat penting. Tidak dapat dinafikan bahawa alat komunikasi dan keluarga sangat berkait rapat. Hal ini kerana, alat komunikasi dapat menghubungkan setiap ahli keluarga walau dimana pun mereka berada. Oleh itu, alat komunikasi memainkan peranan penting dalam aspek hubungan kekeluargaan.

2.1 Definisi Alat Komunikasi

Alat komunikasi ialah alat yang digunakan untuk memindahkan pesanan dari sumber kepada penerima. Terdapat beberapa pendapat mengenai saluran, media dan alat komunikasi. Ada yang menilai bahawa alat komunikasi biasanya dalam bermacam-macam bentuk, contohnya dalam komunikasi antara peribadi, pancaindera dianggap sebagai alat komunikasi. Dalam komunikasi media massa, alat komunikasi adalah alat yang dapat menghubungkan antara sumber dan penerima yang sifatnya terbuka, dimana setiap orang dapat melihat, membaca dan mendengarnya.

Alat dalam komunikasi media massa dapat dibezakan dalam dua kategori iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak adalah seperti surat khabar, majalah, buku, brosur, buletin, hand out, poster dan sebagainya. Sedangkan media elektronik pula adalah lain iaitu radio, filem, televisyen, video recording, komputer, electronic board, audio cassette dan sebagainya

(5)

2.2 Definisi Keluarga

Definisi keluarga menurut beberapa pendapat :

a) Bailon dan Maglaya (1978) mendefinisikan bahawa “Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumahtangga kerana adanya hubungan darah dan perkawinan. Mereka saling berinteraksi antara satu sama lain, mempunyai peranan masing–masing dan mencipta serta mempertahankan suatu budaya”.

b) Menurut Jabatan Kesihatan (1988) mendefinisikan bahawa “Keluarga adalah unit terkecil dalam masyarakat yang terdiri daripada ketua keluarga serta beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di dalam satu rumah dalam keadaan saling bergantung”.

c) Menurut Friedman (1998) mendefinisikan bahawa “Keluarga adalah dua atau lebih individu yang bergabung kerana ikatan tertentu untuk saling berkongsi pengalaman dan melakukan pendekatan dari sudut emosi, serta meletakkan diri mereka sebagai sebahagian daripada satu keluarga”.

d) Menurut BKKBN (1999) mendefinisikan bahawa “Keluarga adalah dua orang atau lebih yang dibentuk berdasarkan ikatan perkahwinan yang sah, mampu memenuhi keperluan hidup mental dan fizikal, bertakwa kepada Tuhan, memiliki hubungan yang baik antara anggota keluarga dan masyarakat serta di sekitarnya”.

(6)

2.3 Jenis-Jenis Alat Komunikasi

Alat komunikasi mempunyai pelbagai jenis dan fungsi. Berikut merupakan jenis-jenis alat komunikasi dan fungsi setiap satunya iaitu :-

i) Telefon Bimbit

Telefon bimbit adalah peralatan yang paling utama dalam kehidupan seharian manusia. Prinsip kerja telefon iaitu mikrofon telefon ialah untuk menangkap gelombang dan mengubahnya supaya menjadi fluktuasi arus elektrik. Arus dikirim melalui nombor telefon yang apabila ditekan, kuasa elektrik diubah kembali menjadi gelombang suara sehingga orang dapat mendengar suara kita.

Selain itu, SMS(Short Message Service) ataupun MMS(Multimedia Message Service) juga terdapat dalam telefon bimbit ini. Kedua-duanya mempunyai prinsip kerja yang sama namun berbeza pada jenis data yang dibawa. SMS adalah untuk pesanan yang bersifat teks sedangkan MMS dapat memasukkan suara, gambar, movie(multimedia) dan lain-lain.

ii) Faksimili

Faksimili (Fax) adalah suatu alat yang digunakan untuk mengirim dan menerima maklumat dalam bentuk cetakan secara cepat, iaitu sampai pada tempat yang dituju tepat pada masanya. Prinsip kerja faksimili ialah maklumat yang berupa tulisan yang diubah, kemudian dikirim melalui jaringan telefon ke sentral dan dilanjutkan kepada telefon yang dituju tersebut dan kemudian diteruskan kembali kepada faksimili yang dituju.

(7)

iii) E-mail

Dengan menggunakan internet kita boleh berkomunikasi melalui e-mail(elektronic mail) yang dapat mengirim dan menerima maklumat baik dalam bentuk tulisan mahupun gambar dengan kadar yang cepat. Jika dibandingkan dengan alat komunikasi yang lain, penggunaan mail adalah yang paling mudah dan murah. Untuk memiliki kemudahan e-mail, kita haruslah mempunyai bahagian-bahagian alatan internet yang lengkap, iaitu komputer, modem, program internet, telepon dan sentral internet.

iv) Telefon Pintar

Telefon pintar merupakan telefon yang mempunyai pelbagai kemudahan dan fungsi yang banyak. Prinsip kerja alat ini terdapat persamaan dengan telefon biasa, cuma bezanya ialah telefon ini mempunyai aplikasi yang banyak dan terkini. Telefon ini menggunakan gelombang elektromagnetik yang dihubungkan ke sentral kemudian dihubungkan kepada penerima.

Kelemahannya adalah untuk daerah yang jauh dari cawang internet, maka alat tersebut tidak dapat bekerja dengan baik kerana bergantung kepada kuat dan lemahnya signal. Berbagai inovasi terus dikembangkan dalam dunia telefon pintar dan perkembangan inovasi tersebut akhirnya menjadikan telefon pintar tidak lagi hanya berfungsi untuk komunikasi suara, SMS(Short Message Service)/ MMS (Multimedia Message Service) dan Video Streaming tetapi juga boleh berfungsi untuk pelbagai keperluan lain. Contohnya WeChat, WhatsApp, Instagram, Telegram juga boleh melayari dan mengakses internet.

(8)

3.0 KESAN-KESAN ALAT KOMUNIKASI TERHADAP HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Alat komunikasi yang semakin berkembang maju pada hari ini banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada manusia dan kehidupan mereka. Kemajuannya dapat memudahkan segala urusan harian manusia. Sebagai contoh, komunikasi dapat dibuat meskipun individu-individu yang terlibat berada dalam jarak yang jauh, urusan pembayaran bil boleh dibuat atas talian, urusan membeli-belah boleh dijalankan melalui telefon dan sebagainya. Namun, ia juga mempunyai sisi negatifnya yang tersendiri. Penggunaannya yang keterlaluan boleh mendatangkan pelbagai akibat dan kesan buruk bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada orang yang berada disekeliling mereka.

3.1 Kesan Positif Alat Komunikasi Terhadap Hubungan Kekeluargaan

Antara sumbangan baik teknologi komunikasi terhadap hubungan kekeluargaan ialah memudahkan komunikasi antara keluarga. Sebagaimana kita tahu, dalam komunikasi aspek terpenting ialah perhubungan interpersonal yang dilakukan. Sehubungan itu, kekerapan berkomunikasi antara keluarga akan mengeratkan lagi pertalian yang sedia ada. Sebagaimana contoh yang kerap dipaparkan melalui iklan-iklan berkaitan perayaan AidilFitri.

Iklan tersebut memaparkan walau sejauh mana pun jarak seseorang anak dengan ibu dan bapanya, dengan wujudnya kemudahan jaringan telekomunikasi hari ini jarak tidak lagi menjadi satu kekangan atau halangan dalam interaksi. Anak-anak masih boleh berhubung dengan kedua ibu bapa atau adik beradik yang lain melalui telefon atau pun sidang video melalui perisian web. Antara web yang menyediakan kemudahan berinteraksi secara sidang video di website ialah Yahoo.

Selain itu, terdapat juga perisian lain yang dapat memudahkan hubungan jarak jauh ini seperti Whatsapp, Wechat, Twitter, Facebook dan macam-macam lagi. Ini akan menghilangkan rasa rindu, mendekatkan jarak yang jauh dan mengeratkan talian kekeluargaan. Dengan nilai kos perkhidmatan yang murah, perisian yang senang untuk dikendalikan, teknologi komunikasi telah menjadi aspek penting dalam pembangunan keluarga hari ini terutama dari segi perhubungan. Oleh itu, alat komunikasi dapat menjadi medium perhubungan yang sangat efektif.

(9)

Ibu bapa dan anak haruslah saling berhubungan. Walaupun berada jauh beribu batu atas dasar pekerjaan ataupun pembelajaran, tanggung jawap diantara keduanya dan ruang untuk berinteraksi masih mampu dilakukan dalam suasana yang mudah. Ini merupakan kesan yang paling ideal dan utama dalam mengutarakan kemajuan teknologi komunikasi terhadap pembangunan keluarga dalam masyarakat hari ini. Fenomena akaun seperti Whatsapp, Wechat, Twitter, Facebook dan sebagainya sudah menjadi satu kemestian pada hari ini. Jaringan laman web sosial tersebut memudahkan interaksi antara masyarakat tidak kira sesama keluarga, kawan-kawan mahupun antarabangsa.

Bahkan para pemimpin juga kini telah menggunakan pendekatan berkomunikasi melalui akaun-akaun sosial ini. Disamping itu, berinteraksi dengan lebih kerap sesama ahli keluarga melalui laman web sosial ini juga akan menambahkan keeratan sesama sendiri selain sentiasa mengetahui status dan keadaan semasa diantara rakan saling. Bagi anak-anak yang berjauhan daripada keluarga, perhubungan melalui medium ini akan membuatkan mereka sentiasa dekat antara satu sama lain.

3.2 Kesan Negatif Alat Komunikasi Terhadap Hubungan Kekeluargaan

Pada hari ini, banyak masalah berlaku dalam sesebuah institusi yang rata-ratanya berpunca daripada alat komunikasi. Ini kerana, ramai yang leka dengan gajet komunikasi masing-masing hingga mengabaikan individu-individu yang ada disekeliling mereka terutamanya ahli keluarga mereka sendiri. Perkara ini perlulah dibendung dari awal kerana ia boleh membawa kepada keretakan dalam hubungan kekeluargaan dalam sesebuah keluarga.

Antara kesan negatif alat komunikasi terhadap hubungan kekeluargaan ialah menyebabkan berlakunya salah faham antara keluarga. Penggunaan perisian komunikasi yang pelbagai hari ini dengan penggunaan perkataan-perkataan yang diringkaskan dalam penyampaian mesej dalam komunikasi kerap menimbulkan salah faham antara dua pihak. Hal ini kerana, mereka tidak jelas dan tidak mendapat gambaran sebenar mengenai perkara yang cuba disampaikan.

Selain itu, pergaduhan antara suami dan isteri sehingga membawa kepada perceraian. juga banyak berlaku akibat penggunaan alat komunikasi ini. Cemburu dan

(10)

tidak percaya antara satu sama lain menjadi antara sebab utama perceraian. Suami atau isteri terlalu asyik dengan alat komunikasi seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya sehingga mengabaikan tanggungjawab masing-masing seperti menyediakan keperluan pasangan, mendidik anak-anak dan lain-lain.

Fitnah dalam institusi kekeluargaan juga banyak berlaku melalui alat komunikasi. Apabila wujudnya hasad dengki terhadap individu lain dalam keluarga, maka akan muncullah fitnah dan disebarkan kepada ahli keluarga yang lain dengan menggunakan alat komunikasi yang mampu merentas masa dan tempat tanpa sempadan. Ini secara langsung merosakkan dan mengeruhkan hubungan persaudaraan dalam keluarga terebut.

Oleh itu, haruslah kita menggunakan alat komunikasi dengan sebaiknya dan mengikut keperluan. Keterlampauan terhadap penggunaannya akan menyebabkan pelbagai perkara negatif berlaku terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

(11)

4.0 KESIMPULAN

Krisis didalam institusi keluarga sama ada antara ibu bapa dan anak-anak ataupun suami isteri serta krisis antara adik-beradik merupakan perkara yang lumrah berlaku di dalam sesebuah keluarga walau sebagaimana rukun sekali perhubungan mereka. Kejadian krisis dalam rumahtangga boleh memberi kesan yang positif apabila ia dikendalikan atau ia diselesaikan dengan baik kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Walau bagaimanapun, jika terlalu kerap berkrisis akan menjadikan rumahtangga sentiasa bergelombang dan jika dibiarkan ia akan karam. Oleh itu, tolak ansur, kesederhanaan dan persefahaman di antara suami isteri selalunya akan menyelamatkan keadaan dan rumahtangga akan terus kekal bahagia.

(12)

5.0 RUJUKAN

Bab II Tinjauan Teoritis. Universiti Utara Sumatera

(http://repository.usu.ac.id/bitstream/123456789/20930/4/Chapter%20II.pdf) Ensiklopedia Teknologi Dan Komunikasi. Jakarta. 2000

Sudiharto. 2007. Asuhan Keperawatan Keluarga dengan Pendekatan Keperawatan Transkultural. Jakarta.

Wan Azaham Wan Mohamad. 1993. Proses dan Kesan Komunikasi Massa Jilid 2. Sinaran Bros: Pulau Pinang.

https://azemi09.wordpress.com http://waniezuani.blogspot.com/ http://j41806.blogspot.com/

Referensi

Dokumen terkait

Menghasilkan lulusan dengan profil utama tenaga pendidik (guru) PPKN, dan profil tambahan sebagai praktisi bidang pendidikan dan trainer pengembang SDM yang sesuai

Tindak pidana khusus adalah suatu perbuatan pidana atau tindak pidana yang diatur di luar Kitab Undang-Undang Hukum Pidana dasar pemberlakuan tindak pidana khusus adalah KUHP

Berkaitan dengan hal tersebut, agar seorang guru bimbingan konseling dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan baik maka seorang guru bimbingan konseling hendaknya

〔最高裁民訴事例研究四三七〕平二五1民集六七巻五号一二〇八頁 一

Melalui pengukuran ini, akan diketahui daya yang digunakan oleh rangkaian transmitter untuk menghasilkan medan magnetik resonansi serta pengaruh frekuensi tinggi

Pada time motion study hal – hal yang diamati antara lain : o Seluruh kegiatan yang sedang dilaksanakan oleh pegawai Unit Pelatihan dan Pengembangan pada waktu jam kerja o

Maka faktor kebutuhan dapat dijelaskan sebagai berikut: seperti yang diungkapkan oleh Informan Ario bahwa informan membutuhkan hiburan ketika sedang merasakan

Teh poci Tegal yang semula hanya disajikan di rumah makan dan lesehan warung makan dalam bentuk sajian poci set semata, peruntukannya dirubah untuk kawasan restorasi yang