• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul Pengajaran Pend Jasmani Mslh Pembelajaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "Modul Pengajaran Pend Jasmani Mslh Pembelajaran"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN)

MODUL PENGAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI

TAHUN 2

Terbitan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum

(4)

Cetakan Pertama 2011

© Kementerian Pelajaran Malaysia

(5)

KANDUNGAN

Muka Surat

Kemahiran Pergerakan

1

(6)
(7)

Tajuk : 1. Kemahiran Pergerakan

Masa : 60 minit

Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal dan Estetika

Standard Kandungan : 1.3 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul

Standard Pembelajaran : 1.3.1 Melakukan aktiviti mengimbang

Tunjang Yang Disepadukan : Komunikasi

Keterampilan

Sains dan Teknologi

Objektif : Pada akhir pelajaran murid boleh melakukan kemahiran imbangan badan dengan :

i.meniti tali yang diletakkan di atas permukaan yang rata

ii.berjalan di atas bangku gimnastik

Nilai : Keberanian, bekerjasama, kerajinan dan bertanggungjawab

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi 3HUPDLQDQ³.HUHWDSL3DQMDQJ´ CD

Gambar

Langkah 1 Aktiviti memanaskan badan

1. Murid memerhatikan guru membuat imbangan badan

melalui aktiviti simulasi burung terbang.

(8)

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

2. Murid melakukan imbangan badan melalui aktiviti simulasi

burung terbang yang melibatkan pelbagai gerakan dengan

bantuan guru. ( dalam kawasan yang telah ditetapkan)

3. Murid memberi respons kepada soalan guru

Cadangan soalan :

a. Apakah haiwan yang boleh terbang?

b. Selain daripada burung, apakah benda lain yang boleh

terbang?

Langkah 2 1. Murid memerhatikan guru membuat imbangan badan

dengan berjalan di atas papan yang diletakkan di

permukaan yang rata.

2. Murid melakukan imbangan badan dengan berjalan di atas

papan secara individu dengan bantuan guru.

3. Murid melakukan imbangan badan dengan berjalan di atas

papan secara berkumpulan.

Rajah 36WHVHQLPEDQJDQSDSDQ¶[´[´

Saiz Papan

Panjang -¶

Lebar - ´

(9)

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 3 1. Murid memerhatikan guru membuat imbangan badan

dengan berjalan di atas bangku gimnastik.

2. Murid melakukan imbangan badan dengan berjalan di atas

bangku gimnastik secara individu dengan bantuan guru.

3. Murid memberi respons kepada soalan guru.

Cadangan soalan :

a. Apakah perasaan kamu apabila berjalan di atas

bangku gimnastik?

4. Murid melakukan imbangan badan dengan berjalan di atas

bangku gimnastik secara berkumpulan.

Rajah 4 : Stesen imbangan bangku gimnastik

(10)

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 4 Permainan kecil - Imbangan badan

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan untuk bermain

permainan imbangan badan.

2. Setiap kumpulan dikehendaki melakukan imbangan badan

di setiap stesen yang disediakan seperti berikut:

i. Stesen imbangan tali

ii. Stesen imbangan papan

iii. Stesen imbangan bangku gimnastik

Tali

Kon

Papan

(11)

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

3. Kumpulan yang melakukan imbangan dengan

betul di setiap stesen dipilih sebagai pemenang.

Penutup Murid melakukan aktiviti gerak kendur dengan bimbingan

(12)

Tajuk : 1. Kemhiran Pergerakan

Standard Kandungan : 1.3 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul Standard Pembelajaran : 1.3.1 Melakukan aktiviti mengimbang

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK

Nama Murid:_____________________________________________________ Kelas/Kumpulan :________________________________ Arahan : Tandakan ( —) pada ruangan menguasai atau belum menguasai berdasarkan kebolehan murid.

BIL KEMAHIRAN/ AKTIVITI MENGUASAI BELUM

MENGUASAI CATATAN

1. Imbangan badan dengan berjalan di atas tali.

2. Imbangan badan dengan berjalan di atas papan.

3. Imbangan badan dengan berjalan di atas bangku gimnastik.

Nota : Tandatangan Guru:

Senarai semak ini menjelaskan pencapaian 2 daripada 4 item dikira menguasai kemahiran.

Pengajaran dan pembelajaran ini perlu dirancang dan diubahsuai mengikut «««««««

(13)

Tajuk : 2. Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Masa : 60 minit

Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal dan Estetika

Standard Kandungan : 2.2 Memahami konsep keyakinan dan keselamatan dalam air

Standard Pembelajaran : 2.2.1 Membina keyakinan diri di air

Tunjang Yang Disepadukan : Komunikasi

Keterampilan Diri

Sains dan Teknologi

Objektif : Pada akhir pelajaran murid boleh masuk ke dalam air dengan pengawasan guru.

Nilai : Keberanian, bekerjasama, toleransi dan bertanggungjawab

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

(14)

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 1 1. Aktiviti memanaskan badan

2. Murid memberi respons kepada soalan guru

Cadangan soalan :

a. Siapa yang boleh berenang?

b. Siapa yang pernah melihat orang berenang?

c. Di mana kita boleh berenang?

3. Murid diminta membuat simulasi berenang secara bebas.

4. Murid membuat simulasi berenang secara berpandu.

Langkah 2 1. Murid diminta memakai jaket keselamatan dengan

bantuan guru.

2. Murid duduk di tepi kolam.

3. Murid memasukkan kaki ke dalam kolam.

4. Murid mengocak air menggunakan kaki secara bebas.

5. Murid memberi respons kepada soalan guru

Cadangan soalan :

a. Mengapa kita perlu memakai jaket keselamatan?

b. Apa perasaan kamu semasa mengocak air

menggunakan kaki?

Jaket keselamatan

Wisel

(15)

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 3 1. Murid masuk dan berdiri di tepi kolam renang.

2. Murid berpegang tangan antara satu sama lain ketika

berada di tepi kolam.

3. Murid bergerak ke tengah kolam sambil berpegang

tangan dan melakukan pergerakan:

i. berjalan ke hadapan

ii. berundur ke belakang

(murid diingatkan supaya menjaga keselamatan diri

semasa berada di air)

Jaket keselamatan

Wisel

Langkah 4 1. Murid mengocak air menggunakan kedua belah tangan.

2. Murid bermain air sambil memercikkan air ke arah

kawan-kawan dengan pengawasan guru.

3. Murid memberi respons kepada soalan guru

Cadangan soalan :

a. Apakah perasaan kamu, seronok atau takut?

Jaket keselamatan

Wisel

Langkah 5 Aktiviti berendam

1. Murid membasahkan kepala dengan menggunakan kedua

Jaket keselamatan

(16)

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

belah tangan.

2. Murid merendamkan separuh badan ke dalam air.

3. Murid memasukkan keseluruhan badan ke dalam air.

Penutup 1. Murid melakukan aktiviti gerak kendur dengan bimbingan

guru.

2. Murid meniup wisel jaket keselamatan.

(17)

Tajuk : 2. Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Standard Kandungan : 2.2 Memahami konsep keyakinan dan keselamatan dalam air Standard Pembelajaran : 2.2.1 Membina keyakinan diri di air

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARAI SEMAK

Nama Murid:______________________________________________ Kelas/Kumpulan :____________________________________ Arahan : Tandakan ( —) pada ruangan menguasai atau belum menguasai berdasarkan kebolehan murid.

BIL KEMAHIRAN/AKTIVITI MENGUASAI BELUM

MENGUASAI CATATAN

1. Murid memasukkan kaki ke dalam kolam.

2. Murid mengocak air menggunakan kaki.

3. Murid mengocak air menggunakan tangan.

4. Murid memercikkan air ke arah rakan.

5. Murid masuk dalam kolam renang.

6. Murid berdiri dalam kolam renang.

7. Murid berpegangan tangan ketika berada dalam kolam.

(18)

9. Murid berundur sambil berpegangan tangan ke belakang.

10. Murid bergerak sambil berpegangan tangan mengikut arah jam.

11. Murid bergerak sambil berpegangan tangan melawan arah jam.

12. Murid menunjukkan keyakinan diri dalam air.

Nota : Tandatangan Guru:

Senarai semak ini menjelaskan pencapaian 6 daripada 12 item dikira menguasai kemahiran.

Pengajaran dan pembelajaran ini perlu dirancang dan diubahsuai mengikut «««««««

(19)

Tajuk : 2. Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Masa : 60 minit

Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal dan Estetika

Standard Kandungan : 2.3 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan

Standard Pembelajaran : 2.3.1 Permainan Tradisional: Permainan Galah Panjang

Tunjang Yang Disepadukan : Komunikasi

Keterampilan Diri

Sains dan Teknologi

Objektif : Pada akhir pelajaran murid boleh bermain galah panjang dengan betul.

Nilai : Keberanian, bekerjasama, hormat menghormati, toleransi dan bertanggungjawab

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Set Induksi Murid melakukan senaman aerobik berirama dengan

bimbingan guru.

CD aerobik

Komputer riba

Langkah 1 Aktiviti memanaskan badan

1. Seorang murid diminta menunjuk cara berlari-lari anak:

a. berlari ke depan dan ke belakang

b. berlari dari sisi kanan ke kiri

(20)

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

2. Murid diminta membuat larian anak seperti di atas

dengan bimbingan guru.

Langkah 2 1. Murid diminta memilih pasangan masing-masing.

2. Murid berdiri menghadap pasangan dalam keadaan statik.

3. Murid cuba menyentuh pasangan masing-masing.

4. Murid menghalang daripada disentuh oleh pasangan.

5. Murid cuba menyentuh pasangannya sambil

menghalang dirinya disentuh.

Langkah 3

1. Murid membuat satu garisan dengan menggunakan tali

skipping.

2. Murid yang sama berada di hadapan garisan tersebut.

3. Murid cuba menghalang pasangannya daripada melepasi

garisan itu.

Rajah 1 : Merempuh halangan

Tali Skipping

(21)

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Langkah 4 Permainan kecil ±Galah Panjang

1. Gelanggang permainan akan disediakan seperti lakaran

berikut mengikut saiz yang sesuai.

Rajah 2 : Gelanggang Galah Panjang

2. Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan 1 : Penjaga garisan

Kumpulan 2 : Perempuh

3. Permainan ini dijalankan secara timbal balik.

(22)

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

4. Posisi kumpulan penjaga garisan adalah seperti berikut:

Rajah 3 : Posisi penjaga garisan

5. Ketua penjaga garisan akan menjaga garisan hadapan

dan bebas bergerak ke garisan yang lain.

6. Penjaga garisan lain hanya boleh bergerak ke kiri atau ke

kanan sahaja.

7. Perempuh akan berkumpul di depan gelanggang

permainan.

8. Ketua perempuh akan menyentuh tangan ketua penjaga

garisan dan mereka cuba berlari masuk ke dalam

gelanggang permainan.

9. Penjaga garisan akan menjaga kawasannya agar pihak

perempuh tidak melepasi garisan yang dijaga. Ketu

(23)

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

10. Perempuh cuba melepasi halangan sehingga melepasi

garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga garisan

dan berpatah balik ke tempat permulaan.

11. Sekiranya perempuh berjaya disentuh oleh penjaga JDULVDQSHUHPSXKDNDQGLDQJJDS³PDWL´GDQWHUNHOXDU daripada permainan.

12.6HNLUDQ\DVHPXDSHUHPSXKWHODK³PDWL´NXPSXODQLQL

kalah dalam permainan.

13. Kemenangan bagi sesuatu kumpulan tercapai apabila

perempuh terakhir berjaya melepasi garisan terakhir dan

berjaya berpatah balik ke garisan permulaan tanpa

disentuh penjaga garisan.

Rajah 2 : Pemain cuba menghalang pihak lawan

(24)

LANGKAH AKTIVITI BBM CATATAN

Penutup Murid melakukan aktiviti gerak kendur dengan bimbingan

(25)

Tajuk : 2 Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan

Standard Kandungan : 2.3 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreaksi dan kerenggangan Standard Pembelajaran : 2.3.1 Permaianan Tradisional: Permainan Galah Panjang

SENARAI SEMAK

Nama Murid:______________________________________________ Kelas/Kumpulan :_________________________ Arahan : Tandakan ( —) pada ruangan menguasai atau belum menguasai berdasarkan kebolehan murid.

BIL KEMAHIRAN/AKTIVITI MENGUASAI BELUM

MENGUASAI CATATAN

1. Murid membuat larian sisi ke kanan.

2. Murid membuat larian sisi ke kiri.

3. Murid membuat larian ke depan.

4. Murid membuat larian sisi ke belakang.

5. Murid merempuh halangan untuk melepasi garisan.

6. Murid membuat halangan agar lawan tidak melepasi garisan.

Nota : Tandatangan Guru:

Senarai semak ini menjelaskan pencapaian 4 daripada 6 item dikira menguasai kemahiran.

Pengajaran dan pembelajaran ini perlu dirancang dan diubahsuai mengikut «««««««....

(26)
(27)
(28)

Referensi

Dokumen terkait