• Tidak ada hasil yang ditemukan

undang undang Islam di Negara Sudan.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "undang undang Islam di Negara Sudan.pdf"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

UNDANG-UNDANG ISLAM DI NEGARA SUDAN

Shyrellyn binti Orbanus

Postgraduate Student , Department of Shariah and Law, Academy of Islamic Studies

University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur. Shyrellyn@gmail.com

IOB170007

Nur Qurratuaini binti Mohamad Fozi

Postgraduate Student , Department of Shariah and Law, Academy of Islamic Studies

University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur. ainiefozie03@gmail.com

(2)

Pengenalan

Republik Sudan, yang ditubuhkan pada 1 Januari 1956 merupakan antara negara bebas yang berada di Afrika. Negara ini adalah di antara negara yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya. Menurut bancian penduduk yang pertama di Sudan pada tahun 1955/56, 51% daripada penduduknya berbahasa Arab dan memiliki 572 puak. Dari sudut keagamaan, didapati 61% penduduknya beragama Islam. Walau bagaimanapun, terdapat lebih daripada setengah juta orang

Kristian dengan mazhab yang berlainan menduduki Sudan terutamanya di bahagian Selatan1 dan

penduduk lainnya masih memegang teguh dengan kepercayaan asli. Sebahagian besar masyarakat Sudan berbahasa Arab dan ada yang masih menggunakan bahasa suku mereka seperti Nubian, Beja, Ta Bedawie, Fur, Nuban, dan juga dialek Nilotic dan Nilo-Hamitic .

Kemasukan Islam di Sudan

Penghijrahan bangsa Arab terjadi pada abad ke-sembilan ketika bangsa Mesir berada di wilayah Selatan berjaya menemukan ladang emas di Allaqi yang terletak di antara sungai Nil dan Laut Merah. Pada abad ke dua belas dan tiga belas gelombang penghijrahan Arab Badui semakin meningkat.. Di sebelah selatan terdapat masyarakat yang terdiri daripada pengembala yang berasal dari wilayah Blue Nile yang terkenal dengan nama suku Funj pula mula berhijrah ke Utara. Kemudian mereka bersama pemimpinnya, Amara Dungas, mengalahkan kerajaan Kristan di Alwa pada tahun 1504 dan menjadikan Sinnar sebagai ibu kota Kerajaan Funj. Bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa rasmi dan pada abad ke 18 bahasa Arab digunakan dalam dokumen-dokumen berkaitan kenegaraan .

Penyebaran Islam di kerajaan Funj bukan sahaja tersebar disebabkan pemerintah dan komuniti perdagangan, tetapi penghijrahan ulama dan orang Muslim ke daerah tersebut. Kemajuan kerajaan Funj menarik perhatian Ulama dari Mesir, Afrika Utara dan Arab yang mempunyai kepakaran dalam bidang Alquran, hukum Islam, dan Sufi. Para ulama’ mempunyai pengaruh yang kuat kerana kemampuan mereka untuk berunding dan mengkritik pihak berkuasa. Mereka mendirikan tempat pendidikan untuk mengajar Al-Quran, undang-undang dan teologi kepada orang-orang muda. Terdapat beberapa tariqah tersebar di negara ini, di antaranya Tariqah Shahilyah,tarikat Qadiriyah dan tariqat Majdhubiyah. Tariqah Shahilyah tersebar pada abad kelima belas, tarikat Qadiriyah pada pertengahan abad keenam belas, dan Majdhubiyah pula pada abad ke-18.

Pada abad kelapan belas kerajaan Funj telah jatuh. Kerajaan ini jatuh disebabkan pencerobohan orang Mesir yang kemudiannya membuka jalan dan pengiktirafan pentadbiran Islam. Pada akhir abad kelapan belas, Abd-Rahman al-Rashid menyatukan kesultanan Darfur di sekitar kompleks istana yang disebut al-Fashir. Oleh itu, al-Fashir adalah pusat aktiviti kerajaan dan perdagangan. Bukan itu sahaja, pedagang yang beragama islam mendapat kuasa dari Dinasti Darfur untuk memerintah. Oleh sebab itu, mereka akhirnya berjaya mengukuhkan kuasa tempatan mereka. Pengislaman Sudan timur berjalan dengan baik disebabkan pengaruh orang-orang yang berilmu.

Dan sehingga kini, islam masih tersebar di Negara Sudan.2

1

https://www.jstor.org/stable/pdf/745057.pdf?refreqid=excelsior%3A5711adc5bd25ac5f1ffbcd1df95336e3

Personal Law in the Sudan--Trends and Developments Author(s): Natale Olwak Akolawin Source: Journal of African Law, Vol. 17, No. 2 (Summer, 1973), pp. 149-195 Published by: School of Oriental and African Studies

2

(3)

BENTUK PERUNDANGAN ISLAM DI SUDAN

Atas faktor kesedaran pelaksanaan syariah sepenuhnya di Utara Nigeria, Afrika telah mulai memberi perhatian terhadap undang-undang Islam di dalam negaranya. Tumpuan utamanya terletak di seberang benua Sudan sejak revolusi undang-undang Numayri pada tahun 1983 di mana tiada perdebatan perlembagaan yang bebas dari perjuangan politik yang sering sahaja

mempersoalkan tentang syariah.3

Dunia hari ini menyaksikan reformasi perundangan Islam yang sangat ketara terutamanya negara-negara Islam. Setelah melakukan penelitian terhadap kajian-kajian lepas, bentuk perundangan di negara-negara Islam boleh dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu :

Pertama, negara Islam yang mengamalkan sistem perundangan sekular yang memisahkan

undang-undang dan agama sepenuhnya, hal ini boleh dilihat dalam negara Turki sekitar tahun 1920 an. Kini setelah Turki berada di bawah pemerintahan Erdogan , sistem pemerintahannya mulai berubah corak dan berada dalam proses peralihan.

Kedua, negara Islam yang mengaplikasikan undang-undang barat dan Islam dalam satu masa yang sama tetapi memisahkan bidang kuasa mahkamah. Di negara-negara ini, mahkamah syariah wujud tetapi secara amnya ia hanya mempunyai bidang kuasa ke atas umat Islam yang mempunyai pertikaian hukum keluarga atau warisan. Negara yang menggunakan pendekatan campuran ini adalah Malaysia, Indonesia, Jordan, Oman, Ethiopia (kecuali rantau Oromo), Tunisia, dan Maghribi.

Ketiga, adalah negara-negara yang menerapkan undang-undang Islam secara menyeluruh kecuali dalam satu atau lebih bidang tertentu, seperti bentuk hukuman mati tertentu atau beberapa kawasan tertentu yang mana aktiviti perniagaannya dikawalselia oleh Syariah. Contohnya termasuklah Pakistan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Yaman, dan Libya. Iraq pernah berada di dalam kategori kedua,yang mana ia menggunakan undang-undang Islam atas permasalahan keluarga; tetapi kini ia dianggap sebahagian daripada kumpulan ketiga kerana wujud hukuman memotong tangan di Iraq sebagai hukuman jenayah mencuri dan ini menunjukkan bahwa Iraq mengaplikasikan undang-undang Islam yang ketat.4

Keempat dan yang terakhir adalah negara-negara yang mengaplikasikan undang-undang Islam sepenuhnya dan ketat tanpa pengecualian. Negara-negara dalam kategori ini termasuk Iran (walaupun ada tanda-tanda undang-undangnya akan berubah kepada kesederhanaan di masa akan datang), Arab Saudi, dan yang terbaru adalah, Sudan, Afghanistan, dan Somalia.5

3

https://www.academia.edu/31441754/Islamic_law_in_Africa Islamic Law in Africa by shamil jeppie 4

Iraqi Leader Orders Amputation for Theft, THE DAILY OKLAHOMAN, June 6, 1994.

5

(4)

Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa bentuk perundangan Sudan mempunyai persamaan dengan negara Arab Saudi yang sama-sama berada di kumpulan yang keempat iaitu menggunakan undang-undang islam sepenuhnya dalam pemerintahan.

SEJARAH PERUNDANGAN SUDAN

Untuk memahami sistem undang-undang Sudan, amatlah penting bagi kita untuk memahami dan mengetahui sejarah negara ini .

Sudan sebuah Negara Jajahan British di akhir kurun kesembilan belas, maka dalam bidang undang-undang, kerajaan British telah membawa undang-undang yang diamalkan di India ke negara Sudan. Antara undang-undang yang dibawa ke Sudan ialah:

1. Penal Kod India 1960 (Tanzirat al-Hind)

2. Kod Prosedur Jenayah 1898 (Zabidat-e-Faqjdari)

Kedua-dua undang ini telah digubal semula (re-enacted) pada tahun 1925 dan undang-undang baru ini telah dikuatkuasakan hampir setengah abad. Kemudian selepas merdeka, kedua-dua undang-undang ini digubal lagi dan dikuatkuasakan pada tahun 1974. Mengikut

Perlembagaan Tetap Sudan 1973, artikel 9 menyatakan bahawa Undang-undang Islam dan adat merupakan sumber utama perundangan. Pada tahun 1877, Charles George Gordon, seorang pegawai British, telah menguasai sebahagian besar Sudan,hal ini melemahkan perdagangan

hamba di sana, dan beliau turut menjadi Gabenor Jeneral Sudan.6 Pada tahun 1881,

fundamentalis Islam, yang diketuai oleh Mahdi, mula menyatukan suku-suku Sudan utara dan

pada tahun 1885, mereka menawan Khartoum dan membunuh Charles Gordon.7 Mahkamah

Syariah pada waktu itu segera ditubuhkan dan undang-undang Islam sepenuhnya diamalkan di

seluruh kawasan itu8. Pada tahun 1896, Lord Kitchener melancarkan kempen untuk merebut

semula Sudan dan pada tahun 1898, Khartoum dan sebahagian besar negara lain sekali lagi menjadi sebahagian daripada Empayar Britania. Disebabkan British ingin mengelakkan

pemberontakan berlaku di bahagian Utara Sudan, British telah menulis Ordinan Mahkamah

Undang-undang Mohammedan Sudan pada tahun 1902 yang membenarkan umat Islam Sudan menggunakan Syariah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum keluarga, hadiah, dan warisan9. Di selatan Sudan, kebanyakan penduduk mengamalkan agama suku yang tidak berkaitan dengan Islam. Di bahagian negara itu, British menutup hubungannya dengan utara Sudan yang mengamalkan Islam. Hal ini adalah untuk memudahkan usaha mereka

6

RESEARCH Div., LIBRARY OF CONGRESS, SUDAN: A COUNTRY STUDY 17 (Helen Chapinmetz ed. 1992).

7

U.S. ST. DEP'T., BACKGROUND NOTES-SUDAN 2 (1991).

8

LIBRARY OF CONGRESS, supra note 3, at 21.

9

(5)

menggalakkan pendidikan mubaligh Kristian, bahkan British juga membantah sebarang

pembangunan yang dikhaskan untuk Utara. Pada tahun 1947, lapan tahun sebelum kemerdekaan, dasar pemisah secara rasminya dikembalikan kepada Sudan10. Walaupun terdapat perbezaan yang besar antara kedua-dua wilayah dari segi geografi manusia dan fizikal, British memaksa wilayah itu bersatu dan memberikan kemerdekaan kepada Sudan pada 1 Januari 1956. Kristian dan animis Selatan segera memberontak terhadap Utara Sudan disebabkan kebencian selatan terhadap penguasaan utara. Peperangan berterusan sehingga tahun 1972, dengan menandatangani Perjanjian Addis Ababa.11

Sejak kemerdekaan, struktur dasar sistem undang-undang tetap berbentuk sama12. Pertikaian hukum keluarga, hadiah, dan warisan antara umat Islam dilindungi oleh mahkamah syariah sementara semua perkara lain telah diselesaikan melalui undang-undang umum Inggeris. Semua

ini berubah pada tahun 1983 apabila diktator Sudan, Kolonel Jaafar Nimeiri, melaksanakan

hukum Islam sepenuhnya (Syariah), mengisytiharkan Sudan sebagai negara Islam13 dan juga

mengishtiharkan rancangan untuk mengislamisasikan seluruh sistem perundangan di Sudan. Dengan ini perubahan besar telah berlaku dalam sistem perundangan di Sudan di mana semua undang-undang terpaksa digubal semula. Penggubalan ini berlaku kepada Akta Sivil Prosedur 1974, Akta Prosedur Jenayah 1974, Penal Kod 1974, Akta Kontrak 1974, Akta Jualbeli 1974, Akta Agensi 1974, kemudian diikuti dengan perubahan baru pada tahun 1983 yang melibatkan Akta Prosedur Sivil 1983, Akta Prosedur Jenayah 1983, Penal Kod 1983, Akta Judisiari 1983, Akta Keterangan 1983, Akta Advokasi 1983 dan Akta Transaksi Sivil 1984.

Penggubalan undang-undang yang dilakukan pada tahun 1983, adalah bertujuan untuk

menjadikan Undang-undang Islam seluruhnya sebagai undang-undang negara. Sudan nampaknya mengambil pendekatan yang drastik di mana semua jenis undang-undang telah digubal semula dan dikuatkuasakan seluruhnya dalam masa yang singkat, tetapi di Pakistan sebahagian undang-undang dibuat perubahan kepada undang-undang-undang-undang yang sedia ada seperti perubahan Undang-undang Hudud dan Qisas ke atas Undang-undang-Undang-undang jenayah yang sedia ada, manakala penggubalan

undang-undang baru hanya dibuat kepada “bidang” undang-undang yang belum ada atau

dianggap tidak lengkap untuk keperluan semasa.

Sebilangan besar orang yang tinggal di selatan Sudan adalah orang Kristian dan Animis, Akibatnya mereka sekali lagi mengambil senjata melawan pemerintah kerana takut terhadap hukuman berat yang terdapat dalam hukum Islam. Sememangnya, pengenalan undang-undang Islam adalah alasan utama untuk mencetuskan semula perang14yang berterusan hingga ke hari

10

FRANCIS M. DENG, WAR OF VISIONS (1995).

11

Francis M. Deng, War Of Visions (1995).

12

Carolyn Fluehr-lobban, Islamic Law And Society In The Sudan Xii (1987).

13

Human Rights Watch, Denying The Honor Of Living: Sudan, A Human Rights Disaster 16 (Africa Watch Committee, 1990).

14

(6)

ini. Di samping itu, masyarakat selatan merasa didiskriminasi kerana prosiding mahkamah Syariah dijalankan dalam bahasa Arab, bahasa yang majoritinya tidak difahami oleh masyarakat selatan Sudan15. Pada 6 April 1985, sekumpulan pegawai tentera yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Abd ar Rahman Siwar adh Dhahab menggulingkan Nimeiri. Walaupun ada perubahan dalam kepimpinan, perang saudara berterusan kerana Dhahab enggan memansuhkan institusi undang-undang Islam16.

Pada tahun 1986, satu pilihan raya umum diadakan di semua kawasan Sudan kecuali tiga puluh tujuh daerah selatan yang dilanda perang saudara. Satu siri kerajaan gabungan yang rapuh dibentuk dan dibubarkan dalam tempoh tiga tahun akan datang. Pelbagai anggota kerajaan gabungan cuba memansuhkan undang-undang Islam tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana pembangkang Parti Islam Nasional (NIF) yang dipimpin oleh Hassan al-Turabi sebagai Peguam Negara Sudan pada tahun 1983 , meyakinkan Nimeiri untuk mengenakan hukum Islam yang tidak dilakukan sejak abad kesembilan belas17. Oleh hal yang demikian, maka perang saudara di Sudan terus berlaku dan tidak berhenti. Demi menyelesaikan konflik perang saudara yang berlaku, akhirnya, kerajaan gabungan yang sedia ada mengusir NIF dari gabungan itu lalu menggantikannya dengan beberapa parti kecil lain yang platformnya termasuk membuat perdamaian dengan orang-orang Selatan. Kerajaan campuran yang terhasil nyata lebih lemah daripada sebelumnya dan sebelum perjanjian damai ditandatangani untuk mengakhiri perang saudara, rampasan kuasa membawa NIF dan Doktor Turabi kembali menjadi berkuasa18.

Rakan kongsi dari Turabi, Kolonel Umar Hassan Ahmad al Bashir mengetuai rampasan kuasa terhadap kerajaan campuran pada 30 Jun 1989 dan mendirikan Majlis Perundangan Revolusi untuk Keselamatan Nasional yang komited untuk memaksakan undang-undang Islam di selatan bukan Muslim melalui penaklukan tentera19.Pemimpin NIF adalah Hassan al Turabi yang dipersetujui oleh hampir keseluruhan orang Sudan dan diplomat-diplomat bahawa beliau adalah presiden sebenar Sudan20. Turabi, yang memiliki sarjana dalam undang-undang dari Universiti London dan PHD Undang-undang dari Sorbonne, ingin menyebarkan asas-asas Islam dengan membawa pendekatan undang-undang Islam di seluruh Afrika Timur.Pada akhir tahun 1991, bekas Presiden Jimmy Carter pergi ke Sudan untuk mencuba membuat perjanjian damai di antara kerajaan Islam dan pemberontak Kristian / Animis tetapi sekali lagi isu Syariah membawa kepada kegagalan21.

Seperti yang diharapkan, NIF secara tradisinya mempunyai hubungan yang kuat dengan kepimpinan teokratik Iran."Parti itu dibiayai oleh pengusaha tempatan kaya, kepentingan Arab menentang kecenderungan kiri dan pemerintah Iran."

15 Interview with George Colvin, Jr., U.S. ST. DEP'T. Official (formerly stationed in the U.S. Embassy in Khartoum,

now closed), June 1995.

16 Library Of Congress, Supra Note 3, At 50. 17

Ibid. at 52-3.

18

Islam's Star, ECONOMIST, Feb. 1, 1992, at 43.

19

LIBRARY OF CONGRESS, supra note 3, at 53.

20

Raymond Bonner, Letter From Sudan, THE NEw YORKER, July 13, 1992, at 70, 72.

21

(7)

Walaubagaimanapun,suatu ketika dahulu Sudan pernah menjadikan undang-undang Mesir sebagai panduan. Walaupun Mesir mengutamakan undang Inggeris berbanding undang-undang Islam, Mesir mengakui bahawa mereka mengamalkan pluralisme dalam perundang-undangan. Buktinya , Seksyen 3 dan 4 Ordinan Keadilan Sivil, 1900, meletakkan undang-undang untuk diterapkan dalam pentadbiran keadilan awam, ia mengarahkan mahkamah untuk membuat permohonan adat yang terpakai bagi pihak yang berkenaan" dan menggunakan undang-undang Islam ke atas orang Islam yang mempunyai masalah peribadi.

Sekiranya pihak-pihak yang terlibat dengan perkara-perkara peribadi yang tidak mempunyai adat atau undang-undang terpakai bagi mereka , Mahkamah akan bertindak sesuai dengan "keadilan, kesamarataan dan kebaikan”.22 "Untuk tujuan praktikal, Rejim Anglo-Mesir memutuskan pada

1900 untuk memisahkan pentadbiran undang-undang peribadi Islam (Syariah) dari bidang kuasa Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Ordinan Keadilan Sivil, 9000 , dan menyerahkannya kepada mahkamah syariah yang secara rasmi dibuat pada 1902 oleh Ordinan

Pengadilan Undang-undang Mohammedan Sudan, 1902.23

ANTARA UNDANG-UNDANG ISLAM YANG DIKUATKUASAKAN DI NEGARA SUDAN

1. Undang -undang berkaitan zakat

Zakat dari segi bahasa bermaksud berkat, bersih, dan berkembang. Dinamakan berkat kerana dengan membayar zakat, harta akan bertambah atau tidak berkurang. Dinamakan bersih pula kerana dengan membayar zakat, harta dan diri akan menjadi bersih dari segala kekotoran dan dosa yang disebabkan oleh harta yang dimilikinya terdapat hak-hak orang lain. Dinamakan berkembang kerana dengan membayar zakat,harta berkembang tidak tertumpu pada satu tempat atau pada seseorang.

Jika melihat pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin, pengurusan zakat diurus oleh

kerajaan dengan membentuk jabatan khusus yang menangani urusan zakat. Perkataan "Khudz" (ambillah) menunjukkan bahawa dalam sebuah negara harus ada lembaga khusus yang menguruskan zakat. Tugas lembaga tersebut adalah memungut zakat dari golongan yang wajib membayar zakat. Bukan itu sahaja, lembaga tersebut perlulah menguruskannya secara amanah dan professional kerana zakat tersebut akan disalurkan kepada golongan yang berhak.

Sudan sebagai salah satu negara yang menerapkan syariat Islam sebagai peraturan negara. Kewajipan zakat adalah salah satu undang-undang yang dilaksanakan di negara tersebut.

Sebelum dilaksanakan Undang-Undang Zakat pada tahun 2001,yang menjadi dasar peraturan pengurusan zakat di Sudan adalah Undang-Undang Zakat tahun 1990. Undang-undang zakat

22

https://www.jstor.org/stable/pdf/745057.pdf?refreqid=excelsior%3A5711adc5bd25ac5f1ffbcd1df95336e3

Personal Law in the Sudan--Trends and Developments Author(s): Natale Olwak Akolawin Source: Journal of African Law, Vol. 17, No. 2 (Summer, 1973), pp. 149-195 Published by: School of Oriental and African Studies

23

Personal Law in the Sudan--Trends and Developments Author(s): Natale Olwak Akolawin Source: Journal of African Law, Vol. 17, No. 2 (Summer, 1973), pp. 149-195 Published by: School of Oriental and African Studies

(8)

pada tahun 2001 menjelaskan bahawa pengurusan zakat di Sudan dilakukan oleh Lembaga Zakat sebagai pengendali, dan Majlis Tinggi Pengurusan Zakat sebagai penggubal undang-undang.

Lembaga Zakat adalah institusi bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan Sudan untuk mengumpul, mengurus dan mengagihkan zakat. Bilangan ahli Lembaga Zakat tidak disebut dalam Akta tersebut. Selain itu juga, terdapat dua jenis Lembaga Zakat iaitu Lembaga Zakat Pusat dan Lembaga Zakat Wilayah. Lembaga Zakat Pusat yang menjadi pengendali kepada Majlis Tinggi Pengurusan Zakat adalah Setiausaha Agung manakala untuk Lembaga Zakat Wilayah yang menjadi pengendali kepada Majlis Tinggi Pengurusan Zakat Wilayah adalah Setiausaha Lembaga Zakat Wilayah. Majlis Tinggi Pengurusan Zakat merupakan institusi tertinggi yang menjalankan tugas pengawasan secara umum.

Kewajipan zakat bergantung pada kewarganegaraan dan agama seseorang. Oleh karena itu, zakat wajib dilaksanakan oleh semua rakyat Sudan yang beragama Islam dan memiliki harta yang cukup dan baik yang mana harta tersebut berada di dalam mahupun di luar negeri. Untuk selain rakyat sudan yang beragama Islam, bermastautin atau yang bekerja di Sudan,wajib juga dikenakan zakat.

Harta yang wajib dikenakan zakat adalah barangan perlombongan, barang dagangan, emas, perak dan wang. Tarif nisab zakat di Sudan adalah mengikut zakat emas. Selain itu, zakat juga tertakluk kepada produk pertanian dan ternakan. Sudan juga telah memperluas harta yang wajib dikenakan zakat iaitu harta al- Mustaghallat dan zakat pendapatan (mustafad).

Al-Mustaghallat adalah apa-apa barang yang pada asalnya tetap kemudian menghasilkan pendapatan dan meningkatkan kegunaannya. Pendapatan daripada mustaghallat termasuk pemprosesan produk pertanian, hasil pemprosesan pengeluaran haiwan, pendapatan bersih dari

perkhidmatan pengangkutan dan pendapatan lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya Fatwa.24

Contoh al-mal al mustafad atau zakat pendapatan adalah zakat gaji. Di mana harta ini merangkumi upahan, ganjaran pendapatan ahli professional seperti pendapatan doktor, peguam, konsultan dan pendapatan pindahan lain (Tamirin M. , 1997). Perbincangan zakat pendapatan ini sebagaimana yang diputuskan dalam Nadwah al-Zakat kali pertama di Kuwait pada 1414 hijrah adalah merujuk kepada al-mal al-mustafad. Para fuqaha kontemporari berbeza pandangan mengenai zakat ini sebahagian mereka berpendapat ia adalah wajib dan tidak perlu menunggu kepada hawl (al Qaradawi, 1981) (Salus, 1986) (Zarqa, 1987) (Syubayr, 1995). Adapun sebahagian lain mewajibkan zakat pendapatan dengan syarat ada hawl (Sa'di, 2002), di mana kewujudan syarat ini, kewajipan zakat adalah merujuk kepada zakat simpanan bagi pendapatan setahun. Perlaksanaan zakat gaji di Sudan adalah wajib ia dikira tanpa hawl apabila melepasi nisab selepas mengambil kira keperluan hawaij al-asliyyah.

Oleh itu, kewajipan zakat adalah salah satu undang-undang yang dilaksanakan di negara Sudan.

2. Undang-undang berkaitan Pentadbiran Pusaka

Di dalam al-Quran dan as-Sunnah terdapat ayat-ayat dan hukum yang terperinci berkaitan pembahagian pusaka,tetapi cara-cara dan prosuder berkaitan harta pusaka terletak di bawah

(9)

pentadbiran setiap negara. Tugas pentadbiran tersebut diwakilkan kepada qadi atau hakim. Tugas mereka adalah membahagikan harta kepada waris-waris yang berhak.

Oleh kerana itu, tugas,peranan dan tanggungjawab dalam membahagi harta pusaka adalah sangat berat dan penting bagi memastikan semua harta pusaka dapat dibahagikan secara adil. Tanggungjawab negara juga sangat penting bagi mewujudkan peraturan-peraturan tertentu bagi mengurus dan mengendali perkara tersebut. Bukan itu sahaja, syarat peraturan-peraturan itu

hendaklah tidak bertentangan dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh syarak.25 Di

negara Sudan, pentadbiran harta pusaka orang islam diletakkan di bawah bidang kuasa

Mahkamah Shariah sepenuhnya. Undang – Undang Makhamah Shariah Sudan 1902(Perkara 8) ,

memberi kuasa kepada Qadi Besar untuk membuat pengubahsuaian terhadap “Qanun Mawaris” yang diambil dari Qanun Mesir, supaya bersesuaian dengan kepentingan umum dan selari

dengan Syariah Islamiyyah.26

Dengan itu jelas bahawa Mahkamah Shariah di Sudan melaksanakan hukum-hukum yang berkaitan dengan “al-ahwal al-shakhsiyyah” secara umum dan hukum-hukum pusaka secara khususnya.

3. Undang-undang berkaitan Jenayah

Secara umumnya, golongan yang memperjuangkan pelaksanaan undang-undang Islam telah memfokuskan perjuangan mereka kepada undang-undang jenayah sebagai satu sistem yang perlu dipraktikkan oleh sesebuah kerajaan yang mempunyai masyarakat Islam.

Menurut catatan sejarah, perjuangan untuk melaksanakan undang-undang Islam sebenarnya lahir selepas kurun ke-19, iaitu semasa undang-undang jenayah Islam telah beransur-ansur digantikan

dengan pemakaian undang-undang Eropah sehingga “disingkirkan” sepenuhnya daripada

masyarakat muslim yang wujud pada ketika itu. Fokus yang diberikan terhadap undang-undang jenayah berpunca daripada beberapa faktor.

Pertama, pelaksanaan undang-undang syariah masih dapat dilihat dengan jelas dalam aspek urusan peribadi (personal affair) dan undang-undang keluarga. Oleh itu, perjuangan untuk melaksanakan undang-undang Islam dalam aspek tersebut bukanlah merupakan suatu keperluan yang mendesak.

Kedua, bagi jenis kesalahan jenayah yang telah diperuntukkan hukumannya secara jelas menerusi sumber perundangan utama, iaitu al-Quran dan sunnah, pihak yang memperjuangkan pelaksanaan undang-undang Islam telah berhujah bahawa tiada sebarang justifikasi untuk tidak melaksanakan peraturan yang telah digariskan secara khusus dalam sumber perundangan tersebut. Oleh hal yang demikian, usaha untuk melaksanakan sistem keadilan jenayah syariah perlulah dilakukan oleh sesebuah negara Islam pada masa ini. Undang-undang jenayah Islam dibahagikan kepada tiga komponen utama, iaitu hukuman hudud, qisas dan takzir. Terma “hudud” yang berasal daripada perkataan hadd didefinisikan sebagai suatu bentuk pencegahan, halangan atau larangan. Hudud merupakan ordinan yang ditetapkan oleh Allah SWT dan berdasarkan terma teknikal yang merujuk jenis jenayah yang telah ditetapkan hukumannya

25

http://journalarticle.ukm.my/7637/1/3960-9051-1-SM.pdf

26

(10)

secara khusus menerusi al-Quran dan sunnah. Sementara itu, qisas pula merangkumi kesalahan seperti membunuh dan mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan seseorang. Takzir pula

merujuk jenis kesalahan yang hukumannya tidak ditetapkan melalui al-Quran dan sunnah.27Oleh

sebab itu, hukuman bagi kesalahan takzir bergantung pada budi bicara hakim atau pemerintah.28

Walau bagaimanapun,pada penghujung kurun ke-20, beberapa buah negara Islam yang telah mengalami proses sekularisasi dalam sistem perundangannya telah mengambil inisiatif untuk mengislamisasikan sistem tersebut dengan mengkanunkan undang-undang jenayah Islam dalam bentuk akta dan ordinan supaya dapat dilaksanakan dengan baik. Antaranya, termasuklah

Pakistan (Penguatkuasaan Ordinan Hudud 1979),29 Sudan (Kanun Keseksaan 1983),30 Yaman

(Kanun Keseksaan 1994),31 dan sebagainya.

Oleh itu, negara Sudan merupakan salah satu negara yang mengkanunkan undang-undang jenayah Islam dalam bentuk akta dan ordinan.

4. Undang-undang berkaitan Perkahwinan

- Hak- hak pasangan untuk menambah syarat dalam kontrak perkahwinan.

Kebanyakan negara-negara islam membenarkan mana-mana pasangan untuk merunding atau menambah syarat dalam kontrak perkahwinan. Sebagai contoh, tempat kediaman,pilihan

pekerjaan,pilihan pendidikan,kebebasan untuk menziarahi saudara-mara,pembahagian

tanggungjawab isi rumah,taraf hidup,kawalan harta,sekatan terhadap poligami,urusan penceraian. Bukan itu sahaja,isteri juga boleh berunding di mana mereka akan tinggal bagi memastikan bahawa mereka tidak perlu tinggal jauh dari keluarga mereka. Mereka juga boleh memastikan bahawa mereka akan tinggal berasingan dari keluarga mereka,seperti yang sering

dirundingkan di Arab Saudi32.Di bawah Seksyen 42 Akta Undang-undang Peribadi Islam di

Negara Sudan, isteri mempunyai hak untuk menetapkan apa-apa syarat selagi tidak bertentangan dengan hak yang dibenarkan dan hak yang dilarang oleh syarak. Syarat yang ditetapkan dalam kontrak wajib dilaksanakan oleh suami.

UNDANG-UNDANG JENAYAH DI NEGARA SUDAN

27http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2016/06/3-Sudan.pdf

28Abdullahi Ahmed An-Na’im, 1990. Toward an Islamic Reformation: Civil Liberties, Human Rights, and International Law. Syracuse University Press, hlm. 105

29Imran, Rahat, Legal Injustices: The Zina Hudood Ordinance of Pakistan and Its Implications for Women dlm. Journal of International Women’s Studies 7:2, hlm. 78, 2005

30Geetanjali Misra dan Radhika Chandiramani, 2005. Sexuality, Gender. and Rights – Exploring Theory and Practice in South and Southeast Asia. New Delhi: Sage Publications India Pte. Ltd., hlm. 201.

31

Hanibal Goitom, 2014. Laws Criminalizing Apostacy in Selected Jurisdictions. Australia: The Law Library of Congress, Global Legal Research Center, hlm. 15.

32

(11)

Undang-undang jenayah negara Sudan terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu hudud, qisas dan ta’zir. Kecuali jenayah Hudud, semua kejahatan hudud yang lain dan semua jenayah qisas menghendaki dua saksi lelaki yang menyaksikan jenayah itu supaya ada pensabitan. Salah satu perbezaan utama antara tiga kategori jenayah tersebut adalah hukuman Negara ke atas jenayah Hudud adalah wajib, hukuman Negara untuk jenayah Ta'azir adalah atas kebijaksanaan dan budi bicara hakim, dan jenis hukuman untuk jenayah qisas sebahagian besar diputuskan oleh korban atau keluarga korban.

Jenayah Hudud dihukum oleh Hadd, iaitu penalti yang ditetapkan oleh Qu'ran. Oleh kerana penalti Hadd dilihat agak drastik,negara yang menggunakan hudud akan dilihat dan dipandang tegas. Seperti yang akan kita lihat, Sudan menghukum semua jenayah Hudud sama seperti garis besar Qu'ran. Ini meletakkan Sudan sama seperti beberapa negera / kawasan lain: Arab Saudi, Afghanistan, dan Somalia.

Terdapat enam jenayah Hudud. Ia adalah seperti berikut :

1) Jenayah zina dan tuduhan palsu berzina

Al-Quran meletakkan hukuman 100 sebatan bagi mereka yang belum berkahwin dan telah berzina. Bagi individu yang sudah berkahwin, hukuman rejam sampai mati akan dikenakan. Sesuai dengan Qu'ran, Akta Jenayah 1991 Sudan menjatuhkan hukuman mati dengan melempari batu ke atas pezina.

Bagaimanapun, sabitan perbuatan berzina antara orang yang belum berkahwin adalah jarang berlaku kerana tiga sebab.

Pertama, ia secara fizikal mustahil bagi wanita yang belum berkahwin di utara Sudan untuk melakukan perbuatan berzina kerana operasi yang dilakukan pada lebih 90% gadis Sudan utara remaja. Selepas perkahwinan, operasi itu dikembalikan semula dan dengan itu, perzinaan lebih umum di kalangan yang sudah berkahwin.

Kedua, untuk mensabitkan orang yang melakukan penzinaan, mestilah ada empat orang saksi lelaki .

Ketiga, jarang orang dapat membawa tuduhan perzinaan kerana jika penuduh tidak membawa empat saksi lelaki, penuduhnya sendiri akan didapati bersalah dan melakukan kesalahan hudud kedua, iaitu menuduh orang berzina, dan akan dikenakan hukuman sebanyak lapan puluh sebatan.

Selain itu, kesalahan jenayah yang lain disebut secara ringkas seperti di bawah :

2) Jenayah minum minuman beralkohol

(12)

4) Jenayah Merompak

5) Jenayah Murtad

6) Jenayah Pemberontakan atau pelanggaran terhadap pihak berkuasa yang sah33.

ISU BERKAITAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI NEGARA SUDAN

Kaedah pembuktian bagi kesalahan zina dan rogol yang membawa kepada kezaliman.

Kes zina dan rogol di Sudan, mahkamah di Sudan menganggap bahawa pengakuan, serta bukti yang menunjukkan seseorang wanita itu hamil semasa ketiadaan suaminya dan seorang janda yang hamil selepas bercerai, sebagai bukti yang sudah cukup untuk membuktikan bahawa

seseorang wanita itu benar-benar telah berzina tanpa mengambil kira faktor kemungkinan wanita itu dirogol atau dipaksa oleh mana-mana lelaki untuk melakukan hubungan seks.

Dalam kes Sudan Government lwn Kalthoum Khalifa Ajabna [1992] hanya menjatuhkan

hukuman takzir kepada tertuduh (selepas tertuduh menarik balik pengakuan bersalahnya), namun

tertuduh dalam kes Sudan Government lwn Mariam Ahmad ‘Abdallah [1985] telah dijatuhkan

hukuman rejam sampai mati, walaupun dia mendakwa bahawa hubungan seks tersebut dilakukan tanpa kerelaannya. Walaupun tidak dinyatakan secara jelas dalam fakta kes bahawa wanita tersebut mendakwa dirinya telah dirogol, namun dakwaan wanita tersebut bahawa hubungan seks tersebut berlaku tanpa kerelaannya tidak dihiraukan oleh mahkamah. Mahkamah sepatutnya memberikan peluang kepada wanita itu untuk mengemukakan bukti dan hujah bagi

membuktikan kebenaran dakwaannya.

Peruntukan undang-undang keterangan di Sudan telah memperuntukkan bahawa kaedah pembuktian bagi membuktikan kesalahan rogol adalah sama seperti kaedah pembuktian bagi kesalahan zina, iaitu wujudnya pengakuan bersalah daripada tertuduh dan kehadiran empat orang

saksi lelaki. Dalam kes Sudan Government lwn al-Sir Muhammad al-Sanussi [1989],63 tertuduh

hanya dijatuhkan hukuman bagi kesalahan melakukan perbuatan tidak senonoh dan cubaan untuk merogol di bawah perkara 319 Kanun Keseksaan 1983 dan dikenakan hukuman sebatan (tidak dinyatakan jumlah bilangannya), dan denda atau hukuman penjara, sedangkan berdasarkan pemeriksaan perubatan yang dilakukan terhadap mangsa mengesahkan bahawa mangsa sememangnya telah dirogol. Hal ini disebabkan mangsa rogol yang merupakan seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun tidak dapat membawa empat orang saksi lelaki ke mahkamah bagi membuktikan bahawa dia benar-benar telah dirogol.

Sekali lagi pendekatan yang diambil oleh mahkamah di Sudan telah menimbulkan ketidakadilan kepada mangsa rogol kerana terdapatnya kesukaran untuk membuktikan jenayah rogol tersebut dengan kehadiran empat orang saksi. Namun, hakim mahkamah tidak boleh disalahkan

sepenuhnya kerana undang-undang keterangan di Sudan telah memperuntukkan sedemikian34.

33

Kent Benedict Gravelle* ISLAMIC LAW IN SUDAN: A COMPARATIVE ANALYSIS, 1998

34

(13)

KESIMPULAN

Sudan adalah salah satu negara Arab Afrika yang secara rasmi menggunakan syariat Islam. Penerapan syariat Islam ini meliputi segala aspek politik dan ekonomi serta sosial budaya di mana seluruh aktiviti negara harus disesuaikan dengan prinsip-prinsip dasar al-Quran dan Sunnah yang menjadi sumber utama perundangan.Perlaksanaan Undang-undang Islam adalah suatu tuntutan agama dan ia adalah sebagai satu ciri untuk kesempurnaan identiti negara Islam itu sendiri. Masyarakat Islam sepanjang sejarahnya tidak pernah keluar daripada tuntutan melaksanakan syariah, kecuali jika ada keadaan-keadaan tertentu yang memaksa mereka supaya mengurangkan perlaksanaan syariah dalam bidang-bidang tertentu kerana dipaksa oleh kuasa penjajah. Pengalaman sejarah hitam ini tidak sepatutnya dijadikan penghalang untuk kembali kepada perlaksanaan undang-undang Islam secara lebih lengkap.

Seharusnya, setelah negara Islam bebas daripada penguasaan penjajah, langkah-langkah positif perlu diambil demi mengembalikan semula undang-undang Islam ke pangkuan umat Islam. Oleh hal yang demikian , perkara ini perlu kepada penyediaan dan penggubalan undang-undang yang lengkap dan tersusun untuk mengambil alih dan menggantikan undang-undang penjajah, dan membina kefahaman umat terhadap kepentingan undang-undang Islam untuk kekuatan negara dan perpaduan umat, serta menyusun sistem pentadbiran kehakiman yang sesuai dengan keperluan undang-undang syariah.

(14)

RUJUKAN

1. https://www.jstor.org/stable/pdf/745057.pdf?refreqid=excelsior%3A5711adc5bd25ac5f1f

fbcd1df95336e3 Personal Law in the Sudan--Trends and Developments Author(s): Natale Olwak Akolawin Source: Journal of African Law, Vol. 17, No. 2 (Summer, 1973), pp. 149-195 Published by: School of Oriental and African Studies

2. https://www.academia.edu/31441754/Islamic_law_in_Africa Islamic Law in Africa by

shamil jeppie

3. Iraqi Leader Orders Amputation for Theft, THE DAILY OKLAHOMAN, June 6, 1994.

4. Kent Benedict Gravelle, Islamic Law in Sudan: A Comparative Analysis, 5 ILSA J. Int'l

& Comp. L. 1 (1998).

5. RESEARCH Div., LIBRARY OF CONGRESS, SUDAN: A COUNTRY STUDY 17

(Helen Chapinmetz ed. 1992).

6. U.S. ST. DEP'T., BACKGROUND NOTES-SUDAN 2 (1991).

7. LIBRARY OF CONGRESS, supra note 3, at 21.

8. MODERN LEGAL SYSTEMS CYCLOPEDIA, 100.33, 100.51 (Kenneth Redden ed.,1984).

9. FRANCIS M. DENG, WAR OF VISIONS (1995).

10. Francis M. Deng, War Of Visions (1995).

11 Carolyn Fluehr-lobban, Islamic Law And Society In The Sudan Xii (1987).

12 Human Rights Watch, Denying The Honor Of Living: Sudan, A Human Rights Disaster 16 (Africa Watch Committee, 1990).

13 Abdullahi A. An-na'im & Peter N. Kok, Fundamentalism And Militarism:

14 A Report On The Root Causes Of Human Rights Violations In The Sudan 9 (1991).

15 Interview with George Colvin, Jr., U.S. ST. DEP'T. Official (formerly stationed in the U.S. Embassy in Khartoum, now closed), June 1995.

16 Library Of Congress, Supra Note 3, At 50.

17 Ibid. at 52-3.

18 Islam's Star, ECONOMIST, Feb. 1, 1992, at 43.

19 LIBRARY OF CONGRESS, supra note 3, at 53.

20 Raymond Bonner, Letter From Sudan, THE NEw YORKER, July 13, 1992, at 70, 72.

21 Benaiah Yongo-Bure, Sudan's Deepening Crisis, MIDDLE EAST REP., Sept.-Oct. 1991, at 8, 12.

(15)

Personal Law in the Sudan--Trends and Developments Author(s): Natale Olwak Akolawin Source: Journal of African Law, Vol. 17, No. 2 (Summer, 1973), pp. 149-195 Published by: School of Oriental and African Studies

23 Personal Law in the Sudan--Trends and Developments Author(s): Natale Olwak Akolawin Source: Journal of African Law, Vol. 17, No. 2 (Summer, 1973), pp. 149-195 Published by: School of Oriental and African Studies

https://www.jstor.org/stable/pdf/745057.pdf?refreqid=excelsior%3A5711adc5bd25ac5f1ffbcd1d f95336e3

24 http://journalarticle.ukm.my/7637/1/3960-9051-1-SM.pdf

25 Ahmad al-Ghandur,1966,11-12

26 http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2016/06/3-Sudan.pdf

27 Abdullahi Ahmed An-Na’im, 1990. Toward an Islamic Reformation: Civil Liberties, Human

Rights, and International Law. Syracuse University Press, hlm. 105

28 Imran, Rahat, Legal Injustices: The Zina Hudood Ordinance of Pakistan and Its Implications for Women dlm. Journal of International Women’s Studies 7:2, hlm. 78, 2005

29 Geetanjali Misra dan Radhika Chandiramani, 2005. Sexuality, Gender. and Rights –

Exploring Theory and Practice in South and Southeast Asia. New Delhi: Sage Publications India Pte. Ltd., hlm. 201.

30 Hanibal Goitom, 2014. Laws Criminalizing Apostacy in Selected Jurisdictions. Australia: The Law Library of Congress, Global Legal Research Center, hlm. 15.

31http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/9915/1/Zakat%20Gaji%20Suatu%20Kajian%2 0Terhadap%20Isu%20Al%20Hawaij%20Alasliyyah.pdf

32 http://muslimmarriagecontract.org/familylaws.html

33 journal.stainkudus.ac.id/index.php/Ziswaf/article/download/.../2304

Referensi

Dokumen terkait

Apabila Pimpinan Perusahaan tidak bisa/berhalangan hadir dapat di wakilkan oleh Pengurus yang namanya tercantum dalam Akte Perusahaan dengan membawa surat Kuasa/ Tugas bermaterai

Mandor Pemasangan Rangka Atap Baja Ringan (TS 056) 1

Mohammad Ibn Ishaaq stated of Wahb Ibn Munbah said that when Allah took Kalih Ibn Yofra (Jephtha) after Joshua, Ezekiel Ibn Buzi succeeded him as the prophet to the Israelites..

[r]

Dengan ini diberitahukan bahwa setelah diadakan penelitian oleh Kelompok Kerja Konstruksi IV (empat) ULP Kabupaten Lampung Tengah menurut ketentuan – ketentuan yang berlaku,

PT Mandiri Manajemen Investasi terdaftar dan diawasi oleh Otoritas Jasa Keuangan, dan setiap penawaran produk dilakukan oleh petugas yang telah terdaftar dan diawasi oleh Otoritas

Bahwa berdasarkan Peraturan Presiden Republik Indonesia Nomor 54 Tahun 2010 sebagaimana telah diubah terakhir dengan Peraturan Presiden Republik Indonesia Nomor 04 Tahun 2015

Manajer Investasi dapat menghitung sendiri Nilai Pasar Wajar dari Efek tersebut dengan itikad baik dan penuh tanggung jawab berdasarkan metode yang menggunakan asas konservatif