• Tidak ada hasil yang ditemukan

HealthEnrich PELAN PERUBATAN YANG MELAMBANGKAN ANDA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HealthEnrich PELAN PERUBATAN YANG MELAMBANGKAN ANDA"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

HealthEnrich

(2)

HealthEnrich Melambangkan Keunikan Anda

Kesihatan anda adalah satu anugerah dan anda seharusnya mempunyai pelan yang menepati keperluan perubatan anda. Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), kami mahu anda menjalani kehidupan tanpa menjejaskan kesihatan anda.

HealthEnrich direka untuk memastikan anda menerima rawatan perubatan yang tiada tandingan. Rasa yakin apabila anda menerima nasihat perubatan daripada pakar bertaraf dunia. Peroleh ketenangan sepanjang kehamilan dengan perlindungan komplikasi-komplikasi kehamilan yang eksklusif. Anda juga dapat menikmati keselesaan dan privasi melalui penginapan suite dengan pembantu perubatan khas yang memenuhi keperluan anda. Semua kelebihan ini dan lebih lagi khusus untuk melengkapi gaya hidup anda yang unik.

Ketahui gaya hidup anda.

Adakah Anda...

MUDA DAN MENGEJAR

KEBEBASAN DALAM KEHIDUPAN?

BERDEDIKASI DAN

MENGAMBIL LEBIH KOMITMEN

DALAM KEHIDUPAN?

BERCITA-CITA TINGGI DAN

INGINKAN YANG TERBAIK

DALAM KEHIDUPAN?

BERJAYA DAN MENGAMALKAN

GAYA HIDUP YANG MEWAH?

Mulakan Awal

Penuhi Kehidupan

Langkah ke Hadapan

(3)
(4)

Mulakan Awal

bersama

HealthEnrich Vital

Saatnya telah tiba untuk anda berdikari. Mulakan

awal dengan pelan perubatan yang memberikan

perlindungan penting dan sesuai dengan gaya hidup

anda yang bertenaga.

HealthEnrich Vital

memberikan anda...

RAWATAN PERUBATAN

yang boleh diperolehi di

Ketenangan di mana jua

anda

DILINDUNGI

anda berada kerana

di seluruh dunia

FLEKSIBILITI

untuk meningkatkan pelan mengikut

keperluan anda yang bertambah dengan

gaya hidup anda yang berubah

70

rangkaian

hospital kami di

seluruh negara

(5)

HealthEnrich Vital

Ko-Takaful Jika Dimasukkan ke Hospital

Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 120 hari setahun) RM150

Unit Rawatan Rapi (maksimum 30 hari setahun) Seperti yang dicaj

tertakluk kepada Ko-Takaful

Rawatan dan Prosedur Pembedahan

Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan

Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar

Pembedahan Harian Seperti

yang dicaj

Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital (dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)

Seperti yang dicaj

tertakluk kepada Ko-Takaful Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan

Rawatan Kanser Seperti

yang dicaj Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan

Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan

(Had Tahunan) RM1,500

Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia Ya

Had Tahunan Keseluruhan RM30,000

(6)
(7)

Penuhi Kehidupan

bersama

HealthEnrich Select

Gaya hidup anda berubah apabila anda berkeluarga.

Pilih pelan yang memenuhi kehidupan dengan

perlindungan terbaik dan memenuhi tanggungjawab

anda yang meningkat.

HealthEnrich Select

menawarkan anda...

Perlindungan kemasukan

ke hospital dan pembedahan

yang

KOMPREHENSIF

Manfaat-manfaat unik yang

memberi

KETENANGAN

untuk

IBU-IBU MENGANDUNG

PERLINDUNGAN PENUH

untuk

BIL-BIL PERUBATAN

anda

yang memberikan perlindungan

tambahan dan ketenangan minda

BIL PERUBATAN

(8)

HealthEnrich Select

Ko-Takaful Perlindungan Penuh Jika Dimasukkan ke Hospital

Bilik dan Penginapan Hospital Harian

(maksimum 200 hari setahun) RM200 RM200

Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setahun) Seperti yang

dicaj tertakluk kepada Ko-Takaful

Seperti yang dicaj

Rawatan dan Prosedur Pembedahan

Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan

Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar

Pembedahan Harian yang dicajSeperti

Seperti yang dicaj

Penjagaan Jururawat di Rumah

(180 hari seumur hidup) Seperti yang

dicaj tertakluk kepada Ko-Takaful

Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital

(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)

Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan

Rawatan Kanser Seperti

yang dicaj

Seperti yang dicaj

Rawatan Dialisis Buah Pinggang

Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan

Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) RM6,000 RM6,000

Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan

akibat Kemalangan (Had Tahunan) RM2,000 RM2,000

Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia Ya Ya

Had Tahunan Keseluruhan RM60,000 RM60,000 Had Seumur Hidup RM600,000 RM600,000

(9)
(10)

HealthEnrich Advanced

Langkah ke Hadapan

bersama

HealthEnrich Advanced

Anda maju dalam kehidupan sehingga tiada masa

untuk memikirkan keperluan kesihatan anda di masa

hadapan. Langkah ke hadapan dengan pelan yang

memberikan perlindungan terkini dan melengkapi gaya

hidup anda yang sibuk.

HealthEnrich Advanced

menyediakan anda...

Proses yang lebih mudah dengan

URUSAN KEMASUKAN KE HOSPITAL

yang telah diuruskan dan penepian deposit

hospital di Hospital-hospital Pilihan

RUNDINGAN SECARA LANGSUNG

dengan pakar-pakar perubatan tempatan

dan antarabangsa yang bertaraf dunia

GANJARAN

jika anda kekal sihat

dengan

BONUS TIADA TUNTUTAN

(11)

HealthEnrich Advanced

Ko-Takaful Perlindungan Penuh Ganjaran untuk Kekal Sihat

Bonus Tiada Tuntutan RM250 Tiada

Jika Dimasukkan ke Hospital

Bilik dan Penginapan Hospital Harian

(maksimum 200 hari setahun) RM300 RM300

Elaun Tunai Harian Masuk Hospital

(maksimum 200 hari setahun) RM100 RM100

Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setahun) Seperti yang dicaj tertakluk

kepada Ko-Takaful

Seperti yang dicaj

Rawatan dan Prosedur Pembedahan

Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan

Deposit Hospital di Hospital-hospital Pilihan Diketepikan Diketepikan Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar

Pembedahan Harian Seperti yang dicaj

Seperti yang dicaj

Penjagaan Jururawat di Rumah

(250 hari seumur hidup) Seperti yang

dicaj tertakluk kepada Ko-Takaful

Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital

(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)

Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan

Pendapat Perubatan Kedua

• Konsultasi dan Diagnosis dalam Malaysia (Had Tahunan)

• Konsultasi dengan Pakar Bertaraf Dunia

RM500 Ya

RM500 Ya

Rawatan Kanser Seperti

yang dicaj yang dicajSeperti

Rawatan Dialisis Buah Pinggang

Pemindahan Organ (Had Seumur Hidup Tambahan) RM100,000 RM100,000 Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan

Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) RM10,000 RM10,000

Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan

akibat Kemalangan (Had Tahunan) RM3,000 RM3,000

Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia Ya Ya

Had Tahunan Keseluruhan RM100,000 RM100,000 Had Seumur Hidup RM1,000,000 RM1,000,000

(12)
(13)

Nikmati Keistimewaan

bersama

HealthEnrich Premier

Anda ingin menikmati kesenangan dan hidup dengan

sihat. Nikmati keistimewaan dengan pelan yang

menawarkan keperluan yang unggul dan menepati

gaya hidup anda.

HealthEnrich Premier

menawarkan anda...

PENGINAPAN BILIK SUITE

yang mewah dan

rawatan eksklusif di Hospital-hospital Pilihan

kami seluruh negara

PEMBANTU

PERUBATAN KHAS

untuk memenuhi

setiap keperluan anda

HAD KEMASUKAN HOSPITAL YANG TINGGI

untuk keperluan perubatan anda

Min imum Sederhana M ak sim um

(14)

HealthEnrich Premier

Perlindungan Penuh Jika Dimasukkan ke Hospital

Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 365 hari setahun) • Hospital-hospital Pilihan

• Lain-lain hospital

RM1,000 RM500

Elaun Tunai Harian Masuk Hospital (maksimum 365 hari setahun) RM200

Pembantu Perubatan Khas Harian (maksimum 365 hari setahun) RM200

Unit Rawatan Rapi (maksimum 120 hari setahun)

Seperti yang dicaj

Rawatan dan Prosedur Pembedahan

Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan

Deposit Hospital di Hospital-hospital Pilihan Diketepikan Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar

Pembedahan Harian

Seperti yang dicaj

Penjagaan Jururawat di Rumah (365 hari seumur hidup) Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital (dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)

Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan

Pendapat Perubatan Kedua

• Konsultasi dan Diagnosis dalam Malaysia (Had Tahunan) • Konsultasi dengan Pakar Bertaraf Dunia

RM1,000 Ya

Rawatan Kanser Seperti

yang dicaj

Rawatan Dialisis Buah Pinggang

Pemindahan Organ (Had Seumur Hidup Tambahan) RM200,000 Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan

Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) RM20,000

Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan akibat Kemalangan

(Had Tahunan) RM5,000

Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia Ya

Had Tahunan Keseluruhan RM200,000

(15)

Apa yang anda perlu tahu tentang HealthEnrich

1. Apakah HealthEnrich?

HealthEnrich adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar. Pelan ini mempunyai empat pelan – HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier – yang menyediakan kad perubatan individu untuk memberikan anda akses serta-merta di salah satu hospital panel kami.

2. Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar?

Sumbangan yang dibayar adalah berdasarkan umur kemasukan anda dan tidak akan bertambah apabila umur anda semakin meningkat. Kadar sumbangan boleh dirujuk di Lampiran 2.

3. Apakah manfaat Organ Transplant?

Manfaat Organ Transplant adalah had seumur hidup tambahan apabila anda menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang, jantung, paru-paru, hati, tulang sumsum atau kornea. Had seumur hidup tambahan ini adalah had tambahan daripada had tahunan dan had seumur hidup bagi HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier.

4. Apakah kelebihan Rawatan Kanser dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang?

Anda boleh mendapatkan rawatan-rawatan seperti hemodialisis, radioterapi dan kemoterapi di hospital-hospital panel kami dengan menggunakan kad perubatan tanpa sebarang pembayaran ko-takaful. Di samping itu, HealthEnrich melindungi sebarang rundingan, ujian pemeriksaan dan dadah yang dibawa pulang.

5. Apakah pilihan yang ditawarkan oleh HealthEnrich?

Pilihan HealthEnrich Vital HealthEnrich Select HealthEnrich Advanced HealthEnrich Premier Umur Kelayakan 20 minggu gestasi hingga 45 tahun 20 minggu gestasi hingga 70 tahun 14 hari hingga 70 tahun 14 hari hingga 70 tahun Umur Tamat Tempoh 25, 70 atau 80 tahun 25, 70 atau 80 tahun 25, 70 atau 80 tahun 25, 70 atau 80 tahun Perkongsian Kos Ko-takaful sahaja Ko-takaful atau Perlindungan Penuh Ko-takaful atau Perlindungan Penuh Perlindungan Penuh sahaja

(16)

6 Apakah caj-caj dan potongan-potongan yang dikenakan dalam HealthEnrich?

Butiran caj dan potongan disenaraikan dalam jadual di bawah.

Jenis Caj dan

Potongan Butiran

Caj wakalah pendahuluan

Caj ini membenarkan kami membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan di bawah adalah berdasarkan tempoh 20 tahun atau lebih. Bagi tempoh kurang daripada 20 tahun, sila rujuk Illustrasi Pelan.

Tahun sijil 1 2 3 4 5 & 6 ke atas7 &

Caj wakalah

pendahuluan 60% 60% 50% 30% 20% 0%

Tabarru’ Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), amaun perlindungan untuk tempoh perlindungan.

(17)

Ia juga memberi perlindungan untuk*: 1. Gastroskopi/Endoskopi 2. Kolonoskopi 3. Angiografi

4. I & D bernanah kecuali pemotongan luas 5. Pengekstrakan Katarak

6. Pemotongan nodul payudara/benjolan kecuali pemotongan luas

7. Pendilatan & Pengkuretan 8. Prosedur laparoskopi diagnostic 9. Pembuangan benda asing 10. Pemotongan Kalazion/Pterigium 11. Radioterapi

12. Bronkoskopi Diagnostik 13. Pembuangan ganglion/fibroma 14. Sistoskopi Diagnostik

15. Kemasukan talian Kemoport/Hickman 16. Pembentukan fistula AV

17. Benjolan – Biopsi pemotongan (semua jenis) 18. Pembuangan ketuat

19. Manipulasi tertutup bagi fraktur 20. Suntikan jari picu

21. Suntikan intra-artikular sendi

22. Pembedahan pembetulan untuk blefaroptosis yang tidak berkaitan dengan kongenital/kosmetik 23. Hemodialisis

24. Jahitan dan operasi lain pada tendon dan sarung tendon

25. Kemoterapi

26. Penilaian lutut artroskopik/ aspirasi/pencucian sendi 27. Pembebasan terowong karpal

* Anda boleh menjalani lain-lain pembedahan atau rawatan harian yang tidak tertera di atas mengikut

nasihat doktor anda. Sila rujuk dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

Apakah Manfaat Pembedahan Harian?

Kemasukan ke hospital menelan banyak perbelanjaan dan ada kalanya tidak diperlukan. Kemasukan ke hospital bermaksud terpaksa menanggung pelbagai kos seperti yuran kemasukan, bilik dan penginapan, penjagaan jururawat dan makanan. Walaupun anda perlu berehat untuk pulih, berada di hospital tidak semestinya memberi keselesaan seperti berada di rumah sendiri.

Salah satu keunikan HealthEnrich adalah manfaat Pembedahan Harian. Tidak kira pelan mana yang anda pilih, Ko-Takaful atau Perlindungan Penuh, manfaat ini memberi perlindungan penuh ke atas kos pembedahan atau rawatan anda.

Tambahan pula, dengan manfaat Pembedahan Harian, anda boleh menjalani pembedahan atau rawatan dan pulih dalam keselesaan di rumah anda pada hari yang sama. Anda tidak perlu bermalam di hospital dan risau tentang perlindungan perubatan anda yang mungkin habis digunakan. Anda boleh menjalani radioterapi, hemodialisis atau kemoterapi sebagai pesakit luar di bawah kemudahan pelan ini.

(18)

Nota-nota Penting

1. Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan PruBSN. Sila rujuk kepada Ilustrasi Pelan dan Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini. Terma-terma dan Syarat-syarat yang lengkap boleh didapati dalam dokumen sijil. Sila minta sampel Terma-terma dan Syarat-syarat jika anda memerlukan maklumat terperinci tentang pelan tersebut.

2. Untuk HealthEnrich, anda layak menerima sebanyak RM3,000 setahun bagi pelepasan cukai perubatan berkenaan sumbangan anda. Pelepasan cukai adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. 3. Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga pelan anda

matang bagi memastikan anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk membuat demikian mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya. Perlindungan hingga tempoh matang adalah tertakluk kepada PUA yang mencukupi untuk menampung Tabarru’ dan caj-caj berkaitan.

4. HealthEnrich adalah pelan yang dijamin pembaharuan. Sumbangan adalah selaras dan tidak dijamin. PruBSN mempunyai hak untuk menukar kadar sumbangan dan/ atau Tabarru’ dengan memberi 30 hari notis bertulis. Kadar boleh ditukar sekiranya berlaku situasi-situasi yang tidak dijangkakan seperti inflasi kos perubatan. Sebarang perubahan dalam sumbangan dan/atau Tabarru’ hanya akan bermula pada ulang tahun sijil yang seterusnya.

5. HealthEnrich tidak menyediakan sebarang amaun manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, tempoh tamat atau kematangan sijil.

6. Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana peserta akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Jika ko-takaful dipilih, peserta perlu membayar 10% daripada kos kelayakan manfaat, tertakluk kepada ko-takaful minimum sebanyak RM400 dan ko-takaful maksimum sebanyak RM2,000. Tiada amaun ko-takaful minimum yang dikenakan untuk manfaat-manfaat dibawah Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar.

7. Peserta tidak perlu membuat pembayaran yang berkaitan dengan bil-bil untuk kondisi perubatan yang dilindungi di bawah pelan perlindungan penuh – tertakluk kepada had-had setiap pelan dan terma-terma serta syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam dokumen sijil.

8. Hospital-hospital Pilihan adalah hospital yang dipilih untuk menyediakan perkhidmatan tambahan kepada peserta-peserta yang menyertai pelan HealthEnrich Advanced atau HealthEnrich Premier. Sila rujuk laman web PruBSN untuk senarai terkini Hospital-hospital Pilihan.

9. Anda hanya boleh mendapatkan Pendapat Perubatan Kedua apabila anda dikenal pasti menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi.

10. HealthEnrich adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr yang merupakan persetujuan bagi PruBSN menguruskan pelan takaful anda. Sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam PUA selepas ditolak caj wakalah yang merangkumi bayaran perkhidmatan keseluruhan yang disediakan. Perlindungan takaful diperoleh daripada Dana Tabarru’. 11. Tabarru’ bermaksud sebahagian tertentu daripada sumbangan didermakan ke dalam

Dana Tabarru’ untuk persetujuan bantuan dan pertolongan di kalangan peserta-peserta berdasarkan manfaat-manfaat yang dipersetujui dibawah pelan.

12. Anda berhak menerima agihan lebihan termasuk keuntungan pelaburan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan. Anda, beserta peserta lain layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki sebanyak sehingga 50% sebagai insentif kerana menguruskan Dana Tabarru’. Bahagian agihan lebihan anda akan dimasukkan semula ke dalam PUA anda. Amaun tepat agihan lebihan akan dinilai secara tahunan dan tertakluk kepada persetujuan kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.

(19)

Pengecualian

HealthEnrich tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau caj-caj yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya oleh salah satu kejadian berikut:

1. Penyakit sedia ada.

2. Penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh perlindungan 120 hari yang pertama. 3. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari dari

tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula, kecuali kecederaan akibat kemalangan.

4. Pembedahan kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata, lensa, Lasik dan penggunaan alat prostetik dan perubatan.

5. Penyakit-penyakit pergigian termasuk rawatan atau pembedahan oral pada gigi asli kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan.

6. Pembedahan eksperimen atau prosedur-prosedur elektif disebabkan oleh kecederaan akibat kemalangan, pembedahan atau penyakit.

7. Penjagaan peribadi, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, AIDS, HIV, semua penyakit kelamin yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

8. Apa-apa rawatan atau pembedahan dijalankan untuk keadaan sejak lahir termasuk penyakit keturunan.

9. Rawatan atau prosedur yang berkaitan dengan mengandung atau bersalin dan komplikasi, jagaan pranatal atau postnatum kecuali semua yang dinyatakan dalam dokumen sijil dan, keguguran, menggugurkan kandungan, apa-apa kaedah kawalan kelahiran kontraseptif, rawatan berkaitan ketaksuburan atau disfungsi erektil dan impoten.

10. Pemeriksaan perubatan rutin, kemasukan ke hospital terutamanya untuk tujuan siasatan/ pengimejan diagnostik yang tidak berkaitan dengan hilang upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan, ubat atau pemeriksaan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan atau pencegahan secara amnya dan rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan seperti sleeve gastrectomy.

11. Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

12. Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh sebarang tindakan peperangan, pelanggaran mana-mana atau cubaan melanggar undang-undang atau untuk menentang penangkapan, penyertaan secara langsung dalam rusuhan, mogok dan kekecohan awam.

13. Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear atau apa-apa bahan nuklear.

14. Belanja yang ditanggung oleh penderma atau orang yang dilindungi untuk menderma mana-mana organ tubuh dan semua kos pemerolehan organ dan komplikasinya. 15. Siasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, rawatan untuk perpeluhan

yang berlebihan, terapi penggantian hormon, sel induk, terapi oksigen hiperbarik, perundingan dan rawatan penjagaan kaki, khidmat kiropraktik, terapi aroma dan apa-apa rawatan pilihan yang lain.

(20)

16. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana-mana pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

17. Psikiatrik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk.

18. Perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan termasuk dan tidak terhad kepada televisyen, telefon, perkhidmatan jalur lebar, bil elektrik, radio atau kit kemasukan kecuali semua yang dinyatakan dalam dokumen sijil.

19. Sakit atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan, sukan berbahaya, penerbangan udara selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang, atau pesawat komersil berlesen yang membawa penumpang dan beroperasi pada laluan berjadual tetap.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar seks atau tranformasi jantina.

21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa tempoh menunggu.

22. Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa Diamalkan atau caj-caj yang ditanggung selepas Tarikh Tamat Tempoh.

Pengecualian dan had-had adalah tidak terhad kepada yang hanya tertera di atas dan anda perlu merujuk dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

(21)

Lampiran 1

Senarai Komplikasi-komplikasi Bersalin

1. Pembekuan Intravaskular

2. Kehamilan Ektopik

3. Hydatidiform Mole

4. Pendarahan Postpartum Memerlukan Histerektomi

5. Eklampsia

6. Embolisme Cecair Amniotik

7. Embolisme Pulmonari Semasa Mengandung

(22)

Lampiran 2

Kadar Sumbangan Tahunan bagi HealthEnrich Select untuk Umur Tamat Tempoh 70.

Umur Kemasukan Pilihan-pilihan Perkongsian Kos

Ko-Takaful (RM) Perlindungan Penuh (RM)

1 – 15 808 995 16 818 1,004 17 830 1,014 18 841 1,023 19 852 1,056 20 863 1,089 21 882 1,118 22 901 1,147 23 920 1,177 24 939 1,206 25 958 1,235 26 976 1,265 27 995 1,294 28 1,013 1,323 29 1,031 1,353 30 1,049 1,382 31 1,083 1,412 32 1,101 1,441 33 1,115 1,470 34 1,130 1,500 35 1,144 1,529 36 1,177 1,577 37 1,210 1,626 38 1,242 1,674 39 1,312 1,722 40 1,352 1,770

(23)

Umur Kemasukan Pilihan-pilihan Perkongsian Kos

Ko-Takaful (RM) Perlindungan Penuh (RM)

41 1,396 1,829 42 1,446 1,887 43 1,516 1,946 44 1,585 2,005 45 1,654 2,063 46 1,742 2,182 47 1,828 2,302 48 1,963 2,421 49 1,988 2,540 50 2,057 2,660 51 2,125 2,710 52 2,193 2,760 53 2,261 2,810 54 2,329 2,860 55 2,396 2,910 56 2,480 3,001 57 2,564 3,093 58 2,646 3,185 59 2,730 3,276 60 2,812 3,368

Kadar sumbangan adalah berdasarkan risiko biasa kelas pekerjaan 1 dan 2. Kadar sumbangan untuk kelas pekerjaan 3 dan 4 adalah 1.25 dan 1.5 lebih daripada kadar sumbangan untuk kelas pekerjaan 1 dan 2. Kadar adalah tertakluk kepada pengunderaitan. Amaun sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada umur anda (berdasarkan Umur pada Tarikh Lahir akan Datang), status kesihatan, kelas pekerjaan, jenis pelan dan tempoh perlindungan. Bagi kadar sumbangan HealthEnrich dengan kombinasi pelan, umur tamat tempoh dan pilihan-pilihan perkongsian kos yang lain sila rujuk www.prubsn.com.my.

(24)

HealthEnrich adalah produk yang berasaskan Syariah.

Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia.

Bagi maklumat/pertanyaan lanjut, sila hubungi: PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD (740651-H)

Tingkat 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: (03) 2053 7188 Faks: (03) 2072 6188

E-mel: customer@prubsn.com.my SMS PruBSN dan hantar ke 33080 Anda juga boleh melayari www.prubsn.com.my

Penting: Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

Semua maklumat adalah betul semasa percetakan. Dicetak 1 November 2013

Referensi

Dokumen terkait

Menurut penilaian saya, Badan Litbang Pertanian telah memiliki prasyarat untuk berkarya dengan baik, yaitu struktur organisasi yang lengkap, sarana dan prasarana penelitian

Faktor penghambat terhadap pengelolaan aset desa dalam upaya meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat di Desa Suliliran Baru Kecamatan Paser Belengkong Kabupaten

Para Wajib Pajak menggunakan tarif amortisasi untuk harta tidak berwujud dengan menggunakan masa manfaat kelompok masa 4 (empat) tahun sesuai pendekatan prakiraan harta tak

Puji dan syukur kepada Allah Bapa Tritunggal atas berkat dan kasih-Nya yang sangat melimpah sehingga dengan pertolongan-Nya penulis dapat menyelesaikan Tesis ini dengan

Daerah (1) adalah tempat bintang-bintang berukuran kecil (dibandingkan bintang di daerah (3)) dengan luminositas rendah dan temperatur tinggi, disebut daerah Bintang

„ Jika keluaran fungsi berupa NULL (suatu makro yang didefinisikan pada file stdio.h), berarti operasi pengaktifan file gagal Æ misal membuka file dengan mode ‘r’ tapi filenya

Untuk mengetahui pengelolaan makam di Kota Medan dapat dilihat dengan terlebih dahulu mengidentifikasi setiap permasalahan dalam pengelolaan makam yang dalam

MAKASSAR 2014.. Inap di Rumah Sakit Umum Daerah Kabupaten Dompu, Program Studi Akuntansi Fakultas Ekonomi dan Bisnis Universitas Muhammadiyah Makassar. Euis Eka