• Tidak ada hasil yang ditemukan

Guna Ilmu Perang Gerak Saraf Basmi Pengganas Agama Ahmad Sauffiyan Abu Hasan, Astro Awani Diterbitkan pada Januari 12, :43 MYT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Guna Ilmu Perang Gerak Saraf Basmi Pengganas Agama Ahmad Sauffiyan Abu Hasan, Astro Awani Diterbitkan pada Januari 12, :43 MYT"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Guna Ilmu Perang Gerak Saraf Basmi Pengganas Agama

Ahmad Sauffiyan Abu Hasan, Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 12, 2016 19:43 MYT

KUALA LUMPUR: Berita dua rakyat negara ini yang terkorban dalam operasi berani mati di bawah panji kumpulan militan Daish benar-benar mengejutkan.

Laporan sebuah akhbar menyatakan tindakan Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26 dari Terengganu yang memandu trak dipenuhi bahan peledak dan meletupkan dirinya di bandar Raqqa, Syria dituruti berita seorang lagi rakyat Malaysia, Mohamad Syazwan Mohd Salim, 31, bersama tujuh orang anggota Daish dilaporkan terbunuh dalam siri serangan berani mati ke atas pusat latihan Polis di Tikrit, Iraq menambah statistik kematian rakyat kita yang terbunuh kerana menyertai kumpulan militan itu.

Ia menjadikan jumlah kematian serangan adalah seramai 33 orang selain sehingga hari ini, sebanyak 17 rakyat negara ini yang menyertai Daish dilaporkan terbunuh.

Akhbar itu turut melaporkan, warga Malaysia adalah dari anggota Katibah Nusantara atau dikenali sebagai 'Malay Archipelago Combat Unit', iaitu sebuah unit serpihan dari kumpulan militan Daish yang beroperasi di Asia Tenggara dan mempunyai rangkaian pengganas yang aktif.

Terbaru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua pengebom berani mati yang dilapor menyebabkan kematian lebih 30 orang di Syria dan Iraq belum lagi disahkan sebagai rakyat negara kerana pihaknya masih menunggu dokumen rasmi daripada pihak berkuasa di dua negara itu yang boleh mengesahkan dua lelaki berkenaan terbabit dalam insiden pengeboman berani mati itu adalah rakyat Malaysia.

Apa-apa juga, elok kita bersama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang terlibat dan rakyat Malaysia lain yang terkorban.

Laporan itu hanya adalah cebisan petikan dari beratus-ratus laporan yang sedang viral di laman sosial dan media arus perdana pada awal tahun ini mengenai penglibatan rakyat negara kita dalam kumpulan pengganas antarabangsa.

Kematian mereka sangat menyedihkan, namun perkara pokok yang harus diteliti dari insiden ini adalah bagaimana untuk menghentikan penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan pengganas secara total.

Perang psikologi

Saya mencadangkan salah satu cara adalah melalui pendekatan gerak saraf dan perang psikologi di peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk membentuk rakyat berjiwa harmoni dan tidak lembut hati untuk 'menghantar' nyawa ke dalam kumpulan pengganas.

(2)

Pendekatan ini tidaklah dan jangan diandaikan seperti projek 'Mind Control' seperti MK-Ultra oleh CIA yang kejam tetapi lebih kepada pendekatan 'buah halus' iaitu dalam bahasa Nusantaranya bermaksud pembinaan jati diri.

Ia sekali gus mampu membezakan isu benar atau salah yang mana kebolehan ini tidaklah datang bergolek dengan sendiri sebaliknya ia perlu dilatih dan ditatih dengan cara yang betul.

Peranan Biro Tatanegara (BTN) sebagai agen penyelesai isu ini mungkin cadangan yang popular tetapi adakah mereka masih relevan?

Jika kita lihat konteks hari ini dengan ledakan informasi dan pengaruh ideologi asing seperti Daish dan Taliban, ia jelas memerlukan operasi gerak saraf dan perang psikologi yang lebih jitu, fokus dan strategik.

Membentuk semula pemikiran rakyat supaya tidak menjadi taksub, tidak menyertai kumpulan pengganas adalah sukar tetapi tidak mustahil. Ini kerana, ilmu perang psikologi dan gerak saraf memerlukan seorang pakar untuk mengkaji sejarah dan model peperangan sedia ada dan seterusnya diadaptasikan ke dalam konteks masalah di Malaysia.

Walaupun kelihatan sedikit sukar namun ia perlu kerana sejarah keselamatan negara Malaysia membuktikan kewujudan segelintir rakyat Malaysia yang pernah terlibat dalam kumpulan pengganas seperti Nordin Mat Top dan Dr. Azahari Husin.

Malah, pada suatu ketika dahulu, gerakan serta ajaran sesat ini turut melahirkan ramai individu bersifat pelampau agama. Walaupun nampak seperti telah dibendung dengan kekerasan undang-undang dan hukuman berat sehingga ke tali gantung, realitinya cara ini sedikitpun tidak menakutkan mereka yang cenderung kepada kumpulan pengganas.

Persepsi luar

Jadi, tidak hairan malah tidak mengejutkan jika kes sebegini berulang dan seterusnya merosakkan persepsi negara luar terhadap tanggungjawab negara dalam membendung aktiviti pengganas.

Operasi gerak saraf dan perang psikologi membasmi pelampau agama di Malaysia memerlukan masa. Malah, apa juga bentuk gerak saraf atau perang psikologi akan memakan masa yang panjang dan lama.

Sejarah membuktikan bahawa negara yang sabar dalam mengatur dan menjalankan perang psikologi dan gerak saraf akan berjaya mencapai objektif mereka.

Tidak ada yang boleh mendakwa operasi perang psikologi boleh terjadi dalam tempuh dua atau tiga bulan. Tiada istilah 'mee segera' dalam lapangan ilmu gerak saraf dan perang psikologi ini.

(3)

Satu tingkah laku memakan masa berpuluh tahun untuk terbentuk dan memakan masa berpuluh tahun untuk diubah.

Seorang bekas ejen KGB, Yuri Bezmenov pada tahun 1985 memberitahu, operasi perang psikologi dan gerak saraf untuk transfomasi corak pemikiran dan tingkah laku kumpulan sasaran adalah proses yang lama dan terbahagi kepada beberapa fasa utama antaranya operasi demoralisasi yang memerlukan 15 tahun untuk dilaksanakan, operasi 'disorganization' pula dua sehingga tiga tahun, krisis dalaman dan 'normalization' minda seterusnya menawan pemikiran dan tingkah laku.

Kesemua gerak atur perang psikologi ini memakan masa beberapa generasi.

Selain itu, contoh perang psikologi konvensional seperti yang dilakukan semasa Darurat Malaya yang dipacu British dan Kerajaan Malaya pada waktu itu memakan masa selama 12 tahun iaitu dari 1948 sehingga 1960.

Walaupun begitu, saki baki pengganas komunis masih wujud sehingga lewat 1980-an. Tetapi gerak saraf dan perang psikologi era ini berbeza dari operasi yang diperlukan hari ini.

Contohnya 'leaflet bombing' tidak relevan lagi pada pengguna telefon pintar yang tinggal di bandar berbanding pengganas atau komunis yang tinggal di dalam hutan. Selain itu, musuh semasa darurat boleh dikenali dengan pakaian dan jenis senjata manakala masalah militan dan pengganas melibatkan rakyat negara ini.

Gerak saraf yang melibatkan operasi perisikan, penyelidikan, pengumpulan maklumat, pengintipan dan kajian terperinci diperlukan untuk membina satu peta pemikiran rakyat dan mengesan 'outliers' yang berpontensi menjadi pengganas.

Tujuannya untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai individu seperti golongan anak muda dan belia yang menjadi 'sympathiser' kepada gerakan militan antarabangsa dan seterusnya mengkaji punca kewujudkan tingkah laku serta kecenderungan mereka kepada aktiviti militan. Ilmu gerak saraf tidak boleh hanya di agak-agak atau di teka-teka tanpa aktiviti analisis yang rumit dan kompleks.

Operasi propaganda

Perang psikologi pula melibatkan operasi 'brainwashing for peace' yang konsisten dan berterusan. Di bawah payung perang psikologi ini, ia turut melibatkan operasi propaganda iaitu 'black ops', white ops', 'grey ops' dan 'counter-propaganda' untuk memusnahkan ideologi militan serta pengganas.

Selain itu, kejuruteraan maklumat, kejuruteraan sosial untuk aktiviti pembentukan sikap dan persepsi untuk kumpulan sasaran juga diperlukan. Walaupun segalanya dilaksanakan ia masih lagi tidak menjanjikan penyelesaian masalah kepada penyertaan militan dan pengganas di kalangan rakyat Malaysia.

(4)

Oleh itu, beberapa aspek dalam sistem pendidikan negara perlu dirombak semula seperti mewujudkan subjek pemahaman kepada gerakan militan dan pengganas.

Selain gerak saraf dan perang psikologi, antara aspek utama yang perlu diperbaiki adalah institusi yang menawarkan mata pelajaran perang saraf, gerak saraf dan perang psikologi di negara ini.

Maksud saya, pusat yang menawarkan subjek ini perlu melantik individu yang benar-benar pakar dalam ilmu gerak saraf dan perang psikologi bagi memacu dan memandu perkembangan ilmu ini sesuai dengan keperluan negara.

Hal ini penting bagi membantu jabatan atau agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi gerak saraf mempunyai maklumat-maklumat penting di hujung jari.

Hakikatnya, memiliki sebuah perpustakaan dengan puluhan rak buku yang menarik seperti di Jabatan Perdana Menteri tidak cukup kerana pakar-pakar dan penganalisis kepada buku-buku ini diperlukan bagi memudahkan jabatan dalam operasi penyelidikan serta di lapangan.

Individu berkaliber tinggi dalam ilmu gerak saraf dan perang psikologi seperti pengasas sekolah Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr. Rajib Ghani perlu diketengahkan dan dirujuk semula oleh negara untuk pembangunan gerak saraf dan perang psikologi demi keamanan dan keselamatan negara.

Jika tiada individu seperti Dr. Rajib yang mengetuai bidang ini maka masa depan negara ini akan gelap jika lebih ramai rakyat kita yang mengambil keputusan untuk menyertai gerakan pengganas dan militan.

Negara pasti dipersoal mengenai integriti dan profesionalism dalam mengendalikan kumpulan pengganas di negara sendiri.

Selain itu, sebuah negara yang berdaulat tidak boleh lagi meletakkan kepercayaan pada 'pakar perang saraf' palsu yang hanya tahu menulis blog atau membuat tunjuk perasan di bandar raya Kuala Lumpur.

Mereka ini bukanlah ahlinya dalam ilmu gerak saraf dan perang psikologi selain boleh digelar kumpulan ini sebagai militan politik yang menjadi perosak imej negara, bangsa dan agama. Kumpulan ini tidak mempunyai sebarang ilmu yang hendak dikongsikan dan selain tidak menyumbang apa-apa dalam kemajuan ilmu gerak saraf dan perang psikologi di negara ini. Kesimpulannya, saya yakin ilmu gerak saraf dan perang psikologi mampu membasmi penyertaan rakyat Malaysia dalam gerakan pengganas dan militan antarabangsa jika ia benar-benar diterajui pakar seperti Dr. Rajib.

(5)

Namun, sehingga kita sampai kepada persetujuan ini, kita perlu membuang semua kepalsuan dalam dunia gerak saraf dan perang psikologi yang menonjolkan individu yang salah untuk menjadi pengemudi sekali gus tidak membawa sebarang manfaat.

Negara berhadapan risiko pengganas yang meruncing dan ini akan memberi kesan sistemik kepada ekonomi, sosial dan budaya kita. Jika pakar sebenar tidak dirujuk, pelan gerak saraf dan perang psikologi tidak distruktur segera maka bersedialah untuk mendengar kes-kes rakyat Malaysia menjadi pengganas di Asia Barat pada masa akan datang.

Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan adalah penyelidik dalam ilmu Perangsaraf Media dan Informasi dan pernah menjadi Felo Penyelidik Operasi Psikologi dan Propaganda di Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi (UiTM) dan kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, FSSK, UKM.

Pandangan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

Referensi

Dokumen terkait

DENGAN INI MENYATAKAN BAHWA SKRIPSI YANG BERJUDUL “ANALISIS STRATEGI PENGEMBANGAN USAHA RESTORAN RICE BOWL (STUDI KASUS PADA RESTORAN RICE BOWL BOTANI SQUARE,

Kesibukan lansia dalam berbagai pekerjaan yang menghasilkan secara ekonomi ini dapat menjadikan para lansia merasa bermakna, berarti, sekaligus dapat menambah pendapatan ekonomi

Segala puji dan syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa atas segala limpahan rahmat-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi berjudul PEMAKNAAN SIMBOL

Sedangkan, apabila hotel lebih menentukan harga dengan melihat harga pasar atau harga yang ditawarkan pesaing, metode ABC ini sendiri dapat memberi gambaran berapa besar

Hasil penelitian menunjukkan bahwa Cognitive Behavior Therapy (CBT) dapat mengurangi simptom OCD, yang ditunjukkan dengan menurunnya tingkat kecemasan, pemikiran

Ang Aspirancy Program ay ang nararapat na panahon upang hubugin ang isang batang lalaki na nagnanais na maging isang Lingkod ng Dambana. Kung

bahwa untuk melaksanakan ketentuan Pasal 3 Peraturan Menteri Perdagangan Nomor 08/M-DAG/PER1312010 tentang Alat-alat Ukur, Takar, Timbang, dan Perlengkapannya (UTTP) Yang

Setiap perusahaan mempunyai visi dan misi yang harus dijalankan sesuai dengan tujuan perusahaan, butuh waktu untuk mencapai itu semua begitu juga pada Sate Padang Pariaman ini,