• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENGEMBANGKAN KEKAYAAN A N DA DI KOTA SINGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MENGEMBANGKAN KEKAYAAN A N DA DI KOTA SINGA"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

MENGEMBANGKAN KEKAYAAN

(2)

03

Lindungi kekayaan anda dalam dunia yang tidak menentu 08

06

Kuasa besar dalam industri kewangan 09 07 Mengapa Prudential 14 K A N D U N G A N

Kekayaan yang telah anda bina menandakan kejayaan anda. Sebagai seorang individu Bernilai Bersih Tinggi, anda mempunyai keupayaan untuk melebarkan lagi sayap anda.

Dengan menjadikan Prudential Singapura rakan kongsi kewangan pilihan anda, anda menjadi sebahagian daripada hubungan yang telah bertahan selama 85 tahun di salah sebuah negara yang paling selamat dan dikawal selia dengan ketat di dunia.

(3)

Kecekapan Singapura sudah terbukti.

Berada di barisan hadapan ekonomi pengetahuan, reputasi Singapura dibina atas mutu, kebolehpercayaan, integriti dan peraturan undang-undang sambil ia terus mengekalkan antara taraf hidup yang tertinggi di dunia.

Dengan melaburkan sebahagian daripada aset anda di Singapura, anda meraih kestabilan, keselamatan dan penglibatan secara langsung dengan sebuah hab kewangan antarabangsa, yang juga merupakan pangkalan perniagaan serantau kepada pelbagai syarikat insurans. Kelebihan Singapura termasuk:

• Pemerintah dan mata wang yang stabil

Sebagai tunjang kewangan di Asia, kestabilan Singapura yang terbukti memberikan anda ketenangan fikiran dan keyakinan untuk melabur dan meneroka.

• Industri kewangan yang dikawal selia dengan ketat

Semua institusi kewangan dan Perunding Kewangan dikawal selia dan dipantau oleh Penguasa Kewangan Singapura.

• Pendirian yang pro-perniagaan

Kepada para pelabur, ini bermakna undang-undang dan kadar cukai yang kompetitif yang tidak menghakis keuntungan anda, mudahnya melakukan pelaburan serta transaksi yang selamat dan terjamin.

LINDUNGI KEKAYAAN ANDA

(4)

PENJAGAAN KESIHATAN

Singapura merupakan sebuah hab perubatan antarabangsa dengan infrastruktur perubatan yang dinilaikan sebagai yang terbaik di Asia dan menduduki tempat pertama sebagai destinasi pelancongan perubatan kegemaran di peringkat global oleh Laporan Pelancongan Perubatan dan Kesejahteraan Dewan PHD 2013*.

• Akses mudah kepada doktor pakar kanan yang berpengalaman • Pengkhususan yang tinggi dalam kader pakar

• Ramai doktornya terlatih di hospital-hospital terkemuka di seluruh dunia • Penggunaan peralatan, teknik dan rawatan terkini

*Sumber: Lembaga Pelancongan Singapura

• Singapura dinilaikan oleh Bloomberg sebagai yang terbaik antara 51 negara bagi sistem penjagaan kesihatan paling cekap

• Menduduki tempat kedua di dunia bagi hasil penjagaan kesihatan oleh The Economist Intelligence Unit

(5)

US Australia

Singapura

S$87,000 S$171,050 S$145,653

Sumber-sumber: SPH –

The Sunday Times,19 Mei 2013; British Council; Pusat Maklumat Pendidikan Amerika Syarikat (USEIC); www.studyinaustralia.gov.au;

Kementerian Pendidikan Kos Pendidikan Universiti

Universiti Kebangsaan Singapura menduduki tempat pertama dalam senarai universiti-universiti terkemuka Asia.

Universiti Teknologi Nanyang juga menduduki tempat kedua secara bersama di Asia.

Sumber: Straits Times Jun 21 2016, NUS, NTU mendahului senarai universiti-universiti terbaik Asia. PENDIDIKAN

Dengan kekurangan sumber semula jadi yang sangat ketara, satu-satunya kelebihan

Singapura mengikut sejarah adalah tenaga kerjanya yang berpendidikan tinggi, inovatif dan bermotivasi. Semangat ini berterusan sehingga ke hari ini dengan sistem pendidikan yang disegani di seluruh dunia.

• Universiti bertaraf dunia berhampiran anda

• Ekosistem cemerlang bagi pendidikan yang berbilang budaya dan bahasa

• Pengajian tinggi peringkat teratas pada kos yang lebih rendah berbanding banyak negara-negara lain

(6)

Beribu pejabat di London, Prudential merupakan nama yang dipercayai di Singapura selama lebih daripada 85 tahun.

• Peneraju pasaran di Singapura yang menguruskan dana bernilai S$30 bilion

• Disenaraikan di Bursa Saham Singapura dan bursa saham utama yang lain di seluruh dunia • Mengekalkan Penilaian Kekuatan Kewangan AA oleh Standard & Poor’s pada tahun 2016

KUASA BESAR DALAM

(7)

*8.30pg hingga 5.30ptg (SGT), Isnin hingga Jumaat, kecuali hari cuti umum Singapura.

Komponen utama hubungan anda dengan Prudential Singapura adalah komitmen kami untuk memberikan anda perkhidmatan yang terbaik, di mana sahaja anda berada. • Perunding Kewangan berdedikasi yang akan menjaga keperluan anda

• Kemudahan talian perkhidmatan pelanggan untuk bantuan atau maklumat yang anda perlukan di +65 6333 0333*

• Manfaat eksklusif seperti perkhidmatan limosin apabila anda tiba di Singapura

• Undangan khas ke acara-acara utama sebagai salah seorang pelanggan kami yang dihargai • Akses kepada hospital-hospital bereputasi tinggi dan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia menerusi gabungan khas kami

MENGAPA

(8)

Melindungi diri dan aset anda sambil mengurangkan liabiliti anda memerlukan penelitian jauh dan persiapan. Mulakan dengan pelan kewangan yang komprehensif dan disesuaikan mengikut keperluan anda daripada Prudential.

• Insurans ‘Keyman’ • Pengurusan Aset • Perancangan Persaraan • Perancangan Pewarisan

KEPERLUAN KEWANGAN

(9)

Kata mereka, orang yang berada di puncak gunung, tidak terjatuh di situ. Mungkin sudah tiba masanya untuk berehat dan menikmati pemandangan. Dengan sedikit perhatian dan perancangan, hari-hari senja anda akan menjadi detik-detik yang terbaik dalam hidup anda.

MASA UNTUK NIKMATI

(10)

INSURANS ‘KEYMAN’

Asas sebuah syarikat yang berjaya seringkali terdiri daripada beberapa orang utama yang menerajui kepimpinan dan visi yang mendorong pertumbuhan. Sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi, kehilangan walau seorang daripada anda boleh melumpuhkan syarikat. Perlindungan ‘Keyman’ membantu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kehilangan pemegang jawatan utama dengan melindungi perbelanjaan kritikal. Ia juga merupakan insentif yang menarik untuk meyakinkan ahli pasukan teras anda supaya terus kekal bersama syarikat.

(11)

PENGURUSAN ASET

Anda telah bekerja keras seumur hidup anda untuk mencapai kekayaan. Inilah masanya kekayaan anda bekerja untuk anda. Prudential Singapura mampu membantu anda

mengembangkan kekayaan anda dengan model pelaburan ‘open-architecture’ kami. Ini bermakna anda akan melabur dalam hanya yang terbaik di luar sana kerana kami tidak terikat atau berkewajipan kepada pengurus dana dalam syarikat.

RIZAB KECEMASAN terdiri daripada 3 hingga 6 bulan wang tunai atau aset yang mudah dicairkan

ASET DEFENSIF

untuk melindungi kekayaan anda

RIZAB

memberikan anda pulangan yang lancar dan stabil

PELABURAN dengan risiko tinggi dan mudah berubah-ubah dengan potensi pulangan lebih baik

(12)

PERANCANGAN PERSARAAN

Masa tidak ternilai harganya. Kita harus memanfaatkan kesempatan-kesempatan yang menguntungkan segera, tanpa menunda-nunda. Dalam masyarakat yang cepat menua, bukan sahaja anda perlu menjaga kesihatan diri sendiri tetapi juga tanggungan anda. Malahan, kesihatan peribadi dan keluarga mereka telah disebut oleh 73.4% daripada individu Bernilai Bersih Tinggi dalam satu pungutan suara sebagai isu yang menjadi keprihatinan mereka*.

Dengan mendapatkan nasihat yang terbaik daripada pakar-pakar kewangan dan perubatan di Singapura, anda memastikan kesejahteraan fizikal dan fiskal anda untuk tahun-tahun yang mendatang.

*Sumber: Laporan Kekayaan Asia-Pasifik 2015, Capgemini dan Pengurusan Kekayaan RBC

(13)

PERANCANGAN PEWARISAN

Pelan pewarisan memastikan aset-aset anda kekal dalam keluarga dan mengagihkannya mengikut kemahuan anda. Bebas daripada kebimbangan tentang pembahagian kekayaan, anda dapat meluangkan lebih banyak masa di padang golf bersama rakan-rakan anda dan bukan di pejabat peguam merunsingkan tentang siapa dapat apa.

Untuk memastikan aset anda dibahagikan secara saksama, pertimbangkan untuk menggunakan polisi insurans. Dengan 85 tahun pengalaman di Singapura, Prudential berada dalam kedudukan yang unik untuk menasihatkan anda polisi paling sesuai untuk anda.

(14)

PERBANDINGAN –

INSURANS DI SINGAPURA

DAN MALAYSIA

(15)

SINGAPURA MALAYSIA

Perlindungan untuk penyakit kritikal di peringkat awal | Ya Perlindungan untuk penyakit

kritikal di peringkat pertengahan | Ya Premium mungkin lebih rendah oleh kerana jangka hayat yang lebih tinggi*

Perlindungan untuk penyakit kritikal di peringkat awal | Tidak Perlindungan untuk penyakit

kritikal di peringkat pertengahan | Tidak Premium mungkin lebih tinggi oleh kerana jangka hayat yang lebih rendah*

Pensijilan diperlukan sebelum dilantik sebagai Perunding Kewangan? | Ya Keperluan menjalani latihan pembangunan profesional tahunan | Ya

Jangkaan untuk memenuhi komitmen sepenuh masa sebagai Perunding Kewangan? | Ya

Pensijilan diperlukan sebelum dilantik sebagai Perunding Kewangan? | Ya Keperluan menjalani latihan pembangunan profesional tahunan | Tidak

Jangkaan untuk memenuhi komitmen sepenuh masa sebagai Perunding Kewangan? | Tidak Perlindungan data peribadi | Ya Perlindungan data peribadi | Ya

Polisi mesti ditandatangani di Singapura Polisi boleh ditandatangani di Malaysia

Ditadbir oleh badan kawal selia | Ya Ditadbir oleh badan kawal selia | Ya

* Sumber: Bank Dunia, Jangkaan Hayat Ketika Lahir,

Jumlah (Tahun) http://data.worldbank.org/indicator/SP.DYN.LE00.IN

Untuk maklumat lanjut, temui Perunding Kewangan Prudential anda. Hubungi kami di 1800 333 0333 hari ini. www.prudential.com.sg

NOTA-NOTA:

Risalah ini bukanlah sebuah kontrak insurans dan semua data yang dinyatakan di sini hanyalah untuk tujuan maklumat. Walaupun Prudential Assurance Company Singapore (Pte) Limited (“Prudential”) telah melakukan segala usaha untuk menggunakan sumber-sumber yang boleh dipercayai, kami tidak boleh secara sendiri mengesahkan ketepatan data yang digunakan di sini. Pelanggan tidak seharusnya bergantung semata-mata pada maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini dalam membuat keputusan untuk melakukan sebarang transaksi kerana tiada apa yang terkandung di sini merupakan nasihat kewangan, pelaburan atau sebarang nasihat profesional yang lain. Kami mengesyorkan supaya pelanggan mendapatkan nasihat daripada Perunding Kewangan Prudential. Setakat mana dibenarkan sepenuhnya di bawah undang-undang Singapura, Prudential tidak menjamin dan dengan ini menafikan sebarang jaminan berhubung dengan ketepatan, kebolehpercayaan, maklumat terkini, bukan pelanggaran atau kesesuaian bagi sebarang tujuan tertentu mana-mana kandungan risalah ini. Risalah ini adalah untuk kegunaan di Republik Singapura sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai telah disediakan di luar Republik Singapura atau meyakinkan mana-mana pengguna di luar Republik Singapura untuk membeli sebarang produk insurans. Risalah ini tidak membentuk sebahagian daripada kontrak polisi atau nasihat, pelawaan atau cadangan kepada mana-mana individu untuk membeli sebarang kontrak insurans atau melibatkan diri dalam sebarang transaksi yang serupa yang dinyatakan dalam risalah ini. Maklumat

SYARAT-SYARAT MENANDATANGAN PENGAWASAN PENGAWALAN PENSIJILAN PERUNDING KEWANGAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI PREMIUM & PERLINDUNGAN

(16)

Singapura dan Prudential.

Rakan pelaburan terbaik untuk bersama mengembangkan dan melindungi kekayaan anda.

Referensi

Dokumen terkait