• Tidak ada hasil yang ditemukan

D R A F ANCANGAN KAWASAN KHAS. Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "D R A F ANCANGAN KAWASAN KHAS. Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

D

D

D

A

A

A

S

S

S

A

A

A

R

R

R

D

D

D

A

A

A

N

N

N

P

P

P

R

R

R

I

I

I

N

N

N

S

S

S

I

I

I

P

P

P

P

P

P

E

E

E

R

R

R

A

A

A

N

N

N

C

C

C

A

A

A

N

N

N

G

G

G

A

A

A

N

N

N

B

B

B

A

A

A

B

B

B

2

2

2

R

ANCANGAN KAWASAN KHAS P

PeellaannPPeenngguurruussaannKKaawwaassaannPPeemmeelliihhaarraaaann BBaannddaarraayyaa MMeellaakkaa BBeerrsseejjaarraahh

D R A F

RKK Pelan Pengurusan Kawasan Pemeliharaan Bandaraya Melaka Bersejarah perlu merujuk kepada dasar-dasar dan cadangan-cadangan dalam rancangan pembangunan dan rancangan-rancangan lain yang telah disediakan dan diterima oleh Kerajaan Negeri iaitu Rancangan Struktur Negeri Melaka (2000-2020), Draf Rancangan Tempatan Daerah Melaka Tengah (2003-2015), Pelan Tindakan Kawasan Pemeliharaan MPMBB (2003-2015), Dossier Melaka untuk penyenaraian Tapak Warisan Sedunia dan juga Bengkel ”Visioning” yang telah diadakan pada bulan Februari 2008 yang lalu.

(2)

2.1 Rancangan Struktur Negeri Melaka (2000-2020)

Rancangan Struktur Negeri Melaka (2000-2020) mengandungi dasar-dasar perancangan termasuk pelancongan, pengangkutan dan lalulintas, pemeliharaan warisan dan pengurusan yang memberi kesan kepada kawasan kajian. Dasar-dasar Rancangan Struktur yang berkaitan adalah :-

Dasar Pelancongan DS 3-7

MEMPERKUKUHKAN PRODUK PELANCONGAN WARISAN SEBAGAI PRODUK ASAS DAN ”UNIQUE SELLING PROPOSITION” (USP) DI NEGERI MELAKA

DS 3-8

MENGHADKAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI PUSAT BANDARAYA KEPADA PEMELIHARAAN MONUMEN DAN TAPAK BERSEJARAH, PENUBUHAN PUSAT INTEPRETIF DAN ”ADAPTIVE REUSE” YANG BERSESUAIAN DENGAN KARAKTER SETEMPAT

DS 3-9

MEWARTAKAN PERKAMPUNGAN TRADISIONAL SEBAGAI KAMPUNG WARISAN DI BAWAH PROGRAM PEMELIHARAAN KAMPUNG TRADISIONAL SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN YANG DIKELOLAKAN OLEH PERBADANAN MUZIUM MELAKA (PERZIM)

DS 14-3

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN BAGI MEMUPUK, MEMELIHARA DAN MENGHIDUPKAN SEMULA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN TEMPATAN

DS 30-4

MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN AKTIVITI BERPOTENSI BERKAITAN PELANCONGAN SEJARAH

Dasar Pengangkutan dan Lalulintas DS 15-11

MENYEDIAKAN RANGKAIAN DAN SISTEM KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM YANG EFISIEN DENGAN PERATUS LIPUTAN YANG LEBIH TINGGI DAN MASA MENUNGGU YANG LEBIH PENDEK DAN TETAP

DS 19-4

MENYEDIAKAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM YANG BERSEPADU DAN CEKAP BAGI MEMBERI PERKHIDMATAN YANG LEBIH BERKESAN KEPADA PENDUDUK

DS 29-4

MENGENALPASTI SISTEM SIRKULASI ZON WARISAN DENGAN RANGKAIAN LALUAN PEJALAN KAKI DAN PENGANGKUTAN AWAM YANG CEKAP

(3)

Dasar Pemeliharaan Warisan DS 27-1

MENGEKALKAN NILAI KEPENTINGAN SEJAGAT (UNIVERSAL SIGNIFICANT VALUE) YANG SEDIA ADA

DS 27-3

MENGGESA PIHAK-PIHAK BERKUASA TEMPATAN AGAR BERUSAHA DENGAN LEBIH SERIUS UNTUK MEMAHAMI DAN MEMELIHARA IMEJ DALAM KONTEKS WARISAN SETEMPAT

DS 27-5

MENGENAKAN PENGAWALAN YANG KETAT TERHADAP PEMBANGUNAN YANG BAKAL MENGANCAM KUALITI DAN NILAI-NILAI IMEJ BANDAR-BANDAR SERTA IDENTITI WARISAN NEGARA

DS 27-6

MENILAI SEMULA KESAN PEMBANGUNAN KOMITED YANG BOLEH MENCEMAR NILAI SEJARAH KAWASAN-KAWASAN YANG BERKENAAN

DS 28-1

MEMELIHARA WARISAN NYATA/ FIZIKAL (CONSERVATION OF TANGIBLE HERITAGE)

DS 28-2

MEMELIHARA WARISAN BUDAYA BUKAN NYATA (CONSERVATION OF INTANGIBLE HERITAGE)

DS 31-1

MENINGKATKAN PENYERTAAN DAN PENERIMAAN AWAM TERHADAP PROJEK-PROJEK PEMELIHARAAN WARISAN MELALUI PENGLIBATAN PENDUDUK TEMPATAN SECARA AKTIF DARI PERINGKAT MENGENALPASTI PROJEK SEHINGGA KE PERINGKAT PELAKSANAAN

Dasar Pengurusan DS 30-3

MENYEDIAKAN PELAN PENGURUSAN BAGI MENGENALPASTI PROJEK UNTUK MEMBAIKPULIH SUMBER WARISAN

DS 32-1

MEWUJUDKAN SUMBER KEWANGAN UNTUK KEGUNAAN AKTIVITI PEMELIHARAAN SUMBER WARISAN NEGERI

DS 33-4

MENGATUR PROGRAM BAGI MENGGALAKKAN PENYEBARAN SENI WARISAN KEPADA LAPISAN GENERASI MUDA

(4)

2.2 Draf Rancangan Tempatan Daerah Melaka Tengah

(2003-2015)

Wawasan pembangunan kawasan Rancangan Tempatan Daerah Melaka Tengah (RTDMT) adalah untuk memajukan kawasan Daerah Melaka Tengah dalam aspek pembangunan ekonomi, sosial, persekitaran fizikal serta pengurusan sumber semulajadi menjelang tahun 2015 untuk menjadikan Daerah Melaka Tengah sebagai sebuah bandaraya warisan yang sejahtera, maju, indah dan bertaraf antarabangsa.

Matlamat pembangunan adalah untuk menjadikan Melaka sebagai Hub Pelancongan Warisan dan Budaya.

Objektif RTDMT yang berkenaan adalah untuk menyelaras cadangan pembangunan guna tanah termasuk pembaikan, pemulihan konservasi dan pemuliharaan warisan dan pembangunan baru terutama dalam aspek-aspek meningkatkan kualiti reka bentuk bandar, landskap dan penyediaan kemudahan masyarakat.

2.2.1 Strategi Perancangan Fizikal Dan Gunatanah

Strategi perancangan fizikal dan guna tanah adalah:

“Mengoptimakan perancangan guna tanah dengan konsep pembangunan ‘decentralised concentration’ secara seimbang dan mampan di samping tumpuan utama kepada pusat-pusat pertumbuhan yang akan dirancang berdasarkan sasaran yang ingin dicapai.”

Strategi ini menekankan perkara berikut: i. Pembangunan ‘infill’

ii. Pemeliharaan (conservation)

iii. Penaiktarafan dan penambahbaikan (upgrade) iv. Pembangunan semula (redevelopment)

v. Penempatan semula (relocation)

2.2.2 Strategi Perniagaan dan Pusat Bandar

Strategi perniagaan dan pusat bandar adalah:

“Pusat pertumbuhan yang dirancang perlu mempunyai karektor, identiti dan tema tersendiri bagi memandu komponen-komponen pembangunan utama untuk aktiviti pengawalan perancangan di mana Bandaraya Melaka dan Hang Tuah Jaya bertindak sebagai tulang belakang pembangunan. Aktiviti perniagaan di pusat bandar

(5)

dipertingkatkan mengikut fungsi masing-masing manakala sektor informal menjadi aktiviti sokongan kepada ekonomi bandar.”

Strategi ini menekankan perkara berikut:

i. Menterjemahkan pelaksanaan konsep “Regenerasi Bandar” untuk memanfaatkan peluang-peluang aktiviti perdagangan yang sedia ada dengan penerokaan dalam bidang pelancongan dan konservasi.

ii. Penggunaan laluan Sungai Melaka sebagai infrastruktur perhubungan dan sistem komunikasi perniagaan dan perdagangan.

2.2.3 Strategi Pelancongan

Strategi pelancongan adalah:

Menjadikan Negeri Melaka Bersejarah sebagai pusat pelancongan sejarah dunia dengan elemen-elemen warisan dan budaya (tangible dan intangible) dengan disokong oleh aktiviti MICE, rekreasi, taman tema dan pelancongan lain seperti pendidikan, perubatan dan sebagainya dengan sasaran Negeri Melaka Bersejarah sebagai destinasi pelancongan dan penginapan terkemuka.

Strategi ini menekankan perkara berikut:

i. Mempelbagaikan kaedah promosi bagi Negeri Melaka Bersejarah terutamanya di luar negara.

ii. Menumpukan kepada penyediaan persekitaran yang selesa kepada pengunjung kawasan pelancongan.

iii. Memperbaiki dan mempertingkatkan sistem maklumat bagi kemudahan para pelancong.

iv. Menekankan elemen sumber warisan sebagai “key attraction”.

v. Produk pelancongan perlulah pelbagai dan berorientasikan kegiatan berkeluarga berasaskan kekuatan sedia ada iaitu pelancongan warisan.

vi. Pembangunan terhadap elemen “tangible” perlu ditekankan. vii. Mewujudkan latihan yang mencukupi.

viii. Membentuk kerjasama di kalangan kerajaan, pihak swasta dan orang ramai dengan latihan dan kursus kemahiran dalam bidang ini.

(6)

2.2.4 Strategi Pengangkutan dan Lalulintas

Strategi pengangkutan dan lalulintas adalah:

Mempertingkatkan kemudahan pengangkutan awam supaya lebih efisyen dan lebih bersepadu. Di samping itu, konsep “park & ride” perlu diperkenalkan dengan sasaran Negeri Melaka Bersejarah bebas kemalangan.

Strategi ini menekankan perkara berikut:

i. Mencapai tahap penggunaan pengangkutan awam kepada 60 peratus bertujuan untuk mengelakkan konflik trafik serta meningkatkan kecekapan pengurusan lalulintas terutama di pusat bandar.

ii. Memastikan pembinaan jaringan pengangkutan awam yang baru seperti ERL selaras dengan pemusatan dan petempatan penduduk supaya ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

2.2.5 Strategi Kemudahan Rekreasi dan Landskap

Sasaran Bandaraya Melaka Bersejarah adalah “Bandar Dalam Taman” menjelang tahun 2010. Strategi ini menekankan perkara berikut:

i. Memperindahkan jalan-jalan utama khususnya yang melibatkan pintu masuk utama ke kawasan kajian dengan identiti dan karektor tersendiri serta bertindak sebagai pemandu arah. Langkah-langkah berikut diperlukan:

a. Penanaman pokok yang bersesuaian di pintu masuk ke pusat bandar bagi mewujudkan “sense of welcoming”;

b. Menetapkan satu jenis tanaman berbunga dan separa rendang, satu jenis palma bagi setiap jalan-jalan utama untuk membezakan serta memberikan satu identiti serta keselesaan;

c. Mempertingkatkan laluan pejalan kaki khususnya di pusat bandar yang bersifat mesra pengguna dan memenuhi tahap keselesaan pengguna; d. Mewujudkan satu pencahayaan “uplight”, “downlight” dan “spotlight”

yang secukupnya bagi pintu gerbang dan papan tanda bagi pencahayaan pada waktu malam; dan

e. Menyediakan perabot jalan yang menonjolkan ciri-ciri tradisional Melayu Melaka.

ii. Memperindahkan sungai-sungai utama seperti Sungai Melaka bagi memanfaatkan potensi sumberjaya sedia ada di samping dapat mempertingkat kualiti persekitaran dengan elemen-elemen landskap yang bersesuaian.

(7)

2.3

Pelan Tindakan Kawasan Pemeliharaan MPMBB (2003-2015)

Penekanan yang diberikan adalah : i. Guna Bangunan

a. Guna bangunan yang perlu dikekalkan.

b. Guna bangunan yang digalakkan mengikut kawasan dan jalan. c. Guna bangunan yang dibenarkan dengan kawalan tertentu. d. Guna bangunan yang dihalang secara langsung.

ii. Suai Guna (Adaptive Reuse)

Perhatian kepada premis-premis warisan yang kosong, terbiar dan guna bangunan sedia ada yang kurang sesuai.

iii. Aktiviti-aktiviti Kawasan Tumpuan Awam

a. Menawarkan kepelbagaian tarikan kepada Bandaraya Melaka melalui aktiviti informal.

b. Pasar malam, pasar seni dan pasar budaya. c. Kegiatan seni dan pertunjukan.

d. Perarakan, pesta budaya dan hiburan luar.

e. Aktiviti-aktiviti informal yang lain (penjajaan, warong, budaya jalanan). f. Mengawal pencemaran dari aktiviti-aktiviti informal.

iv. Perlindungan Aktiviti Rumah Kedai Yang Menjalankan Perniagaan Tradisional dan Terancam

a. Mempromosikan sebagai satu daripada produk pelancongan warisan bagi meningkatkan pulangan ekonomi.

b. Bantuan insentif perlu diberikan bagi menggalakkan kegiatan tradisional dijalankan di kawasan warisan.

2.4

Bengkel ”Visioning”

Bengkel “Visioning” yang diadakan di Bandaraya Melaka Bersejarah pada 26hb. Februari 2008 telah membangkitkan beberapa isu yang diringkaskan seperti berikut:

Kualiti Visual

i. Pembangunan moden seperti Pahlawan Mall dan Carrefour yang terletak di kawasan Padang Pahlawan telah menimbulkan “conflict identity” kerana berdekatan dengan Kota A Famosa, Bukit St. Paul, Rumah Bastion, Memorial

(8)

Pembangunan moden di Padang Pahlawan telah menimbulkan ”conflict identity”

Pengisytiharan Kemerdekaan dan lain-lain yang telah dizonkan sebagai kawasan bersejarah.

ii. Lampu-lampu “spotlight” yang terdapat di deretan bangunan-bangunan di Jalan Hang Jebat dan Jalan Tun Tan Cheng Lock dipasang tanpa rundingan dengan pemilik/ penyewa bangunan. Teknik pemasangan “spotlight” ini juga boleh merosakkan fabrik bangunan.

Kemudahan Fizikal

i. Garis panduan bahan binaan bagi bangunan lama di kawasan warisan perlu diwujudkan.

(9)

Pejalan kaki yang terpaksa berkongsi laluan dengan kenderaan bermotor

Perkhidmatan bus perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di kawasan kajian

Jalan Kg. Hulu mengalami kesesakan lalulintas

ii. Sukar bagi pelancong-pelancong menghayati keunikan kawasan bersejarah dengan lebih berkesan dan mendalam kerana keadaan lalulintas sibuk dan tiada laluan pejalan kaki di sesetengah jalan dalam kawasan pemeliharaan.

iii. Perkhidmatan pengangkutan awam perlu dipertingkatkan supaya penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan bagi mengelakkan kesesakan lalu

(10)

Ciri-ciri keselamatan seperti ”ramp” dan penghadang tidak diwujudkan di pesisir Sungai Melaka

iv. Kawasan pesisir sungai tidak mesra pengguna kerana tiada “ramp” untuk golongan berkerusi roda dan merbahaya kepada kanak-kanak kerana tiada penghadang di sepanjang sungai.

Sosio-Budaya

i. Kekalkan nilai-nilai kebudayaan di bandar lama seperti cara hidup kaum Melayu Melaka, Chitty, India, Portugis, Peranakan dan lain-lain.

Pengurusan

i. Penglibatan “stakeholders” perlu dipertingkatkan supaya pemuafakatan dapat dicapai mengenai apa-apa tindakan/ pembangunan yang dicadangkan di kawasan kajian.

ii. Membaikpulih laluan belakang bangunan memandangkan kebanyakan pelancong dari luar gemar menggunakan laluan belakang.

iii. Kewangan tidak mencukupi untuk membaikpulih aset-aset warisan dari segi ketulenannya dan juga kekurangan kakitangan untuk kemaskini data inventori bangunan warisan secara menyeluruh dan berkesan.

iv. Penguatkuasaan undang-undang perlu dipertingkatkan.

v. Garis panduan bahan binaan bagi bangunan lama di kawasan warisan perlu diwujudkan.

vi. Publisiti kurang dan perlu ada kursus khas untuk pemandu pelancong. Teknik memasar dan menghebahkan sejarah Melaka haruslah lebih kreatif.

vii. Banyak produk-produk dari Negeri Melaka Bersejarah tidak diperkembang dan dipromosikan dengan meluas seperti sulaman, barang hiasan manik, produk anyaman seperti tudung saji, beg tangan dan sebagainya.

(11)

Contoh-contoh produk manik, terompah dan aktiviti anyaman

Referensi

Dokumen terkait