PUNCA, KESAN DAN LANGKAH UNTUK MENANGANI TINGKAH LAKU SEKSUAL PELAJAR MENGIKUT PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM.
Roslee Ahmad Mohamed Sharif Mustaffa Sulaiman Shakib Mohd Noor Universiti Teknologi Malaysia
Ahmad Jazimin Jusoh
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip Universiti Perguruan Sultan Idris
Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan konsep pemikiran punca-punca, kesan dan langkah menangani tingkah laku seksual di kalangan remaja Melayu beragama Islam mengikut Pendekatan Kaunseling Islam. Model Al Ghazali (Tunku Sarah, 1997; Yatimah, 2005) yang berkait dengan hati dibincangkan dengan mendalam untuk melihat berleluasanya pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks tanpa nikah berpunca dari hati manusia yang kotor dan rosak. Akibatnya, manusia bertindak mengikut hawa nafsu melibatkan anggota tubuh seperti mata, telinga, mulut, tangan, kemaluan, kaki, badan dan pakaian. Di samping itu, penulis turut membincangkan punca-punca manusia melakukan tingkah laku seksual dan kesan yang dialami dalam konteks Islam. Pendekatan Kaunseling Islam dalam konteks Amar Makruf Nahi Mungkar turut dibincangkan untuk menangani masalah tingkah laku seksual dikalangan pelajar.
Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. Sila dapatkan artikel penuh dalam prosiding daripada penulis;
Roslee Bin Ahmad
Head of Counselling and Pychotherapy Clinic, Faculty of Education,
Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor.
Tel : 07-5534427