• Tidak ada hasil yang ditemukan

PaveLoft 10 Kesilapan Besar Tuan Rumah Buat Apabila Melantik Kontraktor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PaveLoft 10 Kesilapan Besar Tuan Rumah Buat Apabila Melantik Kontraktor"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Perasan tak, setiap hari ada sahaja kes-kes penipuan melibatkan kontraktor rumah sehingga mencecah ratusan

ribu ringgit.

Bila berlakunya perkara sedemikian, sudah pasti timbulnya persoalan “siapakah yang bersalah?”. Salah kontraktor atau salah tuan rumah kerana cuai? Adakah kontraktor sebenarnya berada di pihak yang betul atau tuan rumah yang sebenarnya menjadi kambing hitam dalam hal penipuan yang berlaku ini? Jadi apakah persediaan kita sekiranya berdepan dengan masalah sedemikian dan apakah tips-tips yang boleh kita gunakan.

Sedikit tentang kami:

PaveLoft sebagai syarikat konsultansi dalam bidang pengurusan kontraktor khusus untuk membantu tuan rumah atau bakal pemilik rumah memperolehi kontraktor yang berkualiti dan benar-benar layak untuk membina rumah impian mereka. Misi kami adalah untuk mengurangkan jumlah tuan rumah yang ditipu sebanyak 5% pada setiap bulan berdasarkan statistik semasa yang kami terima setakat ini (1,043 kes penipuan pada tahun 2019).

Justeru:

E-book ini akan menyenaraikan sepuluh (10) jenis kesilapan mudah yang dilakukan oleh tuan rumah dalam melantik syarikat kontraktor bagi tujuan pengubahsuaian atau pembinaan rumah. Jangan risau, cadangan penyelesaian juga kami sertakan!

(3)

Tidak Mengkaji Latar

Belakang Kontraktor.

Sebelum kita pergi jauh untuk menilai sesebuah syarikat kontraktor, mari kita kaji apakah persepktif mereka dalam bidang ini. Persoalan utama, adakah mereka ini benar-benar telus dan tulus untuk membantu pelanggan dalam merealisasikan rumah impian mereka atau hanya sekadar ingin melepasakan batuk di tangga? Cukuplah sekadar mendapat untung atas angin atau untung berjuta tetapi pelanggan yang berputih mata. Jangan kerana faktor kepakaran untuk terjun dalam bidang pembinaan rumah, tetapi alasan mudah seperti hilang punca pekerjaan yang akhirnya terbabit dalam skim penipuan!

Kontraktor yang jenis menipu inilah yang perlu dielakkan oleh anda semua. Namun anda semua perlu ada pengetahuan bagaimana untuk menapis mereka semua. Nak tahu?

Cara yang paling efektif, efisien dan berkesan dalam menapis kontraktor-kontraktor ini adalah dengan melakukan kajian rintis mengenai latar belakang syarikat terbabit. Anda boleh google sahaja untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat kontrator tersebut. Malah, anda semua boleh mendapatkan nama-nama kontraktor yang berdaftar dan bertauliah melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) @ Majlis

#1

(4)

Selain itu, manfaatkan platform media sosial yang mana anda semua boleh melihat perkembangan dan aktiviti syarikat kontraktor terbabit di laman facebook atau Instagram mereka.

Persoalan: Adakah Pengalaman & Kepakaran

Kontraktor itu Penting?

Bak kata orang:

“Ijazah setiap orang berbeza dan ijazah terbaik adalah daripada jalanan. “

Namun dalam konteks pemilihan kontraktor terbaik ini, adakah yang bertauliah atau yang berasal dari jalanan itu yang lebih bagus? Pastinya yang bertauliah itu adalah kredit, namun setiap kontraktor mempunyai pengalaman dan kepakaran yang berbeza.

Tidak semua kontraktor perpaipan boleh membina rumah dan tidak semua kontraktor elektrik pandai untuk membancuh semen.

(5)

Logiknya, latar belakang seperti pengalaman merupakan perkara utama dalam pemilihan Kontraktor. Malah latar belakang yang cemerlang sebenarnya merupakan satu indikator bahawa syarikat kontraktor tersebut betul-betul arif dengan spesfikasi kerja yang anda inginkan.

Dari segi kepakaran, kebiasannya syarikat kontraktor akan melantik atau outsource kontraktor lain sekiranya mereka kekurangan kepakaran dalam bidang tertentu.

Tetapi malangnya yang biasa terjadi adalah apabila kontraktor yang tiada kepakaran melaksanakan sesebuah skop kerja yang memerlukan kepakaran tertentu seperti kerja-kerja wiring, plumbing atau aircond.

Maka dalam hal ini anda perlu peka dan cakna yang mana latar belakang tidak terhad kepada pengalaman kerja semata-mata. Anda harus selidik dan korek maklumat dengan lebih mendalam mengenai kapasiti kewangan mereka, status pendaftaran dengan pihak berkuasa, projek yang mereka sedang jalankan, bilangan pekerja, peralatan dan sijil-sijil kepakaran (Cth: TNB, SPAN, IWK) yang mereka ada.

Semua ini memberi anda gambaran tentang kualiti dan disiplin yang mereka akan berikan untuk projek anda.

(6)

Mempunyai Bajet Yang

Terlampau Rendah.

Bajet yang rendah pada kebiasannya terjadi apabila tuan rumah tidak tahu bagaimana ingin merancang bajet dengan cara serta kaedah yang betul. Tanpa bajet yang rasional, kontraktor akan cuba untuk menipu anda dengan menjanjikan pelbagai solusi dengan harga yang tidak masuk akal. Akibatnya? Mereka akan menggunakan produk atau bahan yang rendah kualitinya yang mungkin nampak cantik pada awalnya tetapi bakal mengoyakkan poket anda pada masa akan datang.

(7)

Justeru perkara pertama yang perlu anda buat adalah mengubah cara pemikiran anda supaya lebih fleksibel dengan penerimaan harga yang lebih tinggi sedikit daripada bajet anda.

Sekiranya anda rasa kurang berkemampuan atau over budget, maka seeloknya anda kumpulah duit terlebih dahulu agar anda tidak melantik kontraktor yang salah akibat ingin berjimat.

Pepatah Mat Salleh ada menyatakan “Penny Wise, Dollar Spent”.

Jangan hanya kerana nak berjimat seringgit, anda terpaksa melabur 100 ringgit!

(8)

Tidak Membuat Kira-Kira

Terlebih Dahulu.

Kira-kira adalah penting untuk menetapkan berapa banyak wang yang boleh anda labur untuk projek pembinaan atau pengubahsuaian tersebut.

Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, tinggi dan rendahnya bajet memainkan peranan dalam menentukan pemilihan kontraktor yang betul-betul layak untuk projek anda.

Jika anda ingin mengira berapa banyak bajet yang diperlukan, anda boleh mengunakan anggaran kasar daripada sebut harga terkini di pasaran yang anda boleh google di Internet.

Segalanya di hujung jari, mudah dan menjimatkan kos.

#3

(9)

Dapatkan Secara Online

Sebenarnya sebut harga (quotation) ini mudah dicari di media sosial seperti di laman Facebook yang mana para kontraktor ini pada kebiasaannya akan menyiarkan sebut harga projek-projek mereka dengan pakej-pakej tertentu sebagaimana yang hampir menyamai spesifikasi kerja yang anda cari.

Walau bagaimanapun, sebut harga yang diperoleh mungkin terlampau tinggi atau rendah daripada harga yang sepatutnya. Namun anda mempunyai masa dan banyak pilihan untuk menentukan kontraktor manakah yang dirasakan terbaik untuk anda.

Untuk memastikan anggaran bajet yang telah dibuat sesuai dengan kerja yang bakal dilakukan, pastikan anda mempunyai sebut harga atau quotation daripada beberapa kontraktor terlebih dahulu. Dengan menyediakan sebuah BQ (Bill of Quantity), pihak kontraktor akan lebih mudah untuk memberi sebut

(10)

Contoh Bill Of Quantity

Contoh Surat Perjanjian Bina Rumah PaveLoft Klik di Sini Untuk Dapatkannya

(11)

Mengambil Kontraktor

Tanpa Usul Periksa.

Di Malaysia sendiri, terdapat 110,516 Kontraktor yang berdaftar di bawah CIDB dan hampir 64% daripadanya adalah gred G1 dan G2 yang biasa anda kenali mereka sebagai ‘Kontraktor Bina Rumah’.

Apa yang anda patut periksa?

1. CIDB

2. Kewujudan Pejabat 3. Staff

Jom kita lihat satu per satu.

#4

(12)

Berdaftar Dengan CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai CIDB adalah agensi yang menyelia kerja-kerja pembinaan termasuk perlesenan semua kontraktor di Malaysia.

Justeru, pastikan kontraktor yang anda pilih berdaftar dengan CIDB bagi memastikan kontraktor yang anda lantik mempunyai lesen yang sah untuk membuat kerja dan memudahkan urusan tuntutan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Mudah sahaja untuk menyemak pendaftaran sesebuah syarikat kontraktor

dengan CIDB,

1. Pergi ke laman sesawang CIDB: www.cidb.gov.my.

2. Klik bahagian 'contractor search'

3. Taipkan nama syarikat yang anda ingin ketahui. 4. Dan klik butang 'cari'. Di situ akan disenaraikan gred syarikat serta tarikh

(13)

Memiliki Pejabat

Kenal pasti pejabat kontraktor tersebut, kontraktor yang mempunyai pejabat sendiri serta staff adalah lebih diyakini dari kontraktor yang berpejabat di rumah dan bergerak secara solo.

Fakta yang perlu anda tahu, pemilikan sebuah pejabat rasmi sebagai pusat operasi perniagaan adalah satu daripada kayu pengukur kejayaan sesebuah perniagaan dan tahap komitmen kontraktor tersebut untuk menjalankan perniagaan mereka. Dalam satu sudut sebenarnya ramai dalam kalangan tuan rumah yang terpedaya dengan calling card yang diberikan kontraktor seolah-olah mereka mempunyai pejabat dan dilihat sangat professional, walhal sebaliknya.

Maka kaedah yang paling sesuai dalam tips ini dengan membuat double check iaitu pergi membuat trip ringkas ke pejabat mereka dan pastikan pejabat tersebut betul-betul dimiliki oleh syarikat tersebut dan bukannya pejabat yang 'ditumpang'.

(14)

Mempunyai Staff

Tiada syarikat yang kompeten boleh bergerak sendiri tanpa memiliki staff dan pekerja. Maka adalah tugas anda untuk memastikan syarikat tersebut mempunyai kapasiti staff yang berpengalaman dan pekerja sendiri, bukan pekerja yang diupah secara bebas seperti freelance dan sebagainya

Hal ini penting kerana jika berlaku sebarang isu berkaitan dengan individu yang berurusan dengan anda, anda mempunyai keyakinan yang ia tidak memberi kesan kepada syarikat tersebut serta projek anda kerana syarikat tersebut boleh beroperasi seperti biasa.

Selain daripada itu, sebelum projek bermula anda boleh meminta kontraktor tersebut menyenaraikan pekerja-pekerja yang mereka akan gunakan. Jika melibatkan kepakaran tertentu seperti khidmat wiring atau plumbing, pastikan mereka mempunyai sijil untuk memastikan mereka boleh menjalankan kerja dengan baik dan teliti.

(15)

Tiada Idea atau Gambaran

Projek.

Antara isu utama yang dihadapi di dalam sesebuah projek pembinaan khususnya pada skala projek yang kecil adalah tuan rumah tidak mempunyai idea atau hala tuju projek pembinaan tersebut.

Setiap idea yang lahir daripada imaginasi hanya dilontarkan melalui kata-kata tanpa sebarang lakaran pada kertas. Lebih menyedihkan lagi, idea-idea tersebut sering bertukar dari masa ke masa setiap kali berlakunya perbincangan.

Ini mengakibatkan pelbagai kekeliruan berlaku dan akhirnya memberikan impak kepada sebut harga dan masa kepada tuan rumah khususnya.

Anda perlu jelas yang mana dalam situasi seperti ini, kontraktor tidak bertanggungjawab dalam segala perubahan yang berlaku kerana segala perubahan tersebut terbit daripada tuan rumah itu sendiri. Namun apa yang pasti, kontraktor sebenarnya senyum gembira kerana dapat mengaut keuntungan berkali ganda daripada setiap perubahan skop yang berlaku.

(16)

Jalan penyelesaiannya?

Pastikan anda berbincang dengan kontraktor terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa kerja dan berikan draf skop kerja projek tersebut.

Description of Works atau skop kerja digalakkan untuk ditulis dalam format yang berstruktur agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan kekeliruan pada skop kerja.

Format yang paling mudah dan sering digunakan adalah seperti berikut:

No Kerja Unit Kuantiti Harga/Unit (RM) Harga (RM)

(17)

Melayan Kontraktor

Seperti Orang Bawahan.

Pekerjaan dalam bidang pembinaan juga adalah seperti bidang-bidang yang lain. Masing-masing berusaha untuk mencari sumber rezeki yang halal.

Namun, persepsi atau stigma yang sering melingkari bidang ini adalah tanggapan bahawa kerja kontraktor ini adalah kerja kasar, kotor dan tidak ‘glamour’ lantas menjadikan kontraktor kelihatan seperti mereka yang tidak layak untuk mendapat sebarang penghormatan. Sebenarnya ia bukan masalah kontraktor, tetapi adalah masalah budaya masyarakat kita sendiri.

Sekiranya anda mempunyai persepi ini, anda harus segera mengubahnya. Ini kerana kontraktor juga tergolong dalam bidang profesional yang melibatkan pelbagai bidang lain dalam sesebuah projek seperti jurutera, arkitek, jurukur, dan peguam tanah yang mana profesion ini juga terbabit secara langsung dalam dunia pembinaan.

Tanggapan ‘kontraktor seperti kuli’ ini bukan sahaja menjatuhkan imej kontraktor, malah bakal memberi impak kepada kualiti kerja mereka juga.

#6

(18)

Seperti yang disebut oleh Dale Carnegie dalam bukunya yang popular di seluruh dunia iaitu “How to Win Friends and Influence People”, dalam Bab 1 yang mana beliau menyebut tentang bagaimana secebis penghargaan yang diberikan boleh memberikan impak yang positif kepada penerima penghargaan tersebut. Maka dalam konteks pembinaan, menyatakan kata-kata penghargaan (dan kurangkan kata-kata kesat) mampu menghidupkan rasa tanggungjawab dan kerjasama oleh pihak kontraktor dengan anda.

Tidak salah untuk anda berkeras kepada perkara yang benar terhadap kontraktor anda. Tetapi untuk memastikan kerja diteruskan dengan sempurna, kami sangat galakkan anda untuk berlaku adil dan berhemah apabila berurusan dengan mana-mana kontraktor pilihan anda.

Maka wujudkanlah suasana yang harmoni buat mereka, professional dalam setiap teguran agar tiada yang terasa hati.

(19)

Malah sekiranya anda belum tahu bahawa di Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengisytiharkan bahawa sektor pembinaan antara penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan negara pada setiap tahun. Maka kini anda boleh lihat sendiri taraf sektor pembinaan yang dikemudi oleh para kontraktor di negara ini, mereka bukan biasa-biasa. They deserved our respect!

Baik atau tidak semestinya akur pada setiap permintaan kontraktor, tetapi anda perlu juga bataskan dengan kontrak atau perjanjian yang dibuat bersama. Kita akan dalami lebih lanjut tentang perjanjian pembinaan pada bab yang seterusnya.

(20)

Tiada Perjanjian/Kontrak

Bersama Kontraktor.

Kenapa ramai pemilik rumah sering ditipu oleh kontraktor?

Jawapannya: Kontraktor tiada sebab (atau rasa tanggungjawab) untuk mengikut arahan pemilik rumah dan menyiapkan projek kerana TIADA IKATAN rasmi dibuat oleh kedua-dua belah pihak bagi mewajibkan kontraktor melakukan sedemikian.

Anda akan KALAH jika bawa kes seperti ini ke mahkamah.

#7

(21)

Meskipun kita ada menyebut bahawa kontraktor juga tergolong dalam bidang profesional, disebabkan kelayakan untuk mereka para kontraktor ini tidak terhad kepada segulung ijazah sahaja, sesiapa sahaja boleh menceburi bidang ini.

Namun, ia tidak bermakna kontraktor yang tidak mempunyai sijil pelajaran berpotensi untuk menipu dan tidak juga yang mempunyai sijil akan berlaku jujur. Inilah yang dimaksudkan sebagai ‘moral’ yang yang seharusnya dimiliki oleh semua kontraktor tanpa mengira latar belakang sijil atau pengalaman.

Apa yang kami cuba maksudkan di sini adalah, pintu untuk menceburi industri ini terbuka luas. Pelbagai ragam manusia akan menggelar diri mereka sebagai kontraktor bina rumah yang boleh mengaburi mata anda dengan janji-janji manis bak gula. Termakan lebih, kaki anda akan dipotong.

Dengan kepelbagaian rencam dan ragam ini, bagaimana anda sebagai tuan rumah dapat memastikan kontraktor pilihan anda betul-betul boleh membuat kerja?

(22)

Anda dah semak latar belakang kontraktor, semuanya tip-top. Semak dengan CIDB, mereka adalah kontraktor berdaftar. Sembang dengan rakan-rakan, mereka pun syorkan kontraktor tersebut. Anda dah berbincang face to face dengan mereka, mereka kata mereka boleh buat.

Maka apa lagi yang tertinggal dan terlepas pandang?

Langkah terakhir dan yang paling penting (jaminan selamat dari penipuan), pastikan anda mengemukakan syarat-syarat projek pembinaan yang mereka harus patuhi. Ia termasuklah jumlah harga dan skop kerja yang dipersetujui, kaedah pembayaran, perubahan pada skop (Variation Order), denda kelewatan siap kerja (LAD), tambahan masa (EOT) dan juga waranti.

(23)

Tiada Duit Lebihan Atau

Provisional Sum.

Setiap projek pembinaan tidak akan terlepas dengan perubahan skop kerja yang akan meingkatkan kos pembinaan, ini bukan janji tapi pasti!

Oleh itu, amat penting untuk anda sediakan wang lebihan agar anda dapat tanggung kos perubahan skop kerja tersebut.

Tanpa wang lebihan ini, projek anda akan mempunyai potensi yang tinggi untuk terbengkalai kerana kontraktor tidak mendapat pembayaran yang setimpal dengan perubahan skop kerja tersebut.

Sekiranya anda melakukan pinjaman bank, sebaiknya anda masukkan Provisional Sum pada pinjaman anda iaitu sejumlah wang yang disediakan untuk kerja atau bahan yang tidak dapat dikira semasa perjanjian dengan kontraktor dibuat.

Namun, sekiranya jumlah wang ini tidak digunakan, maka anda akan peroleh wang tersebut sebagai penjimatan anda.

(24)

Walau bagaimanapun, tugas anda sebagai tuan rumah adalah untuk memastikan perubahan ini memberikan impak yang minimum dari sudut masa dan kos projek tersebut.

Pastikan jika berlaku sebarang perubahan, siasat terlebih dahulu siapakah yang bertanggungjawab pada perubahan skop tersebut. Sekiranya skop kerja yang telah dipersetujui tersebut tidak menyebut sebarang perubahan skop kerja dan pihak anda tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk melaksanakan perubahan tersebut, maka pihak kontraktor harus menanggung segala kos perubahan tersebut.

Menyediakan duit lebihan adalah penting, tetapi apa yang lebih kritikal adalah untuk anda pastikan tiada perubahan skop kerja (melainkan anda sendiri yang mengeluarkan arahan) supaya anda dapat menggunakan jumlah wang tersebut untuk perkara yang lain.

(25)

Tiada Ilmu Dalam Pembinaan

Atau Pengurusan Kontraktor.

Sudah menjadi lumrah mana-mana kontraktor yang dihubungi, pasti mereka akan cuba meyakinkan anda dengan menggunakan terma-terma bombastic atau jargon yang jarang diguna pakai oleh mereka yang kurang arif dalam dunia pembinaan. Statistik menunjukkan 9/10 daripada tuan rumah yang mendengar kata-kata mereka pasti akan percaya 100% dengan apa yang mereka sebutkan.

Kenapa?

Majoriti tuan rumah tidak mempunyai ilmu tentang pembinaan dan mereka menerima bulat-bulat kerja yang dibuat oleh kontraktor tersebut.

Tetapi, kami ingin tegaskan di sini bahawa TIDAK SALAH untuk anda mengabaikan ilmu berkaitan dengan pembinaan kerana anda sendiri mungkin sangat sibuk dalam hal-hal seharian anda.

Namun, tugas dalam pengurusan pembinaan tidak harus diserahkan 100% kepada kontraktor. Ini juga adalah tanggungjawab anda sebagai tuan rumah yang membayar mereka untuk menyiapkan rumah idaman anda

(26)

Sudah pasti kepakaran pembinaan terletak pada kontraktor, tetapi anda sebagai tuan rumah seharusnya mempunyai sedikit ilmu tentang selok-belok dalam menguruskannya.

Ilmu pengurusan kontraktor mungkin sedikit berbeza dengan ilmu teknikal dalam pembinaan rumah. Anda tidak perlu tahu berapa banyak konkrit yang diperlukan atau bagaimana sesebuah pintu itu dipasang, tetapi apa yang anda perlu tahu adalah bagaimana ingin memastikan kontraktor buat seperti apa yang telah dirancang.

Tidak salah juga untuk anda mempercayai kata-kata kontraktor tersebut. Namun, anda harus mengawal mereka dengan menetapkan syarat-syarat supaya mereka melaksanakan apa yang mereka sebutkan itu.

Dengan memastikan kontraktor anda mengikuti syarat-syarat perjanjian, masa dan kos yang telah dipersetujui, maka anda tidak perlu lagi risau tentang kebarangkalian untuk projek tersebut terbengkalai atau kontraktor lari yang akhirnya merugikan anda.

(27)

Percaya Hanya Pada Satu

Kontraktor Sahaja.

Seperti yang telah kami sebutkan sebelum ini, kami syorkan anda meminta quotation lebih daripada satu kontraktor.

Ini bukan sahaja memastikan anda mempunyai bajet yang tepat, tetapi ia adalah penanda aras untuk kualiti kerja kontraktor tersebut.

Sekiranya anda hanya bergantung kepada satu kontraktor sahaja, anda tidak dapat membuat perbandingan dengan kontraktor lain tentang kebolehan mereka untuk menyiapkan projek anda.

Sebagai contoh, anda meminta quotations daripada Kontraktor A, Kontraktor B dan Kontraktor C menggunakan format yang telah disebut sebelum ini.

(28)

Setelah memperoleh setiap quotation, anda boleh membandingkan sebut harga mereka seperti berikut:

Jika kita lihat, Kontrakor C mungkin memberikan harga terendah tetapi ia terlampau jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

Di sini, ada dua cara yang anda boleh lakukan.

Sama ada anda tidak teruskan dengan Kontraktor C atau anda melakukan interview bersama Kontraktor C untuk memahami dengan lebih jelas apakah pecahan daripada harga lump sum yang diberikan itu. Mungkin sahaja Kontraktor C terlepas pandang beberapa perkara dan memberikan quotation di bawah harga pasaran.

Atau pun lebih malang lagi, Kontraktor C sebenarnya adalah scammer bertauliah yang telah menjalankan kerjanya untuk sekian masa dengan niat untuk memperdaya mangsa-mangsa dengan pakej harga yang tersangat rendah. Awas jangan terpedaya!

Jadi, amat penting untuk anda membuat penilain dan perbandingan lebih daripada satu kontraktor bagi memastikan kontraktor yang anda pilih mempunyai check and balance antara satu sama lain.

Bajet (RM) Kontraktor (RM)

No Kerja Kuantiti Unit Harga A B C

1 Perpaipan 1 Lump

sum

(29)

Anda dah bersedia untuk melantik kontraktor kerja-kerja pembinaan

rumah anda?

Dapatkan Surat Perjanjian Bina Rumah anda sekarang!

Pastikan anda lindung hak anda sebagai tuan rumah dan cegah

segala bentuk penipuan berlaku daripada pihak kontraktor yang

tidak bertanggungjawab.

Apa yang akan anda dapat melalui Contoh Surat Perjanjian ini:

✓ Terma & Syarat Asas Untuk Pembinaan Rumah

✓ Syarat-Syarat Pembayaran dan Garis Masa untuk Kontraktor

✓ Bil Kuantiti

✓ Borang Variation Order

✓ Artikel Perjanjian

✓ Format Professional

✓ Dihasilkan Mengikut Spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR)

✓ Mudah difahami oleh Pemilik dan Kontraktor

✓ Ringkas dan Padat – Meliputi Pelbagai Aspek dalam Pembinaan

Rumah

Dapatkan Surat Perjanjian Bina Rumah anda sekarang di:

100% Jaminan Pulangan Wang! - Anda rasa tidak berguna untuk urusan pembinaan rumah anda? Kami akan pulangkan setiap sen yang anda bayar!

MUAT TURUN SEKARANG

LINDUNGI DIRI ANDA DARI KONTRAKTOR

DARI NERAKA

(30)

Penutup.

Terima kasih kerana menghabiskan eBook ini.

Semoga apa yang kami tuliskan di sini mampu memberi manfaat kepada anda dan menjadikan anda lebih bersedia secara fizikal dan mental untuk melantik kontraktor yang berkualiti dan menepati ciri-ciri yang anda inginkan.

Sekiranya anda rasa eBook ini memberi manfaat, sila berikan komen anda pada ruangan ini:

https://www.facebook.com/paveloft/reviews

Sekiranya anda mempunyai sebarang penambahbaikan, sila mesej kami melalui Facebook page kami di:

Referensi

Dokumen terkait