P
ROCEEDING OF
2
ND
I
NTERNATIONAL
I
SLAMIC
H
ERITAGE
C
ONFERENCE
P
ROCEEDING OF
2
ND
I
NTERNATIONAL
I
SLAMIC
H
ERITAGE
C
ONFERENCE
(ISHEC
2017)
Editors
M
OHDF
AIZALP.
R
AMELIA
BDULQ
AYUUMA
BDULR
AZAKM
UHAMADT
AUFIKM
DS
HARIPPM
OHDZ
AIDM
USTAFARM
OHDK
HAIRULN
IZAMM
OHDA
ZIZR
AWIN
ORDINS.
S
ALAHUDINS
UYURNOD
ZIAUDDINS
HARIFAcademy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
Cetakan Pertama / First Printing, 2017
Hak Cipta / Copyright Penerbit ACIS, UiTM Cawangan Melaka
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada ACIS, UiTM Cawangan Melaka terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from ACIS, UiTM Cawangan Melaka.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MELAKA, JALAN LENDU, 78000 ALOR GAJAH,
MELAKA, MALAYSIA Tel: +606 558 2303, 2305
Atur huruf oleh / Typeset by
ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK, MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP
,
MOHD ZAID MUSTAFAR & MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ Mel-e: [email protected]
Reka bentuk kulit oleh
Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz Mel-e: [email protected]
Table of Contents
________________________________________________________________________
Foreword 7
Preface 9
HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC THOUGHT
Genre Historiografi Ibn al-Athir
Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak, Nor Adina Abdul Kadir & Mariam Farhana Md Nasir ... 3
Kajian Literatur Istilah ‗Umran Ibn Khaldun
Abdul Qayuum Abdul Razak & S.Salahudin Suyurno ... 13
Metodologi Penulisan Isu Kenabian menurut Badiuzzzaman Said Nursi dalam Kitab Rasail al-Nur
Muaz Mohd Noor, S.Salahudin Suyurno, Nor Adina Abdul Kadir, Abdul Qayuum Abdul Razak & Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz ... 21
Metodologi Penulisan Syed Qutb dalam Kitab Fi Zilal al-Quran Halipah Hamzah & Noormala Rabu ... 35
Sejarah Pengajian Pondok dan Tokoh Ulama: Kajian di Daerah Besut, Terengganu Darul Iman
Mohd Zainodin Mustaffa, Emie Sylviana Mohd Zahid, Nur Farhana Mohd Daud, Mahasin Saja@Mearaj, Mohd Asyadi Redzuan &
Mohamad Zaki Razaly ... 47
Mekah Pusat Dunia: Hubungan dengan Brunei
Muhammad Hadi Muhammad Melayong ... 55
Peranan Sufi dalam Penyebaran Islam di Nusantara
H Sumanta MA & Hajam M.Ag ... 63
Ngaji Kitab bersama Para Kiai Cirebon ‗Memaknai Jihad Islam‘ untuk Meraih Sukma Pancasila
Siti Fatimah M.Hum ... 75
Jender dalam Perspektif Nasaruddin Umar
Madrasah Menggapai Mutu
H Maksum MA ... 117
Pendekatan Kajian Orientalis terhadap Islam: Satu Sorotan Awal
Mohd Farhan Abd Rahman & Muhamad Azrul Azwan ... 125
ZA‘BA, Melayu dan Kolonialisme Inggeris
Noor Aziera Mohamad Rohana, Nurul Asma Mazlan, Noraini Abd Muaziz & Ermy Azziaty Rozali ...137
Budaya Berfikir Kritis Islam sebagai Pendekatan dalam Mengukuhkan Jatidiri Masyarakat Melayu Kini
Norafifah Ab Hamid, Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man & Siti Nurul Izza Hashim ... 151
Kepentingan Kepercayaan Konsep Ilmu dalam Pembentukan Pandangan Alam
Mahfuzah Mohammed Zabidi & Rohaya Sulaiman… 167
HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC HERITAGE
Penentuan Tarikh Perkahwinan Rasulullah SAW berdasarkan Pengiraan Takwim Hijri terkini
Nur Jannah Ballazi, Hamidah Jalani, Norsaeidah Jamaludin, Sarah Dina Mohd Adnan & Nang Naemah Nik Dahalan ... 180
Konsep Kepimpinan Melayu Islam di Nusantara Menurut Teks Bustan al-Salatin Shah Rul Anuar Nordin ... 188
Prasasti Terengganu: Kepentingannya dalam Sejarah Tamadun Islam Alam Melayu
Nor Adina Abdul Kadir, Nang Naemah Nik Dahalan, Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak & Khairul Nizam Abdul Aziz ... 199
Kelangsungan Budaya Masyarakat Chetti MelakaEra Globalisasi
Siti Nurul Izza Hashim, Norafifah Ab Hamid, Rawi Nordin, Nor Rafedah Mohsan & Muhammad Faidz Mohd Fadzil ... 209
Sejarah dan Implementasi Dekorasi Cina dalam Pembinaan Masjid Terawal di Malaysia
Nor Adina Abdul Kadir, S.Salahudin Suyurno, Sarah Dina Mohd Adnan, Noorfazreen Mohd Aris & Muaz Mohd Noor ... 223
ISLAMIC LITERATURE AND ART
Keindahan Konsep Tauhid dalam Rekabentuk Motif-motif Seni Tradisi Melayu
Shaliza Dasuki, Azahar Harun, Liza Marziana Mohammad Noh, Nur Hasliza Abdullah, Nurkhazilah Idris & Fazlina Mohd Radzi ... 239
Identifying A Lotus Motif Transformation on The Melaka Traditional Mosque‘s Roof Crown in 1720-1950
Raziq Abdul Samat, Sharifah Shaari, Dona Lowii Madon, Meor Hasmadi Meor Hamzah & Nor Fariza Baharuddin ... 255
Potensi Seni Iluminasi al-Qur‘an Mushaf Malaysia
Nik Narimah Nik Abdullah, Mohd Hisham Johari, Ayob Wahid, Zahara Ramli, Muhamad Fauzi Harun, Anith Liyana Amin Nudin &
Mohd Amin Mohd Noh… 263
تًلا رثأ
ا
ثيدبغا بيكركلاا مسرلا في يملبسلإا بيرعلا ث
نبضرلا دبع تُسح دومبؿ & ةيفيرشلا ىفطصم ابيكش
... 281Notes on the Ibadi Religious Architecture: A Comparative Study of the Mosques in Mzab, Djerba and Oman
Naima Benkari ... 301
Contemporary Telekung in Malaysia it's Challenges and Realities
Norzaleha Zainun, Jamiaah Abdul Holed & Zolina Mohamad ... 317
The Development of Character Category in Jawi Typography-An Implementation in Typography Course in UiTM
Intan Nur Firdaus Muhammad fuad, Sharifah Raudzah S. Mahadi & Ahmad Khairul Azizi Ahmad ... 333
Art Photography: Ideation and Influences of Islamic Geometric Patterns
Azmil Aswad Che Mat, Aidah Alias & Farihan Zahari ... 345
The Reading of Tajwid in Surah Yaasin for Red-Green Colour Vision Deficiencies
Siti Sarah Adam Wan, Azahar Harun, Nur Hasliza Abdulah & Shaliza Dasuki ... 357
POLITICS AND GOVERNANCE
Peranan Sultan Abu al-Hasan ‗Ali al-Marini dalam Kerajaan Banu Marin di Fas, al-Maghrib (1331-1351M)
Mariam Farhana Md Nasir, Sarah Dina Mohd Adnan, Noorfazreen Mohd Aris, Hamidah Jalani & Muhammad Taufik Md Sharipp ... 365
Sejarah Institusi Ketenteraan di Malaysia dan Sumbangan kepada Kelangsungan Ketamadunan
Burhanuddin Jalal, Sayuti Ab Ghani, Amnah Saayah & Redwan Yasin ... 380
Perspektif Kitab Quran terhadap Bidang Pengurusan Rekod
Ahmad Azman Mohamad Ramli, Azmi Ab Rahman, Kasmarini Baharuddin, Mohd Naim Mohd Nasfi, Mohd Ridzuan Ibrahim &
Abd Rashid Abd Rahman ... 397
ISLAMIC ECONOMICS AND BUSSINES MANAGEMENT
Etika Pengurusan Sumber Manusia bagi Muslimpreneurs dalam Perniagaan Berskala Kecil
Mohd Faizal P.Rameli, Suhaida Mohd. Amin, Dziauddin Sharif, Norajila Che Man & Noorfazreen Mohd Aris ... 413
Paradigma Tauhid dalam Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Norajila Che Man, Muhammad Rahimi Osman & Mohd Faizal P.Rameli ... 427
Wasatiyyah sebagai Asas Pembuatan Keputusan Pelabur Muslim
Noor Hasyimah Sulaiman, Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail, Azarudin Awang & Rubiah Abu Bakar ... 445
Penilaian Pakar dalam Model Konseptual Penggunaan Berhierarki Islam
Basri Abd. Ghani & Ahmad Azrin Adnan ... 453
The Need to Work by Educated Muslim Women in Malaysia
Suhaida Mohd. Amin & Mohd Faizal P.Rameli ... 461
The Impact of Macroeconomic Variables on FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah Index
Siti Nurulhuda Ibrahim, Zuraini Abdul Hamid, Amirudin Mohd Nor, Fahmi Abdul Rahim & Noraznira Abd Razak ... 469
Multimodal Analysis on Muslimah Cosmetic Billboards
Nor Atifah Mohamad, S. Salahudin Suyurno, Sumarni Maulan & Nazarul Azali Razali ... 489
Determinants of Electronic Commerce Adoption: Case Study Among Small and Medium Enterprise (SME) in Klang Valley
Nur Atiqah Zainuddin, Maymunah Ismail, Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, Sharina Sharif, Maz Izuan Mazalan & Mohd Sufian Ab Kadir … 501
Halal vs Non-Halal Cosmetic: Positioning in Malaysian Market
Azahar Harun, Roszi Naszariah Nasni Naseri, Nur Hazwani, Zolkifly & Mastura Ayob ... 513
Total Quality Management and Halal Certification of Food Product in Malaysia
Rizuwan Abu Karim, Nurazree Mahmud, Helmy Fadlisham Abu Hasan & Juan Rizal Sa‘ari ... 519
Pemantauan dan Penguatkuasaan Halal terhadap Produk Makanan Import oleh JAKIM
Mohd Zaid Daud, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Nurzahidah Jaafar & Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah ... 527
WAQF DEVELOPMENT IN MALAYSIA
Elemen Kekal Harta Wakaf: Analisis menurut Fuqaha dan Undang-undang di Malaysia
Che Zuina Ismail, Azarudin Awang, Rubiah Abu Bakar, Noor Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh... 549
Sejarah Universiti al-Azhar sebagai Model Institusi Pendidikan Wakaf Terulung
Mohd. Ali Muhamad Don ... 565
Pembangunan Tanah Wakaf Melalui Inovasi Istibdal
Che Zuina Ismail, Rubiah Abu Bakar, Azarudin Awang, Noor Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 575
Pembangunan Wakaf Kesihatan: Model Operasi dan Pengurusan Hospital Waqaf An-Nur (HWAN)
Norizah Mohamed @ Daud, Noorfazreen Mohd Aris, Sharipah Amirah Abas & Noraini Abd Muaziz ... 587
Urus Tadbir Hartanah Wakaf Melaka: Strategi Penambahbaikan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Norajila Che Man, Rawi Nordin, Norafifah Ab Hamid & Nor Azlina Abd Wahab ... 601
Aktiviti Pembangunan Saham Wakaf di Johor
Nurfarhana Mohd Daud, Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa, Munirah Zakaria & Aflah Isa ... 613
CONTEMPORARY ISSUE OF ZAKAT IN MALAYSIA
Penetapan Had Kifayah Zakat Pelajar di UiTM: Satu Keperluan
Baharuddin Sayin, Azri Bhari, Mohd Afandi Mat Rani & Muhammad Nor Aman Jamaluddin ... 625
Profil Asnaf Zakat di Kalangan Pelajar UiTM Melaka Kampus Bandaraya
Nor Rafedah Mohsan, Dziauddin Sharif, Norafifah Ab Hamid, Siti Nurul Izza, Hashim & Rizuwan Abu Karim ... 635
Pengambilan Hukum Uruf dalam Zakat Emas Perhiasan Negeri-negeri di Utara Malaysia
Noraini Saro & Rawi Nordin ... 643
Aktiviti Pembangunan Spiritual Bagi Asnaf Zakat Fakir dan Miskin di Selangor
Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa, Nurfarhana Mohd Daud & Mahasin Saja@Mearaj ... 651
ISLAMIC PHILANTHROPY AND HOSPITALITY
Crowdfunding: A New Phenomenon of Philantropic Method
Nurzahidah Jaafar, Siti Noorbiah Md Rejab, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Mohd Zaid Daud & Mazni Natasha Mohd Nasir ... 675
Corporate Philanthropy as A Corporate Social Responsibility Component: An Islamic Perspective
Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail, Noor Hasyimah Sulaiman & Azarudin Awang ... 687
Travel Patterns of People with Physical Disabilities in Attractions Sector of Selangor‘s Tourism Industry
Nurul Fatin Nabila Md Nafiah, Intan Farhana Abd.Karim,
Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, Sharina Shariff, Mohd Sufian Ab Kadir & Maz Izuan Mazalan ... 695
MANAGEMENT IN ISLAMIC PERSPECTIVE
Siapakah yang Sayang: Pengurusan Gerontologi Kajian di Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang
Nurzahidah Jaafar, Suliah Mohd Aris, Fadhilah Adibah Ismail, Rafeah Saidon & Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.... 711
An Insight into The Islamic Manufacturing Practices (IMP)
Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Mohd Zaid Daud, Nurzahidah Jaapar& Thuraya Ahmad ... 723
Shariah Risk Profiling Through Shariah Based Business Modelling: A Rectification Plan for Shariah Audit Finding (SNCR-01) for Company XYZ
Mohd Helmi Ahmad & Najahuddin Lateh ... 737
Qualitative Characteristics Accounting Information of Kariah Mosque: A Concept Paper
Masita Hassan, Salina Abdullah, Rahayu Mohd Sihat & Norlinda Tendot Abu Bakar ... 749
Sulh Approach in The Education Loan‘s Repayment: The Study on Education Loan of The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN)
Dziauddin Sharif, Norajila Che Man, Zainab Mohd Zain, Nasif Sidquee Pauzi & Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 757
Assessing Managers‘ Perception towards Fitness: Examining A Few Procedures and Steps
Saidin Wan Ismail & Norzaidi Mohd. Daud... 765
CONTEMPORARY ISSUES IN ISLAMIC JURISPRUDENCE
Ta'liq Talak: Antara Peruntukan Perundangan dan Amalan di Melaka
Noormala Rabu, Halipah Hamzah, Mohd Fauzi Md Isa & Zainal Fikri Zamzuri ... 791
Dilema Hak Suami Pasca Penceraian: Suatu Penelitian Awal di Malaysia
Mohd Ab Malek Md Shah, Zunaidah Ab Hasan, Sulaiman Mahzan, Marziana Abd Malib, Akmal Adanan & Mohamad Daim Darson ... 799
Penjagaan Akal Menurut Perspektif Islam dalam Konteks Maqasid Syariah
Fadhilah Adibah Ismail,Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Kamariah Yusoff, Azizah Zakaria & Norsalwati Sabtu ... 809
Maqasid Syariah dalam Pelancongan
Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Rawi Nordin, Mohamad Shafiei Ayub & Mohd Zaid Mustafar ... 817
Pengurusan Harta Menurut Islam: Analisa Menurut Perspektif Maqasid Syariah
Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Norafifah Ab Hamid & Rawi Nordin ... 835
كرفلا ملع
ؿوصلأا ملع فيلأت في ةيديدبذ ةيجهنم :ةيلوصلأا ؽ
(The Science of Usuli Nuances: a Renewal Method of Writing in Usul al-Fiqh)
نيدلا سشم مبرج دمبؿ نب ىفطصم
…847The Wisdom of Polygamy in Islam: The Law and Customary Practice in Afghanistan
Nasir Ahmad Yousefi... 865
Pendekatan Fuqaha dalam Memahami Illah Riba bagi Emas dan Perak
Mohd Asyadi Redzuan, Mohamad Zaki Razaly, Mohd Zainodin Mustaffa & Siti Noor Ain Aziz ... 879
CONTEMPORARY ISSUES OF DAKWAH IN MALAYSIA
Konsep Amar Makruf Nahi Mungkar dalam Kerangka Dakwah Islam
Razali Musa, Wan Hishamudin Wan Jusoh, Mohd Shahril Othman, Syed Hadzrullathfi Syed Omar & Mohd Safri Ali ... 889
Pengurusan Akidah di Malaysia Secara Berorganisasi: Satu Tinjauan Awal Tentang Jalinan antara Institusi Islam Kerajaan Pusat dan Negeri di Malaysia
Sophian Rambli & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ... 895
Toleransi Agama dalam Kehidupan Komuniti Muslim Baharu: Tinjauan dari Aspek Cabaran
Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat & Rubiah Abu Bakar ... 901
Kartun Bertemakan Dakwah Islamiyah Atas Talian: Interpretasi Dakwah Sarkastik Dan Satira
Fazlina Mohd Radzi & Azahar Harun ... 909
The Correlation Between Salah (Prayers) and Students‘ Academic Performance
Che Haslina Abdullah, Mahanim Omar, Raja Rosila Raja Berahim, Nur Afiqah Ab Latif & Che Nooryohana Zulkifli... 921
Peranan Laman Facebook dalam Penyampaian Maklumat Pengurusan Pusaka
Mohd Khairy Kamarudin, Mohd Hafizie Suhaimi & Nasrul Hisyam Nor Muhamad... 931
Muslims in South Korea: The Way of Life
Mahsuri Khalid, Ashirah Fatihah Mohd, Nurauni Aqilah Mohd Khir, Nur Nabila Mazlan, Nur Farhanah Mahamad Halid & Noraini Jamal... 943
Kajian Awal Tahap Kesukarelawan di Kalangan Rakyat Johor, Malaysia
Nik Rozilaini Wan Mohamed, Abdul Rasid Abdul Razzaq, Rohayu Roddin & Nor Asikin Shaharuddin... 963
Perubahan Akhlak Saudara Kita Selepas Memeluk Islam di Johor
Nur Najwa Hanani Abd Rahman, Mohd Farhan Ahmad, Noraishah P Othman, Siti Fairuz Sujak & Luqmanulhakim Ab Rahman... 969
Dakwah Melalui Media Sosial: Penerimaan dalam Kalangan Warga IPD Setiu, Terengganu
Azman Che Mat, Khairul Azhar Abd. Karim, Azarudin Awang, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat & Ahmad Zulfadhli Nukman... 987
ISLAM AND COMMUNICATION
Akhlak Terbina Komunikasi Sempurna
S.Salahudin Suyurno, Mohammad Taufik Md Sharipp, Mohd Shafie Ayub, Mohd Zaid Mustafar & Mohd Zin Junoh ... 997
Aplikasi Syarat Kesahihan Hadith terhadap Model Komunikasi Berkesan
Muhammad Taufik Md Sharipp, Muhammad Faidz Mohd Fadzil, Mohd Zaid Mustafar, Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz & S Salahudin Suyurno ... 1005
Komunikasi IntraPersonal dalam Dialog antara Agama: Pengalaman Saudara Baru
Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat, Noor, Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 1015
Pembangunan dan Pengesahsahihan Instrumen Manhaj Rabbãniyyah sebagai Indikator Komunikator Islam
Muhammad Taufik Md Sharipp, S Salahudin Suyurno, Mohamad Shafiei Ayub, Abdul Raf Ridzuan & Mariam Farhana Md Nasir ... 1023
Media Baharu dan Budaya Popular Islam: Peranan dan Realiti
Aini Faezah Ramlan, S Salahudin Suyurno, Muhamad Shafie Ayub, Rosilawati Sultan Mohideen & Abdul Qayyum Abd Razak ... 1031
Unsur-unsur Takmilah dalam Filem Islam
Mohamad Shafiei Ayub, Muhammad Taufik Md Sharipp, Aini Faezah Ramlan, Abdul Qayuum Abdul Razak, S Salahudin Suyurno &
Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 1037
ISLAMIC EDUCATION DEVELOPMENT
Gagasan Madrasah Al-Zahra‘: Penubuhan Universiti Islam di Akhir Kerajaan Turki Uthmani
Mohd Nasir Ayub, Surita Hartini Mat Hassan, Muaz Mohd Noor, Noor Hidayah Kasim & Rafidah Amat ... 1055
Kaedah Hafazan: Suatu Tinjauan Ringkas
Siti Suriyani Sulaiman ... 1071
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Pencapaian Pelajar Bahasa Arab
Azman Che Mat, Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Azarudin Awang, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat &
Ahmad Zulfadhli Nukman ... 1087
Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital bagi Kursus CTU 281: Kesan terhadap Prestasi Akademik dan Motivasi Diri Pelajar Grafik di UiTM Alor Gajah
Ilinadia Jamil, Azahar Harun, Fatrisha Mohamed Yussof, Nor Yus Shahirah Hassan & Fazlina Mohd Radzi ... 1095
Analisis Kerelevanan Kurikulum Kursus Pemikiran dan Tamadun Islam (CTU151) terhadap Pelajar di UiTM
Rubiah Abu Bakar, Che Zuina Ismail, Azarudin Awang & Noor Hasyimah Sulaiman ... 1107
Hadith's Source of Reference Finder Browser Extension
Mohamad Hafiz Khairuddin, Nur Azalizana Ahmad Saru, Mohd Hafifi Mohd Supir, Anwar Farhan Zolkeplay & Mohd Taufik Mishan... 1117
Peranan IPTA dan IPTS dalam Menerapkan Pendidikan al-Quran di dalam Kurikulum sebagai Kursus Teras bagi Semua Pelajar Islam di Malaysia: Kajian Awal di Beberapa Buah IPT di Malaysia
Nor Ashiqeen Jamaluddin, Raihana Farahiyah Abdul Rahman, Sulaiman Shakib Mohd Noor & Mohd Nazir Kadir… 1127
Hukum Kanun Brunei dan Hukum Kanun Melaka: Suatu Ristaan Sejarah
Haji Dzulkiflee Haji Abdul Latif... 1143
ةيناسنلإا ةراضبغا ىلع هرثأك بطلا ؿابؾ في تُملسبؼا ءاملع دوهج
Foreword
_________________________________________________________________
Bismillahirrahmanirrahim. All praise to Allah SWT. Blessing and Prayers be upon Prophet Muhammad SAW, and also to his family members, kindred‘s, companions and his followers who adhere faithfully to his teaching.
I would like to express my gratitude for this invitation to write a few words in conjunction of this proceeding. Heartiest congratulations go to the organizers of the 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 (2nd IsHeC2017) that was held on 14th – 15th November 2017. Congratulations also to the editors for their efforts in publishing the articles presented at the 2nd IsHeC2017.
Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 is a very noble effort as it adds to the corpus of literature on Islamic based research in various disciplines of knowledge. I hope that this proceeding can be a catalyst for the germination and strengthening of Islamic knowledge.
Finally, I wish to extend my sincere appreciation to all parties involved in the publication of this proceeding especially Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UiTM Melaka, Center for Islamic Philanthropy and Social Finance (CIPSF), Pusat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (PJI & A) UiTM Melaka and the authors for their contribution.
DATUK PROF.MADYA SABARIAH MAHAT
Rektor,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka.
Preface
_________________________________________________________________
In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. All praise is due to Allah SWT, the Almighty. We all praise Him, seek His Help, and ask for His Forgiveness. We seek refuge with Him from the evil of our souls, and from our sinful deeds. He whom Allah SWT guides, no one can misguide him, and whoever Allah SWT misguides, no one can guide him. Blessings and prayers upon His Messenger Prophet Muhammad SAW. We would like to express our thorough and sincere gratefulness to Allah the Almighty, who has given us the opportunity to write, edit and complete the Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017.
We wish to extend our appreciation to YBhg. Datuk Associate Professor Sabariah Hj. Mahat, Rector of Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka for her full encouragement in ensuring the success of the 2nd IsHeC2017 and also the publication of this proceeding. Special thanks to YBrs. Associate Professor Dr. Shafinar Ismail, Deputy Rector of Research and Industrial Linkage UiTM Cawangan Melaka for her continuous support in 2nd IsHeC2017.
A great deal of appreciation also goes to the Center for Islamic Philanthropy and Islamic Finance (CIPSF), Uni-Charity Society, ACIS UiTM Cawangan Melaka and UiTM Press for their tremendous effort in making the 2nd IsHeC2017 a success.
This proceeding comprises the articles that were presented in 2nd IsHeC2017 which held on 14 hingga 15 November 2017 at Avillion Hotel Melaka.
Hopefully, the Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 will give a clearer view of various contemporary issues in Islamic-based research in this country and the Muslim world as a whole. Finally, we hope that this proceeding may inspire and motivate its readers in initiating attempts and contributions for the sake of Muslim ummah.
MOHD FAIZAL P.RAMELI
ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK
MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP
MOHD ZAID MUSTAFAR
MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ
RAWI NORDIN
S.SALAHUDIN SUYURNO
DZIAUDDIN SHARIF
Editor
APLIKASI SYARAT KESAHIHAN HADITH TERHADAP MODEL KOMUNIKASI BERKESAN
Muhammad Faidz Mohd Fadzil, Muhammad Taufik Md Sharipp, Mohd Zaid Mustafar, Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz & S Salahudin Suyurno
ABSTRAK
Tatkala membicarakan mengenai hadith, disiplin ilmu ini akan menilai darjat sesebuah hadith sama ada sahih, hasan atau dhaif memandangkan ajaran Islam yang tercermin dalam diri Nabi SAW telah disampaikan kepada umat manusia melalui komunikasi. Ulama‘ bersepakat bahawa kesahihan hadith terangkum kepada lima syarat besar iaitu sanad bersambung, keadilan dan kekuatan ingatan perawi serta tiada kecacatan dan keraguan pada sanad dan matan hadith. Lantaran itu, syarat ini diolah bagi mewujudkan model komunikasi berkesan memandangkan secara umumnya penerimaan sesuatu mesej dalam komunikasi Islam turut memerlukan indikator tertentu. Kertas kerja ini mengaplikasikan syarat hadith tadi dan menghasilkan dua pecahan utama dalam model komunikasi berkesan. Bagi kategori komunikator, seseorang itu memerlukan keabsahan, keadilan dan integriti. Autoriti dan kesepakan mesej yang menjadi kategori kedua dalam model komunikasi berkesan yang dihasilkan.
PENGENALAN
Hadith adalah segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW tentang percakapan, perbuatan, pengakuan mahupun sifat baginda (Muhammad Abu al-Layth, 2011). Tatkala membicarakan mengenai hadith, lapangan ini tidak akan lari dari menilai darjat hadith sama ada sahih, hasan atau dhaif kerana darjat hadith ini menjadi kayu ukur kepada sumber hukum dalam Islam.
Keseluruhan ahl al-sunnah wa al-jamãʿah bersepakat bahawa hadith sebagai sumber ajaran Islam yang kedua.Realitinya, hadith tidak dapat lari daripada perihal komunikasi pada umumnya memandangkan ajaran Islam yang tercermin dalam diri Nabi SAW telah disampaikan kepada umat manusia melalui komunikasi(Simamora, 2016).
Mahyudin `Abd Halim dalam Zulkiple Abd Ghani (2001:81) menggagaskan komunikasi Islam adalah proses membekalkan khalayak dengan hakikat kebenaran agama Islam yang berterusan bersandarkan Quran dan al-Sunnah secara langsung atau tidak, melalui perantaraan media umum atau khusus, bertujuan membentuk pandangan umum yang betul berasaskan hakikat kebenaran agama yang memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam aspek akidah, ibadah dan muamalat. Lantaran itu, sebahagian komunikasi Islam itu sendiri adalah hadith memandangkan penyampaian Islam disampaikan melalui hadith.
Namun begitu, hadith yang diangkat sebagai komunikasi Islam hanyalah hadith sahih iaitu hadith yang menepati kelima-lima syarat hadith sahih. Selain itu, hadith bertaraf hasan iaitu hadith yang kurang sedikit syarat kesahihan hadith, namun masih tidak menjadi terlalu dhaif juga boleh dikategorikan sebagai komunikasi Islam. Mengambil idea ketetapan ulama‘ muhadithĩn berkenaan
syarat hadith, kertas ini membincangkan penggunaan syarat hadith sahih dalam mengambil mesej komunikasi Islam secara umum.
SYARAT KESAHIHAN HADITH
Menurut Imam Al-Shafi‘i, terdapat lima syarat yang perlu dipenuhi bagi menentukan kesahihan sesuatu hadith iaitu sanad bersambung (ذٕغٌا ياصذا), keadilan (حٌاذػ), kuat ingatan (ظثض َاّذ), tiada kecacatan (حٍؼٌا َذػ) dan tiada keraguan (رٚزشٌا َذػ) (Al-Syafie, 1939).Begitujugapandangandaripada Imam al-Baiquniy di dalam manzhumahnya telah memberi definisi berkaitan hadith sahih seperti di atas.
1. Sanad bersambung (دُسنا لاصتا)
Di antara syarat utama penentuan kesahihan sesuatu hadith ialah penelitian yang dilakukan terhadap sanadnya. Ini bermaksud perawi-perawi yang meriwayatkan hadith mestilah mengambil hadith tersebut daripada golongan sebelumnya secara langsung (Muhammad Abu al-Layth, 2011). Sanad sesebuah hadith itu perlulah bersambung dari awal hingga ke akhir serta perlu wujudnya pertemuan atau sezaman di antara perawi-perawi di dalam rangkaian sanad (Al-Bakri, 2016). Tambahan pula, tidak wujud penghalang di antara perawi daripada bertemu sama ada dari segi masa atau tempat.
2. Keadilan (ةنادػ)
Keadilan perawi ini merangkumi beberapa perkara iaitu Islam, baligh, berakal, tidak fasiq dan memelihara muru‘ah(Muhammad Abu al-Layth, 2011). Keislaman merupakan syarat utama yang perlu dipenuhi seseorang perawi hadith. Apa yang dimaksudkan dengan Islam adalah perawi tersebut mestilah Muslim ketika dalam keadaan menyampaikan riwayat tersebut dan bukan ketika beliau menerimanya(Abu al-Thayyib, 1979). Kedua, memenuhi syarat baligh. Syarat ini juga penting dalam memastikan keadilan seseorang perawi kerana pada tahap ini seseorang individu telah bertanggungjawab terhadap kewajipan yang disyariatkan kepadanya. Maka, sekiranya perawi itu tidak mumayyiz atau kanak-kanak maka periwayatannya tidak diterima(Muhammad Abu al-Layth, 2011). Syarat ketiga pula ialah berakal. Seseorang perawi itu mestilah berakal supaya setiap perkara yang disampaikan itu benar serta sempurna ingatan. Keempat, tidak fasiq. Fasiq bermaksud melakukan dosa besar dan berterusan dalam melakukan dosa kecil(Muhammad Abu al-Layth, 2011). Maka tidak diterima periwayatan daripada perawi yang selalu melakukan pendustaan. Syarat keadilan seterusnya ialah memelihara muru‘ah. Sebahagian ulama‘ seperti Ibn Qudamah mentafsirkan
muru‘ah sebagaimana yang pernah disebut oleh para nabi iaitu, ―apabila kamu tidak memiliki perasaan malu, maka lakukanlah semua perkara yang kamu mahu‖(Ibn Qudamah, 1981). Ini bermaksud orang yang tidak mempunyai
perasaan malu maka mereka terdedah kepada perilaku yang baik dan tidak baik. Oleh yang demikian, perbuatan yang hina adalah perbuatan yang akan dihindari oleh orang yang memelihara muru‘ahnya.
3. Kuat Ingatan (طبض واًت)
Sekiranya kita melihat kepada pengertian bagi kalimah (dhabt) menurut takrifan ilmuan hadith, maka ia membawa maksud kepada kuat daya ingatan bagi seseorang perawi hadith itu. Kekuatan daya ingatan pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
i. Daya ingatan fikiran (hafalan)
Hafalan di sini membawa maksud perawi hadith mengingati setiap apa yang didengari daripada gurunya dan mampu menghadirkan kembali ingatan tersebut dengan sempurna tanpa sebarang kesalahan serta mudah dikeluarkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja (Al-Qathan, 2006 &Muhammad Abu Al-Layth, 2011).
ii. Ketepatan menulis periwayatan hadith.
Seseorang periwayat menjaga kitab hadith yang ditulisnya semenjak pertama kali dirinya mendengar hadith dan hadith-hadith tersebut menjadi amalan dalam kehidupan seharian(Al-Qathan, 2006). Abu Al-Layth juga menyatakan pengertiannya di sini membawa maksud menjaga penulisan hadithnya daripada bercampur baur dengan hadith-hadith yang lain (Muhammad Abu Al-Layth, 2011) sama ada dari segi sebarang perubahan atau pertukaran, penambahan atau pengurangan dalam tempoh waktu menerima hadith sehinggalah periwayat tersebut menyampaikan hadith berdasarkan catatannya(Rosli Mokhtar, Mohd Fikri Che Hussain, 2008).
4. Tiada Kecacatan (ةهػ ودػ)
Tiada kecacatan (‗adamu ‗illat) merupakan salah satu syarat dalam meletakkan status sahih kepada sesebuah hadith. Kecacatan (‗Illat) bermaksud sebab tersembunyi yang dapat merosakkan kesahihan hadith walaupun pada zahir hadith tersebut seakan-akan tiada sebarang kecacatan. Misalnya, jalur periwayatan (sanad) pada zahirnya seakan bersambung, tetapi selepas diselidiki secara terperinci didapati sanad tersebut terputus periwayatannya. (Al-Qathan, 2006 & Mohd. Muhiden Abd. Rahman , 2010 & Mahmud Thahan, 2010).
5. Tiada Keraguan (ذورشنا ودػ)
Tiada syaz bermaksud hadith yang diriwayatkan tidak memiliki syaz
(penyelewengan atau terasing daripada kebanyakan orang). Suku kata jamak bagi
shadh adalah shudhuz yang membawa maksud seseorang perawi yang menyalahi perawi thiqah yang lain atau menyalahi perawi yang lebih thiqah daripada dirinya. Situasi syaz boleh terjadi kepada sanad (jalur periwayatan) dan pada
matan (teks hadith) (Al-Qathan, 2006 & Mahmud Thahan, 2010). Misalnya: i. Keraguan pada jalur periwayatan (sanad)
Contohnya, terdapat 10 sanad, tetapi 1 daripada sanad tersebut berbeza dalam pengambilan riwayat hadith tersebut. Maka, 1 sanad tersebut dikira sebagai syaz
ii. Keraguan pada teks hadith
Kewujudan satu teks hadith bercanggah dengan teks-teks hadith yang lain dari sudut lafaz dan makna.
ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI ISLAM
Perbahasan elemen komunikasi disebut dengan pelbagai istilah antaranya asas komunikasi, model SMCR, arkãn dakwah dan unsur dakwah (Muhammad Taufik Md Sharipp & S. Salahudin Suyurno, 2016). Sungguhpun demikian, perkara ini bukanlah suatu isu memandangkan elemen-eleman ini menggambarkan proses komunikasi secara keseluruhan sehingga boleh merialisasikan tujuan dan fungsi komunikasi (Zulkefli Haji Aini & S. Salahudin Suyurno, 2012). Elemen komunikasi merangkumi empat perkara asas iaitu sumber (komunikator), pesanan (mesej), medium dan penerima (komunikan).
Sumber adalah pihak yang menciptakan pesanan. Dalam ilmu hadith, komunikator pertama adalah Rasulullah sendiri memandangkan segala percakapan, perbuatan mahupun taqrir Baginda diangkat sebagai hadith.Pesanan atau utusan adalah terjemahan gagasan ke dalam kod simbolik seperti bahasa atau isyarat. Lazimnya, pesanan merupakan kata-kata sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan mengandungi maksud dari penyampai. Melihat kepada asas ilmu hadith, mesej yang disampaikan adalah untaian kata-kata Rasulullah sendiri yang disampaikan kepada sahabat Baginda, seterusnya kepada tabiʿin dan kepada generasi yang berikutnya.
Saluran adalah medium menghantar pesanan terbabit kepada golongan sasar atau penerima (Deddy Mulyana, 2008). Medium pada zaman periwayatan hadith lebih menjurus kepada penulisan dan penyampaian mulut ke mulut dari seorang guru kepada murid memandangkan periwayatan hadith memerlukan seorang murid untuk bertalaqqi dengan seorang guru demi sebuah hadith. Secara tidak langsung, seorang murid menjadi penerima seterusnya menjadi seorang komunikator apabila menyampaikan kepada individu lain.
Melihat komponen komunikasi ini, komunikator atau sumber komunikasi memegang kedudukan terpenting dalam ajaran Islam. Secara korelasinya, para periwayat atau penyampai sunnah Nabi Muhammad SAW diteliti satu per satu melalui disiplin ilmu al-Jarh wa al-Ta‘dĩl (kritik pribadi perawi)yang membahas karakteristik para periwayat sunnah Nabi Muhammad SAW yang harusmemiliki keperibadian ―jujur, adil dan teliti‖ agar mereka dinilai memiliki diiktiraf sebagai perawi atau komunikator sunnah(Suhaimi, 2013).
APLIKASI SYARAT KESAHIHAN HADITH
Menerusi syarat hadith sahih yang dibincangkan, kesemua syarat tersebut dapat diaplikasikan terhadap elemen komunikasi terutamanya dalam elemen sumber dan mesej. Permodelan aplikasi syarat kesahihan hadith terhadap komunikasi seperti rajah berikut:
Rajah 1: Model komunikasi berkesan berasaskan syarat kesahihan hadith 1. Keabsahan sumber
Item pertama yang dihasilkan merupakan olahan daripada syarat hadith sahih yang pertama iaitu sanad yang bersambung. Dalam dinamik ilmu ‗ulum al-hadith, sanad merupakan jalur periwayatan (sumber) yang bersambung sampai pada Nabi. Periwayatan sanad dalam pengajian hadith bermaksud memindahkan hadith dan sanadnya dari sumbernya dengan menggunakan ungkapan yang tersendiri seperti haddathanĩ atau akhbaranĩ atau samiʿtu minhu dan lain-lain (Fauzi Deraman, 2000).
Sebuah mesej dianggap boleh diterima apabila mencantumkan sumber informasi yang didapati. Menurut Fatchur Rahman (1970) jaluran sanad ini diimplimentasikan dalam tradisi akademik sekarang mirip dengan kutipan atau referensi. Sebuah tulisan yang dianggap dapat dipercaya, salah satunya adalah mencantumkan sumber dari mana penulis mendapatkan informasi. Rasulullah SAW bersabda:
َص ِ َّاللَّ ُيُٛعَس َياَل :َياَل ،ٍطاَّثَػ ِْٓتا َِٓػ
:ٍَََُّعَٚ ِْٗ١ٍََػ ُاللَّ ٍَّٝ
«
ُُْىِِْٕ َغَِّع َِِّّْٓ ُغَّْغُ٠َٚ ُُْىِِْٕ ُغَّْغُ٠َٚ َُْٛؼَّْغَذ
»
Dari Ibn Abbas berkata: Rasulullah SAW bersabda: ―Mereka mendengar dan didengar dari kamu dan didengari dari sesiapa yang mendengarnya dari kamu‖ (Hadith riwayat Abū Dãwud, Kitãb al-ʿIlm, 4/3659)
Bertitik tolak dari hal itu, seorang komunikator wajib mengetahui sumber sesebuah mesej yang disampaikan dengan ungkapan yang jelas. Hal ini kerana sesebuah martabat mesej boleh berubah sekiranya pemindahan mesej tersebut berlaku gangguan bergantung kepada sejauh mana gangguan dalam komunikasi.
Sebagai contoh, penerima mesej mendengar dalam suasana yang bising akan menjejaskan penerimaan mesej dengan baik.
2. Keadilan sumber
Keadilan sumber merujuk kepada sifat seorang perawi yang adil dalam menerima dan menyampaikan hadith. al-‗Adalah berarti seimbang, Ibn Manzur (1968) menyebut al- adalah berarti hati yang lurus, dan menolak kezaliman dan tidak ternampak darinya keraguan. ‗Adalah dalam mustalah al-hadith bererti tabiat yang membawa ketetapan taqwa dan maruah. Maksud taqwa di sini adalah perawi yang jauh dari dosa syirik, fasik, dan bidʿah. Sedangkan menjaga maruah adalah perilaku yang dinilai baik dari kaca mata sosial dan agama Islam seperti dermawan, akhlak yang bagus, bukan pendusta dan jauh dari hal-hal kotor dan aib (Malik, 2016).
Lantaran itu, komunikasi yang berkesan perlu dinilai dari sudut keadilan sumbernya. Keadilan sumber bermaksud penyampai mesej perlulah seorang yang berkredibiliti. Perkara ini meliputi aspek ketaqwaan dan akhlak penyampai seperti tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan amalan dosa-dosa kecil. Hal ini selari dengan firman Allah SWT:
لاَٚ ِظْغِمٌْاِت َءاَذَُٙش ِ َّ ِللَّ َٓ١ِِاََّٛل اُُٛٔٛو إَُِٛآ َٓ٠ِزٌَّا اَُّٙ٠َأ اَ٠
َْٜٛمَّرٌٍِ ُبَشْلَأ َُٛ٘ اٌُِٛذْػا اٌُِٛذْؼَذ لاَأ ٍََٝػ ٍََْٛل ُْإََٓش ُُْىََِِّٕشْجَ٠
ٍََُّْْٛؼَذ اَِّت ٌش١ِثَخ َ َّاللَّ َِّْإ َ َّاللَّ اُٛمَّذاَٚ
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Maaidah 5:8)
3. Integriti Sumber
Adaptasi dari konsep dhabt, seorang perawi mampu memelihara hadith sama ada melalui hafalan maupun catatan (Malik, 2016). Penyampai komunikasi yang berkesan mampu meriwayatkan mesej sebagaimana diterimanya. (Abdurrahman dan Elan, 2013) menyebutkan bahawa perbahasan dhabt mencakupi beberapa perkara iaitu:
i. hafalan perawi.
Kethiqahan seorang perawi bergantung kepada sejauh mana hafalan mereka dipelihara. Lantaran itu, seorang komunikator yang berusaha memelihara mesej yang disampaikan dapat menguatkan kesahihan mesej. ii. mukhalafah
Integriti seorang perawi turut dinilai melalui sifat mereka sama ada banyak bersilisih pandangan atau banyak perdebatan. Perbezaan pandangan dan perdebatan yang sia-sia secara tidak langsung merendahkan darjat seorang komunikator.
iii. waham
Waham secara umumnya adalah perawi yang sering melakukan kesilapan dan bercampur hafalan (Abu Layth, 2011). Darjat seorang perawi menjadi rendah tatkala hafalan atau penulisan mereka bercampur dengan perkara yang lain. Berbeza dengan perawi yang mutqin atau diyakini, perawi waham, tidak diambil semua hadith daripadanya kecuali dalam bab targhĩb dan tarhĩb, zuhud dan adab. Oleh yang demikian, komunikator yang sering melakukan kesilapan dalam menyampaikan mesej tidak diambil mesej darinya kecuali perkara yang tertentu sahaja. Hal yang berkaitan dengan agama dan fakta akan diteliti terlebih dahulu. iv. kesalahan dan penelitian
Tidak dapat dinafikan bahawa seorang perawi hanyalah seorang manusia biasa yang tidak terlepas dengan kesilapan. Namun begitu, tatkala membicarakan berkenaan hadith, kesalahan sama ada dari sudut hafalan atau catatan perlu dicegah demi mencapai tahap thiqah seorang perawi. Begitu juga yang perlu diaplikasikan oleh seorang penyampai mesej, sekiranya kesalahan mesej tersebut begitu besar sehingga mengubah konteks asal mesej, semestinya mesej tersebut ditolak. Namun, kesilapan menulis mesej atau menyampaikan hanya kecil wajar dicegah sekalipun perkara tersebut salah dari sudut bahasa kerana martabat penyampai akan diragui sekiranya kerap melakukan kesilapan.
4. Autoriti mesej
Majoriti ulama‘ menyatakan antara syarat sesuatu hadith itu dikira sahih adalah tiada ‗illah iaitu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang tersembunyi yang sukar dipastikan melainkan setelah dibuat penelitian yang rapi (Mohd. Muhiden, 2010). Begitu juga jika berkomunikasi dengan ilmu bukan sekadar berisi maklumat tetapi mestilah terhindar daripada unsur kejahilan dan prasangka yang dibawa oleh syaitan, seterusnya membawa individu kepada ketaqwaan yang tinggi kepada Penciptanya iaitu Allah SWT. Ilmu dikaitkan dengan kebaikan dan kebenaran hakiki. Imam Syafi‘e pernah menyebutkan bahawa ilmu itu cahaya dan tidak akan diberi kepada orang yang melakukan kejahatan (Mohd Safar Hasim, 2015). Perbezaaan antara ilmu dan maklumat boleh dijelaskan menerusi firman Allah SWT iaitu:
اًَِّْٛل اُٛث١ِصُذ َْْأ إَُّٛ١َثَرَف ٍإَثَِٕت ٌكِعاَف ُُْوَءاَج ِْْإ إَُِٛآ َٓ٠ِزٌَّا اَُّٙ٠َأاَ٠
َٓ١ِِِدأَ ُُْرٍَْؼَف اَِ ٍََٝػ اُٛحِثْصُرَف ٍحٌَاََٙجِت
Maksud: ―Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah
(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan‖.(Surah
al-Hujurat, 49:6)
Oleh itu, komunikasi yang berkesan sepatutnya selari dengan kebenaran dan maklumat yang disampaikan mestilah dipastikan keabsahan dan ketulenannya. 5. Kesepakatan mesej
Sesuatu hadith juga tidak dikira sahih jika wujud syaz pada matan hadith. Tiada
syaz bermaksud hadith tersebut tidak ganjil atau bercanggah dengan hadith lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah daripadanya (Mohd. Muhiden, 2010). Dalam elemen komunikasi terdapat unsur rangka rujuk yang bermaksud ruang lingkup pengalaman dan pengetahuan yang boleh dikongsi bersama antara sumber dengan penerima tentang sesuatu perkara yang menjadi tajuk komunikasi. Komunikasi tidak berlangsung dengan jayanya apabila penerima dan sumber tidak mempunyai rangka rujuk yang sama (Zulkefli Hj.Aini, 2016). Agama Islam mengingatkan betapa bahayanya fitnah yang tersebar atau disebarkan secara meluas. Apa jua perkhabaran atau berita yang diterima perlu mendapatkan kepastian daripada pihak yang berwajib sebelum dibuat hebahan kepada umum. Permasalahan dalam memahami sesuatu maklumat secara keseluruhan juga menyebabkan berlakunya perselisihan pendapat. Justeru itu, bagi mengelak situasi sedemikian maka Islam menganjurkan agar setiap maklumat yang diperolehi perlu mendapatkan kepastian dari pihak yang bertanggungjawab supaya kebenaran berita yang disampaikan dapat diperhalusi dan disepakati oleh semua masyarakat (Mohd Safar Hasim, 2015). Firman Allah:
ُّدَس ٌََْٛٚ ِِٗت اُٛػاَرَأ ِفَْٛخٌْا َِٚأ َِِْٓ ْلأا َِِٓ ٌشَِْأ َُُْ٘ءاَج اَرِإَٚ
ٌَِٝإ ُٖٚ
ُُِِْْٕٙ َُُٗٔٛطِثَْٕرْغَ٠ َٓ٠ِزٌَّا ٍََُِّٗؼٌَ ُُِِْْٕٙ ِشَِْ ْلأا ٌُِٟٚأ ٌَِٝإَٚ ِيُٛعَّشٌا
ًّلا١ٍَِل َّلاِإ َْاَطْ١َّشٌا ُُُرْؼَثَّذ َلا ُُٗرَّْحَسَٚ ُُْىْ١ٍََػ ِ َّاللَّ ًُْضَف َلاٌََْٛٚ
Maksudnya: ―Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)‖ (Surah al-Nisa‘, 4:83)
Oleh yang demikian, mempastikan kebenaran sesuatu berita atau maklumat yang diterima amat dituntut dalam Islam. Individu yang membuat penilaian sendiri terhadap maklumat yang diterima perlu dipastikan atau dirujuk kepada sumber atau pihak yang bertanggungjawab supaya kebenaran dapat dicapai dan disepakati.
KESIMPULAN
Melihat kepada item syarat kesahihan hadith dengan model komunikasi berkesan serasi digandingkan, justeru gagasan mengaplikasikan syarat hadith sahih ke dalam lapangan ilmu komunikasi Islam mampu terlaksana. Sanad bersambung yang menjadi syarat hadith sahih mampu diterjemah kepada keabsahan sumber dalam model komunikasi berkesan. Keadilan dan kekuatan ingatan perawi hadith boleh digagaskan kepada item keadilan dan integriti sumber. Autoriti dan kesepakan mesej yang menjadi item model komunikasi berkesan digarap hari syarat tiada kecacatan dan keraguan pada sanad dan matan hadith.
Namun begitu, gagasan ini masih memerlukan penelitian dan pengkajian yang lebih mendalam memandangkan setiap cabang syarat hadith sahih ini wujud perbahasan yang terperinci oleh golongan muhadithĩn.
RUJUKAN
Abdurrahman, M., & Elan , S. (2013). Metode Kritik Hadits. Bandung: PT. Remaja Rosdakarya.
Abu al-Thayyib, M. S.-H. (1979). 'Awn al-Ma'bud Syarh Sunan Abi Daud. Dar al-Fikr.
Al-Bakri, Z. b. (2016, Julai 29). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Didapatkan Ogos 30, 2017, daripada http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms- my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1251-irsyad-al-hadith-siri-ke-104-hadith-sahih
Al-Qathan, M. K. (2006). Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadith (ed. 1). (Himmatun Rofiah AMK, Ed., Abu Ezzat Al-Mubarak, & Azhariah Muhammad, Penterjemah) Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd. Al-Syafie, M. b. (1939). Al-Risalah. (A. Syakur, Ed.) Qahirah.
Deraman, F. (2000). Metodologi Muhaddithin: Suatu Sorotan. Jurnal Usuluddin, 12(1), 1-18.
Ibn Manzur, J.-D. M. (1968). Lisan al-‗Arab (Jil. 11). Beirut: Dar al-Sadir. Ibn Qudamah, A. M. (1981). Al-Mughni li Ibn Qudamah (Jil. 9). Riyadh:
Maktabat al-Riyadh al-Hadisah.
Malik, H. A. (2016). NAQD AL-HADITS SEBAGAI METODE KRITIK KREDIBILITAS INFORMASI ISLAM. Journal of Islamic Studies and Humanities, 1(1), 37-66.
Mohd Safar Hasim, Z. A. (2015). Komunikasi & Media Dari Perspektif Islam.
Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Muhiden, A. R. (2010). 'Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhammad Abu al-Layth, a.-K. A. (2011). Ulum al_Hadith Asiluha wa Mu'asiruha. Bandar Baru Bangi: Darul Syakir.
Rahman, F. (1970). Ikhtishar Mushthalahul-Hadits. Bandung: PT. Al-Ma'arif. Rosli Mokhtar, Mohd Fikri Che Hussain. (2008). Ilmu al-Jarh wa Ta'dil (ed. 1).
Johor Bahru: Jahabersa.
Simamora, I. Y. (2016). Hadis-Hadis Komunikasi Pembangunan. Jornal Al-Balagh, 1(1), 71-90.
Suhaimi. (2013). Integrasi Dakwah Islam dengan Ilmu Komunikasi. Jurnal MIQAT: Jurnal Ilmu-Ilmu Keislaman, 37(1), 214-228.
Zulkefli Hj.Aini, S. H. (2016). Pengantar Komunikasi Dakwah. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
ZulkipleAbdGhani (2001) ―Komunikasi Islam SebagaiKomunikasiAlternatif‖,
JurnalIslamiyyat,Jil. 22. Bangi: UniversitiKebangsaan Malaysia. Hal.79-89.